Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup
-
Upload
ikmal-fikri -
Category
Documents
-
view
190 -
download
4
description
Transcript of Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup
Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang saya hormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan tugasnya, barisan guru-guru serta rakan-rakan pelajar yang saya kasihi sekalian.
Pada pagi yang berbahagia ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup”.
Hadirin yang dimuliakan,Sebelum saya lancar berbicara, izinkan saya menjelaskan beberapa kalimah penting yang menjadi intisari tajuk syarahan saya pada hari ini. Ya! Mengikut Kamus Dewan Edisi, Rezeki bermaksud segala bahan keperluan untuk hidup. Manakala halal ialah tatacara hidup orang Islam yang menitik beratkan aspek kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Keberkatan pula bermaksud perkembangan dan kebaikan.
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,Jelas kepada kita bahawa rezeki yang diperolehi daripada sumber yang halal mampu menjana kehidupan manusia yang berkat dunia dan akhirat.
Wacana fikrah saya yang pertama : Mencari Rezeki Yang Halal Merupakan Satu Tuntutan Agama
Ini jelas dapat dilihat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu dari Nabi SAW:
طلب الحالل فريضة على كل مسلمMaksudnya : Mencari rezeki yang halal itu wajib bagi setiap orang
Islam
Setiap manusia berkewajipan mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan lain-lain sama ada untuk diri sendiri mahupun orang yang berada di bawah tanggungannya.
Rasulullah SAW pernah berkongsi perniagaan bersama seorang pemuda Quraisy bernama As Saib bin Abi As SAib dan ketika berusia 25 tahun, Baginda Rasulullah juga memperniagakan barang dagangan kepunyaan Siti Khadijah ke Syam. Jelaslah kepada kita bahawa mencari rezeki yang halal merupakan tuntutan agama dan sunnah Rasulullah.
Wacana fikrah saya yang kedua: Mencari rezeki yang halal adalah satu ibadah
Mencari rezeki yang halal merupakan satu ibadah sekiranya pencarian tersebut bertepatan dengan kehendak syarak. Firman Allah dalam surah Al Mukminun ayat 51.
" K " كلوا من الطيبًات واعملوا صًالحًاMaksudnya : Makanlah rezeki yang halal dan lakukanlah amalan
soleh.
Setiap amal soleh seseorang hamba adalah bergantung kepada makanan yang halal. Makanan, minuman dan pakaian yang haram menyebabkan doa seseorang tidak dimakbulkan dan diri mudah terjerumus ke lembah maksiat. Lihat hari ini, ramai umat Islam yang melakukan ibadat tetapi masih melakukan maksiat akibat makanan yang haram.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,Wacana fikrah saya yang ke tiga : Mencari rezeki yang halal dapat menjaga maruah agama
فيحتطب على ظهره خير لهم خيله ألن يأخذ أحدكم
Maksudnya : Demi Allah, jika seseorang diantara kamu membawa tali dan pergi ke bukit untuk mencari kayu api, kemudian dipikul ke pasar untuk bekerja,dengan bekerja itu Allah mencukupi keperluanmu itu lebih baik daripada ia meminta-minta kepada orang lain.
Bekerja dalam Islam bukan sekadar memenuhi keperluan untuk belanja mengisi perut bahkan bertujuan memelihara harga diri
dan martabat kemanusiaan yang semestinya dipertahankan. Yang manakah lebih mulia seorang usahawan atau seorang pengemis?
Jelaslah kepada kita bahawa bekerja mencari rezek yang halal akan bertambah martabat serta kemuliaannya. Sebaliknya, mereka yang berat tulang akan memberi imej buruk dan negatif pada pandangan masyarakat dan keji pada kacamata Islam itu sendiri.
Wacana fikrah saya yang keempat : Rezeki yang halal dapat menjamin keberkatan hidup dunia dan akhirat
Sabda Rasulullah SAW :
من سحت فًالنًار أولى به كل لحم نبت
Maksudnya : Daging yang tumbuh daripada rezeki yang haram
neraka adalah paling utama baginya.
Kehidupan bagi umat Islam bukanlah terhenti di dunia sahaja
bahkan lebih utama bagi kita adalah kehidupan hakiki di akhirat.
Rezeki yang haram akan menjerumuskan seseorang ke neraka di
akhirat kelak. Sama-samalah kita mengambil berat dan prihatin
dengan sumber pendapatan agar menjamin kebahagiaan yang
hakiki kelak.
Wacana fikrah saya yang kelima : Rezeki yang halal
menjana keluarga bahagia
Hadirin yang dimuliakan,
Apa yang kita makan akan menentukan segala tindakan dan
amalan seharian. Rezeki yang halal menjerumuskan seseorang
individu ke arah ketaatan kepada Allah, amal soleh dan akhlak
mahmudah. Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam hal
ini. Sabda Rasulullah SAW :
""كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسًانه
Maksudnya : "Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah
(bertauhid), maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya
Yahudi, Nasrani atau Majusi." ? (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Sejarah telah membuktikan, generasi di zaman Rasulullah SAW
dan para sahabat beramal soleh, berakhlak mulia dan tidak
terlibat dengan kemungkaran kerana ibu bapa masing-masing
mementingkan sumber rezeki yang halal.
Wacana fikrah saya yang keenam : Rezeki yang halal
dapat menjana ekonomi umat Islam
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,
Islam telah menggariskan pelbagai cara untuk mendapatkan
rezeki. Perniagaan adalah satu cara untuk meningkat kan
ekonomi.
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Berniagalah kamu, 9/10
rezeki adalah menerusi perniagaan .
Malaysia terkenal dengan produk hub halal telah berjaya menjana
ekonomi umat Islam dengan menembusi pasaran dunia.Jelaslah
kepada kita ekonomi umat Islam menjadi lebih kukuh kerana
keberkatan dari Allah SWT
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan
Marilah kita sama-sama mengamalkan cara hidup Islam dalam mencari rezeki yang halal kerana rezeki yang halal itu satu tuntutan agama yang mulia. Jadi, ingin saya tegaskan di sini bahawa ”Rezeki Yang Halal Menjamin Keberkatan Hidup”.
Saya sudahi syarahan saya pada kali ini dengan lafaz yang mulia ” Wabillahi taufik wal hidayah wassalamu a’laikum warahmatullahi wabarakatuh