Resipi Kek

29
Kek Hati Pari Bahan-bahan: 10 biji telur ayam 16 auns mentega 1 tin susu manis 9 gelas tepung gandum 6 gelas gula pasir 8 sudu gula hitam 3 sudu teh soda bikarbonat 300gm kismis 1 bungkus buah prune Cara membuat: Pukul telur dengan gula sampai kembang. Mentega dipukul hingga kembang baru dimasukkan ke dalam adunan telur tadi. Tepung gandum diayak berserta dengan soda bikarbonat. Kemudian tepung itu digaul ke dalam adunan tadi. Bubuh susu dan gaul hingga rata baru masukkan buah prune dan kismis. Akhir sekali masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati. Kukus selama 8 jam. Kek Kukus Buah-Buahan Bahan-bahan: 500 gm mentega 600 gm tepung gandum 370 gm gula halus 450 gm buah-buahan –dipotong kecil 250 gm gula-dihanguskan 5 biji telur- yang besar 2 sudu teh rata soda bikarbonat 2 sudu teh rata cream of tartar ¼ sudu teh serbuk buah pala 2 sudu makan lemon sunquick 1 sudu makan penuh perasa coklat Cara membuat:

Transcript of Resipi Kek

Page 1: Resipi Kek

Kek Hati Pari

Bahan-bahan:10 biji telur ayam16 auns mentega1 tin susu manis9 gelas tepung gandum6 gelas gula pasir8 sudu gula hitam3 sudu teh soda bikarbonat300gm kismis1 bungkus buah prune

Cara membuat:Pukul telur dengan gula sampai kembang. Mentega dipukul hingga kembang baru dimasukkan ke dalam adunan telur tadi. Tepung gandum diayak berserta dengan soda bikarbonat. Kemudian tepung itu digaul ke dalam adunan tadi. Bubuh susu dan gaul hingga rata baru masukkan buah prune dan kismis. Akhir sekali masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati. Kukus selama 8 jam.

Kek Kukus Buah-BuahanBahan-bahan:500 gm mentega600 gm tepung gandum370 gm gula halus 450 gm buah-buahan –dipotong kecil250 gm gula-dihanguskan5 biji telur- yang besar2 sudu teh rata soda bikarbonat2 sudu teh rata cream of tartar¼ sudu teh serbuk buah pala2 sudu makan lemon sunquick1 sudu makan penuh perasa coklat

Cara membuat:Mentega dan gula dipukul hingga putih lalu masukkan telur sebiji demi sebiji dipukul lagi hingga pekat dan kembang. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, cream of tartar, buah-buah campuran dan serbuk pala digaul hingga rata. Masukkan lemon sunquick, perasa coklat dan kacau lagi hingga rata. Masukkan gula hangus, dipukul dengan cepat-cepat sehingga rata. Tuang ke dalam loyang berukuran 10x10x3 inci dan kukuslah selama 4 jam. Di atasnya ditutup dengan kertas timah.

Page 2: Resipi Kek

Kek Nakhoda

8 biji telur ayam1 gelas gula halus2 gelas tepung gandum½ tin susu manis3 sudu makan browning16 auns mentega1 tin tinggi kaya1 botol horlick kecil4 sudu makan milo

Cara membuat:Mentega,susu dan kaya dikacau dalam satu bekas hingga sebati tetapi jangan sampai kembang. Telur dan gula dipukul hingga kembang. Kemudian campurkan menjadi satu adunan tadi dan masukkan tepung gandum. Selepas itu masukkan horlick, milo dan browning, Pukul hingga sebati dan kukus selama 4 jam.

Kek Hijau6 biji telur1 gelas horlick8 auns mentega1 gelas kaya1 gelas tepung gandum¼ gelas gula halusSedikit pewarna hijau

Cara membuat:Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil memukul. Kemudian masukkan kaya dan horlick. Kacau rata-rata. Masukkan tepung dan pewarna hijau. Masukkan ke dalam acuan dan kukus hingga masak.

Page 3: Resipi Kek

Kek Widuri

10 biji telur300 gm mentega1 gelas gula (diberi warna kuning dan hijau)100 gm manisan masam manis125 gm minyak sapi1 gelas gula halus2 gelas CERELAC (Nestum with milk)1 gelas tepung biskut cracker1 tin susu manis

Cara membuat:Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga kembang. Ketepikan dahulu. Di dalam bekas yang lain pukul mentega dan minyak sapi sehingga sebati.Masukkan kuning telur satu persatu hingga habis. Campur adunan mentega ke dalam adunan putih telur. Gaul hingga rata. Masukkan cerelac, tepung biskut kraker, gula berwarna hijau dan kuning, buah masam-manis dan susu. Kukuslah adunan tadi sehingga masak.

Kek Lapis Hitam PutihBahan-bahan:16 auns mentega10 biji telur3 sudu meja gula hitam 3 gelas tepung gandum1 tin susu manis2 paket buah prune3 gelas gula halus

Hitam – Buah prune dikisar halus. Mentega ½ tin digaul dengan 1 gelas halus dan ½ tin susu. Masukkan kuning telur dan gaul hingga rata. Masukkan buah prune, 1 1/2 tepung gandum dan gula hitam.

Putih – Mentega ½ tin dipukul dengan ½ tin susu manis. Pukul putih telur dengan 2 gelas gula sampai putih. Kemudian campurkan ke dalam adunan mentega tadi. Akhir sekali masukkan 1 ½ gelas tepung gandum. Kukus berselang seli sehingga habis

Page 4: Resipi Kek

Fudge Coklat450gm mentega275 gm krim keju400gm gula kastor/kastard225gm tepung gandum140gm serbuk koko15gm serbuk soda bikarbonat10 biji telur

Cara menyediakan:Pukul mentega, krim keju dan gula hingga gebu.Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sebati.Tuangkan tepung,soda bikarbonat dan juga serbuk koko.Masukkan dalam loyang dan bakar selama sejam.

Kek Keju Berjaya330gm krim keju80gm gula pasir15gm tepung jagung2 biji telur35ml susu segar70gm krim masam10gm gula pasir1 biji putih telur

Cara menyediakan:Pukul krim keju dan 80gm gula pasir hingga gebu.Kemudian tuangkan tepung jagung, susu segar, dan krim masam. Gaul perlahan hingga sebati. Ketepikan.Sementara itu pukul 10gm gula pasir dan putih telur hingga gebu.Tuangkan ke dalam adunan yang diketepikan tadi. Gaul sebati perlahan-lahan.Masukkan dalam acuan. Acuan tadi hendaklah diletakkan dalam bekas lain yang berisi air. Bakar selama sejam dua puluh minit.

Page 5: Resipi Kek

Kek Coklat Koko200gm kismis hitam160gm gula kisar200gm tepung gandum40gm serbuk koko½ cawan coca colasedikit serbuk kayu manissedikit esen vanilla11/2 sudu kecil serbuk penaik200gm mentega4 biji telur

Cara menyediakan:1. Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk penaik.2. Panaskan coca cola, tetapi jangan sampai meruap, kemudian sejukkan.3. Putar mentega dan gula kisar hingga putih. Masukkan telur satu per satu sambil

dipukul4. Perlahan mesin pengadun, campurkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli

coca cola adun hingga rata.5. Campurkan esen vanilla, serbuk kayu manis, mamarlade dan kismis kacau lagi.6. Lapik acuan dengan kertas minyak dan sapu lelemak sayur. Tuangkan adunan dan

ratakan permukaannya.7. Bakar di dalam ketuhar yang panasnya 160 darjah celcius hingga masak.8. Sejukkan sebelum dihias dengan coklat cair dank rim mentega

Kek Kopi

4 biji telur350gm tepung kek250gm mentega200 gm gula3 sudu makan susu cair1½ sudu makan esenkopi

Cara memasaknya.1. Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.2. Tambah sebiji demi sebiji, dengan memukul rata-rata setiap kali ditambah telur.3. Masukkan tepung, susu cair dan esen kopi. Gaul rata sebelum dituang ke dalam

acuan pembakar. Bakar pada suhu 180ºC selama 45 minit.

Page 6: Resipi Kek

Kek Pandan

3 biji telur300 gm tepung kek250 gm mentega150 gm gula3 sudu makan perahanair daun pandandicampurkan dengan ½ sudu makan esen1 sudu the sodabikarbonat

Cara memasaknya1. Putar gula dan mentega sehingga ringan dan gebu.2. Masukkan tepung, diikuti telur satu persatu.3. Masukkan perahan air pandan yang telah dicampurkan dengan esen hijau. Terus

putar sebelum dimasukkan ke dalam acuan. Bakar pada suhi 180ºC selama 40 minit.

Kek Gula Hangus

300 gm tepung gandum250 gm gula hangus175 gm gula2 biji telur1 sudu makan soda bikarbonat1 sudu makan minyak zaitun

Cara memasaknya.

1. Putar telur dan gula hingga gebu.2. Masukkan gula hangus dan soda bikarbonat.3. Masukkan tepung dan minyak zaitun, kemudian dipukul pada kelajuan rendah.

Tuang adunan ke dalam acuan dan baker pada suhu 180ºC selama sejam.

Page 7: Resipi Kek

Kek Strawberi

300 gm tepung kek250 gm mentega3 biji telur150 gm gula3 sudu makan susu cair1 sudu makan esen strawberi

Cara membuatnya1. Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.2. Masukkan telur satu persatu.3. Tambah susu cecair dan esen strawberi. Pukul sebati dan tuang ke dalam acuan.

Bakar pada suhu 180ºC selama 45 minit.

Kek Belang10 biji telur ayam450 gm mentega350 gm tepung kek350 gm gula100 gm koko2 sudu makan makan esen vanilla2 sudu makan serbuk penaik

Cara membuatnya1. Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.2. Masukkan telur satu per satu.3. Masukkan esen vanilla, serbuk penaik dan tepung. Gaul sebati.4. Bahagi kepada dua. Satu adunan dimasukkan serbuk koko dan digaul sebati.

Selepas itu selang selikan adunan dalam acuan kek dan baker pada suhu 180ºC selama 45 minit.

Page 8: Resipi Kek

Kek Coklat Nazam Berkasih

500 gm gula225 gm mentega4 biji telur400 gm tepung gandum125 gm serbuk koko20 gm soda bikarbonat750 ml susu segar

Cara membuatnya1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang.3. Masukkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat. Gaul rata dan selang selikan

dengan susu segar. Adun sehingga sebati.4. Masukkan dalam loyang dan baker pada suhu 180ºC selama 45 minit – 1 jam.

Kek Krim Segar Hiasan1.2 kg krim segar Krim kopi secukupnya600 gm coklat Bijirin kopi secukupnya525 gm mentega150 gm gula18 gm serbuk gelatin45 ml air9 biji kuning telur

Cara memasaknya1. Cairkan serbuk gelatin bersama air dengan api perlahan. Angkat dan ketepikan

adunan gelatin.2. Pukul telur kuning dengan gula sehingga berkrim. Ketepikan adunan.3. Cairkan coklat dan ketepikan.4. Pukul krim segar sehingga keras, kemudian masukkan adunan telur tadi.5. Perlahan-lahan masukkan coklat cair dan adunan gelatin.6. Tuang ke dalam acuan dan masukkan dalam peti dingin beku. Biarkan

semalaman sebelum dihias dengan bijirin dan krim kopi.

Page 9: Resipi Kek

Kek Coklat Manis2 kg coklat1.5 kg walnut1.4 kg telur1 kg tepung kek460 gm gula perang250 gm mentega125 gm serbuk koko1 sudu the esen vanillaKrim segar secukupnya

Cara membuatnya1. Panaskan ketuhar pada 180ºC.2. Pukul mentega dan gula perang sehingga kembang.3. Masukkan telur dan pukul lagi.4. Cairkan coklat dan ketepikan.5. Masukkan tepung kek, serbuk koko, esen vanilla dan hirisan walnut.6. Tuang dalam acuan dan baker selama 40 minit. Keluarkan dan bolehlah dihias

dengan krim segar.

Kek Cakra Alam

10 biji telur16 oz mentega2 gelas tepung gandum1 gelas gula halus1 tin susu manis1 botol kecil horlick1 kotak kismis campuran(dihiris halus)sedikit esen vanilla1 sudu baking powderpewarna hijau

1. Mentega dan gula dipukul sehingga kembang.2. Kemudian, masukkan telur satu persatu sehingga habis dan pukul lagi sehingga

rata.3. Selepas itu, masukkan pula susu, horlick, baking powder, buah kismis, esen

vanilla dan pewarna hijau.4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Apabila siap, sediakan

acuan dan bakar sehingga masak.

Page 10: Resipi Kek

Kek Midnight

5 biji telur ayam16 oz mentega11/2 gelas gula2 gelas tepung gandum1 tin susu manis1 tin nestle cream2 botol kecil browning1 botol kecil Horlick2 sudu kecil esen vanilla

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.2. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata.3. Masukkan tepung, nestle cream, Horlick, susu manis, browning sugar dan esen

vanilla. Gaul hingga sebati.4. Kukuslah sampai masak selama lebih kurang 6 jam.

Kek Negro16 oz mentega10 biji telur ayam1 botol kecil Horlick1 keping coklat kandosRM 1.00 buah kurma1 kati kismis hitam1 botol browning sugar3 gelas tepung gandum11/2 gelas gula1 tin susu manis

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.2. Kemudian masukkan telur satu persatu. Gaul sampai rata.3. Masukkan susu, horlick, buah kurma, kismis, tepung gandum, browning sugar

dan esen vanilla.4. Masukkan kandos dan kukus selama 4 jam.

Page 11: Resipi Kek

Kek Serikaya375 gm tepung gandum375 gm mentega310 gm gula halus10 biji kuning telur2 sudu besar golden syrup1 sudu teh baking powder1 tin kecil susu cecair1 tin kecil serikaya1 sudu the esen vanilla

1. Mentega, susu, serikaya dan golden syrup dipukul sampai kembang.2. Kuning telur dipukul dengan gula hingga kembang. Tuangkan ke dalam adunan

mentega.3. Masukkan tepung, esen vanilla serta baking powder.4. Masukkan pula sedikit pewarna kuning. Kemudian kukuslah sehingga masak.

Kek Sabun1 mangkuk tepung gandum1 mangkuk gula1 mangkuk santan pekat2 tin susu manis2 sudu makan mentega10 biji telur ayam

1. Telur dikacau bersama dengan gula dan jangan dibiarkan kembang.2. Setelah itu masukkan susu, santan, mentega dan tepung.3. Masukkan pewarna kuning dan baker dengan api sederhana sehingga masak.

Kek Suji KukusBahannya:10 biji telur ayam1 tin tepung suji1 tin mentega (16 oz)1 bungkus buah kismis putih1 tin gula pasir1 sudu teh baking powder1 sudu the vanilla

Cara membuatnya: Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Lepas itu masukkan tepung suji dan baking powder. Akhir sekali masukkan buah kismis dan tinggal sedikit untuk ditaburkan di atas kek itu nanti, dan terus dikukus selama selama dua jam setengah(21/2) barulah angkat

Page 12: Resipi Kek

Kek Masam ManisBahannya:10 biji telur ayam½ kati keben masin1 tin susu pekat1 tin mentega(16 oz)1 sudu teh baking powder12 bungkus masam manis2 gelas gula pasir1 sudu teh vanilla2 gelas roti kebensedikit warna kuning,hijau

Cara membuatnya:Pukul telur dgn gula sampai kembang. Mentega dan susu dipukul sampai putih. Masukkan vanilla dan roti keben,baking powder. Bahagi kepada 2 bahagian. Warnakan 1 bahagian dgn warna kuning dan satu lagi dengan warna hijau. Kukuslah hingga masak. Susun buah masam dan lapiskan lagi. Ulangi proses tersebut hingga habis.

Kek lapis Salam Taj MahalBahannya:30 biji telur350 gm gula halus600 gm tepung hong kong2 sudu besar ovallette1 tin kecil serikaya2 sudu kecil esen vanilla1 kg mentega½ tin susu manissedikit perasa pandanpewarna ungu,merah,kuning dan hijau

Cara menyediakannya:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.2. Dalam mangkuk lain, pukul telur hingga kembang.3. Masukkan tepung hong kong, seri kaya,susu, ovallette dan esen vanilla. Pukul

semula sehingga pekat dan gebu.4. Kemudian masukkan adunan mentega tadi. Pukul lagi sehingga rata.5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.

Page 13: Resipi Kek

Wien TorteBahannya:150 gm tepung kek150 gm mentega75 gm gula kastor½ sudu kecil esen vanilla150 gm coklat2 biji telur4 biji kuning telur25 gm serbuk koko1 sudu kecil serbuk penaik

Cara menyediakannya:1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu per satu

dan esen vanilla. Pukul hingga gebu.2. Kemudian masukkan serbuk koko, tepung kek dan serbuk penaik. Pukul lagi

hingga sebati.3. Sapukan acuan dengan sedikit mentega kemudian baker pada suhu 180’C selama

45-50 minit.

Kek Kurma dan OrenBahannya:250 gm tepung cape rose250 gm gula250 gm mentega5 biji telur700 gm kurma cincang50 gm jus oren zestCara menyediakannya:

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan telur dan pukul hingga kembang.2. Masukkan tepung dan kacau seketika. Kemudian masukkan jus oren dan kurma

cincang.3. Tuangkan adunan di dalam acuan yang telah disapukan dengan mentega.4. Bakar pada suhu 180’C selama 45 hingga 60 minit.

Page 14: Resipi Kek

Kek cantik manisBahannya:Bahan A10 biji kuning telur4 biji putih telur250 gm tepung gandum250 gm gula kastor250 gm air11/2 sudu besar ovallette1 sudu kecil benzoateBahan B10 gm mentega2 sudu besar susu pekat1 sudu kecil rempah kuihBahan pewarnaSedikit pewarna hijau,merah dan coklat

Cara menyediakannya:1. Pukul kesemua bahan A sehingga sebati dan pekat2. Kemudian campurkan kesemua bahan A dan B. Kacau sehingga rata.3. Bahagikan adunan kepada empat bahagian,iaitu warna hijau, merah,coklat dan

adunan asal. Masukkan ke dalam beg pipe.4. Picit satu per satu ke dalam acuan.5. Lapisan pertama hijau,merah,coklat, adunan asal dan hijau.6. Kemudian baker menggunakan api atas pada suhu 180’C sehingga kekuningan.7. Tuangkan untuk lapisan kedua merah,coklat,adunan asal,hijau,merah.8. Untuk lapisan ketiga coklat,adunan asal,hijau,merah,coklat.9. Lapisan keempat adunan asal,hijau,merah, coklat10. Lapisan kelima hijau,merah,coklat adunan asal,hijau.11. Setelah selesai kesemuanya, baker semula dengan menggunakan api atas dan

bawah selama 20 minit.

Page 15: Resipi Kek

Kek lapis mochaBahannya:15 biji kuning telur4 biji putih telur450 gm mentega450 gm gula kastor100 gm tepung gandum2 sudu besar perasa mochaCara menyediakannya:

1. Pukul mentega dengan gula di dalam mangkuk. Masukkan kuning telur satu persatu.

2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan dipukul sehingga kembang.3. Apabila sudah kembang, ketepikan.4. Sementara itu, ambil mangkuk dan pukul putih telur.5. Pastikan ia betul-betul kembang sehingga nampak buihnya.6. Tuangkan putih telur ke dalam adunan tadi.7. Kemudian bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan

dengan perasa mocha dan satu adunan biasa.8. Ambil loyang dan tuankan tiga senduk besar adunan biasa bagi lapisan pertama.9. Bakar sehingga kekuningan dengan menggunakan api atas pada suhu 180’C.10. Apabila kek sudah kekuningan, tuankan tiga senduk adunan perisa mocha bagi

lapisan kedua dan seterusnya silih berganti sehingga habis.11. Selepas selesai kesemuanya, bakarlah adunan selama 20 minit dengan

menggunakan api atas dan bawah.

Banana Bread125 g butter300g castor sugar2 eggs slightly beatena few drops banana essence 5 ripe bananas (peeled and mashed)250 g flour1 tsp bicarbonate of sodaa little salt (sifted together)75 ml milk½ tsp lime juice ( mix & leave aside for 10 mins)

1. Cream butter and sugar till creamy and light.2. Beat in eggs, a little at a time.3. Add banana essence and mashed bananas. Fold in sifted flour and mix alternately.4. Pour mixture into a lined and greased 9 x 5 x 3 in/ 23 x 13 x 7.5 cm tin.5. Bake in a preheated oven at 175 C/350 F/ Mark 4 for 30 mins or until bread is golden in colour and a skewer comes out clean when inserted.6. Cool in tin for 5 minutes then turn out onto a wire rack.

Page 16: Resipi Kek

Brownie Coklat Kukus

180 gm mentega200 gm gula halus5 biji telur80 gm tepung5 gm serbuk penaik50 gm koko270 gm coklat masakan80 gm susu segar10 gm pes coklat

Cara menyediakannya:

1. Cairkan mentega, coklat masakan dan pes coklat pada api sederhana dan kemudian sejukkan.2. Sementara itu pukul telur, gula dan susu dengan menggunakan pemutar dan campur kedua-dua adunan.3. Masukkan bahan-bahan kering dan kacau rata.4. Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 40 minit.

Kek Mentega Belang

250 gm mentega220 gm gula kastor220 gm tepung gandum4 biji telur1 sudu the serbuk penaik1 sudu the vanilla50 ml airPewarna merah, hijau, kuning. Cara menyediakannya

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

2. Masukkan tepung secara berselang-seli dengan air susu dan esen vanilla. Masuk juga serbuk penaik dan gaul hingga sebati.

3. Bahagikan adunan menjadi 3 bahagian dengan pewarna merah,hijau dan kuning.4. Sapukan minyak pada dulang pembakar. Ambil satu senduk hijau dan tompokkan

di tengah. Ambil merah dan tompokkan di atas dan seterusnya kuning.5. Bakat pada ketuhar suhu 180C selama 1 jam

Page 17: Resipi Kek

Kek Lapis Prun HarmoniBahan A250 gm mentega100 gm susu pekat1 sudu teh esen vanillaBahan B100 gm gula kastor10 gm ovallette4 biji telurBahan C150 gm tepung kek75 gm horlick½ sudu teh serbuk penaikBahan D 100 gm buah prun (digunting)50 gm bijan gorengpewarna hijau pekat & kuning lemon

Cara Penyediaan1. Satukan semua bahan A dalam mangkuk. Pukul hingga putih dan berkrim. Tuang dalam mangkuk besar.2. Pukul bahan B hingga kembang dan pekat dalam mangkuk lain.3. Masukkan adunan telur ke dalam adunan mentega. Gaul hingga sebati.4. Masukkan tepung kek, horlick dan serbuk penaik. Gaul sekejap agar adunan sebati.5. Bahagikan adunan kepada dua. Bahagian pertama dicampurkan 2 sudu the pewarna hijau dan bijan.6. Bahagian kedua dicampurkan buah prun dan pewarna kuning.7. Sediakan pengukus dan panaskan air dalam pengukur sebanyak ¾ penuh hingga mendidih.8. Ambil 2 senduk adunan hijau dan ratakan dalam acuan 8’x 8’. Tutup permukaan acuan dengan kertas aluminium atau kain nipis. Kukus selama 15 minit hingga masak.9. Rakankan pula adunan kuning dan kukus selam 15 minit. Buatkan proses yang sama hingga habis.10. Lapis terakhir, kukus selama 20 minit.

Page 18: Resipi Kek

KEK LAPIS COKLAT SUSUBahan A250 gm mentega120 gm gula castor5 biji telur1 sudu the esen vanillaBahan B150 gm tepung kek120 gm susu pekat50 gm jem buah-buahan½ sudu teh serbuk penaikBahan C2 paket asam manis20 keping coklat susuWarna kuning & coklat

Cara penyediaan1. Pukul bahan A (kecuali telur)hingga kembang dan putih. Masukkan telur sedikit-sedikit dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk besar.2. Satukan susu pekat manis dan jem. Gaul rata dengan senduk. Kemudian masukkan tepung kek dan serbuk penaik. Gaul lagi hingga sebati. Kemudian satukan adunan A ke dalam adunan B. Gaul hingga adunan sebati.3. Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian warnakan kuning. Satu bahagian warnakan coklat.4. Didih air dalam pengukus. Sediakan acuan 7’ x7’.5. Ambil satu senduk adunan kuning dan ratakan dalam acuan. Kukus hingga masak selama 15 minit. Susun kepingan asam manis di atas kek yang telah masak. 6. Ambil satu senduk adunan coklat dan ratakan di atas lapis kuning. Kukus hingga masak.7. Susun coklat susu di atas hingga penuh.8. Buatlah cara yang sama hingga adunan habis.

Page 19: Resipi Kek

Kek Lapis Winter Sonata20 biji kuning telur5 biji putih telur16 oz mentega 2 gelas tepung Hong Kong2 gelas tepung jagung11/2 gelas gula halus½ gelas serbuk coffee Mate1 tin kecil Nestle Reduced Cream1 sudu teh perasa vanilla1 sudu makan ovallette1 sudu teh butter oil3 oz air sejukPewarna kuning dan hijau muda

1. Pukul mentega hinggs naik dan putih. Ketepikan.2. Pukul kuning telur, putih telur dan gula sampai kembang dan sebati.3. Lepas itu campurkan kedua-dua adunan lalu digaul rata.4. Kemudian masukkan tepung Hong Kong, tepung jagung dan ovallette. Gaul rata.5. Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu bahagikan

adunan itu kepada tiga bahagian.- Bahagian I – campurkan Nestle Reduced Cream dan butter oil lalu

dibahagi dua.- Bahagian II – campurkan coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau

muda.- Bahagian III – campurkan dengan warna kuning

6. Lapiskan 1 bahagian dari bahagian I yang telah dibahagi tadi sampai masak. Bila ia masak, lapiskan bahagian II sebanyak 4 sudu makan.

7. Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan juga sampai masak.

8. Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu bahagian I yang sebahagian lagi tadi untuk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.

Page 20: Resipi Kek
Page 21: Resipi Kek
Page 22: Resipi Kek
Page 23: Resipi Kek