Resepi Kek Kukus Sarang Semut

30
Resepi Kek Kukus Sarang Semut Bahan-bahan : 7 biji telur 2 cawan tepung gandum 2 cawan gula pasir 2 cawan air 1 tin (390g) susu manis 3 sudu makan mentega 1 sudu makan soda bicarbonate 1 sudu teh esen ros Cara penyediaan : Hanguskan gula. Kemudian masukkan air diikuti mentega. Masak hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.
  • date post

    30-Nov-2015
  • Category

    Documents

  • view

    368
  • download

    17

Transcript of Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Page 1: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Bahan-bahan :

7 biji telur2 cawan tepung gandum2 cawan gula pasir2 cawan air1 tin (390g) susu manis3 sudu makan mentega1 sudu makan soda bicarbonate 1 sudu teh esen ros

Cara penyediaan :

Hanguskan gula. Kemudian masukkan air diikuti mentega. Masak hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan.

Pukul telur sehingga kembang. Masukkan susu dan teruskan pukulan hingga rata. Masukkan tepung dan soda bicarbonate. Kemudian masukkan gula hangus dan pukul hingga rata. Akhir sekali masukkan esen ros dan kacau rata.

Tuang adunan ke dalam loyang kek. Tutup loyang rapat-rapat dengan aluminium foil untuk

Page 2: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

mengelakkan wap air kukusan masuk ke dalam adunan.

Kukus selama 1 1/2 jam.

Page 4: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Bahan2:

1 cawan gula1 cawan air panas1 cawan tepung gandum1 cawan susu pekat2 camca teh soda bikarbonat4 biji telur2 camca besar mentega

Cara2:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.

Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam (aku perap 6 jam sebab lupa2 kucing..ekekekeke). Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam

Posted by Chef saiful at 12:20 AM

Page 5: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Bahulu Cermai

Bahan-bahan ( Dalam 80 biji )

10 biji telur gred A 380gm gula pasir 1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu) 200gm tepung gandum 1/4 tsp baking powder

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat. 2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan

pekat. Kacau adunan dengan spatula. 3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10

minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.

4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.

6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.

7. Update : Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika 'off' kan fan kat oven sbb kalo guna fan bahulu akan mengecut sedikit nanti.

Page 6: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Biskut Almond Chunkiess

Bahan-bahan ( 40 biji )

120g butter or marjerin 120g tepung gandum 50g gula castor 30g kacang almond kisar 1/2 sudu teh vanilla *2 or 3 sudu besar nestum (takde pun takpe) choc chips secukupnya untuk hiasan kertas cupcake saiz kecil secukupnya untuk hiasan

Cara-cara

1. Putar gula dan butter sehingga kembang. 2. Tambah sedikit esen vanilla..dan putar lagi.. 3. Masukkan almond, *nestum dan tepung, putar hingga sebati.

4.

Bentuk doh bulat-bulat ke dalam kertas cupcake dan hiaslah dengan choc chips

5. Bakar pada suhu 170 dc selama 20 minit sehingga kekuningan.

Page 7: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Almond cookies

.Bahan-bahan ( 40 keping )

100g butter(suhu bilik) 80g gula aising 2 cubit garam 100g almond powder 1 biji telur (M size) / 50g whipping cream 140g tepung gandum

Cara-cara

1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula dan pukul sehingga kembang. 2. Masukkan pula telu atau whipping cream. Kacau sehingga sebati. 3. Ayak garam,alomond powder dan tepung gandum ke dalam no.2 tadi. Gaul sehingga sebati. 4. Letakkan adunan tadi ke dalam plastik wrap dan balut. Simpan dalam peti sejuk selama 1-2jam. 5. Taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Ambik doh letakkan ke atas papan canai tersebut.

Ayak pulak sedikit tepung gandum ke atas doh tersebut. Kemudian canai sehingga 3-4mm ketebalannya. Teraplah dengan acuan yang sesuai.

6. Bakar selama 15-20 minit dengan suhu 170C . 7. TIP supaya doh tak melekat di acuan: Sebelum guna acuan, letakkan acuan tu ke dalam tepung.

Page 8: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Easy Chocolate Cake

Bahan-bahan ( 5-8 org )

Bahan A (diayak & digaul) 2 cawan tepung gandum 1 3/4 cwn gula perang 3/4 cawan koko 1/2 camca kecil baking powder 1/2 camca kecil soda of bicarbonate Bahan B (dipukul) 3 biji telur 1/2 cawan susu pekat 1 cawan minyak masak 1 cawan air suam

Cara-cara

1. Ayak semua bahan2 A.kemudian digaul. 2. Pukul bahan2 B hingga agak kembang. 3. Satukan bahan A & B diselang2kan dengan air suam.kacau perlahan2.(adunan akan jadi kilat dan

likat) 4. Sedia utk dibakar mengikut oven msg2 atau dikukus selama 1 jam

Page 9: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Steam Chocolate Moist Cupcake

Bahan-bahan ( boleh dapatkan lebih kurang 20 biji )

BAHAN A: 1 cawan GULA 1 cawan SERBUK KOKO 2 cawan SUSU SEJAT BAHAN B: 2 biji TELUR (saiz sederhana besar) 1/2 cawan GULA 1/2 suduteh ESEN VANILA 1/4 cawan SUSU PEKAT 1/2 cawan MINYAK JAGUNG BAHAN C: 2 cawan TEPUNG biasa 2 suduteh BAKING POWDER 1 suduteh BICARBONATE SODA sedikit NESCAFE & GARAM

Cara-cara

1. Sediakan pengukus dan isikan air secukupnya tidak perlu penuh. Jerengkan hingga mendidih. 2. Panaskan BAHAN A kecuali gula.Gaul sehingga sebati dgn api yg kecil, tdk perlu sehingga

mendidih. Kemudian angkat dan campurkan ke dalam mangkuk yg di isi dgn gula. Gaul sehingga gula larut dan tapiskan adunan ini. Sejukkan.

3. BAHAN B dipukul hingga kembang kecuali minyak, kemudian masukkan adunan BAHAN A. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan minyak. Gaul hingga adunan sebati.

4. Kesemua BAHAN C diayak 3x. Kemudian masukkan adunan BAHAN A+B sedikit demi sedikit, gaul hingga adunan sebati tdk perlu gunakan mixer.

5. Masukkan adunan 3/4 kedalam kertas cawan yang diletakkan ke dalam mafin pan. Dan steam selama 20 minit atau sehingga masak dgn mencucuk adunan itu mggunakkan lidi.

Page 10: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Kek Lapis Horlicks

Bahan-bahan ( 9'X9'x5' )

10biji telur ayam 1 packet kecil horlicks 1 tin sederhana susu pekat manis 16oz@450g mentega 1/2 gelas gula halus 1 gelas tepung gandum 2 sudu kecil essence vanilla 1 sudu makan ovallette 1 tin besar seri kaya

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula, ketepikan. 2. Pukul telur hingga kembang 3. Campurkan semua bahan yang telah dipukul tadi spt mentega bersama gula serta telur.Pukul

hingga kembang 4. Masukkan selang selikan dengan pukulan 1 minit susu pekat manis, horlicks, seri kaya, tepung,

vanilla essence serta ovalette. 5. Apabila semua bahan sudah dimasukkan, pukul hingga semua bahan sebati dalam tempoh

10minit. 6. Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian sama banyak, satu berwarna kuning dan satu lagi

berwarna hijau.(boleh juga mengikut pilihan warna kesukaan masing masing) 7. Untuk setiap lapis kek,setiap warna 2 senduk atau lebih setiap lapisan (lebih byk sukatan setiap

senduk lebih tebal lapisan kek) dan kukus sekurang kurangnya 30minit (saya kukus 45minit) atau sehingga masak.

8. kepada yang tak sanggup nak mengukus, boleh jugak bake, 15minutes every layer, temp 180 guna api atas saja

Page 11: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Kek Lapis coklat

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

360gm mentega. 1 gelas gula pasir yg tlh dikisar 10 biji telur ayam. 1 ½ gelas tpg gandum 100gm horlick. 1 tin kecil susu pekat 1 sudu makan ovellet 1 botol chocolate paste.( Chocolate Emulco ) 1 sudu makan koko

Cara-cara

1. Masukkan gula & mentega dan pukul hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung dan diikuti dgn horlicks. Pukul hingga sebati. Masukkan susu & ovellet.Pukul hingga sebati.

2. Bahagi kepada 2 adunan. a) masukkan koko & chocolate paste. b) Biarkan kosong (warna krim) 3. Alaskan Loyang dgn kertas minyak. Masukkan sesenduk adunan krim kedlm Loyang. Bakar guna

api atas & bawah. Jika kek di bahagian atas sudah agak kuning keperangan, Bolehlah di lapis dgn adunan coklat. Buat sehingga habis adunan. Lapisan kedua hingga terkhir guna api atas sahaja.

Page 12: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Kek Coklat

Bahan-bahan ( 18 cm )

* 150g coklat * 50g mentega * 50cc susu segar 3 biji telur 50g tepung 10g serbuk koko 1 sudu kecil baking powder 40g gula aising Secubit garam

Cara-cara

1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko 2. Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api. 3. Panaskan oven ke 140 degree 4. Asingkan telur kuning dan putih. 5. Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan

gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur gebu 6. Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan

cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati. 7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati. 8. Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis. 9. Bakar selama 45 minit. 10. Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak

permukaan kek daripada hangus. 11. Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising

Page 13: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Kek Mudah Coklat Oren ( untuk loyang 14cm )

bahan-bahan

1 cawan gula halus(gula pasir mesin pun ok) 1 cawan mentega/marjerin 2 cawan tepung gandum diayak bersama-sama satu camca teh soda dan baking powder 5 biji telur(kalau besar 4 biji) 1 sudu besar serbuk koko 1/2 biji oren diparut kulit dan diambil jusnya.(banyak oren tak best nanti sendawa bau oren

pening)

Cara-cara

1. 1.Panas kan oven. 2.Putar gula dengan marjerin hingga putih gebu. 3.Masukkkan telur sebiji sebiji 4.Setelah kembang masukkan gandum yg telah diayak dengan soda dan baking powder. 5.Masukkan jus dan kulit oren 6.Bahagikan adunan kepada dua bahagian. 7.Satu bahagian di masukkan coklat powder. 8.masukkan satu sudu besar gandum juga kedalam adunan asal. 9.Kemudian masukkan adunan asal ke dalam Loyang yg sudah dilensirlkan. 10.Diselang selikan dengan adunan bercoklat..ulang hingga habis kesemua adunan. Bakar di dalam suhu 180 c. selama lebih kurang 25-30 minit.

2. PERINGATAN: 1 sudu besar tepung adalah sama banyak dengan satu sudu besar koko. adalah perlu kedua dua bahagian adunan mempunyai konsistensi kepekatan yang sama.

3. Klik untuk isi cara-cara di sini

Page 14: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Kek Pisang

Bahan-bahan ( 15 cm )

150g pisang dilenyek 1 biji telur 65g gula kastor 75g mentega dicairkan ## AYAK## 70g tepung 25g almond powder 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. 2. Masukkan mentega dan kacau. 3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dgn almond powder dan baking powder 4. Akhir sekali masukkan pisang yang telah dilenyek. Kacau sebati 5. bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 35 minit.

Page 15: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Kek Lapis Prune

Bahan-bahan ( square baking tin-small )

250g butter 1 1/4 cawan gula castor 7 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1 paket Cream Crackers (kalau bole yg tawar) 1/2 cawan susu segar 1/2 cawan susu pekat Coloring ikut suke Sunsweet prune or asam deduwit

Cara-cara

1. Sediakan pengukus, grease kan loyang. Sementara tu, blend cream crackers hingga jd halus. 2. Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau ngan

mixer. 3. Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat kacau. 4. Masukkan biskut yg dah diblend td sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau

pekat. 5. Bahagikan adunan ikut color yg disukai. 2-3 color sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yg

dibahagikan 3 tadi.

6.

Masukkan 4 sudu untuk 1st layer-ori color, kukus 10 minit. Kemudian 2nd layer-red color, 3rd layer-green color, 4th layer bolehla letak prune or asam deduwit tu. Repeat step ni hingga loyang penuh.

7. Masukkan dlm oven (medium heat) selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama

Page 16: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Kek yogurt

Bahan-bahan ( 18cm )

500g yogurt( buangkan air sehingga beratnya tinggal 150g) 50ml susu segar 200ml fresh cream 15g gula aising ( gula yogurt lagi sedap) 5g serbuk gelatin 1/2 sudu besar jus lemon(dr buah lemon) 9 keping biskut oreo (96g) 20g butter

Cara-cara

1.

Masukkan yogurt ke dalam penyejat. Sejatkan sehingga berat yogurt menjadi 150g. Mungkin mengambil masa dlm 1-2 jam.

2. Masukkan biskut oreo bersama krimnya ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar biskut hancur. 3. Masukkan butter yg telah dicair ke dalam biskut oreo. Ramas-ramaskan biar berketul. 4. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Lapikkan plastik dan tekan-tekan biar jadi padat. 5. Loyang yg diguna mestilah bahagian bwhnya boleh diangkat. Kalau nak krim yogurt kelihatan tebal boleh

guna loyang 15cm. 6. Panaskan susu dengan microwave selama 50 saat atau panaskan sehingga hampir mendidih. Campurkan

gelatin dengan 1/2 sb air. Kacau ratakan. Kemudian masukkan ke dlm susu. Kacaulah sehingga tak berketul

7. Yogurt biarkan pd suhu bilik sebelum digunakan. Pukul yogurt sehingga jadi bentuk krim. 8. dlm mangkuk lain pula, pukul fresh cream dengan gula sehingga agak pekat. Jgn terlampau keras. 9. Masukkan fresh cream ke dalam mangkuk yogurt sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu bersama

gelatin tadi. Akhir sekali masukkan jus lemon. Kacau dengan perlahan-lahan sampai sebati. 10. Masukkan ke dalam loyang yg ada cookies tadi. Sejukkan dlm peti sejuk sehingga keras.

Page 17: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Resipi:Kuih tat nenas

Bahan-bahan

1. 125 gm tepung gandum2. Sedikit garam3. 45-60 gm marjerin yang beku 2 sudu air yang disejukkan4. 2 sudu jem nenas5. ½ biji telur dipukul untuk glis

Cara

Sapukan minyak pada talam pembakar dan panaskan ketuhar 200-220 °C.

Untuk menyediakan pastri rapuh; Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan. Potong marjerin yang beku menjadi ketul-ketul yang kecil di dalam tepung dan ramas marjerin ke dalam tepung perlahan-lahan dengan jari hingga adunan kelihatan halus dan peroi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengah adunan dan masukkan air yang desejukkan. Kacau dengan pisau meja supaya menjadi doh yang pejal.

1. Uli perlahan-lahan di atas papan canai yang diraburkan dengan sedikit tepung.2. Canai pastri setebal 3mm dan terap bulat-bulat dengan penerap bergerigi.3. Alaskan tin dengan pastri yang diterap bulat dan masukkan sedikit jem ke dalam gulungannya.

Picit tepinya jika dikehendaki.4. Hiaskan tat dengan keratan-keratan dari pastri yang lebih tadi. Sapu pastri dengan telur yang

dipukul.5. Bakar tat dalam ketuhar yang panas hingga pastri berwarna kekuningan.6. Sejukkan sebelum disimpan.

Page 18: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Biskut tart nenas gulung

Bahan A:

1kg tepung gandum 1 bungkus buttercup 2 biji telur 2 biji kuning telur untuk disapu 2 sudu teh esen vanila 2 sudu teh esen nenas marjerin (untuk lembutkan doh)

Bahan B;

1 biji nenas 1 1/2 cawan gula sehelai daun pandan

Cara-cara:

gaulkan semua bahan A sehingga menjadi doh yang lembut Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan masukkan doh dalam acuan tart dan tekan kemudian letakkan jem nenas di atasnya

kemudian gulung sapu kunin telur di permukaan biskut bakar hingga masak siap untuk di hidang

Page 19: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

BISKUT NASTAR/TAT NANAS GULUNG

Semalam kak rus teringin sangat nak makan jem tat.Jem dan semua bahannya dah ada,yang perlu ada lagi ialah kerajinan.Kak rus menggunakan resipi Amy Beh yang dipinda-pinda sikit.Ini resepinya

BISKUT NASTAR/TAT NANAS GULUNG

250 gm butter 30 gm gula aising 2 biji kuning telur 1/2 sudu teh vanilla 1/4 sudu teh garam halus 340 gm tepung gandum 20 gm tepung jagung jem nanas secukupnya untuk inti (digentel siap-siap)

Untuk glaze di atasnya 1 kuning telur 1 sudu teh susu pekat sedikit garam halus sedikit air (semua bahan glaze disebatikan)

Cara membuatnya: 1. Pukul butter bersama gula aising 3 minit 2. Masukkan garam dan vanilla seterusnya tepung. 3. Gaul sebati dengan kuning telur yang dipukul terlebih dahulu.

Page 20: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

4. Masukkan dalam acuan nastar paipkan memanjang secara terbalik(yang bunganya sebelah bawah dan yg bahagian rata sebelah atas) 5. Isikan inti jem ,gulung dan potong. 6. Aturkan potongan tat ini ke dalam petitin yang dah disapu minyak/butter. 7. Bila nak bakar barulah sapukan glaze (terlebih dahulu panaskan ketuhar) 8. Ada juga kak rus pernah dapat tat ini yang dihias atasnya dengan parutan halus parmesan cheese kemudian baru disapu glaze. Sedap dan cantik juga dan ada kelainan. Bolehlah kalau nak cuba.....

Ada satu lagi resepi tat nanas gulung yang kak rus dapat daripada Karen-Kedai Bahan-bahan kek Sayang dekat Lagenda Height.Resepi yang diberikan pada kak rus ditambah cream cheese.Kak rus dah cuba tapi bila nak paipkan agak terasa keras sikit...apapun kalau nak try kena kurangkan tepunglah kot.... Ini resepinya:

Tat Nanas Sayang A. 250 gm butter 15 gm cream cheese 40 gm gula aising

B. 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanilla

C. 400 gm self raising flour 20 gm tepung jagung secubit garam

Bahan glaze

Cara membuatnya: Pukul A hingga sebati masukkan B kemudian masukkan C. Buatlah macam proses membuat tat gulung yang kak rus terangkan spt resepi di atas

Page 21: Resepi Kek Kukus Sarang Semut

Tart Nenas Gulung (Gebu)

Bahan-bahan ( 150 Biji )

100 gm tepung gandum 100 gm tepung jagung 20 gm tepung Kastard 150 gm buttercup/planta 2 biji kuning telur Sedikit Pewarna Kuning Telur & Esen Vanilla Bahan untuk Intinya: Sebiji nenas gula secukupnya Pewarna kuning *Untuk aduan tart.. 1/2 cwan gula halus sudah mencukupi Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

1. Pukul Majerin dah Gula sampai keputihan. Masukkan Kuning telur, pewarna kuning dan sedikit esen Vanilla.Pukul sehingga sebati. Masukkan tepung Kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati.

2. *Jika adunan terlalu lembut dan melekit , tambahkan sedikit tepung gandum. *Jika adunan terlalu keras tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul2 lembut.

3. Setelah siap adunan, gelekkan adunan sehingga rata dan gelek menggunakan pengelek tart untuk mendapatkan corak berbelang. Potong mengikut panjang dan lebar yang disukai.

4. Letakkan sedikit jem nenas dan gulung. Sapukan bahagian atas Tart Nenas dengan kuning telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning. Bakar selamat 15-20 minit pada suhu 150 C.

5. *Untuk jem, nenas yang diparut dimasak bersama gula dan ditambah pewarna kuning. Masak sehingga nenas kering dan tidak berair