Report TITAS 2014

17
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK PROJEK MINI SSXOO12 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA KUMPULAN 13 TAJUK: SUMBANGAN TAMADUN CHINA KEPADA PEMBENTUKAN TAMADUN MALAYSIA PENSYARAH: USTAZ ROMZI BIN HAJI HANIKAL BIL NAMA KOD PROGRAM NO MATRIK 1 HAFIZD ZULHASNI BIN ISMAIL SAINNY WK 18 45585 2 HENRIETTA SIERRA ANAK ROLLAND DUAT WK 01 45540 3 EME LINA ANAK IRAN@ERAN WK 01 45540 4 NURDIYANA BINTI ZAKARIAH WK 18 45920 5 MELISSA MICHELLE ROLLAND WK 18 45650 6 LAW HUI SOON WK 01 47264 7 AZRUL ABDULLAH WK 18 45488 8 MUSLIHAN BIN BUANG WK 01 45760 9 NAZIRUL AFIQ BIN MOHAMMAD KHAIDIR WK 20 45777 10 MUHAMMAD THARIQ BIN KAMAL AZAM WK 18 45752 11 MUHAMMAD HELMI BIN RAZALI WK 18 45734 12 KENNY ANG WEE LIANG WK 01 47160

Transcript of Report TITAS 2014

Page 1: Report TITAS 2014

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

PROJEK MINI

SSXOO12 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN

ASIA

KUMPULAN 13

TAJUK: SUMBANGAN TAMADUN CHINA KEPADA

PEMBENTUKAN TAMADUN MALAYSIA

PENSYARAH: USTAZ ROMZI BIN HAJI HANIKAL

BIL NAMA KOD PROGRAM NO MATRIK

1 HAFIZD ZULHASNI BIN ISMAIL SAINNY WK 18 45585

2 HENRIETTA SIERRA ANAK ROLLAND DUAT WK 01 45540

3 EME LINA ANAK IRAN@ERAN WK 01 45540

4 NURDIYANA BINTI ZAKARIAH WK 18 45920

5 MELISSA MICHELLE ROLLAND WK 18 45650

6 LAW HUI SOON WK 01 47264

7 AZRUL ABDULLAH WK 18 45488

8 MUSLIHAN BIN BUANG WK 01 45760

9 NAZIRUL AFIQ BIN MOHAMMAD KHAIDIR WK 20 45777

10 MUHAMMAD THARIQ BIN KAMAL AZAM WK 18 45752

11 MUHAMMAD HELMI BIN RAZALI WK 18 45734

12 KENNY ANG WEE LIANG WK 01 47160

Page 2: Report TITAS 2014

1

KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

0.0 Kandungan 1

1.0 Pengenalan 2

2.0 Bidang Sosial

2.1 Keluarga 2.2 Komuniti

3 3

3.0 Agama Dan Kepercayaan

3.1 Kepercayaan Primitif Atau Animisme 3.2 Konfunisme

3.3 Toisme 3.4 Agama Buddha

4 4

4 4

4.0 Bahasa Dan Penulisan 4.1 Bahasa

4.2 Tulisan Cina

5

5

5.0 Budaya Dan Kesenian 5.1 Budaya

5.2 Perayaan 5.2 Kesenian Kaligrafi

5.4 Seni Bina

6-7

7 7 7

6.0 Perubatan 8

7.0 Alam Sekitar 9

8.0 Sains,Teknologi dan Penciptaan 8.1 Perkembangan Sains 8.2 Perkembangan Teknologi dan Penciptaan

10 11

9.0 Ekonomi 12

10.0 Rumusan 13

11.0 Rujukan 14

12.0 Lampiran 15-16

Page 3: Report TITAS 2014

2

1.0 PENGENALAN

Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan

China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar

yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula

pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M..

Tamadun China merupakan sebuah tamadun yang lama bertahan, iaitu sejak 4000 tahun

yang lalu, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan halangan disebabkan

pencerobohan kuasa asing.

Di samping itu, tamadun China juga merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia

selain tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir, tamadun Lembah Indus, dan tamadun Greek.

Sistem politik yang stabil, kuat dan berwibawa telah menggalakkan penghijrahan orang

China ke tempat luar sama ada untuk melakukan aktiviti ekonomi ataupun mencari

penempatan baru.

Akhir sekali, tamadun China yang menerusi beberapa kurun dalam sejarah dunia, telah

melalui beberapa tahap pentadbiran seperti tahap permulaan, tahap keemasan, dan tahap

peralihan. Antara tahap keemasan, dinasti Han dan dinasti Sui yang merupakan contoh

terutama zaman kegemilangan Tamadun China. Malah, sumbangan dan pencapaiannya

adalah standing dengan tamadun dunia lain. Keunikan tamadun China ialah ketahananya

sepanjang masa. Tamadun ini memiliki sejarah yang panjang dan masih kekal sehingga hari

ini.

Page 4: Report TITAS 2014

3

2.0 BIDANG SOSIAL

2.1 KELUARGA

Pertama sekali, prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan

masyarakat begitu dihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Dalam sesebuah keluarga

wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum

perempuan. Amalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah

keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan

konsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan seperti

ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep

kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-

menghormati.

Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum

perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang lenjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka

harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan

hormat-menghormati sesama ahli keluarga.Malah amalan ini masih dipraktikan sebagai asas

pembentukan keluarga dalam tamadun Malaysia.

2.2 KOMUNITI

Selain itu, komuniti merupakan satu elemen yang sangat penting dalam setiap tamadun

tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan

personaliti dan identiti seseorang individu. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-

nilai murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi

sokongan moral, material dan psikologikal kepada ahli-ahlinya. Ahli komuniti berpegang

pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kepercayaan pada

masa tersebut. Bagaimanapun, amalan ini masih diterapkan dalam tamadun Malaysia apabila

manusia atau individu yang hidup dalam kalangan komuniti atau lebih dikenali sebagai

masyarakat. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti

seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi

Page 5: Report TITAS 2014

4

3.0 AGAMA DAN KEPERCAYAAN

3.1 KEPERCAYAAN PRIMITIF ATAU ANIMISME

Menyembah unsur alam.Banjir dan kemarau merupakan gambaran kemarahan dewa.

Keharmonian alam terdapat dalam konsep FengSui iaitu perlunya satu kehidupan harmoni

dalam persekitaran semula jadi kerana ia membawa tuah.

3.2 KONFUNISME

Kefahaman ini diasaskan oleh Kong Fu Tze atau nama sebenar beliau ialah Kung

Chiu. Ajaran beliau ditulis dalam Analects atau Lun Yu. Antara kandungan ajaranya ialah

mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia.Seterusnya,

mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini dan merupakan susunan

falsafah dan etika yang mengajar manusia berakhlak mulia.

3.3 TAOISME

Kefahaman ini diasaskan oleh LaoTzi atau nama sebenar beliau ialah Li Peh Yang

dan ajarannya ditulis dalam buku ‘IChing’ (The way and Virtue). Taoisme berasal daripada

perkataan “Tao” yang bererti “jalan” atau cara dan kuasanya”. Konsep “jalan” merujuk

kepada arah dan cara alam semesta. Konsep “kuasa” merujuk kepada kuasa yang diperolehi

oleh seseorang yang bersedia mengenepikan cita-cita sendiri untuk mengikut arah alam

semesta. Antara kandungan ajaran adalah dunia manusia adalah buruk, kejahatan adalah

usaha manusia untuk mendapatkan sesuatu yang tidak dapat diperolehi dengan baik (nafsu).

Jika manusia tidak mengejar harta benda ini, maka dunia akan aman dan tidak banyak

undang-undang yang diperlukan.Fahaman ini tidak setuju konsep kepimpinan melalui

tauladan kerana mustahil sikap baik pemerintah boleh dicontohi oleh rakyat dalam negara

yang luas.Akhir sekali, fahaman ini mengajak manusia bertapa di gua-gua untuk

menghapuskan dosa.

3.5 BUDDHA

Berasal dari India dan diasaskan oleh Gautama Buddha. Ajaran Buddha diterima oleh

masyarakat Cina kerana bersifat terbuka dan senang difahami. Malah berlaku asimilasi

dengan falsafah Taoisme dan Konfisiunisme . Pada masa itu, kekacauan dan peperangan yang

berlaku dalam negara. Beragama menenangkan masyarakat Cina yang berada dalam

kesusahan disebabkan berlaku peperangan dan huru-hara.

Page 6: Report TITAS 2014

5

4.0 BAHASA DAN PENULISAN

4.1BAHASA

Bahasa Cina telah lama wujud semenjak pembentukan Tamdun Hwang Ho. Bahasa

Cina dituturi oleh majoriti masyarakat Tamadun China. Bahasa Cina merupakan salah satu

bahasa pengantaraan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Malaysia di mana silibus dan

bahasa pengantaraan ialah bahasa Cina.Bahasa Cina yang dibawa oleh masyrakat Cina dari

China ke Malaysia menjadikan bahasa Cina salah satu bahasa pengantara di Malaysia

terutama dalam urusan jual-beli di pasar-pasar.Bahasa Cina mempunyai beberapa longhat.

Antara loghat yang terdapat di Malaysia ialah Mandarin, Hokkien, dan Foo Chow. Pengaruh

tamadun China ke dalam tamadun Malaysis dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan

perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu,antaranya ialah mee, cincau, kueh, taugeh, kuaci,

kucai, tauhu, lai (buah), teh, behon, dan to'yu (kicap) bagi kategori makanan dan buah-

buahan. Antara perkataan lain ialah tocang, , kekwa (bunga), koyok, cat, gincu, tahil,loting,

pangkin, loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca,apek, loki, nyonya,

cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, ampau, pakau, congkak, cukai dan mah-jong.

4.2 TULISAN

Tulisan cina merupakan tulisan terawal. Berdasarkan kajian, kemunculan tulisan cina

wujud sejak 8000 tahun yang lepas. Penemuan kulit kura-kura dan tulang binatang

membuktikan pemulaan kewujudan tulisan cina. Bentuk tulisan cina telah mengalami banyak

perubahan dan halangan sehingga terbentuknya tulisan cina yang sedia ada pada zaman

sekarang. Tulisan Cina merupakan system tulisan berteraskan piktograf dan ideograf. Tulisan

ini bertahan lama dan tidak pupus serta masih digunapakai oleh masyrakat cina di Malaysia

walaupun dicabar oleh tulisan Romawi dan Arab dari barat.

Page 7: Report TITAS 2014

6

5.0 BUDAYA DAN KESENIAN

5.1 BUDAYA

Yang paling jelas dan nyata ialah wujudnya komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali

di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan dan Pulau Pinang merupakan suatu interaksi yang

ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan sejarah orang Cina telah menetap

semenjak tahun 1613 di Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17

dan telah berkahwin dengan orang tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan

bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi dengan

masyarakat tempatan malah dalam kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian

proses pencampuran budaya Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya

kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu dialek bahasa Melayu

telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu Baba.

Walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba

ini diasaskan atas dielek bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum

dan bangsa Bandar-bandar utama di Alam Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang dan

Singapura. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa Melayu baku dari beberapa

sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien

iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan

komuniti Baba telah berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-

ciri budaya Cina

Di samping komuniti Baba dan Nyonya terdapat satu lagi komuniti peranakan Cina di

Kelantan. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan jenis pakaian yang

serupa. Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati dan cita rasa yang sepunya misalnya

kegemaran kepada wayang kulit, wayang gedek, menora dan bagi masyrakat temapatan,

permainan mahjong, dan pakau. Namun ciri budaya Cina yang menjadi kekangan penyerapan

sepenuhnya peranakan Cina ke dalam masyarakat Melayu, bahkan yang menjadi faktor

pengekalan budaya Cina ialah agama Islam yang menjadi pengangan orang Melayu. Orang

Cina tetap mengekalkan amalan kepercayaan dan agama mereka yang berasaskan politeisme,

iaitu kepercayaan kepada roh nenek moyang dan juga amalan agama Buddha. Namun, yang

membezakan maysarakat peranakan Cina Kelantan daripada masyarakat Melayu adalah

agama yang dianuti.

Page 8: Report TITAS 2014

7

Akhir sekali, wujudnya ‘China Town’ atau ‘China Street’ di bandar-bandar utama di

Malaysia seperti di Ipoh, Georgetown dan Kuching merupakan bukti pengaruh Tamadun

China di Malaysia.

5.2 PERAYAAN

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terbesar dan paling bertuah bagi masyratkat

Cina. Tahun Baru Cina diwartakan sebagai salah hari cuti umum di Malaysia sebagai

menghargai masyarakat Cina yang bersama-sama membentuk masyrakat harmoni di

Malaysia

5.3 KESENIAN KALIGRAFI

Seni kaligrafi berasal dari China. Seni ini merupakan seni khat yang menggunakan

berus Cina. Ia merupakan asas kepada penulisan Cina yang berusia lebih 4000 tahun. Asas

kaligrafi ialah garis dan bentuk.Kaligrafi mengikut kesenian Cina menekankan keharmonian,

keseimbangan , gerak hati dan momentum semasa menulis. Huruf atau karakter Cina tersebut

mempunyai teks yang berbeza dari segi bentuk, gaya dan pergerakan semasa menulis.Seni

yang benilai ini masih terdapat di Malaysia dan diamalkan.

5.4 SENI BINA

Contoh ketara pengaruh daripada segi seni bina di Malaysia ialah pavilion.Pavilion

merupakan bangunan kecil menyerupai pondok yang berfungsi sebagai tempat teduhan,

tempat bertafakur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial.Namun, di Malaysia

ianya diadaptasi menjadi pondok di kawasan-kawasan taman, kawasan perkelahan dan

kawasan berteduh di tempat awam. Keduanya adalah pagoda. Pagoda masih dibina seperti

tujuan asalnya iaitu tujuan beribadat.Pagoda merupakan bangunan suci atau kuil yang

berbentuk menara dan mempunyai banyak tingkat

Page 9: Report TITAS 2014

8

6.0 PERUBATAN

Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu. Amalan

perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah pemerhatian terhadap badan manusia dan

beberapa jenis penyakit. Manakala kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh masyarakat

Cina dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan seperti jarum

dicipta. Amalan-amalan perubatan Cina juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh

pengamal perubatan Cina. Antara karya perubatan yang dihasilkan ialah ‘Yellow Emperor’s

Classic of Internal Medicine’. Ia disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini

membincangkan mengenai teori dan falsafah perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia

menumpukan soal kelebihan terapeutik dari akupuntur, herba, diet dan senaman.

Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini kerana

ketidakseimbangan antara kedua-dua unsur itu yang membawa kepada penyakit. Darah

dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia

dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah,

paru-paru dengan logam dan buah pinggang dengan air. Oleh itu dalam menyediakan ubat,

bahan-bahan yang diberi mesti sesuai dengan keunsuran anggota tadi. Secara ringkasnya

penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu ubat-ubatan dalaman, ubat-ubatan luaran dan

akupuntur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti

herba. Sehubungan dengan kaedah ini orang Cina telah membuat beberapa kajian mengenai

beberapa aspek tumbuhan. Oleh itu mereka telah berjaya menemui Iodin dalam rumput laut

bagi mengubati penyakit beguk dan sebagainya. Manakala cara kedua iaitu luaran merupakan

cara perubatan yang menggunakan sumbu yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan

pada tempat-tempat yang tertentu. Akhir sekali, akupuntur pula merupakan rawatan dengan

memasukkan jarum pada tempat tertentu.

Bedasarkan pemerhatian, di Malaysia masih terdapat kedai-kedai Cina yang menjual

ubat-ubatan tradidional serta herba-herba. Pengunaan ilmu perubatan Cina yang dibawa oleh

pedagang-pedagang Cina masih digunapakai sehingga ke hari ini malah kaum lain turut

mengamalkanya.

Page 10: Report TITAS 2014

9

7.0 ALAM SEKITAR

Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima semua

agama.Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah

Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah yang berperanan sebagai

penjaga alam sekitar. Bagi agam Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara

alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi

dalam tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam

sekitar itu disembah dan dilihat sebagai ‘Divine Power’. Sungguhpun terdapat perbezaan ini,

tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar. Sesetengah

pihak mempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang

masih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan teknologi

dan penggunaannya sangat dipengaruhi pada sesuatu tamadun. Bagi tamadun Malaysia alam

sekitar turut dipelihara sejajar dengan tuntutan agama dan pengaruh tamadun Cina.

Penwujudan hutan simpan di Malaysia dan tasik buatan bukti komitmen pemerintah untuk

memelihara flora dan fauna anugerah tuhan di Malasysia

Page 11: Report TITAS 2014

10

8.0 SAINS, TEKNOLOGI DAN PENCIPTAAN

8.1 PERKEMBANGAN SAINS

Pertama, bidang fizik Cina yang paling penting adalah penemuan magnet. Ahli nujum

China telah menggunakan papan nujum yang bermagnet dengan melambangkan bahagian

atas sebagai syurga dan bahagian bawah sebagai bumi. Manakala penciptaan kompas awal

berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utara selatan yang diletakkan batu lod.

Manakala penggunaan jarum besi agak lewat dijumpai.Kedua, bidang kimia dimajukan oleh

pengikut Tao. Kerja-kerja mereka dalam bidang kimia dikaitkan dengan dua tujuan. Tujuan

pertama ini telah menggalakkan aktiviti sihat manusia seperti bersenam, pemakanan dan

pernafasan. Selain itu juga mereka telah berjaya dalam mencegah mayat dari reput. Bukti

mengenai kejayaan ini telah dapat di bongkar dalam satu penggalian di Wilayah Hunan pada

tahun 1972. Penemuan mayat Puteri Dai yang meninggal dunia pada tahun 168 S.M

membuktikan kejayaan ahli kimia Cina dalam proses mengelakkan mayat menjadi reput.

Mayat yang ditemui itu kelihatan masih segar dan tidak reput. Manakala tujuan kedua ialah

usaha untuk menukar logam-logam bermutu rendah kepada emas dan perak. Usaha ini

disertai dengan kepercayaan Yin dan Yang. Mereka percaya bahawa logam yang bermutu

rendah boleh ditukarkan kepada logam berharga dengan menukarkan kandungan Yin dan

Yang logam tersebut. Oleh kerana ketekunan mereka dalam bidang ini maka mereka juga

secara tidak sengaja telah mencipta beberapa peralatan penting bagi kajian kimia. Antaranya

pengenalan alat dacing bagi mengukur berat bahan tertentu. Antara ciri utama Tamadun

China ialah ia merupakan sebuah tamadun pertanian. Oleh kerana itu juga berlakunya

perkembangan dalam bidang pertanian Cina. Secara tidak lansung, kita dapat melihat

bagaimana binatang-binatang tertentu digunakan untuk tujuan ekonomi dan harian. Kerbau

misalnya digunakan untuk aktiviti penanaman padi, kuda sebagai binatang tunggangan dan

anjing sebagai binatang belaan.

Page 12: Report TITAS 2014

11

8.2 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN PENCIPTAAN

Hasil daripada pengetahuan orang Cina ini maka terciptalah beberapa benda yang

mempunyai pengaruh tertentu kepada dunia, antaranya ialah magnet. Orang Cina telah

mengetahui mengenai magnet sejak zaman klasik China lagi. Namun penemuan sifat-sifat

magnet telah dikembangkan lagi pada zaman Dinasti Han. Selain itu, penciptaan mesin cetak

dan kertas. Penciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman Dinasti Tang. Manakala kertas

dicipta lebih awal daripada penciptaan mesin cetak. Kertas telah dicipta oleh Cai Lun pada

tahun 105. Ciptaan kertas dan mesin cetak seterusnya membawa kepada perubahan kepada

tamadun Barat. Ini kerana dengan penemuan kertas dan mesin cetak maka bermulanya

Zaman Reformasi di Eropah. Selain itu,orang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup.

Ia dimulai oleh pengikut-pengikut Tao yang mencampurkan arang kayu dengan kalsium

nitrat dan sulfur. Perkara ini disentuh dalam buku Taoisme yang melarang mencampurkan

bahan-bahan ini terutama menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akan membawa

kebakaran. Namun demikian bahan letupan yang mereka cipta hanya digunakan untuk bunga

api. Manakala hubungan China dengan kuasa asing membawa kepada pengaruh penciptaan

bahan peletup sebagai satu senjata.

Salah satu kemajuan teknologi Cina yang memberangsangkan ialah dalam sektor

perkapalan. Ini kerana China bukan sahaja mempunyai dua sungai terpenting iaitu Sungai

Yangtze dan Sungai Kuning tetapi mempunyai kawasan perairan yang luas. Sementara itu

terdapatnya bahan-bahan utama untuk pembinaan pengangkutan air seperti ‘giant bamboo’

yang mempunyai ketinggian sehingga 24 meter. Pengangkutan air ini tetap digunakan

sehingga sekarang dengan adanya rakit buluh yang digunakan di Sichuan. Namun demikian

buluh bukan sahaja digunakan untjuk membuat rakit, ia juga berguna untuk tiang-tiang dan

layar kapal. Pembinaan jong-jong Cina merupakan salah satu binaan perkapalan yang unik.

Selain reka bentuk jong yang unik ini, ia juga mempunyai kedudukan yang kukuh.Satu lagi

kemajuan teknologi dalam Tamadun China ialah kincir air. Ia mencul pada sekitar tahun 30

S.M bagi kerja-kerja pemisahan bijih daripada tanah.

Secara umumnya penciptaan dan sumbangan tamadun China masih digunapakai dalam

pembentukan Tamadun Malaysia kerana tamadun China membantu Tamadun Barat dalam

bidang sains, teknologi dan penciptaan,walaupun dalam proses pembentukan Tamadun

Malaysia tidak mengambil secara terus teknologi atau ilmu bidang ini daripada tamadun

China.

Page 13: Report TITAS 2014

12

9.0 EKONOMI

Sejak zaman dahulu,kegiatan perdagangan telah mula wujud dengan menggunakan kulit

siput sebagaimana mata wang. Penyeliaan jalan-jalan baru, terusan dan sungai meningkatkan

kemudahan dan membawa kepada kemunculan pedagang-pedagang yang melabur

keuntungan mereka khususnya dalam tanah berperanan mengutip cukai. Pada zaman

pemerintahan Monggol, perdagangan terus mencapai kemajuan, tetapi perdagangan asing ini

tetap terletak di bawah penguasaan pedagang asing khususnya orang Islam dari Timur

Tengah. Pedagang asing membawa keluar keuntungan dari China dan menyebabkan

pengaliran keluar mata wang negara yang memburukan lagi keadaan ekonomi. Kemajuan

industri seperti industri tekstil di Soochow dan Sungkiang telah memajukan lagi kegiatan

perdagangan. Seperti yang dilihat, masyrakat Cina sangat mahir dalam bidang ekonomi.

Ekonomi Malaysia dipelopori oleh masyrakat Cina yang sudah terbukiti semenjak zaman

dahulu sangat mahir dalam perdangan

Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku. Dengan sebab itu wujud

konsep akhlak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam ‘eight

fold path’. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai

hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud

kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga

wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'riba',

'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan pertimbangan

moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau

bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara ini

yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden..

Page 14: Report TITAS 2014

13

10.0 RUMUSAN

Kesimpulanya, Tamadun China banyak menyumbang dalam pembentukan Tamadun

Malaysia secara langsung dan tidak langsung.Antara sumbangan Tamadun China ialah dari

segi Agama dan kepercayaan serta sistem bahasa dan tulisan yang masih diamalkan oleh

masyarakat Cina di Malaysia.Sumbangan lain adalah dari segi perubatan,budaya dan

kesenian, pengurusan alam sekitar, sains, teknologi, penciptaan dan akhir sekali ekonomi

banyak membantu dalam pembentukan tamadun Malaysia. Tamadun China mempunyai ciri-

ciri yang tersendiri dan agak unik serta kaya dengan penciptaan dan penemuan sains dan

tamadun China bukan sahaja menekankan aspek ekonomi , tetapi juga pembinaan masyarakat

beretika dan pemeliharaan alam sekitar.

Page 15: Report TITAS 2014

14

11.0 RUJUKAN

1. Ahmad Zaki Abd. Latiff , Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2012) Tamadun Islam

dan Tamadun Asia (Edisi Kedua), Kuala Lumpur, Oxford Fajar.

2. Hanan Ika, Sumbangan Tamadun China kepada Tamadun Malaysia,

http://tamadunmalaysia.blogspot.com diambil pada 1 Disember 2014.

3. Melody Pang, Contributions of The Chinese Civilization to the Modern World ,

http://www.studymode.com/essays/Contributions-Of-Chinese-Civilization-To-The-

1723664.html diambil pada 2 Disember 2014

4. Suffian Mansor, Sejarah China Moden (2009) Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya.

Page 16: Report TITAS 2014

15

LAMPIRAN : WAWANCARA

Salah satu sumber rujukan dalam Projek Mini Tamadun Islam dan Tamadun Asia

adalah wawancara. Kumpulan projek ini yang diwakili Azrul Abdullah telah

ditugaskan untuk mewawancara seorang pelajar iaitu saudara Toong Tong Yap.

Beliau merupakan seorang pelajar Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

dan juga merupakan pelajar berbangsa Cina. Beliau berasal daripada Bukit Beruang,

Melaka.

Azrul: Selamat sejahtera saudara, apa khabar?

Tong Yap: Selamat sejahtera, khabar baik.

Azrul : Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Tong

Yap kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara.Tujuan saya mewawancara

saudara adalah untuk menyiapkan projek mini TITAS.Pertama sekali, perkataan

‘Tamadun’ sering dikaitkan dengan pembentukan sebuah negara atau negeri

berasaskan bangsa.Justeru,berdasarkan pengetahuan saudara, apakah yang

dimaksudkan dengan ‘Tamadun’.

Tong Yap: Umumnya tamadun juga sering dikaitkan dengan ‘peradaban’. Tetapi

berdasarkan pengetahuan saya, tamadun bererti keupayaan sekelompok manusia yang

berkerjasama dalam mencapai matlamat atau sasaran mereka agar dapat maju

kehadapan sebagai satu unit.

Azrul: Bolehkah saudara menceritakan tentang sumbangan tamadun China terhadap

pembentukan tamadun Malaysia.

Tong Yap: Kita semua tahu tamadun China merupakan sebuah tamadun yang Berjaya

mencapai tahap kegemilanganya. Malah pengekalan budayanya selama ribuan tahun

menjadikan tamadun China sebagai sebuah tamadun yang unik. Dari segi seni bina

kita dapat lihat binaan seperti pavilion dan pagoda menjadi salah satu binaan yang

terdapat di Malaysia. Budaya cina seperti bermain bunga api dan pemberian ang pau

telah diserap dan menjadi budaya masyrakat Malaysia.Selain itu, dari segi bahasa dan

tulisan, system ini masih digunapakai oleh masyrakat Cina di Malaysia.Malah bahasa

Cina dan tulisanya merupakan system penghantar di sekolah-sekolah jenis

kebangsaan milik kerajaan Malaysia. Penggunaan herba tradisional cina seperti

ginseng masih ada pada hari ini.

Page 17: Report TITAS 2014

16

Azrul: Boleh saudara huraikan lagi mengenai contoh dan kesan kewujudan masyrakat

Cina di Malaysia.

Tong Yap: Agama Buddha yang dibawa dan falsafah-falsafah Cina masih diamalkan

oleh sebahagian masyarakat Cina.Asimilasi perkataan cina dalam bahasa melyu

merupakan bukti yang kukuh. Contohnya, perkataan seperti mee, kueh tiaw dan beca

merupakan kata pinjaman daripada bahasa Cina.Makanan cina juga diadaptasi sesuai

dengan cara pemakanan orang melayu contonhnya mee sup dan nasi ayam.Ekonomi

Malaysia yang kukuh sejak merdeka disokong oleh kehebatan masyarakat Cina dalam

bidang ekonomi.

Azrul: Akhir sekali, berdasarkan pemerhatian saudara, bagaimanakah hubungan

sosial masyrakat Cina dengan masyarakat lain di Malaysia?

Tong Yap: Pada pandangan saya, hubungan sosial antara kaum-kaum di Malaysia

adalah sangat baik.Hal ini terbukti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai

masyarakat dapat hidup dengan aman dan bersatu padu.Masyarakat yang elbagai ini

sering berinteraksi antara satu sama lain. Hubungan ini memebawa kesan positif

dalam pengasimilasian atau pencampuran budaya yang baik dan menghapuskan sifat

‘kebangsaan’ dalam masyarakat Malaysia.

Azrul: Saya yakin pandangan saudara penting bagi pihak saya dalam menyiapkan

projek mini TITAS.Terima kasih sekali lagi kepada saudara kerana membantu dengan

buah fikiran yang bernas dan atas kesudian saudara diwawancara.

Tong Yap: Terima kasih kembali.