Retreat Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Majlis … · 2018. 8. 20. · Program telah...

5
Retreat Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Majlis Pelancaran Jalur Gemilang serta Pameran INSTUN Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mengadakan Retreat KATS pada 17 - 19 Ogos 2018 bertempat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). Program ini telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi kementerian meliputi YBhg Dato' KSU, YBhg Dato' TKSU SA, SUBK, ketua-ketua jabatan, Timbalan Ketua Pengarah jabatan-jabatan, SUB kementerian dan pegawai-pegawai kanan kementerian/jabatan/ajensi yang berkaitan. Program telah dimulai dengan amanat yang telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 17 Ogos 2018. Pada 18 Ogos 2018 pula, Program Pelancaran Jalur Gemilang telah dilancarkan diikuti dengan Pameran INSTUN. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar Arulanandam. Sejurus selepas Pelancaran Jalur Gemilang, YB Menteri dibawa ke Perpustakaan INSTUN bagi melihat pameran yang telah disediakan. Program diteruskan sehingga 19 Ogos 2018 bagi sesi penutup Retreat KATS 2018 oleh YB Menteri KATS. INSTUN mengucapkan berbanyak terima kasih dan berbesar hati atas pemilihan INSTUN sebagai lokasi bagi Retreat KATS 2018. Begitu juga dengan kehadiran YBhg Tan Sri KSN dan program khas kibar jalur gemilang. Kerjasama semua urusetia terutama dari UPSA KATS, BPKN KATS , INSTUN dan lain-lain amat dihargai. Sebarang kekurangan akan dibuat penambahbaikan di masa hadapan.

Transcript of Retreat Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Majlis … · 2018. 8. 20. · Program telah...

  • Retreat Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Majlis Pelancaran

    Jalur Gemilang serta Pameran INSTUN

    Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mengadakan Retreat KATS

    pada 17 - 19 Ogos 2018 bertempat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).

    Program ini telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi kementerian meliputi YBhg Dato'

    KSU, YBhg Dato' TKSU SA, SUBK, ketua-ketua jabatan, Timbalan Ketua Pengarah

    jabatan-jabatan, SUB kementerian dan pegawai-pegawai kanan

    kementerian/jabatan/ajensi yang berkaitan.

    Program telah dimulai dengan amanat yang telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri

    Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 17 Ogos 2018. Pada 18 Ogos

    2018 pula, Program Pelancaran Jalur Gemilang telah dilancarkan diikuti dengan

    Pameran INSTUN. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar

    Arulanandam. Sejurus selepas Pelancaran Jalur Gemilang, YB Menteri dibawa ke

    Perpustakaan INSTUN bagi melihat pameran yang telah disediakan.

    Program diteruskan sehingga 19 Ogos 2018 bagi sesi penutup Retreat KATS 2018

    oleh YB Menteri KATS. INSTUN mengucapkan berbanyak terima kasih dan

    berbesar hati atas pemilihan INSTUN sebagai lokasi bagi Retreat KATS 2018.

    Begitu juga dengan kehadiran YBhg Tan Sri KSN dan program khas kibar jalur

    gemilang. Kerjasama semua urusetia terutama dari UPSA KATS, BPKN KATS ,

    INSTUN dan lain-lain amat dihargai. Sebarang kekurangan akan dibuat

    penambahbaikan di masa hadapan.