REPRESENTASI SINDEN PEREMPUA DALAM PROGRAM TV “SEDAP MALAM” DI RCTI
Resipi Begedil Ayam Yang Sangat Mudah Dimasak Dan Sangat Sedap
-
Upload
mohd-syahrir -
Category
Documents
-
view
242 -
download
5
description
Transcript of Resipi Begedil Ayam Yang Sangat Mudah Dimasak Dan Sangat Sedap
Resipi Begedil Ayam yang sangat mudah dimasak dan sangat sedap. Che Nom sediakan
begedil ayam ni untuk dihidangkan bersama soto ayam, sebabnya tak sedaplah soto kalau tak
ada begedil kan... Untuk resipi ini, kentang yang digunakan ialah kentang yang biasa terdapat di
kedai, bukannya kentang jenis yang diimport seperti kentang USA atau russet. Pendek kata,
kentang tempatan atau asia yang murah tu lagi sedap buat begedil. Boleh letak cili kalau anda
suka pedas. Satu lagi nota, jika anda nak gantikan daun sup dengan daun bawang pun ok, atau
nak letak dua-dua pon boleh. Sila lah cuba! :)
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minitJumlah Hidangan : 12 biji
Bahan-Bahan:
500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci
150 gram daging ayam kisar
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 pokok daun sup, hiris halus
3 sudu besar bawang goreng
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)
garam secukup rasa
1 biji telur ayam
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
Cara untuk masak ayam:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut.
2. Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak. Perasakan dengan sedikit
garam.
Cara untuk masak begedil:
1. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng
kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk
besar.
2. Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang
sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.
3. Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam (yang dimasak tadi) dan serbuk lada
putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Ambil sedikit adunan dan buat bulat. Kemudia leperkan sedikit dan susun di atas
pinggan atau dulang.
5. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu supaya sebati. Celup
begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga
kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan
untuk mengelak begedil dari hancur.