Ringkasan Eksekutif Jempul 2015
description
Transcript of Ringkasan Eksekutif Jempul 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF ıı 28 NOVEMBER – 29 DISEMBER 2005
satu aspirasi pembangunan masa hadapan
PALONG 14,15,16Pusat Penternakan Daerah
FELDAPembangunan dan Permodenan
PEMBANGUNAN PERTANIANGalakan Pertanian Moden
JEMPOL HISTORICAL TOURJEMPOL HISTORICAL TOUR
10 BLOK PERANCANGANSetiap Kawasan Berlainan
Ciri-ciri Fizikal
Pengeluar Hasil TaniDan Industri Asas Tani
JEMPOL 2015
Majlis Daerah JempolMajlis Daerah Jempol
Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah JempolMajlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol
Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis daerah JempolMajlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol
Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah JempolMajlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah JempolMajlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah Jempol
Majlis Daerah Jempol Majlis Daerah JempolMajlis Daerah Jempol
Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri SembilanKerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri SembilanKerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri SembilanKerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri SembilanKerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan
Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan Kerajaan Negeri Sembilan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Rancangan Tempatan Daerah merupakan salah satu mekanisma yang digunakan bagi menggalak dan mengawal pemajuan tanah serta pemeliharaan sumberjaya di peringkat daerah. Ia menjadi sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan persekitaran kehidupan manusia yang berkualiti dan lestari bertepatan dengan ciri-ciri sosio budaya tempatan.
Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Jempol adalah selaras dengan keperluan di bawah Seksyen 12 sub-seksyen (2) Akta Perancangan Bandar dan Desa yang mengkehendaki agar sesuatu Rancangan Tempatan disediakan meliputi keseluruhan kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan ke arah perancangan penggunaan tanah dan penggalakkan pembangunan yang seragam dan sistematik.
Draf Rancangan Tempatan Daerah Jempol disediakan bagi memandu pembangunan sekaras dengan wawasan di peringkat negara yang diterjemah di peringkat negeri dan diperhalusi di peringkat daerah. Ia menjadi garis panduan di dalam mengawal selia pembangunan daerah secara keseluruhan di dalam memantapkan bukan sahaja ekonomi malahan sosio budaya dan masyarakat kepada masyarakat madani dan berdikari serta berdaya saing.
Proses publisiti yang diadakan ini merupakan suatu usaha untuk meningkatkan pengetahuan sekaligus penglibatan masyarakat setempat berhubung dengan perancangan bagi kawasan mereka di samping membolehkan mereka melibatkan diri dalam perancangan. Penglibatan masyarakat setempat sangat penting bagi memastikan perancangan yang dibuat tidak lari dari aspirasi yang mereka idamkan.
Dengan adanya proses publisiti ini, adalah diharapkan penglibatan masyarakat di Daerah Jempol akan memberikan gambaran jelas kepada arah tuju pembangunan yang digariskan. Penglibatan masyarakat bukan sahaja akan memberikan kesan yang lebih positif, ia juga akan mempercepatkan proses pembangunan yang dirancangkan di dalam merialisasikan wawasan daearah ke arah daerah maju 2020.
Amatlah diharapkan penglibatan masyarakat di dalam proses publisiti ini akan membantu di dalam perancangan Daerah Jempol yang lebih maju di masa hadapan.
Terima kasih
Sidang Redaksi
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA,
PEJABAT PROJEK MELAKA,TINGKAT 2-4, GRAHA PELADANG,
JALAN HANG TUAH,75300 MELAKA.
RINGKASAN EKSEKUTIF ıı 1 OKT – 1 NOV 2005
SIDANG REDAKSI
MUSTAFAH BIN DAHLAN
ROSIDAH BINTI ALI
MAJLIS DAERAH JEMPOL,72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN.
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESANEGERI SEMBILANTINGKAT 3, BLOK A,
WISMA NEGERI,70646 SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN.
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESASEMENANJUNG MALAYSIA,PEJABAT PROJEK MELAKA,
TINGKAT 2-4, GRAHA PELADANG,JALAN HANG TUAH,
75300 MELAKA.
REKA BENTUK
PENERBIT
PENCETAKMISAS
Prakata
Satu Aspirasi Pembangunan Masa Hadapan
NO.30, JALAN 4/23B, TAMAN DANAU KOTA,53300 KUALA LUMPUR
0102040708091517232526
SENARAI KANDUNGAN
Satu Aspirasi Pembangunan Masa Hadapan
Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002-2015
Profil Daerah Jempol Perspektif Keseluruhan
Idea dan Konsep Pembangunan Daerah Jempol
Pembentukan 10 Blok Perancangan
Wawasan dan Strategi Perancangan Daerah Jempol Maju Menjelang Tahun 2020
Strategi Mempergiatkan Sektor Ekonomi dan Pekerjaan
Strategi Memperkukuhkan Hierarki dan Peranan Pusat Petempatan
Strategi Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat
FELDA Rancangan Pemodenan Felda
Peta Cadangan Rancangan Tempatan 2015
Strategi Memulihara Alam Sekitar
Rancangan Tempatan Daerah Jempol disediakan dengan tujuan menterjemah aspirasi perancangan di peringkat negara iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN). Selain itu ia juga memperhalusi dasar-dasar strategik di peringkat negeri iaitu Rancangan Struktur Negeri, Negeri Sembilan (RSN).
‘Rancangan Tempatan Daerah Jempol’ (RTD) adalah satu laporan rancangan pemajuan yang mengandungi strategi dan cadangan-cadangan pembangunan. Rancangan ini meliputi tempoh 14 tahun bermula dari tahun 2002 sehingga 2015. Ia disediakan bersesuaian dengan peruntukan sedia ada iaitu Akta 172 atau Akta Perancangan Bandar dan Desa dan Kaedah Rancangan Pemajuan bagi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di mana setiap pihak Berkuasa Tempatan hendaklah menyediakan Rancangan Tempatan bagi setiap kawasan masing-masing.
Laporan Rancangan Tempatan Daerah Jempol akan menjadi garis panduan untuk merancang dan memajukan tanah di dalam Daerah Jempol berasaskan kepada wawasan, objektif dan keperluan perancangan. Ia juga akan menjadi panduan dalam melaksana pembangunan yang lebih teratur dan sistematik.
Rancangan pemajuan ini merupakan satu dokumen yang menjadi rujukan bersama oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan jabatan-jabatan teknikal lain serta agensi-agensi yang terbabit di dalam pembangunan Daerah Jempol.
Menterjemahkan aspirasi perancangan peringkat negara dan hierarki rancangan pemajuan iaitu Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan
Tujuan Penyediaan RTD Jempol
Terdapat tiga hierarki rancangan pemajuan iaitu Rancangan Fizikal Negara di peringkat nasional, Rancangan Struktur Negeri di peringkat negeri dan Rancangan Tempatan di peringkat daerah. Untuk itu, Rancangan Tempatan Daerah Jempol disediakan adalah pelengkap kepada hierarki tersebut.
Daerah Jempol 2002-2015
JEMPOL 2015 ıı 01
Rancangan Tempatan
Profil Daerah Jempol
Pentadbiran bagi kawasan Daerah Jempol boleh dibahagikan kepada dua iaitu kawasan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Jempol dan Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan. Kawasan Pentadbiran Majlis Daerah Jempol meliputi seluas 27,351.61 hektar manakala pentadbiran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan meliputi seluas 120,925.70 hektar.
Dari konteks perancangan di peringkat negara, Daerah Jempol terletak di dalam kawasan Zon Perancangan Tengah (Central Planning zone) yang memberikan penekanan terhadap aktiviti pertanian moden. Sebahagian Besar dari kawasan Daerah Jempol merupakan kawasan pertanian utama yang perlu dipelihara untuk tujuan pertanian berasaskan kepentingan kelas tanah tahap 2. Di peringkat negeri pula, Daerah Jempol berkepentingan sebagai sebuah “agropolis” yang menjadi sumber kawasan pertanian subur dengan hasil kelapa sawit dan getah sebagai tanaman utama selain dari menjadi ‘hinterland’ kepada Bio-Valley di Daerah Jelebu.
Daerah terbesar di Negeri Sembilan Ditadbir oleh Majlis Daerah Jempol & Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan Dengan Asas Utama Ekonomi Tertumpu Pada Sektor Pertanian
Perspektif Keseluruhan Kawasan Kajian bagi Rancangan Tempatan Daerah Jempol adalah meliputi keseluruhan kawasan Daerah Jempol yang merangkumi lima buah mukim iaitu Mukim Serting Ilir, Mukim Serting Ulu, Mukim Rompin, Mukim Jelai dan Mukim Kuala Jempol. Daerah Jempol merupakan daerah yang terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan 148,277.31 hektar. Daerah Jempol disempadani oleh beberapa daerah lain iaitu Daerah Jelebu, Daerah Tampin, Daerah Kuala Pilah, Daerah Segamat, Johor dan Daerah Bera, Pahang.
JEMPOL 2015 ıı 02
11.7617,441.57Jelai
19.8329,400.24Serting Ulu
49.3473,156.97Rompin
100.00148,277.31Jumlah
2.603,859.64Kuala Jempol
16.4724,418.89Serting Ilir
PERATUS (%)
KELUASAN (HEKTAR)
MUKIM
Jempol dalam konteks Rancangan Fizikal Negara
Pembangunan perbandaran semasa tertumpu di tiga bandar utama di bahagian barat negeri iaitu Seremban, Nilai dan Port Dickson. Bandar-bandar primary ini merupakan pemangkin pembangunan ke kawasan sekitarnya khususnya bagi pusat-pusat di koridor Nilai – Port Dickson, Nilai –Seremban – Pedas – Tampin. Daerah Jempol pula terletak di sebelah timur dan dipisahkan dari lain-lain pembangunan oleh gugusan Banjaran Titiwangsa yang menyebabkan kelembapan terhadap pasaran hartanah di Daerah Jempol.
Kajian yang telah dilaksanakan telah mengenalpasti beberapa isu pembangunan di Daerah Jempol yang perlu diambilkira di dalam proses pembangunan. Isu-isu tersebut ialah pergantungan kepada sektor pertanian, tekanan pembangunan perbandaran yang perlahan, pencapaian hierarki yang lemah, tahap kemudahsampaian yang lemah, bilangan penduduk dalam kumpulan umur aktif yang tinggi dan produk pelancongan yang lemah.
Penduduk kumpulan umur aktif iaitu 15-64 tahun membentuk peratusan yang tinggi dari jumlah penduduk Daerah Jempol. Ia diunjurkan semakin meningkat menjelang tahun 2015. Kumpulan umur aktif ini merupakan potensi gunatenaga Daerah Jempol. Bagi memastikan mereka tidak berhijrah keluar maka peluang-peluang pekerjaan perlu diwujudkan. Kemudahan latihan terutamanya bidang industri asas tani perlu dicadangkan bagi melatih gunatenaga.
Kebanyakan pusat petempatan sediada tidak dapat memenuhi jumlah penduduk tadahan, fungsi dan peranannya berdasarkan hierarki petempatan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Keadaan semasa menunjukkan hanya Bandar Bahau sahaja yang memenuhi had penduduk minimum yang ditetapkan untuk memenuhi kriteria penentuan hierarki Pusat Pertumbuhan Utama.
Guna tanah terbesar Daerah Jempol ialah pertanian yang mewakili 80 peratus dari keseluruhan kawasan daerah. Pada tahun 2000, sektor pertanian telah menyumbang hampir 50 peratus dari KDDK. Pergantungan terhadap sektor pertanian kurang memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi daerah. Tumpuan terhadap tanaman komoditi yang terdedah kepada turun naik harga pasaran juga memberi kesan terhadap daya pertumbuhan ekonomi.
Daerah Jempol mempunyai beberapa produk pelancongan yang berpotensi untuk diketengahkan terutamanya dari kategori produk pelancongan sejarah, eko-pelancongan, agro-pelancongan, sukan dan pendidikan. Produk-produk tersebut kurang menyerlah serta tidak dapat menandingi produk pelancongan di daerah bersebelahan. Masalah yang dikenalpasti punca berlakunya senario ini ialah faktor pembangunan produk secara ad-hoc, kurang publisiti dan kurang produk kemudahan sokongan pelancongan.
Kebanyakan jalan hampir memenuhi kapasiti yang ditetapkan. Di samping itu keadaan fizikal jalan kurang memuaskan seperti sempit dan permukaan tidak rata. Tahap kemudahsampaian ke Daerah Jempol perlu ditingkatkan supaya limpahan pembangunan mampu sampai lebih cepat melalui peningkatan jalan dan cadangan jalan baru.
JEMPOL 2015 ıı 03
Tumpuan aktiviti ekonomi Daerah Jempol adalah kepada sektor pertanian. Sektor pertanian menyumbang sebanyak 49.38 peratus kepada Keluaran Dalam Daerah Kasar (KDDK) pada tahun 2000. Aktiviti utama sektor pertanian tertumpu kepada tanaman komersial iaitu kelapa sawit dan getah yang mewakili 95 peratus dari keseluruhan aktiviti pertanian daerah. Sektor perindustrian adalah penyumbang kedua terbesar iaitu 17.57 peratus dan diikuti oleh sektor perkhidmatan sebanyak 14 peratus.
Daerah Jempol mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk yang perlahan iaitu 0.61 peratus setahun. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Daerah Jempol pada tahun 2000 ialah seramai 129,733 orang dan Melayu adalah etnik terbesar, diikuti oleh etnik Cina dan India.
Pada tahun 2003, 85.16 peratus guna tanah Daerah Jempol terdiri dari tanah pertanian. Keluasan kawasan tepu bina yang merangkumi kawasan-kawasan perumahan, perindustrian, perdagangan, institusi dan pengangkutan hanya membentuk 5.15 peratus.
Konsep Kosentrasi dan Serak memecahkan Daerah Jempol kepada 3 bentuk zon iaitu Zon Tumpuan dan Berpotensi Bagi pembangunan, Zon Pemeliharaan Tahap 1 dan Zon Pemeliharaan Tahap 2
Idea & Konsep Pembangunan Daerah Jempol
JEMPOL 2015 ıı 04
Idea dan Konsep pembangunan Daerah Jempol bertepatan dengan konsep pembangunan yang digunapakai di peringkat Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Rancangan Struktur Negeri, Negeri Sembilan (RSN). Konsep Kosentrasi dan Serak digunakan sebagai modul di dalam pembentuksn konsep pembangunan di Daerah Jempol. Konsep ini memecahkan Daerah jempol kepada beberapa bentuk zon.
Zon Pemeliharaan tahap 2 adalah kawasan ekopelancongan, kawasan agropelancongan dan kawasan pertanian subur di Daerah Jempol. Zon ini juga termasuk kawasan hutan lipur dan kawasan bersejarah yang dimajukan untuk tujuan pelancongan. Ia terletak di antara nodus dan koridor pembangunan serta di pinggir kawasan pembangunan.
Zon Pemeliharaan tahap 1 ialah kawasan hutan simpan kekal, tapak-tapak warisan sejarah,kawasan tanah pertanian paling subur,kawasan-kawasan tadahan air dan sungai.Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang perlu dikekalkan bagi tujuan menjaga keseimbangan alam sekitar.
Zon Tumpuan dan Berpotensi Bagi Pembangunan adalah terdiri daripada kawasan yang telah dibangunkan dan kawasan bandar dan petempatan yang telah diberi keutamaan pembangunan oleh RFN dan RSN. Kawasan ini dibentuk oleh tiga zon nodus dan koridor iaitu Nodus Pembangunan Strategik Bandar Seri Jempol, Koridor Penggalakan Pembangunan Barat dan Koridor Penggalakan Pembangunan Timur.
Zon Tumpuan Dan Berpotensi Bagi Pembangunan
Zon Pemeliharaan Tahap 1 Zon Pemeliharaan Tahap 2
JEMPOL 2015 ıı 05
Konsep Pembangunan Daerah JempolKonsep Kosentrasi& Serak
JEMPOL 2015 ıı 06
Pembentukan
Daerah Jempol dipecahkan kepada 10 blok Perancangan iaitu, Blok Perancangan Bahau –Mahsan, Blok perancangan Bandar Seri Jempol –Feldajaya, Blok Perancangan Pekan Batu Kikir, Blok Perancangan Pekan Rompin, Blok Perancangan Kuala Jempol, Blok Perancangan Kampung Bukit Perah, Blok Perancangan Serting Ilir, Blok Perancangan Lui, Blok Perancangan Rompin dan Blok Perancangan Jelai.
Daerah Jempol yang luas memerlukan perancangan yang strategik. Bagi memandu perancangan di sebuah Daerah yang besar seperti Daerah jempol ini, perlu diwujudkan beberapa blok perancangan. Ini bertujuan untuk memudahkan perancangan bagi kawasan-kawasan sekitar daerah yang mempunyai ciri-ciri dan bentuk fizikal yang berbeza-beza. Disamping itu juga perancangan boleh disediakan dalam bentuk yang lebih terperinci.
Daripada 10 blok perancangan yang dibentuk, ia dipecahkan lagi kepada 70 blok-blok perancangan kecil bagi tujuan perancangan guna tanah yang lebih khusus mengikut ciri-ciri fizikal kawasan blok perancangan kecil tersebut.
1. Bahau-Mahsan2. Bandar Seri Jempol3. Pekan Batu Kikir4. Pekan Rompin 5. Kuala Jempol6. Kampung Bukit Perah7. Serting Ilir8. Lui9. Rompin10. Jelai
100.00148,277.31JUMLAH
10.5115,587.74BP 10 : Jelai
48.5672,003.48BP 9 : Rompin
13.9020,608.46BP 8 : Lui
19.2928,607.07BP 7 : Serting Ulu
0.37551.06BP 6 : Kampung Bukit Perah
1.652,451.29BP 5 : Kuala Jempol
0.781,154.43BP 4 : Pekan Rompin
0.40586.11BP 3 : Pekan Batu Kikir
1.952,892.64BP 2 : Bandar Seri Jempol
2.593,835.03BP 1 : Bahau - Mahsan
PERATUS (%)KELUASAN (HEKTAR)BLOK PERANCANGAN
10 Blok Perancangan
JEMPOL 2015 ıı 07
Matlamat utama Rancangan Tempatan Daerah Jempol ialah untuk merealisasikan wawasan yang dibentuk iaitu:
“ Menjadikan Daerah Jempol sebagai daerah terancang yang moden menjelang Tahun 2020 sebagai pengeluar hasil pertanian dan industri asas tani yang utama
bagi Negeri Sembilan”
Wawasan &Strategi Perancangan
Daerah Jempol Maju Menjelang Tahun 2020
• Mempergiat sektor ekonomi dan peluang pekerjaan.
• Memperkukuhkan hierarki dan peranan pusat petempatan,
• Meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan
• Memelihara alam sekitar
Bagi memastikan wawasan pembangunan Daerah Jempol menjadi kenyataan, 4 teras utama pembangunan telah dikenalpasti. Ia mengambilkira penggunaan sumberjaya dan aset daerah sediada serta sumber-sumber yang berpotensi yang akan menjadi pemangkin pembangunan secara keseluruhan bagi Daerah Jempol.
Strategi teras tersebut ialah mempergiat sektor ekonomi dan pekerjaan melalui pembangunan sektor pertanian moden, memperkukuh hierarki dan peranan pusat petempatan terutamanya di Pusat Separa Wilayah Bandar Seri Jempol dan Pusat Petempatan Utama Bandar Bahau, meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pembangunan tahap ekonomi, dan memelihara alam sekitar sekaligus mewujudkan alam persekitaran yang seimbang menjurus kepada pembangunan lestari.
JEMPOL 2015 ıı 08
MajuMenjelang Tahun 2020 Daerah Jempol
Strategi Mempergiatkan Sektor Ekonomi dan Pekerjaan
Bagi mempercepatkan proses pengembangan sektor pertanian, penggunaan teknologi pertanian moden sangat digalakan terutamanya di kawasan pertanian kormersial. Selain itu, satu Pusat Penyelidikan dan PembangunanPertanian MOA Inc akan diwujudkan di Pusat Tempatan Utama Felda Lui Muda bagi menggalakan penemuan kaedahpertanian moden yang membawa pulangan lebih menguntungkan. Petani juga digalakan menjalankan aktiviti pertanian berintergrasi secara bersepadu di dalam kawasan ladang dan kebun dengan aktiviti penternakan atau akuakultur.
Selain memberi penekanan terhadap aktiviti pertanian komersial, penekanan juga akan diberikan terhadap aktiviti penternakan ladang di seluruh daerah. Untuk itu satu Pusat Penternakan Daerah yang terletak di Felda Palong 14, 15 dan 16 akan diwujudkan bagi mengembangkan aktiviti penternakan secara komersial. Aktiviti penternakan secara integrasi di kawasan ladang sediada perlu dikembangkan di kawasan ladang milik Felda, Felcra dan swasta. Peneroka digalakan menjalankan aktiviti penternakan secara berkelompok atau usahasama dengan pihak Felda atau Felcra manakala bagi ladang swasta digalakan untuk mengusahakan 20 peratus daripada kawasan tanamannya dengan aktiviti penternakan secara intergrasi.
Tanaman tradisi iaitu rempah dan herba perlu diberi nafas baru. Penanaman tanaman rempah ratus dan herbaseperti cili padi, halia, kunyit dan serai perlu diperluas ke seluruh petempatan desa. Usaha ini pula akan disusuli dengan pembangunan industri desa bagi memproses hasil berasaskan tanaman rempah dan herba tersebut dan dipasarkan di pusat-pusat pemasaran setempat dan pusat-pusat khusus yang diintegrasikan dengan pemasaran hasil tani lain secara borong.
Tanaman Komersial dan Sumber Makanan
Aktiviti pertanian yang menjadi aktiviti ekonomi utama di Daerah Jempol perlu diperkukuh melalui strategi mengukuhkan aktiviti pertanian komersial sebagai penyumbang utama ekonomi. Melalui strategi ini aktiviti pertanian komersial di kawasan pertanian subur dan tanaman sawit rank 2 perlu dikekalkan dan tidak digalakan sebarang aktiviti pembangunan lain. Kawasan tanaman getah di tanah subur kelas 2 digalakan untuk tanaman semula dengan tanaman kelapa sawit apabila mencapai tahap tidak produktif.
Tatatur pusat penternakan daerah di Felda Palong 14, 15 & 16.
JEMPOL 2015 ıı 09
Akuakultur
Tanaman Getah
Tanaman Kelapa Sawit
Tanaman Padi
Lain – lain Aktiviti Pertanian
JEMPOL 2015 ıı 10
Strategi PengukuhanAktiviti Pertanian& Sumber Makanan
Bagi tujuan tersebut, Zon Industri Asas Tani akan dibangunkandi Felda Palong 4, 5, 6 dan di Felda Serting Ilir. Aktivti yang dijalankan akan tertumpu kepada aktivti pemprosesan bahan mentah khususnya minyak mentah dan pemprosesan penyulingan minyak mentah kepada produk siap yang lain.
Kesinambungan dari pengukuhan aktiviti pertanian dan sumber makanan, aktiviti pertanian ini diperkembangkan lagi untukmenjadi sumber kepada aktiviti perindustrian. Bagi memastikan keseimbangan di antara desa dan bandar, aktiviti pembangunanperindustrian akan ditumpukan di kedua-dua kawasan sekaligus akan menjana peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Sektor perindustrian akan diperluas ke seluruh Daerah Jempol. Kawasan Perindustrian Bahau dan Mahsan akan dizonkan sebagaikawasan perindustrian jenis sederhana, ringan dan bengkel. TamanIndustri Serting Tengah pula akan dikekalkan sebagai kawasanperindustrian berat dan sederhana. Di samping itu juga industriseramik dan batu-bata berskala kecil dan sederhana digalakandiusahakan bagi mengexploitasi sumber sediada di Daerah Jempol. Industri IKS dan perkhidmatan akan diperluas terutamanya dikawasan Industri Feldajaya.
Industri desa juga akan dikembangkan terutamanya di kawasanpetempatan Felda dan kampung tradisional. Industri asas tanidigalakan sebagai sebahagian dari aktiviti hiliran pertanian. Tumpuan akan diberikan kepada industri berasaskan kepadapengeluaran makanan, pemprosesan hasil rempah ratus danherba. Dalam memangkin pertumbuhan ekonomi kawasanpetempatan Felda, pengezonan bagi industri SAWARI dicadangkandi Felda Lui Muda, Felda Palong 4,5,6 dan di Felda Serting Hilir. Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan termasuklah aktiviti memprosesmakanan berasaskan sumber pertanian seperti kerepek, kuih-muihdan jem.
Bagi memperkukuh lagi pulangan sektor perindustrian terhadapekonomi Daerah Jempol, beberapa kawasan yang dikenalpastisebagai kawasan sumber mineral bernilai komersial akandirezabkan sebagai kawasan perlombongan dan galian. Kawasan-kawasan tersebut termasuklah kawasan pengeluaranlempung bebola di Bahau dan Felda Palong, kawasan pengeluranpasir silika di bekas lombong Sungai Lui, kawasan pengeluran batudimensi dan batu aggregate di Felda pasoh 3, kawasanpengeluaran batu kapur di Jelai.
Industri Sawari
Felda Palong 4,5 & 6
Industri IKS &Perkhidmatan
Feldajaya
JEMPOL 2015 ıı 11
Strategi Mempergiatkan Sektor Ekonomi dan Pekerjaan Aktiviti Perindustrian
JEMPOL 2015 ıı 12
Strategi PengukuhanAktiviti Perindustrian
Pusat Ternakan dan Pemprosesan Daerah di Felda Palong 14,15,16,
BP 9
Industri SAWARI di
Felda Palong 4,5,6 BP 9
Industri SAWARI di Felda Serting Hilir, Industri
Kelapa Sawit dan Industri Sarung Tangan di BP 9
Kluster industri bengkel/industri perkhidmatan di Taman Industri
Bahau dan Taman Industri Mahsan, BP 1
Kluster industri pemprosesan makanan, industri sederhana
dan ringan, serta industri bengkel, alat ganti dan
aksesori kenderaan di Kawasan Industri Feldajaya, BP 2
Industri perusahaan ringan seperti industri
desa dan bengkel kenderaan/motor di Felda Lui Muda, BP 7
Kluster industri berasas perkayuan
dan papan, industri bengkel
dan industri berasas hasil bumi /
lombong / kuari Taman Industri
Serting Tengah, BP 3
Kawasan perindustrian
sediada di BP10 dikekalkan
Kawasan perindustrian
sediada di BP4 dikekalkan
Industri Sediada
Cadangan Industri
Produk pelancongan yang terdapat di Daerah Jempol akan diperkukuh dengan pelaksanaan beberapa strategi utama bagi memastikan produk-produk tersebut mampu memberikan pulangan yang baik kepada ekonomi daerah.
Strategi utama yang akan dilaksanakan bagi memangkin sektor pelancongan Daerah Jempol ialah melalui pembangunan Zon Segitiga Pelancongan Warisan Budaya Daerah Jempol di kawasan Batu Kikir. Melalui strategi ini, bangunan dan tapak warisan yang mempunyai kepentingan sejarah kepada negara akan dipelihara dan dimajukan bersama pembangunan pelancongan desa dan agro-pelancongan untuk memperkukuh daya tarikan pelancong. Kawasan ini akan dikenali sebagai“Jempol Historical Tour” atau kawasan warisan budaya dan sejarah Daerah Jempol. Antara komponen utama Zon Segitiga Pelancongan Warisan Budaya dan Sejarah ini ialah laluan penarikan jejak Tun Teja Sungai Muar, Istana Raja Muda Serting, Teratak Za’aba, sawah padi, dusun buah-buah dan homestay.
Produk homestay dan kemudahan penginapan dalam suasana persekitaran desa akan dimajukan di kampung tradisi terpilih. Di samping itu, produk pelancongan homestay ini akan diperkenalkan di kawasan Felda seperti Felda Serting Ilir sebagai produk pelancongan baru. Untuk tujuan itu, ciri-ciri petempatan tradisional di zon segitiga pelancongan daerah tersebut perlu dikekalkan agar keunikan dan nilai-nilai tradisi tidak hilang begitu saja.
Selain dari zon segitiga pelancongan, produk eko-pelancongan dan agro-pelancongan akan dimajukan. Sebagai daerah pertanian yang penting, produk pertanian boleh diintegrasikan sebagai salah satu produk pilihan samada secara produk utama ataupun integrasi di dalam program homestay serta bersama pakej pelancongan antara daerah bersempadan. Kawasan hutan lipur akan dimajukan secara terkawal sebagai produk eko-pelancongan yang menarik.
Daerah Jempol akan menjadi destinasi kepada penggemar sukan lasak di seluruh Malaysia melalui produk sukan lasak yang sediada. Untuk itu, produk sukan lasak perlu dimajukan terutamanya dari segi penyediaan kemudahan-kemudahan bagi memudahkan kedatangan dan penginapan penggemar-penggemar sukan lasak dan pelancong.
Cadangan Laluan Penarikan jejak Tun Teja
JEMPOL 2015 ıı 13
Strategi Mempergiatkan Sektor Ekonomi dan Pekerjaan Pembangunan Tarikan Pelancongan
JEMPOL 2015 ıı 14
Strategi PengukuhanAktiviti Pelancongan
BahauBahauBahauBahauBahauBahauBahauBahauBahau
Bandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri Jempol
Palong 4,5,6 (F)Palong 4,5,6 (F)Palong 4,5,6 (F)Palong 4,5,6 (F)Palong 4,5,6 (F)Palong 4,5,6 (F)Palong 4,5,6 (F)Palong 4,5,6 (F)Palong 4,5,6 (F)
Batu KikirBatu KikirBatu KikirBatu KikirBatu KikirBatu KikirBatu KikirBatu KikirBatu Kikir
RompinRompinRompinRompinRompinRompinRompinRompinRompin
Lui Muda (F)Lui Muda (F)Lui Muda (F)Lui Muda (F)Lui Muda (F)Lui Muda (F)Lui Muda (F)Lui Muda (F)Lui Muda (F)
Serting Hilir (F)Serting Hilir (F)Serting Hilir (F)Serting Hilir (F)Serting Hilir (F)Serting Hilir (F)Serting Hilir (F)Serting Hilir (F)Serting Hilir (F)
Palong 9,10,11 (F)Palong 9,10,11 (F)Palong 9,10,11 (F)Palong 9,10,11 (F)Palong 9,10,11 (F)Palong 9,10,11 (F)Palong 9,10,11 (F)Palong 9,10,11 (F)Palong 9,10,11 (F)
Palong 7,8 (F)Palong 7,8 (F)Palong 7,8 (F)Palong 7,8 (F)Palong 7,8 (F)Palong 7,8 (F)Palong 7,8 (F)Palong 7,8 (F)Palong 7,8 (F)
Pasoh 3 (F)Pasoh 3 (F)Pasoh 3 (F)Pasoh 3 (F)Pasoh 3 (F)Pasoh 3 (F)Pasoh 3 (F)Pasoh 3 (F)Pasoh 3 (F) Kg. Seri Air HitamKg. Seri Air HitamKg. Seri Air HitamKg. Seri Air HitamKg. Seri Air HitamKg. Seri Air HitamKg. Seri Air HitamKg. Seri Air HitamKg. Seri Air Hitam
JelaiJelaiJelaiJelaiJelaiJelaiJelaiJelaiJelai
Sungai
Jalan Utama
Pintu Masuk
Pusat Petempatan
WARISAN BUDAYA DAN SEJARAH(Jempol Historical Tour)• Laluan Penarikan• Sungai Muar – Jejak Tun Teja• Istana Raja Muda Serting• Teratak Za’aba• Sawah Padi• Ladang Organik• Ladang Getah• Ladang Kelapa Sawit• Dusun Buah-Buahan• Homestay Kampung Lonek• Kampung Kuala Jempol
BAHAU BINTANG WALK
• Pusat Membeli Belah• Pusat Jualan Hasil Pertanian• Pusat Tekstil
PELANCONGAN SUKAN
• R&R• Stadium • Kompleks Sukan Bermotor• Motor Cross and Rally Car
(Extreme Sports)• Pin Ball
AGRO PELANCONGAN
• Pusat Ternakan Daerah• Pasar Borong Palong 4,5,6 • Industri SAWARI• Program Homestay Felda Serting Hilir• Kawasan petempatan Felda dan ladang-
ladang Felda yang terdapat di Daerah Jempol
PUSAT PELANCONGAN JEMPOL• Pusat Informasi
Pelancongan• Kawasan R &R• Gerai jualan hasil
pertanian/PasarBorong/Pasar Tani
• Terminal Bas• Tempat meletak
kenderaan• Landskap
EKO PELANCONGAN
• Hutan Lipur Serting• Serting Resort• Jeram• Gua• Rentis Semulajadi• Eco Theme Park• Family Based Attraction• Dusun Buah
Langkah yang diambil dalam memperkukuh hierarki dan peranan pusat petempatan ialah melalui pengukuhan aktiviti perbandaran di Pusat Separa Wilayah Bandar Seri Jempol dan Pusat Petempatan Utama Bandar Bahau, Felda Palong 4, 5, 6 dan Felda Lui Muda. Ia bertujuan bagi memastikan pembangunan perbandaran Daerah Jempol akan lebih terancangdan sesuai berdasarkan fungsi dan hierarkinya yang telah ditetapkan. Di antara usaha penting yang perlu dilaksanakanialah memantapkan Bandar Seri Jempol sebagai Pusat Separa Wilayah Negeri yang mandiri serta membangunkanBandar Bahau sebagai pusat perdagangan dan perkhidmatan utama daerah.
1. Pekan Batu Kikir2. Pekan Rompin3. Felda Palong 7, 84. Felda Palong 9, 10, 115. Felda Serting Ilir6. Felda Palong 14, 15, 16
Pusat Petempatan Kecil (PPK)
1. Bahau – Mahsan2. Felda Palong 4, 5, 63. Felda Lui Muda
Pusat Petempatan Utama (PPU)
1. Bandar Seri Jempol -Feldajaya
Pusat Separa Wilayah (PSW)
BANDAR / PEKANHIERARKI PETEMPATAN
BahauBahauBahauBahauBahauBahauBahauBahauBahau
Bandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri JempolBandar Seri Jempol
rrr
( )( )( ) ggg
Teras pembangunan kedua yang sangat penting dan perlu diambilkira ialah memperkukuhkan hierarki dan peranan pusat petempatan. Di dalam konteks Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol telah ditetapkan pada hierarki tertinggi daerah iaitu Pusat Separa Wilayah Negeri yang berperanan sebagai pusat pentadbiran daerah. Bandar Seri Jempol dilihatmempunyai potensi untuk pembangunan perdagangan pada masa akan datang. Bandar Bahau pula dikategorikan sebagai Pusat Petempatan Utama yang berfungsi sebagai bandar perdagangan dan perniagaan yang menawarkanperkhidmatan kepada penduduk sekitar.
JEMPOL 2015 ıı 15
Strategi Memperkukuhkan Hierarki & Peranan Pusat Petempatan
Perbandaran PSW & PPU
Laluan Utama
Naik Taraf Jalan
Jalan Baru
Sempadan Mukim
Sempadan Daerah
Semapadan Negeri
JEMPOL 2015 ıı 16
Strategi PengukuhanHierarki & Peranan Pusat Petempatan
PUSAT SEPARA WILAYAH (PSW)
PUSAT TEMPATAN UTAMA (PTU)
PUSAT TEMPATAN KECIL (PTK)
PUSAT PERTUMBUHAN DESA (PPD)Felda Lui Muda
Felda Pasoh 3
Felda Serting Tengah
Pekan Air HitamFelda Serting Hilir
Felda Palong 14, 15 & 16
Felda Palong 9, 10 & 11
Felda Palong 7 & 8Batu Kikir
Kg. SertingIlir
Kg. KualaJempol
Bandar Seri Jempol - Feldajaya
Bahau - Mahsan
Jelai
Felda Bukit Rokan
Pekan Rompin
Felda Palong 2
Felda Palong 4, 5 & 6
Strategi meningkatkan tahap kemudahsampaian bertujuan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi kesan dari limpahan pembangunan daerah dan negeri bersempadan terutamanya Daerah Seremban dan Negeri Selangor. Di samping itu ia dapat memudahkan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan di pusat-pusat tumpuan seperti Bandar Seri Jempol dan Bandar Bahau.
Dalam melaksanakan strategi tersebut beberapa langkah diambil iaitu meningkatkan kualiti perhubungan jalan darat di peringkat wilayah di dalam bentuk cadangan jalan baru dan cadangan naik taraf jalan, termasukcadangan Jalan Lingkaran Tengah Negeri dan Lebuhraya Seremban –Kemayan. Selain itu, kualiti perhubungan jalan darat di peringkat daerah dipertingkatkan di dalam bentukcadangan jalan baru, cadangan naiktaraf jalan dan persimpangan termasukcadangan Jalan Lingkaran SelatanBandar Bahau dan jalan-jalan di petempatan Felda dan kampung-kampung induk.
Sistem perhubungan daerah juga di pertingkatkan melalui pembangunan sistem pengurusan lalulintas bandar yang lebih efisien di samping mempertingkatkan sistem pengangkutanawam untuk kemudahan dan keselesaanpengguna.
Meningkatkan kualiti hidup masyarakat merupakan teras pembangunan yang ketiga. Ia merangkumi aspek-aspek yang antara lain memberi penekanan kepada pembangunan tahap ekonomi penduduk yang telah diterangkan di dalam teras pertama, meningkatkan kualiti jaringan jalan raya dan perhubungan di antara pusat tumpuan daerah dengan kawasan luar bandar, pembangunan infrastruktur dan utiliti serta kemudahan masyarakat. Strategi yang akan disentuh di dalam teras ketiga ini ialah peningkatan tahap kemudahsampaian.
1. Jalan Mahsan – Kok Foh2. Jalan Kok Foh – Palong 9,113. Jalan Kok Foh – Ladang
Geddes4. Jalan Lingkaran Dalam Bandar
Bahau5. Jalan Lingkaran Selatan
Bandar Bahau6. Jalan Bahau – Mahsan7. Jalan Baru Kuala Sialang8. Jalan Pekan Rompin – Ladang
Tanah Panjis9. Jalan di kawasan Bandar
Bahau
PeringkatDaerah
1. Jalan Baru Felda Pasoh – Kg. Baharu Sg. Lui
2. Jalan Baru Palong – Segamat3. Jalan Felda Lui Selatan ke
Jalan Bera – Muadzam Shah
PringkatWilayah
NAMA JALANCADANGAN
JEMPOL 2015 ıı 17
Strategi Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat
Peningkatan Tahap kemudahsampaian
JEMPOL 2015 ıı 18
Strategi PeningkatanTahap Kemudahsampaian
Cadangan Jalan Baru Bahau-Mahsan
Cadangan Jalan Pintas Bandar Bahau
Cadangan Jalan Baru Mahsan-Kok Foh
Cadangan Jalan Baru Kok Foh-Palong 9, 11
Cadangan Jalan Baru Kok Foh-Ladang Geddes
CADANGAN JALAN PERINGKAT DAERAH
Cadangan Jalan Lingkaran Feldajaya
Cadangan Lingkaran Selatan Bandar Bahau
Cadangan Naik Taraf Jalan Persekutuan 11, 13, 1270, 1271, 1283 & 1284
Cadangan Jalan Tempatan Baru Felda Palong 9, 10 & 11
Cadangan Naik Taraf Jalan Tempatan Felda Pasoh 2 & 3
Cadangan Lorong Motosikal Di Jalan Persekutuan 10 & 11
Cadangan Naik Taraf Jalan Negeri N16, N17, N19, N20, N21, 1268, 1286, 1287, 1291 & 1282
Selain strategi meningkatkan tahap kemudahsampaian, strategi kedua bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat Daerah Jempol ialah dengan meningkatkan penyediaanperumahan mampu milik di samping penyediaan kemudahan masyarakat dan kawasan-kawasan rekreasi yang berkualiti.
Secara umumnya, kawasan yang telah dizonkan sebagai kawasan kediaman bagi keseluruhan DaerahJempol ialah 4,276 hektar. Daripada jumlah tersebut, 1,100 hektar merupakan zon kawasan kediaman baruyang dijangka akan dipenuhi pada tahun 2015. Walaupun jika dilihat dari unjuran, keperluan penambahankawasan kediaman sehingga tahun 2015 adalah kecil tetapi kesan daripada faktor ekonomi yang dijana dariperancangan yang telah dibuat akan memberi kesan positif dalam peningkatan pembangunan kawasankediaman.
Beberapa langkah perlu dilaksanakan dalam memastikan strategi ini berjaya membawa kepada peningkatan kualiti hidup masyarakat di Daerah Jempol. Langkah yang pertama ialah dengan menumpukanpembangunan perumahan mampu milik di Pusat Separa Wilayah, Pusat Tempatan Utama dan PusatTempatan Kecil. Langkah yang kedua ialah meningkatkan pembangunan dan penyediaan kemudahanmasyarakat dan rekreasi yang berkualiti di pusat-pusat petempatan.
Langkah pertama adalah dengan menumpukan pembangunan perumahanmampu milik di Pusat Separa wilayah, Pusat Petempatan Utama dan PusatPetempatan Kecil. Langkah kedua adalah meningkatkan pembangunandan penyediaan kemudahan masyarakat dan rekreasi yang berkualiti dipusat-pusat petempatan.
JEMPOL 2015 ıı 19
Perumahan Dan KemudahanStrategi Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat
Ladang Bukit Keramat
Bahau
Bandar Seri Jempol
Palong 4,5,6 (F)
Batu Kikir
Rompin
Lui Muda (F)
Serting Hilir (F)
Palong 9,10,11 (F)
Palong 7,8 (F)
Pasoh 3 (F)
Kg. Serting Hilir
Kg. Serting Tengah
Kg. Baru Air Hitam
Kg. Kuala Jempol
Jelai
Felda Palong 14,15,16
Felda Bukit Rokan Barat
Felda Palong 2
Felda Palong 12,13
Felda Palong 3
Felda Palong 1
Felda Lui Barat
Felda Lui Selatan 1,2
Felda Lui Timur
Felda Sungai Lui
Felda Pasoh 2
Ladang Bahau
Ladang Sungai Sebaling
Ladang Kok Foh
Ladang Melayu Rompin
Ladang Cheong Wing Chan
Ladang St Helier
Ladang Senama
Ladang Sialang
Ladang Jeram Padang
Ladang Good Wood
Ladang Batang Jelai
Ladang Bukit Pilah
Ladang Baru Rompin
Ladang Baru Rompin
Ladang Kelpine
Kg Sri Rompin
Kg Serting Ulu
Kg Bukit Tempurung
Kg Baru Sg Lui
Ladang Geddes
Kg Kepis Batu 12
Kg Taman Jaya
Kg Serampang Indah
BP 1BP 1
BP 2BP 2
BP 3BP 3
BP 4BP 4
BP 5BP 5
BP 6BP 6
BP 7BP 7
BP 8BP 8
BP 9BP 9
BP 10BP 10
PSW Bandar Seri Jempol-Feldajaya
PPU Bahau-MahsanPPK Batu Kikir
PPK Rompin
PPD Kg. Kuala Jempol
PPU Felda Lui Muda
PPD Kg. Serting Hilir
PPD Kg. Serting Tengah
PPD Kg. Baru Air HitamPPD Felda Pasoh 3
PPU Felda Palong 4,5,6
PPK Felda Serting Hilir
PPK Felda Palong 7,8
PPK Felda Palong 9,10,11
PPK Felda Palong 14,15,16
PPD Felda Palong 2
PPD Jelai
PPD Felda Bukit Rokan Barat
DAERAH JELEBU
DAERAH KUALA PILAH
DAERAH TAMPIN
DAERAH SEGAMAT(JOHOR)
DAERAH BERA(PAHANG)
JEMPOL 2015 ıı 20
Strategi PengukuhanPerumahan & Kemudahan
Sediada dan ditetapkan
Cadangan 2015
Cadangan akan datang
Strategi ketiga bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat Daerah Jempol ialah dengan meningkatkan penyediaan infrastruktur dan utiliti. Terdapat beberapakomponen infrastruktur dan utiliti yang diambilkira di dalam perancangan DaerahJempol iaitu bekalan air, bekalan elektrik, telekomunikasi dan teknologimaklumat, pengairan dan saliran, sistem pembentungan dan pengurusan sisapepejal.
Terdapat tiga langkah telah digariskan perlu kepada pelaksanaan dalam memastikan strategi ini mampu memberi kesan positif kepada peningkatan kualiti hidup. Langkahpertama adalah dengan meningkatkan kualiti penyediaan kemudahan asas iaitu air dan elektrik ke seluruh daerah terutamanya di kawasan luar bandar yang jauh darikawasan pusat tumpuan penduduk. Langkah yang kedua ialah meningkatkan pembinaandan penyelenggaraan sistem perparitan dan saliran manakala langkah yang ketigaialah membangunkan stesen pemindahan sementara sisa pepejal dan sisa terjadual.
Meningkatkan kualiti penyediaan kemudahan asasiaitu bekalan air bersih dan bekalan elektrik.
Meningkatkan pembinaan dan penyelenggaraan sistemperparitan serta saliran. Membangunkan stesen
pemindahan sementara sisa pepejal dan sisa terjadual.
JEMPOL 2015 ıı 21
Infrastruktur dan UtilitiStrategi Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat
JEMPOL 2015 ıı 22
Strategi PengukuhanInfrastruktur & Utiliti
Cadangan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal
Cadangan Tangki Air
Cadangan Menaik Taraf ibu Sawat
Cadangan Transfer Station Sisa Pepejal
Cadangan Paip Pembentungan Utama
Strategi kedua yang dibentuk ialah memulihara dan mengawal pembangunan di kawasan bernilai warisan iaitu kawasan tapak sejarah, kawasan hutan simpan kekal, kawasan sensitif sosial dan kawasan pelancongan. Kawasan-kawasan ini sangat bernilai dari perspektif sejarah tapak arkeologi, hutan yang mempunyai nilai pendidikan dan kawasan yang mempunyai nilai budaya yang tinggi.
Bagi kawasan KSAS bernilai sokongan hidup, strategi yang digariskan ialah dengan mengekalkan kawasan-kawasan KSAS bernilai sokongan tersebut iaitu kawasan yang bernilai tinggi menyokong keperluan hidup seperti kawasan pertanian sumber makanan, penternakan, tanah-tanih, badan air dan kawasan petempatan.
Pengawalan pembangunan perlu dilaksanakan bagi kawasan sensitif alamsekitar berisiko bencana. Kawasan-kawasan ini termasuklah kawasan tanah tinggi, kawasan sumber mineral, kawasan banjir dan juga kawasan zon sungai. Pengawalan pembangunan di kawasan-kawasan tersebut mampu mencegahrisiko bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, jatuhan batu dan hakisan tanah.
JEMPOL 2015 ıı 23
Kawasan Sensitif Alam SekitarStrategi Memulihara Alam Sekitar
Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dalam konteksDaerah Jempol boleh dikategorikan kepada tiga iaitu KSAS bernilai sokongan hidup, KSAS bernilai warisan dan KSAS
berisiko bencana.
JEMPOL 2015 ıı 24
Strategi MemuliharaKualiti Alam Sekitar
Kawasan Penternakan Akuakultur
Kawasan Penternakan AyamKawasan Perindustrian
Loji Air
Takat Pengambilan Air
Stesen Pengawasan Kualiti Air
Stesen Pengawasan Udara
Stesen Pengawasan Kualiti Bunyi
Hutan Simpan Kekal
Kawasan Tadahan Air
• Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978, Akta 127.
• Pematuhan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pembakaran Terbuka) 1998).
CADANGAN ZON PEMANTAUAN DAN
PENGAWASAN SECARA KETAT DI
TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL
PENGURUSAN RISIKO PENCEMARAN BUNYI DAN
UDARA DI KAWASAN PERINDUSTRIAN
Zon Penampan Industri Dan Kaw. Perumahan
ZonIndustri
Jalan ZonPerumahan ZON PENAMPAN 250m
INDUSTRI SEDERHANA
ZonIndustri
Jalan Jalan ZonPerumahan
ZON PENAMPAN 500m(Minima tertakluk kepada
kajian EIA dan analisis risiko)
INDUSTRI BERAT/ KHAS
INDUSTRI RINGAN JENIS A DAN B
ZON PENAMPAN 50m
KOLAM, TASIK, HUTAN, SEMAK, KAWASAN LAPANG,INDUSTRI PERKHIDMATAN, GUDANG PERTANIAN
DAN PUSAT PERDAGANGAN
ZonIndustri
Jalan Jalan ZonPerumahan
Jalan
KOLAM, TASIK, HUTAN, SEMAK, KAWASAN LAPANG,INDUSTRI PERKHIDMATAN, GUDANG PERTANIAN
DAN PUSAT PERDAGANGAN
KOLAM, TASIK, HUTAN, SEMAK, KAWASAN LAPANG,INDUSTRI PERKHIDMATAN, GUDANG PERTANIAN
DAN PUSAT PERDAGANGAN
CADANGAN LANGKAH PENGAWALAN DAN
MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN UDARA DI
SEKITAR PUSAT BANDAR DAN JALANUTAMA
PENGURUSAN DAN KAWALAN KUALITI BUNYI DI SEKITAR KAWASAN
KEDIAMAN UTAMA DAN PUSAT TUMPUAN EKONOMI
• Penanaman landskap untuk menyerap bunyi bising. Kawalan had laju kenderaan.
• Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor), 1987.
• Pematuhan had pendedahan bunyi mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
FELDARancangan Pemodenan FeldaAntara pendekatan untuk menjadikan Daerah Jempol sebagai daerah pertanian maju menjelang tahun 2020 adalah program pemodenan semua kawasan Rancangan Felda. Program ini menuntut satu pembaharuan dalam pelan perancangan pembangunan FELDA. Program ini juga memerlukan pembangunan kawasan rancangan FELDA disepadukan dengan arus pembangunan Daerah Jempol. Pada peringkat awal, cadangan pemodenan FELDA ini akan diterapkan di Kawasan Rancangan FELDA bagi menguatkan fungsi tempat tersebut sebagai Pusat Tempatan Utama di Daerah Jempol. Antara kawasan Rancangan Felda tersebut ialah Felda Lui Muda, Felda Serting Hilir, Felda Palong, Felda Bukit Rokan dan Felda Pasoh.
Konsep pemodenan FELDA merangkumi lima aspek iaitu pertanian, pembangunan fizikal, ekonomi, infrastruktur dan pembangunan sumber manusia.
Aspek utama yang diberi perhatian ialah pemodenan aktiviti pertanian. Selain penggunaan teknologi dalam penghasilan ia juga melibatkan pemuliharaan kawasan dari semak samun. Ia juga melibatkan penggunaan potensi tanah secara optimum untuk aktiviti yang boleh mendatangkan hasil tambahan kepada peneroka.
Aspek kedua melibatkan pembangunan semua kawasan perumahan dan komersial peneroka pusat-pusat bandar baru. Susunan dan struktur fizikal perumahan dan lain-lain premis dibangunkan secara terancang dengan struktur yang kukuh dan moden. Pendekatan baru dalam pembangunan penduduk ialah dengan perkelompokan peneroka dengan jumlah yang lebih besar.
Konsep Pemodenan
2,500 org3. Felda Pasoh 3
2,500 org2. Felda Palong 2
2,500 org1. Felda Bukit RokanBarat
PusatPertumbuhanDesa
10,000 org4. Felda Palong 14,15,16
5,000 org3. Felda Palong 9,10,11
10,000 org2. Felda Palong 7,8
10,000 org1. Felda Serting HilirPusatTempatanKecil
15,000 org2. Felda Lui Muda
15,000 org1. Felda Palong 4,5,6PusatTempatanUtama
PENDUDUKTADAHAN
LOKASIHIERARKI
Pemodenan kawasan Rancangan FELDA perlu diselaraskan dengan peningkatan taraf ekonomi peneroka dan penduduk. Peluang-peluang pekerjaan perlu diperluaskan kepada penghuni kawasan Rancangan FELDA samada di Pusat bandar FELDA ataupun di luar kawasan FELDA.
Seterusnya untuk menyokong pemodenan FELDA, kawasan Rancangan Felda perlu dilengkapi dengan prasarana moden. Sistem kumbahan, perparitan, jalan raya, pengangkutan, pengairan, telekomunikasi, bekalan elektrik dan bekalan air perlu disediakan atau dipertingkatkan.
Matlamat pembangunan sumber manusia adalah memperkasakan keupayaan warga FELDA untuk melebarkan peluang menjana pembangunan aktiviti ekonomi di pusat bandar. Dalam jangka masa panjang aspek-aspek yang dinyatakan tadi disepadukan dengan pembangunan sumber manusia akan mencerna sistem kemasyarakatan FELDA moden. Ia merangkumi satu sistem kemasyarakatan yang bukan sahaja keluarga peneroka malahan lain-lain kumpulan keluarga yang menyokong pembangunan kawasan Rancangan FELDA sebagai satu kawasan penempatan yang setara dengan petempatan bandar.
JEMPOL 2015 ıı 25
Daerah Pertanian MajuFelda
Menjelang Tahun 2020
Peta CadanganRancangan Tempatan 2015 Peta cadangan bagi Rancangan Tempatan Daerah Jempol memperincikan jenis guna tanah pada masa hadapan sehingga tahun 2015 bagi seluruh kawasan Daerah Jempol berdasarkan kepada potensi dan prospek pembangunan Daerah Jempol. Peta cadangan ini menunjukkan cadangan guna tanah berdasarkan kepada sebelas klasifikasi guna tanah utama iaitu kediaman, industri, perniagaan dan perkhidmatan, institusi dan kemudahan, tanah lapang dan rekreasi, tanah kosong, pengangkutan, infrastruktur dan utiliti, pertanian, hutan dan badan air.
JEMPOL 2015 ıı 26
JEMPOL 2015 ıı 27
Keperluan kawasan perdagangan baru adalah sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk daerah dan keperluan mengukuhkan peranan dan fungsi pusat petempatan berdasarkan hierarki yang ditetapkan. Guna tanah perdagangan akan mengalami pertambahan dan membentuk seluas 168.23 hektar. Ia tertumpu di kawasan Bandar Bahau – Mahsan sejajar dengan peranan bandar tersebut sebagai pusat perdagangan.
Tanah perindustrian meningkat kepada 735.47 hektar pada tahun 2015. Ia selaras dengan strategi mengukuhkan ekonomi dan pekerjaan daerah terutamanya sektor industri IKS dengan penggunaan sumber tempatan.
Guna tanah pertanian masih merupakan guna tanah dominan dengan keluasan 126,271.03 hektar. Ia meliputi 85.15 peratus dari keluasan Daerah jempol.
Selaras dengan pengekalan alam semulajaditerutamanya kawasan di luar tekanan pembangunan, RTD Jempol memastikan tiada pertukaran tanah hutan kepada kegunaan lain kecuali aktiviti berkaitan seperti pengeluaran hasil, penanaman semula, dan eko-pelancongan yang tidak menjejaskan keluasan saiz hutan. Berdasarkan kepada dasar tersebut keluasan guna tanah hutan RTD Jempol masih kekal seluas 10,222.00 hektar.
Peta cadangan dipersembahkan dalam tiga bentuk iaitu:
1. Peta cadangan keseluruhan2. Peta cadangan mengikut blok3. Peta cadangan mengikut
pusat petempatan
Perkara utama yang akan diperincikandi dalam peta cadangan ini ialah:
1. Klasifikasi guna tanah dan keluasan guna tanah semasa dan guna tanah unjuran 2015.
2. Rangkaian perhubungan utama, semasa dan cadangan.
3. Sempadan pentadbiran.4. Sempadan blok perancangan.5. Sempadan semasa dan
cadangan pembesaransempadan bandar.
6. Cadangan-cadangan projekutama RTD Jempol.
Rancangan Tempatan Daerah Jempol disediakan dengan tujuan untuk memandu perancangan guna tanah pada masa hadapan sehingga tahun 2015 melalui peta cadangan yang disediakan berpandukan kepada wawasan daerah yang dibentuk.
Selaras dengan peranan Daerah Jempol sebagai daerah pertanian Negeri Sembilan yang penting dan merupakan kawasan utama ‘prime agriculture area’ negara berdasarkan Rancangan Fizikal Negara, Guna tanah Daerah Jempol masih lagi di dominasi oleh guna tanah pertanian walaupun terdapat penurunan jumlah keluasan akibat pertukaran jenis guna tanah kepada guna tanah perbandaran.
Guna tanah perumahan secara keseluruhan dizonkan seluas 4,279.50 hektar. Ia terdiri daripada kawasan perumahan sediada yang dikekalkan, cadangan kawasan perumahan sehingga tahun 2015 dan kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perumahan.
Pertambahan dan keperluan kemudahan masyarakat di Daerah Jempol akan berasaskan kepada keperluan dan hierarki petempatan yang ditetapkan supaya agihannya lebih sempurna dan dapat memenuhi keperluan penduduk. Seluas 331.03 hektar kawasan telah diperuntukan di dalam RTD Jempol untuk tujuan tersebut.
Cadangan Pemajuan
JEMPOL 2015 ıı 28
Guna Tanah SemasaDaerah Jempol 2003
Perumahan
Perniagaan & Perkhidmatan
Perindustrian
Institusi & Kemudahan Masyarakat
Tanah Lapang & Rekreasi
Pertanian
Hutan
Pengangkutan
Infrastruktur & Utiliti
Badan Air
JEMPOL 2015 ıı 29
Peta CadanganGuna Tanah Daerah Jempol 2015
Perumahan
Perniagaan & Perkhidmatan
Perindustrian
Institusi & Kemudahan Masyarakat
Tanah Lapang & Rekreasi
Pertanian
Hutan
Pengangkutan
Infrastruktur & Utiliti
Badan Air
Melalui penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002 – 2015 adalah diharapkan struktur pembangunan guna tanah di kawasan Daerah Jempol akan lebih terancang dengan baik dan berterusan seiring dengan wawasan pembangunan negeri dan daerah. Pelaksanaan Rancangan Tempatan ini juga perlu mendapat sokongan dari semua pihak baik di peringkat Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Tempatan bagi memastikan pencapaian wawasan pembangunan daerah serta objektif pembangunan yang telah dirangka.
Penutup
Dengan Kerjasama:
Majlis Daerah JempolJabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri SembilanJabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia