Resepi & Menu Ibu Berpantang

download Resepi & Menu Ibu Berpantang

of 4

Transcript of Resepi & Menu Ibu Berpantang

  • 8/11/2019 Resepi & Menu Ibu Berpantang

    1/4

    InfoInfo

    RESEPI DAN MENU IBU SEMASA BERPANTANG

    PERIAMASAK ASAM

    Bahan-bahan:

    200 ml air

    5 ulas bawang kecil dihiris2 biji peria katak dipotong

    nipis

    2 sudu besar ikan bilis

    dibersihkan

    sudu teh serbuk lada hitam

    sudu makan air asam jawa

    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    - Masak kesemua bahan

    sehingga pekat.

    - Kacau rata dan kecilkan api.

    Tunggu sehingga naik bau.

    - Angkat dan hidangkan.

    Pengambilan peria dapat

    membantu ibu dalam pantang

    yang mengalami kesukaran

    membuang air besar, disamping

    menambah susu ibu.

    Ia juga membantu membersih

    dan melancarkan peredaran darah

    dalam tubuh jika diamalkan.

    Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga

    diminum sebagai jamu terutamanya

    bagi ibu selepas bersalin.

    AYAM MASAK KERING

    Bahan-bahan:

    200 ml air

    3 5 helai daun pegaga dihiris

    3 ulas bawang kecil dihiris

    2 ketul ayam (sederhana besar)

    Seketul halia dimayang halus

    sudu teh serbuk lada hitam

    sudu teh serbuk kunyit

    Garam secukup rasaCara menyediakan:

    - Masak kesemua bahan dan

    kacau rata sehingga mendidih.

    - Perlahankan api dan tunggu

    sehingga kuah pekat atau

    kering (mengikut suka).

    - Hidangkan ketika masihpanas.

    Tujuannya untuk mengecutkan rahim danmencuci darah. Dimakan bersama nasi

    sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampumengembalikan kecergasan badan dan

    menyembuhkan luka dalaman.

  • 8/11/2019 Resepi & Menu Ibu Berpantang

    2/4

    SUP AYAM

    Bahan-bahan:

    250 ml air2 ketul ayam

    sudu teh serbuk lada hitam

    Halia sebesar ibu jari dimayang

    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    - Rebus kesemua bahan.- Tambah air jika tidak mencukupi.

    - Biarkan ia mendidih hingga

    tinggal sedikit kuahnya.

    - Angkat dan hidangkan.

    PERIA LADA HITAM

    Bahan-bahan:

    1 biji buah peria - dihiris

    200 ml air

    100 gm ikan bilis - dibersihkan

    2 ulas bawang putih - dicincang

    halus

    2 batang serai - diketuk

    1 sm kunyit hidup - ditumbukhalus

    1 sudu makan lada hitam -

    ditumbuk kasar

    1 sudu teh serbuk lada sulah

    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    - Masukkan semua bahan kecuali

    peria ke dalam kuali. Jerangkan.

    - Kacau sekali-sekala hingga

    mendidih.

    - Masukkan peria dan masak lagi

    hingga empuk.

    - Masakan hendaklah dikacau

    selalu bila bertambah pekat dan

    kering.

    Info

    Penggunaan lada

    hitam bertujuan

    untuk memanaskan

    badan Boleh diambil

    oleh ibu yang

    bersalin secara

    pembedahan tetapiseeloknya dalam

    kuantiti yang sedikit.

    RESEPI DAN MENU IBU SEMASA BERPANTANG

  • 8/11/2019 Resepi & Menu Ibu Berpantang

    3/4

    AYAM LADA HITAM

    Bahan-bahan:3 ketul ayam

    1 labu bawang putih - hiris halus

    2 inci halia - hiris halus

    3 sudu lada hitam - ditumbuk

    minyak untuk tumis

    Cara menyediakan:

    - Tumis semua bahan kecuali ayam

    - Bila naik bau masukkan ayam

    dan sedikit air.

    - Bagi ayam empuk, rasa garam

    dan gula.

    - Siap dihidang makan dengan

    nasi panas.

    DAGING LADA HITAM

    Bahan-bahan:500 gm daging lembu

    1 biji bawang besar - dihiris

    5 ulas bawang putih - dicincang

    halus

    2 sudu makan minyak jagung

    1 sudu makan lada hitam -

    ditumbuk kasar1 sudu makan kicap manis

    Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:

    - Daging dihiris nipis dan

    dibersihkan.

    - Panaskan minyak jagung. Goreng

    daging hingga agak garing.

    Angkat.

    - Masukkan bawang besar dan

    bawang putih ke dalam baki

    minyak gorengan tadi. Kacau

    hingga wangi.

    - Kemudian masukkan semula

    daging, kicap, lada hitam dan

    garam. Kacau rata-rata kemudian

    angkat. Hidangkan.

    RESEPI DAN MENU IBU SEMASA BERPANTANG

    UlamPegaga

    Pegaga merupakan sejenis ulaman

    popular di kalangan ibu berpantang

    terutamanya dalam menambahkan selera

    makan kerana daunnya yang wangi.

    Ia diibaratkan sebagai tonik saraf untukmerehat dan menambahkan ingatan. Pegaga

    juga dapat mengatasi masalah sepertikemurungan yang mungkin disebabkan oleh

    masalah fizikal selepas bersalin.

  • 8/11/2019 Resepi & Menu Ibu Berpantang

    4/4

    Resepi Ikan bilis

    1. ikan bilis + cili merah ditumbuk dan

    digaul dengan nasi panas.

    2. ikan bilis + halia (dipotong halus)

    + lada hitam (ditumbuk) + kunyit

    (dipotong halus) disangai atas kuali

    sampai kering.

    IkanTenggiriMasak Halia

    1. Tumis dengan sedikit minyak:

    - 2 ulas bawang merah ditumbuk- 6 ulas bawang putih dihiris

    - seketul kunyit dihiris memanjang

    - seketul halia dihiris memanjang

    2. Masukkan sedikit air hingga

    mendidih dan masukkan 2 ketul ikan

    tenggiri.

    (Boleh digantikan dengan ikan lain

    yang boleh diambil ketika berpantang).

    RESEPI DAN MENU IBU SEMASA BERPANTANG

    Sawi Tumis Air

    1. Tumis dengan sedikit minyak:

    Kiub ikan bilis @ ikan bilis

    - 3 ulas bawang putih

    - 2 ulas bawang merah ditumbuk

    2. Masukkan sedikit air hingga

    mendidih dan masukkan sawi yang

    telah dipotong.

    (Boleh menggantikan sawi dengan

    lobak putih atau sayur lain yang

    boleh diambil ketika berpantang).

    Kucai

    Goreng Kicap1. Tumis dengan sedikit minyak:

    - Kiub ikan bilis @ ikan bilis

    - 3 ulas bawang putih

    - 2 ulas bawang merah ditumbuk.

    2. Masukkan kucai dan kicap.

    (Boleh digantikan dengan sayur lain

    yang boleh diambil ketika berpantang)