REZEKI MELIMPAH RUAH

download REZEKI MELIMPAH RUAH

of 4

Transcript of REZEKI MELIMPAH RUAH

  • 8/6/2019 REZEKI MELIMPAH RUAH

    1/4

    REZEKI MELIMPAH RUAH

    Allah telah menurunkan beberapa masalah kepada manusia supaya

    dapat diatasi, supaya kita mencari jalan keluar dengan berusaha

    mengenali-Nya dan mendekati diri kita kepada-Nya. Supaya kita

    mencari jalan supaya memahami ayat-ayat-Nya. (al-Quran) dan

    sunah Nabi Muhammad s.a.w. Allah telah berfirman: Selagi kita

    berpegang kepada 2 perkara itu, kita tidak akan sesat selama-

    lamanya iaitu al-Quran dan hadis.

    Begitu juga dalam hal mencari rezeki. Di dalam al-Quran dan

    hadis, terdapat beratus-ratus ayat dan hadis yang menerangkan

    panduan, kaedah dan peraturan dalam mencari rezeki supaya kita

    tidak melencong dari kebenaran. Terdapat pelbagai panduan

    supaya kita memperolehi rezeki yang melimpah ruah dan dapat

    digunakan rezeki itu ke jalan yang diredai Allah. Sebagai panduan

    mencari rezeki, berikut ini diberikan beberapa ayat al-Quran,

    hadis, petikan dari kitab dan sebagainya mengenai rahsia rezeki

    melimpah ruah. Hendaklah kita berpegang bahawa rezeki kita di

    tangan Allah dan ditetapkan oleh Allah sejak Azali lagi.

    Walaupun begitu kita hendaklah berusaha kerana kita tidak tahu

    rezeki kita di mana, dan akhirnya hendaklah kita berserah kepada

    Allah. Wallahu alam.

  • 8/6/2019 REZEKI MELIMPAH RUAH

    2/4

    Kita jarang-jarang bersyukur terhadap rezeki yang berupa makanan yang kita terima

    setiap hari. Tetapi jika kita bersyukur, Allah telah menjanjikan akan menambah lagirezeki orang itu dan sebaliknya jika tidak bersyukur mereka akan mendapat azab yang

    amat pedih.

    Dari al-Quran, Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa,

    pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan

    bumi (Al-Araf: 96)

    Apabila dikatakan takwa, ia meliputi ruang lingkup yang begitu luas iaitu termasuk

    melakukan segala amalan yang disuruhi Allah iaitu yang termasuk di dalam rukun Islam,

    melakukan segala ibadat, zikir, tasbih, tahmid, mengerjakan segala amalan sunat dan

    sebagainya. Mengenai ibadat, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Tuhanmu telah

    berfirman: Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk beribadah kepadaKu, maka

    Aku akan penuhi hatimu dengan rasa kaya dan Aku akan penuhi kedua -dua

    tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah kamu menjauhi Aku,

    maka Aku akan memenuhi hatimu dengan kefakiran dan kedua -dua tanganmu

    dengan kesibukan.(H.R Imam Al-Hakim daripada Muaqqal bin Yassar r.a.)

    Didalam al Quran ada dinyatakan bahawa sesiapa yang tidak bersyukur maka Allah akan

    mendatangkan azab yang pedih kepadanya, sebaliknya sesiapa yang bersyukur Allah telahmenjanjikan nimat kepadanya. Ayatnya Bermaksud: Dan (ingatlah juga), tatkala

    Rabbmu memaklumkan: Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, pasti Kami akan

    menambah (nimat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka

    sesungguhnya azabKu sangat pedih.

  • 8/6/2019 REZEKI MELIMPAH RUAH

    3/4

    Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., ia berkata, aku mendengar

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Siapa yang suka untuk dilapangkan

    rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia

    menyambung tali silaturrahim.

    Dalam al-Quran ada disebut bahawa orang yang besedekah akan mendapat balasan yang

    berlipat-ganda.Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang -

    orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman

    kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya

    (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala

    yang mulia. (Al-Quran Surah al Hadid, Ayat 18)

    Daripada Abi Dhibah berkata: Usman Ibnu Affan r.a berkata, Sesungguhnya saya perintah

    kepada mereka supaya membaca surah al-Waaqiah tiap tiap malam. Sesungguhnya saya

    dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa membaca surah al-Waaqiah tidak akan

    jadi miskin selama-lamanya.

    Memperbanyak istighfar, memohon keampunan kepada Allah adalah salah satu cara untuk

    memperolehi rahmat dan diberi rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.

    Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah

    mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki

    dari arah yang tidak di sangka-sangka. (H.R. Abu Dawud, Nasai, Ibnu Majah dan

    Hakim)

    Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:Seandainya kamu bertawakkal

    kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti kamu diberi rezeki

    sebagaimana burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah

    kenyang. (H.R Umar bin al-Khattab dari Imam Ahmad, At-Tirmizi dll.)Hadis ini bukanlah

    bermaksud supaya kita diam sahaja dan tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan

    pemberian dari Allah, malah jika kita fahami, dalam hadis ini, dan melihat kelakuan burung,

    ia keluar pada pagi hari berterbangan dan berkicauan ke sana kemari untuk mencari rezeki

    dan akhirnya akan diberi rezeki yang ditemuinya di mana-mana.

    Dalam al-Quran terdapat satu ayat yang menyatakan tentang orang yang berhijrah akan

    memperolehi banyak rezeki. Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka

    mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.

    (An-Niza: 100)

  • 8/6/2019 REZEKI MELIMPAH RUAH

    4/4

    Belajar ilmu Feqah termasuk juga di dalam perkara yang mendatangkan rezeki seperti mana

    tersebut dalam hadis Rasulullah s.a.w: Barangsiapa belajar ilmu Feqah (mendalami

    ilmu agama) padahal ia berkehendak ingin mendirikan agama Allah Taala,

    nescaya memadai oleh Allah Taala bagi dia akan segala yang dicita -citanya dan

    memberi Ia rezeki akan dia dengan tiada terkiranya dan tiad a diusahanya yakni

    dimudahkan oleh Allah akan rezekinya dengan tiada diusahainya dan tiada

    dibicarakannya.

    Sebagai ingatan kepada kita semua dalam memburu kekayaaan dan kesenangan, di bawah ini

    diturunkan hadis Nabi s.a.w. sebagai panduan, yang bermaksud: Barangsiapa yang

    kehidupan duniawi menjadi tujuan utamanya, nescaya Allah menjauhkan

    dirinya dari tujuannya, dan meletakkan kefakiran di hadapan biji matanya. Ia

    tidak mendapatkan kehidupan dunia, melainkan apa yang telah ditentukan

    baginya. Barangsiapa yang kehidupan akhirat menjadi niat utamanya, nescaya

    Allah akan menyatakan dirinya dengan tujuannya, dan menjadikan kekayaan

    dalam hatinya sekaligus mendapat kehidupan duniawi. Dan (perlu diingat),

    kehidupan duniawi adalah hina. (H.R. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi.)

    Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t. berfirman: Wahai manusia, sekiranya engkau

    takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya

    Aku akan memberi kekayaan kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau

    jangkakan. Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul

    Hamid Salil Hamdan

    http://rahsiarezeki.wordpress. com

    29 Jun, 2011