risalah qiamullail-2

5
Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT. . Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang dari orang- orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu lakukannya.” (At- Tirmizi) Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka. . Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR; Muslim) . . Hebatnya Malam Malam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam yang berkat. Firman Allah SWT; Maksudnya: “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap- gelita;”(Yaa Siin 36:37) . Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’: 79) . Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada malam Lailatul Qadar, Allah SWT berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan pada waktu malam dan Baginda mendapat perintah Allah mengorbankan anaknya Ismail a.s. pun berlaku pada waktu malam. . Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam. Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat ketuhanan yang sebenar. Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan

description

test2

Transcript of risalah qiamullail-2

Page 1: risalah qiamullail-2

Qiamullail bermaksud beribadah malam iaitu bangun pada 2/3 malam atau sekurang-

kurangnya 1/3 akhir malam, bermula dari pukul 2.30 hingga terbit fajar pertama untuk

beribadat kepada Allah SAW. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat

Allah SWT ke bumi dan amat sesuai untuk Qiamullail dengan melakukan solat-solat sunat

dan berzikir kepada Allah SWT.

.

Sabda Rasulullah SAW: “Sehampir-hampir masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya

ialah pada waktu tengah malam yang terakhir, maka kalau kamu berminat menjadi seorang

dari orang-orang yang mengingati Allah pada saat yang tersebut, maka hendaklah kamu

lakukannya.” (At-Tirmizi)

Ibadah Qiamullail sangat digalakan di dalam Islam. Qiamullail boleh dikerjakan secara

berseorangan atau secara beramai-ramai. Orang yang mengamalkan Qiamullail akan

diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

.

Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang

yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus

kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)

.

.

Hebatnya MalamMalam adalah waktu paling istimewa dan hebat. Allah SWT menyifatkannya sebagai malam

yang berkat. Firman Allah SWT;

Maksudnya: “Dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir)

ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada

dalam gelap-gelita;”(Yaa Siin 36:37)

.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat

Tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan

menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”  (Surah al-Isra’: 79)

.

Banyak perkara-perkara kerohanian berlaku pada waktu malam, contohnya Nabi

Muhammad SAW mengalami Israk dan Mikraj pada waktu malam, al-Quran turun pada

malam Lailatul Qadar,  Allah SWT berdialog dengan Nabi Musa a.s. setelah baginda

bermunajat selama 40 malam di Bukit Tursina juga berlaku pada waktu malam. Kitab-kitab

terdahulu juga diturunkan pada waktu malam, Nabi Ibrahim a.s. menemui hakikat

ketuhanan pada waktu malam dan Baginda mendapat perintah Allah mengorbankan

anaknya Ismail a.s. pun berlaku pada waktu malam.

.

Terdapat keistimewaan dan kekuatan luar biasa pada waktu malam.

Menghidupkan dan membuka mata batin/hati sebagaimana Nabi Ibrahim a.s. menemui

hakikat ketuhanan yang sebenar.

Dapat mendatangkan tumpuan atau kekhusyukan

Dapat muhasabah kekuatan diri

Page 2: risalah qiamullail-2

Mewujudkan keikhlasan dan kejujuran dalam beramal.

Menghindari sifat riak kerana hanya melibatkan hubungan kita dengan Allah SWT

sahaja.

.

.

Nas Keutamaan Mengamalkan QiamullailOrang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan mereka

itu maksudnya ialah orang-orang yang berqiamullail di malam hari semata-mata kerana

Allah Ta’ala. Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu ialah orang-orang

yang beriman. Firman Allah Taala :

( 16-15 : السجدة )Maksudnya: “Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan

Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-

ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan

menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak

bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat

tidur, kerana mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa

kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan

perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan

sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.”

.

Apabila manusia mendekatkan diri kepada Allah maka Allah SWT mengatur dan menjamin

kehidupannya. Rasulullah SAW menerangkan bahawa, Allah SWT berfirman:

“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya.”  (HR; Bukhari;)

.

Berkata Salman Al-Farisi, Rasulullah SAW. telah bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan

Qiamullai, kerana ia ibadah kelaziman orang-orang soleh sebelum kamu dan juga

menghampirkan kamu kepada Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan.”

.

Berkata Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia! Kamu

tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat

waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan

selamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

.

Page 3: risalah qiamullail-2

Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Hai

Muhammad! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan mati,

kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya tuan hamba akan dibalas, dan

cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan

ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga

dirinya ialah terkayanya (tidak meminta-minta) dari manusia.”

.

.

WAKTU AFDAL QIAMULAILAdalah lebih afdal dilewatkan Qiamullail sehingga kepada salah satu pertiga yang akhir dari malam.

Rasulullah SAW bersabda: “Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia

ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.” (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya)

Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat Allah itu terbuka pada malam hari seluas-

luasnya, khususnya pada akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW telah menyuruh kami

mengerjakan solat malam dan baginda menggalakkannya sehingga ia

bersabda: “Hendaklah kamu mengerjakan solat malam itu walaupun satu rakaat.”   (Al-

Tibrani)

.

.

DOA QIAMULAIL

Page 4: risalah qiamullail-2

.

AMALAN QIAMULAILAda beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menunaikan solat malam,

antaranya membersihkan diri sebelum tidur, mengambil wuduk dan tidur menghadap

kiblat.

1. Solat malam perlu dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dilakukan

sebanyak mungkin rakaat mengikut kemampuan.

2. Ketika Qiamullail digalakkan melakukan solat sunat seperti berikut:-

Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Tasbih

Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Witir

3.   Disamping itu beramallah juga dengan amalan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, berdoa dan sebagainya.

.

.

FADILAT QIAMULAIL1. Sentiasa mendapat keredaan dan pengawasan Allah SWT.

2. Memudahkan menyeberangi jambatan siratulmustakim.    3. Waktu mustajab doa dikabulkan Allah SWT.

Jabir mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat)

yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta

Page 5: risalah qiamullail-2

keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap

malam.”

.

HIKMAH QIAMULAILBangun bersolat dan bertasbih pada sebahagian malam akan;

1. Ayat-ayat bacaannya lebih sempurna dan betul.

2. Membawa kesan iman yang mendalam,

.

.

PENUTUPRasulullah SAW meminta umat Islam bangun beribadat pada tengah malam dan Baginda

sendiri melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Aishah meriwayatkan: “Bahawa

Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersolat hingga bengkak kedua-dua

kakinya, maka aku (Aishah) berkata kepada Baginda: Mengapa, Ya Rasulullah, tuan hamba

melakukan ini semua? Bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan

terkemudian?”

Jawab Baginda SAW: “Bukankah aku ini hamba yang bersyukur.”

.

Lihatlah walaupun Rasulullah SAW itu maksum dan telah diampunkan segala dosa dan

kesalahannya, Baginda tetap bangun Qiamullail sebagai tanda bersyukur kepada Allah

SWT pada sebahagian akhir malam untuk bersolat hingga bengkak kedua-dua kaki Baginda

SAW.

Adakah kita yang mengaku umatnya masih berasa sombong dengan pekara2 lagha (sia-sia),

tanpa mahu menauladani sunnahnya meraih Qiamullail sepanjang Ramadhan al-Mubarak

ini.

Sekiranya kita ada berqiamullail, yang utamanya adalah keikhlasan beramal. Janganlah

pula menceritakannya kepada orang lain kerana akan jadi su’mah ataupun riya’, seterusnya

mungkin mengakibatkan kehilangan pahala (bergantung kepada niatnya). InsyaAllah bila

ikhlas beramal hanya kerana Allah SWT semata2, akan beroleh ganjaran pahala di dunia

dan juga di akhirat.

.

والسالمBy;

shafiqolbu