Ringkasan rbt3105

5
RINGKASAN KULIAH RBT3105: KAEDAH MENGAJAR KHSR BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Setiap orang guru memerlukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai bagi memastikan penyampaiannya benar-benar berkesan khususnya kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah. Sekurang-kurangnya seseorang guru itu akan menggunakan papan tulis sebagai BBM yang paling asas dalam pengajarannya. Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah menghasilkan pelbagai peralatan dan bahan yang serba moden lagi canggih yang boleh digunakan oleh guru dengan lebih menarik dan berkesan. BBM digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk menarik perhatian murid menghasilkan sesi pembelajaran yang konkrit memberikan pengalaman sebenar kepada murid mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid memudahkan kefahaman murid terhadap pengajaran guru meneguhkan ingatan pelajaran oleh murid terhadap pengajaran guru menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus BBM boleh digunakan dengan berbagai cara di dalam kelas. Penggunaannya bergantung kepada jenis BBM tersebut, suasana atau keadaan fizikal bilik darjah yang digunakan serta bilangan dan tahap kebolehan murid atau tahun persekolahan murid yang menjadi sasaran pengajaran guru. Secara umumnya, di antara kaedah penggunaan BBM oleh guru di dalam kelas adalah seperti yang berikut: Gantungkan pada tempat yang sesuai dan mudah dilihat. Pamerkan BBM yang berbentuk carta atau gambar secara keseluruhan atau mengikut bahagian yang perlu sahaja merujuk kepada isi pelajaran yang sedang diajar Letakkan BBM yang berbentuk bahan maujud pada satu tempat yang sesuai dan dapat dilihat oleh semua murid dari semua sudut. Jika bahan BBM tersebut memerlukan penglibatan murid untuk menggunakannya, arahan perlu diberikan dengan jelas dan terang tentang cara-cara menggunakan bahan atau alat tersebut dengan betul dan selamat. BBM ditunjukkan kepada murid hanya pada masa ia digunakan untuk membantu pengajaran sahaja sahaja. Pada masa yang tidak berkaitan, BBM lebih elok disimpan atau diletakkan ditempat-tumpat yang tidak menjadi tumpuan murid. Penggunaan BBM perlu diikuti dengan penerangan dan bimbingan serta menguatkan dengan fakta-fakta yang berkaitan semasa ke semasa. 1

Transcript of Ringkasan rbt3105

Page 1: Ringkasan rbt3105

RINGKASAN KULIAH RBT3105: KAEDAH MENGAJAR KHSR

BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Setiap orang guru memerlukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai bagi memastikan penyampaiannya benar-benar berkesan khususnya kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah. Sekurang-kurangnya seseorang guru itu akan menggunakan papan tulis sebagai BBM yang paling asas dalam pengajarannya. Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah menghasilkan pelbagai peralatan dan bahan yang serba moden lagi canggih yang boleh digunakan oleh guru dengan lebih menarik dan berkesan. BBM digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk

menarik perhatian murid

menghasilkan sesi pembelajaran yang konkrit

memberikan pengalaman sebenar kepada murid

mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid

memudahkan kefahaman murid terhadap pengajaran guru

meneguhkan ingatan pelajaran oleh murid terhadap pengajaran guru

menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus

BBM boleh digunakan dengan berbagai cara di dalam kelas. Penggunaannya bergantung kepada jenis BBM tersebut, suasana atau keadaan fizikal bilik darjah yang digunakan serta bilangan dan tahap kebolehan murid atau tahun persekolahan murid yang menjadi sasaran pengajaran guru. Secara umumnya, di antara kaedah penggunaan BBM oleh guru di dalam kelas adalah seperti yang berikut:

Gantungkan pada tempat yang sesuai dan mudah dilihat.

Pamerkan BBM yang berbentuk carta atau gambar secara keseluruhan atau mengikut bahagian yang perlu sahaja merujuk kepada isi pelajaran yang sedang diajar

Letakkan BBM yang berbentuk bahan maujud pada satu tempat yang sesuai dan dapat dilihat oleh semua murid dari semua sudut.

Jika bahan BBM tersebut memerlukan penglibatan murid untuk menggunakannya, arahan perlu diberikan dengan jelas dan terang tentang cara-cara menggunakan bahan atau alat tersebut dengan betul dan selamat.

BBM ditunjukkan kepada murid hanya pada masa ia digunakan untuk membantu pengajaran sahaja sahaja. Pada masa yang tidak berkaitan, BBM lebih elok disimpan atau diletakkan ditempat-tumpat yang tidak menjadi tumpuan murid.

Penggunaan BBM perlu diikuti dengan penerangan dan bimbingan serta menguatkan dengan fakta-fakta yang berkaitan semasa ke semasa.

Semua BBM hendaklah dikumpul dan disimpan ditempat yang ditetapkan setiap kali selesai digunakan.

Perkembangan semasa telah menjadikan peralatan ICT begitu kerap digunakan sebagai salah satu BBM. Peralatan ICT seperti komputer membolehkan pula guru dan murid mengakses pelbagai

1

Page 2: Ringkasan rbt3105

sumber dan maklumat melalui internet. Sumber dan maklumat yang terlalu banyak dan mudah diperolehi melalui internet tidak semuanya boleh dirujuk sebagai sumber yang betul dan tepat. Oleh itu guru perlu bijak membuat penilaian dan memilih sumber rujukan yang boleh dipercayai di internet. Sesuatu bahan sumber atau maklumat yang berasaskan internet boleh dinilai kesahihannya berdasarkan ciri-ciri seperti yang berikut:

Ketepatan (Accuracy) Maklumat: Kandungan bahan sumber atau maklumat yang dinyatakan didapati tepat dan terdapat unsur-unsur kebertanggungjawaban.

Bukti dan keterangan pengarang (Autority):Kelayakan dan reputasi pengarang yang menerbitkan bahan sumber atau maklumat tersebut dinyatakan dengan jelas beserta ditunjukkan juga sumber rujukannya.

Berobjektif (Objectivity): Bahan sumber atau maklumat yang dipaparkan menepati keperluan semasa berdasarkan catatan tarikh yang ditunjukkan.

Liputan (coverage):Liputannya yang komprehensif, ekstensif dan intensif di mana sebaran bahan sumber atau maklumat tersebut adalah untuk pengguna yang luas dengan isi maklumatnya yang jelas dan terperinci.

PENGAJARAN MIKRO dan MAKRO

Pengajaran Mikro dan Makro adalah suatu bentuk Latihan Mengajar yang pada kebiasaan dilaksanakan di dalam kampus sebelum pelajar melaksanakan aktiviti Latihan Mengajar yang sebenarnya (Praktikum) di sekolah. Melaksanakan aktiviti pengajaran mikro dan makro boleh juga disifatkan sebagai latihan mengajar secara simulasi di mana segala persiapan dan pelaksanaannya dilakukan seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebenar di sekolah. Apa yang membezakannya ialah bilik darjah yang digunakan itu bukanlah bilik darjah yang sebenar dan muridnya juga bukanlah bilik sebenar sebaliknya menggunakan rakan-rakan pelajar sendiri yang cuba berlakon menggayakan seperti murid.

Dalam aktiviti pengajaran mikro dan makro, perhatian akan lebih tertumpu kepada kemahiran variasi rangsangan. Di antara kemahiran variasi rangsangan yang dimaksudkan ialah:

Pelbagai perubahan pergerakan langkah guruPergerakan guru yang sentiasa berubah dari kiri ke kanan, dari depan ke belakang dan sebagainya supaya tidak kelihatan statik pada satu tempat sahaja.

Pelbagai perubahan pergerakan anggota badan guruPergerakan anggota badan guru yang sentiasa berubah seperti pergerakan tangan, kaki, kepala, bahu dan lain-lain bahagian badan yang dapat menarik perhatian dan tumpuan murid.

Perubahan intonasi suara guruIntonasi suara ialah nada suara guru yang sentiasa berubah iaitu dari nada rendah ke tinggi, lantang ke perlahan hingga senyap dan sebaliknya juga akan dapat menarik perhatian murid dan boleh menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.

Perubahan fokus deria muridSelain melibatkan perubahan kepada tingkah pergerakan guru, perubahan kepada fokus deria murid juga sangat berperanan untuk menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Melalui aktiviti tertentu guru boleh saling mengubah fokus deria murid-murid antara deria mendengar, melihat, merasa, menyentuh dan bau.

Perubahan bentuk lisan muridPerubahan bentuk lisan murid melibatkan bersoal-jawab, membaca dan bercerita atau bertutur.

2

Page 3: Ringkasan rbt3105

Perubahan suasana fizikal murid Selain perubahan bentuk lisan, guru juga melalui aktiviti tertentu boleh mengubah suasana fizikal murid dengan memberikan mereka latihan atau arahan duduk, berdiri, menulis, melukis, berlakun dan sebagainya.

KEMAHIRAN ASAS KAJIAN MASA DEPAN

Kemahiran Asas Kajian Masa Depan merupakan elemen yang sangat sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran KHSR. Di antara aktiviti yang sesuai dilaksanakan ialah aktiviti buka pasang bagi alat-alat tertentu seperti lampu suluh, robot, permainan Lego dan sebagainya. Semua aktiviti ini perlu melalui langkah-langkah utama seperti berikut:

Menyenaraikan semua komponen yang terdapat dalam alatan yang akan digunakan sebagai aktiviti pembelajaran.

Sama ada dalam kumpulan atau individu murid-murid secara kreatif perlu berfikir dan dan bertukar fikiran untuk mengenal pasti fungsi dan bagaimana ia berfungsi bagi setiap komponen yang telah disenaraikan.

Murid-murid kemudiannya perlu memasang semua komponen supaya menjadi alatan atau objek tertentu secara bebas atau seperti yang ditetapkan oleh guru dan seterusnya menguji sama ada ia dapat berfungsi seperti yang sepatutnya atau sebaliknya.

Setelah siap dipasang dan diuji, murid-murid diberi peluang berfikir dan membuat ramalan secara bebas dan kritis akan kesan dan akibat berasaskan projek tersebut dengan mengambil kira situasi semasa dan ramalan masa depan. Murid juga perlu diberi peluang memberi cadangan atau idea penambahbaikan berdasarkan aras pemikiran mereka.

STRATEGI, KAEDAH dan TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Konsep:Strategi pengajaran dan pembelajaran dirancang dengan mengambil kira keperluan untuk menetapkan Hasil Pembelajaran, mengenalpasti keperluan BBM, menyusun langkah-langkah dan aktiviti pembelajaran ke arah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dan memikirkan usaha-usaha penambahbaikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada sesi yang berikutnya.

Strategi, Kaedah dan Teknik:Terdapat pelbagai pendekatan dan kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya pendekatan atau kaedah dirujuk kepada tiga iaitu Berpusatkan Guru, Berpusatkan Murid dan Berpusatkan Bahan. Setiap satu mempunyai kelebihannya masing-masing.

Kaedah Berpusatkan Guru adalah amalam konvensional yang biasa digunakan oleh guru sejak dahulu.

Berpusatkan pelajar merupakan kaedah yang sangat ditekankan pada masa ini kerana ia memberi lebih peluang kepada untuk meneroka, menimbulkan persoalan dan menemui jawapan mereka sendiri melalui rujukan dari pelbagai sumber di mana guru hanya berfungsi sebagai fasilitator, membimbing dan mengawal suasana pembelajaran dan akhirnya membuat rumusan dan kasimpulan terhadap apa yang telah dipelajari.

3

Page 4: Ringkasan rbt3105

Kelebihan bagi kaedah yang berpusatkan bahan pula akan memberi peluang kepada murid untuk memilih sendiri pelbagai bahan yang berkaitan yang ingin mereka gunakan dalam sesuatu sesi pembelajaran. Dengan ini ia akan dapat merangsang minat murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih aktif, tekun dan menyeronokkan. Di samping itu ia dengan sendirinya memberi peluang kepada murid merasai pengalaman membina ilmu dan kemahiran diri sebagai satu proses pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Dalam mana-mana kaedah sekali pun, aktiviti soal jawab adalah sangat penting bagi mengenal pasti masalah murid, menguji tahap kefahaman murid dan untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran. Selain itu sesi soal-jawab bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk memberikan pendapat dan pandangan mereka, memperoleh pelbagai jawapan murid, penglibatan murid yang lebih aktif dan menyeluruh dan untuk meningkatkan tahap keyakinan murid

4