Resepi masakan

11
GULAI IKAN TONGKOL ( AYO) Bahan - Bahan ikan Ayo ( Tongkol ) | bawang Merah | Bawang Putih | Rempah Kari | Halia | Asam Keping | Cili Boh | Santan | Air | Gula & Garam | Cara cara menyediakannya 1. Tumiskan bahan kisar seperti bawang putih , merah dan halia, cili boh. 2.Masukan Rempah Kari , selepas itu masukan santan, lepas itu masukan ikan dan gula & garam. 3. Selapas mendidih masukan asam keping, masak sehingga masak dan siap dihidangkan
  • Upload

    cru81
  • Category

    Food

  • view

    40
  • download

    1

Transcript of Resepi masakan

Page 1: Resepi masakan

GULAI IKAN TONGKOL ( AYO)

Bahan - Bahanikan Ayo ( Tongkol ) | bawang Merah | Bawang Putih | Rempah Kari | Halia | Asam Keping | Cili Boh | Santan | Air | Gula & Garam |

Cara cara menyediakannya

1. Tumiskan bahan kisar seperti bawang putih , merah dan halia, cili boh.

2.Masukan Rempah Kari , selepas itu masukan santan, lepas itu masukan ikan dan gula & garam.

3. Selapas mendidih masukan asam keping, masak sehingga masak dan siap dihidangkan

Page 2: Resepi masakan

ASAM PEDAS IKAN KERISI WARIS

Bahan - Bahannya

2 ekor ikan kerisi | 5 ulas bawang merah di tumbuk | 1 ulas bawang putih ditumbuk | 1 inci kunyit hidup ditumbuk | 1 batang serai dititik | sedikit belacan | 4 sudu besar cili giling | 1/2 cawan air asam jawa | 2 cawan air biasa | 8 tangkai daun kesum | 1 kutum bunga gantang di belah 2 | 4 biji bendi | 1 biji tomato | gula & garam secukup rasa |

Cara-cara Menyediakan

1.minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan belacan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis seketika (5 minit).

2.Masukkan air biasa dan air asam jawa. Kacau sekata dan biarkan mendidih.

3.Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan tomato. (untuk bendi dan tomato, mungkin masukkan lambat sedikit)

4.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

Page 3: Resepi masakan

KERABU JANTUNG PISANG WARIS

Bahan - Bahan

1 Biji Jantung Pisang | 1 Ekor Ikan yang direbus | 6 ulas bawang merah yang ditumbuk | 1 sudu lada hitam di tumbuh | 1 senduk santan | 1/2 biji limau nipis | gula & gula | 5 biji cili merah yang dihiris |

Cara-cara

1.Buang kulit dari jantung pisang yang paling keras. Kemudian belah dua dan hiris nipis-nipis jantung pisang. Rebus sehingga empuk.2.Toskan jantung pisang dan ramas sedikit supaya air rebusan turun.3.Sementara itu, tumbuk/kisar lada hitam dan bawang merah. 4.Gaulkan bersama-sama cili yang telah dihiris dan isi ikan yang telah dikukus dan dibuang tulangnya.5.Panaskan santan dalam periuk, guna api yang perlahan.6.Masukkan lada hitam, bawang merah, isi ikan dan cili yang telah digaul sebati ke dalam santan.7.Masukkan hirisan jantung pisang dan perah limau nipis.8.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Siap untuk dihidangkan.

Page 4: Resepi masakan

AYAM MASAK HALIA WARIS

Bahan - Bahan

1 Kg ayam | 2 Biji Bawang Besar yang di mayang |7 ulas bawang putih yang di mayang | 200 gm halia yang di mayang | 1 sudu lada hitam | Minyak untuk menumis | garam & gula secukup rasa | 3 sudu sos tiram |

Cara - Cara Menyediakannya

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, Kemudian masukan halia, tumis sehingga layu. Selepas masukan bawah besar, masak jangan layu.2. Masukkan ayam dan lada hitam, biarkan ia selama 5 minit tetapi kena kacau supaya tidak hangit.3. Masukkan 250 ml air , gula , garam serta sos tiram biarkan ia mendidih dengan api sederhana.4. Angkat ayam apabila sudah masak dan kuah menjadi pekat.

( Chef Waris - Waros Fc )

*Selamat Mencuba.... resepi ni begitu senang untuk di buat... kita mampu untuk menyediakannya.. jangan membazir di bulan yang mulia ini.. insfa'allah....

Page 5: Resepi masakan

AYAM KUNYIT WARIS GORENG

Bahan A 4 ketul dada ayam | 2 sudu kecil kunyit | garam & gula | sedikit Minyak untuk mengoreng | 1 biji bawang besar yang dimayang | 2 biji merah dipotong | 1 tangkai daun purut |kacang panjang |

Perencah1 ulas bawang besar | 3 ulas bawang putih | 1 inci halia | 4 biji cili padi | 2 sudu besar kunyit | garam secukup rasa |

Cara -cara menyediakannya1. Dada ayam di potong kecil - kecil, basuh dan toskan.2. Masukan dada ayam yang di potong dan digaulkan dengan Bahan A & di perap selama 5 minit.3. Tumbuk Bahan perencah dan di gaul dengan kunyit dan garam.4. Panaskan kuali dan masuk kan ayam yg di perap tadi bersama sedikit air.5. Setelah ayam empuk, masuk kan minyak masak dan goreng sekejap ayam.6. masukkan kesemua barang perencah bersama dengan sayur mengikut kesukaan. goreng sehingga masak.

( Chef Waris - Waros Fc )

Page 6: Resepi masakan

WARIS RED BEEF'S WARRIORS

BAHAN - BAHAN200gm daging di potong ikut suka | 1 inci halia dihiris | 2 batang serai di ketuk | 3 ulas bawang putih di ketuk | 2 sudu besar sos tomato | 2 sudu besar sos cili | 1 sudu besar sos tiram | 2 seduk besar air rebusan daging | 1 bawang besar di kerat 8 | 1 biji cili merah & Hijau | garam & gula secukup rasa | minyak masak |

CARA - CARA MENYEDIAKAN1. Rebus Daging bersama halia dan serai sehingga masak.Angkat dan Hiris mengikut kesukaan.

2. Goreng sekejap bersama minyak untuk nampak berkilat. kalau suka garing boleh goreng lama sikit.

3. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. tumis bwg putih hingga kuning. masukkan semua sos2. masukkan daging goreng dan air rebusan daging. masukkan garam, gula dan perasa. masak hingga kuah agak pekat.

(From:- Cheff Waris Waros Fc )

Page 7: Resepi masakan

WARIS IKAN MASAK STIM WAROS FC

Bahan A1 ekor ikan siakap | 1/2 sudu teh garam | 1/2 sudu teh tepung jagung | 1/2 sudu teh lada sulah |

Bahan sos3 sudu teh Limau Kasturi | 1 1/2 sudu teh minyak masak | 1 1/2 sudu teh gula | 1/2 sudu teh garam | 5-10 cili padi *dihiris | 2 batang serai dihiris halus | 1/2 halia dihiris halus | 1 biji tomato dipotong dadu | 1 helai daun limau purut dihiris halus | 2 ulas bawang putih di hiris halus | 1/2 sudu teh tepung Jagung | 1 kuib pati ikan bilis |

Cara - cara menyediakannya1. Bersihkan ikan tersebut dan lumurkan dengan kesemua bahan A tadi. Biarkan ia selama 30 minit.

2. Dalam satu bekas, masukan kesemua bahan sos tadi, kacau sehingga sebati.

3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih.

( Begitu Mudah kan kenapa kita perlu menbazir di bulan yang mulia ni.. boleh buat sendiri.. pasti lebih sedap dan berkhasiat... cuba jangan tidak mencuba... )*CHEFF WARIS - WAROS FC

>3 GoMo KeLaTe GoMo ♥

Page 8: Resepi masakan

RESEPI AYAM GOLEK PERCIK WARIS WAROS FC

Bahan A1 ekor ayam di bersihkan | 3 Batang Serai | 3 Ulas Bawang Putih | 2 Ulas Bawang Merah | Sedikit Gula & Garam Serta Kunyit.|

Bahan B500 ml santan pekat | 1 sudu besar gula | 200 ml minyak masak | sedikit garam |

Bahan Sos2 Ulas Bawang Putih | 2 Ulas Bawang Merah | 2 cm Halia | 6 Tangkai chili Kering | 3cm Lengkuas | 2 Batang serai |

Cara - cara menyediakannya1*Kisar Bahan A dan perapkan dengan ayam selama 1 jam, kemudian panggang @ bakar dalam ketuhar 150 celsius selama 20-25 minit.2*Sementara itu, kisarkan kesemua bahan sos itu, kemudian tumis sehingga nak bau.3*Tambahkan gula & garam secukup rasa. Kemudian masukkan santan dan gaul sebati. Masak sehingga sos jadi pekat4*Setelah ayam masak, tuangkan sos keatas ayam yang di panggang tadi.. Siap untuk dihidangkan

( kepada adik kakok ambo selamat mencuba resepi ambo ni.. mungkin sedap untuk makanan kita bila masa time berbuka puasa selamat mencuba ♥ GoMo KeLaTe GoMo ♥ )

Page 9: Resepi masakan