Resepi Biskut Sarang Semut

19
Resepi Biskut Sarang Semut Bahan-bahan : 250 gm butter 100 gm gula halus 350 gm tepung gandum.....] 100 gm tepung jagung.......] di ayak 1 biji kuning telur 1 s/teh esen vanilla Hiasan: Sedikit coklat rice secukupnya papercup kecil Cara membuat: 1. Pukul kembang butter dan gula. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata. 3. Masukkan tepung dan susu tepung yg dah diayak dan gaul rata. 4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup. (Eryne parut gune pemarut yg sederhana tu kat atas pinggan pastu sudukan dlm papercup) 5. Taburkan coklat rice. 6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit). 7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

description

resepi

Transcript of Resepi Biskut Sarang Semut

Page 1: Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan :

250 gm butter100 gm gula halus350 gm tepung gandum.....]100 gm tepung jagung.......] di ayak1 biji kuning telur1 s/teh esen vanilla

Hiasan:

Sedikit coklat ricesecukupnya papercup kecil

Cara membuat:

1. Pukul kembang butter dan gula.2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.3. Masukkan tepung dan susu tepung yg dah diayak dan gaul rata.4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup. (Eryne parut gune pemarut yg sederhana tu kat atas pinggan pastu sudukan dlm papercup)5. Taburkan coklat rice.6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Page 2: Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Tat Epal

Bahan-bahan:

250 gm mentega50 gm gula halus480 gm tepung gandum1 biji telur1 sudu kecil esen vanillaSedikit pewarna hijau dan cengkih secukupnya1 sudu kecil tepung jagung1 biji kuning telur - untuk disapu di atas

Cara Menyediakan:

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan esen vanila, gaul rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung serta pewarna hijau. Uli hingga menjadi doh lembut.

2. Ambil sedikit adunan isi inti dan bentuk seperti epal, cucukkan cengkih sebagai tangkainya. Sapukan kuning telur di atasnya. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150 darjah Celsius hingga masak.

Bahan Inti Epal Hijau:

5 biji epal hijau - diparut1.2 cawan gula pasir

* Masak kedua-dua bahan hingga kering

Page 3: Resepi Biskut Sarang Semut

Blueberry crepe

Bahan-bahan- Adunan Crepes

- 3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum- 4 sudu besar rata tepung kastard- 4 sudu besar rata tepung jagung- 2 sudu besar rata tepung ubi- 3 biji telur-di kocok2 je- 1 sudu kecil esen vanilla- 1 sudu besar gula halus- 1/4 sudu teh garam- 250 ml susu cair- suhu bilik- 1 sudu besar mentega cair/minyak masak- Pewarna purple- optional

Cara-cara- Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.- Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.- Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.- Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.- Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!-Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu

Bahan utk Inti- 1 cawan non dairy whip cream- Blueberry filling secukupnya

Caranya.- Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.- Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.

Cara Penyediaan- Kepingan crepe ~ secukupnya- Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)- Blueberry filling- secukupnya~ s- Letakkan sekeping crepe- Letakkan non dairay whip cream di atasnya- Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling- Tutup kembali denga non dairy whip cream

Page 4: Resepi Biskut Sarang Semut

- Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.- Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin

Page 5: Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi biskut tart bunga teratai

Bahan-bahan ( 150 biji )

325g mentega1 cwn icing sugar2 biji kuning telor4 sudu besar kastard3 sudu besar tepung jagung1 cwn susu tepung250gm tepung gandum - boleh di tambah jika adunan lembik1 biji nanas di parut atau kisar dan 300g gula dimasak bersama bersama nenas untuk membuat jemCawan kertas kecil

Cara-cara

1. Mula - mula pukul mentega dan gula sehingga gebu kemudian masukkan telor satu persatu dan di pukul lagi.2. Setelah itu masukkan tepung kastrad di kacau lagi kemudian susu tepung di kacau sehingga semua sebati baru la di masukkan tepung gandum.3. Uli sehingga menjadi doh jangan terlampau lembut dohnya4. Canai doh ikut ketebalan yang dikehendaki.Jangan terlalu tebal dan terlalu nipis.5. Cetak dengan acuan bungai teratai.Letak jem dan masukkan dalam cawan kertas.6. Setelah siap semuanya, bakar selama 20 atau 25 minit

Page 6: Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Makmur

Bahan-bahan ( 1 Balang saiz sederhana )

Tepung Gandum ( 1 kg )Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )Telur ( 3 Biji )Gula Aising

Cara-cara

1. Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.2. Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.3. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.4. Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.5. Cairkan minyak sapi6. Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga sebati.7. Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.8. Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.9. Biskut yang suda masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising.Siap untuk dimakan.

Page 7: Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Coklat Collata

BAHAN A:

250 gm tepung gandum75 gm gula aising110 gm mentega

BAHAN B:1 biji telur

CARA MENYEDIAKAN:

1. Bahan A digaul hingga sebati (menjadi serbuk roti).2. Masukkan bahan B, gaul hingga menjadi doh. Rehatkan adunan 15 minit, selepas itu, canaikan doh dan masukkan ke dalam acuan tat yang kecil.3. Bakar pada suhu 150 0C hingga masak. Apabila masak, sejukkan dan celup biskut ke dalam coklat collata yang telah dicairkan secara double boiler. Hiaskan dengan coklat putih.

BAHAN BISKUT:

BAHAN A:

140 gm mentega20 gm crisco40 gm gula kastor1 biji kuning telur1 sudu kecil cappucino emulco

BAHAN B:

180 gm tepung gandumSecubit serbuk penaik20 gm tepung jagung20 gm tepung kentang1 sudu kecil susu tepung

BAHAN C:

50 gm coco crunch (kisar halus)20 gm kacanga tanah (kisar halus)50 gm coklat urai (kisar halus)

BAHAN HIASAN:

Page 8: Resepi Biskut Sarang Semut

Kacang hazel untuk inti (bakar dan buang kulit) Coklat collata

CARA MENYEDIAKAN:

1. Putar bahan A selama 5 minit. Ayak bahan B dan satukan dengan bahan C.2. Masukkan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Rehatkan selama 20 minit, bulat-bulatkan dan masukkan kacang hazel dan bakar hingga masak.3. Sejukkan dan celupkan biskut dengan coklat collata dan letakkan atas pastri yang dibentuk seperti kulit tat.

Page 9: Resepi Biskut Sarang Semut

BISKUT COKLAT COMOT

Bahan-bahan :2 cawan mentega2 cawan gula halus2 biji kuning telur3 cawan tepung jagung3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil esen vanillacooking chocolatesekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk

Cara-cara : 1) Pukul mentega dan gula hingga sebati2) Masukkan telur dan kacau rata.3) Masukkan esen vanilla dan kacau lagi4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh5) Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan suhu tu agak2 la ya...dalam 150' - 160' selama 15 - 20 minit @ bergantung pada oven memasing6) Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih7) Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini8) Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk9) Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam paper cup

Page 10: Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Bright Eye Susan

Bahan-bahan ( dlm 80biji )

260gm tepung gandum *1/2 tsp baking powder *secubit garam *250gm butter125gm gula castor1 tsp esen vanilla1 biji kuning telur

HIASAN:

1 biji putih telur,almond nibs(tidak perlu dipanggang) & jem strawberry secukupnya.........

Cara-cara

1. ayak bahan2 yg bertanda * & ketepikan.2. pukul butter & gula hingga sebati.3. masukkan kuning telur & terus kacau.4. masukkan esen vanilla & terus kacau.5. kaup balikkan adunan tepung kedlm butter & uli sedikit sehingga menjadi doh yg lembut.6. sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil & bulat-bulatkan(utk bentuk yg sama).7. celup permukaan ats biskut dlm putih telur & celup dlm almond nibs.8. susun biskut dlm dulang & buatkan lubang tengah & paipkan jem kedlm lubang(guna jari @ hujung senduk 9. kayu buat lubang ditengah2 biskut)10. bakar suhu oven 200c selama 10 minit @ sehingga masak.ikut suhu oven masing2.

Page 11: Resepi Biskut Sarang Semut

resepi Biskut Coklat Zebra Daisy

Bahan-bahan A.

60gm Tepung Suji70gm Gula kastor120gm Tepung gandum160gm Tepung Naik Sendiri1/2 Sudu kecil bikarbonat1 sudu besar susu tepung

Campur: B120-130gm Minyak Jagung Daisy1/2 sudu kecil garam60gm Badam biji

Hiasan100gm coklat masakan100gm coklat putih masakan

Cara-cara- Campurkan kesemua bahan (A) kedalam mangkuk, putarkan selama 2 minit dengan kelajuan sederhana.- Masukkan Minyak jagung Daisy yang di campur dengan Garam dan putar 1 minit.- Adunan biskut dileperkan sebesar duit 50 sen dan diletakkan ditengahnya dengan badam biji, kemudian di bentuk menjadi bujur.- bakar kesemua selama 22-25 minit dengan suhu 160c- Biarkan biskut tadi sejuk.- Cairkan kedua-dua jenis coklat tadi kemudian ketepikan- Biskut disusun diatas redai,kemudian coklat masakan tadi dimasukkan kedalam karung plastik dan dipaipkan diatas biskut dengan rata.-Coklat putih dimasukkan dalam karung plastik dan diuraikan diatas coklat tadi secara memanjang.-Siap untuk di hidang

Page 12: Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Pineapple Flintstone Roll

Bahan A:

120 gm mentega30 gm lelemak sayuran (crisco)1 biji kuning telur1/2 sudu kecil garam1 sudu besar susu manis50 gm gula aising1/2 sudu kecil pewarna hijau

Bahan B:

240 gm tepung gandum60 gm tepung jagung2 sudu besar bijan3/4 sudu kecil baking powder1/4 sudu kecil emplex

Cara Menyediakan:

1. Pukul mentega, lelemak sayuran dan kuning telur selama tiga minit.2. Campurkan kesemua bahan B ke dalam bahan A diikuti garam, susu manis, gula aising dan pewarna hijau.3. Pukul selama dua minit. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.4. Keluarkan dan canai. Terap dengan acuan bulat kecil. Jadikan seperti kelongsong, masukkan inti.5. Hias dengan ceri merah, sapukan dengan telur dan bakar selama 12 minit pada suhu 175 darjah Celsius.

Bahan Inti:

1 biji limau sunkist - parut kulit dan ambil airnya2 cawan nanas parut1 cawan betik parut1 cawan gula2 sudu besar tepung jagung5 kuntum bunga cengkih2 biji pelaga

Cara Menyediakan:

1. Masak betik dan nanas hingga kering airnya.2. Setelah kering, campurkan gula, air limau sunkist dan kulitnya.3. Gaul rata, campurkan bunga cengkih, pelaga dan kacau hingga kental.

Page 13: Resepi Biskut Sarang Semut

4. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masuk lagi selama sepuluh minit. Angkat dan sejukkan.5. Gentel kecil-kecil sebelum dimasukkan ke dalam adunan tepung.

Page 14: Resepi Biskut Sarang Semut

Respi Biskut Marble Susu Cappucino

Bahan-bahan:

125 gm mentega lembut95 gm susu pekat1/2 sdb gula halus1 3/4 cawan tepung naik sendiri - diayak1/2 sdk esen vanilla1 sdb serbuk koko - diayak1 sdt cappucino emulco

Cara membuatnya:

1. Putar mentega, susu pekat manis, gula dan essen vanilla sehingga sebati2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dikepal (jika adunan masih melekat teruk, ambil tepung sikit2, dan teruskan menguli. Jangan banyak sgt, nanti biskut jadi keras)3. Bahagikan adunan doh kepad 2 bahagian. Satu bahagian digaul bersama serbuk koko dan emulco cappucino, dan sebahagian lagi biarkan warna asal.4. Gulungkan kedua-dua doh secara berasingan dan memanjang.5. Lekatkan kedua2 doh, dan gulung lagi. Potong doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan sebesar biji guli.6. Susun di atas dulang pembakar, dan leperkan dgn garfu.7. Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 10-15 minit atau sehingga garing.

Page 15: Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Fantasia

BAHAN A:

200 gm mentega1 sudu besar crisco70 gm gula kastor1 sudu kecil mentega emulco

BAHAN B:

30 gm nestum (kisar)30 gm serbuk badam20 gm kelapa kering (kisar)30 gm tepung jagung1 sudu besar susu tepung1/4 sudu kecil serbuk penaik280 gm tepung gandumSedikit garam

BAHAN HIASAN:

Kuning telurbadam

CARA MENYEDAKAN:

1. Putarkan bahan A hingga sebati.2. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit.3. Setelah menjadi adunan, canai, terap dan bakar.4. Hiaskan dengan kuning telur dan badam.

Page 16: Resepi Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Aiskrim Nestum

Bahan-bahan:

200 gm tepung gandum70 gm tepung kastad160 gm nestum (Boleh kisar nestum ni)75 gm gula halus180 gm butter1 biji telur1/2 tsp serbuk penaikBahan hiasan:250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai

Cara-cara:

- Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan dengan nestum.- Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat.- Masukkan telur dan pukul rata.- Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh.- Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.- Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai.- Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di atasnya.- Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.

Page 17: Resepi Biskut Sarang Semut