Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar...

12

Transcript of Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar...

Page 1: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan
Page 2: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan

2 •

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Penggunaan kad kredit, yang dikeluarkan oleh institusi-institusi perbankan danpengeluar yang lain, semakin mendapat tempat sebagai instrumen pembayarandalam kalangan rakyat Malaysia. Statistik Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia,setakat Jun 2011, telah menunjukkan rakyat Malaysia secara purata mempunyaibaki tertunggak sebanyak RM3,900 untuk setiap kad kredit yang dimiliki.Sehubungan ini, perkembangan penggunaan kad kredit yang semakin meluasperlu dipantau dengan sewajarnya bagi melindungi kepentingan pengguna secarakeseluruhannya.

Langkah-langkah Baru

Sebagai langkah menggalakkan amalan perniagaan yang wajar danbertanggungjawab oleh pengeluar kad kredit, beberapa langkah baru telahdiperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia, yang akan berkuatkuasa mulai 2012.Antara langkah-langkah yang diperkenalkan adalah:

1. Kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit baharu ditetapkanpada RM24,000 setahun;

2. Bagi pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang hanyaboleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja. Pemegang kadsedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikantempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihanmasing-masing. Pemegang kad juga akan diberikan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telahdibatalkan bagi memenuhi keperluan ini. Di samping itu, had maksimum kredit

Langkah Ke Arah PengurusanKewangan Berhemat dan AmalanPerniagaan yang Bertanggungjawab

Page 3: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan

• 3

yang diberikan kepada pemegang kad tidak bolehmelebihi dua kali ganda pendapatan bulananpemegang kad bagi setiap pengeluar. Sekiranyapemegang kad sedia ada mempunyai baki hutangkad kredit melebihi had maksimum kredit yangditetapkan, pemegang diberi tempoh tangguhselama dua tahun untuk memenuhi keperluanbaharu ini.

Pengeluar kad disarankan agar berbincang denganpemegang kad yang terbabit bagi membantu merekamenstrukturkan semula pembayaran hutang dalamusaha memudahkan pelaksanaan langkah ini. Selainitu, pemegang kad juga boleh menghubungi AgensiKaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untukmendapatkan nasihat berkaitan dengan pengurusanhutang mereka.

Tanggungjawab Pengeluar Kad KreditDalam Pemberian Kad Kredit

1. Wajar, telus dan bertanggungjawab dalammemasarkan dan menawarkan kad kredit kepadapengguna.

2. Tidak dibenarkan untuk menaikkan had kreditpemegang kad tanpa persetujuan pemegang kadterlebih dahulu.

3. Tidak dibenarkan untuk menawarkan pendahuluankredit dalam bentuk cek berbayar kepadapemegang kad melainkan pemegang kad kredittelah memohon untuk pendahuluan kredit.

4. Bagi memudahkan pengguna membuatperbandingan dan keputusan berdasarkanmaklumat yang mencukupi, pengeluar kaddikehendaki menyediakan lembaran penzahiranproduk (product disclosure sheet) yangmengandungi maklumat penting mengenai ciri-cirikad, fi dan tanggungjawab pemegang kad.

5. Memberikan peringatan dengan jelas untukmemberitahu pemegang kad akan implikasi jikahanya membuat bayaran secara minimum dansebahagian.

6. Pengeluar kad kredit perlu memaklumkan kepadapemegang kad kredit mengenai tempoh yangdiperlukan untuk menyelesaikan keseluruhan bakipinjaman (dengan andaian tiada sebarangtransaksi selanjutnya) dan jumlah faedah yangperlu dibayar sekiranya pemegang kad kredithanya membuat pembayaran minimum setiapbulan. Maklumat ini akan disertakan di dalampenyata kad kredit terakhir pada setiap tahun.

Penambahbaikan ciri keselamataninfrastruktur kad kredit1. Pemberitahuan transaksi melalui sistem pesanan

ringkas (SMS) akan dilaksanakan oleh pengeluarkad kepada pemegang kad mereka selepastransaksi dilakukan.

2. Langkah ini akan disusuli dengan pelaksanaanpengesahan nombor pengesahan peribadi(Personal Identification Number, PIN) untuk semuatransaksi kad kredit mulai 1 Januari 2015.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjutberhubung dengan garis panduan baharu kad kredittersebut boleh menghubungi ABM Connect di1-300-88-9980, pusat hubungan pengeluar kad masing-masing dan TELELINK Bank Negara Malaysia di1300-88-5465.

Sumber : infoperbankan

“Pemegang kad juga akandiberikan tempohsekurang-kurangnya duatahun untuk menyelesaikanbaki hutang kad kredit yangtelah dibatalkan ....”

“Memberikan peringatandengan jelas untukmemberitahu pemegang ...”

Page 4: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan

4 •

Memiliki rumah sendiri merupakan impian bagi setiapindividu. Lazimnya, ia adalah pelaburan yang palingmahal bagi seseorang itu sepanjang hidupnya. Namun,keputusan membeli sebuah rumah boleh menimbulkanpelbagai implikasi kewangan sebaik sahaja andamemberikan komitmen untuk membeli rumah tersebut.Bayaran balik pinjaman perumahan akan menjadiperbelanjaan yang paling besar pada setiap bulanuntuk jangka masa yang panjang.

Oleh itu, anda perlu membuat perancangan yang telitidengan menentukan jumlah wang yang bolehdigunakan untuk membeli rumah idaman. Berikutadalah tiga soalan penting yang perlu dipertimbangkansebelum melaburkan wang dalam rumah idaman anda:

1) Berapa banyak wang yang mampuanda keluarkan daripada simpananuntuk membiayai bayaran pendahuluandan kos sampingan pembelian sebuahrumah?

Bayaran pendahuluan ialah wang yang perlu dibayaruntuk memastikan anda dapat menjadi pemiliksesebuah rumah yang diidamkan. Lebih tinggi bayaranpendahuluan, maka semakin kecil amaun yang perludibayar setiap bulan kepada pihak bank untukmenyelesaikan pinjaman perumahan. Selain itu, kadarbunga yang dikenakan juga lebih rendah. Lazimnya,wang pendahuluan yang sepatutnya dibayar adalahdi antara 5-20% harga jualan rumah tersebut. Selainitu, anda juga perlu menyediakan wang yangsecukupnya untuk yuran guaman, duti setem, insuransdan kos pengubahsuaian rumah apabila kunci rumahdiserahkan kelak.

Berdasarkan aset asas anda, tetapkan jumlah yang

mampu dikeluarkan untuk membeli rumah anda. Disini, anda dinasihatkan menyimpan wang sekurang-kurangnya amaun yang sama dengan perbelanjaanbulanan anda, iaitu 4 hingga 6 bulan sebagai simpanankecemasan. Pastikan anda tidak mengusik wang yangdisimpan untuk persaraan anda kelak, lebih-lebih lagijika anda kini di peringkat pertengahan umur.

2) Berapa banyak wang yang andaboleh keluarkan daripada pendapatanbulanan untuk meningkatkan kadarsimpanan atau untuk membayarpinjaman perumahan anda?

Jika anda sudahpun mempertimbangkan soalan (1)dan mendapati wang yang ada dalam tangan tidakmencukupi, langkah seterusnya ialah untukmeningkatkan kadar simpanan anda. Anda boleh cubauntuk membuka satu akaun simpanan khas untukpembelian rumah. Pastikan anda memperuntukkanperatusan yang tetap daripada gaji anda untukdisimpan dalam akaun tersebut setiap bulan. Kajidengan terperinci perbelanjaan anda. Dalam masayang sama, cuba kurangkan perbelanjaan untukperkara yang tidak perlu seperti barangan mewah,hiburan dan percutian.

Anda juga perlu tahu jumlah yang mampu dibayaruntuk pinjaman perumahan anda. Lazimnya, bayaranuntuk pinjaman perumahan tidak seharusnya melebihi30% daripada gaji kasar anda. Selain itu, pastikanwang anda mencukupi untuk membayar perbelanjaanlain seperti yuran penyelenggaraan, bil-bil air, elektrikdan sebagainya. Cara terbaik untuk mengawalperbelanjaan anda ialah dengan membuat bajet danmendisiplinkan diri anda untuk mengikut bajet yangtelah anda sediakan.

MenabungUntukMembeliRumahIdaman

Page 5: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan

• 5

3) Berapa banyak wang yang bolehdikeluarkan daripada Akaun 2 KWSPuntuk membiayai kos rumah anda?

Periksa akaun KWSP 2 anda untuk mengetahui amaunyang boleh dikeluarkan untuk pembayaran rumah anda.Ini penting kerana ia dapat meringankan bebanpembiayaan rumah yang dibeli. Mengikut laman webKWSP, amaun yang layak dikeluarkan pencarumKWSP adalah seperti berikut:

• Pembelian Individu:Amaun perbezaan di antara harga rumah denganjumlah pinjaman dan tambahan 10% daripadaharga rumah atau semua simpanan dalam Akaun2, mengikut mana yang lebih rendah tidak kurangRM500;

• Pengeluaran Bersama Suami/Isteri, AhliKeluarga, atau Individu Yang Lain:Amaun perbezaan di antara harga rumah denganjumlah pinjaman dan tambahan 10% daripadaharga rumah atau semua simpanan dalam Akaun2 masing-masing tertakluk kepada amaunmaksimum yang layak dikeluarkan, mengikutmana yang lebih rendah tidak kurang RM500.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web KWSP dihttp://www.kwsp.gov.my/ ataupun hubungi mana-manapejabat KWSP terdekat.

Sesudah mengira semua sumber kewangan yang adaberdasarkan soalan-soalan di atas, anda kini sudahbersedia untuk memulakan pencarian rumah baru anda.Membeli sebuah rumah merupakan satu perkara yangsangat penting bagi kebanyakan orang. Oleh itu,pastikan anda mengambil masa yang secukupnyadalam mencari rumah yang anda idamkan, iaitu sebuahrumah yang menepati kehendak anda serta mampudimiliki. Jangan terburu-buru dalam membuat pilihan,terutama sekali sewaktu ekonomi berada di paras yangtinggi dan menyebabkan pasaran hartanah melonjaknaik. Jika anda membeli rumah pada waktu tersebut,besar kemungkinan anda akan kecewa sekiranyaharga rumah yang dibeli turun pada paras yang lebihrendah.

Dalam masa yang sama, anda juga sudah boleh mulaimeninjau pakej pinjaman perumahan yang terbaik.Terdapat pelbagai pakej pinjaman ditawarkan oleh pihakbank. Pastikan anda meneliti semua syarat dan terma-terma pakej pinjaman perumahan yang ditawarkan.Membuat pilihan yang tepat, dengan mengambil kirakadar faedah yang dikenakan dan sebagainya, bolehmenjimatkan sejumlah wang yang besar untuk anda.Membeli rumah idaman bukan sahaja menimbulkanrasa puas hati dalam diri, malah ia boleh membawakeuntungan dalam jangka masa panjang sekiranyaanda membuat pilihan yang tepat dan merancangpembelian daripada mula lagi.

© Securities Industry Development Corporation. Untuk maklumatlanjut tentang pengurusan kewangan dan pelaburan bijak, layarilaman web Pelabur Malaysia (www.min.com.my)

Anda juga perlutahu jumlah yangmampu dibayaruntuk pinjamanperumahananda. Lazimnya,bayaran untukpinjamanperumahan tidakseharusnyamelebihi 30%daripada gajikasar anda.

Page 6: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan

6 •

Apakah fakta material atau faktapenting?

Fakta material atau fakta penting ialah mana-manafakta berkaitan anda atau objek yang ingin dilindungiyang perlu diketahui oleh syarikat insurans/pengendalitakaful. Ia dapat membantu syarikat insurans/pengendali takaful membuat keputusan sama adauntuk memberi perlindungan kepada anda atau tidak,jumlah premium yang perlu dibayar dan terma yangakan dikenakan.

Syarikat insurans/pengendali takaful lazimnya akanmemperoleh fakta ini berdasarkan borang cadanganyang telah anda lengkapi. Borang cadangan yangdigunakan oleh syarikat insurans/pengendali takafultelah direka untuk mengumpulkan fakta yangdiperlukan. Anda harus menjawab semua soalandalam borang cadangan dengan betul dan tepat. Olehitu, sekiranya timbul sebarang keraguan tentang mana-mana soalan dalam borang cadangan, anda harusmendapatkan penjelasan dan bukannya meneka ataumembiarkan sahaja ruangan jawapan tersebut kosong.Bagi insurans hayat/takaful keluarga, fakta pentinglazimnya termasuk pekerjaan, status kewangan,sejarah perubatan keluarga, tahap kesihatan dan gayahidup.

Membayar premium/caruman

Apabila anda membayar premium/caruman melaluiejen, pastikan cek anda dikeluarkan atas nama syarikatinsurans/pengendali takaful anda. Jika tidak, usahakanuntuk membayar premium anda terus kepada syarikatinsurans/pengendali takaful anda. Terdapat banyakcara pembayaran premium/caruman sepertiperkhidmatan autodebit daripada akaun bank,perbankan internet, kad kredit dan perbankan telefon.

Anda harus mendapatkan resit bagi pembayaranpremium/ caruman anda. Selain itu, hubungi syarikatinsurans/pengendali takaful anda sekiranya anda tidakmenerima polisi anda dalam tempoh satu bulan daritarikh pembelian.

Apakah yang perlu saya lakukansekiranya saya mempunyai pelaninsurans/takaful?

Polisi insurans/sijil takaful ialah dokumen yang sah disisi undang-undang. Oleh itu, anda perlu memberikanperhatian kepada terma-terma polisi/sijil supaya pelananda kekal sah. Anda haruslah :-

• Membaca dan fahami terma dan syarat polisiinsurans/sijil takaful anda sebaik sahaja andamenerimanya. Berbincanglah dengan syarikatinsurans/pengendali takaful anda sekiranyaterdapat percanggahan dengan apa yang telahdipersetujui sebelum ini.

• Memahami hak dan tanggungjawab anda sebagaipemegang polisi/peserta pelan takaful.

• Memantau tempoh insurans/pelan takaful danmasa pembayaran premium/caruman andasupaya tidak berlaku kekurangan dalamperlindungan anda.

• Memaklumkan sebarang perubahan pada fakta-fakta penting kepada syarikat insurans/pengendalitakaful anda.

• Mengemas kini alamat surat-menyurat andadengan syarikat insurans/pengendali takafulsupaya anda dapat menerima notis pada setiapmasa.

• Menyimpan polisi/sijil anda di tempat selamat.

MemahamiInsurans DanTakaful(Bahagian 2 - sambungankeluaran November 2011)

... bersambung ke muka 8

Page 7: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan

• 7

Apakah Biro PengantaraanKewangan?

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) adalah sebuahbadan bebas yang ditubuhkan bagi membantumenyelesaikan pertikaian di antara anda denganpenyedia perkhidmatan kewangan anda dalamkalangan ahli-ahli BPK.

BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat,mudah dan cekap untuk mengemukakan pertikaiansebagai alternatif kepada penyelesaian melaluimahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitandengan Perbankan/Kewangan termasuk PerbankanIslam ataupun Insurans dan Takaful.

Bagaimana BPK bolehmembantu pengguna?

SKOP

Semua aduan, pertikaian dan tuntutan selain daripadayang terdapat dalam senarai pengecualian. Kes-kesPerbankan/Kewangan (termasuk Perbankan Islam)yang diterima meliputi, antara lain, pertikaian yangberikut:• Pinjaman Peribadi atau Pembiayaan Peribadi-i• Pinjaman Perumahan atau Pembiayaan

Perumahan-i• Mesin Teler Automatik (ATM)• Mesin Simpanan Tunai• Kad Kredit/Caj atau Kad Kredit-i/Caj-i• Sewa Beli atau Sewa Beli-i• Akaun Simpanan atau Akaun Simpanan-i• Akaun Semasa atau Akaun Semasa-i• Deposit Tetap atau Akaun Pelaburan Am-i/Khas-

i/Spesifik-i• Kiriman Wang

• Perbankan Elektronik• Perbankan Internet

Bagi pertikaian yang melibatkan Insurans dan Takaful,BPK boleh membantu menyelesaikan pertikaian diantara pemegang polisi, pemegang sijil atau pihak yangmembuat tuntutan dengan syarikat insurans ataupengendali takaful mereka mahupun pihak ketiga.

BIDANG KUASA

Bagi aduan, pertikaian atau tuntutan yang melibatkankerugian kewangan, amaun yang dituntut tidak bolehmelebihi:

• Berkaitan dengan perbankan/kewangan :RM100,000 (kecuali bagi kes penipuan yangmelibatkan instrumen pembayaran, kad kredit,kad caj, kad ATM dan cek yang melibatkan amauntidak melebihi RM25,000)

• Berkaitan dengan insurans/takaful :RM200,000 (Insurans/takaful motor dankebakaran) RM100,000 (lain-lain) RM5,000(kerosakan harta pihak ketiga)

PENGECUALIAN

BPK tidak akan mempertimbangkan aduan, pertikaianatau tuntutan mengenai penentuan harga umum, dasarproduk/perkhidmatan ahli, keputusan kredit (kelulusan,penolakan dan penjadualan semula pinjaman), kes-kes penipuan (selain daripada kes-kes penipuan yangmelibatkan instrumen pembayaran, kad kredit, kad caj,kad ATM dan cek bagi amaun tidak melebihiRM25,000), kes-kes yang melebihi had masa yangdibenarkan oleh undang-undang atau enam tahun dankes-kes yang telah dibawa atau dirujuk ke mahkamahdan/atau penimbangtaraan.

BiroPengantaraanKewangan(BPK)

Page 8: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan

8 •

IMPAK

Keputusan BPK wajib dipatuhi oleh penyediaperkhidmatan kewangan tetapi pengadu tidak wajibmematuhinya.

Bagaimana Membuat Aduan TerhadapPenyedia Perkhidmatan Kewangan?

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi :

Biro Pengantaraan KewanganTingkat 25, Dataran Kewangan Darul TakafulNo. 4, Jalan Sultan Sulaiman50000 Kuala LumpurTelefon : 03-22722811Faksimili : 03-22745752, 03-2274 2322Laman sesawang : www.fmb.org.myAlamat e-mel : [email protected]

Sumber : Biro Pengantaraan Kewangan

• Memaklumkan syarikat insurans/pengendali takaful anda secepat mungkinapabila terdapat tuntutan yang hendakdibuat.

• Mengambil langkah untuk melindungi asetanda daripada kerugian yang mungkindialami selepas aset tersebut mengalamikerosakan dalam kemalangan. Sebagaicontoh, jangan tinggalkan kereta anda ditempat kemalangan tanpa pengawasan;kerana sekiranya berlaku kecurian,kerugian tersebut tidak akan dilindungi olehinsurans/pelan takaful anda.

Sila ambil perhatian untuk memastikanbahawa:-• Semua ejen insurans yang menjual polisi

insurans hayat berdaftar dengan PersatuanInsurans Nyawa Malaysia.

• Semua ejen insurans yang menjual polisiinsurans am berdaftar dengan PersatuanInsurans Am Malaysia.

• Semua ejen takaful yang menjual produktakaful berdaftar dengan PendaftarPengantara Takaful.

• Semua penasihat kewangan dan brokerinsurans dilesenkan oleh Bank NegaraMalaysia di bawah Akta Insurans 1996.

• Semua broker takaful adalah dilesenkanoleh Bank Negara Malaysia dibawah AktaTakaful 1984.

Sumber : infoinsurans

dari muka 6 ....

Page 9: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan

• 9

Penamaan KWSP membolehkan anda menamakanwaris sebagai penerima ataupun pentadbir simpananKWSP anda. Ahli yang berumur 18 tahun dan ke atasdinasihatkan dan digalakkan untuk membuatpenamaan bagi memudahkan pengeluaran simpananoleh waris sekiranya ahli meninggal dunia.

Bagaimana untuk membuat penamaan?

Penamaan merupakan proses yang mudah. Andahanya perlu mengisi Borang Penamaan KWSP 4(AHL) dengan lengkap dan menghantarnya ke mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran. Borang iniperlu diterima oleh KWSP semasa hayat anda. Borangboleh didapati di kaunter KWSP atau dimuat-turundari www.kwsp.gov.my

Bolehkah saya menamakan lebihdaripada satu penama?

Ya, anda boleh menamakan lebih daripada seorangpenama sebagai penerima/pentadbir simpanan KWSPanda apabila anda meninggal dunia. Anda perlumengisikan nama dan peratusan yang akan diterimaoleh penama di dalam Borang Penamaan KWSP 4(AHL).

Bolehkah saya menukar penama?

Ya, anda boleh menukar penama, terutamanya apabilaberlakunya perubahan status seperti perkahwinan,perceraian, dan pertambahan anggota keluarga. Untukmengemas kini penamaan, anda hanya perlumengemukakan Borang Penamaan KWSP 4 (AHL)yang baru kepada cawangan KWSP yang terdekat.Penamaan terdahulu akan terbatal dengan sendiriapabila KWSP menerima borang yang terbaru.

Siapakah yang diiktiraf untuk menjadisaksi penamaan?

Anda boleh memilih sesiapa sahaja yang berumur 18tahun dan ke atas untuk menjadi saksi kepadapenamaan anda kecuali individu yang dinamakan di

dalam Borang Penamaan itu.

Penamaan Bagi Ahli Yang BeragamaIslam

Bagi ahli yang beragama Islam, penama bukanlahpenerima mutlak simpanan tetapi mereka iniberperanan sebagai wasi/pentadbir untuk mengagihkansimpanan ahli kepada waris-waris yang berhakberdasarkan hukum Faraid.

Adakah wasiat boleh menggantikanpenamaan KWSP?

Wasiat tidak boleh menggantikan penamaan KWSPdan penama berhak ke atas simpanan KWSP tanpamengambil kira kandungan wasiat tersebut.

Selain itu, perkahwinan atau perceraian juga tidak akanmengubah status penamaan yang telah dibuat. Olehitu, adalah penting agar ahli mengemaskinikanpenamaan mereka dari semasa ke semasa.

KepentinganMembuatPenamaanKWSP

Wasiat tidak boleh menggantikanpenamaan KWSP dan penamaberhak ke atas simpanan KWSPtanpa mengambil kira kandunganwasiat tersebut.

Page 10: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan

10 •

Bolehkah penamaan tersebutdibatalkan?

Ya, penamaan anda akan terbatal secara automatiksekiranya:• Penama meninggal dunia semasa ahli masih

hidup;• Ahli membuat notis pembatalan;• Ahli mengemas kini penama yang baru;• Ahli membuat Pengeluaran Umur 55 Tahun,

Pengeluaran Meninggalkan Negara, PengeluaranKurang Upaya dan Pengeluaran PekerjaBerpencen. Oleh itu, pastikan anda membuatpenamaan sekiranya anda memutuskan untukmencarum semula.

Apakah yang akan terjadi kepadasimpanan yang tidak mempunyaipenama?

Bagi ahli yang tidak mempunyai penama, bayaran akandibuat kepada waris terdekat ahli, yang pada pendapatKWSP, berhak menerima pusaka ahli tertakluk kepadajumlah simpanan ahli seperti berikut:

• Jumlah simpanan tidak melebihi RM2,500> Semua simpanan ahli akan dibayar kepada

waris.

• Jumlah simpanan yang melebihi RM2,500dan kurang daripada RM25,000> Untuk permohonan yang diterima kurang dua

bulan dari tarikh kematian ahli, waris terdekat,akan menerima bayaran permulaan sebanyakRM2,500, manakala bakinya akan dibayarselepas dua bulan dari tarikh kematian ahli.

> Jika permohonan diterima selepas dua bulandari tarikh kematian ahli, semua simpananakan dibayar sekali gus kepada waris ahli.

• Jumlah simpanan yang melebihi RM25,000> Untuk permohonan diterima kurang dua bulan

dari tarikh kematian ahli, sejumlah RM2,500akan dibayar sebagai ansuran pertamakepada waris terdekat. Bayaran kedua tidakmelebihi RM17,500 akan dibayar kepadawaris terdekat ahli selepas tempoh 2 bulandari tarikh kematian ahli, atau

> Bayaran RM20,000 kepada waris j ikapermohonan diterima selepas dua bulan daritarikh kematian ahli, dan

> Bakinya akan dibayar kepada waris atauorang yang mengemukakan Sijil Faraid / SuratKuasa mentadbir / Surat Probet atau PerintahPembahagian.

Bagaimana caranya untuk menyemakstatus penamaan?Jika anda ingin membuat semakan ke atas penamaanyang telah dibuat, anda boleh:-• Datang sendiri ke Kaunter Pejabat KWSP yang

berhampiran;• Menulis surat kepada:-

Unit Penamaan,Seksyen Pendaftaran,Pejabat KWSP Petaling Jaya,Bangunan KWSP Jalan Gasing,46598 Petaling Jaya,Selangor.

Anda perlu mengemukakan kad pengenalan untuksemakan di kaunter, manakala untuk semakan secarabertulis, anda perlu menyertakan salinan kadpengenalan / myKad.

Bilakah bayaran akan dibuat kepadapenama saya?

Sekiranya ahli telah membuat penamaan, KWSP akanmembayar baki simpanan ahli yang telah meninggaldunia itu terus kepada penamanya.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan penamaan, silakunjungi pejabat KWSP yang terdekat, hubungi pusatpanggilan di 03-8922 6000 atau layariwww.kwsp.gov.my

Bagi ahli yang tidakmempunyai penama,bayaran akan dibuatkepada waris terdekat ahliyang berhak menerimapusaka ahli ...

Page 11: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan

• 11

Bank Negara Malaysia telah melancarkanperkhidmatan LINK Bergerak atau “MobileLINK” untukpelanggan dalam usaha memberikan akses danpeluang yang lebih meluas kepada orang ramai untukberurusan dengan Bank Negara Malaysia. PelancaranMobileLINK merupakan sebahagian daripada usahaBank Negara Malaysia untuk menggalakkanrangkuman kewangan dengan meluaskan lagijangkauan kepada masyarakat. Perkhidmatan inimelengkapi saluran perkhidmatan LINK (LamanInformasi Nasihat dan Khidmat) yang sedia ada di ibupejabat Bank Negara Malaysia dan tiga pejabatcawangan dan dua pejabat wilayah; pusat perhubungankhidmat pelanggan, BNMTELELINK (1-300-88-5465)dan kaunter perkhidmatan bergerak BNMLINK dikawasan semi bandar.

MobileLINK meluaskan perkhidmatan khidmat nasihatBNMLINK dengan menggunakan koc yang ditempahkhas dan dilengkapi dengan kemudahan sertateknologi sokongan. Selain meningkatkan aksesperkhidmatan perbankan asas kepada orang ramaimelalui kerjasama dengan institusi-institusi kewangan,MobileLINK juga memberikan khidmat nasihatperbankan, insurans dan takaful serta hal-hal berkaitandengan pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana

Bank NegaraMalaysiaMelancarkanPerkhidmatanLINK Bergerak

(PKS); maklumat mengenai kredit peribadi melaluiSistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS),maklumat mengenai Bank Negara Malaysia melaluiterminal berasaskan web layan diri yang disediakandalam koc; dan khidmat nasihat tentang perkaraberkaitan dengan kewangan di bawah kawal selia BankNegara Malaysia.

Perkhidmatan MobileLINK telah memulakan perjalanansulung ke Felda Tenggaroh 1 dan Mukim Tenglu didaerah Mersing, Johor pada 17 hingga 18 Disember2011. Kira-kira 300 individu telah mendapat manfaatdaripada perkhidmatan yang disediakan olehMobileLINK. Program dua hari ini diterima baik olehmasyarakat setempat dan terdapat permintaan untukperkhidmatan MobileLINK pada masa depan.MobileLINK akan meneruskan perjalanannya ke daerahPekan di Pahang pada Januari 2012 dan ke kawasansemi bandar dan luar bandar lain di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang jadual perkhidmatandan destinasi MobileLINK, orang ramai boleh melayarilaman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia diwww.bnm.gov.my atau laman Facebook BankNegara Malaysia di www.facebook.com/bnm.official.

No. Bulan Daerah1. Disember 2011 Mersing, Johor

2. Januari 2012 Pekan, Pahang

3. Februari 2012 Dungun, Terengganu

4. Mac 2012 Pasir Mas, Kelantan

5. April 2012 Hilir Perak, Perak

6. Mei 2012 Baling, Kedah

7. Jun 2012 Sanglang, Perlis

8. Julai 2012 Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

9. Ogos 2012 Hulu Selangor, Selangor

10. September 2012 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

11. Oktober 2012 Melaka Tengah, Melaka

12. November 2012 Kota Tinggi, Johor

13. Disember 2012 Jerantut, Pahang

Page 12: Ringgit Ed20 Draft3 - bnm.gov.my filesedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]

Jangan dedahkan maklumat keselamatan kewangan anda kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun, sekiranya anda menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang. Lindungi diri anda dengan tidak melayan mana-mana pihak tidak diundang yang menghubungi anda.

Bank Negara Malaysia dan bank perdagangan TIDAK AKAN menghubungi anda meminta maklumat tersebut. Kami juga tidak akan meminta anda membuat sebarang pemindahan wang. Jika anda telah menerima permintaan seperti itu, JANGAN mengendahkannya.

Sentiasa Berjaga-jaga!

Untuk sebarang pertanyaan atau nasihat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia di:

(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang)Faks : 03-2174 1515 E-mel : [email protected]

1-300-88-5465BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)

http://fraudalert.bnm.gov.my

http://facebook.com/bnm.official

Untuk menghantarpertanyaan melaluiperkhidmatan sila taip:

dan hantarkepada15888

BNM TANYA [pertanyaan/ aduan anda]

Berhati-hati dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, e-mel dan SMS

JANGAN JADI MANGSA!