Rencana Isu Pembuangan Bayi

5
ASPEK-ASPEK KEUTUHAN WACANA DALAM RENCANA ISU PEMBUANGAN BAYI | 91 Bab 3 : Aspek-aspek Keutuhan Wacana dalam Rencana Isu Pembuangan Bayi Berita pembuangan bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di depan tempat tumpuan awam bukanlah isu baru. Isu ini kembali mendapat tempat di beberapa media massa setelah lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa. Apa yang membimbangkan ialah bilangan kes pembuangan bayi di kalangan wanita remaja semakin meningkat, malah ia sangat meruncing sejak akhir-akhir ini. Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan sekalipun dan ia mengakibatkan kematian bayi tersebut sebenarnya adalah pembunuhan. Sesiapa sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan perbuatan tersebut adalah melakukan pembunuhan dan salah dari segi agama dan tindakan undang-undang akan diambil. Kejadian yang semakin bercelaru dan menjajah pemikiran golongan generasi muda ini dibimbangi akan terbawa-bawa kepada peningkatan jenayah di peringkat yang lebih serius seiring dengan usia mereka. Mengikut undang-undang, Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati ke atas pesalah jika disabitkan kesalahan membunuh. Selain itu, pasangan lelaki juga harus disabitkan kesalahan. Dengan dunia serba moden, kemungkinan untuk mengenal pasti lelaki yang berzina dengan seorang wanita sehingga hamil kini boleh ditentukan melalui ujian DNA. Ujian DNA adalah satu kaedah menentukan siapakah bapa biologi seseorang bayi melalui kajian terhadap contoh tisu dan darah individu yang terbabit. Melihat kepada senario pada hari ini, jenayah yang merupakan implikasi dari keruntuhan jiwa dan akhlak akan menyebabkan terlahirnya masyarakat yang melanggar norma-norma agama dan masyarakat itu sendiri. Masalah jenayah pembuangan bayi harus ditangani segera sebelum ia merebak menjadi masalah sosial dalam masyarakat. Masyarakat harus sedar bahawa masalah sosial adalah masalah kita bersama dan memerlukan penyelesaian yang bersepadu dan terancang. Ia memerlukan strategi menanganinya melalui pelbagai pendekatan secara proaktif termasuk pendekatan keagamaan yang merupakan tunjang kerohanian bagi setiap individu

description

hertun

Transcript of Rencana Isu Pembuangan Bayi

ASPEK-ASPEK KEUTUHAN WACANA DALAM RENCANA ISU PEMBUANGAN BAYI | 91

Bab 3 : Aspek-aspek Keutuhan Wacana dalam Rencana Isu Pembuangan BayiBerita pembuangan bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di depan tempat tumpuan awam bukanlah isu baru. Isu ini kembali mendapat tempat di beberapa media massa setelah lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa. Apa yang membimbangkan ialah bilangan kes pembuangan bayi di kalangan wanita remaja semakin meningkat, malah ia sangat meruncing sejak akhir-akhir ini. Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan sekalipun dan ia mengakibatkan kematian bayi tersebut sebenarnya adalah pembunuhan. Sesiapa sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan perbuatan tersebut adalah melakukan pembunuhan dan salah dari segi agama dan tindakan undang-undang akan diambil.Kejadian yang semakin bercelaru dan menjajah pemikiran golongan generasi muda ini dibimbangi akan terbawa-bawa kepada peningkatan jenayah di peringkat yang lebih serius seiring dengan usia mereka. Mengikut undang-undang, Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati ke atas pesalah jika disabitkan kesalahan membunuh. Selain itu, pasangan lelaki juga harus disabitkan kesalahan. Dengan dunia serba moden, kemungkinan untuk mengenal pasti lelaki yang berzina dengan seorang wanita sehingga hamil kini boleh ditentukan melalui ujian DNA. Ujian DNA adalah satu kaedah menentukan siapakah bapa biologi seseorang bayi melalui kajian terhadap contoh tisu dan darah individu yang terbabit.Melihat kepada senario pada hari ini, jenayah yang merupakan implikasi dari keruntuhan jiwa dan akhlak akan menyebabkan terlahirnya masyarakat yang melanggar norma-norma agama dan masyarakat itu sendiri. Masalah jenayah pembuangan bayi harus ditangani segera sebelum ia merebak menjadi masalah sosial dalam masyarakat.Masyarakat harus sedar bahawa masalah sosial adalah masalah kita bersama dan memerlukan penyelesaian yang bersepadu dan terancang. Ia memerlukan strategi menanganinya melalui pelbagai pendekatan secara proaktif termasuk pendekatan keagamaan yang merupakan tunjang kerohanian bagi setiap individuApa yang pasti, pentingnya pegangan agama dan nilai kerohanian dalam kehidupan manusia tidak dapat disangkal lagi. Agama memainkan peranan penting untuk memandu ahli masyarakat agar bertingkah laku sesuai dengan nilai, norma dan pertimbangan rasional kebanyakan ahli masyarakat. Dan ibu bapa adalah model awal dan utama dalam pembentukan iman dan akhlak anak. Bagi membolehkan ibu bapa mendidik dengan sempurna, mereka perlu berupaya serta menjadi qudwah yang terbaik. Selain itu, ibu bapa harus bijak menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang dan mempraktikkan nilai nilai keagamaan dalam kehidupan seharian dalam membentuk keluarga harmoni. Pada masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat perlu juga bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di sanubari anak-anak remaja.Hakikatnya, segenap lapisan masyarakat harus bersatu padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesai masalah gejala sosial ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan khususnya dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka.Cabaran menangani gejala sosial terutama yang melibatkan pembuangan bayi semestinya diberi perhatian yang lebih besar dan memandang serius masalah ini. Justeru, sesuatu perlu dilakukan sebelum ia menjadi penyakit sosial yang sukar diubati.

Aspek-aspek keutuhan wacana[footnoteRef:1]Keutuhan wacana terhasil daripada kewujudan susunan yang teratur dalam wacana. Keutuhan wacana merupakan ciri penting kerana ia dapat menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu sebagai satu wacana atau hanya kumpulan ayat yang tidak teratur. Terdapat dua aspek untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu terdapat susunan dan [footnoteRef:2]tautan dalam wacana. keutuhan wacana dapat dianalis dengan wujudnya hubungan daripada aspek semantik, [footnoteRef:3]leksikal dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. Aspek semantik dapat dilihat hubungan daripada aspek kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kesepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana, situasi sesuatu wacana, dan unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana. Bagi aspek leksikal pula, ianya dapat dilihat melalui wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan pemilihan kosa kata yang sesuai. Aspek gramatikal dapat dilihat melalui hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa. [1: keadaan (hal dsb) utuh.] [2: Tindakan menggabungkan dua fail atau lebih menjadi satu fail besar.] [3: /lksikal/ ist bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb).]

Melalui artikel yang telah saya garapkan, terdapat beberapa aspek keutuhan wacana yang ingin saya ketengahkan.Petikan : Perbuatan membuang bayi yang baru lahir dalam apa keadaan sekalipun dan ia mengakibatkan kematian bayi tersebut sebenarnya adalah pembunuhan. Sesiapa sahaja yang membuang bayi itu atau terlibat dengan perbuatan tersebut adalah melakukan pembunuhan dan salah dari segi agama dan tindakan undang-undang akan diambil.Petikan di atas menunjukkan aspek semantik dalam bahagian sebab dan akibat. Perkataan yang dihitamkan membuktikan ayat pertama dihubungkan dengan ayat kedua.

Petikan : Mengikut undang-undang, Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati ke atas pesalah jika disabitkan kesalahan membunuh. Selain itu, pasangan lelaki juga harus disabitkan kesalahan. Petikan di atas menunjukkan aspek semantik dalam bahagian [footnoteRef:4]syarat dan hasil. Perkataan yang dihitamkan membuktikan ayat pertama dihubungkan dengan ayat kedua. [4: tuntutan, permintaan, ketentuan, ketetapan]

Petikan : Dengan dunia serba moden, kemungkinan untuk mengenal pasti lelaki yang berzina dengan seorang wanita sehingga hamil kini boleh ditentukan melalui ujian DNA. Ujian DNA adalah satu kaedah menentukan siapakah bapa biologi seseorang bayi melalui kajian terhadap contoh tisu dan darah individu yang terbabit.Petikan di atas menunjukkan aspek leksikal dalam bahagian mengulang kata yang sama. Perkataan yang dihitamkan membuktikan dua perkataan yang terdapat dalam ayat pertama sama seperti dua perkataan pada ayat kedua.

Petikan : Apa yang pasti, pentingnya pegangan agama dan nilai kerohanian dalam kehidupan manusia tidak dapat disangkal lagi. Agama memainkan peranan penting untuk memandu ahli masyarakat agar bertingkah laku sesuai dengan nilai, norma dan pertimbangan rasional kebanyakan ahli masyarakat.Petikan di atas menunjukkan aspek leksikal dalam bahagian menggunakan [footnoteRef:5]sinonim. Perkataan yang dihitamkan membuktikan perkataan yang terdapat dalam ayat pertama sama seperti perkataan pada ayat kedua. [5: kata-kata yg sama atau yg hampir sama maknanya.]

Petikan : Selain itu, ibu bapa harus bijak menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang dan mempraktikkan nilai nilai keagamaan dalam kehidupan seharian dalam membentuk keluarga harmoni. Pada masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat perlu juga bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di sanubari anak-anak remaja.Petikan di atas menunjukkan aspek gramatikal dalam bahagian penanda penghubung tempoh. Perkataan yang dihitamkan membuktikan ayat pertama menghubungkan ayat kedua.

Petikan : Berita pembuangan bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di depan tempat tumpuan awam bukanlah isu baru. Isu ini kembali mendapat tempat di beberapa media massa setelah lama tidak kedengaran kes-kes sedemikian rupa.Petikan di atas menunjukkan aspek gramatikal dalam bahagian penanda penggantoan. Perkataan yang dihitamkan membuktikan ayat pertama mempunyai hubungan dengan ayat kedua.