Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... ·...

17
1 Risalah Malam Nisfu Syaban Muqaddimah Alhamdulillah, dengan izin Allah , risalah kecil ini dapat disempurnakan atas permintaan ikhwan dan ahli-ahli pengajian talaqi. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat Al-Khair al-Kathir (kebaikan yang banyak). Risalah ini disusun dalam waktu yang agak terbatas dan singkat. Justeru, Al-Faqir mengharapkan teguran dan pembetulan daripada para masyaikh dan pembaca budiman jika terdapat kesalahan di dalam risalah ini.

Transcript of Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... ·...

Page 1: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

1

Risalah Malam Nisfu Sya’ban

Muqaddimah

Alhamdulillah, dengan izin Allah , risalah kecil ini dapat disempurnakan atas permintaan ikhwan dan

ahli-ahli pengajian talaqi. Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat Al-Khair

al-Kathir (kebaikan yang banyak). Risalah ini disusun dalam waktu yang agak terbatas dan singkat.

Justeru, Al-Faqir mengharapkan teguran dan pembetulan daripada para masyaikh dan pembaca budiman

jika terdapat kesalahan di dalam risalah ini.

Page 2: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

2

MALAM NISFU SYA’BAN

(A) PENGERTIAN, KELEBIHAN DAN PERBAHASAN

(a) Pengertian

Malam Nisfu Sya’ban ialah malam ke 15 dari bulan Sya’ban.

(b) Kelebihan

Hadith-hadith mengenai kelebihan Malam Nisfu Sya’ban

Sayyiduna Mu’az bin Jabal1 berkata: Rasulullah bersabda:

"Allah menilik kepada seluruh makhlukNya pada malam Nisfu Sya'ban, lalu Dia mengampunkan seluruh

makhlukNya melainkan orang musyrik (orang yang menyekutukan Allah) dan musyahin (orang yang suka

bermusuhan)2.

Sayyidatuna ‘Aisyah3 berkata:

“Aku pernah ditinggalkan Nabi pada satu malam, lalu aku keluar untuk mencarinya. Pada waktu itu,

Baginda sedang berada di Baqi’ dalam keadaan kepala mendongak ke langit, lalu Baginda bertanya:

Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut sekiranya Allah murka kepadamu dan RasulNya? Aku menjawab: Itulah

yang aku tidak mahu tetapi aku menyangka engkau pergi ke rumah isteri-isterimu yang lain. Lalu Baginda

bersabda: Sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban, lalu

Dia mengampuni hamba-hambaNya lebih ramai daripada bilangan bulu-bulu kambing Bani Kilab.”4

1 Beliau ialah Muaz bin Jabal bin Amr bin Aus al-Khazraji, dipanggil “Abu Abdur Rahman”, dilahirkan di Madinah. Allah

mengurniakan kepadanya kepandaian berbahasa serta mempunyai tutur kata yang indah. Meninggal tahun 18H ketika terjadi wabak di

Jordan ketika berusia 33 tahun. 2 Hadith Shahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, Ibn Majah, Ath-Thobrani dan Ibn Hibban di dalam Shahihnya.

3 Salah seorang Ummahat al-Mukminin, isteri Nabi dan anak Abu Bakar ash-Shiddiq. Menjadi rujukan para sahabat dalam urusan

fatwa dan pelbagai kemusykilan kerana beliau paling banyak tahu hal ehwal Rasulullah dan wahyu. Beliau meninggal pada 57H. 4 Riwayat Ibn Majah, Ad-Darquthni dan Imam Ahmad. Lihat Al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqiq (Salah Faham Terhadap

Bid’ah), ms. 144-145. Bani Kilab adalah antara qabilah yang paling banyak memelihara kambing.

Page 3: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

3

Imam Al-Ashbahani5 telah meriwayatkan di dalam At-Targhib daripada Sayyiduna Mu’az bin Jabal

berkata, Rasulullah bersabda:

“Sesiapa menghidupkan malam-malam yang lima wajiblah baginya syurga; malam yang kelapan daripada

Zulhijjah, (riwayat lain: malam 'Arafah, malam Raya Haji, malam Raya Puasa) dan malam Nisfu Sya’ban."

Pendapat para Ulama’

Malam Nisfu Sya’ban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Imam Asy-Syafi’e6 berkata

di dalam kitabnya Al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada

malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan

malam Nisfu Sya'ban."

Seorang Waliyullah, Al-Alim al-Allamah Asy-Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linqi

al-Malayuwi, mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus, dalam karangannya Tuhfah al-Authon wa al-

Ikhwan menulis:

“Di sisi ulama’ kita Ahlus Sunnah wal Jama’ah, kelebihan malam Nisfu Sya’ban ini adalah thabit melalui

beberapa hadith yang boleh dijadikan dalil dan hujah dalam bab Fadha’il. Syaikh Muhammad bin Abd ar-

Rahman al-Mubarakfuri7 rhm. dalam "Tuhfatul Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tirmizi", juzuk 3 muka surat

442 menyatakan antara lain:- ..”. Hadith-hadith fadhilat malam Nisfu Sya’ban itu secara keseluruhan adalah

hujah yang mematahkan pendapat yang mengatakan bahawa tidak ada satu dalil pun tentang fadhilah

malam Nisfu Sya'baan."8

Al-Hafiz al-Muhaddith asy-Syaikh Salim as-Sanhuri al-Maliki9 telah menulis risalah yang sangat berguna

dalam menerang dan membincangkan kelebihan malam ini dengan judul Risalah al-Kasyf wa al-Bayan

5 Beliau ialah Imam Abu Nu‟aim Ahmad bin Abdullah bin Ahmad al-Mihrani al-Ashbahani. Dilahirkan pada tahun 336H. Al-Hafiz,

Ath-Thiqah, Al-Allamah. Antara gurunya ialah guru kepada para muhaddithin iaitu Imam Al-Ajurri. Meninggal pada tahun 425H. 6 Beliau ialah Muhammad bin Idris, dan digelar Abu Abdullah. Dilahirkan di Gazza, selatan Palestin, pada tahun 150H. Pada hari

kelahirannya, dua orang ulama‟ besar telah meninggal dunia pada hari yang sama iaitu Imam Abu Hanifah di Baghdad dan Imam Ibn

Juraij al-Makki, mufti Hijaz di Makkah. Ulama‟ ahli firasat mentafsirkan bahawa ia adalah tanda yang Imam Syafi‟e akan

menggantikan tempat mereka dari segi kedalaman ilmu dan ketokohannya. Imam Syafi‟e berketurunan Rasulullah . Menghafaz

Al-Qur‟an ketika berumur 7 tahun dan umur 11 tahun, sudah menghafal kitab Al-Muwaththo’. Diberi kepercayaan oleh gurunya

untuk berfatwa ketika berumur 15 tahun. Meninggal di Mesir pada tahun 204H dalam usia 54 tahun, selepas menunaikan solat

Maghrib, malam Jumaat, akhir bulan Rejab dan dimakamkan pada hari Jumaat. 7 Beliau ialah Syaikh Shafiy ar-Rahman Muhammad Abd ar-Rahman bin Abd ar-Rahim al-Mubarakfuri, salah seorang ahli hadith dan

ulama‟ besar Islam dari India. Penulis kitab sirah terkenal Ar-Rahiq al-Makhtum. Meninggal pada hari Jumaat, 1 Disember 2006,

selepas solat Jumaat di Mubarakfur, India. 8 ms. 74-77. 9 salah seorang ulama‟ besar Al-Azhar asy-Syarif pada kurun ke-8.

Page 4: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

4

‘an Fadha’il Lailah an-Nishf min Sya’ban10. Kitab ini kemudiannya diterjemahkan oleh Syaikhuna, Syaikh

Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki11 dengan judul Kelebihan Malam Nisfu Sya’aban12.

Al-Allamah al-Imam al-Musnid, Syaikh Zahid al-Kauthari13 dalam tulisannya Lailah an-Nishf min Sya’ban

mengatakan:

“Malam Nisfu Sya’aban adalah malam yang telah menjadi adat untuk umat menghidupkannya

dengan rangkaian amalan dan memanjatkan doa kepada Yang Mengabulkan segala hajat,

Jalla jalaluh, kerana terdapatnya athar yang warid tentang kelebihannya. Ia juga

mengkhabarkan berita gembira kepada kita dengan dekatnya ketibaan bulan puasa agar kita

bersedia menghadapinya.

Dan telah menulis Ahlil Ilm dulu dan sekarang tentang kelebihan malam tersebut dalam

tulisan-tulisan mereka yang khusus umpamanya ditulis oleh An-Najm al-Ghithi, Ibn Hajar al-

Makki, Ali al-Qari, Salim as-Sanhuri dan selain mereka dalam risalah-risalah mereka yang

khusus dalam perbahasan ini. Dan antara yang paling bermanfaat yang ditulis tentang

kelebihan malam-malam dan hari-hari yang barakah ialah kitab Al-Latho’if (iaitu kitab

Latho’if al-Ma’arif) karangan Ibn Rajab al-Hanbali14 yang telah dicetak dan beredar di

tangan-tangan pembaca.”15

Al-Muhaddith al-Alim al-Allamah, al-Habib Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki16 juga telah menulis

karangan khusus mengenai kelebihan dan amalan bulan Sya’ban dalam kitabnya Maza fi Sya’ban17.

Antara ulama’ dunia Melayu yang memperkatakan tentang kelebihan Nisfu Sya’ban ini ialah Syaikh Wan

Ahmad al-Fathani18 dalam kitabnya Badai’ azh-Zhuhur, dan ramai lagi.

10 Risalah al-Kasyf wa al-Bayan ‘an Fadha’il Lailah an-Nishf min Sya’ban, tahqiq Al-Arif billah Syaikh Soleh al-Jaafari, Qahirah:

Dar Jawami‟ al-Kalim, t.t. Asy-Syaikh Salim as-Sanhuri mengatakan bahawa apa yang ditulisnya adalah ringkasan daripada kata-kata

dan pendapat syaikh mereka iaitu Syaikh al-Islam, Syaikh Najm ad-Din al-Ghaithi. 11 Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin ar-Rambawi al-Maliki, dilahirkan pada 29 Sya‟ban 1394H bersamaan 16 September

1974M di Kampung Chenong, Rembau Negeri Sembilan. Graduan lepasan Universiti Al-Azhar. Dalam usia 32 tahun, beliau telah

berjaya menghasilkan 115 buah kitab pelbagai disiplin ilmu termasuk 12 kitab berbahasa Arab. Dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa

Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Agama Negeri Sembilan. Menerima Anugerah Khas Ma’al Hijrah 1427 (2005) peringkat Negeri

Sembilan. Beliau aktif berdakwah sehingga kini. 12 Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Pertama, 1423H/ 2002M. 13 Beliau ialah Muhammad Zahid ibn Al-Hasan al-Kauthari. Dilahirkan pada tahun 1296H dan meninggal pada tahun 1371H (1296M)

pada usia 75 tahun. Dikebumikan di Syari‟ al-Fakhr ar-Razi, di hadapan Masjid al-Kahlawi. Seorang faqih Hanafi dan alim. Syaikh

Islam paling akhir dalam pemerintahan Empayar Uthmaniyah. Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, beliau berpindah ke Mesir,

kemudian ke Syam dan kemudiannya ke Mesir semula. Menulis karangan-karangan yang bermutu dalam bidang feqah, hadith dan

ushul. 14 Beliau ialah Zain ad-Din, Abu al-Farj Abd ar-Rahman ibn Ahmad ibn Abd ar-Rahman ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Abi al-

Barakat Mas‟ud as-Sulami al-Baghdadi al-Hanbali. Dilahirkan di kota Baghdad pada tahun 736H. Beliau telah menghasilkan kitab-

kitab yang bermutu tinggi dan menjadi rujukan kemudiannya. Beliau meninggal pada malam Isnin bersamaan 4 Ramadan tahun 795H

dalam usia 59 tahun di Damsyik dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Bab ash-Shaghir. 15 Lihat Lailah an-Nishf min Sya’ban dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 513. 16 Al-Allamah al-Muhaddith al-Arif billah, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani. Keluarga Maliki merupakan salah satu

keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah melahirkan alim ulama‟ besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah sejak

berkurun lama. Menghafaz Al-Qur‟an ketika usianya 7 tahun dan hafal Al-Muwattha’ pada usia 15 tahun. Pada usianya 25 tahun,

beliau meraih gelar doktor (Phd) dengan mumtaz (cemerlang) dalam Ilmu Hadith di bawah bimbingan ulama‟ besar Mesir, Prof. Dr.

Syaikh Muhammad Abu Zahrah. Beliau menguasai ilmu-ilmu yang pelbagai di dalam Islam. Kitab-kitab karangannya mencecah

ratusan buah dalam bidang Aqidah, Tafsir, Hadith, Sirah, Feqah, Ushul Feqah, Tasawwuf dan lain-lain. Beliau meninggal pada Subuh

hari Jumaat, 15 Ramadhan 1425H di Makkah al-Mukarramah. 17 Mengenai doa yang selalu dibaca pada malam Nisfu Sya‟ban, Sayyid Muhammad mengatakan ialah adalah doa yang masyhur lagi

mujarrab yang sebahagian besarnya diambil dari doa yang diriwayatkan daripada Sayyiduna Ibn Mas`ud sebagaimana dikeluarkan

oleh Imam Ibn Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf dan Imam Ibn Abi ad-Dunya dalam Ad-Du`a.

Page 5: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

5

Ibn Rajab al-Hanbali mengatakan di dalam kitabnya Latho’if al-Ma’arif:

Maka bangunkan malam Nisfu Sya’ban dengan mendirikan solat

Semulia-mulia bulan Sya’ban ini terletak pada malam pertengahannya

Berapa ramai pemuda yang tidur pada malam ini dengan aman

Sedangkan telah ditulis tentang kecelakaan baginya dalam catatan

Maka, bersegeralah melakukan amal kebaikan sebelum sampai kematiannya

Dan berjaga-jagalah dengan kejutan kematian padanya dengan kekuasaanNya

Dan berpuasalah pada esok harinya kerana Allah dan perbetulkanlah harapan kepadaNya

Agar kamu mendapat kurniaan kelembutanNya dariNya ketika berlaku huru-hara19.

Pelbagai nama

Oleh kerana malam Nisfu Sya’ban mempunyai kelebihan yang banyak dan mulia, ia mempunyai beberapa

nama termasuklah Lailah al-Mubarakah (malam yang berkat), Lailah al-Qasamah wa at-Taqdir (malam

pembahagian qadha’ dan qadar), Lailah at-Takfir (malam penghapusan dosa), Lailah al-Ijabah (malam

diperkenankan doa), Lailah al-Hayah (malam hidup iaitu hati dihidupkan Allah agar tidak lupa

kepadaNya), Lailah asy-Syafa’ah (malam mendapat syafaat), Lailah al-Bara’ah (malam perlepasan dari api

neraka), Lailah al-Barakah (malam penuh keberkatan), Lailah at-Ta’zhim (malam keagungan), Lailah al-

Qadr (malam penentuan), Lailah al-Ghufran (malam pengampunan), Lailah al-‘Itq min an-Nar (malam

perlepasan dari api neraka), Eid al-Malaikah (malam Hari Raya kepada para malaikat)20 dan lain-lain.

Semua nama ini merujuk kepada kemuliaan yang ada pada malam tersebut.

18 Beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Mushthafa bin Muhammad al-Fathani, dilahirkan pada malam Jumaat, 5 Syaaban 1272H,

di Kampung Jambu, Jerim, Fathani. Ketika berumur 4 tahun, mengikut ayah dan ibunya pindah ke Makkah. Seorang yang sangat alim

dan menguasai pelbagai ilmu. Beliau menulis banyak kitab dalam Bahasa Melayu (Jawi) dan Bahasa Arab. 19 ms. 136-137. 20 Lihat nama-nama ini dalam Kelebihan Malam Nisfu Sya’aban karangan Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, ms. 3 21.

Page 6: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

6

(c) Cara menghidupkannya

Di dalam kitab Lathoif al-Ma’arif disebutkan:

“Dan diriwayatkan daripada Nauf al-Bakkali, sesungguhnya Ali21 telah keluar pada malam

Nisfu Sya’aban. Maka banyak kali keluar pada malam itu, dia (Ali) akan memandang ke arah

langit. Lalu dia berkata bahawasanya Nabi Daud telah keluar pada suatu malam seperti pada

ketika ini lalu Baginda melihat ke langit. Dia pun berkata: Sesungguhnya pada ketika ini,

tidaklah seorang itu berdoa kepada Allah, melainkan akan diberi keampunan kepadanya….”

Di kalangan Tabi’in dari negara Syam seperti Khalid bin Ma’dan22, Makhul23, Luqman bin Amir

dan lain-lain, mereka membesar-besarkan malam ini dan bersungguh-sungguh melakukan

ibadah di dalamnya. Daripada merekalah, orang ramai selepas itu mengikut mereka kerana

ada kelebihan dan kebesaran malam ini….Antara yang setuju dengan mereka dalam

membesarkan malam ini ialah sekumpulan ahli ibadah di Bashrah.

Walau bagaimanapun, sebahagian besar ulama’ Hijaz mengingkarinya termasuklah Atha’ dan

Ibn Abi Malikah. Abd ar-Rahman bin Zaid bin Aslam telah menukilkannya dari fuqaha’

Madinah. Itulah juga pendapat Ashab Imam Malik dan lain-lain dan mereka mengatakan: Itu

semuanya bid’ah.”

Ulama’ Syam khilaf dalam cara menghidupkannya atas dua cara:

1) Sunat menghidupkannya secara berjemaah (beramai-ramai) di masjid. Adalah Khalid bin

Ma’dan, Luqman bin Amir dan selain keduanya, mereka memakai secantik-cantik pakaian pada

malam itu, berwangi-wangian, bercelak mata dan membesarkan malam ini di masjid. Ishaq bin

Rahuyah24 juga bersetuju dengan cara mereka dan dia mengatakan: Membangunkan malam

ini di masjid secara berjemaah, itu bukanlah bid’ah (dhalalah). Ia dinukilkan oleh Harb al-

Kirmani di dalam Masa’ilnya.

2) Makruh berkumpul di masjid untuk solat, bercerita kisah-kisah dan berdoa. Tidak makruh

jika seseorang solat khas untuk dirinya sahaja. Inilah pendapat Al-Auza’i25, Imam penduduk

21 Beliau ialah Sayyiduna Ali bin Abi Thalib. Sepupu dan menantu Nabi . Beliau meninggal pada pagi hari Jumaat, 17 Ramadhan

40H. 22 Beliau ialah Khalid bin Ma'dan bin Abu Kuraib al-Kala'i. Meninggal pada tahun 103H. 23 Beliau ialah Makhul bin Abi Muslim. Meninggal pada tahun 112H. 24 Beliau ialah Ishaq bin Ibrahim bin Makhalad bin Ibrahim Abu Ya‟qub al-Hamdhali al-Marwazi. Dilahirkan pada tahun 161H.

Sebahagian yang lain menyebutkan Ibn Rahuyah. Seorang Imam dan Ulama‟ yang sangat terkenal dan mempunyai kedudukan yang

tinggi dalam bidang hadith dan dalam bidang feqah. Meninggal pada tahun 238H dalam usia 77 tahun. (Lihat Tarikh Baghdad, 6/

345). 25 Beliau ialah Abu „Amr Abd ar-Rahman bin Amr asy-Syami al-Auza‟i ad-Dimasyqi. Seorang faqih di Syam. Dilahirkan pada tahun

88H di kota Ba‟labek, Syria. Terkenal sebagai seorang tokoh hadith dan feqah yang terkemuka pada zamannya. Para ulama‟ sepakat

bahawa Al-Auza‟i adalah seorang yang tinggi ilmunya dalam bidang hadith dan feqah. Meninggal pada tahun 157H di Beirut. (Lihat

Tahzib al-Asma’, 1/ 298).

Page 7: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

7

Syam, yang paling faqih dan paling alim. Ini adalah pendapat yang paling dekat kepada benar,

insyaAllah…”26

Solat

Mengenai mengkhususkan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban, ulama’ khilaf tentangnya. Hujjah al-

Islam, Imam Al-Ghazzali27 adalah antara ulama’ yang menthabitkannya28.

Walau bagaimanapun, mengerjakan solat sunat muthlaq atau solat sunat Awwabin, boleh dilakukan pada

mana-mana malam sekalipun.

Berkenaan dengan qiamullail pada malam ini dengan mengerjakan solat-solat sunat terutamanya solat

Sunat Tasbih, adalah sangat digalakkan oleh Syara’.

Membaca Surah Yaasin

Bagi masyarakat Melayu, apa yang menjadi kebiasaan ialah pada malam itu akan dibaca Surah Yasin 3 kali

dengan niat pada bacaan yang pertama, minta dipanjang umur dalam kebaikan, yang kedua dengan niat

menolakkan bala’ dan yang ketiga dengan niat agar sentiasa merasa cukup dan tidak meminta-minta dari

manusia. Ia juga disebut di dalam kitab-kitab karangan ulama’ mu’tabar. Ia adalah amalan yang baik sekali.

Tidak ada satu dalil pun yang mengharamkannya. Malah, terlalu banyak hadith yang menerangkan pahala

membaca Al-Qur’an dan Surah Yasin adalah termasuk dari surah-surah di dalam Al-Qur’an. Membaca

Yasin sebelum berdoa juga adalah termasuk dalam bab bertawassul dengan amal soleh sebelum berdoa,

dan tawassul dengan amal soleh ini, tidak ada seorang pun yang membantahnya.

Niat sebelum membaca Surah Yasin bertujuan supaya lebih tawajjuh (benar-benar menumpukan hati)

kepada hajat ketika membacanya. Tidak ada dalil yang mengharamkannya.

Doa

Memperbanyakkan doa kepada Allah adalah suatu suruhan kerana ia memberi pengertian perlu dan

berhajatnya hamba kepada Penciptanya dalam semua hal. Doa adalah tanda tadharru’ (merendah diri)

seorang hamba kepada Allah. Allah sangat menyukai sifat kehambaan dari hambaNya.

Tanbih

Bagi orang yang selalu membantah amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini, mereka selalu berdalilkan

pendapat Syaikh Ibn Taimiyyah29. Jika diteliti, Syaikh Ibn Taimiyyah sendiri membolehkan pengkhususan

amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini malah memujinya.

26 ms. 135-136. Imam Al-Qasthillani juga menyebutkan perkara ini dalam kitabnya Al-Mawahib al-Ladunniyah. 27 Ihya’ ‘Ulum ad-Din, 1/276. Beliau ialah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Ghazzali.

Dilahirkan pada tahun 450H di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus (bahagian timur laut negara Iran sekarang). Seorang ilmuwan besar

Islam, seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggap sebagai Al-

Mujaddid untuk kurunnya. Meninggal pada tahun 505H. 28 Lihat Ihya’ Ulum ad-Din, 1/209-210. Imam Al-Ghazzali mengatakan solat pada malam Nisfu Sya‟ban 100 rakaat. Setiap dua

rakaat, salam. Pada setiap rakaat dibaca Surah Al-Ikhlas 11 kali selepas Al-Fatihah. Boleh juga sembahyang dengan 10 rakaat, tetapi

bacaan Surah Al-Ikhlas ialah 100 kali. Imam Al-Ghazzali mengatakan sembahyang cara ini ada dilakukan oleh ulama‟ Salaf dan

mereka menamakannya dengan Solat al-Khair (sembahyang yang mempunyai banyak kebaikan). Kadang-kadang mereka mendirikan

solat ini secara berjemaah. 29 Beliau ialah Taqiy ad-Din Abu al-Abbas Ahmad Bin Abd al-Halim al-Harani. Dilahirkan di Harranpada hari Isnin, 10 Rabiul Awal

tahun 661H. Kitab Majmu’ al-Fatawa adalah himpunan perbahasan dan risalah beliau. Beliau meninggal pada 20 Zulhijjah tahun

728H, dan dimakamkan pada waktu Asar di sebelah kubur saudaranya Syaikh Jamal al-Islam Syarafuddin.

Page 8: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

8

Lihatlah di dalam tulisan-tulisan beliau umpamanya dalam Majmu’ Fatawa beliau menulis maksudnya:

"Berkenaan malam Nisfu Sya'ban maka telah diriwayatkan mengenai kemuliaan dan kelebihan Nisfu

Sya'ban dengan hadith-hadith dan athar, dinukilkan dari golongan Salaf bahawa mereka menunaikan solat

khas pada malam Nisfu Sya'ban, solatnya seseorang pada malam itu secara berseorangan sebenarnya

telahpun dilakukan oleh ulama’ Salaf dan dalam perkara tersebut terdapat hujah, maka jangan diingkari,

manakala solat secara jemaah (pada malam Nisfu Sya'ban) adalah dibina atas hujah kaedah am pada

berkumpulnya manusia dalam melakukan amalan ketaatan dan ibadat..” 30

(B) AMALAN

Setelah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah membaca Surah Yaasin sama ada secara berjemaah atau

bersendirian sebanyak 3 kali dengan niat:

i- Bacaan pertama: mohon kepada Allah moga dipanjangkan umurnya dalam mentaati Allah

ii- Bacaan kedua: mohon kepada Allah moga diluaskan rezeki yang halal dan

iii- Bacaan ketiga: mohon kepada Allah moga dimatikan dalam keadaan beriman (husnul

khatimah).

Setiap kali selepas membaca Surah Yaasin, bolehlah berdoa dengan doa-doa berikut:

(1)

(Doa ini adalah ma’thur dan masyhur. Daripada Ibn Mas’ud berkata:

“Tidaklah seorang hamba yang berdoa dengan doa ini, melainkan akan diluaskan kehidupannya.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Mushannaf al-Hadith wa al-Athar, 7/85, Ibn Abi ad-Dunya

dalam Ad-Du’a dan diriwayatkan oleh Ibn Umar).

30 24/132. Rujuk juga tulisan-tulisannya yang lain untuk mengetahui hakikat tersebut umpamanya dalam Majmu’ Fatawa, 24/31 dan

Iqtida’ ash-Shirat al-Mustaqim, ms. 266.

Page 9: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

9

(2)

Sangat baik membaca doa ini sebagai tambahan oleh Syaikh Ma’ al-‘Ainain dalam Na’t al-Bidayah:

(3)

Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad menambah lagi dengan:

(4)

Imam Ad-Dairabi menyebutkan di dalam Mujarabatnya agar dibaca bacaan di bawah ini dan bacaan no

(1) dan (2) sebanyak 10 kali:

(Tambahan ini juga boleh dilihat di dalam kitab Bada’i az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-

Allamah az-Zaki, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, ms. 68).

(5)

Seterusnya membaca doa Syaikh Abdul Qadir al-Jilani:

Page 10: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

10

.

(6)

Kemudian, bacalah doa Nabi Adam :

(Imam Al-Azraqi meriwayatkan dengan sanadnya, bahawa ketika diturunkan dari syurga, Nabi Adam

telah melakukan tawaf 7 kali di sekeliling Ka’bah. Baginda kemudiannya bersembahyang 2 rakaat

mengadap Ka’bah. Selepas itu, Baginda pergi ke Multazam dan berdoa dengan doa ini. Lalu Allah

mewahyukan kepada Nabi Adam : “Wahai Adam, sesungguhnya engkau telah berdoa kepadaKu dengan

doa-doa dan Aku telah memperkenankannya. Tidaklah berdoa seseorang dari kalangan anak cucumu

dengannya, melainkan Aku hapuskan keresahan dan kesusahannya. Aku tahan daripadanya barangnya yang

hilang. Aku cabutkan kefaqiran dari hatinya. Aku jadikan kekayaan di antara dua matanya. Aku kurniakan

kepadanya keuntungan setiap orang yang berniaga dan datang dunia kepadanya dalam keadaan terpaksa,

sekalipun dia tidak mahu kepada dunia tersebut.” Rujuk Tarikh Makkah, Abu Walid al-Azraqi, 2/370 dan

Fi Rihab al-Bait al-Haram, Al-Muhaddith Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki, ms. 52. Sayyid

Muhammad al-Maliki mengatakan: “Sanad hadith ini baik.”)

(7)

Al-Allamah Al-Wanna’ie berkata: Sebaik-baik doa yang diamalkan pada malam ini (malam Nisfu Sya’ban)

ialah:

Doa ini juga sangat bagus diamalkan pada malam-malam di bulan Ramadhan dan lainnya.

(8)

Antara doa lain yang boleh dibaca pada malam ini:

Page 11: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

11

(9)

Pada malam ini, adalah sangat baik memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat dari segala dosa-dosa

besar dan kecil, dan memohon kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa ibubapa dan keluarga kita.

Adalah amat baik sekali dibacakan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

(Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin pada waktu petang, lalu

meninggal dunia pada malamnya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sesiapa yang membacanya

dalam keadaan yakin ketika Subuh, lalu meninggal dunia pada hari tersebut, maka dia akan dimasukkan ke

dalam syurga.” Riwayat Al-Bukhari)

(10)

Boleh juga dibaca:

Solat

Hendaklah mengerjakan Solat Tasbih.

Imam Al-Ghazzali mengatakan solat pada malam Nisfu Sya’ban 100 rakaat. Setiap dua rakaat, salam. Pada

setiap rakaat dibaca Surah Al-Ikhlas 11 kali selepas Al-Fatihah. Boleh juga sembahyang dengan 10 rakaat,

tetapi bacaan Surah Al-Ikhlas ialah 100 kali. Imam Al-Ghazzali mengatakan sembahyang cara ini ada

dilakukan oleh ulama’ Salaf dan mereka menamakannya dengan Solat al-Khair (sembahyang yang

mempunyai banyak kebaikan). Kadang-kadang mereka mendirikan solat ini secara berjemaah. (Lihat Ihya’

Ulum ad-Din, 1/209-210. Lihat juga pandangan yang sama oleh Tok Kelaba al-Fathani dalam Amalan

Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Sya’ban (Bahagian Ketiga), Syaikhuna, Syaikh Haji

Page 12: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

12

Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara &

Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, ms. 18-19)

Faedah:

Hendaklah diingatkan bahawa sembahyang yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazzali dan para A’immah

yang lain yang berthabit pada malam Nisfu Sya’ban ini, adalah termasuk di dalam Solat Sunat Mutlaq. Ia

berkaitan dengan persoalan niat dalam sembahyang yang melibatkan Qashad, Taarrudh dan Ta’yin.

Rujuklah kepada para Ahlil Ilmi untuk mengetahuinya secara tahqiq, waffaqanallah.

Umum

Pada malam ini, sangat dianjurkan berdoa dan munajat, bersembahyang sunat, membaca Al-Quran,

bersedekah, berzikir, menghadiri majlis ilmu dan mana-mana amalan hasanat (kebaikan) untuk

mentaqarrubkan diri kepada Allah .

Kesimpulan:

Al-Faqir nukilkan di sini fatwa Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Prof. Dr Ali Jum’ah, Mufti Besar Negara Mesir

tentang amalan pada malam Nisfu Sya’ban ini. Semoga Allah mengganjari Al-Fadhil Ustaz Shahrul Rizal

(Ibnu Juhan Al-Tantawi) di atas terjemahan beliau ke atas fatwa Fadhilatusy Syaikh Dr. Ali Jum’ah ini.

Soalan :

Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa

pada siang harinya?

Jawapan :

Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil

yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi

S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis

tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya

adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang

timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya

Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.

Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

Page 13: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

13

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah

kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya

maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil

mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu

takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan

demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian

daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin

mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan

(malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah

mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada

bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb.”

-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.

Seterusnya,

.

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah

memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah

mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang

menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”

-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

Seterusnya,

.

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila

masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan

Page 14: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

14

berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke

langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa

yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa

yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang

ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang

demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”

-Riwayat Ibnu Majah.

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat

maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam

perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya

adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk

melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam

perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak

beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di

sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba

pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”

-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :

“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan

kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan

sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”

-tamat

Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :

“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk

menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :

Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai

sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta

mendirikan malamnya dengan ibadah.

Page 15: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

15

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara

tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid

secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh

Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat

serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat

secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh

dan ‘Alim.” –tamat

Kesimpulannya :

Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara

bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya

adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi

makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan

kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada

mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan

hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan

oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana

pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam

nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka

perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.

Sumber :

Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.

(lihat terjemah ini di http://syeikh-husna.blogspot.com/2010/07/hukum-solat-dan-

doa-pada-malam-nisfu.html)

Page 16: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

16

Rujukan:

Bahasa Arab:

1. Latho’if al-Ma’arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Al-Imam Al-Hafiz Zain ad-Din bin

Rajab al-Hanbali, ta’liq Muhammad al-Iskandarani, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, Cetakan Kedua,

1416H/ 1996M.

2. Majmu’ Fatawa, Syaikh Ibn Taimiyyah.

3. Maza fi Sya’ban, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.

4. Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-

Makki, Bogor: Ma’had az-Zain al-Makki al-Ali li at-Tafaqquh fi ad-Din, Cetakan Pertama,

1428H/2007M

5. Risalah al-Kasyf wa al-Bayan ‘an Fadha’il Lailah an-Nishf min Sya’ban, tahqiq Al-Arif billah

Syaikh Soleh al-Jaafari, Qahirah: Dar Jawami’ al-Kalim, t.t.

Bahasa Melayu:

1. Doa Malam Nisfu Sya’aban, Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani, terjemahan

Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, Cetakan Pertama, 1426H/ 2005M, Negeri Sembilan: Sofa

Production.

2. Al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islami ad-Daqiq (Salah Faham Terhadap Bid’ah), Dr. Abd al-Malik

bin Abd ar-Rahman as-Sa’adi, terjemahan Muhammad Fadhli bin Ismail, Kuala Lumpur: Darul

Nu’man, Cetakan Pertama, 2002M.

3. Kelebihan Malam Nisfu Sya’aban, Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak

Production, Cetakan Pertama, 1423H/ 2002M.

Internet:

http://syeikh-husna.blogspot.com/2010/07/hukum-solat-dan-doa-pada-malam-nisfu.html)

Amalan berupa bacaan-bacaan dan doa-doa yang diamalkan pada malam Nisfu Sya’ban ini

dinukilkan dari kitab-kitab berikut:

Bahasa Arab:

1. Kanz an-Najah wa as-Surur fi al-Ad’iyah allati Tasyrah ash-Shudur, Syaikh Abdul Hamid bin

Syaikh Muhammad Ali Quds (guru di Masjidil Haram).

2. Min Fadha’il asy-Syuhur al-Hijriyyah: Ayyamuha wa Layaliha, Kamiliya Muhammad Ukasyah,

Dar Jawami’ al-Kalim, ms. 59-60.

Page 17: Risalah Malam Nisfu Sya ban - xa.yimg.comxa.yimg.com/kq/groups/26385057/710840987/name/... · Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang mendapat ... daripada para masyaikh

17

Kitab Jawi:

1. Majmu’ah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa al-

Awrad wa al-Ad’iyah allati tata’allaqu bi al-Awqat wa al-Azman, Al-Arif billah, Syaikh Ahmad

bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi, Cetakan Kedua dengan kebenaran

Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), ms. 77-82.

Bahasa Melayu:

2. Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Sya’ban (Bahagian Ketiga),

Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian

Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, ms. 18-19.

3. Amaliah Nishfu Sya’ban: Meraih Anugerah Malam Berkah, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi

17/2008, ms. 5-32.

4. Bada’i az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-Allamah az-Zaki, Syeikh Wan Ahmad

bin Muhammad Zain al-Fathani, dikumpul oleh Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir

Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah

Fathaniyah, Jilid Kedua, 1997M, ms. 68-71.

5. Doa Bulan Sya’ban: Meraih Ijabah di Bulan Berkah, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 17/2007,

ms. 13-32.

6. Doa Malam Nisfu Sya’aban, Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani, terjemahan

Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, Cetakan Pertama, 1426H/ 2005M, Negeri Sembilan: Sofa

Production, 21-78.

7. Himpunan Doa dan Wirid Istimewa, Dr. Muhammed Hussein, Djakarta: PT. Dundia Pustaka

Jaya, Cetakan Ketujuh, 1982, ms. 57-59.

8. Kelebihan Malam Nisfu Sya’aban, Syaikh Muhammad Fuad al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak

Production, Cetakan Pertama, 1423H/ 2002M, ms. 68-73.

* dipersilakan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat dengan menyebut sumber

rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah sekali untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat,

tabi’in dan tabi’in, kepada seluruh Auliya’illah, para ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, juga kepada semua pengarang kitab dan

kutaib yang Al-Faqir jadikan sebagai sumber ambilan dan rujukan dalam menyusun amalan ini, wa bil khushush kepada para

masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita…..AL-FATIHAH.

* Sebahagian bacaan tidak sempat dibariskan. Rujuklah kepada orang yang ahli untuk memastikan baris yang betul, agar betul

pula makna dan tujuannya.

Disusun oleh:

Yang hina dan berdosa yang mengharapkan keampunan Allah Yang Mulia

Muhadir bin Haji Joll

6.47 malam, 14 Sya’ban 1432H/ 16 Julai 2011M

[email protected]