Resepi Raya

download Resepi Raya

of 21

description

ASA

Transcript of Resepi Raya

Bahan-Bahan: 5 cawan Cornflakes 1/4 cawan madu 1/4 cawan mentega 1 1/2 sudu besar gula kastor ceri atau taburan manik, untuk hiasan paper cup, secukupnyaCara Penyediaan:1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

Bahan-Bahan: 1kg daging, hiris dalam ketulan besar dan nipis 5 sudu besar rempah kerutub 1 senduk cili giling 3 cawan santan pekat 2 sudu besar kerisik sedikit gula melaka garam secukup rasa 2 senduk minyak untuk menumisBahan untuk kisar halus: 2 biji bawang besar 8 biji bawang merah 6 ulas bawang putih 2 inci haliaBahan untuk rempah tumis: 2 batang kayu manis 3 kuntum bunga lawangCara Penyediaan:1. Bancuh rempah kerutub dengan sedikit air dan gaulkan bersama daging untuk diperap seketika.2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar dan cili giling sehingga harum dan pecah minyak.3. Masukkan daging dan rempah kerutub yang diperap tadi.Tambahkan sedikit air, tutup dan masak di atas api perlahan supaya tidak hangus. Masak sehingga daging lembut, anggaran dalam 1 jam lebih.4. Masukkan santan pekat, kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.5. Angkat dan boleh dihidangkan bersama pulut atau nasi minyak.

SATAY DAGING ATAU AYAMResepi Oleh :Mamak Haji

Resepi ini boleh di gunakan untuk daging, ayam , kambing atau apa-apa daging yang di rasakan sesuai. Sukatan ni untuk keluarga yang sederhana, kalau ramai buatlah lebih-lebih takut tak cukup pulak!

Bahan-Bahan

1 kg daging lembu atau ayam3 sudu besar madu atau gula merah2 sudu kecil garamkayu lidi secukup dan direndam semalaman ~ ini untuk mengelakkan lidi hangus semasa proses membakar satay nanti

Bahan Kisar

8 biji bawang merah5 ulas bawang putih3 cm lengkuas3 batang serai dihiris ~ ambil bahagian putih saja4 cm halia3 cm kunyit hidup

Bahan Sangai

2 sudu besar biji jintan manis ~ disagai dan ditumbuk halus.2 sudu besar biji jintan putih ~ disagai dan ditumbuk halus.3 sudu besar biji ketumbar ~ disagai dan ditumbuk halus.

2 sudu besar minyak masak2 sudu kecil garam dan gula secukup rasa.

Mula-mula kita potong daging terlebih dahulu. Potong daging bentuk kiub, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Jika besar sangat nanti masa bakar satay lambat masak. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.Sementara itu kita sangai dahulu bahan sangai dan kisar atau tumbuk halus.Kisarkan juga semua bahan kisar. Kalau nak satukan dengan bahan sangai dan kisar bersama pun boleh.Gaulkan daging dengan madu, kalau tak ada madu boleh guna gula merah.Gaulkan juga dengan bahan kisar dan bahan sangai yang kita dah tumbuk halus tadi.Jangan lupa perasakan dengan garam dan juga gula.

KUAH SATAY ATAU KUAH KACANG

600 gm kacang tanah ~ digoreng, dibuang kulit dan separuh blender halus dan separuh lagi tumbuk kasar dengan batu lesung.

Bahan Kisar

4 biji buah keras1 sudu kecil serbuk jintan putih ~ di sangai dan kisar halus1 sudu besar biji ketumbar ~ di sangai dan kisar halus20 gm udang kering ~ rendam sebentar dan cuci bersih5 biji bawang merah ros ~ belah 4 dan di goreng dengan sedikit minyak3 ulas bawang putih ~ di belah 2 dan di goreng dengan sedikit minyak20 tangkai cili kering ~ di goreng dengan sedikit minyak3 batang serai ~ ambil bahagian putih sahaja3 cm lengkuas1/2 inc belacan bakar

Sangai jintan dan biji ketumbar dahulu, angkat dan ketepikanMasukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang merah dan bawang putihSetelah layur angkat dan ketepikanKemudian goreng pula lada kering, jangan sampai hangus ya nanti kuahnya pahit.Satukan semua bahan dan kisar halus.

Bahan Lain

1 cawan gula Melaka atau gula kabung1/2 cawan minyak untuk menumis1/2 cawan santan1 batang serai ~ di titik40 gm asam jawa ~ di campur air dan ambil jusnyaGaram dan gula secukup rasaAir secukupnya ~ air anggaran 5 cawan bila di campur dengan air lebihan perapan dagingAir lebihan perapan daging

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan serai yang telah di titikKemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga harum dan terbit minyakMasukkan air perapan daging, renihkan hingga terbit minyakKemudian masukkan kacang tanah yang di tumbuk halus sedikit-sedikit sambil di kacau hingga kacang sebati dan betul-betul masak.Jika kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah satay ni kalau dia sejuk nanti dia akan pekat, jadi pandai-pandai agak sukatan air.Renihkan hingga mendidihKemudian masukkan gula Melaka, air asam , garam dan gula secukup rasa.Kuah satay ni dia kena manis-manis pedas baru sedap!Akhir sekali masukkan santanMasak hingga kuah sedikit pekatDah siap boleh lah di hidangkan bersama satay kita tadi.Tapi biasa buat kuah dahulu tau sebelum bakar satay. Kuah dah siap baru kita bakar satay, baru sedap makan satay panas dengan kuah lemak manis!

Jumlah Hidangan :70 biji anggaranBahan-Bahan: 250 gram mentega 1 cawan susu pekat 500 gram tepung jagung, kalau boleh gunakan jenama Brown and Polson 1 sudu teh esen vanilla coklat chip, untuk hiasanCara Penyediaan:1. Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.2. Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.3. Rehatkan doh selama 10 minit. Che nom masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.4. Terap dan hias bersama coklat chip.5. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150C. Angkat dan sejukkan di atas cooling rack. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan ke dalam bekas kedap udara.Tips:Hati-hati pada minit ke 10 ke atas kerana kuih mudah hangus. Oven Che Nom cuma mengambil masa 12 minit.

Bahan-Bahan: 1 cawan mentega 1 cawan gula castor 1 cawan brown sugar 2 biji telur 2 sudu teh esen vanila 3 cawan tepung (plain flour) 1 1/2 sudu teh baking soda 1/2 sudu teh garam (jika guna unsalted butter) 2 cawan semi sweet chocolate chips 1 cawan badam cincang, bakar seketikaCara Penyediaan:1. Panaskan oven ke suhu 170C.2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.3. Masukkan tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.4. Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.Tips:Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Bahan-Bahan: 3 cawan beras 3 1/2 cawan santan 3 ulas bawang merah (hiris halus) 2 cm halia (hiris halus) garam secukup rasa 2 helai daun pandan (dicarikdan simpul) 2 batang kecil kayu manis 2 kuntum bunga lawangCara Penyediaan:1. Cuci beras hingga bersih dan toskan airnya. Dalam periuk masukkan beras, santan, kayu manis, daun pandan dan bahan hiris halus (halia dan bawang merah) serta garam. Kacau rata dan masak di atas api.2. Kaedah rice cooker: Tekan butang dan tunggu sehinga masak. Kacau dan tutup kembali periuk.3. Kaedah masak atas api: Tanak sehingga mendidih dan sedikit kering.Kemudian perlahankan api dan tutup tudung periuk.4. Hidang bersama sambal, timun, kacang goreng, telur rebus dan ikan bilis goreng.5. Untuk resepi ayam rendang silarujuk di bahagian ayam

Bahan-Bahan: 500 gram ayam, potong kecil 4 ulas bawang putih, hiris nipis 2 cm halia, dihiris halus memanjang 1 sudu besar kicap cair 1 sudu besar sos tiram 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat 1 biji cili merah, hiris nipis 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air minyak masak, untuk goreng ayam sedikit lada sulah atau lada hitam sedikit garam dan kunyit garam dan gula, secukup rasaCara Penyediaan:1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..3. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.5. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.6. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.Tips:Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

Bahan-Bahan: 300g dada ayam, potong dadu 3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum 1/2 biji capsicum hijau 1 biji bawang besar 1 biji telur 3 ulas bawang putih, hiris nipis 1 inci halia, hiris nipis 1 biji tomato, potong dadu 1 sudu besar sos ikan 4 sudu besar sos cili 2 sudu besar cili kisar 1/2 sudu besar serbuk lada hitam Nenas, potong dadu (pilihan anda) Daun bawang Garam dan gula secukup rasaCara Penyediaan:1. Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.2. Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.3. Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.4. Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.5. Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.

Bahan-Bahan: 1/2 ekor ayam, dipotong sederhana kecil 1 sudu kecil kunyit 1 biji bawang besar, hiris nipis 2 senduk besar minyak 1 sudu besar sos tiram 3 sudu besar air asam jawa garam dan gula secukup rasaBahan kisar halus: 6 biji cili merah segar 1 biji bawang besar 5 ulas bawang merah 4 ulas bawang 1 inci halia 2 batang serai, hiris nipis 3 sudu besar cili kisarCara Penyediaan:1. Bersihkan ayam. Gaulkan dengan garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak.2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar yang dihiris nipis sehingga kekuningan.3. Tuang bahan kisar halus dan masak sehingga pecah minyak.4. Masukkan ayam dan air asam jawa kemudian masak sehingga ayam dan kuah sebati.5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedap jika dilebihkan rasa manis. Angkat dan hidangkan.

Bahan-Bahan: 1 ekor ayam, dipotong 4Bahan untuk kisar halus (perapan): 6 ulas bawang merah 1 batang serai 4 ulas bawang putih 1 sudu kecil garam 2 cm haliaBahan untuk kuah percik: 3 cawan santan pekat 1 batang serai 2 cm halia 4-5 tangkai cili kering 8-10 ulas bawang merah garam secukup rasa gula secukup rasa sedikit asam jawaCara Penyediaan:Cara-cara untuk ayam:1. Perap ayam yang sudah dibersihkan dengan bahan kisar halus selama minimum 1 jam setengah. Lagi lama diperap lagi sedap.2. Celup ayam di dalam kuah percik dan panggang sehingga masak. Celupkan dengan kuah lagi sekali sebelum dihidang.Cara- cara untuk kuah:1. Kisar serai, halia, cili kering dan bawang merah. Campurkan bersama santan di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Teruskan mengacau supaya kuah tidak cepat berketul dan pecah minyak. Perasakan dengan asam jawa garam dan gula.2. Masak sehingga kuah menjadi pekat.Tips:Kuah lagi sedap jika rasa sedikit manis. Lebihkan gula di dalam kuah percik.

Bahan-Bahan:Bahan untuk di kisar 5 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 2 biji bawang besar 2 cm kunyit hidip 2 inci lengkuas 2 inci halia 2 batang serai, hiris nipis 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebusBahan-bahan berkaitan lain 1 kg ayam, potong ikut selera anda 3 sudu besar kerisik 2 senduk minyak, untuk menumis 2 cawan santan pekat 1 cawan santan cair 2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar 2 keping asam keping 2 sudu besar sos tiramCara Penyediaan:Cara untuk memasak:1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak. Angkat dari kuali dan asingkan.2. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.3. Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.4. Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.5. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.Tips:Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak.