Report trends 1

19
PERBEZAAN PENCAPAIAN PENDUDUK LUAR BANDAR/BANDAR 1.0 PENGENALAN 1.1 PENCAPAIAN Pencapaian akademik ialah pengetahuan atau kemahiran yang diperoleh dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Ia biasanya diukur dengan skor ujian atau markah-markah yang diberikan oleh guru atau kedua-duanya. Pencapaian juga merujuk kepada kedudukan seseorang pelajar berbanding dengan pelajar lain. Ini adalah berasaskan kemahiran atau pengetahuan yang diperolehi dalam sesuatu penilaian yang piawai oleh Kementerian Malaysia atau sekolah itu sendiri (Mat Razak Abdullah, 2004). Sofiah Nik Yassin (1991, dalam Ha Pick Yeng, 2000, m.s 12) mendefinisikan pencapaian akademik sebagai pencapaian pelajar mengikut kurikulum yang diaja, yang ditentukan melalui ujian bulanan, ujian penggal, ujian pertengahan dan ujian akhir bagi setiap sesi persekolahan. 1.2 MATEMATIK Matematik merupakan mata pelajaran wajib yang mula dipelajari dari darjah 1 hingga tingkatan 5 atau tingkatan 6 di mana ia berkaitan dengan kemahiran pengiraan dan penyelesaian masalah. Matematik melengkapi para pelajar dengan ilmu pengetahuan matematik yang berguna dan berkaitan dengan kehidupan seharian. Ia menggalakkan perlembangan pemikiran analitis, bersistem dan kritis serta kemahiran menyelesaikan masalah. Ini membolehkan

Transcript of Report trends 1

Page 1: Report trends 1

PERBEZAAN PENCAPAIAN PENDUDUK LUAR BANDAR/BANDAR

1.0 PENGENALAN

1.1 PENCAPAIAN

Pencapaian akademik ialah pengetahuan atau kemahiran yang diperoleh dalam mata pelajaran

yang dipelajari di sekolah. Ia biasanya diukur dengan skor ujian atau markah-markah yang

diberikan oleh guru atau kedua-duanya. Pencapaian juga merujuk kepada kedudukan seseorang

pelajar berbanding dengan pelajar lain. Ini adalah berasaskan kemahiran atau pengetahuan yang

diperolehi dalam sesuatu penilaian yang piawai oleh Kementerian Malaysia atau sekolah itu

sendiri (Mat Razak Abdullah, 2004). Sofiah Nik Yassin (1991, dalam Ha Pick Yeng, 2000, m.s

12) mendefinisikan pencapaian akademik sebagai pencapaian pelajar mengikut kurikulum yang

diaja, yang ditentukan melalui ujian bulanan, ujian penggal, ujian pertengahan dan ujian akhir

bagi setiap sesi persekolahan.

 

1.2 MATEMATIK

Matematik merupakan mata pelajaran wajib yang mula dipelajari dari darjah 1 hingga tingkatan

5 atau tingkatan 6 di mana ia berkaitan dengan kemahiran pengiraan dan penyelesaian masalah.

Matematik melengkapi para pelajar dengan ilmu pengetahuan matematik yang berguna dan

berkaitan dengan kehidupan seharian. Ia menggalakkan perlembangan pemikiran analitis,

bersistem dan kritis serta kemahiran menyelesaikan masalah. Ini membolehkan pelajar

mengendalikan dunia teknologi yang sentiasa mengalami perubahan. Disamping kemahiran

mengira yang melibatkan daya kreativiti yang tinggi, ia juga memerlukan kefahaman sesuatu

konsep dengan tepat dan menyeluruh.

6 Januari 2003 merupakan satu tarikh yang membawa seribu makna kepada sistem

pendidikan negara Malaysia. Pada tarikh itulah satu dasar baru diperkenalkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) dimana pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan

Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini dilaksanakan secara berperingkat dan sebagai

permulaan hanya pelajar darjah 1, tingkatan 1 dan tingkatan 6 rendah yang diajar dalam Bahasa

Inggeris.

Page 2: Report trends 1

1.3 BANDAR

Menurut Melvin G.Marcus & Thomas R. Detwyler 1985, menyatakan bahawa terdapat 3 definisi

utama:           

1) Pertamanya bandar adalah suatu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh

sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur.

2) Keduanya bandar adalah satu gabungan antara tempat dengan penghuninya. Disini,

bandar ditakrifkan untuk meliputi keseluruhan elemen semulajadi, sosial dan buatan

manusia yang terkelompok dalam kawasan yang mempunyai ramai penduduk.

3) Ketiganya dari segi fungsi, ia boleh dianggap sebagai satu ekosistem terbuka yang

mengembangkan kebudayaan bandar melalui pertukaran bahan dan tenaga.

 

1.4 LUAR BANDAR

Kawasan desa merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. Ia merupakan petempatan

yang meliputi semua jenis kampung dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang

penduduk dan bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi seperti

kampung FELDA, kampung FELCRA, kampung Orang Asli, petempatan ladang, kampung baru

dan pusat-pusat petempatan atau bandar-bandar baru dalam kawasan Lembaga Kemajuan

Wilayah.

 

2.0 PENDIRIAN KAMI

Dari hasil carian yang kami cari dan huraikan di sini, apa yang kami ingin simpulkan bahawa

memang terdapat perbezaan pencapaian antara sekolah bandar / Luar bandar. Paling ketara

adalah dari sekolah luar bandar dimana prestasinya tidak memberangsangkan berbanding sekolah

bandar. Kami berkata demikian berdasarkan carian yang telah dibuat di mana segala pendapat

dan pandangan pelbagai pihak yang boleh dipercayai contohnya timbalan perdana menteri kita

dan merangkap menteri pendidikan turut berpendapat seperti kami. Ia lebih dikukuhkan lagi

berdasarkan statistik keputusan PMR dan SPM bandar/luar  bandar  2009 yang ditunjukkan di

atas.

Selain itu, pendapat seorang penulis blog, dengan nama samarannya Melayu, Nasional

dalam artikelnya bertajuk Pandangan Mengenai Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan

Page 3: Report trends 1

luar bandar mengatakan bahawa mengapa berlakunya jurang perbezaan ini adalah secara

logiknyakebanyakan pelajar-pelajar yang berpotensi yang berasalnya daripada kampung, sebaik

sahaja habis peperiksaan UPSR mereka telah ditawarkan untuk bersekolah di Sekolah Berasrama

Penuh, Maktab Rendah Sains MARA dan pelbagai lagi sekolah berkualiti di bandar-bandar, dan

yang tinggal di sekolah-sekolah kampung di luar bandar adalah para pelajar yang memang agak

kurang pencapaian akademiknya. Pendapatnya turut kami akui kebenarannya kerana sudah

tentulah sekolah-sekolah di kawasan luar bandar akan selalu ketinggalan dalam pencapaian

akademiknya kerana semua pelajar yang pandai sudahpun keluar meninggalkan kampung.

Bagi menguatkan lagi pendirian kami, dibawah merupakan data-data yang menunjukkan

perbezaan pencapaian matematik sekolah luar Bandar dan Bandar. Data-data ini kami ambil dari

sekolah kami sendiri.

Di bawah adalah perbezaan pencapaian Matematik PMR (2007) sekolah Bandar/luar Bandar:

Sekolah Peratus Lulus (%)

Bandar (SMK. Seri Manjung) 86.2

Luar Bandar (SMK. Jelai) 69.71

 

Di bawah adalah perbezaan pencapaian Matematik SPM (2007) sekolah Bandar/luar Bandar :

Sekolah Peratus Lulus (%)

Bandar (SMK. Seri Manjung) 73.8

Luar Bandar (SMK. Jelai) 69.34

3.0 PENDAPAT/PANDANGAN

Dalam sebuah blog myjazmanie.com yang bertarikh 12 Mac 2010, artikel ‘Pandangan Mengenai

Jurang Perbezaan Pencapaian Pelajar Bandar dan Luar Bandar’ telah menyatakan pandangan

bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri dan berpendapat sekolah-sekolah di

kawasan luar Bandar akan selalu ketinggalan dalam pencapaian akademiknya kerana semua

pelajar yang pandai sudahpun keluar meninggalkan kampung. 

Pendapat yang dipetik dari artikel ‘Mengurus Jurang Pendidikan’ dari blog u-wartawan

yang dimiliki oleh Astro Awani, menyatakan hal jurang perbezaan dalam pencapaian tersebut

Page 4: Report trends 1

bukanlah suatu yang baru dan memperlihatkan terdapat pengagihan pendidikan yang ketara.

Perbezaan pencapaian itu juga membayangkan adanya perbezaan-perbezaan dalam pelbagai

aspek yang terus membayangi segala keciciran dalam keputusan peperiksaan dan prasarana, dan

apakah jurang itu boleh dirapatkan atau ia sebenarnya semakin melebar. Hakikatnya juga, ramai

anak-anak luar bandar terpencil yang berjaya dalam pendidikan dan kini menjawat kedudukan

tinggi dalam kerjaya masing-masing.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom menyatakan kepada Bernama

Utusan pada 19 November 2009, dari segi jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar

dalam matapelajaran Matematik, beliau berkata, tiada perbezaan ketara walaupun penguasaan

mereka dalam matapelajaran itu meningkat setiap tahun. Peratusan murid luar bandar yang

menguasai kemahiran Matematik dan mendapat Gred ABCD mata pelajaran Matematik pada

PMR 2007 adalah 84.5 peratus berbanding 88.2 peratus murid bandar.

Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dipetik

dari Berita Harian pada 11 Mac 2010, jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar

bandar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini masih ketara. Beliau yang

juga Menteri Pelajaran, berkata beberapa usaha dan langkah sedang diambil bagi mengurangkan

seterusnya mengatasi jurang berkenaan secara berperingkat-peringkat.

Pada 11 Mac 2010, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin bin

Hj. Mohd Dom semasa mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia, berkata usaha untuk

merapatkan jurang prestasi antara bandar dan luar bandar perlu dipergiatkan lagi sewaktu

mengumumkan keputusan SPM 2009. Ini adalah statistik yang membuktikan kenyataan beliau.

 

Menurut laporan Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Prestasi dalam Matematik (PPK),

(1991 dalam lampiran Kementerian Pendidikan Malaysia) kepada sekolah-sekolah telah

menyatakan, “…terdapat sebilangan sekolah yang mendapat pencapaian yang kurang baik,

terutamanya sekolah-sekolah di luar Bandar. Di sekolah rendah, pencapaian matematik dalam

UPSR bagi kebanyakan sekolah adalah kurang daripada 50%”.

Page 5: Report trends 1

Satu kajian telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan, seperti mana yang disiarkan di

dalam The Star, 1991 bahawa taraf matematik sekolah rendah di luar bandar tidak langsung

memuaskan.

Menurut Azlina (2003), ‘Masalah Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di

kalangan Pelajar Tingkatan Dua Luar Bandar’ (Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, Meor Ibrahim

Kamaruddin) Matematik adalah antara mata pelajaran yang dianggap sebagai ‘killer subject’

terutamanya di kalangan pelajar luar bandar. Hal ini dibuktikan melalui pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran Matematik dan merujuk kepada Jadual 1, didapati tidak ramai pelajar yang

memperolehi keputusan yang cemerlang dengan mendapat gred A dalam peperiksaan

pertengahan tahun di kalangan pelajar tingkatan 2 sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di

daerah Pontian. Majoriti pelajar mendapat gred C dan terdapat juga pelajar yang gagal.

 

4.0 MENGAPA BERLAKU

Dari hasil yang diperolehi  mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kewujudan

permasalahan di kalangan pelajar untuk menguasai Matematik yang diajarkan dalam Bahasa

Inggeris. Dan disebabkan ini jugalah mungkin berlakunya perbezaan pencapaian antara sekolah

bandar dan luar bandar di mana pelajar-pelajar bandar mungkin kurang menghadapi masalah

walaupun matematik diajar di dalam Bahasa Inggeris kerana mereka lebih diberi dan mendapat

pendedahan Bahasa Inggeris di kalangan keluarga dan masyarakat sekeliling berbanding para

pelajar luar bandar. Antara faktor-faktor tersebut yang ketara dapat dilihat ialah dari segi:

4.1 Permasalahan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

Dari segi permasalahan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat dijelaskan dari

segi dua faktor iaitu:

4.1.1 Pengajaran Guru Dalam Bahasa Inggeris

Guru juga merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlangan pelajar dalam

akademik. Guru yang bijaksana akan menjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat

(Widad, 1998). Menurutnya lagi kecekapan dan keberkesanan seseorang guru memainkan

Page 6: Report trends 1

peranan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajar

untuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik. Menurut Robiah (1994),

faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak pembelajaran dan penglibatan

pelajar dalam Matematik. Di samping itu, daya tarikan sesuatu pelajaran amat bergantung kepada

kemahiran mengajar dan pengajaran guru (Kamaruddin, 1989). Sesuatu pengajaran yang baik

dan berkesan memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik

dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajarannya.

4.1.2 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar.

Menurut Fathman (1986), kejayaan seseorang dalam mata pelajaran bahasa kedua dipengaruhi

oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Pelajar yang bermasalah adalah pelajar yang tidak dapat

berkomunikasi dengan baik serta mempunyai asas bahasa Inggeris yang lemah. Erwin (1984),

mendapati bahawa dengan kekerapan latihan sahaja seseorang mungkin tidak dapat menguasai

bahasa yang dipelajari. Ianya perlu ditambah dengan pemahaman nahu dan pembinaan ayat

untuk penguasaan bahasa yang dipelajari. Polisi kerajaan Malaysia menjadikan bahasa Inggeris

sebagai bahasa terpenting selepas bahasa Melayu. Walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa

kedua terpenting selepas bahasa Melayu, namun kurang daripada 10 peratus rakyat Malaysia

yang boleh menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi (Fasold, 1999). Menurut Taib

(1998), penggunaan bahasa Inggeris di Malaysia hanya tertumpu kepada golongan atasan sahaja.

Kesan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris terhadap pencapaian pelajar

masih berada pada tahap yang sederhana (Farahasnida, 2004). Hasil kajian mendapati, kesediaan

pelajar kurang mencukupi dan menghadapi banyak masalah semasa proses pengajaran dan

pembelajaran (Yen Yeong, 2004). Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar adalah

masalah dengan sebutan dan pemahaman istilah Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah

dalam menstrukturkan ayat. Ini menyebabkan pelajar jarang bertanya soalan kerana kesukaran

untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

4.2 Pelajar

Dari segi pelajar pula, faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya jurang ini juga dapat

dijelaskan dengan membahagikan kepada 2 faktor iaitu:

4.2.1 Minat

Page 7: Report trends 1

Masalah perbezaan ini timbul juga mungkin disebabkan oleh minat yang mana mungkin pelajar

sekitar bandar lebih mempunyai minat yg tinggi dalam usaha mempelajari matematik ini

berbanding pelajar luar bandar. Hal in kerana mungkin pelajar luar bandar kurang diberi

dorongan dalam pembelajaran mereka menyebabkan mereka kurang berminat dalam subjek

matematik ini. Hal ini wujud mungkin disebabkan oleh faktor perbezaan pemikiran dalam diri

ibu bapa masing-masing di mana sikap dan pemikiran ibu bapa yang duduk di bandar dan di luar

bandar berbeza sama sekali. Hal ini adalah kerana, ibu bapa yang tinggal di bandar

kebayakannya mempunyai kelayakan akedemik yang baik dan sudah tentulah menjawat jawatan

yang tinggi  berbanding ibu bapa yang tinggal di luar bandar yang kebanyakannya bekerja

sebagai penoreh getah,petani dan sebagainya. Mereka sudah tentulah lebih memberi dorongan

dan galakan kepada anak mereka agar lebih rajin dan berusaha dalam pelajaran tidak kiralah

matapelajaran matematik atau sebagainya kerana mereka lebih mengetahui betapa pentingnya

pencapaian pelajaran anak-anak mereka berbanding ibu bapa dari luar bandar yang mana kurang

memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka. Melalui satu artikel iaitu  bertajuk

“Minat tentukan", menyatakan minat  boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran

seseorang pelajar di dalam matematik (“Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat

terhadap matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang

sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas.

4.2.2 Sikap

Faktor sikap amat penting dalam menentukan tahap kejayaan yang dicapai oleh pelajar-pelajar

dalam mata pelajaran tertentu. Ramai pengkaji (Ha Pick Yieng, 2000; Noriah Jahari, 1999; Md

Nasir Yaacob, 2000; Tee Poh Wah, 1989) telah melakukan kajian masing-masing mengenai

sikap pelajar terhadap matematik dan cuba menghubungkaitkannya dengan pencapaian. Menurut

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987, m.s 174), “pengaruh sikap dan nilai terhadap pencapaian adalah

penting lebih-lebih lagi apabila melibatkan kelas sosial dan taraf sosio ekonomi”. Dan seperti

yang kita ketahui, sudah tentulah kelas ekonomi dan taraf sosio ekonomi pelajar luar bandar

adalah rendah berbanding pelajar bandar. Dan hal ini secara tidak langsung menimbulkan  sikap

yang negatif pelajar sekolah luar bandar terhadap matematik dan ia sudah tentulah akan

mempengaruhi prestasi dan pencapaian pelajar dalam matematik. Berbanding dengan pelajar

sekolah bandar yang mempunyai taraf sosio ekonomi yang tinggi, sudah tentulah mempunyai

Page 8: Report trends 1

ransangan dan dorongan positif daripada ibu bapa mereka yang seperti diketahui mempunyai

banyak masa untuk diluangkan dengan anak-anak berbanding ibu bapa pelajar sekolah luar

bandar yang terpaksa bekerja keras siang dan malam. Dan ini, dapat membentuk sikap yang

positif kepada matematik di kalangan pelajar sekolah bandar dan sekaligus dapat mencapai

pencapaian yang tinggi berbanding sekolah luar bandar.

4.3 Ibu Bapa

Di dalam mempertingkatkan pencapaian pelajar-pelajar di dalam pelajaran mereka, tidak dapat

dinafikan bahawa ibu bapa dan keluarga mereka turut memainkan peranan yang penting. Oleh

itu, tidak dapat dinafikan secara tidak langsung ibu bapa juga turut mempengaruhi sebab

berlakunya perbezaan pencapaian dalam matematik antara sekolah bandar dan luar bandar. Hal

ini kerana wujudnya perbezaan sikap antara ibu bapa luar bandar dan bandar. Perbezaan ini

berlaku mungkin disebabkan oleh perbezaan akademik, taraf sosio ekonomi, kelas sosial dan

pemikiran mereka. Seperti yang diketahui, ibu bapa dari kawasan bandar lebih memberi

dorongan dan rangsangan agar anak-anak mereka rajin dalam pelajaran berbanding ibu bapa dari

luar bandar. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan akademik dan pemikiran yang dinyatakan

sebentar tadi.

Ibu bapa merupakan orang yang pertama pelajar-pelajar kenali di dalam hidup mereka.

Pepatah inggeris yang berbunyi “The hand that rocks the cradle rules the world” yang membawa

pengertian “Tangan yang menghayun buaian itulah yang memerintah dunia” sudah cukup

menggambarkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Dua orang ahli

matematik iaitu Poffenberger dan Norton (Md. Rodzi, 1998) menyatakan bahawa ibu bapa

memainkan peranan langsung di dalam mempengaruhi sikap pelajar. Khususnya dalam subjek

matematik melalui faktor psikologi dan sosial. Setiap perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan

kepada anak-anak baik dari segi psikologi mahupun sosial.

4.4 Sosio Ekonomi

Faktor sosio ekonomi juga turut menyumbang kepada perbezaan pencapaian antara sekolah

bandar dan luar bandar. Hal ini kerana, jika hendak dibandingkan antara pelajar bandar dan luar

bandar  sudah tentulah taraf sosio ekonomi keluarga pelajar luar bandar kurang berbanding

Page 9: Report trends 1

pelajar bandar. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan graf markah sosio ekonomi sekolah bandar

iaitu Sekolah Menengah Seri perak iaitu sekolah menengah gred A, dan luar bandar iaitu Sekolah

Menengah Ulu Bernam iaitu sebuah sekolah gred B, hasil kajian yang dilakukan oleh Bastiar bin

md. Noh dalam tesisnya bertajuk hubungan persekitaran dan taraf sosio-ekonomi terhadap

pencapaian matematik pelajar-pelajar tingkatan dua antara sekolah bandar dengan luar bandar

(1991, m.s 36):

4.4.1 Perbandingan  Sosio-Ekonomi

5 Kelas Markah Kekerapan

6 A         40 – 49

7 B        50 – 59

8 C        60 – 69

9 D       70 – 79

10 E        80 - 89

Min markah sosio ekonomi bagi sekolah bandar = 76.63

Min markah sosio ekonomi sekolah luar bandar = 59.10

Dari data yang dipaparkan dapat dilihat perbezaan dari segi taraf sosio ekonomi adalah amat

ketara antara bandar dan luar bandar.

4.5 Sekolah

Dari segi faktor penyebab iaitu sekolah turut dapat dijelaskan dari segi 2 aspek iaitu:

4.5.1 Lokasi

Sebab berlakunya perbezaan pencapaian matematik sekolah bandar / luar bandar di mana dapat

dilihat pencapaian matematik sekolah luar bandar kurang memberangsangkan berbanding di

bandar kerana disebabkan oleh kedudukan sekolah-sekolah  luar bandar itu sendiri menyebabkan

Page 10: Report trends 1

kesukaran berhubung dengan pihak tertentu untuk menerima segala pembaharuan dari segi

teknik dan peralatan yang terkini yang berkaitan dengan matapelajaran matematik. Murid luar

bandar akan menghadapi banyak kesukaran berbanding dengan murid di bandar kerana banyak

kemudahan yang terdapat di bandar sukar untuk didapati di luar bandar. Dengan itu mereka

memerlukan kemampuan yang lebih untuk menangani masalah ini supaya keputusan peperiksaan

mereka juga boleh dibanggakan.

4.5.2 Kemudahan Infrastruktur

Dari segi kemudahan infrastruktur dan suasana pembelajaran, memang sesuatu yang tidak boleh

dinafikan sekolah di bandar begitu lengkap kemudahan pembelajaran manakala di sesetengah

sekolah luar bandar keadaan infrstruktur adalah kurang memuaskan. Hal ini turut diakui oleh

Melayu, Nasional dalam artikelnya Pandangan Mengenai Jurang perbezaan pencapaian pelajar

bandar dan luar bandar. Selain turut mengatakan bahawa faktor ini sudah tentu memberikan

kesan kepada para pelajar. Apa yang ada di kalangan pelajar-pelajar di luar bandar adalah hanya

semangat dan kekuatan diri semata-mata untuk meneruskan pembelajaran dengan kemudahan

yang terhad.

 

5.0 CARA MENGATASI

Hakikatnya kita haruslah mengambil langkah yang berterusan dalam memastikan kemajuan

pendidikan di bandar seiring dengan pendidikan di kawasan luar bandar. Bagi mengatasi masalah

ini, kami telah mengkategorikan beberapa  faktor  utama untuk mengatasi masalah ini. Di

antaranya ialah:

5.1 Pelajar

Banyak pendapat menyatakan bahawa untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang termasuk

belajar, individu harus memandang dan mempunyai sikap positif, barulah tumpuan dapat

diberikan dan pencapaian terbaik terhasil (“Minat tentukan”, 2002, m.s. 1). Kemampuan pelajar

dalam menangani masalah ini banyak dipengaruhi oleh sikap mereka sendiri selain dari faktor

guru dan persekolahan (Samsudin Husin,2000, m.s. 41). Dalam menuju ke arah kecemerlangan

matematik, kemantapan penguasaan asas murid amat perlu. Perkara ini memerlukan minat yang

lebih pada diri murid. Murid yang dapat melahirkan minat terhadap matematik akan mencapai

Page 11: Report trends 1

kejayaan yang baik. Sikap positif dan negatif pelajar terhadap sekolah menjadikan mereka sama

ada bersedia memberi tumpuan dan perhatian atau sebaliknya.

 

 5.2 Guru

Guru harus kreatif untuk menangani masalah ini agar dapat mencari altenatif yang lebih baik dan

berkesan ke arah memupuk minat murid terhadap pembelajaran matematik. Hubungan antara

guru dengan murid juga memberi kesan kepada minat murid terhadap matematik terutama di

kawasan luar bandar. Dalam masa yang sama, guru matematik adalah memainkan peranan

sebagai penyampai dan penghurai ilmu berkenaan. Dari segi guru, aspek personaliti dan gaya 

pengajaran mereka amat penting. Pengajaran di bandar berbeza dengan pengajaran di luar

bandar.  Guru juga perlulah bijak dalam mempelbagaikan teknik pengajaran matematik agar

mudah diterima oleh para pelajar. Penggunaan Program Pengayaan dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik merupakan salah satu cara mengatasi perbezaan pencapaian.

5.3 Ibu bapa dan persekitaran

“Ibu bapa dan guru perlulah berusaha menyediakan persekitaran yang paling baik untuk

perkembangan kanak-kanak. Faktor-faktor yang paling signifikan di dalam persekitaran ialah

faktor-faktor yang menggalakkan suasana selamat, tenteram dan selesa. Potensi individu itu

besar kemungkinan akan tercapai jika persekitarannya dapat memberikan berbagai jenis

pengalaman kepada individu itu”( Sharifah Alawiyah Al Sagof (1987) yang dipetik dari tesis

saudara Bastiar (1991) ). Dalam mencapai kecemerlangan matematik, sumbangan masyarakat

amat besar. Jika masyarakat mempunyai tanggapan yang positif terhadap matematik, maka

murid juga akan mempunyai pandangan yang positif terhadap matematik. Kesannya minat murid

terhadap matematik akan bertambah.

 

5.4 Pengurusan Persekolahan

Pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak-pihak terbabit harus menyediakan laporan

diagnsis yang mengandungi pencapaian pelajar. Organisasi bilik darjah memainkan peranan

penting dalam menarik minat murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran matematik.

Guru Besar/Pengetua selaku pentadbir organisasi sekolah hendaklah menerang dengan jelasnya

Page 12: Report trends 1

perkara-perkara berhubung dengan Panitia Matematik seperti dari segi struktur dan organisasi,

tujuan dan matlamatnya serta peranan-peranannya.

5.5 Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada awal 1970 an Matematik Moden diperkenalkan bagi menggantikan Matematik Tradisional

dimana kaedah ini diharapkan dapat merangsang pelajar membuat penaakulan. Menempatkan

guru-guru matematik yang terbaik termasuk di luar bandar dan bandar. Memantapkan

perkhidmatan prasekolah di luar bandar  di mana membina lebih 2,400 kelas yang akan memberi

faedah kepada hampir 61,000 kanak-kanak di seluruh negara serta penyediaan latihan guru pra

sekolah dan kemudahan komputer di kebanyakan sekolah luar bandar (Utusan Malaysia, 6

Oktober 2006). Perlu  memberi fokus dalam usaha bagi merapatkan jurang pendidikan untuk

merapatkan jurang  perbezaan antara sekolah bandar dengan luar bandar. Pembangunan

infrastruktur   di mana KPM telah bekerjasama dengan NationalImplementation Task Force

(NITF) untuk menambah baik serta mendapat peruntukan tambahan di bawah Projek Berimpak

Tinggi NITF.

 

6.0 REFLEKSI (MAKLUM-BALAS SETELAH PERBENTANGAN)

Berdasarkan apa yang telah dibentang berkenaan tajuk kumpulan kami, terdapat pendapat di

kalangan pendengar mengemukakan pendapat menyatakan bahawa berlakunya jurang perbezaan

ini adalah disebabkan oleh faktor utama iaitu faktor  Ibu Bapa. Hal ini kerana sikap ibu bapa

amat mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka. Di dalam mempertingkatkan pencapaian

pelajar-pelajar di dalam pelajaran mereka, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa dan keluarga

mereka turut memainkan peranan yang penting. Oleh itu, tidak dapat dinafikan secara tidak

langsung ibu bapa juga turut mempengaruhi sebab berlakunya perbezaan pencapaian dalam

matematik antara sekolah bandar dan luar bandar. Selain itu, isu berkenaan Sekularisme

Pendidikan juga turut dibangkitkan di mana mereka menyatakan bangsa Melayu lebih

menekankan pelajaran Agama dengan menghantar anak-anak mereka ke kelas Agama

berbanding bangsa lain yang mana lebih menekankan pencapaian  akademik.