Risalah Ad-Deen Bil. 1

download Risalah Ad-Deen Bil. 1

of 12

Transcript of Risalah Ad-Deen Bil. 1

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    1/12

    Topik SembangKegilaan Remaja

    Terbitan Unit Penerbitan Pusat Islam Universiti Industri Selangor BIL 1 ( JULAI ) 2010

    Membangun Modal Insan Secara Holistik

    http://azizankadir.com/lima-topik-sembang-kegilaan-remaja-teruna-dara.htmlhttp://azizankadir.com/lima-topik-sembang-kegilaan-remaja-teruna-dara.htmlhttp://azizankadir.com/lima-topik-sembang-kegilaan-remaja-teruna-dara.htmlhttp://azizankadir.com/lima-topik-sembang-kegilaan-remaja-teruna-dara.html
  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    2/12

    Pengarah

    - Hj. Mokhtar B. Hj. Ridzwan

    Pegawai HEI/Imam 1

    - Ustaz Mohd Fathur Rahman Bin Kasdiran

    Pegawai HEI/Imam Ustaz

    - UstazAbdul Rahman Bin RidewanPenolong Pendaftar

    - Encik Nurdin Bin Darman

    Pegawai HEI Wanita

    - Ustazah Zahidah Binti Muhd Zain

    Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam

    - Ustazah Noor Azzah Binti Mohd Yusof

    Pembantu Tadbir Agama

    - Ustaz Mohd Azlizad Bin Sulaiman

    Pembantu Tadbir / Bilal

    - Ustaz Mohd Sofyan Bin Razali

    Pembantu Tadbir

    - Cik Nor Fadhilah Binti Mohd Arshad

    Pembantu Tadbir

    - En. Tg. Zainal Abidin Bin Tg. Hilmi Suleman

    AssalamualaikumWrt. Wbt.

    Terlebih dahulu sayamengucapkan terima kasih dan

    syabas kepada Sidang Redaksi risalah Pusat Islamdengan jenama baru Ad-Deen yang lebih menarikdengan menampilkan isu JIHAD ILMU. Sesuai

    dengan situasi UNISEL sebagai gedung ilmu, yangdi dalamnya terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi juga staf samada dari pihak pengurusan atau punakademik.

    JIHAD ILMU menjadi fokus RisalahAd-Deen pada kali ini melihat Sunnah merupakankhazanah intelektual umat Islam sepanjangsejarahnya yang panjang. Dewasa ini sebahagian besar daripada sumber ilmu pengetahuan dan peradaban tersebut semakin terbiar dan terabai.Sebahagian umat Islam tidak lagi memanfaatkan

    jihad ilmu. Sesungguhnya Sunnah menjadi potensiasas dalam pembangunan intelektual dan tamadun

    Justeru itu, umat Islam dituntut untukmembangunkan masyarakat berasaskan ilmu,akidah, ibadah kefahaman dan perundangan sesuaidengan ajaran dan panduan yang diturunkan olehAllah kepada Rasulullah s.a.w ketika mana baginda sedang berada di Gua Hira menerima

    wahyu yang pertama iaitu Surah al-Alaq danselepas itu baginda telah dilantik sebagai nabi danrasul, berjihad menyeru dan mengajak masyarakat

    Arab Jahiliah ke dalam agama Islam yang dibawaoleh baginda. Semoga kita sama-sama berjihad

    meningkatkan kualiti ilmu dari masa ke semasa bagi meningkatkan kualiti kehidupan kita sebagaiinsan yang berilmu, beriman dan bertakwa AllahS.W.T.

    Insan Rabbani Masyarakat Madani

    Wassalam..

    Tn. Hj Mokhtar bin Hj. Ridzwan

    Pengarah Pusat IslamUNISEL

    Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 2

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    3/12

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    4/12

    Assalamualaikum Wrt. Wbt.

    Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurniaNya kerana denganizinNya jua kita masih dapat menjalani kehidupan seharian dan menikmati anugerahNya disamping melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebagaihambaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W yang dikasihipemimpin agung sepanjang zaman.

    Tahniah dan syabas ditujukan khas buat seluruh warga kerja Pusat Islam kerana berjayamenerbitkan risalah edisi pertama tahun 2010 dengan penjenamaan semula menggunakan namaRisalah Ad-Deen. Keluaran kali ini sudah semestinya menampilkan imej baru, pengisian lebihpadat serta topik kupasan yang menarik juga aktiviti yang telah dianjurkan oleh Pusat Islam .

    Dalam edisi pertama ini menyentuh isu berkaitan dengan JIHAD. Sekaligus meraikankedatangan pelajar-pelajar baru ke UNISEL.. Sebenarnya, perlu kita ketahui bahawa konteks jihad amat luas bukan sekadar di medan perang akan tetapi menuntut ilmu juga merupakan

    jihad. Allah S.W.T memberi ganjaran dan kedudukan yang tinggi kepada orang yang menuntutilmu dan mengamalkannya menurut landasan syariat. Di sini saya ingin menyeru kepada semuaagar menyemai budaya cintakan ilmu pengetahuan dan rebutlah peluang sepanjang hayat kita.Justeru itu, perlu ada kesedaran sesama kita agar sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu sertamenerapkan nilai-nilai murni dalam diri ke arah membentuk modal insan yang seimbang dancemerlang di masa akan datang, insyaAllah.

    Diharap paparan edisi kali ini dapat memberi pendedahan mengenai Jihad kepadapembaca. Semoga Risalah Ad-Deen menjadi wadah ilmu memaparkan informasi dari masa kesemasa disamping mempromosikan Pusat Islam UNISEL sebagai pusat ibadah danpembangunan modal insan.

    Terima kasih di atas komitmen dan kesungguhan warga Pusat Islam dan semua pihak yangterlibat memberi sokongan. Semoga usaha kita semua diberkati Allah dan mendapatkeredhaanNya.

    Sekian..

    Wassalam..

    Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 4

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    5/12

    TAKRIF JIHAD

    Perkataan jihad adalah kalimah Bahasa Arabyang telah diserap ke dalam Bahasa Melayu. Fonatik

    kalimah ini sangat ringkas dan mudah. Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah

    al-Juhd ( (yang bererti keberatan dankesusahan.. Dilihat dari sudut ini, maka Jihad berertimencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha

    mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia danideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta

    mendapat keampunan Allah, keredhaan dan rahmat-Nya.

    JIHAD DALAM ISLAM

    Berdasarkan nas-nas al-Quran, terdapat duabahagian jihad. Pertama Jihad Agung ( (aitu jihad keatas nafsu serta menentang tipu daya syaitan.Kedua Jihad Kecil ( )iaitu meliputi bentuk-bentuk Jihad seperti Jihad dengan hati (berdoa) jihad

    dengan lisan (Nasihat dan tutur kata) atau kalam(penulisan), jihad menuntut ilmu, jihad dengan harta(infak dsb) dan seterusnya jihad dengan tubuh badandan nyawa.

    JIHAD MENUNTUT ILMU

    Dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W. telahbersabda yang maksudnya: Sesiapa yang keluaruntuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillahhingga ia kembali.

    Riwayat at-Tarmizi dan Ad-Darimi

    Ulamak tersohor Sheikh Dr Yusof al-Qhardawi

    menjelaskan bahawa pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan insan adalah lebih utama dalam

    melaksanakan jihad. Tarbiyah dan pembinaan yangdimaksudkan ialah pembangunan insan mukmin yangmampu dan sanggup membawa beban dan tugasdakwah, tidak bakhil harta dan jiwa serta teguh dalammenghadapi setiap dugaan dan cubaan yang dilaluinya,

    demi menegakan kalimah Allah S.W.T.. Ibnu

    al-Qaiyim menjelaskan bahawa termasuk jihad melaluibidang ilmu ialah dalamn aspek pembabitan kita dalamaspek-aspek perancangan, termasuk menyediakanperancangan berstrategik, pelaksanaan dan sebagainya.

    CABARAN MENUNTUT ILMU DIZAMAN ERA

    MELENIUM

    Menurut sumber Kementerian Pelajaran danKementerian Pengajian Tinggi pada hari ini terdapatseramai 5.7 juta orang anak-anak kita sedang belajar disekolah-sekolah dan seramai 930,000 orang lagisedang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi awamdan swasta secara formal di seluruh negara. Selain ituterdapat juga orang dewasa dan warga emas sedang

    belajar secara tidak formal di masjid, surau dan kelas-kelas pengajian lain. Tumpuan besar pelajar-pelajaryang mencari dan dahagakan ilmu sebenarnya selaridengan tuntutan Islam. Firman Allah SWT dalamsurah an-Nahl, ayat 43:

    Maksudnya: Dan tidaklah Kami mengutusRasul-rasul sebelummu melainkan orang lelaki, yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah

    kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jikakamu tidak mengetahui.

    Ruang lingkup pendidikan ini amat luas.Iamemerlukan perkhidmatan guru, murabbi danpendakwah yang ramai. Sheikh Dr Yusof al-Qhardawiseorang tokoh ulama semasa yang amat berpengaruhmenyatakan, pendidikan merangkumi keseluruhan

    hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlakdan tingkahlaku, ia bertujuan untuk membentuk manu-sia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisandan kepahitan.

    Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada

    semua orang Islam bahawa menuntut ilmu itu sebagaisatu kewajipan dan ia digolongkan sebagai suatu usahajihad.

    Berdasarkan pengiktirafan Allah di atas, maka

    sewajarnyalah sebagai seorang hamba yang inginmencapai kejayaan dunia dan akhirat meletakkan diri

    ke dalam kelompok jihad menuntut ilmu, ia sebagaisatu cita-cita yang cukup murni. Cabaran ini harusdiraih dan direbut oleh semua remaja khususnya maha-

    siswa dan mahasiswi untuk melaksanakan cita-citamurni ini.

    Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 5

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    6/12

    Ahli suffah merupakan satu kumpulan sahabatRasulullah s.a.w yang tinggal di masjid Baginda S.A.Wdalam tarbiah Baginda. Tiada satu pengurusan tetapuntuk sumber perbelanjaan mereka. Mereka seolah-olahtetamu Rasulullah S.A.W yang hidup hanya denganapa-apa sahaja yang datang kepada Baginda S.A.W seba-

    gai hadiah ataupun sedekah.

    Apabila perkembangan Islam telah pesat ternyata

    peranan ahli suffah sangat penting. Tindakan Rasulullahs.a.w menyediakan tempat di beranda masjid bagindas.a.w untuk satu kelompok yang menjadi ahli masjidmerupakan satu tindakan yang sangat berhikmah. Ahli

    suffah yang juga ahli masjid Rasulullah s.a.w me-rupakan kumpulan yang paling hampir dengan baginda s.a.w. Mereka yangmula-mula mendengar pengajaranRasulullah s.a.w. Mereka sentiasahadir di dalam majlis baginda s.a.w.Mereka mempelajari al-Quran secaralangsung daripada Rasulullah s.a.w.

    Peranan mereka adalah umpamakutubkhanah yang menyimpan segalamacam pengajaran Nabi Muhammads.a.w. Mereka hanya menceburi satu bidang sahaja dalam kehidupan ini,

    iaitulah bidang ilmu Rasulullah s.a.w.Dari kalangan mereka terdapat orang-orang yang sangat mendalam pengeta-huan mereka tentang agama Islam.

    Khazanah ilmu agama itulah yang memainkan peranan penting sebagai mubaligh yang menyampaikan

    ajaran Islam kepada kaum Muslimin yang tidak sempathadir di dalam majlis Rasulullah s.a.w dan juga kepadamereka yang baharu memeluk agama Islam. Ahli suffah,

    atau ahli masjid Nabi s.a.w pada zaman Rasulullah s.a.wmerupakan golongan yang bekerja di dalam bidang ilmu

    sepanjang masa.

    Mereka merupakan gedung ilmu dan juga penye- bar ilmu. Al-Quran memberikan perhatian istimewakepada ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w, atau ahli ilmu

    itu. Allah s.w.t memperakui kepentingan sumbanganmereka kepada perkembangan agama-Nya.

    Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakirmiskin Yang telah menentukan dirinya (dengan

    menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah

    (membela Islam), Yang tidak berupaya mengembara dimuka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu

    disangka: orang kaya - oleh orang Yang tidakmengetahui halnya, kerana mereka menahan diri

    daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka Dengan(melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka

    tidak meminta kepada orang ramai Denganmendesak-desak. dan (ketahuilah), apa jua Yang kamubelanjakan dari harta Yang halal maka Sesungguhnya

    Allah sentiasa mengetahuinya.

    ( Ayat 273 : Surah al-Baqarah )

    Ahli suffah pada zaman Rasulullah s.a.wmerupakan orang yang tidak memiliki apa-apa dan tidak

    berkehendakkan apa-apa kecuali AllahS.W.T dan Rasul-Nya. Merekadikenali sebagai fakir yang terikat pada jalan Allah s.w.t. Jalan Allah s.w.t bu-kan semata-mata berperang mengang-kat senjata. Memelihara al-

    Quran dan al-Hadis juga merupakan jihad yang besar. Perkem- bangan Islam yang pesat me-merlukan tenaga yang khusus dalam bidang tersebut. Urusan memelihara

    ilmu agama sangat penting. Jika tenagakhusus itu disalurkan kepada bidang

    pekerjaan harian maka urusanpemeliharaan ilmu agama akan terjejas,

    sedangkan ianya sangatlah penting bagi perkembangan

    agama.

    Al-Quran menganjurkan agar sebahagian daripada umatIslam tidak keluar berperang. Jihad bagi golongan yangdibenarkan tidak keluar ke medan perang itu adalahmemperdalamkan dan mengembangkan ilmu agama.

    Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yangberiman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu,

    hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puakdi antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu

    mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntutdi dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar

    kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang

    itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan merekadapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

    ( Ayat 122 : Surah at-Taubah )

    Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 6

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    7/12

    Tuhan telah memberikan garisan pembahagian

    tugas dalam pembangunan masyarakat dan perkembangan agama. Berperang mengangkat senjatadan berjuang mengembangkan ilmu agama sama-samamendapat penghargaan dari Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w

    bersabda yang bermaksud: Manusia yang paling ham-pir dengan darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli ilmu

    menunjukkan kepada manusia apa yang dibawa oleh

    Rasul. Ahli jihad pula berjuang dengan pedang merekamembawa apa yang dibawa oleh Rasul.

    Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud: Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang dengandarah syuhada.

    Ahli Suffah pada zaman Rasulullah s.a.wmerupakan orang-orang yang menyediakan diri mereka

    semata-mata untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan ilmu al-Quran dan Hadisdan juga segala jenis ilmu agama. Mereka memancarkan

    ilmu-ilmu tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi.

    Jihad yang paling besar adalah jihad mengangkatsenjata dan orang yang mati kerananya memperolehisyahid. Pekerjaan yang begitu besar dan muliadikecualikan daripada ahli ilmu sepenuh masa, apa lagipekerjaan yang berhubung dengan urusan mengisi perut .Pada zaman Rasulullah s.a.w, golongan yang bekerjakhusus dalam bidang ilmu agama itu ditanggung olehpemerintah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri.

    Oleh kerana ahli ilmu itu tidak melibatkan diridalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak dapat

    mengecapi kemewahan dan kesenangan. Mereka hidupdi dalam kefakiran. Mereka fakir pada pandangan duniatetapi kaya dengan ilmu Tuhan dan Rasul-Nya.Lidah dan pena mereka adalah pedang jihad mereka.Ilmu yang mereka pelajari dan sebarkan itulah darah

    syahid mereka. Rasulullah s.a.w memperakui bahawagolongan demikian sebagai kumpulan yang paling

    hampir dengan darjat kenabian.

    Kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah

    s.a.w bermula di Madinah. Semakin besar kerajaan Islamsemakin besar dan berat tugas yang dipikul olehRasulullah s.a.w. Baginda s.a.w dibantu oleh empatorang Menteri Kanan. Mereka adalah Abu Bakar,

    Umar, Usman dan Ali. Siapa pula kakitangan kerajaanyang membantu Rasulullah s.a.w dan Menteri-menteri baginda s.a.w? Mereka adalah ahli suffah yang bekerjasepenuh masa untuk Rasulullah s.a.w. Kebanyakan dari-pada masa baginda s.a.w dihabiskan di dalam masjid.

    Pengajaran, perancangan, strategi, polisi, wawasandan lain-lain keluar daripada Rasulullah s.a.w dan

    disebarkan oleh ahli suffah. Mereka menyampaikan berita yang Rasulullah s.a.w mahu sampaikan kepada

    kaum Muslimin. Ahli suffah yang bergerak mempastikanlatihan ketenteraan berjalan dengan teratur sebagai

    persiapan mempertahankan agama dan negara Islam.

    Ahli suffah yang mengatur pembuatan senjata-senjata perang seperti baju besi dan pedang. Ahli suffah juga menggerakkan kaum Muslimin mempersiapkanunta dan kuda mereka supaya apabila diperlukan se-muanya berada dalam keadaan siap sedia. kehadiran ahli

    suffah atau ahli masjid Nabi s.a.w itulah yang memu-dahkan Rasulullah s.a.w mentadbir negara Islam dari

    dalam masjid baginda s.a.w. Ketika bilangan tentera Is-lam masih sedikit, ahli suffah ikut serta berperang. Jadi,ahli suffah adalah satu kumpulan yang sangat aktifbekerja untuk Allah s.w.t dan Rasul-Nya tanpa gaji. Apayang Rasulullah s.a.w berikan itulah bahagian mereka

    bagi menyara kehidupan mereka. Mereka redha denganyang demikian. Mereka lebih suka nama mereka tidak

    dikenali kerana mereka tidak mencari nama dan kebe-saran. Apa yang mereka cari hanyalah keredhaan Allahs.w.t dan Rasul-Nya. Semoga Allah memberi kita taufiq

    dan hidayah untuk mencontohi kehidupan mereka dalammenuntut ilmu.

    (Rujukan : Hayatus Sahabah dalam Bab Semangat danKesungguhan Terhadap Ilmu)

    Ilmu mereka adalah percikan ilmu

    nabi-nabi. Rohani mereka adalah

    cermin jernih yang menerima

    pancaran cahaya kenabian.

    Golongan seperti ini akan dihantarkan

    Tuhan dari masa ke masa pada setiap

    zaman. Tugas mereka adalah

    memperbaiki kerosakan yang berlaku

    pada ilmu agama, terutamanya dalamperkara akidah.

    Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 7

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    8/12

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    9/12

    Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 9

    Topik

    Sembang

    Bila orang tanya saya apa topik paling bestuntuk

    dibincangkan semasa bersama kawan kawan, saya akanjawab cerita bola sepak. Kalau tuan tuan puan puan yang

    mengajukan soalan tersebut pada saya, jawapan sayasudah pasti bercerita tentang pasangan terutama awekawek. Sesuai dengan tajuk bukan? Teruna dara. Ehem!

    Ehem!

    Sudah menjadi kepastian bagi kita, apabilabertemu kawan kawan tak kira di mana jua asalkan ada

    masa dan ruang mesti ada topik yang hendakdibincangkan. Topik yang dimaksudkan mungkin yang

    telah dirancangkan dan mungkin juga topik yangterlintas dalam fikiran kita. Kejadian ini berlaku apabila bertemu kawan kawan lama yang sudah lama tidak

    bersua muka.

    Berbalik pada tajuk kita kali ini, topik utama yang

    menjadi kegilaan remaja untuk dibincangkan ketika bersama kawan kawan. Bila bercakap tentang isu ini

    sudah semestinya banyak benda yang boleh dikongsikan

    bersama kawan kawan tetapi di sini saya ingin menulis

    hanya untuk lima topik utama sahaja. Yang selebihnya

    tuan puan boleh tambah bersama kawan-kawan nanti.

    1. Topik berkaitan kehidupan seharian

    Bercerita dan berkongsi tentang kehidupan se-

    harain dengan kawan kawan memang manis. Kehidupan

    seharian yang saya maksudkan termasuklah khabar danaktiviti seharian mereka. Topik ini lagi manis sekiranya

    bersembang dengan kawan yang sudah lama kita tak

    jumpa. Menang banyak benda yang boleh dikongsikan.

    2. Topik berkaitan gosip

    Saya rasa semua orang suka akan topik ini. Setuju atautidak? Itu terpulang pada anda. Biasalah manusia, me-mang tak dapat dipisahkan dengan gosip. Lagi lagi re-

    maja sekarang yang mudah terpengaruh dengan keadaan

    semasa. Gosip di sini kalau nak di bahaskan memang takakan habis. Gosip scandal menjadi kegilaan bagi remajaterutama mereka yang tengah mabuk bercinta. Kisahcurang, u jump i jumpa hangat diperkatakan dengan

    kawan kawan.

    3. Topik berkaitan dunia sukan

    Bila bercakap tentang sukan sudah semestinya

    orang akan fikir tentang bola sepak. Untuk lebih spesifik bola sepak eropah iaitu epl lagilah sekarang musim

    world cup. Memang tidak dinafikan, masa yangdiluangkan di kedai mamak tidak mencukupi untukbercerita satu persatu tentang bola sepak. Kadang kadangtopik ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati apabilakawan anda bercerita yang bukan bukan mengenai

    pasukan kegemaran anda. Perlu ingat, bola sepak bolehmenyebabkan kawan menjadi lawan. Lelaki atau

    perempuan? Yang mane sesuai bercerita tentang topikini. Semuanya sama, apa yang kita lihat sekarang iniremaja perempuan pun dah ramai bercerita tentang bolasepak, siapa idola mereka dan siapa pemain yang paling

    kacak pada pandangan mereka.

    4. Topik berkaitan bisnes

    Dunia sekarang, bukan sahaja mereka yang bekerjaya sahaja suka bercakap mengenai topik inisemasa bersama kawan kawan, malahan para remaja jugagemar meluangkan masa bersama sama untuk berbincang tentang topik ini. Sepanjang pemerhatiansaya, sudah ramai remaja masa kini suka berdikari.

    Berdikari bermakna dapat menguruskan diri sendiritanpa bantuan orang lain. Untuk memastikan perkara ini

    berjalan dengan lancar, bisnes adalah jalan terbaik bagiremaja untuk memajukan diri sendiri. Kawan kawanadalah orang yang paling dekat untuk mendapatkan

    sesuatu pendapat tentang perkara yang mereka lakukan

    itu. MLM adalah bisnes yang paling ketara para remajalakukan sekarang.

    5. Topik berkaitan pasangan (pakwe dan awek)

    Kisah cinta memang tak dapat dipisahkan dengankehidupan remaja. Bila berjumpa kawan kawan, mestitopik ini tidak dilupakan. Setuju? Kalau setuju andaadalah salah seorang daripada mereka yang sukasembang mengenai cinta. Mana taknya, lepak kedai

    mamak dengan tujuan asal untuk menonton bola sepak

    dan disebabkan seorang awek lalu depan mata topik taditerus bertukar. Dan dari saat ini, bermulalah debatsehinggakan mereka yang tiada teman lelaki/perempuan pun mengaku mempunyai pasangan bagi mengelakkan

    mereka ditertawa kawan kawan. Dunia oh dunia!

    http://azizankadir.com/lima-topik-sembang-kegilaan-remaja-teruna-dara.htmlhttp://azizankadir.com/lima-topik-sembang-kegilaan-remaja-teruna-dara.htmlhttp://azizankadir.com/lima-topik-sembang-kegilaan-remaja-teruna-dara.htmlhttp://azizankadir.com/lima-topik-sembang-kegilaan-remaja-teruna-dara.html
  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    10/12

    Kepada Mahasiswa UNISEL..

    Umat Islam diikat dengan perjanjian dan ikrar duakalimah syahadah. Dengan ini, kita telah pun memeteraisatu akuan sumpah untuk saling memelihara darah, hartadan kehormatan di antara satu sama lain. Menurut satuhadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, bahawa

    Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku telahdiperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalahmereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allahdan Muhammad adalah Rasulullah, dan merekamengerjakan solat serta memberi zakat. Maka sekiranyamereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah(nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku

    kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan merekaadalah atas ketentuan Allah."

    (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

    Berdasarkan hadis di atas, kita sebagai umat Islamperlu mengetahui bahawa seluruh umat Islam yang sama

    -sama mengucapkan dua kalimah syahadah berada dalamsatu keterikatan yang mengikat mereka salingbergandingan dan memikul tanggungjawab memberikan bantuan ketika saudara-saudara Islam ditimpa musibahdan ancaman terhadap nyawa, harta-benda dan maruahmereka.

    Mahasiswa UNISEL yang dihormati..

    Umat Islam di Palestin adalah saudara-saudara kitayang sama-sama mengucapkan dua kalimah syahadah.

    Sepanjang penindasan yang berlaku semenjak tahun

    1948 dengan kemasukan kaum Yahudi ke bumi Palestindan menyebabkan sebahagian penduduknya yang men- jadi pelarian, apakah peranan kita dalam menjalankantanggungjawab dua kalimah syahadah ini? Sehingga

    kini, angka pelarian telah mencecah lebih 9 juta orang.Sementara kematian dan pembunuhan pula masih

    berlaku hari demi hari

    Dalam hal ini, umat Islam perlu kembali memikultanggungjawab mereka mendokong saudara-saudaramereka yang memerlukan sokongan dan bantuan. Sama

    ada dari segi material dan spiritual. Sekurang-kurangnya

    ialah dengan tidak mendampingkan diri denganmusuh-musuh Allah yang menindas saudara-saudara kitadi mana sahaja di atas muka bumi ini.

    Tentang sikap para pemimpin Arab dan umat

    Islam pada hari ini yang bermuka-muka dan berjabattangan dengan Presiden Bush, rukuk serta sujud kepada polisi luar Amerika Syarikat, saya ingin menyebuttentang apa yang pernah dinyatakan oleh Syeikh Dr.Muhammed Mahmoud Seyam, mantan Imam dan KhatibMasjid al-Aqsa yang kini menetap di Yaman.Kata beliau: "Saya tidak menganggap mereka itu sebagai

    sebahagian dari tubuh umat (Islam). Kerana Allah S.W.Ttelah menegaskan di dalam al-Quran; "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi teman-teman rapat(mu); sebahagian mereka adalah pelindung bagi sebahagian yang lain. Sesiapa di antara kamumengambil mereka menjadi pelindung (teman rapat),

    Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golonganmereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjukkepada orang-orang yang zalim." (Surah al-Maidah: 51)Jadi mereka (pemimpin-pemimpin itu) adalah termasukdalam golongan mereka (musuh-musuh) dan bukan seba-hagian daripada umat ini.

    Kerana itu, keterikatan kita dalam tubuh umatIslam ini mestilah dibina dengan dua kalimah syahadah.Apabila memahami nilai persaudaraan ini, kitaperhatikan sabdaRasulullah s.a.w: "Jadilah kamu semuasebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorangmuslim adalah saudara bagi seorang muslim (yang lain).

    Janganlah dia menzaliminya, dan janganlahmengabaikan dia apabila dia memerlukan pertolongan,dan janganlah memperkecilkannya.."

    (Hadis riwayat Imam Muslim)

    Pada hari ini, secara tidak langsung umat Islamtelah bersikap zalim, bersekongkol dengan AmerikaSyarikat untuk menekan rakyat Palestin khususnya baginegara-negara umat Islam yang bersempadan. Kita tidak

    memberikan pertolongan apabila mereka mengharapkanpembelaan daripada kita. Malah terdapat golongan dalam

    masyarakat muslimin yang memperlekeh perjuanganrakyat Palestin menentang regim Yahudi dengan menge-

    jek; 'setakat baling batu apa yang dapat?'. Kesemua inimenunjukkan bahawa kita telah jauh dari petunjuk Nabis.a.w dalam hadis di atas. Di penghujung hadis sahih

    tersebut, Rasulullah s.a.w menegaskan: "..setiap muslim

    terhadap muslim yang lain, haram menumpahkandarahnya, merampas hartanya dan menjatuhkan ma-ruahnya."

    Sabda Rasulullah s.a.w: "Peumpamaan orang-orang yang beriman itu padakasih-sayang, rasa belas dan ikatan sesama mereka adalah umpama

    satu jasad,sekiranya satu anggota jasad merasai kesakitan maka yang

    seluruh jasad juga akan turut merasai sakit."

    Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 10

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    11/12

    Unit Penerbitan Pusat Islam UNISEL M/S 11

    PROGRAM JAMBORI AMAL ISLAMI MAPPIS

    Program Jambori Amal Islami MAPPIS anjuran

    bersama Kerajaan Negeri Selangor dengan Majlis

    Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor(MAPPIS) dan Universiti Industri Selangor (UNISEL)

    telah diadakan pada 4, 5 dan 6 Jun 2010 bersamaan 21,22 dan 23 Jamadilakhir 1431H. Program 3 hari ini

    berlangsung di Universiti Industri Selangor.

    Perasmian pembukaan dilancarkan oleh YB. Dr.

    Hjh. Halimah Ali pada 4 Jun 2010, jam 8.00 malam

    bertempat di Masjid Unisel dengan dihadiri oleh semua

    sekolah yang mengambil bahagian dan warga Unisel yang

    terlibat. Jumlah penyertaan adalah sebanyak 18 buah

    sekolah dari seluruh Negeri Selangor antaranya, adalahSek. Men. Islam Al Amin, Sekolah Islam Puchong dan

    Sek Men Hira Jeram.

    Program terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Amal

    Islami dan Acara Sukan. Antara pertandingan Amal Islami

    ialah Tilawah Al-Quran, Azan, Hafazan dan Nasyid.

    Manakala Acara Sukan pula badminton, pingpong dan

    Sepak takraw.

    Majlis penutupan Jambori Amal Islami dilaksana-

    kan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato

    Abdul Khalid Ibrahim dan turut menyampaikan hadiahkemenangan kepada semua sekolah yang berjaya.

    PROGRAM SEKOLAH SAHABAT UNISEL

    2010 (SSU10) DENGAN KERJASAMA

    JABATAN PELAJARAN SELANGOR

    Program Sekolah Sahabat Unisel 2010 (SSU10)

    telah diadakan pada 7 - 9 Jun 2010 bersamaan 24 26 Ja-madilakhir 1431 H, bertempat di Unisel, Kampus Bestari

    Jaya. Program ini sertai oleh 10 buah sekolah dari Negeri

    Selangor, dan setiap sekolah menghantar 40 orang peserta

    bagi mengikuti program ini.

    Antara pengisian program yang dijalankan adalah

    Ice Breaking oleh Dekan Fakulti Sains Sosial Prof Dr.Zaidi Mohd Hajazi, Study Skill bersama pakar motivasi

    Smart Learning, Kuliah Subuh/ Maghrib dan Program Qi-

    yamullail. Secara Keseluruhan program berjalan dengan

    baik dan lancar, Semua peserta berpuas hati terhadap pro-gram yang dianjurkan dan berharap dapat diteruskan seba-

    gai program tahunan.

    Majlis diakhiri dengan Majlis penyampaian Sijil

    Penyertaan dan Penghargaan SSU10 oleh Prof Dr. Hj.

    Anuar Hj. Ahmad di Dewan Utama Unisel kepada semuapeserta yang terlibat.

    Sekalung penghargaan khas buat :- Cik Nor Fadhilah binti Mohd Arshad

    ( 21.12.2009 - 23.6.2010 )Kerana melanjutkan pengajian keUniversiti Kebangsaan Malaysia.

    - En. Tg. Zainal Abidin bin Tg. Hilmi Suleman( 21.12.2009 - 2.7.2010)Bertukar ke Unit Pembangunan UNISEL

    di atas komitmenyang diberikan selama berkhidmat diPusat Islam kami mengucapkan

  • 8/2/2019 Risalah Ad-Deen Bil. 1

    12/12

    Pada kita derita itu

    pada gagalnya peperiksaanlaparnya perut pada makanan

    putusnya cinta pada kekasih pujaanjauhnya ibu ayah dari dakapan

    juga habisnya duit dalam bekalan

    Pada mereka derita ituApabila rumah kediaman digesel trakHarta benda serba serbi dirompak

    Maruah keluarga dipijak-pijakAnak bini dicincang oleh manusia tak berotak

    Tanah air Islam diinjak-injak

    Irama kitaAdalah suara Siti yang merduAtau muzik rock yang bingit melegakan

    Atau suara nasyid yang mendayu-dayu

    Irama merekaBulddozer yang menghiasi setiap pagiKetulan batu yang dicampak ke muka yahudi

    Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

    Sungguh sukar kita berada di tempat merekaKita masih tak sanggup

    Menerima ujian sedemikian mereka

    Berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara

    Berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik

    Adalah Buat selama-lamanya

    Tanggisnya kita di dunia adalah keranaGagalnya kita dalam ujianPutusnya cinta atau geramnya pada manusiatanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat

    Membunuh musuh Allah

    Kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

    Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercintaPada kekayaan melimpa ruahpada umur yang panjang

    agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

    Rindu mereka pada wangian syurga tertinggipada syahid tanpa hentipada perjumpaan teragung

    dengan Ilahi tercinta

    Siapakah kita berbanding mereka?!

    Sempena kehadiran yang dirindui, Ramadhan Al-Mubarak,

    pada bulan hadapan, sukacita pihak kami mengalu-alukansumbangan dana untuk mengadakan pelbagai programSemarak Ibadah yang akan dianjurkan sepanjang bulanmulia ini. Segala sumbangan boleh disalurkan kepadaImam Masjid Unisel, Ustaz Mohd Fathur Rahman binKasdiran selaku Penyelaras Program IhyaRamadhan2010.

    Pihak kami juga menawarkan ruangan iklan kepadamana-mana pihak yang berminat untuk mempromosikanbarangan, produk dan perkhidmatan mereka.

    Dimaklumkan untuk terbitan akan datang, RisalahAd-Deen akan membuka ruang Soal Jawab Agama.Justeru, warga kampus yang mempunyai kemushkilan

    bolehlah mengemukakan persolan kepada pihak kamimelalui [email protected]

    Email :

    Tel : 03 - 3280 5035 /5059 / 5140 / 5132 / 5134Pusat Islam ,Universiti Industri Selangor , Jalan Timur Tambahan ,

    45600 B t B j t i S l D l Eh