Rekreasi matematik

5
PENDAHULUAN Matematik merupakan salah satu cabang pendidikan yang memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja membantu murid-murid mencapai kecemerlangan dalam pendidikan, malahan ia juga dapat membantu murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Antara peranan matematik yang utama adalah sebagai alat berfikir, bahasa, corak atau pola dan sebagai alat rekreasi. Semua peranan ini seharusnya diketahui dan diterokai oleh murid-murid serta guru matematik kerana matematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik, tetapi oleh semua orang. Pengetahuan matematik diperlukan bagi melakukan aktiviti-aktiviti seperti pertukaran wang, mengira diskaun, mengukur jarak, membaca masa dan lain-lain. Perkara di atas merupakan mukadimah bagi coretan saya yang seterusnya. Hari ini, saya akan berkongsi maklumat tentang salah satu peranan matematik iaitu, rekreasi matematik. Seperti yang sedia maklum, matematik sering dilihat sebagai matapelajaran yang membosankan dan membebankan murid. Ia sering menjadi matapelajaran yang kurang diminati oleh murid-murid disebabkan terma-terma serta teknik-teknik yang terkandung di dalamnya. Rekreasi matematik merupakan salah satu cara yang boleh digunakan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran matematik. Rekreasi matematik merupakan satu alat yang dapat membantu murid-murid memahami konsep-konsep matematik dengan mudah melalui cara yang menarik. Ia juga dapat membantu murid-murid menerima pembelajaran matapelajaran matematik yang optimum. Oleh sebab itu, setiap guru serta ibu bapa wajar mengetahui perkara-perkara yang terdapat dalam rekreasi matematik.

Transcript of Rekreasi matematik

Page 1: Rekreasi matematik

PENDAHULUAN

Matematik merupakan salah satu cabang pendidikan yang memainkan pelbagai

peranan dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja membantu murid-murid mencapai

kecemerlangan dalam pendidikan, malahan ia juga dapat membantu murid-murid dalam

kehidupan harian mereka. Antara peranan matematik yang utama adalah sebagai alat berfikir,

bahasa, corak atau pola dan sebagai alat rekreasi. Semua peranan ini seharusnya diketahui

dan diterokai oleh murid-murid serta guru matematik kerana matematik bukan hanya digunakan

oleh ahli Matematik, tetapi oleh semua orang. Pengetahuan matematik diperlukan bagi

melakukan aktiviti-aktiviti seperti pertukaran wang, mengira diskaun, mengukur jarak, membaca

masa dan lain-lain.

Perkara di atas merupakan mukadimah bagi coretan saya yang seterusnya. Hari ini,

saya akan berkongsi maklumat tentang salah satu peranan matematik iaitu, rekreasi matematik.

Seperti yang sedia maklum, matematik sering dilihat sebagai matapelajaran yang

membosankan dan membebankan murid. Ia sering menjadi matapelajaran yang kurang diminati

oleh murid-murid disebabkan terma-terma serta teknik-teknik yang terkandung di dalamnya.

Rekreasi matematik merupakan salah satu cara yang boleh digunakan bagi memudahkan

proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran matematik.

Rekreasi matematik merupakan satu alat yang dapat membantu murid-murid memahami

konsep-konsep matematik dengan mudah melalui cara yang menarik. Ia juga dapat membantu

murid-murid menerima pembelajaran matapelajaran matematik yang optimum. Oleh sebab itu,

setiap guru serta ibu bapa wajar mengetahui perkara-perkara yang terdapat dalam rekreasi

matematik.

Page 2: Rekreasi matematik
Page 3: Rekreasi matematik

PENGENALAN

Permainan Bah Bah Tuk merupakan satu permainan yang dijalankan dengan mencantum

bentuk-bentuk asas yang pelbagai warna. Cantuman bentuk-bentuk itu boleh menghasilkan

satu imej yang bermakna.. permainan ini mudah, iaitu hanya mencantum semua bentuk

tersebut menjadi satu imej yang penuh. Sebagai penambahbaikan, guru boleh menyediakan

imej-imej yang berbeza dalam kepingan tangram. Antara imej yang boleh disertakan adalah

wajah orang, haiwan dan benda. Guru juga boleh mempelbagaikan bentuk-bentuk tangram

mengikut kreativiti mereka.

TUJUAN PERMAINAN

Antara tujuan permainan ini dijalankan adalah untuk :

CARA PERMAINAN DIJALANKAN

KEBAIKAN PERMAINAN

Permainan tangram sesuai digunakan bagi mengajar dua tajuk yang agak rumit dalam

matematik iaitu, luas dan perimeter serta bentuk-bentuk 2D. Tangram merupakan kepingan segi

empat yang dipotong dalam tujuh bentuk yang dinamakan ‘Tan’.

Proses permainan ini mudah, iaitu hanya mencantum semua bentuk tersebut menjadi satu imej

yang penuh. Sebagai penambahbaikan, guru boleh menyediakan imej-imej yang berbeza dalam

kepingan tangram. Antara imej yang boleh disertakan adalah wajah orang, haiwan dan benda.

Guru juga boleh mempelbagaikan bentuk-bentuk tangram mengikut kreativiti mereka.

Page 4: Rekreasi matematik

Salah satu bentuk tangram yang popular

Permainan tangram ini merupakan satu permainan berbentuk konkrit yang amat berguna

kepada murid. Murid-murid sememangnya mempunyai minat yang mendalam dalam

penggunaan bahan konkrit dalam proses pembelajaran. Permainan tangram juga boleh

membantu murid meningkatkan kecerdasan ruang-spatialmereka. Menurut Howard Gardner,

terdapat lapan kecerdasan pelbagai manusia dan ruangmerupakan salah satu daripadanya.

Apabila murid-murid bermain permainan tangram, guru boleh meneliti peringkat kecerdasan

ruang murid dan melakukan tindakan susulan yang sesuai. Permainan tangram ini juga dapat

membantu kemahiran murid dalam tajuk bentuk dan geometri.

Page 5: Rekreasi matematik

15. LAMPIRAN Asuasana yang informal, bebas dan selamat. Froebel (1782–1852) yang digelar fatherof kindegarten telah meneroka dan membina satu sistem pendidik an awalkanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliaupercaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Jean Piaget (dalam Nurul Amirah dan Dr Zaidatun)(n.d) pula menyatakanbahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahamanMatematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Pendapat D Augustine,Sobel & Maletsky (1973), pula menyatakan bahawa permainan adalah satu kaedahpengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minatterhadap Matematik. Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain.Keseimbangan diantara belajar dan bermain menjadi rangka yang penting bagimemperkembangkan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dalam sesuatu bidang.Bermain sebenarnya adalah satu proses pembelajaran yang melibatkan kanak-kanakmemahami sesuatu konsep. Melalui permainan juga, ia dapat mengukuhkankefahaman kanak-kanak terhadap konsep yang ingin diketahui oleh mereka. Konsepbermain ini sebenarnya merujuk kepada motivasi intrinsik (dalaman) danmenyeronokkan. Proses pembelajaran berlaku secara tidak langsung semasa bermain. Kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody &Ginsburg (dalam Nurul Amirah dan Dr Zaidatun)(n.d) menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan Matematik yang tidak formal sebelum merekamengikuti kelas formal di sekolah. Semasa bermain, kanak-kanak akanmenggunakan istilah-istilah Matematik seperti lebih tinggi, lebih rendah, segitiga, 15

16. LAMPIRAN Abulat, tiga, dua dan sebagainya. Selain itu proses-proses pembelajaran yang tidakformal tentang pengetahuan Matematik seperti ukuran, ruang, bentuk geometri danlain-lain juga berlaku semasa bermain. Huraian Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan (2003) telahmemberi penekanan tentang pendekatan belajar melalui bermain dalam prosesPembelajaran dan Pengajaran di prasekolah. Aktiviti bermain merupakan satu aktivitiyang menjadi fitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan meneroka, menjelajah, inkuiripenemuan dan melalui pengalaman langsung secara semulajadi. Mengikut Vygotsky(dalam Saayah 2007) menyatakan main membantu perkembangan bahasa danpemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, iajuga membantu dalam pembentukan ini. Mengikut Pound (dalam Tina 2010)mengatakan bahawa bermain mempunyai kepentingan tertentu kepada kanak-kanakterutama dalam memahami tentang kuantiti, pengiraan, bentuk, ruang danpengukuran. Gawry (2009) telah memetik pendapat Nietzsche (dalam Azizah 2002)menyatakan bahawa bermain adalah kerja kanak-kanak dan akan menolongperkembangan kanak-kanak dalam pendidikan. Antara contoh permainan yangbersesuaian dengan tahap kanak-kanak ialah jigsaw puzzle. Puzzle merupakan permainan menyusun kepingan gambar sehingga menjadisebuah gambar yang lengkap. Ianya juga terdiri daripada pelbagai jenis gambar dimana kanak-kanak dikehendaki menyusun serpihan-serpihan kecil daripada kepingantersebut untuk menjadikan ianya sebuah gambar. Selain itu, puzzle juga adalah satubentuk permainan yang memerlukan penelitian, melatih kanak-kanak supaya fokus 16

17. LAMPIRAN Aatau memberi sepenuh perhatian ketika melakukannya serta harus mempunyaiingatan jangka panjang semasa menyusun kepingan-kepingan puzzle tersebutsehingga selesai. Puzzle yang pertama kali dihasilkan adalah jigsaw puzzle dan tangram. Keduapermainan ini dimainkan dengan cara menyusun kepingan-kepingan yang disatukanhingga membentuk suatu objek atau gambar yang bermakna. Jigsaw puzzle dibuatpada tahun 1766 oleh John Spilsbury yang pada saat itu ideanya ialah menggambarsebuah peta pada kayu yang dipotong kepada kepingan-kepingan kecil untukpembelajaran ilmu geografi. Sejak daripada itu, pelbagai jenis puzzle yang barumuncul seperti logic puzzle, mechanical puzzle dan construction puzzle. Disamping itu, melalui puzzle juga kanak-kanak dapat belajar memahamikonsep bentuk, warna, ukuran dan jumlah, maka bagi kanak-kanak pintar cerdaspuzzle yang seharusnya diberikan kepada mereka adalah berbentuk kompleks iaitudari segi jenis gambar supaya mereka dapat berimaginasi dengan lebih tinggi lagidalam menyelesaikan permainan tersebut. Hal ini dapat mengembangkan keupayaankognitif mereka apabila menggunakan otak bagi merancang dan menganalisis apakahbentuk sebenar gambar dalam permainan puzzle tersebut. Kesimpulannya, aktiviti inidapat meningkatkan daya imaginasi dan ingatan kanak-kanak bagi melengkapkangambar puzzle tersebut.Konsep Nombor 1-10 Konsep awal Matematik terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranyapranombor, nombor, pengukuran, konsep masa dan konsep ruang. Namun fokusdiberikan kepada konsep nombor 1-10. Konsep nombor merupakan salah satu 17