Ringkasan kajian tindakan.docx

13
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR PERPULUHAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH ‘KOTAK MAGIK’ BAGI MURID TAHUN 4 Siti Zaleha Binti Mohd Isa [email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk penambahan nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 23 orang murid tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Alma, Bukit Mertajam. Responden dipilih berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu yang memperoleh markah yang kurang memuaskan. Kaedah yang dipilih ialah Kaedah Kotak Magik merupakan kaedah yang dirasakan amat sesuai untuk membantu murid-murid dalam mempelajari dan seterusnya menguasai kemahiran matematik. Fokus utama kaedah ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid membuat penambahan nombor perpuluhan dengan tepat dan betul. Instrumen yang digunakan dalam melaksanakan kaedah ini ialah ujian pra dan pasca, pemerhatian di dalam kelas dan temu bual. Oleh yang demikian, pengkaji percaya bahawa instrumen- instrumen ini amat membantu dalam menilai tahap prestasi dan kemajuan murid-murid sebelum dan selepas kaedah ini dilaksanakan. Pengkaji mendapati bahawa dapatan pada akhir kajian ini menerusi pemerhatian menunjukkan murid-murid yang pasif sebelum ini berubah sikap menjadi lebih aktif selepas tindakan dilaksanakan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah kotak magik ini berkesan dalam membantu murid yang lemah meningkatkan penguasaan mereka dalam menambah nombor perpuluhan. Pengenalan Matematik merupakan suatu cabang ilmu yang berpusat kepada konsep-konsep seperti kuantiti, struktur, ruang, dan pertukaran. Ia berkembang melalui penggunaan akal dan logik, daripada pengiraan, penghitungan, pengukuran, dan kajian kedudukan sistematik, bentuk, dan usul objek-objek fizikal. Selain daripada itu, pengetahuan Matematik boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu fakta, algoritma,konsep

Transcript of Ringkasan kajian tindakan.docx

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR PERPULUHAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KOTAK MAGIK BAGI MURID TAHUN 4

Siti Zaleha Binti Mohd [email protected]

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menyelesaikan masalah matematik bagi tajuk penambahan nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 23 orang murid tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan Alma, Bukit Mertajam. Responden dipilih berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu yang memperoleh markah yang kurang memuaskan. Kaedah yang dipilih ialah Kaedah Kotak Magik merupakan kaedah yang dirasakan amat sesuai untuk membantu murid-murid dalam mempelajari dan seterusnya menguasai kemahiran matematik. Fokus utama kaedah ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid membuat penambahan nombor perpuluhan dengan tepat dan betul. Instrumen yang digunakan dalam melaksanakan kaedah ini ialah ujian pra dan pasca, pemerhatian di dalam kelas dan temu bual. Oleh yang demikian, pengkaji percaya bahawa instrumen-instrumen ini amat membantu dalam menilai tahap prestasi dan kemajuan murid-murid sebelum dan selepas kaedah ini dilaksanakan. Pengkaji mendapati bahawa dapatan pada akhir kajian ini menerusi pemerhatian menunjukkan murid-murid yang pasif sebelum ini berubah sikap menjadi lebih aktif selepas tindakan dilaksanakan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah kotak magik ini berkesan dalam membantu murid yang lemah meningkatkan penguasaan mereka dalam menambah nombor perpuluhan.

Pengenalan Matematik merupakan suatu cabang ilmu yang berpusat kepada konsep-konsep seperti kuantiti, struktur, ruang, dan pertukaran. Ia berkembang melalui penggunaan akal dan logik, daripada pengiraan, penghitungan, pengukuran, dan kajian kedudukan sistematik, bentuk, dan usul objek-objek fizikal. Selain daripada itu, pengetahuan Matematik boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu fakta, algoritma,konsep hubungan dan penyelesaian masalah. daripada pengiraan, penghitungan, pengukuran, dan kajian kedudukan sistematik, bentuk, dan usul objek-objek fizikal.

Di Malaysia Matematik merupakan satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Sukatan pelajaran matematik telah diubahsuai mengikut kehendak semasa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).Proses pembelaran dan pengajaran matematik KBSR amat memberi tumpuan kepada penerapan nilai murni, di mana ianya menekankan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, menekankan keseimbangan di antara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran.

Pembelajaran dan pengajaran matematik KBSR sebenarnya begitu menekankan kepada perkembangan sahsiah diri, penerapan nilai murni dan menitik beratkan keseimbangan di antara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Di sini topik nombor perpuluhan merupakan salah satu topik yang tergolong dalam bidang nombor dalam sukatan pelajaran. Topik perpuluhan ini dilanjutkan lagi dalam bidang nombor Tahun 4 selepas mempelajarinya di Tahun 3. Bagi topik perpuluhan ini, pada permulaannya telah diperkenalkan dengan nombor pecahan persepuluh, perseratus dan seterusnya perseribu. Malah dalam topik ini juga murid-murid telah didedahkan dengan hubungan di antara pecahan dan perpuluhan di mana boleh ditukar antara satu sama lain, iaitu pecahan boleh ditukar menjadi perpuluhan dan begitu juga sebaliknya perpuluhan boleh ditukarkan menjdi pecahan. Seterusnya murid-murid didedahkan pula dengan operasi asas melibatkan tempat perpuluhan persepuluh, perseratus dan perseribu.

Pemahaman konsep nombor perpuluhan sangat penting bagi murid untuk meneruskan pembelajaran matematik yang berikutnya seperti perkaitan nombor perpuluhan dengan topik pecahan dan topik wang. Menurut Skemp (1997) , pembelajaran suatu konsep matematik sangat perlu dan penting untuk dilaksanakan dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Fokus Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian kes terhadap kefahaman pelajar tahun 4 terhadap topik nombor perpuluhan . Dalam bab ini, pengkaji membincangkan kajian-kajian yang telah dijalankan mengenai masalah kefahaman pelajar dan penerangan konsep disampaikan. Sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran, pengkaji mendapati bahawa para pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan nombor perpuluhan di mana ia melibatkan penambahan nombor bulat dengan nombor perpuluhan dan nombor perpuluhan dengan nombor perpuluhan.

Berdasarkan tajuk yang dipilih oleh pengkaji, ada yang berpendapat perpuluhan adalah antara tajuk yang didapati sukar difahami oleh kebanyakkan pelajar. Selain itu, salah satu faktor yang menyebabkan pelajarmenghadapi kesukaran adalah kekurangan pengetahuan tentang konsep nomborperpuluhan. Ini adalah disebabkan pelajar menggunakan pendekatan menghafal bukannya cuba memahami perkara yang perlu dititik beratkan tentang konsep perpuluhan. Berikutan dengan itu pelajar menghadapi kesukaran unuk menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor perpuluhan.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, rata-rata pelajar tidak memahami tentang konsep nombor perpuluhan terutama tentang titik perpuluhan dan nilai nombor perpuluhan serta gagal menguasai tentang nilai tempat perpuluhan. Oleh yang demikian pelajar tidak dapat menambah nombor perpuluhan dengan betul. Ramai di kalangan mereka yang gagal menjawab soalan penambahan nombor perpuluhan. Pengkaji berpendapat, jika sesuatu konsep matematik tidak difahami dan tidak dikuasai dengan sempurna maka murid akan menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah matematik biarpun soalan tersebut merupakan suatu yang asas atau pun mudah. Hal ini telah berlaku apabila pengkaji mendapati murid gagal membuat penambahan nombor perpuluhan. Selain itu murid juga gagal menambah sekiranya soalan tersebut melibatkan penukaran daripada pecahan kepada perpuluhan dan kemudiannya membuat operasi tambah.

Objektif kajian dan Persoalan KajianSecara umum dan khususnya objektif-objektif kajian ini adalah seperti berikut:1. Meningkat kemahiran menambah nombor perpuluhan sehingga tiga tempat perpuluhan.

2. Mengenalpasti tempat titik perpuluhan yang sepatutnya letakkan.

3. Boleh menambah bilangan nombor sifar yang betul di akhiran titik perpuluhan.

4. Boleh menambah nombor perpuluhan dengan menggunakan kotak magik.

5. Boleh menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor perpuluhan dalam bentuk lazim dengan cara yang betul.

Persoalan KajianI. Adakah murid dapat mengenalpasti tempat titik perpuluhan yang sepatutnya diletakkan?

II. Adakah murid boleh menambah bilangan nombor sifar di akhiran titik perpuluhan?

III. Adakah murid boleh menambah nombor perpuluhan dengan menggunaka kotak magik?

IV. Adakah murid boleh menyelesaikan masalah tambah yang melibatkan nombor perpuluhan dalam bentuk lazim dengan cara yang betul?

Kumpulan SasaranKajian ini dijalankan di sebuah sekolah kawasan luar bandar. Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 4 Sukses Sekolah Kebangsaan Alma, Bukit Mertajam sesi 2014 sebagai responden dan seorang guru sebagai pengkaji. Seramai 23 orang murid menjadi bahan kajian. Kumpulan ini terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan, di mana kesemua murid-murid tersebut terdiri daripada murid berbangsa melayu. Semua murid tersebut tinggal di perkampungan Alma.

Prosedur TindakanSuatu model ringkas yang menunjukkan kitaran bagi kajian tindakan telah dirangka di mana setiap kitaran mempunyai tiga langkah iaitu merancang, bertindak dan hasil dapatan. Model ini dijadikan penunjuk arah dalam sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini untuk menjaminkan keberkesanan pengajaran yang ingin disampaikan.Bagi memulakan kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih murid-murid kelas 4 Sukses sebagai responden kajian. Di sini saya akan melaksanakan suatu kaedah yang dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran dalam menambah nombor perpuluhan. Kajian ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan amalan pengajaran guru di samping melihat sejauh mana keberkesanan kaedah Kotak Magik yang digunakan.

Setelah memilih responden, saya memulakan tindakan dengan menjalankan satu ujian pra terhadap mereka. Ujian pra bertujuan untuk mengumpulkan maklumat tentang prestasi awal responden sebelum menjalankan tindakan. Setelah memperolehi data yang sewajarnya, saya meneruskan langkah yang seterusnya. Penerangan lebih lanjut di dalam bahagian perancangan pengumpulan data.

Langkah yang seterusnya pertama, saya telah menjalan proses pengajaran seperti yang dirancangkan. Murid akan dibimbing untuk menambah nombor perpuluhan dengan menggunakan kaedah Kotak Magik di mana pengkaji akan memperkenalkan terlebih dahulu nilai tempat perpuluhan dalam Kotak Magik sebagai suatu ulangkaji dan malah ianya juga sebenarnya sebagai pengukuhan tentang konsep perpuluhan. Aktiviti-aktiviti pengajaran tentang penambahan nombor perpuluhan dilakukan dalam Kotak Magikdi mana proses bermula dari aras mudah kepada yang lebih sukar. Dalam proses bertindak juga ini pengkaji juga telah menggunakan elemen pemerhatian dan temu bual bagi mendapatkan hasil dapatan.

Setelah menjalankan proses bertindak maka pengkaji telah mengumpul segala maklumat untuk dijadikan hasil dapatan dan seterusnya untuk dibuat analisa. Setelah mendapatkan segala dapatan dan diteliti, saya akan menilai sejauh manakah kebekesanan kaedah Kotak Magik yang diperkenalkan. Sekiranya kurang berjaya maka kitaran kedua akan dilaksanakan.

Cara Pengumpulan DataBagi melaksanakan kajian ini, tiga jenis instrumen telah digunakan antaranya ialah ujian pra/pasca, temubual dan pemerhatian. Pengkaji telah menggunakan ketiga-tiga jenis instrumen ini dengan tujuan untuk memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan. Menurut Mills(2007), pengkaji tidak seharusnya hanya bergantung kepada satu sumber perolehan data sahaja seperti hanya temu bual sahaja atau pemerhatian atau pun instrumen kajian yang lain. Di sini ketiga-tiga instrumen yang digunakan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan lagi kemahiran responden untuk menambah nombor perpuluhan.

Ujian Pra dan PascaTerdahulu, ujian pra akan dijalankan kepada responden-responden untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman murid dalam menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan. Pada peringkat awal, pengkaji telah menyediakan 10 soalan untuk menguji tahap pencapaian responden di mana soalan meliputi penambahan nombor perpuluhan sehingga 3 tempat perpuluhan dan juga melibatkan soalan dalam pecahan yang mana memerlukan penukaran kepada nombor perpuluhan terlebih dahulu. Hasil daripada keputusan Ujian Pra maka suatu proses pengajaran akan dijalankan.

Ujian Pasca juga akan terdiri daripada sepuluh soalan yang mana guru menggunakan soalan yang sama dengan Ujian Pra. Cuma kedudukan nombor soalan sahaja yang berubah. Ujian ini dijalankan setelah kaedah pengajaran Kotak Magik diperkenalkan dalam menambah nombor perpuluhan. Berbanding dengan Ujian Pra, murid-murid hanya menambah mengikut pengetahuan mereka sebelum ini tapi dalam Ujian Pasca murid-murid telah menggunakan pendekatan kaedah Kotak Magik bagi menjawab soalan penambahan nombor perpuluhan. SSuatu skor Ujian Pasca telah direkod bagi membolehkan pengkaji menilai sejauh mana keberkesanan kaedah Kotak Magik bagi meningkatkan kemahiran menambah nombor perpuluhan.

Temu Bual

Temu bual merupakan perbincangan antara guru dan peserta di dalam suatu kajian di mana guru bertanyakan soalan-soalan kepada peserta. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklum balas tentang aktiviti yang telah dijalankan di dalam kelas. Jadi di sini, pengkaji telah menjalankan temubual tidak berstruktur iaitu secara tidak formal dengan menggunakan soalan terbuka. Hal ini bertujuan bagi merangsang idea atau pun perasaan responden. Temu bualdigunakan untuk mengumpul data, dan kaedah ini digunakan secara tidak formal terhadap responden. Melaluitemu bual, pengkaji dapat mengenalpasti punca sebenar masalah murid dalam menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan, serta penyertaan murid dalam aktiviti PdP tersebut kurang memuaskan.

Hasilantemu bualdapat membantu pengkaji mengutip maklumat atau data untuk meninjau masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kumpulan sasaran, dan menentukan sama ada kaedah pengajaran yang dijalankan sesuai dengan keupayaan murid atau tidak. Di samping itu, guru dapat merancang PdP yang paling releven dalam meningkatkan pencapaian murid berdasarkan data yang dikumpulkan.

Pemerhatian Dalam pengumpulan data secara kualitatif, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk membandingkan respons murid-murid sebelum dan selepas pengajaran kaedah Kotak Magik dalam penambahan nombor perpuluhan. Di sini pengkaji telah membuat pemerhatian ke atas respondan semasa proses pembelajaran dan pengajaran tindakan dilaksanakan dan semasa mereka menjawab soalan ujian pra dan pasca. Pengkaji telah memberi tumpuan yang lebih kepada respondan yang pasif dan yang tidak menumpukan perhatian semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Pengkaji telah menyediakan senarai semak yang mengandungi kriteria-kriteria tertentu bagi memudahkan pengkaji melakukan pemerhatian.

Dapatan Kajian

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca

Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca dianalisis bertujuan untuk melihat sejauh mana perubahan yang berlaku terhadap pencapaian responden setelah kaedah Kotak Magik diajar kepada murid.

Jadual 1: Peratus Perbezaan Ujian Pra dan Ujian Pasca

RespondenUjian Pra Ujian Pasca Pencapaian

Bil ( % ) Bil ( % )

R14 406 60Meningkat 20%

R26 607 70Meningkat 10%

R3008 80Meningkat 80 %

R41 105 50Meningkat 40%

R56 608 80Meningkat 20%

R61 107 70Meningkat 60%

R76 608 80Meningkat 20%

R81 102 20Meningkat 10%

R92 207 70Meningkat 50%

R101 101 10Tiada Perubahan

R115 509 90Meningkat 40%

R120000Tiada Perubahan

R131 10 3 30Meningkat 20%

R141 10 4 40 Meningkat 30%

R153 308 80Meningkat 50%

R164 405 50Meningkat 10%

R171 102 20Meningkat 10%

R184 40 6 60 Meningkat 20%

R195 50 7 70 Meningkat 20%

R205 508 80Meningkat 30%

R212 209 90Meningkat 70%

R226 608 80Meningkat 20%

R237 708 80Meningkat 10%

Jadual 2 : Perbandingan Nilai Min unian Pra dan Ujian PascaUJIAN UJIAN PRA UJIAN PASCA

NILAI MIN 3.65 5.61

PERBEZAAN Bertambah 1.96

Keputusan ujian pra dan ujian pasca 1 menunjukkan peningkatan yang amat sedikit. Purata bagi ujian pra ialah 3.65 manakala purata bagi ujian pasca pula ialah 5.61. Jika diteliti perbezaan markah hanyalah 1.96 sahaja. Berdasarkan perbezaan markah yang terlalu sedikit ini, pengkaji berpendapat bahawa pengajaran yang disampaikan kurang berkesan. Hal ini telah menyebabkan ada di kalangan respondan yang tidak dapat memahami dan menguasai sepenuhnya kaedah kotak magik untuk diaplikasikan dalam kemahiran menambah nombor perpuluhan. Justeru itu, pengkaji akan melaksanakan kitaran yang kedua iaitu menjalankan sesi pengajaran yang seterusnya dengan memperjelaskan dengan lebih terperinci mengenai kotak magik dan seterusnya mengaplikasikannya dalam menambah nombor perpuluhan sejajar dengan matlamat pengkaji untuk meningkatkan kemahiran respondan untuk menambah nombor perpuluhan.

Jadual 3 : Perbandingan Skor Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2Responden Ujian Pra Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2Pencapaian

Bil ( % ) Bil ( % ) Bil ( % )

R14 406 60 8 80 Meningkat 40%

R26 607 70 9 90 Meningkat 30%

R3008 80 10 100 Meningkat 100 %

R41 105 50 7 70 Meningkat 60%

R56 608 80 10 100 Meningkat 40%

R61 107 70 9 90 Meningkat 80%

R76 608 80 10 100 Meningkat 40%

R81 102 20 7 70 Meningkat 60%

R92 207 70 9 90 Meningkat 70%

R101 101 107 70 Meningkat 60 %

R115 509 90 10 100 Meningkat 50%

R1200007 70 Meningkat 70 %

R131 10 3 30 7 70 Meningkat 60%

R141 10 4 40 7 70 Meningkat 60%

R153 308 80 10 100 Meningkat 70%

R164 405 50 10 100 Meningkat 60%

R171 102 20 7 70 Meningkat 60%

R184 40 6 60 7 70 Meningkat 30%

R195 50 7 70 8 80 Meningkat 30%

R205 508 80 10 100 Meningkat 50%

R212 209 90 10 100 Meningkat 80%

R226 608 80 9 90 Meningkat 30%

R237 708 80 10 100 Meningkat 30%

Jadual 4 : Perbandingan Nilai Min Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2UJIANUJIAN PRAUJIAN PASCAUJIAN PASCA 2

NILAI MIN3.655.618.61

PERBEZAANBertambah 4.96

Keputusan ujian Pra, ujian Pasca 1 dan ujian Pasca 2 menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Purata bagi ujian Pasca 1 ialah 5.61 manakala purata bagi ujian Pasca 2 pula ialah 8.61. Perbezaan markah antara ujian Pasca 1 dengan ujian Pasca 2 ialah sebanyak hanyalah 3.0 dan perbezaan nilai min antara ujian Pra dengan ujian Pasca 2 ialah 4.96. Berdasarkan perbezaan markah yang agak mengujakan ini, pengkaji berpendapat bahawa pengajaran yang disampaikan telah berjaya. Ini adalah kerana markah yang diperolehi oleh responden melebihi 7 daripada 10. Justeru itu kaedah yang dipilih iaitu kaedah kotak Magik dalam menambah nombor pepuluhan adalah amat bertepatan dan sesuai untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran kemahiran matematik serta boleh digunakan sebagai suatu bahan bantu dalam menyelesaikan masalah tambah nombor perpuluhan. Berdasarkan perbandingan yang telah dilakukan selepas kitaran yang pertama didapati ada sebilangan responden yang kurang memahami ini berikutan daripada kurangnya penumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini terbukti apabila ada di kalangan responden yang mendapat markah 0, 1 dan 2 yang mana ini merupkakan markah yang terendah yang diperolehi oleh responden. Berdasarkan keputusan yang tidak memberangsang itu, pengkaji telah melaksanakan kitaran yang kedua dan hasil yang diperolehi amat menggembirakan pengkaji di mana seramai 9 orang responden telah mendapat betul semua dan selebihnya mendapat sekurang-kurangnya markah 7.

Analisis Temu BualSelain itu, hasil temu bual telah menunjukkan bahawa kaedah Kotak Magik telah dapat meningkatkan minat, kefahaman dan penguasaan murid dalam penambahan nombor perpuluhan.Jadual 5 : Dapatan senarai semak Temu BualNO ITEM SELEPAS

YA

1 Adakah anda suka belajar matematik? /

2 Adakah matematik itu menarik? /

3 Adakah anda memahami pengajaran guru? /

4 Adakah anda dapat menambah nombor perpuluhan dengan betul? /

5 Adakah anda menggunakan kaedah tertentu untuk menambah nombor perpuluhan? /

6 Adakah anda suka dengan kaedah yang diajar oleh guru? /

7 Adakah dapat menjawab semua soalan yang diberikan? /

Berdasarkan analisis temu bual telah menunjukkan bahawa kaedah Kotak Magik dalam penambahan nombor perpuluhan telah menarik minat responden untuk mempelajari kemahiran Matematik di samping mereka telah menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan. Pengkaji juga dapat membuat kesimpulan bahawa kaedah Kotak Magik yang diperkenalkan kepada murid cukup berkesan. Malah jika diteliti ia juga boleh diguna pakai untuk menjawab soalan dalam kemahiran matematik yang lain. Di sini dilihat responden lebih yakin dalam menjawab soalan dengan menggunakan kaedah ini.

Analisis PemerhatianPengumpulan data senarai semak pemehatian telah dijalan sebelum dan selepas pengajaran.Jadual 6 : Dapatan Senarai Semak PemerhatianPemerhatian Sebelum intervensi Selepas intervensi

1. Tingkah laku Kurang minat untuk belajar Bertambah minat untuk belajar

2. Penglibatan dalam setiap aktiviti Pasif Aktif

3. Interaksi dengan rakan Kurang Bertambah

4. Interaksi dengan guru Kurang Bertambah

5. Hasil kerja Tidak mampu menyiapkan latihan yang diberi dengan baik Mampu menyiapkan latihan yang diberi dengan baik

6. Reaksi Merasa susah kurang seronokSenang Teruja untuk selsesaikan soalan

Secara keseluruhannya, pengkaji boleh membuat kesimpulan bahawa penggunaan kaedah Kotak Magik telah berjaya menarik minat responden untuk mempelajari kemahiran Matematik dan mereka juga telah didapati menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan di mana mereka dapat menjawab soalan dengan betul. Malah kaedah ini juga dapat diaplikasi untuk kemahiran matematik yang lain seperti tajuk ukuran panjang dan berat. Apa yang lebih memberangsangkan ialah responden lebih berkeyakinan dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan penambahan nombor perpuluhan.

RUMUSAN

Setelah melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah mendapati objektif kajian telah tercapai dan persoalan kajian ini telah terjawab dengan jayanya. Kajian yang dilaksanakan dimulai dengan merefleks pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lalu dan melaluinya pengkaji telah menracang suatu tindakan yang bersesuaian untuk membantu murid-murid tahun empat dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menambah nombor perpuluhan.Murid-murid didapati dapat mengaplikasikan kaedah kotak magik dalam melakukan penambahan nombor perpuluhan dengan berkesan sewaktu menjawab soalan ujian pasca. Jika sebelum ini,murid-murid sering melakukan kesilapan ketika menambah nombor perpuluhan Namun setelah melaksanakan kajian ini didapati bahawa teknik pengajaran guru merupakan suatu elemen yang amat penting dan ianya memainkan peranan penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan ini, secara tidak langsung telah memberi suatu anjakan inovasi dalam diri dalam memastikan murid sentiasa mendapat keutamaan. Atas dasar itu juga secara peribadi bagi seorang guru, kepelbagaian kaedah pengajaran dan teknik amatlah penting dalam proses pengajaran. Malah murid semakin berminat untuk mempelajari Matematik dan tahap kefahaman mereka juga semakin meningkat dan ini terbukti daripada hasil dapatan melalui ujian Pra dan Ujian Pasca. Peningkatan markah telah dilihat begitu ketara setelah pengajaran dibuat iaitu hampir 80% peningkatan markah telah lihat hasil daripada analisis data yang telah diperolehi. Malah didapati kepelbagaian kaedah dapat merangsang minat muid untuk belajar dan dengan secara tidak langsung akan memastikan murid mengalami proses pembelajaran yang menyeronokkan. Ini adalah kerana dengan menggunakan suatu kaedah yang dapat memudahkan murid memahami sesuatu kemahiran matematik akan menyebabkan murid merasa lebih terangsang untuk belajar matematik.

Selain itu dengan penggunaan kaedah yang dipilih ini iaitu kaedah kotak Magik dalam menambah nombor perpuluhan ini telah merubah sikap murid-murid di dalam kelas, di mana sebelum ini ada sebilangan murid-murid agak pasif dan kurang melibatkan diri dalam sesi soal jawab khasnya. Namun setelah menggunakan kaedah ini, murid-murid telah berubah sikap. Berdasarkan temu bual yang telah dilakukan telah mendapati mereka merasa lebih seronok belajar matematik setelah diperkenalkan suatu kaedah yang mudah difhami dalam menyelesaikan masalah matematik. Kata mereka lagi sebelum ini mereka merasakan matematik suatu mata pelajaran yang susah..Juga didapati sebilangan murid yang lemah sudah boleh menguasai kemahiran menambah nombor perpuluhan dengan mudah. Mereka sebenarnya memerlukan lebih perhatian daripada guru dalam proses pembelajaran untuk membina sikap dan minat yang mendalam dalam menyelesaikan masalah matematik khasnya tajuk yang dipilih iaitu menambah nombor perpuluhan.Sebagi seorang guru, kita mesti berasa amat gembira apabila anak murid telah memahami dan menguasai kemahiran yang diajar. Malah kita pasti amat teruja apabila mereka dapat menyatakan kaedah yang digunakan dalam penambahan nombor perpuluhan apabila disoal. Mereka juga dapat dapat mengaplikasikan kaedah yang diperkenalkan itu dengan jayanya. Oleh yang demikian dalam kehidupan seharian, sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada pelbagai masalah dan kita juga tahu setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jalan penyelesaian tersebut mestilah yang paling berkesan. Atas sebab itu, dalam pemikiran kita sebagai seorang pendidik seharusnya sentiasa memikirkan suatu cara ataupun teknik yang paling berkesan bagi memastikan murid dapat menyelesaikan masalah matematik dengan mudah.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pengkaji berhasrat untuk mengekalkan kaedah melukis gambarajah kotak Magik ini sebagai suatu kaedah dalam menambah nombor perpuluhan. Ini adalah kerana bagi pengkaji ia merupakan suatu kaedah yang mudah diingati dan mudah difahami serta amat berkesan untuk mengajar kemahiran menambah nombor perpuluhan.Kaedah kotak Magik ini bukan hanya boleh digunakan dalam menambah nombor perpuluhan, malahan ia juga boleh digunakan dalam membuat penolakan nombor perpuluhan juga. Ada beberapa tajuk lagi yang mana kaedah kotak Magik ini boleh diguna pakai bagi memudahkan murid meningkatkan kemahiran matematik mereka.Atas dasar itu, sebagai seorang guru, kita perlu kreatif dan inovatif serta bersedia untuk menggunakan pelbagai kaedah yang baru bagi memastikan murid-murid yang diajar dapat memahami kemahiran matematik dengan lebih mudah. Oleh yang demikian dalam aspek profesionalisme keguruan, kajian tindakan yang telah dijalankan oleh pengkaji membantu pengkaji dalam meningkatkan tahap profesionalisme sebagai seorang guru. Kajian tindakan yang dilakukan membimbing pengkaji supaya sentiasa menerokai kaedah-kaedah baru yang berbentuk inovasi dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam usaha untuk membantu murid-murid yang berpencapaian rendah dalam matapelajaran Matematik. Kajian tindakan yang telah dijalankan juga akan menjadi perintis kepada pengkaji untuk menilai amalan pengkaji dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan pelbagai masalah ketika melaksanakan amalan dalam bilik darjah dan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan profesionalisme pengkaji di masa akan datang.

RujukanLai, K. L. (2007). Penelesaian masalah matematik sekolah rendah menggunakan strategi melukis gambarajah. Seminar Penyelidikan Institut Perguruan Batu Lintang 2007.

Mills, G. E (2007). Actions research : A guide for the teacher researcher, 2nd Edition, Merills/Prentice-Hall: Upper saddle River, NJ.

Mok, S. S. (1994).Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Nik Azis Nik Pa. (1992). Agenda tindakan: Penghayatan matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Azis Nik Pa. (1996). Penghayatan matematik, perkembangan professional, KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan Pustaka.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.

Omar Hamat. (1994). Gaya dan amalan pengajaran matematik peserta kursus KSPK diMPKB. Jurnal Pendidikan Matematik & Sains. Jilid 1 : 51 - 56.