Research Metodhology VLE

14
SZRZ6014 RESEARCH METHODOLOGY Pengenalan 1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Di bawah projek 1BestariNet, sekolah- sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah atas talian dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan ____________________________________________________________________ ______________ Kajian Infrastruktur Peralatan Frog VLE Muka surat 1

description

kajian VLE

Transcript of Research Metodhology VLE

Page 1: Research Metodhology VLE

SZRZ6014

Pengenalan

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini,

sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan

akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan

sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran

Bersepadu. Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan

penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan

pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang

berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya

sambungan Internet (Internet Yes 4G).

Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik

darjah atas talian dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia

adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia

sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru

boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh

menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE.

Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh

menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses

di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan

mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom

dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk

memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik

__________________________________________________________________________________Kajian Infrastruktur Peralatan Frog VLE Muka surat 1

Page 2: Research Metodhology VLE

SZRZ6014

pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan

kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah “Google Apps” untuk

Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan

pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem

pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan

turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang

penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara

keseluruhannya.

Penyataan masalah

Di Malaysia, pembelajaran maya bagi murid sekolah rendah adalah satu konsep

pembelajaran yang baru tetapi di negara lain contohnya seperti di United Kingdom,

Ireland, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura ia sudah lama bertapak dan

diamalkan Siti (Aminah Khasiman, 2013). Menurut Rheingold (2004), persekitaran

pembelajaran maya adalah berasaskan internet yang dibina untuk menghubungkan ahli-

ahli komuniti dan membolehkan mereka berbincang dan bekerjasama dalam melakukan

tugasan atau projek. Semua ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran

maya perlu ada komputer dan boleh mengakses secara talian (atas talian) dari mana-mana

tempat. Ahli komuniti boleh terlibat secara aktif seperti bertukar-tukar pandangan mengenai

perkembangan pada masa hadapan, berkongsi pandangan dalam perlaksanaan polisi tertentu

atau berbincang tentang perkembangan tugasan mereka.

VLE atau Virtual Learning Environment adalah satu kaedah penyelesaian

bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan

__________________________________________________________________________________Kajian Infrastruktur Peralatan Frog VLE Muka surat 2

Page 3: Research Metodhology VLE

SZRZ6014

pentadbiran yang boleh diakses di sekolah, atau di mana-mana sahaja melalui capaian

Internet. Ia juga boleh dikatakan sebagai School Community Environment disebabkan ibu

bapa boleh mengakses apa jua hal-hal berkaitan pendidikan di sekolah. Frog VLE

merupakan satu projek Transformasi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh KPM

di bawah Projek 1BestariNet mulai tahun 2011. Di dalam projek ini, sekolah- sekolah

dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu mengenai urusan pentadbiran sekolah, kaedah

maya pengajaran dan pembelajaran dan maklumat-maklumat terkini persekolahan murid-

murid menerusi capaian Internet.

Persekitaran Pembelajaran Maya ( Frog VLE) bagaikan sebuah bilik darjah online

dan ruang sosial di sekolah dan juga sebagai adalah sistem pembelajaran berteras laman

web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep maya dalam

pendidikan konvensional. Ia mempunyai kalendar, laman sembang atau ruang forum

(social network), ruang kerja (shared workspace) dan ruang penilaian (online assessment).

Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja

sekolah secara maya manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah

melalui Frog VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh

mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE

boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

Seterusnya Rheingold (2004), menyatakan bahawa dalam persekitaran pembelajaran

maya mestilah memberikan peluang yang banyak kepada setiap ahli komuniti, untuk

mengakses bahan-bahan perbengkelan dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang

diberikan. Dokumen-dokumen seperti bahan persembahan, artikel dan juga senarai

tambahan sumber yang boleh diperolehi secara atas talian dari laman- laman web lain harus

disertakan.

__________________________________________________________________________________Kajian Infrastruktur Peralatan Frog VLE Muka surat 3

Page 4: Research Metodhology VLE

SZRZ6014

Pembelajaran maya seharusnya berlaku seperti pembelajaran biasa, di mana berlaku

komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan di antara murid dengan murid yang

lain. Namun yang membezakan ialah mereka tidak bertemu secara bersemuka tetapi

bertemu di ruang maya. Seterusnya, di dalam pembelajaran maya juga ada proses

pemantauan dan penilaian.

Pembelajaran seharusnya tidak berlaku hanya sehala sahaja iaitu pengajar

memberikan bahan-bahan pengajaran dan pelajar menerima serta meluahkan semula melalui

peperiksaan. Pembelajaran maya seharusnya lebih berfokuskan pelajar, di mana pelajar

secara aktif menyelesaikan segala permasalahan yang diberikan melalui penerokaan,

perbincangan dan berfikir pada tahap tinggi.

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif bertujuan untuk melihat infrastruktur atau

kemudahan peralatan yang disediakan mencukupi atau sebaliknya bagi tujuan penggunaan

Frog VLE. Peralatan yang dibekalkan samada bersesuaian dengan matlamat asal Frog VLE.

Pelaksanaan Frog VLE telah dilaksanakan semenjak tahun 2011. Pencapaian penggunaan

Frog VLE ini masih rendah kadar penggunaannya dikalangan guru, murid dan juga ibubapa.

Kekangan penggunaan Frog VLE harus dikaji punca utamanya berkait rapat dengan

infrastruktur. Jika kekurangan atau terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan guru,

murid dan ibubapa enggan menggunakan kemudahan yang disediakan dalam talian bagi

tujuan pembelajaran.

Objektif Kajian

1. Mengkaji kemudahan infrastruktur yang dibekalkan mencukupi atau sebaliknya bagi

tujuan penggunaan Frog VLE

2. Penggunaan Frog VLE yang masih rendah dikalangan guru adakah disebabkan oleh

faktor infrastruktur yang tidak mencapai standard yang ditetapkan.

__________________________________________________________________________________Kajian Infrastruktur Peralatan Frog VLE Muka surat 4

Page 5: Research Metodhology VLE

SZRZ6014

3. Kesesuaian keupayaan peralatan yang dibekalkan tidak mampu memenuhi kehendak

guru.

Persoalan kajian

Infrastruktur yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagi projek

1 Bestari Net telah mencakupi ruang keperluan guru bagi memenuhi objektif keperluan

pembelajaran maya (Frog VLE) yang sedang dilaksanakan secara berperingkat oleh para guru

di 10,000 buah sekolah. Di negeri Perak terdapat 39 buah sekolah rintis Frog VLE yang telah

dimulakan semenjak tahun 2011. Pemilihan sekolah adalah berdasarkan cadangan oleh pihak

Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan juga Bahagian Teknologi Pendidikn. Sekolah yang

terpilih terdiri dari sekolah rendah dan sekolah menengah yang terletak dikawasan bandar

atau luar bandar.

Infrastruktur yang diperlukan bagi mencapai objektif Frog VLE adalah talian sambungan ke

sekolah, komputer yang dibekalkan, modem yang dibekalkan, jenis pemasangan rangkaian.

Persoalan yang perlu dibangkitkan

1. Sambungan talian – adakah kelajuan talian adalah seperti yang dinyatakan oleh

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sekurang-kuranganya 4 Mbs dipasang

disekolah

2. Bilangan bekalan komputer – adakah bekalan komputer mencukupi berbanding

bilangan pelajar yang berada di sekolah.

3. Sejauh manakah isyarat wifi dapat meliputi kawasan sekolah.

4. Berapa orang guru yang telah menerima “Dongle 4G Yes” dan mengguna pakai

peralatan tersebut bagi tujuan Frog VLE.

5. Infrastruktur keperluan rangkaian yang sedia ada disekolah seperti pemasangan

UTP atau Gentian Optik membantu guru membuat capaian ke Frog VLE

__________________________________________________________________________________Kajian Infrastruktur Peralatan Frog VLE Muka surat 5

Page 6: Research Metodhology VLE

SZRZ6014

Kerangka kajian

Sekolah rintis yang menjalankan Frog VLE di negeri perak adalah sebanyak 39 buah

sekolah yang melibatkan sekolah menengah dan rendah. Sekolah yang telah disambungkan

dengan talian 1 Bestari Net melalui YTL Network hanya 24 buah sekolah. Jadual dibawah

menerangkan dengan lebih lanjut. Data diperolehi dari Bahagian Teknologi Pendidikan.

Jadual 1

__________________________________________________________________________________Kajian Infrastruktur Peralatan Frog VLE Muka surat 6

Page 7: Research Metodhology VLE

SZRZ6014

Berdasarkan jumlah sekolah sebanyak 39 buah sekolah, kajian akan dijalankan di 4 buah

sekolah iaitu 2 di sekolah menengah dan 2 di sekolah rendah iaitu mewakili 10 % kawasan

kajian. Sekolah menengah dan rendah akan dibahagi kepada 2 jeni lokasi iaitu bandan dan

luar bandar. Kajian secara kualitatif akan dijalankan dengan cara menemu bual respondan

seramai 4 orang guru dari setiap sekolah. Guru yang dipilih adalah secara rawak dan

dibahagikan mengikut gender iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Pemilihan kajian secara

menemu bual diharap akan mendapat lebih banyak maklumat secara telus dan ikhlas dari

guru. Persoalan kajian akan bertumpu kepada kemudahan peralatan yang di sediakan samada

memadai atau sebaliknya.

Kepentingan kajian

Hasil kajian akan dapat mengetahui sejauh mana peralatan infrastruktur yang

dibekalkan atau dipasang memenuhi keperluan guru disekolah menggunakan Frog VLE.

Hasil kajian boleh mencadangkan peralatan yang bersesuaian dengan kehendak guru bagi

mencapai objektif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan amnya Kerajaan Malaysia. Ini

amat penting kerana pihak KPM telah membelanjakan jumlah wang yang besar nilainya bagi

tujuan meningkatkan penggunaan Frog VLE dan pendidikan di Malaysia amnya.

Hasil kajian ini juga boleh mencadangkan Kementerian Pelajaran Malaysia spesikasi

paralatan infrastruktur yang bersesuaian dengan keperluan guru bagi tujuan mengatasi

kelemahan yang sedia ada. Peningkatan prasarana infrastruktur Frog VLE akan dapat

membantu meningkatkan kepenggunaan kemudahan yang disediakan.

Definisi operasi

Penggunaan peralatan infrastruktur yang menepati standard seperti yang telah

ditetapkan bagi tujuan pembelajaran secara atas talian yang bersesuaian akan dapat

__________________________________________________________________________________Kajian Infrastruktur Peralatan Frog VLE Muka surat 7

Page 8: Research Metodhology VLE

SZRZ6014

meningkatkan penggunaan Frog VLE secara tidak langsung. Standard asal sambungan ke

gerbang 1 Bestari Net adalah serendah 4 Mbs hingga ke 10 Mbs melalui talian tanpa wayar

yang disediakan melalui YTL Network yang bertindak sebagai “Internet Service Provider –

ISP” menggunakan teknologi 4G.

Teknologi 4G adalah teknologi tanpa wayar generasi keempat yang mampu menghantar data

hingga 100 Mbs. Jarak capaian isyarat Wifi seharusnya boleh mencakupi ruang lingkup

seluruh kawasan sekolah bagi tujuan memudahkan pengajaran menggunakan Frog VLE.

Jumlah Chromebook yang dibekalkan harus menepati bilangan pelajar bagi sesebuah kelas.

Jika jumlahnya minimal akan menjejaskan penggunaan pembelajaran atas talian.

Andaian dan Batasan Kajian

Semua guru di sekolah “Champion School” sebanyak 39 buah sekolah telah menggunakan

Frog VLE seperti mana yang telah diarahkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Masalah

utama adalah kekerapan penggunaan Frog VLE adalah masih rendah dantidak memuaskan. Kajian

ditumpukan hanya disekolah berkenaan walaupun perluasan penggunaan Frog VLE telah bertambah

dan akan diguna pakai semua sekolah menjelang tahun 2015. Kajian dihadkan kepada 4 sekolah

terpilih sahaja iaitu mewakili 10 % daripada 39 buah sekolah Champion School. Pecahan seterusnya

dibahagikan kepada 2 iaitu 2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah dan dipecahkan 2 bahagian lagi

iaitu 1 sekolah luar bandar dan 1 sekolah bandar. Setiap sekolah akan diwakili 4 orang guru yang

dipilih secara rawak.

__________________________________________________________________________________Kajian Infrastruktur Peralatan Frog VLE Muka surat 8