Ringkasan Jurnal_01

3
Ringkasan Jurnal KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN e-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 - 172 Penulis: RUBIAH OMAR & JAMILAH HJ. AHMAD (2009) Menerusi jurnal Kesedaran, penilaian dan penerimaan e- pembelajaran dalam kalangan ahli akademik persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini kerana tahap perlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Di Malaysia, e- pembelajaran merupakan teknologi asas. Impak dan penerimaan oleh masyarakat contohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diragui. Persoalan lain yang dinyatakan menerusi jurnal ini adalah penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik. Kajian ini melihat sejauh manakah tahap kefahaman responden terhadap kepentingan perlaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dan persepsi mereka terhadap kesediaan mereka menguruskan pembelajaran arahan kendiri sebagai tenaga pengajar. Oleh itu, disamping memiliki tenaga akademik yang cemerlang dan berkelayakan, universiti harus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilik kuliah, makmal, perpustakaan, asrama, komputer dan pelbagai kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006). Jadi kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauhmanakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran 1

description

Penulisan Ilmiah

Transcript of Ringkasan Jurnal_01

Page 1: Ringkasan Jurnal_01

Ringkasan Jurnal

KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN e-PEMBELAJARAN

DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK

Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 - 172

Penulis:

RUBIAH OMAR & JAMILAH HJ. AHMAD (2009)

Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam

kalangan ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap

kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik

yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini kerana tahap

perlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapai matlamat yang

diharapkan. Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi asas. Impak dan

penerimaan oleh masyarakat contohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi

diragui.

Persoalan lain yang dinyatakan menerusi jurnal ini adalah penilaian terhadap

hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan

kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik. Kajian ini

melihat sejauh manakah tahap kefahaman responden terhadap kepentingan

perlaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dan persepsi mereka terhadap

kesediaan mereka menguruskan pembelajaran arahan kendiri sebagai tenaga pengajar.

Oleh itu, disamping memiliki tenaga akademik yang cemerlang dan berkelayakan,

universiti harus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilik kuliah, makmal,

perpustakaan, asrama, komputer dan pelbagai kemudahan pembelajaran yang lain

(Jamilah, 2006). Jadi kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauhmanakah

kesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka,

dan apakah faktor yang menjadi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah

e-pembelajaran ini.

1

Page 2: Ringkasan Jurnal_01

Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang tahap

penerimaan bagi penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran

dan pengajaran di IPT. Menerusi kajian ini, teori Resapan Inovasi oleh Rogers’ telah

dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam

pengajaran. Ini penting kerana penerimaan e-pembelajaran berupaya mempercepatkan

pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih efektif. Penerimaan e-pembelajaran

dapat menukar modul tradisional, kos program dan bilik darjah dalam versi atas

talian, bahkan penggunaan teknologi e-pembelajaran dapat menyumbang kepada

persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel.

Kajian yang dijalankan menggunakan reka bentuk tinjauan. Kaedah kajian ini

turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk

digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Kajian yang telah dijalankan

berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberi gambaran awal tentang kesediaan

penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Responden kajian terdiri

daripada ahli akademik di semua Pusat pengajian USM, Pulau Pinang yang

menggunakan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Dapatan kajian menunjukkan penerimaan responden terhadap penggunaan e-

pembelajaran adalah baik kerana majoriti responden memahami keseluruhan konsep

dan tanggungjawab yang harus diambil dalam melaksanakan e-pembelajaran.

Kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran

dan pembelajaran adalah tinggi. Konsep pertama adalah e-pembelajaran sebagai satu

kaedah pembelajaran khusus untuk para pelajar. Konsep kedua ialah e-pembelajaran

sejajar dengan kemajuan teknologi dan ICT. Manakala konsep seterusnya

pembelajaran berasaskan komputer dan internet membolehkan proses pembelajaran

dilaksanakan dengan lebih sistematik, menarik dan berkesan dengan kuantiti pelajar

yang lebih ramai tanpa batasan jarak yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, dapatan

kajian menunjukkan tahap kefahaman responden terhadap kesedaran, penilaian dan

penerimaan terhadap perlaksanaan e-pembelajaran adalah baik serta penerimaan

aplikasi e-pembelajaran di IPT sebagai alat pembelajaran berada pada tahap yang

memuaskan (Zailan & Azmi, 2006).

2

Page 3: Ringkasan Jurnal_01

Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan penting dalam memupuk

budaya ICT yang cemerlang di peringkat pendidikan tinggi. Di Malaysia, era

pendidikan melalui aplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem Pendidikan

jarak jauh yang diperkenalkan. Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-

pembelajaran dalam kalangan ahli akademik secara positif semakin memantapkan lagi

kemajuan teknologi dan dunia ICT sesuai dengan kehendak masyarakat serta

perkembangan kemajuan teknologi masa kini.

3