Report Restoran
description
Transcript of Report Restoran
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
JABATAN KELUARGA DAN SAINS KONSUMER
AT 07 – PENDIDIKAN EKONOMI RUMAH TANGGA
MASAKAN TIMUR & BARAT ( VCF 3033 )
TUGASAN 2 : RESTORAN MASAKAN TIMUR DAN BARAT
DISEDIAKAN OLEH:
NUR AMIRAH BINTI AZHAR
D20121058226
HAFIZAH IZZATI BINTI BAHARUM
D20121058
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN ZAHIDAH BINTI ABD LATIF
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURATPENGHARGAAN 1
1.0 PENGENALAN 2
2.0 LATAR BELAKANG RESTORAN 2.1 MASAKAN TIMUR 2.2 MASAKAN BARAT
34
3.0 PERANGGU MEJA DAN TATA SAJIAN 3.1 MASAKAN TIMUR 3.2 MASAKAN BARAT
56
4.0 PERBEZAAN ANTARA MASAKAN TIMUR DAN MASAKAN BARAT 7-8
5.0 KESIMPULAN 9
LAMPIRAN 10-13
PENGHARGAAN
Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu
Puan Zahidah kerana banyak memberi tunjuk ajar, sokongan serta dorongan kepada kami
untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan
telah berjaya kami sempurnakan selama beberapa minggu yang telah ditetapkan oleh beliau.
Semua ini tidak akan berlaku jika rakan-rakan dan pensyarah tidak memberi galakkan dan
dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini kami telah diberikan secara
berpasangan untuk menyempurnakan tugas ini. Sebelum memulakan tugasan ini, saya telah
menghadapi pelbagai masalah seperti tidak memahami kehendak tugasan, tidak tahu
mengenai masakan dan kurang pengalaman dalam penyediaan tata sajian hidangan masakkan
timur dan barat ini. Kami tetap mencuba walaupun tidak mempunyai banyak pengetahuan
tentang masakkan timur dan barat ini. Dua buah restoran iaitu restoran masakkan timur dan
juga masakkan barat telah kami kunjungi untuk menyempurnakan kehendak tugasan ini
Sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi telah memberi pengetahuan kepada kami tentang
penyediaan masakkan timur dan barat yang mungkin sebelum ini tidak pernah diketahui oleh
kami.. Kelas teori yang kami hadiri telah kami manfaatkan sepenuhnya .Kami bersyukur
kerana kami dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan tepat pada tarikh yang telah
ditetapkan. Segala usaha yang kami lakukan tidak sia-sia selama beberapa minggu ini setelah
mampu membuahkan hasil.
1
1.0 PENGENALAN
Hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan kepada dua iaitu mengikut cara timur dan
mengikut cara barat. Hidangan timur kebiasaannya merangkumi hidangan daripada
masyarakat Melayu, Cina dan India manakala masakan barat pula merangkumi hidangan
daripada masyarakat Eropah, Perancis, Rusia, Amerika dan Belanda.
Hidangan sepinggan lengkap cara timur sangat popular di kalangan masyarakat di negara
kita. Hidangan seperti nasi lemak, mi goreng, mihun goreng yang sentiasa dihidangkan
sebagai sarapan atau bekalan ke sekolah, pejabat atau semasa berkelah. Hidangan sepinggan
lengkap cara timur biasanya dimasak dengan kaedah haba kering iaitu menggoreng(mi hun
goreng ,mi goreng, nasi goreng) dan haba lembap iaitu merebus (mi sup, kuetiau, mi kari).
Beras ialah makanan ruji orang timur. Sumber utama hidangan ini ialah hasil makanan
beras. Bahan rempah yang biasa digunakan untuk memasak hidangan ini ialah cili, lada sulah,
kunyit ,serai ,bawang, buah pelaga dan jintan manis. Daging, udang, sotong, telur dan sayur-
sayuran dimasukkan supaya hidangan ini menjadi satu hidangan lengkap.
Bagi hidangan sepinggan lengkap cara barat pula, budaya makanan kita telah banyak
dipengaruhi oleh cara barat. Kedai-kedai seperti Pizza Hut, Burger King, McDonald, Domino,
dan Shakey’s Pizza banyak menghidangkan sepinggan lengkap cara barat.
Sumber utama hidangan ini ialah tepung gandum, mentega ,sos tomato, keju ,susu ,telur
dan mayonis. Untuk menambahkan khasiatnya, daging, udang, sotong, telur dan sosej
digunakan dalam hidangannya. Hidangan ini amat popular di kalangan pemuda-pemudi masa
kini. Contoh hidangan sepinggan lengkap cara barat ialah burger, pizza, sandwich, spageti,
hot-dog dan makaroni. Kebiasaannya hidangan makanan barat ini penyediaannya lebih
kepada hidangan pembuka selera atau dikenali sebagai appetizer(cold appetizer dan hot
appetizer),Dessert dan sup (sup pekat, sup jernih, sup istimewa).cara persembahan hidangan
barat lebih menarik berbanding timur kerana hidangannya banyak menggunakan hiasan.
2
2.0 LATAR BELAKANG RESTORAN
2.1 MASAKAN TIMUR
Restoran Nasi Ulam Kampung Kraf tangan terletak di dalam kompleks Kampung Kraf
tangan berdekatan Dataran Padang Merdeka di Kota Baharu, Kelantan. Ia terletak
bersebelahan Istana Jahar dan kurang 500 meter dari Masjid Muhammadi,, masjid yang tertua
dan terkenal di Kelantan. Ia juga dikenali sebagai Cikgu Nasi Ulam kerana diambil sempena
nama pemiliknya, Cikgu Hamid Idris yang merupakan bekas guru Ekonomi lulusan Universiti
Putera Malaysia (UPM). Terdahulu, restoran ini sebenarnya adalah kedai makan kecil yang
dibuka di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian 16 tahun
yang lalu dan dikenali sebagai Restoran Ikan Haruan. Pada penghujung tahun 2002, seorang
pegawai istana mencadangkan agar konsep kedai makan yang sama dibuka di Kampung Kraf
tangan . Sebenarnya Kampung Kraf tangan ini ialah milik Sultan Kelantan yang
menempatkan beberapa buah istana lama yang dulunya merupakan kawasan larangan untuk
rakyat biasa. Setelah bersetuju, beliau telah dibawa bertemu dengan Sultan Kelantan iaitu
Sultan Ismail Petra bagi mendapat perkenan. Maka secara rasminya, Restoran Nasi Ulam
Kampung Kraf Tangan beroperasi pada 1 Januari 2003.
Setelah enam bulan beroperasi, sambutan orang ramai amat menggalakkan dan secara
tidak langsung ia melonjakkan populariti kawasan sekitarnya. Lalu pada penghujung bulan
Disember 2004, Cikgu Hamid menutup kedai makan di hadapan HUSM dan menumpukan
kepada restoran ini sepenuhnya. Waktu beroperasi bagi restoran ini ialah setiap hari kecuali
hari Jumaat dari pukul 11 pagi hingga 5 petang. Antara menu popular di restoran ini ialah ikan
keli berempah, ayam kampung goreng, pencicah, ikan patin masak gulai tempoyak, ikan patin
masak singgang, pelbagai jenis ulaman dan banyak lagi masakan kampung. Pencicah yang
dihidangkan di sini amatlah menarik kerana budu, sambal belacan dan tempoyak dihidangkan
di dalam satu pinggan yang dicampur pula dengan hirisan mangga muda, bawang dan cili.
Ikan keli berempah dan budu yang dihidangkan di restoran ini merupakan resepi turun-
temurun keluarga Cikgu Hamid. Restoran ini juga pernah dianugerahkan Kedai Pilihan
Pengguna 2006/2007 oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Dengan
populariti restoran ini dan atas permintaan pelanggan, sebuah lagi cawangan restoran ini
dibuka di Taman Orkid Tengku Anis di Pengkalan Chepa pada awal Januari 2005. Ia
dikendalikan oleh isterinya dan dibantu oleh enam anaknya yang lain.
3
2.2 MASAKAN BARAT
Pizza Hut Tanjung Malim mula beroperasi Julai 2009. Ia terletak betul-betul di Pekan
Tanjung Malim dan bersebelahan dengan KFC. Pada tahun 1958, Pizza Hut diasaskan oleh
dua orang pelajar kolej iaitu Dan dan Frank Carney di Wichita, Kansas. Syarikat ini menarik
perhatian seluruh negara dengan kempen pengiklanannya yang sulung iaitu “Putt Putt ke
Pizza Hut” yang diperkenalkan dalam televisyen Amerika Syarikat pada tahun 1965. Syarikat
itu kemudiannya dibeli oleh PepsiCo pada tahun 1977. Pizza Hut dijadikan sebagai sebuah
syarikat sampingan “ Restoran-restoran Sejagat Tricon” pada Oktober 1997 dan syarikat
induknya kemudian dinamakan Yum! Brands. Lambang Pizza Hut yang paling nyata ialah
reka bentuk tanda dagangnya yang menonjolkan bumbung restoran berwarna merah yang
mencerun ke atas. Reka bentuk terkini digunakan mulai dari tahun 1969 dengan pindaan
tahun 1999. Pizza Hut merupakan sebuah rangkaian restoran dan francais makanan
antarabangsa yang berinduk di Dallas, Texas. Ia menghidangkan piza gaya Amerika Syarikat.
Pizza Hut adalah rangkaian restoran piza yang terbesar di dunia dengan hampir 12 000 buah
restoran, gerai di lebih daripada 88 buah negara dan unit penghantaran-ambil keluar.
Makanan yang paling biasa dijual di dalam restoran Pizza Hut ialah “Pan Piza”. Ia
biasanya ditawarkan dalam tiga saiz yang berbeza iaitu besar, sederhana dan kecil dengan
pelbagai hiasan di atasnya. Berbanding dengan kebanyakan piza yang dijual oleh syarikat
lain, Pan Pizza mempunyai kulit yang tebal, lembut di dalam dan rangup di luar. Selain
daripada Pan Piza, Pizza Hut juga menjual Stuffed Crust iaitu piza yang dilambungkan
dengan tangan dan tepinya membaluti gelungan tali keju, Hand-Tossed lebih kurang sama
dengan kulit piza tradisional, Thin N Crispy merupakan kulit asli Pizza Hut, 4forALL iaitu
empat keping piza kecil, More4ALL iaitu sekeping piza bulat dibahagikan menjadi empat
bahagian tiga segi dengan setiap bahagian mengandungi empat keping, Dippin’ Strips pula
ialah kepingan empat segi yang dapat dicelup ke dalam sos, The Edge iaitu hiasan yang
banyak di atas serta tanpa kulit dan Cheesy Twisted Crust iaitu sebatang roti sebagai kulit
dengan sos dan dua keju. Ciptaan terbaru ialah cheesy bites pizza. Ia lebih kurang sama
dengan stuffed crust tetapi menggunakan lebih banyak keju dalam bentuk bebola kecil. Pizza
Hut juga menawarkan beberapa hidangan lain seperti appetizer, pasta, sandwich, salad and
soup, dessert, western favourites, rice dan beverages.
4
3.0 PERANGGU MEJA DAN TATA SAJIAN
3.1 MASAKAN TIMUR
Peranggu meja ialah persiapan meja yang lengkap dengan menggunakan alatan
menghidang seperti mangkuk, gelas, alas meja, kutleri dan servit yang disusun dengan betul.
Ia berbeza mengikut setiap bangsa dan kaum setempat. Terdapat pelbagai jenis peranggu meja
yang melibatkan sajian Melayu, sajian Cina, sajian India, sajian Barat dan sajian Bufet.
Bagi tugasan ini, kami telah mengunjungi Restoran Nasi Ulam Kampung Kraf tangan
dan sudah semestinya menghidangkan makanan mengikut peranggu meja sajian Melayu.
Antara tata sajian Melayu yang disediakan di restoran ini ialah kendi air disediakan sebagai
memudahkan untuk mencuci tangan sebelum, semasa dan selepas makan, gelas minuman
diletakkan di sebelah kiri pinggan makan, alas meja atau saprah untuk mengalas sajian dan
makan menggunakan tangan kanan. Sudu pula cuma digunakan untuk mengambil lauk sahaja
dan jarang digunakan untuk makan.
Contoh tata sajian Melayu (atas meja)
Contoh tata sajian Melayu (bersila)
5
3.2 MASAKAN BARAT
Tata sajian barat ialah seperti kulteri iaitu sudu, garpu dan pisau disusun mengikut
aturan yang mana digunakan dahulu diletakkan berdekatan pinggan dan yang akan digunakan
kemudian diletakkan jauh dari pinggan mengikut urutan penggunaannya. Mata pisau
dihalakan ke arah pinggan makan. Sudu dan pisau diletakkan di sebelah kanan, manakala
garpu di sebelah kiri. Pinggan makan perlulah dijarakkan satu inci dari meja. Gelas pula
diletakkan di bahagian atas sebelah kanan. Napkin pula perlu diletakkan di tempat yang dekat
dan mudah untuk diambil oleh pelanggan. Semua yang diterangkan di atas ialah asas tata
sajian bagi masakan barat. Namun masih terdapat beberapa lagi aturan peranggu meja barat
yang perlu diketahui seperti gambar di bawah ini.
Untuk restoran barat yang kami kunjungi iaitu Pizza Hut, tata sajian yang disediakan tidak
mencukupi. Ia cuma menyediakan sudu, pisau dan garpu yang diletakkan sekali di sebelah
kanan pinggan makan. Napkin tidak disediakan mungkin kerana restoran ini merupakan
restoran makanan segera barat. Gelas betul berada pada kedudukannya iaitu di atas sebelah
kanan.
6
4.0 PERBEZAAN ANTARA MASAKAN TIMUR DAN MASAKAN BARAT
Masakan timur dan barat setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri yang dapat
membezakan budaya masyarakat yang berlainan bangsa. Terdapat banyak perbezaan di antara
masakan timur dan masakkan barat dari segi tata sajian, persembahan, rasa, warna dan tekstur.
Kita dapat membezakan bagaimana hidangan timur dihidangkan dan bagaimana hidangan
barat disediakan. Perbezaan kedua-dua masakkan ini sangat ketara kerana masakkan timur
lebih menggunakan beras sebagai makanan asas untuk sajiannya manakala masakkan barat
pula lebih kepada penggunaan sayur-sayuran seperti salad dan buah-buahan serta makanan
laut.
Perbezaan masakkan timur dan barat dari aspek persembahannya ialah hidangan
masakkan timur lebih ringkas berbanding masakkan barat yang begitu merumitkan .Sebagai
contoh , jika diperhatikan hidangan barat lebih banyak menggunakan hiasan pada
hidangannya untuk menaikkan seri hidangan dengan menggunakan pelbagai jenis sayuran
seperti lobak merah ,kentang, parsli malah mayonis dan sos serta perisa dijadikan sebagai
hiasan dalam sepinggan lengkap hidangannya .Mereka lebih mementingkan hiasan untuk
sebuah hidangan yang sempurna. Masakkan timur dikatakan lebih ringkas kerana hidangan
untuk masakkan ini tidak menggunakan hiasan yang terlampau dan terlalu banyak.
Adakalanya hidangan timur tidak mempunyai hiasan langsung hanya dihidangkan mengikut
menu contohnya hidangan nasi putih bersama kari ayam serta sedikit sayuran.
Dari segi tata sajian kedua-dua masakkan ini mempunyai perbezaan yang tersendiri
contohnya dari sudut penggunaan sudu dan cara aturan sudu dan garpu di atas meja hidangan.
Kadangkala, sesetengah masyarakat tidak gemar menggunakan sudu atau garpu sewaktu
mereka menjamu selera, mereka lebih selesa menjamu masakkan timur ini dengan
menggunakan tangan. Kebiasaannya masakkan timur tidak perlu penggunaan sudu yang
terlalu banyak cukup sekadar sebatang sudu di sebelah kanan pinggan dan sebatang garpu di
sebelah kiri pinggan berbeza dengan penggunaan sudu di meja hidangan masakkan barat di
mana sudu yang digunakan mungkin mempunyai beberapa jenis mengikut saiz .Sudu-sudu
tersebut mempunyai fungsi yang berbeza mengikut menu yang telah disediakan. Contohnya
makanan barat lebih banyak hidangan , satu hidangan asas mesti dilampirkan bersama
pembuka selera (appetizer) mahupun hidangan pencuci mulut (desert). Oleh itu penggunaan
sudu yang lebih membuatkan cara aturan sudu dan garpu memainkan peranan yang penting.
7
Sudu desert akan diletakkan di sebelah atas pinggan agar sudu tersebut tidak
mengganggu sewaktu makan. Jika menu tersebut memerlukan penggunaan pisau seperti
hidangan chicken chop, pisau akan diletakkan bersama sudu di sebelah kanan pinggan. Dari
segi aturan gelas di atas meja hidangan pula ,untuk hidangan timur gelas diletakkan di sebelah
kiri pinggan makan kerana makanan timur biasanya dimakan dengan menggunakan tangan
manakala untuk hidangan barat pula gelas diletakkan di sebelah kanan pinggan begitu juga
dengan cawan dan piring untuk minuman panas.
Perbezaan dari sudut rasa pula, masyarakat timur lebih menggemari masakkan yang
mempunyai rasa yang lebih pedas berbeza dengan masyarakat barat yang kurang menyukai
masakan yang begitu pedas. Kebiasaannya masyarakat barat lebih kepada hidangan yang
mempunyai rasa yang masam. Mereka lebih suka menggunakan air perahan lemon ke dalam
hidangan mereka untuk mendapatkan rasa yang masam bagi hidangan tersebut.
Seterusnya, warna juga memainkan peranan yang penting untuk menonjolkan seri
terhadap sesebuah hidangan .Masakkan barat lebih memainkan peranan warna dalam
hidangan mereka. Oleh itu, hidangan mereka lebih menarik dengan kombinasi pelbagai
warna. Kombinasi pelbagai warna akan menaikkan lagi seri hidangan agar dapat menaikkan
selera si pemakan terhadap hidangan tersebut .Kebiasaannya mereka menggunakan sayuran
atau buah-buahan untuk dijadikan penghias hidangan. Seperti yang kita lihat, masakan barat
lebih banyak hiasan melalui hiasan tersebut hidangan akan kelihatan lebih menyerlah jika
pandai memainkan warna berbanding dengan hidangan timur yang cukup ringkas .Apabila
hiasan terlalu ringkas sudah pasti kombinasi warna yang ditonjolkan tidak mampu menaikkan
seri makanan tersebut.
Dari segi tekstur makanan pula, makanan barat kebanyakannya bertekstur lembut
berbeza dengan makanan timur yang bertekstur agak garing kerana masakkan timur
kebiasaannya dimasak menggunakan kaedah menggoreng .Manakala masakan barat hanya
menggunakan kaedah merebus di mana masakan tersebut juga tidak dibiarkan terlebih masak.
8
5.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, masakkan timur dan masakkan barat mempunyai perbezaan
yang tersendiri dari segi tata sajian, persembahan, rasa ,warna dan juga tekstur. Malah,
terdapat juga perbezaan daripada penggunaan bahan, bahan-bahan yang digunakan sangat
berbeza di mana masakkan barat penggunaan bahannya lebih kepada sayur-sayuran dan
buah-buahan berbanding masakkan timur yang menggunakan beras atau gandum. Hal ini
dapat meningkatkan tahap kesihatan kerana pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan
dapat diambil setiap hari dalam setiap hidangan. Hidangan barat mungkin kelihatan senang
untuk dihidangkan kerana lebih nampak ringkas berbanding masakkan timur tetapi agak rumit
penyediaannya manakala hidangan timur lebih cepat dan mudah disediakan .Tambahan pula,
hidangan barat terlalu mementingkan tata sajian dan persembahan yang menarik seperti
hiasan yang di dalam setiap hidangannya..Kedua-dua jenis masakkan ini juga mampu
memberikan gaya hidup sihat kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya
tersendiri.
9
LAMPIRAN
MASAKAN TIMUR
Papan tanda pintu masuk Restoran Nasi Ulam Kampung Kraf tangan
Ayam goreng kampung berempah 1) Ikan keli berempah
2) Masak lemak tempoyak ikan patin
3) Ulaman-ulaman
4) Budu
10
Sambal belacan dan tempoyak Budu dan hirisan bawang dan mangga muda
Pelbagai jenis masakan kampung Tata sajian Melayu
Ulam-ulaman
11
MASAKAN BARAT
Mushroom soup and garlic bread
12
Hawaian chicken Pan Pizza Island supreme Pan Pizza
13