RINGKASAN EKSEKUTIF - mdks.gov.my · PDF fileICT P1. Penganjuran dan penyertaan program usaha...
Transcript of RINGKASAN EKSEKUTIF - mdks.gov.my · PDF fileICT P1. Penganjuran dan penyertaan program usaha...
0
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
RINGKASAN EKSEKUTIF [PELAN STRATEGIK ICT (PSICT) MDKS 2016-2020] Pelan Strategik ICT (PSICT) Ini Merupakan Dokumen Yang Mengandungi Pelan Perancangan Pembangunan ICT Majlis Daerah Kuala Selangor Bagi Tempoh 2016-2020. Ianya dibangunkan secara kolaborasi bersama empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor iaitu MPAJ, MDSB, MDKS dan MDHS.
TERHAD
2016
PELAN STRATEGIK ICT (PSICT) MDKS 2016-2020
Disediakan Oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM)
Majlis Daerah Kuala Selangor
1
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
1.0 PENGENALAN
Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor (PBT Selangor) yang
terdiri daripada 12 PBT keseluruhannya mempunyai peranan yang
amat besar dalam menyahut cabaran masyarakat berpengetahuan
dalam era globalisasi dan informasi ini dengan menyediakan sistem
penyampaian yang memenuhi kehendak pelanggan dan menjadikan
Malaysia lebih berdaya saing. Dengan itu, PBT Selangor sentiasa
mempertingkatkan usaha memantapkan perancangan ICT bagi
memastikan pelaksanaan segala tanggungjawabnya selaras dengan
visi Kerajaan untuk menghasilkan Perkhidmatan Awam yang lebih
cekap dan berkualiti.
Ini merupakan pelaksanaan pelan ICT Sektor Awam dengan
mengutarakan rangka kerja ICT, bidang teras yang perlu
dipertingkatkan dan sasaran polisi ICT. Penekanan diberikan kepada
penyampaian perkhidmatan yang inovatif, efisien, berkualiti dan
berlandaskan konsep citizen-centric dan business-centric dengan
memanfaatkan penggunaan ICT secara meluas. Matlamat akhirnya
adalah untuk mencapai Perkhidmatan Awam yang berkonsep Digital
Government yang berpaksikan rakyat.
Semua agensi Kerajaan perlu menyedia dan memperkemaskan
PSICT bersesuaian dengan hala tuju dan objektif strategik organisasi
dan juga sejajar dengan PSICT Sektor Awam tersebut.
Sehubungan dengan itu, PBT Selangor perlu membangunkan pelan
strategik ICT bagi menjajarkan inisiatif ICT secara menyeluruh untuk
memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Pelan ini akan
meneliti tahap penggunaan, mengenal pasti pelbagai isu, cabaran dan
kelemahan dalam pembangunan ICT. Disamping itu, ia juga akan
memfokuskan ke arah mewujudkan aplikasi yang bersepadu, cekap
dan berkesan menerusi teknologi ICT yang terkini agar dapat memacu
2
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
sistem penyampaian perkhidmatan PBT Selangor yang bertaraf
antarabangsa.
PSICT ini merupakan pelan induk (master plan) yang dibangunkan
untuk menyokong Pelan Strategik PBT masing-masing agar
perancangan dan pembangunan ICT selari dengan perancangan dan
pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang. PSICT ini bagi
tahun 2016 hingga 2020.
PSICT PBT Selangor ini dibangunkan dengan mengambil kira segala
keperluan untuk memenuhi objektif pembangunan dan halatuju Negeri
Selangor iaitu menjadikan Selangor negeri idaman, maju dan
sejahtera. Kegagalan kebanyakkan wilayah dalam bidang ICT adalah
kegagalan memperkenalkan program-program atau inisiatif asas yang
menjadi pemangkin untuk penggunaan ICT yang meluas dikalangan
masyarakat. Program-program ini bertindak sebagai titik permulaan
bagi melatih masyarakat dalam bidang ICT sebagai pembinaan asas
untuk masa hadapan. Selaras dengan Pelan Strategik Pembangunan
ICT Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah dibangunkan oleh
Kerajaan Negeri Selangor menggariskan beberapa imperatif strategik
yang berasaskan kepada Pembangunan Smarts Selangor iaitu:
(a) Pembangunan inisiatif asas bagi pembangunan masyarakat
berasaskan ICT yang mampan.
(b) Pembangunan inisiatif perniagaan bagi memacu pertumbuhan
ekonomi negeri berasaskan ICT dan pengetahuan.
(c) Pembangunan inisiatif masa hadapan untuk mengekalkan
ekosistem ICT yang mampan dan ekonomi berasaskan ICT dan
pengetahuan.
3
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
2.0 PENDEKATAN PROJEK
Sebuah Jawatankuasa telah dibentuk untuk memastikan pembangunan
PSICT ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jawatankuasa PSICT
yang dibentuk telah melibatkan keanggotaan dari setiap bahagian di
MDKS.
Rajah 1-1: Carta Organisasi Jawatankuasa PSICT PBT Selangor
4
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
Perbandaran Lestari, Kehidupan Sejahtera
Menyediakan Persekitaran Perbandaran yang kondusif bagi
pembangunan ekonomi hijau, pemeliharaan alam sekitar, warisan sejarah dan kehidupan berkualiti.
3.0 VISI & MISI
3.1 Visi dan Misi MDKS
Rajah 1-2: Visi dan Misi MDKS
3.2 Visi dan Misi ICT
Rajah 1-3: Visi dan Misi ICT MDKS
5
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
4.0 RINGKASAN TERAS STRATEGIK
Rajah 1-4: Ringkasan Teras Strategik, Strategi dan Program ICT
6
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
5.0 PENJAJARAN STRATEGI BISNES DAN ICT DAN STRATEGI ICT
5.1 Perancangan pelaksanaan strategi dan program ICT telah dikenal
pasti untuk dilaksana dalam tempoh lima tahun (2016-2020) iaitu
dan digambarkan di dalam Rangka Kerja Peluang ICT Sektor
Awam.
Rajah 1-5: Penjajaran Objektif Strategik MDKS Dan Teras Strategik
ICT.
7
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
5.2 Berpandukan lima teras strategik ICT yang telah dibentuk,
sebanyak lapan belas Strategi ICT telah dikenal pasti. Strategi ini
adalah selari dengan perancangan pelaksanaan ICT Sektor
Awam dan ianya dibangunkan bagi mengatasi isu semasa ICT
agar menjadi pemacu ke arah kecemerlangan sistem
penyampaian perkhidmatan di Majlis Daerah Kuala Selangor.
6.0 OBJEKTIF TERAS STRATEGIK
Rajah 1-6: Teras Strategik ICT MDKS dan Objektif.
8
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
7.0 PELAN PELAKSANAAN DAN ANGGARAN KOS
Jadual dibawah menunjukkan pelan pelaksanaan yang mengandungi
Strategi, Program, Anggaran Kos dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
mengikut Teras satu hingga Teras lima. Strategi dan program ICT serta
petunjuk prestasi (KPI) mengikut Teras Strategik ICT MDKS adalah
seperti berikut:
Jadual 1-1: Strategi dan Program ICT Mengikut Teras Infrastruktur
T1: PENGUKUHAN INFRASTRUKTUR ICT DAN KESELAMATAN
SIBER YANG OPTIMUM, BERPUSAT DAN STABIL
STRATEGI
PROGRAM
ANGGARAN
KOS (RM)
TAHUN LAKSANA
2016 2017 2018 2019 2020
S1.
PEMANTAPAN INFRASTRUKTUR ICT DAN RANGKAIAN
P1. Naik taraf perkakasan dan perisian ICT terkini.
(i) Server
(ii) Komputer peribadi
(iii) Komputer riba
(iv) Pencetak
(v) Antivirus
(vi) Perisian automasi pejabat
275,000 (One Off)
P2. Penyelenggaraan perkakasan, rangkaian dan perisian sedia ada
(i) Server
(ii) Komputer peribadi
(iii) Komputer riba
(iv) Pencetak
(v) Antivirus
(vi) Perisian automasi pejabat
Tiada
9
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
P3. Peningkatan
keupayaan,
& Kestabilan Rangkaian Setempat (LAN) Ibu Pejabat
(i) Pemasangan Bandwidth / Internet Management System
50,000 (One Off)
(i) Naik taraf Talian Internet Ibu Pejabat MDKS Kepada Fiber Optik / VSAT
150,000
(Kos
Berulang)
Pejabat Cawangan
(ii) Pengukuhan Talian Internet & menyediakan capaian sistem secara Real Time di Pejabat Cawangan MDKS.
130,000
(Kos One
Off &
Berulang)
P4. Penambahbaikan
Bilik Mesyuarat Utama
MDKS dan
penambahan
peralatan.
(i) Menyelaras semula pengkabelan dan penambahan peralatan • VGA / Splitter
• Switcher
• Monitor
• CCTV
• Ceiling Projector
20,000
(One Off)
10
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
(i) Pelaksanaan
pemasangan dan
penggunaan Live
Streaming dan
perolehan peralatan
Mixer
Switcher
TV
50,000
(One Off)
S2.
PEMATUHAN
KESELAMATAN
SIBER
P1. Pengukuhan Perkakasan dan Perisian Keselamatan ICT:
(i) Firewall
(ii) IDS/IPS
(iii) VLAN
(iv) Antivirus berpusat
(v) Desktop
Management
System (DMS)
135,000
(One Off &
Kos
Berulang)
P2. Pelaksanaan Security Posture Assesment (SPA) Ke atas Aplikasi dan Rangkaian
(i) Penestration Test
(ii) Vulnerability
Test
10,000
(One Off)
P3. Pelaksanaan Pensijilan MS ISO/IEC 27001: 2013 (ISMS)
10,000
(One Off)
S3.
PENGAWALAN
DAN
PENGUKUHAN
KESELAMATAN
PUSAT DATA
DAN MAKLUMAT
KRITIKAL MDKS
P1. Pewujudan
Disaster
Recovery Center
(DRC)
150,000
(Kos
Berulang)
P2. Penyediaan Pengurusan Backup Data & File Sharing di setiap Jabatan
33,000
(One Off)
11
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
Jadual 1-2: Strategi ICT dan Program Mengikut Teras Aplikasi
T2 : PENGUKUHAN APLIKASI DIGITAL DAN PERKONGSIAN
DATA SECARA BERSEPADU,INKLUSIF DAN BERKUALITI
STRATEGI
PROGRAM
ANGGARAN KOS (RM)
TAHUN LAKSANA
2016 2017 2018 2019 2020
S1.
PEMANTAPAN
APLIKASI SEDIA
ADA
P1. Naik taraf sistem aplikasi ePBT Sub Modul Perakaunan
(i) Pengurusan Tunai
(ii) Pengurusan Projek
(iii) Pinjaman
(iv) Pelaburan
(ii) Pembayaran EFT Pembekal Melalui Bank Islam / Maybank
45,000
(One Off)
P2. Peningkatan Sistem Intranet MDKS
(i) Sistem Pengurusan Aset (SPA) dan Sistem Pengurusan Stor (SPS)
(ii) Sistem Pengurusan Kenderaan Versi 1.0
(iii) Sistem Latihan
25,000
(One Off)
P3. Peningkatan Sistem iServices:
(i) Semakan dan Bayaran Bil Sewaan Premis
(ii) Semakan dan Bayaran Bil Terimaan Pelbagai
(iii) Sistem Semakan & Pembayaran FPX untuk Lesen.
60,000
(One Off)
P4. Naik Taraf Sistem Perakaunan ePBT Kepada Pematuhan ‘SAGA’
20,000
(One Off)
12
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
S2.
PEMBANGUNAN
APLIKASI
BAHARU
P1. Sistem Kenaan Nilaian Cukai Taksiran (eNilai)
50,000
(One Off)
P2. Pembangunan Sistem Intranet MDKS (i) Sistem Pemantauan
Kontraktor (SPK) (Pembersihan Awam & Sampah)
(ii) Sistem Inventori
Kawasan
(SIK) MDKS ( Pembersihan Awam & Sampah)
(iii) Sistem SPSS (Statistical Package for Social Science)
(iv) Sistem Penjualan Tiket Pelancongan MDKS (eTiket)
85,000
(One Off)
P3. Pembangunan Aplikasi Dalam Talian (i) Lesen Online /
Pembaharuan
Lesen
(ii) Sistem Tempahan
Dewan /
Premis Online
40,000
(One Off)
P4.Pembangunan Aplikasi Mobile (i) Kompaun
(ii) Pemantauan Jadual Kontraktor
(iii) Cukai Taksiran
60,000
(One Off)
S3.
PENGINTEGRAS
IAN DATA DAN
PERKONGSIAN
APLIKASI
KERAJAAN
ELEKTRONIK
P1. Pengintegrasian
Data dan Perkongsian
Sistem Cukai Taksiran
PBT
20,000
(One Off)
P2. Naik Taraf Laman
Web MDKS
10,000
(One Off)
13
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
Jadual 1-3: Strategi ICT dan Program Mengikut Teras Tadbir Urus
T3 : PENGUKUHAN TADBIR URUS ICT, KOLABORATIF DAN
DINAMIK
STRATEGI PROGRAM ANGGARAN
KOS (RM)
TAHUN LAKSANA
2016 2017 2018 2019 2020
S1.
PENGUKUHAN
DASAR DAN
PROSEDUR
ICT
P1. Semakan semula prosedur ICT sedia ada:
(i) Prosedur penyelenggaraan komputer dan sistem mengikut (MS ISO 9001:2008)
(ii) Prosedur
Pengurusan
Backup Sistem
ICT (MS ISO
9001:2008
Tiada
P2. Pembangunan
Prosedur Baharu
(i) Pengendalian
Media
(ii) Pemantauan
Penggunaan
Sistem
(iii) Kawalan
Perubahan
Sistem
(iv) Perlindungan
Daripada
Malware
(v) Kawalan
Pemasangan
Perisian
(vi) Kawalan
Pertukaran
Maklumat
(vii) Klasifikasi Dan
Pengendalian
Maklumat
Tiada
14
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
P3. Semakan
Semula Dasar
Keselamatan ICT
(DKICTV2.0)
Tiada
P4. Pembangunan
Pelan Pemulihan
Bencana
Tiada
S2.
PENGUKUHAN ORGANISASI DAN TADBIR
URUS ICT
P1. Penstrukturan
semula BTM
(i) Fungsi dan
peranan
(ii) Perjawatan
Tiada
P2. Semakan fungsi dan peranan jawatankuasa ICT:
(i) JK Perkhidmatan & Teknologi Maklumat (JPTM)
(ii) JK Pemandu
ICT (JPICT)
(iii) JK Pengurusan
Laman Web
Tiada
15
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
Jadual 1-4: Strategi ICT dan Program Mengikut Teras Insan
T4: PEMANTAPAN MODAL INSAN DAN PEMBUDAYAAN
WARGA
STRATEGI PROGRAM ANGGARAN
KOS (RM)
TAHUN
LAKSANA
2016 2017 2018 2019 2020
S1.
PENINGKATAN
KOMPETENSI
ICT
WARGA
P1. Pelaksanaan
Latihan ICT secara
berkala dan
menyeluruh kepada
kakitangan MDKS
(i) Latihan Secara
Berkala
(ii) Kursus/ Latihan Dalaman.
(iii) Pengiktirafan & Pensijilan ICT.
.
30,000
(Kos
Berulang)
P2. Pelaksanaan program latihan ICT yang releven dengan keperluan semasa:
(i) Teknikal
(ii) Bukan
teknikal.
25,000
(Kos
Berulang)
S2.
PENGUKUHAN
PENGETAHUAN
& KESEDARAN
ICT
P1. Penganjuran dan penyertaan program usaha sama antara PBT dan ICT Selangor.
(i) Knowledge Sharing ICT
(ii) Seminar dan Technology Update
25,000
(Kos
Berulang)
16
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
Jadual 1-5: Strategi ICT dan Program Mengikut Teras Komuniti
T5: PEMERKASAAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
DIGITAL PBT
STRATEGI PROGRAM ANGGARAN
KOS (RM)
TAHUN LAKSANA
2016 2017 2018 2019 2020
S1.
PEMANTAPAN
PEMBUDAYA
AN
DAN LATIHAN
ICT KEPADA
KOMUNITI
P1. Penganjuran program ICT usahasama PBT Selangor
(i) Hari Bertemu
Pelanggan
(i) Program
Teknologi Update
(ii) Kempen&
Promosi
25,000
(Kos
Berulang)
P2. Peluasan WIFI
Smart Selangor
Tiada
P3. Penyediaan Kemudahan ICT: (i) Kiosk
(ii) Kaunter Pandu
Lalu
72,000
(Kos
Berulang)
17
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
Pemilik Program
• Menentukan pemilik bagi setiap program dan membolehkanpemilik terlibat dari awal serta dapat memantau pembangunandan pelaksanaan inisiatif tersebut
Keutamaan (priority)
• Penentuan keutamaan inisiatif adalah berdasarkan kepadainisiatif yang memberi impak yang tinggi dalam keperluan bisnesMDKS
Pelaksanaan secara sumber luaran (Outsourcing)
• Pendekatan ini digunakan pada aplikasi atau program yang akandilaksanakan menggunakan khidmat syarikat swasta
Pelaksanaan secara dalaman (In-House)
• Pendekatan ini digunakan pada aplikasi atau program denganmenggunakan sumber sedia ada secara dalaman
Pelaksanaan secara berperingkat / berfasa
• Pelaksanaan cara ini digunakan kepada program yang besar danberterusan
8.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Bagi memastikan pelaksanaan ini berjaya beberapa strategi
pelaksanaan telah dikenal pasti untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif-
inisiatif ICT. Strategi pelaksanaan ini berpandukan kepada beberapa
faktor seperti berikut:
Rajah 1-7: Strategi Perlaksanaan
18
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
• Mengambil kira pilihanpenggunaan perisian sepertimenggunakan perisian sumberterbuka (open source) atau yang berlesen.
Perisian
• Mengambil kira pilihanperkakasan yang memenuhispesifikasi yang diperlukan.
Perkakasan
• Kos yang terlibat untuk mengubahsuai sistem aplikasi/ infrastrukturmengikut keperluan.
Pengubahsuaian
• Kos yang terlibat dalam kerja pengintegrasian dan jumlahnya bergantung pada tahap integrasi yang diperlukan.
Integrasi
9.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Implikasi kewangan merupakan kos jangkaan yang dianggarkan bagi
projek yang dirancang akan dilaksanakan dalam PSICT MDKS.
9.1 Asas Anggaran Kos
Anggaran kos pelaksanaan projek adalah berdasarkan tahap
kesukaran pelaksanaan, tempoh masa projek, kos perkhidmatan,
kos perkakasan dan perisian. Berikut adalah asas pertimbangan
untuk anggaran kos bagi program ICT MDKS:
19
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
• Kos penyelenggaraan yangdinyatakan adalah berdasarkankos penyelenggaraan tahunan.Anggaran kos penyelengaraandikira 15% sehingga 20%daripda jumlah kospembangunan dan 10%daripada jumlah kosperkakasan.
Kos Penyelenggaraan
• Kos yang diperlukan untukmengurus perlaksanaan sesuatuprojek dan kos rundingan yangdiperlukan untuk bayaranperkhidmatan pakar rundingan.
Pengurusan Projek dan Perundingan
• Kos yang diperlukan untuklatihan termasuklah pensijilanprofesional dan secara dalaman.
Latihan
• Kos yang juga dikira berdasarkan kepada bilangan bengkel yang terlibat.
Bengkel
Rajah 1-8: Asas Anggaran Kos
20
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
9.2 Anggaran Kos Mengikut Tahun
Secara ringkas, anggaran kos program ICT yang telah dirancang
diperincikan mengikut tahun seperti berikut:
Jadual 1-6: Anggaran Kos Mengikut Tahun
TAHUN KOS ONE OFF/
PEMBANGUNAN (RM)
KOS BERULANG/ PENYELENGGARAAN
(RM)
2016 340,000 123,000
2017 253,000 123,000
2018 190,000 123,000
2019 85,000 159,000
2020 50,000 159,000
Jumlah
Keseluruhan 918,000 687,000
21
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
9.3 Anggaran Kos Keseluruhan
Anggaran kos pelaksanaan telah ditentukan bagi program-program
dan aktiviti yang dirangka melibatkan kos one-off dan kos berulang
sebanyak RM 1,605,000.00 bagi tujuan melaksanakan program-
program dan aktiviti ICT MDKS bagi tempoh 2016 hingga 2020.
Rajah 1-9: Anggaran Kos Keseluruhan
KOS ONE OFF /
PEMBANGUNAN
RM 918,000.00
KOS
BERULANG /
PENYELENGGARAAN
RM 687,000.00
KOS
KESELURUHAN
RM 1,605,000.00
22
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
a) Peruntukan Kewangan
b) Sumber Manusia
10.0 FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL
Faktor penentu kejayaan adalah untuk memastikan keberkesanan
pelaksanaan program ICT yang dikategorikan kepada aspek-aspek
berikut:
Bajet atau sumber kewangan yang mencukupi merupakan asas
utama bagi memastikan program yang dirancang mencapai
sasaran.
Keperluan personel ICT yang pakar dan mahir dalam pelbagai
bidang (multiskilled) seperti pengurusan projek, pengurusan
aplikasi, pangkalan data, pembangunan infrastuktur dan
keselamatan ICT serta sentiasa peka dengan teknologi terkini
adalah sangat penting. Oleh itu, MDKS perlu mengkaji keperluan
perjawatan dan latihan kepada pegawai bagi memenuhi keperluan
tenaga kerja dan kemahiran dalam melaksanakan program yang
telah dirancang. Ketepatan pemilihan teknologi berdasarkan trend
ICT semasa juga perlu diambil kira dalam merancang dan
membangun aplikasi yang berimpak tinggi di samping penyediaan
prasarana ICT yang bercirikan:
(i) Kebolehsediaan yang tinggi (High Availability)
(ii) Kebolehpercayaan tinggi (High Reliability)
(iii) Keselamatan tinggi (Highly Secured)
(iv) Berkapasiti tinggi (High Capacity)
23
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
c) Komitmen
Komitmen merupakan salah satu aspek kejayaan kritikal yang
boleh dilihat daripada pelbagai aspek seperti:
(i) Komitmen Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan
Organisasi
Penglibatan pihak pengurusan tertinggi yang peka dengan
keperluan dan kepentingan ICT merupakan faktor kritikal
untuk kejayaan pelaksanaan program ICT di Jabatan.
Pengurusan Organisasi dan pengurusan ICT yang mantap
memainkan peranan penting sebagai perancang dan
penggerak ICT di MDKS. Komitmen yang berterusan
daripada pihak pengurusan akan memberi impak terhadap
Pengurusan Perubahan (Change Management) yang
efektif.
(ii) Komitmen Masa
Jangkamasa yang dianggarkan bagi melaksanakan setiap
program perlu memenuhi faktor sumber seperti yang
dinyatakan (kewangan, manusia, kepakaran dan
kemudahan) untuk menjanjikan pelaksanaan yang tepat
dan efektif.
(iii) Komitmen Warga MDKS
Selain itu, komitmen warga MPK yang terdiri daripada
kakitangan ICT dan bukan ICT sangat penting dalam
membentuk budaya kerja yang berorientasikan ICT.
Warga MPK perlu memahami impak dan perubahan yang
diperlukan dan bersama-sama membantu melaksanakan
program ICT tersebut.
24
TERHAD
TERHAD Pelan Strategik ICT (PSICT)
MDKS 2016-2020
d) Peraturan dan Polisi Jabatan
Berada dalam persekitaran yang menitik berat ciri-ciri keselamatan
berprofil tinggi menjadikan MDKS mengambil Polisi Jabatan
sebagai asas atau panduan kepada pelaksanaan setiap program
yang dirancang. Selain itu, peraturan dan prosedur asas seperti
Pekeliling Perkhidmatan dan Perbendaharaan juga menjadi rujukan
utama dalam aktiviti-aktiviti yang terlibat.
Rajah 1-10: Aspek-Aspek Faktor Penentu Kejayaan
PENUTUP
PSICT MDKS 2016-2020 merupakan satu dokumen blueprint bagi Majlis
Daerah Kuala Selangor untuk membangun dan mengoptimumkan penggunaan
ICT dalam mencapai hala tuju dan objektif strategiknya. Pelan strategik ini
akan sentiasa dipantau dari masa ke semasa dan dikaji semula setiap tahun
supaya ICT akan terus menjadi pemacu utama transformasi kecemerlangan
MDKS dalam mencapai hasrat menjadi peneraju kecemerlangan perkhidmatan
awam Negeri Selangor.
Pelan strategik ini hendaklah dipantau dari masa ke semasa dan dikaji semula
setiap dua tahun sekali, supaya ICT akan terus menjadi pemangkin
kecemerlangan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan digital kepada
rakyat secara keseluruhannya.