Risalah Sufi Imam Qusyairi

229
RISALAH SUFI IMAM QUSYAIRI Judul: Risalah Sufi Al-Qusyairi Pengarang: Abd. Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi Tahun: Cetakan Pertama 2001 Penerbit: Perniagaan Jahabersa, Johor Darul Takzim website: www.jahabersa.com.my SINOPSIS Risalah Sufi Al-Qusyairi merupakan sumber paling tua di antara karya- karya agong dalam bidang tasawwuf. Ar-Risalah ini disusun bertujuan meluruskan kefahaman tentang konsep-konsep tasawwuf. akidah, serta pengalaman-pengalaman kerohanian. Buku ini mengandungi sebanyak 43 bab, dan 486 muka surat. 00: PENDAHULUAN Al-Qusyairi menyatakan bahawa dia sangat mentakzimkan Al-Daqqaq, sehinggakan dia selalu berpuasa dan melakukan ghusl (mandi bersuci) pada hari dia akan pergi menemuinya. Selama hidupnya, Al-Qusyairi mengkaji hadith bersama sekurang- kurangnya 17 pakar hadith dan selanjutnya mengajarkan hadith kepada 60 murid. Dari pengajian hadith, Al- Qusyairi bukan saja mendapatkan penguasaan atas Sunnah dan aplikasinya pada sufisme. Tetapi juga kaedah yang ditempuhnya dalam menulis Ar-Risalah, kumpulan hadith. Terdapat pedoman tentang cara menempuh jalan sufi, iaitu bahagian Ar- Risalah yang menceritakan tentang ahwal (keadaan-keadaan) dan maqamat (tahap-tahap). Al-Qusyairi menggambarkan tahap-tahap sebagai hasil usaha si pencari. Sebaliknya, keadaan-keadaan datang sendiri ke hati; si penerima tidak berniat mendapatkannya. “Keadaan-keadaan diberikan (oleh Tuhan); tahap-tahap diperoleh melalui usaha."

description

Imam Qusyairi

Transcript of Risalah Sufi Imam Qusyairi

Page 1: Risalah Sufi Imam Qusyairi

RISALAH SUFI IMAM QUSYAIRI

Judul: Risalah Sufi Al-QusyairiPengarang: Abd. Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi

Tahun: Cetakan Pertama 2001Penerbit: Perniagaan Jahabersa, Johor Darul Takzim

website: www.jahabersa.com.my

SINOPSIS

Risalah Sufi Al-Qusyairi merupakan sumber paling tua di antara karya-karya agong dalam bidang tasawwuf. Ar-Risalah ini disusun bertujuan meluruskan kefahaman tentang konsep-konsep tasawwuf. akidah, serta pengalaman-pengalaman kerohanian. Buku ini mengandungi sebanyak 43 bab, dan 486 muka surat.

00: PENDAHULUAN

Al-Qusyairi menyatakan bahawa dia sangat mentakzimkan Al-Daqqaq, sehinggakan dia selalu berpuasa dan melakukan ghusl (mandi bersuci) pada hari dia akan pergi menemuinya.

Selama hidupnya, Al-Qusyairi mengkaji hadith bersama sekurang-kurangnya 17 pakar hadith dan selanjutnya mengajarkan hadith kepada 60 murid. Dari pengajian hadith, Al- Qusyairi bukan saja mendapatkan penguasaan atas Sunnah dan aplikasinya pada sufisme. Tetapi juga kaedah yang ditempuhnya dalam menulis Ar-Risalah, kumpulan hadith.

Terdapat pedoman tentang cara menempuh jalan sufi, iaitu bahagian Ar-Risalah yang menceritakan tentang ahwal (keadaan-keadaan) dan maqamat (tahap-tahap). Al-Qusyairi menggambarkan tahap-tahap sebagai hasil usaha si pencari. Sebaliknya, keadaan-keadaan datang sendiri ke hati; si penerima tidak berniat mendapatkannya. “Keadaan-keadaan diberikan (oleh Tuhan); tahap-tahap diperoleh melalui usaha."

Page 2: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 1 : TAUBAT

Diriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah saw mengatakan - ‘Orang yang bertaubat dari dosa adalah seperti orang yang tidak berdoa, dan jika Allah mencintai seorang hamba, nescaya dosa tidak melekat pada dirinya.’ Ketika beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, apa tandanya taubat?”, baginda menjawab, “Menyesali kesalahan.”

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah saw mengatakan, “Tiada sesuatu yang lebih dicintai oleh Allah selain pemuda yang bertaubat.”

Makna taubat dalam bahasa Arab adalah kembali – ia merupakan tingkat pertama di antara tingkat-tingkat yang dialami oleh sufi, dan tahap pertama di antara tahap-tahap yang dicapai oleh salik (si penempuh jalan Allah).

Sebuah hadis mengatakan, “Juru-ingat Tuhan di dalam hati setiap insan adalah Muslim.”

Abu Hafs Al-Haddad mengatakan, “Saya meninggalkan suatu perbuatan tercela, lalu kembali kepadanya. Kemudian perbuatan itu meninggalkan saya, dan sesudah itu saya tidak kembali kepadanya.”

Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq mengatakan, “Salah seorang murid bertaubat, kemudian menerima ujian. Dia bertanya-tanya di dalam hati, “Jika saya bertaubat, bagaimanakah keadaan saya nanti?”

Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq pula mengatakan: Taubat dibahagikan menjadi 3 tahap: tahap awal ialah tawbah (taubat), tahap tengah adalahinabah (berpaling kepada Tuhan), dan tahap akhir adalah awbah (kembali).

Al-Junaid menyatakan, “Taubat mempunyai 3 makna. Pertama menyesali kesalahan; kedua tetap hati untuk tidak kembali kepada apa yang telah dilarang oleh Allah SWT, dan ketiga adalah menyelesaikan keluhan orang terhadap dirinya.”

Sahl Ibn Abdullah menyatakan, “Taubat adalah menghentikan sikap suka menunda-nunda.”

Al-Harith menegaskan, “Saya tidak pernah mengatakan , “Wahai Tuhanku, aku memohon ampunan-Mu.’ Saya mengatakan, ‘Kurniakan kepadaku, wahai Tuhan, kerinduan untuk bertaubat.’

Al-Junaid mengunjungi As-Sari pada suatu hari, dan mendapatinya sedang kebingungan. Dia bertanya, “Apa yang terjadi atas dirimu?”

As-Sari menjawab, “Aku bertemu dengan seorang pemuda, dan dia bertanya tentang taubat kepadaku. Ku beritahu dia – ‘Taubat adalah engkau tidak melupakan dosa-dosamu.’ Lantas dia menegurku dengan mengatakan, ‘Taubat adalah bahawa engkau benar-benar melupakan dosa-dosamu.’ Al-Junaid mengatakan bahawa yang dikatakan oleh pemuda itulah yang benar. As-Sari bertanya kepadanya mengapa dia berpendapat seperti itu. Al-Junaid menjawab, ‘Kerana apabila aku kafir dan kemudian Dia membimbingku menjadi Muslim, maka ingatan akan kekafiran dalam taubat merupakan kekafiran.’ As-Sari lalu terdiam.

Page 3: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Al-Junaid merujuk taubatnya orang-orang yang telah mencapai kebenaran, yang tidak ingat akan dosa-dosa mereka lagi kerana keagungan Allah SWT telah menguasai hati mereka, dan dzikr (mengingat Dia) yang terus mereka lakukan.

Menurut Ruwaym, : ia adalah taubat dari taubat.

Dzun Nun Al-Mishri memberi penjelasan, “Taubat dari kalangan orang awam adalah taubat dari dosa, dan taubat kaum terpilih adalah taubat dari kealpaan.”

Abul Hussain An-Nuri mengatakan, “Taubat adalah bahawa engkau berpaling dari segala sesuatu selain Allah SWT.”

Yahya bin Muaz berdoa, “Wahai Tuhanku, aku tidak mengatakan bahawa aku telah bertaubat. Aku tidak kembali kepada-Mu dikeranakan sesuatu yang menurutku adalah kecenderunganku, aku tidak bersumpah bahawa aku tidak akan berbuat dosa lagi, kerana aku mengetahui kelemahanku sendiri. Aku tidak mengatakan bahawa aku kembali kepada-Mu kerana boleh jadi aku mati sebelum kembali dengan sunguh-sungguh.”

Dzun Nun mengatakan, “Permohonan keampunan diajukan dengan tidak disertai warak adalah taubatnya para pendusta.”

Ketika Ibn Yazdanyar ditanya tentang prinsip-prinsip yang menjadi asas perjalanan seorang hamba menuju Tuhan, dia menjawab, “Prinsip-prinsip yang engkau maksudkan ialah bahawa dia tidak kembali kepada sesuatu yang telah dia tinggalkan, tidak meminta segala sesuatu selain Yang Esa yang kepada Nya dia menuju, dan menjaga lubuk hatinya dari menginginkan sesuatu yang darinya dia telah menjauhkan diri.”

“Taubat ialah saat di mana engkau mengingat dosa dan tidak menemukan kemanisan di dalamnya.”, kata Al-Bunsyanji.

“Perasaan taubat adalah bahawa bumi ini terlalu sempit bagimu meskipun ia luas sehingga engkau tidak menjumpai tempat untuk beristirehat. Lalu engkau merasakan jiwamu terbatas, kerana Allah SWT telah mengatakan dia dalam kitab Nya bermaksud, “Dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (sika) Allah, melainkan kepada-Nya sahaja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya.” (Taubah, 9:118)

Ibn Atha’ mengatakan “Terdapat dua jenis taubat: inabah  (kembali) dan istijabah  (menjawab atau memenuhi) Dalam  inabah sang hamba bertaubat kerana takut akan hukuman; dalam istijabah dia bertaubat kerana malu akan kedermawan-Nya.

Abu Hafs mengatakan, “Seorang hamba tidak bersangkut paut dengan taubat. Taubat datang kepadanya, bukan dari dirinya.”

Abu Hafs ditanya, “Mengapa orang-orang bertaubat membenci dunia?” Dia menjawab, “Kerana ia merupakan tempat dosa-dosa dikejar.” Dan dikatakan kepadanya, “Ia juga tempat tinggal yang dijunjung

Page 4: Risalah Sufi Imam Qusyairi

tinggi oleh Tuhan dengan taubat. Dia mengatakan, “Pendosa mendapatkan keyakinan dari dosanya, tetapi mendapatkan bahaya dari penerimaan atas taubatnya.”

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berfirman kepada Adam, “Wahai Adam, Aku telah mewariskan anak cucumu beban dan penderitaan Aku juga telah mewariskan kepada mereka taubat. Aku menjawab seorang di antara mereka, yang berdoa dengan sunguh-sungguh kepada Ku sebagaimana kamu telah berdoa kepada-Ku, sama sebagaimana Aku menjawabmu. Wahai Adam, Aku akan membangkitkan orang-orang yang bertaubat dari kubur-kubur mereka dalam keadaan gembira; doa mereka akan Ku-jawab.”

Diriwayatkan seseorang telah bertanya kepada Rabiah, "Saya telah sering berbuat dosa dan menjadi semakin tidak taat. Tetapi, apabila saya bertaubat, apakah Dia akan mengampuninya?" Rabiah menjawab: 'Tidak - tetapi apabila Dia mengampunimu, maka engkau akan bertaubat.'

Adalah perbuatan Nabi Muhammad saw bertaubat terus-menerus. Beliau mengatakan, “Hatiku suram, oleh kerana itu aku memohon ampunan Allah 70 kali dalam sehari.”

Yahya bin Muaz menyatakan, “Satu penyelewangan saja sesudah taubat lebih patut ditakuti berbanding 70 penyelewengan sebelum taubat.”

� ه�ا‌ ن� م� ه ه� ه� ه�ا ه� ا م�� �� ه ه� ه� ه� م�ي ه� م�ي ن� هي ه ا ه� ه�� ه� ه� �ه ه� ه� ن� �ه �ن هي ه� ه�� �م م ـ� ه! ن" ه#� ن� م� ه� ن$ ه$ ن% هي م& ـ� ه� م� ن' ه) ن( ل* ه-ل م.  ه� اا ه" ه.� ن� ه#� �� ه م� م�0 اا ه" ه.� ن� ه#� �� ه م� م� ه* ه2و ه� م* ه� ا م�� �� ه ه� ه� ه� م�ي ه� م�ي ن� هي ه ا ه� � ‌�� ه م3 م" ه4و ه� ـ5 ه( ه6 ه�� �م م ه) ه7 م" ه� من" ن$ ه4 ه�ن*ن� ه#� �� ه م� م� ه* ه2و ن&  ه" ه8 ه( ه� ه�ا ن� ه#� �� ه م� م�0 اا ه9 م: ن� ه#� �� ه م� م; هوٲ ه= ه#� ا5 م� ه" ن� ه#� �� ه م� م: هوٲ ن= م�� ا5 م� ه" ن� ه#� �� ه م� م: هوٲ ن= م�� ن� ه#� �� ه م� م� ه* ه2و ه" م. اا ه� ن" ه#� ن� ه#� �� ه م� م�0 اا ه� ن" ن<  ه#� ه* ه� م?ي *� ه ٱ مل �ن Aل ٱ* م� ه#� Bم ه�ا ل ٱ* ه� م� Cم ه" Dن م�ا ن ٱ م*5 و� ه#� م ن4 Fه ه� م42 م� ـ� �� ه ٱ* م� ه#� �� ه ه� ه� ـ� ه) ني ه#�

� م.‌ اا ه9 ل� ٱ* Gم هDٲ نو ه6 ـ5 ه( ه6 و� �ه ه� ن� هH  هي ه�و م( �ن ه� ن) ه8 )� ه ه2 ه* Hه ه�و م� ن' ه) ن* ٱ Iه ه�ي ه#� ع2ا م)4 ه� Iم )� ه ٱ* ه*5 م�� و� او ه" ه;و ه� � ‌�� ه م� م� ه� م�ي م�� ه� 4�م ن7 هي ه�ا ه< ه( ن2 ه4 م* ه�� م� م( ه� Dن ه#ا م" ه� من" ن$ هي ه ا  ه�

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nur:31)

�Lه م�ا ه� � ‌Hه ن ه� Aن هي ـ5 �� ه Mه ه�� �ه ه"و ه Nن ه; ه ا ه� � ‌Oم 4�م ه) ن* ٱ م�5 ه. اا ه9 ل� ٱ* و� ه*و Pم ه� ن6 ه�ٱ عLى ذ ه#� هو �ه نل ه- � ‌Oم 4�م ه) ن* ٱ م� ه6 Tه ه: ه(و ه#� ن9 هي ه�  ه� مي ل� Aه ه� ه) ن* ٱ Uه� �م هي ه� ه� م"4 ه�وٲ �� ه ٱ* Uه� �م هي Iه )� ه ٱ* Hه� م�� � ‌Iه )� ه ٱ* ه< Vه ه ه� ه#� Wه ن4 Mه ن� م� ه�� �ه ه;و #ا ن ه� Hه ن ه�� Aه ه;

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah

Page 5: Risalah Sufi Imam Qusyairi

kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Al-Baqarah:222)

Hه ه2و ه� ن هي Iم ن4 ه* م�� >� ه Xه Iه )� ه ٱ* ه< ه3 Yه ه2 ن� هي ـ5 ه; نو ه) ن* ه�ٱ � ‌Hه ه2و ه) ن9 هي ه� م?ي *� ه ٱ Uه م]4 ه� ن9 هي ه)ا :� ه م��  

Hanyasanya orang-orang yang menyahut seruanmu itu ialah mereka yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran); sedang orang-orang yang mati Allah bangkitkan mereka semula (pada hari kiamat kelak), kemudian mereka dikembalikan kepadaNya untuk menerima balasan. (Al-An'am:36)

Page 6: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 2: BERDAYA UPAYA (MUJAHADAH)

ه� م?ي *� ه ه�  ه�ٱ م�4 م9 �ن ه) ن* ٱ ه\ ه) ه* Iه )� ه ٱ* Hه� م�� ه� � ه�ا‌ ه( ه� ه[ ن< ه3 �� ه هي م� ن3 ه� ه* ه�ا م�4 و� ه�� ه� ـ� ه�  

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-

orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-Ankabut: 69)

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, dari Rasulullah saw, “Jihad yang terbaik adalah perkataan yang adil yang disampaikan kepada seorang penguasa yang zalim”

Abu Uthsman Al-Maghribi menyatakan, “Adalah kesalahan besar bagi seseorang membayangkan bahawa dia akan mencapai sesuatu dijalan-Nya atau bahawa sesuatu di jalan-Nya akan tersingkap baginya tanpa berjihad”

Al-Hassan Al-Qazzaz menjelaskan, “Masalah ini (kerohanian) didasarkan pada 3 hal; anda makan hanya ketika hal itu diperlukan, anda tidur hanya ketika mengantuk, dan anda berbicara hanya dalam hal-hal yang mengharuskan anda berbicara”

Jihad pada dasarnya adalah mencegah jiwa dari kebiasaan-kebiasaannya dan memaksanya menentang hawa nafsunya sepanjang waktu. Jiwa mempunyai dua sifat yang menghalanginya dalam mencapai kebaikan: berlarutan dalam memuja hawa nafsunya dan menolak kepada kepatuhan. Manakalan jiwa, seperti seekor kuda, cenderung kepada hawa nafsu, maka hendaklah mengendalikannya dengan kesolehan.

Selama bertahun-tahun seorang syeikh melakukan solat pada saf terdepan jemaah dalam masjid yang sering dikunjunginya. Pada suatu hari, sesuatu menghalanginya dari tiba di masjid pada awal waktu. Dia terpaksa menempati saf paling belakang. Sesudah itu dia tidak hadir lagi ke masjid untuk jangka waktu tertentu. Ketika ditanya kepadanya mengapa dia tidak hadir, dia menjawab, “Saya selalu melakukan solat di saf hadapan dan saya merasakan selama setahun ini saya ikhlas dalam melakukannya untuk mencari redha Allah SWT. Tetapi pada hari saya terlambat, saya merasa malu dilihat orang lain melakukan solat dibahagian belakang masjid. Dari hal ini, saya mengetahui bahawa semangat saya hingga saat itu dalam melakukan solat tidak lain, hanyalah riya’.

Dikhabarkan bahawa Abu Muhammad Al-Murta’isy mengatakan, “Saya berangkat haji dengan berjalan kaki dan tidak membawa bekal. Pada suatu ketika saya menyedari bahawa saya telah dikotori oleh rasa senang saya dalam melakukannya. Ini saya sedari pada suatu hari saat ibu saya meminta saya mengangkat setabung air untuknya. Jiwa saya merasakan hal ini sebagai beban berat. Saat itulah saya mengetahui bahawa apa yang saya sangka merupakan kepatuhan kepada Tuhan dalam haji saya tidak lain hanyalah kesenangan saya, yang datang dari kelemahan dalam jiwa saya, kerana apabila jiwa saya murni, nescaya saya tidak akan mendapati tugas saya sebagai sesuatu yang mengganggu saya.”

Pada suatu ketika seorang wanita lanjut usia ditanya mengenai keadaannya. Dia menjawab, “Ketika saya muda, saya mempunyai semangat dan mengalami berbagai keadaan. Saya berfikir bahawa keadaan-keadaan itu berasal dari kekuatan sejati keadaan kerohanian saya. Ketika saya menjadi tua, keadaan-

Page 7: Risalah Sufi Imam Qusyairi

keadaan ini melemah. Kini saya mengetahui bahawa yang saya sangka keadaan-keadaan kerohanian tidak lain hanyalah semangat remaja. “

Dzun Nun Al-Mishri menyatakan, “Penghormatan yang Allah berkenan memberikan kepada seorang hamba adalah menunjukkan kehinaan dirinya kepadanya; penghinaan yang Allah kurniakan kepada seorang hamba adalah menyembunyikan kehinaan dirinya dari pengetahuan dirinya sendiri”

Muhammad Ibn Al-Fadhl mengatakan, “Istirah adalah kebebasan dari keinginan hawa nafsu.”

Al-Nasrabadzi mengatakan, “Penjara adalah jiwa anda. Apabila anda melepaskan diri darinya, nescaya anda akan sampai kepada kedamaian.”

Abul Husain Al-Warraq menyatakan, “Ketika kami mulai menempuh jalan-Nya iaitu jalan sufi di Masjid Abu Utsman Al-Hiri, amalan terbaik yang kami lakukan adalah bahawa kami diberi zakat, kami memberikannya dengan rela kepada orang lain; kami tidak pernah tidur dengan menyimpan sesuatu tanpa disedekahkan; kami tidak pernah menuntut balas kepada seseorang yang menyinggung hati kami dan kami selalu memafkan tindakannya dan bersikap rendah hati kepadanya; dan jika kami memandang hina seseorang dalam hati kami, maka kami akan mewajibkan diri kami untuk melayaninya sampai perasaan memandang hina itu lenyap.”

Abu Hafs mengatakan, “Jiwa (nafs) keadaannya adalah gelap gelita. Pelita jiwa adalah rahsianya. Cahaya pelita ini adalah terhasil dalam berjihad. Orang yang tidak dianugerahi keberhasilan dalam berjihad oleh Tuhan, maka dalam rahsianya, seluruh dirinya adalah kegelapan”

Abu Hafs memaksudkan bahawa rahsia seorang hamba adalah apa yang ada di antara dirinya dan Allah SWT. Itu adalah tempat keikhlasannya. Dengannya si hamba tersebut mengetahui bahawa semua peristiwa adalah ciptaan Tuhan; peristiwa-peristiwa bukanlah ciptaan dirinya, tidak pula berasal darinya. Bila dia mengetahui hal ini, dia akan bebas dalam setiap keadaannya, dari kekuatan dan kekuasaannya sendiri. Selanjutnya, dengan cahaya keberhasilan dalam berjihad, dia bakal terlindungi dari kejahatan-kejahatan jiwanya. Orang yang tidak berhasil dalam berjihad tidak akan memperoleh manfaat dari pengetahuan tentang jiwanya atau tentang Tuhan.

Abu Utsman menyatakan, “Selama seorang melihat sesuatu yang baik dalam jiwanya, dia tidak akan mampu melihat kelemahan-kelemahannya. Hanya orang yang berani mendakwa dirinya terus-menerus selalu berbuat salahlah yang akan sanggup melihat kesalahannya itu.”

As-Sari berpendapat , “Waspadalah terhadap orang yang suka berjiran dengan orang kaya, pembaca-pembaca al-Quran yang sering mengunjungi pasar, dan ulama-ulama yang medekati penguasa.”

Page 8: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 3: MENYENDIRI DAN MENGASINGKAN DIRI (KHALWAT WA UZLAH)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Nabi saw mengatakan, “Di antara cara-cara terbaik bagi manusia dalam mencari penghidupan adalah: mengenderai kuda di jalan Allah (dalam perang jihad) dan apabila dia mendengar suara manusia-manusia yang panik atau ketakutan, dia memacu kudanya mencari mati syahid atau kemenangan di medan jihad; atau seseorang yang menggembalakan biri-biri dan kambing-kambingnya di puncak gunung atau di dalam lembah dan mendirikan solat, membayarkan zakat, dan beribadah kepada Tuhan sampai maut menjemputnya. Seluruh urusannya dengan sesama manusia didasarkan pada kebaikan.”

Sikap seorang hamba yang layak ketika dia memutuskan untuk memisahkan diri dari manusia adalah meyakini bahawa masyarakat akan terhindar dari kejahatannya, bukan bahawa dia akan terhindar dari kejahatan mereka.

Seorang melihat seorang rahib dan berkata kepadanya, “Anda seorang rahib.” Dia menjawab, “Bukan. Saya adalah anjing penjaga. Jiwa saya adalah seekor anjing yang menyerang umat manusia. Saya telah menjauhkannya dari mereka supaya mereka aman.”

Sesungguhnya, “Uzlah adalah menjauhi sifat-sifat yang tercela dan bertujuan mengubah sifat-sifat tersebut, bukan untuk mencipta jarak yang sejauh-jauhnya dari sesuatu tempat. Itulah sebabnya mengapa lahir pertanyaan, “Siapakah orang ‘arif itu?”. Mereka menjawab, “Orang yang dekat, dan pada saat yang sama, dia adalah orang yang jauh.” Ertinya, bersama dengan sesama manusia secara lahiriah, dan berada jauh dari mereka secara batiniah.

Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq memberikan anjuran demikian, “Pakailah bersama sesama manusia apa yang mereka pakai, dan makanlah apa yang mereka makan. Tetapi terpisahlah secara batiniah.”

“Seseorang datang kepada saya dan berkata, “Saya datang dari tempat yang sangat jauh berkunjung kepada anda.” Selanjutnya saya mengatakan, “Masalah ini (yakni mendapatkan pengetahuan tentang Tuhan), tidak bersangkut paut dengan jauhnya jarak yang ditempuh.Berpisahlah dari diri anda sendiri dalam satu langkah sahaja, dan anda pasti mencapai tujuan anda.”

Yahya mengkhabarkan bahawa Abu Yazid mengatakan, “Saya melihat Tuhan dalam mimpi saya, lalu saya bertanya, “Bagaimana aku hendak bertemu dengan Mu?” Tuhan menjawab, “Tinggalkan dirimu dan datanglah.”

Yahya bin Muaz berkata, “Fikirkanlah apakah keakraban anda adalah dengan khalwat ataukah dengan Dia dalam khalwat. Apabila keakraban anda dengan khalwat, maka khalwat akan lenyap ketika anda keluar darinya. Apabila keakraban anda adalah dengan Dia dalam khalwat, maka di mana pun akan sama saja bagi anda, apakah di gurun pasir atau di padang rumput.”

Sahl mengatakan, “Khalwat baru sempurna dengan memakan makanan halal, dan memakan makanan halal baru sempurna dengan membayarkan zakat, yang adalah hak Tuhan.”

Dzun Nun Al-Mishri mengatakan, “Saya tidak menemukan satu hal pun yang lebih baik yang dapat melahirkan keikhlasan selain ‘uzlah.”

Page 9: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Abu Abdullah Al-Ramli menyatakan, “Gantikanlah kesertaan anda dengan orang lain menjadi sepi, makanan anda menjadi lapar, dan ucapan anda menjadi munajat. Maka anda akan mati atau mencapai Allah SWT.”

Dzun Nun Al-Mishri menyatakan, “Orang yang menyembunyikan dirinya dari sesama manusia melalui khalwat tidaklah seperti orang yang menyembunyikan dirinya dari sesamanya melalui Tuhan.”

Syuib Ibn Harb menyatakan, “Saya berangkat menemui Malik Ibn Mas’ud di Kufah, dan dia sendirian di dalam rumahnya. Saya bertanya, ‘Apakah anda tidak merasa sepi dan takut sendirian?” Dia menjawab, “Saya tidak menganggap bahawa seseorang yang bersama Tuhanadalah kesepian.”

Berkata Syuib Ibn Harb, “Wahai sahabatku! Sesungguhnya ibadah tidaklah kekal (istiqamah) dengan bergabung dengan yang lain. Orang yang belum akrab dengan Tuhan tidak akan menjadi akrab dengan apa pun.”

Seseorang ditanya, “Hal mengagumkan apakah yang telah anda temukan dalam perjalanan anda?” Dia menjawab, “Khidir as menjumpai saya dan dia ingin menyertai saya. Saya khuatir dia mengganggu pergantungan saya kepada Tuhan.”

Seseorang bertanya kepada Dzun Nun Al-Mishri, “Bila uzlah tepat bagi saya?” Dia menjawab, “Ketika anda sanggup memisahkan diri anda dari diri anda sendiri.”

Apabila Tuhan hendak memindahkan hamba-Nya dari kehinaan kekafikaran menuju kemuliaan ketaatan, Dia menjadikannya intim dengan bersendirian, kaya dalam kesederhaan, dan mampu melihat kekurangan dirinya. Barangsiapa telah dianugerahi semua ini beerti telah mendapatkan yang terbaik dari dunia dan akhirat.

Page 10: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 4: TAKUT KEPADA TUHAN (TAQWA)

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri, bahawa seseorang menghadap Nabi saw dan berkata, “Wahai Rasulullah, bimbinglah saya.” Beliau menjawab, “Semoga anda mempunyai ketakwaan kepada Allah, kerana ketakwaan adalah kumpulan seluruh hal yang baik. Semoga anda dapat melaksanakan jihad, kerana jihad adalah kerahiban kaum muslimin. Dan mudah-mudahan anda sibuk mengingat Allah, kerana zikir adalah cahaya bagi anda.”

Al-Kattani mengatakan, “Dunia dibagi secara adil sesuai dengan penderitaan yang dideritai dan kehidupan akhirat dibagi secara adil sesuai dengan takwa.”

Al-Jurairi mengatakan, “Orang yang belum menjadikan takwa dan kesedaran sebagai hakim, antara dirinya dan Tuhan tidak akan memperoleh makrifat dan kemanisannya.”

Al-Nasrabadzi menjelaskan, “Takwa adalah bahawa si hamba waspada terhadap segala sesuatu selain Allah SWT.” Sahl mengatakan, “Siapa pun menginginkan takwa yang sempurna, hendaklah menghindari setiap dosa.”

Seseorang menegaskan, “Tuhan menjadikan berpaling dari dunia mudah bagi orang yang benar-benar bertakwa. “ Abu Abdullah Al-Rudzbari mengatakan, “Takwa adalah menghindarkan diri dari segala sesuatu yang menjadikan anda jauh dari Tuhan.”

Abul Hasan Al-Farisi menyatakan, “Takwa mempunyai aspek luar dan aspek dalam. Aspek luarnya adalah perlaksanaan syariat dan aspek dalamnya adalah niat dan mujahadah.”

Dikatakan, “Takwa itu ditandai oleh tiga sikap yang baik: tawakkal terhadap apa yang belum dianugerahkan, berpuas hati dengan apa yang telah dianugerahkan, dan bersabar dalam menghadapi milik yang hilang.”

Talq Ibn Habib menjelaskan, “Takwa adalah bertindak sesuai dengan ketundukan kepada Tuhan melalui petunjuk-Nya, dan pada saat yang sama takut kepada hukuman-Nya.”

Pada suatu hari, Abu Yazid Al-Bustami membeli kunyit jingga di Hamadhan. Dia menjumpai hanya sedikit kunyit jingga, dan ketika dia kembali ke Bistham, dia menemukan dua ekor semut pada kunyit itu. Maka, dia kembali ke Hamadhan dan melepaskan kedua semut itu.

Abu Hanifah tidak pernah mahu berteduh di bawah kerindangan pohon milik orang yang berhutang kepadanya. Dia menjelaskan, “Sebuah hadith menyatakan, ‘Setiap hutang yang pengembaliannya disertai kelebihan adalah riba’.

Abu Yazid sedang mencuci jubahnya di luar kota bersama seorang sahabatnya, ketika sahabatnya berkata, “Jemurlah jubah anda dipagar dinding kebun buah itu”. Abu Yazid menjawab, “Jangan menancapkan paku di dinding orang.” Sahabatnya menyarankan, “Jemurlah di atas pohon.” Abu Yazid menjawab, “Saya khuatir ia akan menyebabkan cabang-cabangnya patah.” Dia berkata, “Bentangkanlah ia di atas rerumput.” Abu Yazid menjawab, “Rerumput itu makanan haiwan ternak. Jangan kita menutupnya dengan jubah ini.” Selanjutnya, dia menghadapkan punggungnya sehingga satu sisi

Page 11: Risalah Sufi Imam Qusyairi

jubahnya yang menghadap matahari menjadi kering, lalu dia menghadapkan sisi yang lain ke matahari sehingga kering.

Pada suatu hari Abu Yazid memasuki masjid dan manancapkan tongkatnya ke tanah. Tongkat itu jatuh dan menimpa tongkat seseorang yang berusia lanjut, yang juga menacapkannya di tanah, dan menyebabkan tongkat orang tua tersebut jatuh. Orang tua itu membongkok, lalu mengambil tongkatnya. Abu Yazid pergi ke rumah orang tua tersebut dan meminta maaf kepadanya, dengan mengatakan, “Anda tentu merasa terganggu disebabkan kelalaian saya, ketika anda terpaksa membongkok.”

Utbah Al-Ghulam tampak bercucuran keringat di musim dingin. Ketika orang-orang di sekitarnya menanyakan hal itu kepadanya, dia memberikan penjelasan, “Ini adalah tempat di mana saya telah memberontak kepada Tuhan saya.” Ketika diminta memberikan penjelasan lebih lanjut, dia mengatakan, “Saya mengambil sebongkah tanah dari dinding ini, supaya tamu saya dapat membersihkan tangan dengannya,tetapi saya tidak meminta izin terlebih dahulu kepada pemilik dinding ini.”

Dikatakan bahawa takwa mempunyai bermacam-macam aspek; takwa bagi kaum awam adalah menghindari syirik, bagi kaum terpilih menghindari dosa, bagi ahli sufi menghindari pergantungan kepada amal, dan bagi para nabi menghindari menisbatkan amal kepada selain Tuhan, demi Dia.

Amir Al-Mukminin Ali ra menyatakan, “Kaum yang paling mulia di antara seluruh ummat manusia di dunia adalah kaum dermawan, dan yang paling mulia di akhirat adalah kaum yang bertakwa.”

Diriwayatkan oleh Abu Umamah, bahawa Nabi saw menegaskan, “Apabila seseorang melihat kecantikan seorang wanita dan kemudian menundukkan matanya setelah tatapan pertama, maka Tuhan menjadikan tindakannya itu suatu ibadah yang rasa manisnya dirasakan oleh hati orang yang melakukannya.”

Al-Junaid sedang duduk-duduk bersama Ruwaym, Al-Jurairi dan Ibn Atha’. Al-Junaid mengatakan: “Seseorang hanya boleh selamat apabila berlindung secara ikhlas kepada Allah.”

ه3ا ه�ي ه#ا ـ� ا ه هي ��ا ه �:ا ٱ* ه ه8< م�� ـ� ه� Nن ه( ه ل_ ه= Lه H ه� Da ه�ل ذ ٱ* ه� م�6 ن< ه8 ه� ه bن ه#� H� ه م�� � و�‌ او ه� Dه ه2ا ه� م* هل م�0 اا ه� ه- ه� ع"ا ه2وذ cه ن< ه8 ـ� ه� ن( ه2 ه� ه� ـ5 Yه ٱ  مdه#�: Hه� م�� � ن<‌ ه8 eـ Nه ن; ه#�f ذ م�4 ه= >f م(4 ه6 Iه )� ه *  

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujraat: 13)

Hه ه(و Nم ن2 ه; هhا ه� ه#� � ‌Hه هNو �� ه هي ه� م?ي )� ه ل* f ذ ن4 ه= jه ه م= ه#ا ن ٱ Dه ه��� ه*( ه� � fو‌ ذ ن� ه* ه� Uf ذ م2 ه* ه� ا م�� اا ه4 ن: ه�� ٱ* jه ـو ه4 �ه ن* ٱ ه�ا ه�  

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Al-An'am: 32)

Page 12: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Hه ه:و Pه �ن هي ن< �ه ه ا ه� ه. او ه�9 ٱ* ه< ه� ه�9 ه) هي ه ا ن< م� م; ه� ه�ا ه) م" و� نو Nه ;� ه ٱ ه� م?ي *� ه ٱ Iه )� ه ٱ* ل]5 ه� هي ه�

Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk dan tidak akan berdukacita. (Az-Zumar: 61)

Page 13: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 5: WARAK

Diriwayatkan oleh Abu Dzarr, Rasulullah saw bersabda, “Sebahagian dari kebaikan tindakan seseorang mengamalkan Islam adalah bahawa dia menjauhi apa pun yang tidak bersangkut paut dengan dirinya.”

Ibrahim Ibn Adham memberikan penjelasan, “Warak adalah meninggalkan apa pun yang meragukan, dan meninggalkan apa pun yang tidak bersangkut paut dengan anda beerti meninggalkan apa pun yang berlebihan.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw mengatakan, “Bersikaplah warak, dan kamu akan menjadi orang yang paling taat beribadah di antara ummat manusia.”

As-Syibli berpendapat, “Warak adalah sikap menjauhi segala sesuatu selain Allah SWT.”

Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan, “Warak adalah titik tolak zuhud, sebagaimana sikap puas terhadap apa yang ada adalah sebahagian utama dari redha.”

Yahya Ibn Mu’adz menyatakan, “Warak adalah membatasi diri makna zahir ajaran agama, dan tidak berusaha mentafsirkannya.”

Abdullah Ibn Al-Jalla’ mengatakan, “Saya mengetahui seseorang yang tinggal di Makkah selama tiga puluh tahun dengan tidak minum air zam-zam kecuali air zam-zam yang dia peroleh dengan timba dan talinya sendiri, dan dia tidak makan makanan yang dibawa ke sana dari kota-kota lain.”

Ali Ibn Musa Al-Thahirati menyatakan, “Sekeping wang logam kecil milik Abdullah Ibn Marwan jatuh ke dalam sebuah telaga berisi kotoran, lalu dia meminta bantuan seseorang untuk mengambilnya dengan membayarnya tiga puluh dinar. Ketika seseorang bertanya kepadanya, dia memberikan penjelasan, “Nama Allah SWT tertera pada wang itu.”

Yahya Ibn Muadz menegaskan, “Ada dua jenis warak: warak dalam pengertian zahir iaitu sikap yang mengisyaratkan bahawa tidak ada satu tindakan pun selain kerana Allah SWT, dan warak dalam pengertian batin iaitu sikap yang mengisyaratkan bahawa tidak ada sesuatu pun yang memasuki hati anda kecuali Allah SWT.” Dia juga magatakan, “Orang yang tidak memeriksa dan memahami selok-belok warak tidak akan mendapat anugerah.”

Shufyan Al-Tsawri berpendapat, “Saya belum pernah melihat sesuatu yang mudah selain warak. Apa pun yang diinginkan oleh hawa nafsu anda, tinggalkanlah.”

Makruf Al-Karkhi mengajarkan, “Jagalah lidah anda dari pujian, persis sebagaimana anda menjaga lidah anda dari kritikan.”

Bisyr Ibn Al-Hariths mengatakan, “Hal-hal yang paling sulit untuk dilaksanakan adalah bersikap dermawan di masa-masa sulit, warak adalah ‘uzlah, dan menyampaikan kebenaran kepada seseorang yang kepadanya anda takut, dan menggantungkan harapan.”

Saudara perempuan Bisyr Al-Hafi mengunjungi Ahmad Ibn Hanbal dan memberitahukan kepadanya, “Kami sedang memintal di atas atap rumah kami, ketika obor kaum Thahiri berlalu dan cahayanya menyinari kami. Apakah diperbolehkan bagi kami memintal di dekat cahayanya?” Ahmad bertanya,

Page 14: Risalah Sufi Imam Qusyairi

“Siapakah anda?” Dia menjawab, “Saya adalah saudara perempuan Bisyr Al-Hafi.” Ahmad menangis, lalu berkata, “Warak yang dilandasi kesolehan muncul dari keluarga anda. Jangan memintal di dekat cahaya itu.”

Ketika Sahl Ibn Abdullah ditanya mengenai hal yang halal, dia menegaskan, “Sesuatu yang halal adalah sesuatu yang padanya tidak terkandung dosa terhadap Allah SWT dan kealpaan kepada-Nya.”

Sewaktu Hasan Al-Bishri memasuki Makkah, dia melihat salah seorang keturunan Ali Ibn Abi Talib ra bersandar ke Kaabah dan berceramah di hadapan sekumpulan orang. Hasan bergegas menghampirinya, lalu bertanya, “Apakah dasar agama?” Dia menjawab, “Warak.” Hasan bertanya lagi: “Apakah yang merosakkan agama?” Dia menjawab, “Keserakahan.”

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa as, “Seseorang yang mendekati-Ku mampu memindahkan malam kepada-Ku hanya melalui warak dan zuhud.”

Sedikit minyak kesturi yang berasal dari rampasan perang dibawa ke hadapan Umar Ibn Abdul Aziz. Umar yang mencium baunya berkata, “Satu-satunya menfaatnya adalah bau harumnya, dan saya tidak ingin hanya saya sendiri yang menciumnya, sementara seluruh kaum Muslim tidak berbagi mencium baunya.”

Ketika ditanya tentang warak, Abu Utsman Al-Hiri menyatakan, “Abu Salih Hamdun berada bersama salah seorang sahabatnya yang sedang menjelang maut. Orang tersebut meninggal, dan Abu Salih memadamkan lampu. Seseorang bertanya kepadanya tentang hal ini, lalu dia mengatakan, “Sampai sekarang minyak yang di dalam lampu ini adalah minyaknya, tetapi sejak saat ini dan seterusnya minyak ini menjadi milik para ahli warisnya. Carilah minyak yang bukan miliknya.”

Kahmas melaporkan, “Saya meratapi – selama 40 tahun – satu perbuatan dosa yang telah saya lakukan. Salah seorang saudara saya mengunjungi saya, dan saya membeli sepotong ikan yang direbus untuknya. Ketika dia berhenti memakannya, saya mengambil sebongkah tanah dinding milik tetangga saya, supaya dia dapat membersihkan tangannya dengannya, dengan tidak meminta izin terlebih dahulu dari tetangga itu.”

Seseorang sedang menulis catatan sewaktu dia di sebuah rumah sewa, dan dia ingin mengeringkan tulisannya dengan debu yang dia peroleh dari dinding. Dia teringat bahawa rumah tersebut adalah sewa, tetapi dia berpendapat bahawa itu tidak penting. Oleh kerana itu, dia mengeringkan tulisan tersebut dengan debu. Kemudian, dia mendengar sebuah suara mengatakan: “Orang meremehkan debu akan melihat betapa lama perhitungan amalnya kelak.”

Ahmad Ibn Hanbal menggadaikan sebuah timba kepada seorang penjual bahan makanan di Makkah. Ketika dia ingin menebusnya, penjual bahan makanan tersebut mengeluarkan dua timba, sambil mengatakan, “Ambil timba kepunyaan anda.” Ahmad menjawab, “Saya ragu. Oleh kerana itu simpan saja baik kedua timba dan wang itu.” Penjual bahan makanan tersebut memberitahu dia. “Ini timba anda. Saya hanya ingin menguji anda.” Maka dia menyahut, “Saya tidak akan mengambilnya,” lalu pergi meninggalkan timba kepunyaannya pada penjual bahan makanan itu.

Page 15: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ibn Al-Mubarak membiarkan kudanya yang mahal berkeliaran dengn bebas ketika dia sedang melakukan solat zuhur. Kuda tersebut merumput di ladang milik ketua kampung. Oleh kerana itu, Ibn Al-Mubarak meninggalkan kuda tersebut dengan tidak mengenderainya.

Rabiah Al-Adawiyah menjahit bajunya yang koyak di dekat lampu sultan, tiba-tiba dia terkejut dan lalu sedar. Maka, Rabi’ah mengoyak pakaiannya dan dia menemukan hatinya.

Hasan Ibn Abi Sinan tidak tidur terlentang atau makan makanan berlemak atau minum air dingin selama 60 tahun. Seseorang bermimpi bertemu dengannya, lalu bertanya kepadanya tentang apa yang telah Tuhan lakukan atas dirinya. Dia menjelaskan, “Dia telah berlaku baik, kecuali bahawa pintu Firdaus ditutup bagiku disebabkan oleh sebuah jarum yang aku pinjam dan tidak pernah aku kembalikan.”

Abd Al-Wahid Ibn Zahid mempunyai seorang pembantu rumah tangga yang bekerja dengannya selama bertahun-tahun dan beribadah secara kusyuk selama 40 tahun. Sebelumnya dia adalah seorang penimbang gandum. Da ketika dia meninggal, seseorang bermimpi bertemu dengannya. Ditanya tentang apa yang telah Tuhan lakukan atas dirinya, dia menyatakan, “Dia telah memperlakukan saya dengan baik, kecuali bahawa saya dihalangi memasuki pintu Firdaus disebabkan oleh debu pada timbangan gandum yang dengannya saya menimbang empat puluh bahagian gandum.”

Sewaktu Isa putra Maryam as melewati sebuah makam, seseorang berteriak dari dalam kuburan. Allah SWT menghidupkannya kembali, dan Isa bertanya kepadanya siapakah dia. Dia menjawab, “Saya adalah seorang pembuat seramik, dan pada suatu hari sewaktu saya menghantarkan kayu bakar untuk seseorang, saya mematahkan sepohon kayu kecil. Sejak saya meninggal, saya dianggap bertanggungjawab atas hal itu.”

Abu Said Al-Kharraz sedang berbicara tentang warak, ketika Abbas Ibn Al-Muhtadi berlalu dihadapannya. Dia bertanya, “Wahai Abu Said, apakah anda tidak mempunyai malu? Anda duduk di bawah atap Abu Al-Dawaniq, minum dari penampungan air Zubaidah, dan melaksanakan jualbeli dengan riba, tetapi berbicara tentang warak!”

Page 16: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 6:PENOLAKAN (ZUHUD)

Diriwayatkan dari Abu Khallad, bahawa Nabi saw mengatakan, “Apabila kamu sekalian melihat seseorang yang telah dianugerahi zuhud berkenaan dunia dan ucapan, maka dekatilah dia, kerana dia dialiri kebijaksanaan.”

Sementara orang mengatakan, “Zuhud bersangkutan dengan hal-hal yang haram sahaja, sebab hal-hal yang halal diperbolehkan Tuhan. Apabila Tuhan memberikan berkah kepada hamba-hamba-Nya berupa harta yang halal, dan hamba itu sendiri bersyukur kepada Tuhan atas berkah itu, maka sikap zuhud berkenaan dengan harta seperti itu, menurut syariah-Nya, makruh.”

Sebahagian orang yang lain mengatakan, “ Zuhud terhadap hal-hal yang haram adalah suatu kewajiban, sementara zuhud terhadap hal-hal yang halal adalah suatu kebaikan. Apabila hamba yang berzuhud miskin, tetapi sabar terhadap keadaannya, bersyukur atas apa pun yang telah dianugerahkan Tuhan kepadanya, dan berpuas hati dengan apa yang telah Tuhan beri kepadanya, maka hal itu lebih baik berbanding berusaha mengumpul banyak kekayaan di dunia.

Allah menyeru manusia bersikap zuhud berkenaan dengan memiliki kekayaan, melalui firman-Nya, di dalam Surah An-Nisa, ayat 77

Lه م�� Bه ه�ا Nم ن* ٱ ه< م3 ن4 ه( ه6 Uه م� Vه ه�)ا ه( ه� jه ـو Vه P� ه ٱ* و� ه;و ه.� ه� jه ـو ه( ه�! ٱ* و� ه)و م-4 ه#� ه� ن< ه8 هي م� ني ه#� و� او �ه� Vه ن< ه� ه* هل م-4 ه� م?ي *� ه ٱ ه*5 م�� ه ه; ن< ه* ه�ا  �ه#� ن4 ه( ه6 ه& ن� ه� Vه ه< م* ه�ا "� ه Dه و� ه*و ه-ا ه� � ‌Cع ذ ه4 kن ه= ه�� cه ه#� ن� ه#� Iم )� ه ٱ* Cم ه4 kن ه7 Vه ه ��ا ه ٱ* Hه نو kه ن7 هي ن< ه3 ن� ل� lf ذ مي ه� اا ه� ه; ن ه�= ه#� اا ه نو ه* Bه ه�ا Nم ن*  ٱ

عا h4م� ه� Hه ه)و ه( ن� ه; ه ا ه� ـ5 Nه ;� ه ٱ م� ه) ل* f ذ ن4 ه= jه ه م= ه#ا ن ه�ٱ fل ذ م(4 ه- ه4ا ن: ه�� ٱ* ه\ ـ� ه� ه� نل ه- � ‌Ua ذ مي ه- aل ذ ه� ه#� ـ5 ا ه* م��

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun. (An-Nisa: 77)

Sebahagian orang lain mengatakan, “Apabila seorang hamba membelanjakan harta dalam kepatuhan, bersabar, dan tidak mengajukan keberatan kepada apa yang dilarang oleh syariah untuk dia lakukan dalam kesulitan hidup, maka adalah lebih baik baginya bersikap zuhud terhadap hal-hal yang dihalalkan.”

Sebahagian yang lain berpendapat, “Adalah tepat bagi seorang hamba memutuskan untuk tidak bersikap zuhud dengan sengaja terhadap hal-hal yang halal, tidak pula berusaha memenuhi keperluan-keperluan secara berlebihan, kerana menyedari rezeki yang diberikan oleh Allah. Apabila Allah SWT menentukan dia berada pada batas hidup sederhana, maka dia hendaknya tidak memaksakan diri mencari kemewahan, kerana kesabaran merupakan sesuatu paling utama bagi pemilik harta yang halal. Berkenaan dengan makna zuhud, para sufi mengatakan, “Masing-masing orang berbicara sesuai dengan

Page 17: Risalah Sufi Imam Qusyairi

zamannya masing-masing dan menunjukkan batas (yang ditetapkannya) sendiri.”

Sufyan Al-Tsawri menyatakan, “Zuhud terhadap dunia adalah mengurangi keinginan untuk memperoleh dunia, bukan memakan makanan kasar atau mengenakan jubah dari kain kasar.”

Sari As-Saqati menegaskan, “Allah SWT menjauhkan dunia dari dari ahli sufi-Nya, menjauhkannya dari makhluk-makhluk-Nya yang berhati suci, dan menjauhkannya dari hati mereka yang Dia cintai, lantaran Dia tidak memperuntukkannya bagi mereka.” – sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-Hadid, ayat 23.

Da ه7و ه� Ba ذ ه�ا ن7 ه� ه�ل Vه Uه� �م هي ه ا Iه )� ه ه�ٱ* � ن<‌ mه eـ ه; ه.� اا ه) م" و� هMو ه �ن ه; ه ا ه� ن< ه8 ه; ه�ا ه�ا ـ5 ه( ه6 و� نو ه[ #ا ن ه; هhا ن4 ه8 ل*

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Al-Hadid: 23)

Yahya Ibn Muadz menyatakan, “Zuhud menyebabkan kedermawanan berkenaan dengan harta, dan cinta menghantarkan kepada semangat kederwanan.”

Ibn Al-Jalla berpendapat, “Zuhud adalah sikap anda memandang dunia ini hina, kerana dunia ini fana setelah itu, maka berpaling darinya akan menjadi mudah bagi anda.”

Ibnu Khafif mengatakan, “Petanda zuhud adalah adanya sikap tenang ketika berpisah dari harta milik.”

Al-Nasrabadzi menyatakan, “Seorang zahid adalah orang asing di dunia ini, dan seorang arif adalah orang asing di akhirat.”

Dikatakan, “Bagi orang yang benar-benar bersikap zuhud, dunia akan menyerahkan diri kepadanya dengan penuh kerendahan dan kehinaan.”

Junaid mengajarkan, “Zuhud adalah begini: Hati kosong dari sesuatu yang tangan tidak memilikinya.” Abu Sulaiman Ad-Darani menegaskan, “Pakaian bulu domba adalah salah satu tanda zuhud; oleh sebab itu, tidak layak bagi seorang zahid mengenakan pakaian beharga 3 dirham jika dia menginginkan wang sebanyak 5 dirham.”

Al-Mubarak berpendapat, “Zuhud adalah tawakkal kepada Allah SWT dipadu dengan kecintaan kepada kefakiran.” Si hamba tidak mampu merelakan dunia kecuali dengan tawakkal kepada Allah SWT.

Abd Al-Wahid Ibn Zahid mengatakan, “Zuhud adalah menjauhkan diri dari dinar dan dirham.” Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan, “Zuhud adalah menjauhkan diri dari apa pun yang memalingkan anda dari Allah SWT.”

As-Sari mengatakan, “Kehidupan orang zahid tidak akan baik apabila dia tidak peduli terhadap jiwanya, dan kehidupan seorang airf tidak akan baik apabila dia terlalu mementingkan jiwanya.

Page 18: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Al-Junaid mengatakan, “Zuhud adalah mengosongkan tangan dari harta dan mengosongkan hati dari keterpautan.”

Yahya Ibn Mu’adz menyatakan, “Orang baru akan mencapai zuhud yang sebenar-benarnya apabila dia memiliki sifat-sifat ini: berbuat tanpa disertai keterikatan, berbicara tanpa disertai nafsu, dan kemuliaan tanpa adanya kekuasaan ke atas orang lain.”

Abu Hafs mengatakan, “Tidak ada zuhud kecuali dalam hal-hal yang halal.”

Abu Utsman mengatakan, “Allah SWT memberi seorang zahid sesuatu lebih daripada yang dia inginkan, dan Dia memberikan sesuatu kepada hamba yang dicintai-Nya kurang dari yang dia inginkan, dan Dia memberi hamba yang takut sebanyak yang benar-benar diinginkan.”

Muhammad Ibn Al-Fadhl mengatakan, “Kedermawanan kaum pecinta adalah pada waktu mereka berkecukupan, dan kedermawanan kaum pembela adalah pada waktu yang sangat diperlukan.”

Seseorang bertanya kepada Yahya Ibn Mu’adz, “Bilakah saya akan memasuki kedai tawakkal, mengenakan jubah zuhud, dan duduk di dalam majlis bersama kaum pecinta?” Dia menjawab, “Ketika anda tiba pada suatu keadaan – dalam latihan untuk cinta secara diam-diam – yang di dalamnya apabila Tuhan menghentikan nafkah anda selama 3 hari, jiwa anda tidak melemah. Tetapi, apabila tujuan ini tidak tercapai, maka duduk di atas karpet kaum pecinta hanyalah kebodohan, dan saya tidak dapat menjamin bahawa anda tidak akan terhinakan di tengah-tengah mereka.”

Dikatakan, “Manakala seorang hamba menjauhkan diri dari dunia, maka Allah SWT mempercayakan dirinya kepada malaikat yang menanamkan kebijaksaan di dalam hatinya.”

Ahmad Ibn Hanbal memberikan penjelasan, “Ada 3 macam zuhud: bersumpah menjauhi hal yang haram adalah zuhud kaum awam, bersumpah menjauhi berlebihan dalam hal-hal yang halal adalah zuhud kaum terpilih, dan bersumpah menjauhi apa pun yang mengalihkan sang hamba dari Allah SWT adalah zuhud kaum arif.”

Al-Nasrabadzi berpendapat, “Zuhud memelihara darah kaum pecinta dan menumpahkan darah kaum arif.”

Hatim Al-Asamm berkata, “Kaum pecinta menghabiskan isi dompetnya sebelum dirinya, dan orang bertarekat menghabiskan dirinya sebelum isi dompetnya.”

Page 19: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 7:DIAM (SAMT)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi saw mengatakan, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir, hendaklah dia tidak mengganggu tetangganya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir, hendaklah dia menghormati tamunya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir,hendaklah dia berkata baik atau diam.” Dan Abu Umamah, bahawasanya, Uqbah Ibn Amir bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah Islam itu?” Beliau menjawab, “Jagalah lidahmu, berpuaslah dengan rumahmu, dan menangislah untuk dosa-dosamu.”

Syeikh Abu Ali Al-Daqqaq menyatakan, “Barangsiapa yang menahan diri dari mengucapkan kebenaran, adalah syaitan yang bisu.”

Hه ه)و Mه ن ه; ن< ه8 )� ه ه2 ه* و� ه�و م! ه#�: ه� ۥ Iه ه* و� ه2و م) ه� ن[ ه�ٱ Hه ه.� ن Nه ن* ٱ oه م ه- �Lه م�� ه� ع6ا ذ ه� ه$ ه; Tه م9 �ن ه: م�5 Tه "� ه D� ه Vه Lن ه�  ه�ٱ م(4 �م ـ� ه% ن* ٱ ه� ل� ه�8 ه; ه ا ه� Bم هpا ه#ا ن ه�ٱ ل� ه� ه% ن* م"ٱ Bم نو Nه ن* ٱ ه� م� م ن� ه] ن* ٱ Hه �qه ه� Cع ذ �ه م=4 ه�

ۥ Iه ه: ه�و ل� ه9 هي ه� مIۦ م; qه ه�ا م6 ن� ه6 Hه �ه م� ن8 ه� ن9 هي ه ا Tه ل" Dه ه� م�6 ه� م?ي *� ه ٱ Hه� هH  م�� ه�� ه] ن9 هي ۥ Iه ه* ه�

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (204) Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. (205) Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya dan mereka pula bertasbih bagiNya dan kepadaNyalah jua mereka sujud. (Al-A'raf: 206)

ه� مDي م? ه��� م�< م� نو ه- ـ5 ه* م�� و� نو *� ه ه� ه5 م$ ه- ه�)ا ه( ه� � و�‌ ه�و م! ه#�: و� او ه* ه-ا dه �ه ه$ Mه ه�)ا ه( ه� Hه ه.� ن Nه ن* ٱ Hه ه2و م) ه� ن9 هي ل� م] ن* ٱ ه� ل� �ع ذ �ه ه: Tه ن4 ه* م�� اا ه� ن� ه pه Lن م�� ه�

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. [Al-Ahqaf :29]

sع ذ ن) �ه ه� ا م�� ه\ ه) ن9 ه; هhا ه� م� ـ� ه) Mن � ه م*( Gه هو� pن ه#ا ن ٱ م& ه2 kه ه= ه� � ۥ‌ Iه ه* tه هو م6 ه ا ه5 م6 ه��� ٱ* Hه ه2و م� �� ه هي ?a ذ eم� ه� نو �هي  

Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya dan diam khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmat - Nya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan. [Ta-Ha:108]

Para sufi mengarang:Kurenungkan apa yang akan kukatakan saat kita berpisah,Dan terus-menerus kusempurnakan ucapan permohonan,

Tapi lalu aku melupakannya ketika kita berjumpa,Dan, kalau toh aku bicara, kuucapkan kata-kata hampa.

Page 20: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Wahai Laila, betapa sangat perlunya aku,Tapi ketika kudatang padamu, Laila, aku tidak tahu apa keperluanku.

Betapa banyak kata-kata yang ingin kucurahkan bagimu,Hingga ketika ada kesempatan bertemu denganmu,

Aku dibuat lupa semua itu.

Kulihat bicara menghiasi orang muda,Sedang diam adalah paling baik bagi dia yang menjadi tenang,

Kerananya, berapa banyak huruf yang membawa maut,Dan betapa banyak pembicara yang ingin andai mereka dibungkam?

Ada dua jenis diam: diam lahir dan diam batin. Hati orang yang mempercayakan dirinya sepenuhnya kepada Tuhan adalah diam, tidak menuntut serana penghidupan apa pun. Hati seorang arif diam sewaktu berhadapan dengan jalan Ilahi melalui sifat keselarasan. Yang disebut terdahulu adalah tawakkal melalui akhlak yang baik, dan yang disebut terkemudian adalah merasa puas terhadap semua yang ditetapkan oleh-Nya.

Orang-orang yang bergelut dengan mujahadah lebih menyukai diam kerana mereka mengetahui bahaya yang terkandung dalam kata-kata. Mereka juga menyedari senangnya nafsu berbicara, mempamerkan sifat-sifat yang mengundang pujian manusia dan sangat ingin menjadi terkenal di kalangan sejawatnya kerana keindahan bicaranya.

Setiap kali Umar Ibn Abd Al-Azizi menulis sesuatu dan merasa senang dengan penyusunan kata dan kalimat yang dia lakukan, dia selalu mengoyak kertas yang dia pergunakan dan menggantikannya.

Bisyr Ibn Al-Harits mengajarkan, “Apabila berbicara menyenangkan anda, diamlah. Apabila diam menyenangkan anda, berbicaralah.”

Bakar Al-Farisi menyatakan, “Apabila tanah kelahiran seseorang hamba bukanlah diam, maka hamba tersebut akan berbicara berlebihan, meskipun dia tidak mempergunakan lidahnya. Diam tidak terbatas pada lidah, tetapi meliputi hati dan semua anggota badan.”

Muadz Ibn Jabal ra mengatakan, “Sedikitkanlah berbicara dengan manusia, dan perbanyakkanlah berbicara dengan Tuhan, mudah-mudahan hatimu akan (dapat) melihat-Nya.

Dzun Nun Al-Mishri ditanya, “Di antara manusia, siapakah pelindung yang paling baik bagi hatinya?” Dia menjawab, “Iaitu orang yang paling mampu menguasai lidahnya.”

Dikatakan Abu Bakar Ash-Siddiq ra biasa mengulum sebutir batu di mulutnya selama beberapa tahun dengan tujuan agar lebih sedikit berbicara.

Ibn As-Sammak menuturkan bahawa Syah Al-Kirmani dan Yahya Ibn Muadz berteman, dan mereka tinggal di kota yang sama, tetapi Syah tidak menghadiri kuliah Yahya. Ketika dia ditanya alasannya, dia menjawab, “Sudah sepatutnya begini.” Orang banyak terus mendesak hingga suatu hari Al-Kirmani datang ke majlis Yahya dan duduk di penjuru di mana Yahya tidak dapat melihatnya. Yahya pun mulai berbicara; namun tiba-tiba dia menjadi diam. Kemudian dia mengumumkan, “Ada orang yang boleh

Page 21: Risalah Sufi Imam Qusyairi

berbicara lebih baik dariku,” dan dia tidak mampu melanjutkan bicaranya. Maka Al-Kirmani lalu berkata, “Sudah saya katakan kepada anda semua lebih baik saya tidak datang ke majlis ini.”

Barangkali seseorang yang hadir tidak layak mendengar pembicaraan berkaitan, hingga Allah SWT mencegah lidah si pembicara demi ketenteraman dan perlindungan dari mendengar pembicaraan itu.

Para syeikh berkata, “Terkadang alasan diamnya seseorang adalah kerana ada jin yang hadir, yang tidak mahu mendengarnya. Majlis para sufi tidak pernah sepi dari kehadiran sekelompok jin.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, “Saya jatuh sakit di Merv suatu ketika, dan saya ingin kembali ke Nisyapur. Saya bermimpi bahawa satu suara menyeru kepada saya, “Engkau tidak boleh meninggalkan kota ini. Ada sekelompok jin yang menghadiri majlis-majlismu dan mereka memperolehi manfaat dari ceramah-ceramah yang kau berikan. Demi mereka, tinggallah di tempatmu.”

Seorang sufi mengatakan, “Belajarlah diam sebagaimana kamu berlajar berbicara. Jika bicara dahulu menjadi pembimbingmu, maka diam akan menjadi pelindungmu.”

Diam bagi kaum awam adalah dengan lidahnya, diam bagi kaum arif adalah dengan hatinya, dan diam bagi kaum pecinta adalah menahan fikiran menyimpang yang datang dari hati sanubari mereka.

Fudhail bin Iyadh menyatakan, “Barangsiapa memperhitungkan kata-katanya sebagai termasuk dalam amalnya, maka kata-katanya akan menjadi sedikit dan hanya bersangkutan dengan urusannya sendiri saja.”

Page 22: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 8: TAKUT (KHAUF)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw telah mengatakan, “Barangsiapa yang menangis kerana takut kepada Allah SWT, nescaya tidak akan dimasukkan ke dalam neraka selama air susu masih mengalir dari seorang ibu. [Disamping itu], debu dari jalan Allah tidak akan pernah bercampur dengan asap api neraka pada batang hidung seorang hamba.”

Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw berkata, “Seandainya kamu semua tahu apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menjelaskan, “Takut memiliki berbagai tahap, iaitu khauf khasy-yah dan haybah. Khasy-yah adalah salah satu keadaan pengetahuan lahir, manakala haybah adalah salah satu keadaan pengetahuan batin.

Abul Qasim Al-Hakim mencatat, “Ada dua jenis takut, iaitu gentar (rahbah) dan takut (khasy-yah). Orang yang merasa gentar mencari perlindungan dengan cara lari ketika dia takut, tetapi orang yang merasa takut (khasy-yah) akan berlindung kepada Allah.”

Jika seseorang melarikan diri (rahaba), maka dia ditarik kepada hasratnya sendiri, seperti halnya pada rahib (ruhban) yang mengikuti hasrat mereka sendiri. Tetapi jika kendali mereka adalah pengetahuan yang didasarkan pada kebenaran hukum, maka itu adalah takut (khasy-yah).

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berpendapat, “Takut adalah bahawa anda berhenti mengemukakan dalih dengan kata-kata ‘asaa (mudah-mudahan) dan saufa (‘akan’ atau ‘mungkin sekali akan’).

Ibn Al-Jalla menyatakan: “Manusia yang takut (kepada Tuhan) bukanlah dia yang menangis dan menghapus air matanya, tetapi dia yang merasa aman dari hal-hal yang menakutkan.” ( atau meninggalkan apa yang ditakutinya akan mendatangkan hukuman.)

//hanya orang yang takut sahaja dapat melihat orang yang takut – sepertimana hanya ibu yang kehilangan anaknya saja yang mahu memandang kepada ibu-ibu yang berkabung//

Yahya bin Muadz mengatakan, “Alangkah malangnya anak Adam. Seandainya dia takut kepada neraka sebesar rasa takutnya kepada kemiskinan, nescaya dia akan masuk syurga.”

Abul Qasim Al-Hakim menyatakan: “Orang yang takut kepada sesuatu akan lari darinya, tapi orang yang takut kepada Allah SWT akan lari kepada-Nya.”

Dzun Nun ditanya, “Bilakah jalan takut menjadi mudah bagi seorang hamba?” Dia menjawab, “Apabila dia mengibaratkan dirinya dalam keadaan sakit dan menghindari dari segala sesuatu yang dikhuatirkan akan membuat penyakitnya berpanjangan.”

Dzun Nun mengatakan, “Manusia akan tetap berada di jalan selama takut tidak tercabut dari hati mereka, sebab jika takut telah hilang dari hati mereka, maka mereka akan tersesat.”

Ali Ar-Razi Ibrahim bin Syaiban berpendapat, “Manakala takut menetap di hati, maka keinginan nafsu akan terbakar habis darinya dan hasrat akan dunia akan terusir.”

Page 23: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Abu Sulaiman Ad-Darani menyatakan, “Adalah perlu bahawa tidak sesuatu pun yang memperoleh menguasai hati selain takut, sebab jika harapan memperoleh penguasaan atas hati, maka hati akan rosak.”

Al-Husain bin Manshur menyatakan, “Barangsiapa yang takut akan sesuatu selain Allah SWT atau berharap akan sesuatu selain Dia, maka, semua pintu akan tertutup baginya dan rasa takut akan mendominasinya, manabiri hatinya dengan 70 tabir, yang paling tipis di antaranya adalah keraguan.”

Saya mendengar Manshur bin Khalaf membacakan kisah: “Ada dua orang yang saling menemani dalam mengerjakan ibadat. Kemudian salah seorang di antaranya pergi meninggalkan sahabatnya. Setelah berlalu waktu yang lama, tidak terdengar khabar berita mengenainya. Sahabat yang ditinggal pergi itu ikut berperang bersama tentera Muslim memerangi bala tentera Bizantium. Dalam pertempuran itu, seorang tentera musuh yang memakai baju besi menyerang tentera Muslim dan memegang senjatanya. Seorang satria Muslim maju ke depan dan tentera Bizantium itu membunuhnya. Kemudian maju lagi seorang tentera Muslim, dan dia juga terbunuh. Satria Muslim ketiga yang maju ke depan juga terbunuh. Kemudian majulah sang sufi ke depan dan keduanya bertempur. Topeng yang menutupi wajah tentera Bizantium terlepas, dan ternyata dia adalah sahabat sang sufi yang dulu telah menemaninya beribadah selama bertahun-tahun. Maka berserulah dia. “Apakah ini?” Musuhnya menjawab, “Aku telah murtad dan kahwin dengan seorang wanita dari kaum ini. Aku sudah punya anak-anak dan harta kekayaan.” Sang sufi berteriak, “Dan engkau adalah orang yang dahulu biasa membaca Al-Quran dengan berbagaigaya bacaannya!” Dia menjawab, “Satu huruf pun aku tidak ingat lagi daripadanya.’ Maka sang sufi lalu berkata kepadanya, “Berhentilah kamu dari kelakuanmu itu, dan bertaubatlah.” Dia menjawab dengan keras, “Aku tidak mahu, sebab aku telah beroleh kemasyuran dan kekayaan. Tinggalkan sahaja diriku, atau aku akan melakukan kepadamu apa yang telah kulakukan terhadap ketiga orang temanmu.” Sang sufi berkata, “Ketahuilah bahawa engkau telah membunuh 3 orang Muslim. Tidak ada malu yang akan menimpamu jika kau pergi saja dari sini. Kerana itu, pergilah dan aku akan memberimu tempoh waktu.’ Maka orang itu pun mundur ke belakang dan berbalik. Sang sufi mengikutinya dan membunuhnya dengan pedangnya. Setelah menempuh perjuangan dan disiplin spiritual yang begitu lama dan berat, orang itu mati sebagai orang Kristian.

Dikatakan, “Ketika terjadi apa yang terjadi pada Iblis, Jibril dan Mikail tiba-tiba menangis dengan lamanya, hingga Allah SWT berfirman kepada mereka, “Wahai kamu berdua, kenapa kamu menangis demikian?” Mereka menjawab, “Wahai Tuhan kami, kami tidak merasa aman dari pengawasan-Mu.” Allah SWT berfirman, “Tetaplah begitu, dan janganlah merasa aman dari pengawasan-Ku.”

Abu Hafs menuturkan, “Selama 40 tahun aku benar-benar yakin bahawa Allah SWT memandangku dengan murka dan semua amal perbuatanku membuktikan hal itu.”

Dikatakan, Hatim Al-Ashamm menegaskan, "Janganlah kamu tertipu oleh tempat-tempat yang saleh, sebab tidak ada tempat yang lebih saleh daripada syurga, dan fikirkanlah apa yang telah menimpa Adam di tempat yang begitu saleh! Jangan pula kamu tertipu oleh banyaknya amal ibadah; lihatlah apa yang menimpa Iblis setelah dia begitu banyak beribadah. Juga, janganlah kamu tertipu oleh banyaknya ilmu, sebab Bal'aam pun mengetahui al-ismul a'zham, tetapi lihatlah apa yang terjadi kepadanya!Jangan kamu tertipu kerana bertemu dengan seorang yang saleh, sebab tidak ada orang yang takdirnya lebih agung dari Al-Musthafa saw, namun berjumpa dengannya sama sekali tidak memberi manfaat kepada (sebahagian dari ) karib kerabat dan musuh-musuhnya."

Page 24: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ketika bertemu dengan sahabat-sahabatnya pada suatu hari, Ibn Al-Mubarak melaporkan, “Aku begitu berani terhadap Allah SWT kelmarin. Aku meminta syurga.”

Dikatakan bahawa Isa as sedang bepergian, dan bersamanya ada seorang saleh dari Bani Israel. Seorang pendosa yang terkenal kerana kejelekan akhlaknya, mengikuti mereka. Duduk agak jauh dari mereka berdua, dia berseru kepada Allah SWT dengan penuh kerendahan hati, “Wahai Tuhanku, ampunilah aku!” Sedang si soleh berdoa, “Ya Allah, bebaskan aku dari orang berdosa yang mengikutiku ini, mulai besok pagi.” Maka Allah SWT pun mewahyukan kepada Isa as “Aku telah mengabulkan doa dua orang yang berdoa ini; telah Ku-usir orang saleh ini dari syurga dan telah Ku-ampuni si pendosa ini.”

Ahmad bin Hanbal berkata, “Aku memohon kepada Tuhanku SWT agar membukakan pintu takut. Dia membukanya, dan aku pun lalu mengkhuatirkan kawarasan fikiranku. Kerana itu aku berdoa, “Ya Allah, anugerahilah aku rasa takut setakat yang boleh ku-tanggung.” Maka, kesan yang menggoyahkan kewarasan akalku itupun lenyaplah.

Hه هNو �م هي� ن< ه� ـ� ه� ن- ه� Dه ه�)ا م� ه� ع2ا ذ ه) uه ه� ع�ا ذ نو ه= ن< ه3 "� ه Dه Hه ه6و ن� هي م\ م� ه$ا ه) ن* ٱ م� ه6 ن< ه� ه" ه�و ه� ـ5 ه� ه]ا ه� ه;  

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (As-Sajdah: 16)

ه� م�4 م� ن' ه�� ه�< �Vه Hم�� Hم ه�و ه=ا ه� ن< �ه ه�و ه7ا ه; هhا ه� ۥ dه ه. اا ه4 م* ن� ه#� vه لو ه7 هي ه� ـ� Aه ه�kن4 ٱ* ه< ه8 م* هLٲ ه)ا :� ه م��

Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yangbertujuan menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada

mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. (Ali-Imran: 175)

Hم ه�و �ه Dن ه�ٱ ه5 ـ� �ي ه م�ا ه� � ‌�f ذ Mم ه�ٲ If ذ ـ� ه* م�� هو �ه ه)ا :� ه م�� � م�‌ ن4 ه� Xن ٱ م� ن4 ه� ـ� ه* م�� و� ا� ه? م7 �� ه ه; ه ا Iه )� ه ٱ* Bه ه-ا ه�  

Dan Allah berfirman: Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar. (An-Nahl: 51)

Iه )� ه ٱ* Hه� م�� و� ‌ ه' ـ� ا ه) ه( ه2 ن* ٱ dم qم ه�ا م6 ن� م� Iه )� ه ٱ* 5kه ن7 هي ه)ا :� ه م�� Tه ‌ م* ه?ٲ Vه ۥ Iه ه: هوٲ ن* ه#� wf م( ه� ن7 ه� م< ـ� ه2 ن: ه#ا ن ه�ٱ xل ا� ه� �� ه ه�ٱ* م ��ا ه ٱ* ه� م� Df  ه� ه�و Fه Pf مPي ه6  

Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Fathir: 28)

اا ه� م�� .a ن5 cه م�5 Iم )� ه ٱ* ه� م� sه ن4 ه( ه� Tه م* هLٲ نل ه2 �ن هي ه�� ه� � ه�‌ م�4 م� ن' ه) ن* ٱ Hم �qه م�� ه. اا ه4 م* ن� ه#� ه� مي �م ـ� ه8 ن* ٱ Hه ه�و م� ن' ه) ن* ٱ م? م7 �� ه هي ه  ه� ا م!4 ه) ن* ٱ Iم )� ه ٱ* ه*5 م�� ه� � ۥ‌ Iه ه9 �ن ه: Iه )� ه ٱ* ه< bه Dه ل? �ه هي ه� � ‌Cع ذ eـ Nه ه; ن< ه� ن� م� و� هNو �� ه ه; H�#ه  

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan

Page 25: Risalah Sufi Imam Qusyairi

supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali. (Ali-Imran:28)

Page 26: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 9: HARAPAN (RAJA')

Rasullah saw mengkahabarkan bahawa malaikat Jibril as mengatakan: “Allah SWT berfirman, ‘Wahai hamba-Ku, selama engkau menyembah-Ku, berharap akan bertemu dengan-Ku, dan tidak menyekutukan Aku, nescaya Aku akan mengampuni apa pun dosa yang engkau telah lakukan. Bahkan sekalipun engkau datang membawa keburukan dan dosa sebesar bumi, Aku akan menerimamu dengan pengampunan yang besar. Aku akan mengampunimu, dan tidak mempedulikan berapa banyak dosa yang telah engkau lakukan.

Anas bin Malik mengkhabarkan bahawa Rasulullah saw menegaskan, “Allah SWT akan befirman pada hari kebangkitan,“Keluarlah dari neraka, wahai kamu yang dalam hatinya masih terdapat iman walaupun sebesar biji gandum.”Kemudian Dia akan memerintahkan, “Aku bersumpah demi keagungan-Ku terhadap manusia yang beriman kepada-Ku hatta sesaat sahaja di siang hari ataupun malam, tidak akan sama dengan perlakuan-Ku terhadap orang yang tidak pernah beriman kepada-Ku.”

Hati menjadi hidup oleh harapan; harapan melenyapkan beban hati.

Harapan adalah sifat yang terpuji, tetapi angan-angan adalah suatu kelemahan pada diri manusia.

Ibn Khubaiq menjelaskan: “Ada 3 macam harapan: Ada manusia yang melakukan amal baik; harapannya adalah bahawa amal perbuatannya itu akan diterima oleh Tuhan. Ada lagi orang yang melakukan amal buruk, kemudian bertaubat; harapannya adalah beroleh keampunan. Akhirnya ada orang yang tertipu-tipu sendiri, yang harus melakukan dosa, sambil berkata, “Aku berharap untuk beroleh pengampunan.” Bagi orang yang tahu bahawa dirinya melakukan amal buruk, takut selayaknya lebih berkuasa atas dirinya daripada harap.

Dikatakan, “Harapan adalah mengandaikan kemurahan dari Yang Maha Pemurah, dan Maha Menyintai.”

Harapan adalah melihat kegemilangan Ilahi dengan mata keindahan.

Abu Ali Ar-Ridzbari berpendapat, “Takut dan harap adalah seperti kedua belah sayap burung. Manakala keduanya seimbang, si burung akan seimbang dan terbangnya akan sempurna. Tapi manakala salah satunya kurang, maka hal ini akan menjadikan si burung kehilangan kemampuannya untuk terbang. Apabila takut dan harap keduanya tidak ada, maka si burung akan terlempar ke jurang kematiannya.

Ahmad bin Ashim Al-Antaki ditanya, “Apakah tanda adanya harapan pada seorang hamba?” Dia menjawab, “Tandanya adalah manakala ia menerima anugerah, dia terilham untuk bersyukur, penuh harap akan penuhnya rahmat Allah SWT di dunia ini dan penuhnya pengampunan-Nya di akhirat.”

Abu Utsman Al-Maghribi menyatakan, “Barangsiapa mendorong dirinya untuk berharap sahaja, maka dia akan terjerumus ke dalam kemalasan, dan barangsiapa yang mendorong dirinya kepada takut sahaja, maka dia akan terjerumus kepada berputus asa. Yang patut adalah, ada waktu berharap, dan ada waktu untuk takut; keduanya mempunyai tempatnya sendiri.”

Yahya bin Muadz menegaskan, “Harapan yang kutaruh kepada-Mu bilamana aku berbuat dosa hampir-hampir lebih besar daripada harapanku kepada-Mu bila aku berbuat baik. Ini disebabkan apabila aku

Page 27: Risalah Sufi Imam Qusyairi

melakukan amal baik, aku mendapati diriku mengandaikan pada ketulusanku dalam melakukannya. Tapi bagaimana aku dapat menjaga amalku dari kekurangan sedangkan aku adalah makhluk yang bersifat penuh kekurangan? Sebaliknya, bilamana aku melakukan dosa, aku mendapati diriku mengandaikan ampunan-Mu. Bagaimana Engkau tidak akan mengampuni dosa-dosaku, sedangkan Engkau adalah Dzat Yang Maha Pemurah?”

Yahya bin Muadz menyatakan, “Wahai Tuhanku, anugerah paling manis dalam hatiku adalah harapan terhadap-Mu. Kata-kata paling indah yang keluar dari lidahku, adalah pujian terhadap-Mu. Saat yang ku anggap paling beharga adalah saat ketika aku akan berjumpa dengan-Mu.”

Rasulullah saw datang menemui sahabatnya melalui pintu Bani Syaibah. Beliau mendapati mereka sedang tertawa-tawa. Beliau berkata, “Apakah kamu tawakan? Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit tertawa, dan banyak menangis. Beliau lalu meninggalkan mereka, kemudian kembali lagi dan berkata, “Jibril as muncul di hadapanku setelah aku meninggalkan kamu tadi. Dia menyampaikan firman Allah ini:

ه< 4Mم � ه ٱ* Dه ه�و ه% ن* ٱ ه:ا ه#� ا5 ل: ه#� اى qم ه�ا م6 yن ل� ه:  

Beritahukanlah kepada hamba-hambaKu, bahawa sesungguhnya Aku Maha Pengampun dan Maha Penyayang. ( Al-Hijr :49)

Diriwayatkan oleh Aisyah, bahawa Rasulullah saw telah berkata, “Allah SWT tertawa ketika hamba-hamba-Nya ditimpa putus asa, sedangkan rahmat-Nya dekat dengan mereka.” Aisyah bertanya, “Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah, apakah Tuhan kita benar-benar tertawa?” Beliau menjawab, “Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, Dia benar-benar tertawa.” Aisyah mengatakan, “Dia tidak akan menjauhkan kita dari kebaikan, sekiranya Dia tertawa.”

Dikatakan, ada seorang Majusi yang meminta kepada Ibrahim as agar diizinkan menginap di rumahnya. Ibrahim berkata kepadanya, “Kalau kamu masuk Islam, aku mahu menjadikanmu sebagai tamuku.” Orang Majusi itu menjawab, “Jika aku memeluk Islam, bagaimana mungkin engkau akan berbuat kebajikan kepadaku?” Allah SWT berfirman kepada Ibrahim, “Wahai Ibrahim, engkau hanya mahu memberinya makan jika dia mahu mengubah agamanya. Jika engkau menerimanya satu malam, bagaimana hal itu akan menyusahkanmu?” Mendengar itu, Ibrahim lalu mengejar orang Majusi itu dan mengundangnya menjadi tamunya. Ketika orang Majusi itu bertanya kepadanya mengapa dia berubah fikiran, Ibrahim pun menyatakan kepadanya apa yang didengarnya dari Tuhannya. Orang Majusi itu bertanya, “Beginikah caranya Dia memperlakukan aku? Berikanlah Islam kepadaku.” Lalu dia masuk Islam.

Abu Bakr bin Isykib menuturkan, “Aku bermimpi bertemu dengan Syeikh Abu Sahl As-Sa’luki. Keadaannya sangat berbahagia tidak terkatakan. Aku bertanya, “Wahai Syeikh, bagaimana syeikh dapat mencapai hal ini?” Beliau mengatakan kepadaku, “Dengan berbaik sangka ku kepada Tuhanku.”

Ketika Malik bin Dinar terlihat dalam sebuah mimpi, dia ditanya, “Apakah yang telah diperbuat Allah terhadap dirimu?” Dia menjawab,“Aku datang ke hadapan Tuhanku SWT dengan membawa banyak dosa, tetapi baik sangka-ku terhadapNya menghapus semua dosaku itu.”

Page 28: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Rasulullah saw bersabda, “Allah SWT berfirman: ‘Aku adalah sebagaimana yang disangka oleh hamba-Ku, dan Aku ada bersamanya bilamana ia mengingat-Ku. Jika dia mengingat-Ku dalam hatinya, maka Aku akan mengingatnya dalam Diri-Ku. Jika dia mengingat-Ku di tengah kumpulan orang banyak, maka Aku akan mengingatnya di tengah kumpulan yang lebih baik dari itu. Jika dia datang kepada-Ku sejarak satu jengkal, Aku akan mendatanginya sejarak satu hasta. Jika dia melangkah kepada-Ku satu hasta, Aku akan melangkah kepadanya dua hasta. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”

Diceritakan bahawa pada suatu ketika Ibn Mubarak sedang bertempur melawan salah seorang tentera kafir. Ketika tiba waktunya bagi orang kafir itu untuk bersembahyang, dia meminta waktu kepada Ibn Mubarak. Yang disebut akhirnya ia pun membiarkannya melakukan sembahyangnya. Ketika tentera kafir itu sedang bersujud ke matahari, Ibn Mubarak merasakan keinginan untuk menikamnya dengan pedangnya. Namun tiba-tiba dia mendengar sebuah suara di angkasa yang berseru,

� م�‌ ن� ه2 ن* م"ٱ و� ه�و ن� ه#� ه� � عا م�� ۥ‌ ذ ه#�و ن9 ه� Hه هVا ه� ن� ه2 ن* ٱ Hه�

Dtan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Isra': 34)

Mengapa kau tidak melaksanakan niatmu? Ibn Mubarak mengatakan kepadanya tentang suara yang didengarnya. Si penyembah berhala berseru, “Betapa sempurnanya Tuhan yang memarahi teman-Nya demi membela musuh-Nya!” Lalu dia pun masuk Islam dan menjadi seorang Muslim yang sangat baik.

Dikatakan: “Allah menjadikan manusia melakukan dosa ketika Dia menamakan Diri-Nya Yang Maha Pengampun.” Dikatakan, “Seandainya Allah mengatakan, ‘Aku tidak akan mengampuni dosa,’ nescaya tidak seorang Muslim pun yang akan pernah berbuat dosa.

Ibrahim bin Adham berkata, “Pada suatu ketika aku menunggu waktu luang dan tenangnya orang di sekitar Kaabah. Saat itu adalah malam yang gelap-gelita dan hujan turun dengan lebatnya. Akhirnya tempat itu pun sepi, dan aku pun mulai melakukan tawaf sambil berdoa, “Ya Allah, lindungilah aku dari dosa, lindungilah aku dari dosa!” Lalu aku mendengar suara yang mengatakan, “Wahai Ibn Adham , engkau meminta kepada-Ku untuk melindungimu dari dosa sebagaimana doa orang-orang lain. Tetapi jika Aku jadikan kamu semua tanpa dosa, lantas kepada siapa aku harus bersikap Maha Pengasih?”

Ketika Abul Abbas bin Syuraih menderita sakit yang akhirnya membawanya mati, dia bermimpi bahawa Hari Kebangkitan telah tiba Allah Yang Maha Kuasa bertanya, “Dimanakah para ulama itu?”

Semua ulama’ termasuk diriku maju kedepan. Allah SWT bertanya, “Apakah yang telah kamu lakukan dengan ilmu yang telah kamu pelajari?” Kami semua menjawab, “Wahai Tuhan, kami telah berbuat lalai dan kami telah berbuat jahat.” Maka Allah pun mengulangi lagi pertanyaan-Nya seolah-olah dia tidak menyukai jawapan yang telah kami berikan dan mengkehendaki jawapan yang lain. Maka aku pun maju ke depan dan menjawab, “Mengenal diriku, maka catatan amalku tidaklah mengandungi dosa menyekutukan sesuatu dengan-Mu, dan Engkau telah berjanji bahawa Engkau akan mengampuni segala dosa selain itu.” Allah SWT berfirman, “Pergilah kamu semua. Aku telah mengampunimu.” Abul Abbas meninggal dunia tiga malam setelah bermimpi.

Page 29: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Pada suatu ketika, adalah seorang pemabuk, yang mengumpulkan sekelompok teman-teman pemabuknya. Dia membrikan wang empat dirham kepada salah seorang budaknya dan menyuruhnya pergi membeli buah-buahan. Si budak pergi, dan di tengah jalan dia melewati majlis Manshur bin Ammar, ketika itu Manshur sedang merayu meminta kepada orang banyak untuk memberikan sedekah kepada beberapa orang pengemis, dengan mengatakan, “Barangsiapa yang memberikan empat dirham, aku akan panjatkan empat doa untuknya.”

Si budak memberikan wang empat dirham yang dibawanya kepada Manshur, yang lalu bertanya kepadanya, “Doa apa yang kau inginkan dariku?” Si budak itu menjawab, “Aku ingin bebas dari tuanku.” Manshur mendoakan hal itu, lalu bertanya lagi, “Apa lagi?” “Aku ingin agar Allah memberiku ganti wang 4 dirham itu.” Manshur mendoakan, dan bertanya “Apa lagi?” Aku ingin agar Allah menyedarkan tuanku supaya bertaubat.” “Apa lagi?” Aku ingin agar Allah mengampuni dosaku, dosa tuanku, dosamu, dan dosa semua orang yang ada di rumah tuanku itu.” Manshur mendoakan hal itu. Si budak lalu pulang ke rumah tuannya. Ketika tuannya bertanya kepadanya kenapa dia lambat pulang, dia menceritakan apa yang telah dilakukannya dengan wang empat dirham tersebut. Tuannya bertanya, “Dan doa apa sajakah yang engkau minta?”

Si budak menjawab, “Saya minta didoakan agar dibebaskan dari perbudakan.”Tuannya berkata, “Engkau aku bebaskan. Apa permintaanmu yag kedua?”Si budak menjawab, “ Agar Allah memberiku ganti wang empat dirham itu”Tuannya berkata, “Ini, kuberi kamu 4000 dirham. Lalu apa permintaanmu yang ketiga?”Si budak menjawab, “Agar Allah menyedarkan tuan supaya bertaubat.”“Aku bertaubat kepada Allah. Apa permintaan mu yang keempat?”Si budak menjawab, “Agar Allah mengampunimu, aku, orang-orang yang ada di rumah ini, dan juga Manshur.”“Ini adalah permintaan yang berada di luar kemampuanku untuk memenuhinya.”

Malam itu ketika tidur, tuan itu tadi terdengar satu suara yang mengatakan, “ Engkau telah melakukan apa yang berada dalam batas kemampuanmu. Apakah engkau mengira bahawa Aku tidak akan melakukan apa yang berada di dalam batas kemampuan-Ku? Ku ampuni dosamu, dosa budakmu, dosa Manshur, dan dosa semua orang yang berkumpul di dalam rumahmu.”

Dikatakan bahawa Rabah Al-Qaysi telah mengerjakan haji beberapa kali. Suatu ketika dia berdiri si bawah talang air dan berdoa, “Wahai Tuhanku, aku telah menghadiahkan sejumlah sekian dan sekian dari ibadah hajiku kepada Rasulullah saw, sepuluh ibadah haji bagi sepuluh orang sahabatnya, dua ibadah haji untuk kedua orang tuaku, dan sisanya untuk semua kaum Muslimin.” Dia menghadiahkan semua ibadah hajinya tanpa menyisakan satu pun untuk dirinya sendiri. Kemudian dia mendengar suara ghaib yang mengatakan, “Inilah orang yang menunjukkan kemurahan hatinya kepada Kami! Aku ampuni dosamu, dosa kedua orang tuamu, dan dosa semua orang yang memeluk Islam.

[Diceritakan oleh Abdul Wahhab bin Abdul Majid Al-Tsaqafi mengenai mimpinya tentang seorang pemuda fasik] “Aku adalah orang fasik yang kau kuburkan siang tadi. Tuhanku telah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku disebabkan hinaan orang-orang kepadaku.”

Dikatakan bahawa Allah mewahyukan kepada Daud as, “Katakakanlah kepada manusia bahawa Aku menciptakan mereka bukan suapaya Aku memperoleh manfaat dari mereka, tapi Ku-ciptakan mereka supaya mereka memperoleh keuntungan dari-Ku.”

Page 30: Risalah Sufi Imam Qusyairi
Page 31: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 10: SEDIH (HUZN)

Df ه8و cه Df ذ ه�و ه% ه* ه�ا "� ه Dه H� ه م�� Hه ‌ Pه �ه ن* ٱ ��ا ه ه6 Uه �ه Lن ه#� اى م? *� ه ٱ Iم )� ه م* ه� ن) �ه ن* ٱ و� ه*و ه-ا ه�  

Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat) (Fathir: 34)

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudhri bahawa Rasulullah saw menyatakan, “Manakala sesuatu keburukan menimpa seorang hamba yang beriman, apakah itu penderitaan, penyakit, kesedihan, atau rasa sakit yang merisaukannya, maka Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengatakan “Orang yang hatinya dipenuhi kesedihan mampu menempuh jalan Allah dalam waktu satu bulan, sepanjang jarak yang tidak dapat ditempuh dalam waktu satu tahun oleh orang yang tidak memiliki kesedihan.”

Dalah hadith dikatakan, “Sesungguhnya Allah mencintai setiap hati yang sedih.” Kitab Taurat menyatakan, “Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan menempatkan suatu kesedihan di dalam hatinya, dan jika Dia membenci seorang hamba, maka ditempatkan-Nya sebuah seruling di dalam hatinya.”

Ibn Khafif menjelaskan, “Sedih adalah mencegah diri dari bangkit mencari kesenangan.”

Sufyan bin Uyainah menyatakan, “Apabila ada seorang yang ditimpa kesedihan dan menangis di kalangan suatu kaum, maka Allah SWT akan mengasihani mereka semua kerana air matanya.”

Ath-Tha’i ketika ditimpa kesedihan, dan di malam hari dia akan mengatakan, “Wahai Tuhan, perhatianku terhadap Mu merosakkan perhatian terhadap yang lain dan menghalangi antaraku dengan tidurku.” Dan Allah menjawab, “Bagaimana mungkin bagi seorang yang penderitaannya diperbaharui setiap saat, akan mencari hiburan dari kesedihan?”

Dikatakan, “Sedih menahan seseorang dari makan, dan takut menahannya dari dosa.”

Sari As-Saqati menyatakan, “Aku ingin seandainya kesedihan seluruh manusia di muka bumi ini ditimpakan kepadaku.”

Orang tidak pernah melihat Hasan Al-Bishri pasti mengira bahawa dia baru sahaja mengalami bencana.

Fudhail bin Iyadh berpendapat, “Kaum salaf mengatakan, ‘Setiap sesuatu ada zakatnya, dan zakat hati adalah kesedihan yang berpanjangan.”

Page 32: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 11:LAPAR DAN MENAHAN NAFSU

ه� مي م� ـ� ه�! ٱ* م kل ه" ه� � ‌Gم هٲ ه) Y� ه ه�ٱ* sم �ه ه#ا: ن ه�ٱ Bم هوٲ ن� ه#ا ن ٱ ه� ل� za ذ Nن ه: ه� م} ه]و ن* ه�ٱ vم نو ه7 ن* ٱ ه� ل� .a ذ ن5 kه م" ه8< :� ه هو ه( ن� ه� ه* ه�

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 155)

Anas bin Malik menuturkan bahawa ketika Fatimah ra memberikan sepotong kecil roti kepada Rasulullah saw, baginda bertanya, “Apa ini wahai Fatimah?” Dia menjawab, “Sepotong roti yang saya masak sendiri. Hati saya tidak akan tenang sebelum saya memberikan roti ini kepada ayah.”. Beliau menjawab, “Ini adalah sepotong makanan pertama yang memasuki mulut ayahmu sejak 3 hari ini.”

Dikatakan Sahl bin Abdullah hanya makan setiap 15 hari. Manakala bulan Ramadhan tiba, dia tidak makan sampai dia melihat bulan baru, dan tiap kali berbuka, dia hanya minum air sahaja.

Sahl bin Abdullah berpendapat, “Ketika Allah SWT menciptakan dunia, Dia menempatkan dosa dan kebodohan di dalam kepuasan nafsu makan dan minum, serta menempatkan kebijaksanaan di dalam lapar.”

Yahya bin Muadz mengatakan, “Lapar adalah latihan pecinta bagi para murid, sebuah cubaan bagi yang bertaubat, dan cubaan-derita bagi penolak dunia, dan tanda kemuliaan bagi para ahli makrifat.

Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, “Seseorang datang menjumpai salah seorang syeikh, dan ketika melihat beliau menangis, dia bertanya, “Mengapa anda menangis?” Sang Syeikh menjawab, “Aku lapar.” Dia mencela, “Seorang seperti anda ini menangis kerana lapar?” Sang Syeikh balas mencela, “Diamlah. Engkau tidak mengetahui bahawa tujuan-Nya menjadikan aku lapar adalah agar aku menangis.”

Mukhallid mengkhabarkan bahawa Al-Hajjaj bin Furafisah sedang berada bersama mereka di Syam, dan selama 50 malam dia tidak minum air ataupun mengisi perut dengan makanan apa pun.”

Abu Utsman Al-Maghribi menyatakan, “Orang yang mengabdi kepada Tuhan hanya makan tiap 40 hari, dan orang yang mengabdi pada Yang Abadi hanya makan tiap 80 hari.”

Sahl bin Abdullah ditanya, , “Bagaimana pendapatmu tentang orang yang makan sekali sehari?” Dia menjawab, ‘Itu adalah makannya orang beriman.”Bagaimana dengan makan 3 kali sehari? Dia mencela, “Suruh saja orang membuat kantong makanan untuknya.”

Yahya bin Muadz berpendapat, “Lapar adalah pelita, dan memenuhi perut adalah api. Hawa nafsu adalah seperti kayu api yang darinya muncul api, yang tidak akan padam sampai ia membakar pemiliknya.”

Bertanya sang sufi, “Sudah berapa lama anda tidak makan?”Sang Sheikh menjawab, “5 hari.”Si sufi berkata, “Lapar anda adalah laparnya kerakusan. Anda memakai pakaian (bagus) sementara anda lapar. Itu bukanlah lapar orang miskin!”

Page 33: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Selama beberapa hari, Abul Khayr Al-Asqalani sangat ingin memakan ikan. Lalu sejumlah ikan sampai ketangannya melalui jalan halal. Tetapi ketika tangannya meraih untuk memakannya, sepotong durinya telah mengenai tangannya. Katanya, “Ya Allah, jika hal ini menimpa orang yang menghulurkan tangan kerana ingin memakan barang yang halal, apa pula yang akan terjadi pada orang yang menghulurkan tangannya untuk sesuatu yang haram?”

Malik bin Dinar berkata, “Syaitan takut kepada banyangan manusia yang telah menaklukkan hawa nafsu duniawi.”

Abu Ali Ar-Rudzbari mengajarkan, “Jika seorang sufi, setelah 5 hari tidak makan, mengatakan ‘Aku lapar,’ maka kirimkanlah dia ke pasar untuk memperoleh sesuatu.”

Seseorang bertanya kepada Syeikh, “Apakah tuan tidak menginginkan sesuatu?”Beliau menjawab, “Aku menginginkannya, tetapi aku menahan diri.”

Syeikh yang lain ditanya, “Adakah sesuatu yang tuan inginkan?”Jawabnya, “Aku menginginkan hilangnya keinginan. Yang terakhir ini amat mustahil.”

Bisyr berkata, “Telah bertahun-tahun aku ingin makan terung, tetapi aku belum ditakdirkan untuk memakannya. Aku tidak boleh memakannya sampai aku terbebas dari keinginanku untuk memakannya.”

Abu Abdullah bin Khafif memakan sepuluh butir kismis setiap kali berbuka puasa.

Abu Turab An-Nakhsyabi berpendapat, “Jiwaku tidak pernah cenderung kepada hawa nafsuku kecuali sekali: ia ingin sekali makan roti dan telur ketika aku sedang berada dalam perjalanan. Tiba aku di sebuah perkampungan, seseorang bangkit dan memegang tanganku sambil berkata, “Perompak!” Lalu orang-orang disitu memukuliku sebanyak 70 kali. Seorang laki-laki di antara mereka mengenaliku dan berkata, “Ini adalah Abu Turab An-Nakhsyabi!” Lelaki itu dengan rasa hormat membawa aku ke rumahnya dan menjamuku dengan roti dan telur. Maka aku berkata kepada diriku, “Makanlah setelah 70 kali pukul.”

Page 34: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 12: KUSYUK DAN TAWADHUK

Hه ه�و م� ن' ه) ن* ٱ ه| ه( ن� ه#� ن� ه- Hه ه2و kم ـ� ه= ن< م3 م; هhا pه م�5 ن< �ه ه� م?ي *� ه ٱ Hه ه{و م ن2 ه� مو ن% )� ه ٱ* م� ه6 ن< �ه ه� م?ي *� ه ه�ٱ

Hه ه(و م2 ـ� ه� jم ـو Vه P� ه م*( ن< �ه ه� م?ي *� ه ه�ٱ Hه ه�و �م ـ� Mه ن< م� م� �ه �ه م* ن< �ه ه� م?ي *� ه ه�ٱ

ه� م�4 ه(و ه� ه ن4 Fه ن< ه3 :� ه م�ا ه� ن< ه3 ه� ـ� ه) ني ه#� ن& ه8 ه( ه� ه�ا ن� ه#� ن< م� م� ه�ٲ ن� ه#� ـ5 ا ه( ه6 ه� ا م�� Hه �qه ه2ا ن* ٱ ه< �ه Tه eم� ـ� ا ه* و� ه#ا ه� Tه م* هLٲ ه. ا� Dه ه� ـ5 ه% ه� ن" ٱ م� ه) ه�

Hه ه6و هDٲ ن< �م م� ن� ه6 ه� ن< م� م� ـ� ه� ـ� ه� ه#ا م ن< �ه ه� م?ي *� ه ه�ٱ Hه ه�و م� ه�ا هي ن< م3 م; هوٲ ه( pه ـ5 ه( ه6 ن< �ه ه� م?ي *� ه ه�ٱ

Hه هXو Dم هوٲ ن* ٱ ه< �ه Tه eم� ـ� ا ه* و� ه#�   Hه ه�� م( ـ� ه= ه3ا م�4 ن< �ه ه ن� qه ن �م ن* ٱ Hه هXو م هي ه� م?ي *� ه ٱ

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (7) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (8) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. (9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minun:11)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah saw menyatakan, “Tidak akan masuk syurga, barangsiapa yang dalam hatinya terdapat keseombongan walau sekecil apa pun, dan tidak akan masuk neraka barangsiapa yang ada di dalam hatinya terdapat iman walau sekecil apa pun.” Seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana jika seseorang suka berpakaian bagus?” Beliau menjawab, “Allah SWT Maha Indah dan menyukai keindahan; sombong adalah berpaling dari Allah dan mencemuh manusia.”

Anas bin Malik mengkhabarkan, “Rasulullah suka mengunjungi orang sakit, mengiringi jenazah, mengenderai keledai dan memenuhi undangan budak-budak. Dalam peperangan melawan Bani Quraidhah dan Bani Nadhir, Rasul mengenderai seekor keledai yang diberi tali kendali dari ijuk kurma, dan diatasnya diberi pelana ijuk pula.”

Khusyuk adalah pasrah kepada Allah, dan tawadhuk adalah menyerah kepada Allah dan mejauhi sikap keberatan dalam menerima kebijaksanaan Ilahi.

Hudzaifah mengatakan, “Kusyuk adalah hal yang pertama-tama hilang dari agamamu.”

Kaum sufi mengatakan, “Kusyuk adalah berdirinya hati di hadapan Allah SWT dengan penuh niat dan penghayatan.”

Page 35: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dikatakan, “Di antara tanda-tanda kekhusyukan hati seorang hamba adalah manakala dia dihasuti, disakiti hatinya atau ditolak, maka kewajibannya adalah menghadapi semua itu dengan penuh penerimaan.”

Muhammad bin Ali At-Tirmizi menjelaskan, “Kusyuk adalah begini: Jika api hawa nafsu dalam diri seseorang padam, asap dalam dadanya reda, dan cahaya kecemerlangan bersinar dalam hatinya, lalu hawa nafsunya mati, hatinya hidup dan semua anggota badannya menjadi rendah hati.”

Menurut Hasan Al-Bishri, "Kusyuk adalah rasa takut yang terus-menerus dalam hati."

Junaid mengatakan, "Kusyuk adalah jika hati menghinakan dirinya di hadapan Yang Satu, yang mengetahui hal-hal yang tersembunyi. "

ع)ا ذ ـ� ه( ه[ و� ه*و ه-ا Hه ه(و م� ـ� ه] ن* ٱ ه< ه� ه� uه ه=ا �Lه م�� ه� ع:ا ذ نو �ه م~ Dن ه#ا ن ٱ ه(5 ه6 Hه هkو ن) هي ه� م?ي *� ه ٱ م� ـ� ه) Mن � ه ٱ* qه ه�ا م6 ه�  

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (Furqan: 63)

//iaitu berjalan dengan tidak memperdengarkan bunyi tapak kasut//

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki sedang mengoles-oles janggutnya dalam solat, dan baginda lalu bersabda, “Jika hatinya kusyuk, nescaya anggota badannya juga akan kusyuk.”

Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan, “Seandainya semua manusia bersatu-padu untuk menghinakan aku, nescaya mereka tidak akan mampu mencapai kedalaman di mana aku menghinakan diriku sendiri.”

Dikatakan, “Orang yang tidak kusyuk di dalam jiwanya tidak akan dapat bersikap rendah hati terhadap orang lain.”

Umar Al-Khattab ra selalu berjalan cepat-cepat, kerana menurut beliau – cara ini akan membawanya lebih cepat kepada keperluan yang halal, dan menjaganya dari keangkuhan.

Ketika Umar bin Abdul Aziz ra sedang menuliskan sesuatu , dia didatangi tetamu. Melihat lampu yang hampir padam, tetamu tersebut menawarkan diri membesarkan nyalanya. Tetapi Umar menjawab, “Jangan, tidaklah ramah menjadikan tamu sebagai pelayan.” Si tamu pun berkata, “Kalau begitu biarlah saya panggilkan pelayan. Umar menolak, “Jangan, dia baru sahaja tidur.” Lalu, beliau pergi sendiri ke tempat penyimpanan minyak dan mengisi lampu itu. Si tamu berseru, “Tuan lakukan pekerjaan ini sendiri wahai amirul mukminin?” Umar berkata kepadanya, “Aku melangkah dari sini sebagai Umar, dan kembali ke sini masih tetap sebagai Umar.”

Fudhail bin ‘Iyadh menyatakan, “Para ulama Allah Yang Maha Pengasih memiliki sikap kusyuk dan tawadhuk, sedangkan para ulama penguasa memiliki sikap angkuh dan angkara.”

Page 36: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dia juga berpendapat, “Barangsiapa yang menganggap dirinya masih beharga, beerti tidak memiliki sifat tawadhuk sama sekali.” – “Pasrahlah kepada Kebenaran, patuhilah ia dan terimalah ia dari siapa pun yang mengatakannya.”

Dia juga mengatakan, “Allah SWT mewahyukan kepada gunung-gunung, “Aku akan berbicara dengan seorang nabi di salah satu puncak di antara mu.’ Maka gunung-gunung lalu berlumba-lumba meninggikan diri dengan sombongnya, sedangkan Gunung Tursina justru merendahkan dirinya dengan penuh kerendahan hati. Maka Allah SWT berbicara kepada Nabi Musa as di puncak gunung ini, dikeranakan kerendahan hatinya.”

Junaid berpendapat, "Tawadhuk adalah mengembangkan sayap perlindungan terhadap semua makhluk dan bersikap lapang dada kepada mereka."

Wahb mengatakan, telah tertulis di dalam kitab suci, “Sesungguhnya Aku mengambil sari dzat dari tulang sulbi Adam, dan Aku tidak pernah menemukan hati yang lebih tawadhuk daripada hati Musa as. Kupilih Dia dan Aku berbicara lansung dengannya.

Ibn Al-Mubarak mengatakan, "Kesombongan terhadap orang kaya, dan rendah hati terhadap orang miskin adalah sebahagian dari sikap tawadhuk. "

Abu Yazid ditanya, “Bilakah seseorang mencapai sifat tawadhuk?”

Dia menjawab, “Jika dia tidak menisbatkan suatu keadaan (hal) atau kedudukan (makam) kepada dirinya sendiri dan menganggap bahawa tidak seorang pun di antara umat manusia di dunia ini yang lebih buruk dari dirinya.”

Ibn Arabi mengatakan bahawa dia mendengar khabar bahawa Sufyan At-Tsawri menyatakan, “Ada 5 macam manusia yang paling mulia di dunia ini: ulama yang hidup mencukupkan diri dengan yang sedikit untuk keperluan hidupnya, seorang hakim yang sufi, seorang miskin yang bersyukur, dan seorang bangsawan yang mengikuti sunnah rasul.”

Urwah bin Az-Zubair menuturkan, “Ketika aku melihat Umar Al-Khattab memikul sekantong besar air di atas bahunya, aku berkata kepadanya, “Wahai amirul mukminin, pekerjaan ini tidak layak bagi anda.” Beliau menjawab, “Ketika para utusan datang kepadaku, mendengarkan dan mentaatiku, suatu perasan sombong merasuk ke dalam hatiku, dan kini aku ingin menghancurkannya.”Beliau terus memikul air itu dan membawanya ke rumah seorang wanita Ashar dan mengisikannya ke dalam tong milik wanita itu.”

Yahya bin Muadz mengatakan, "Kesombongan adalah sifat yang paling jijik buat setiap orang, tetapi ia paling menjijikan apabila terdapat pada orang yang miskin. "

Asy-Sibli mengatakan, "Kehinaan diriku melebihi kehinaan orang Yahudi. "

Seorang laki-laki datang kepada Asy-Syibli, yang bertanya kepadanya, “Siapakah engkau?” Dia menjawab, “Wahai Syeikh, saya hanyalah titik yang ada di bawah huruf ba’” Syibli berkata, “Engkau adalah saksiku, sebab engkau menganggap rendah kedudukan dirimu sendiri.”

Page 37: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Aku melihat seorang laki-laki ketika sedang melalukan tawaf. Dia dikelilingi oleh orang yang banyak, yang memujinya sehingga menghalangi orang lain melakukan tawaf . Kemudian, beberapa waktu ketika itu, aku melihat dia mengemis di sebuah jambatan di Baghdad. “Aku dulu membangga diri di tempat di mana manusia semestinya merendahkan diri, maka Allah SWT lalu menimpakan kehinaan kepadaku di tempat di mana manusia berbangga diri.”

Ketika Umar bin Abdul Aziz mendengar bahawa salah seorang anaknya telah membeli sebuah permata yang sangat mahal beharga seribu dirham, dia lalu menulis kepadanya, “Aku telah mendengar bahawa engkau telah membeli sebutir permata berharga seribu dirham. Jikasurat ini telah sampai ke tanganmu, juallah cincin itu dan berilah makan seribu orang miskin. Selanjutnya buatlah cincin seharga dua dirham, dengan batu besi dari cina, dan tulislah padanya Allah mengasihi orang yang mengetahu harga dirinya yang sebenar.”

Ketika Umar bin Abdul Aziz berkhutbah kutaksir-taksir pakaian yang dikenakan olehnya berharga sekitar 12 dirham saja, yang terdiri dari jubah luar, serban, seluar, sepasang sandal, dan selendang.”

Dikatakan bahawa Abu Dzar dan Bilal sedang bertengkar. Abu Dzar menghina Bilal kerana kulitnya hitam. Bila mengadu kepada Rasulullah, yang lalu berkata, “Wahai Abu Dzar, sungguh masih ada sifat jahiliah dalam hatimu!” Mendengar itu, Abu Dzar menjatuhkan mukanya ke tanah dan bersumpah tidak akan mengangkat kepalanya sampai Bilal menginjakkan kakinya pada pipinya.

Ketika Hasan bin Ali ra berjalan melewati sekelompok pemuda yang sedang makan roti, mereka mengajaknya makan. Beliau pun turun dari atas kenderaan dan makan bersama mereka. Kemudia beliau membawa mereka ke rumah beliau, mengajak mereka makan, memberi mereka pakaian dan berkata, “Aku berhutang budi kepada mereka sebab mereka tidak memperoleh lebih dari apa yang mereka tawarkan kepadaku, sedangkan aku memperoleh keuntungan lebih dari itu.”

Dikatakan, “Umar Al-Khattab membahagikan bahan pakaian yang berasal dari rampasan perang kepada para sahabatnya. Dia mengirimkan sepotong mantel buatan Yaman kepada Muadz, Muadz lalu menjualnya dan membeli 6 orang budak dan dimerdekakannya. Hal ini sampai ke telinga Umar. Pada pembahagian bahan pakaian seterusnya, kepada Muadz diberikannya bahan pakaian yang harganya lebih murah, Ketika Muadz membantahnya, Umar bertanya, “Mengapa bantah? Engkau telah menjual bahagianmu waktu pembahagian yang lalu.” Muadz tetap menuntut, “Apa urusannya dengannmu? Berikan bahagianku sebab aku telah bersumpah akan mengenakannya pada kepalamu.’ Umar berkata, “Ini, inilah kepalaku di depanmu. Barang yang usang sudah sepatutnya dipasang pada barang yang usang pula.”

Page 38: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 13: PENYANGKALAN DIRI DAN MENGINGAT CACAT CELA

ـى هو ه� ن* ٱ م� ه6 sه �ن �� ه ٱ* ه�5 ه: ه� مIۦ ل" Dه ه_ هNا ه� vه ه=ا ن� ه� ��ا ه ه#� ه�

ـى ه� #ا ن ه) ن* ٱ ه5 �م Cه �� ه ه] ن* ٱ Hه� م�ا ه�  

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; (40) Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (An-Naziat: 41)

Diriwayatkan dari Jabir ra bahawa Rasulullah saw telah mengatakan, “Hal yang paling kutakutkan pada umatku adalah menurut hawa nafsu dan panjang harapan [terhadap dunia]. Menurut kehendak hawa nafsu memalingkan manusia dari Tuhan, dan harapan yang berpanjangan [terhadap dunia] membuat orang lupa kepada akhirat.” Kerana itu, ketahuilah bahawa melawan hawa nafsu adalah awal ibadah.

Ketika para syeikh ditanya tentang Islam, mereka menjawab, “Islam beerti membedah hawa nafsu dengan pisau penentangan. Dan ketahuilah bahawa bagi seseorang yang hawa nafsunya telah bangkit, keakrabannya [dengan Tuhan] pun akan terbenam.”

Dzun Nun Al-Mishri menyatakan, “Kunci ibadah adalah tafakur. Tanda tercapainya tujuan adalah perlawanan terhadap hawa nafsu dengan meninggalkan keinginan-keinginan.”

Abu Hafs mengatakan, “Barangsiapa yang tidak mencurigai dirinya dalam setiap keadaan, tidak menentangnya dalam setiap keadaan, dan memaksakan dirinya apa yang tidak disukainya dalam semua hari-harinya, adalah manusia yang tertipu. Dan barangsiapa yang memberikan perhatian kepada nafsu dan menyetujui sebahagian darinya beerti ia telah menghancurkan dirinya.”

>f ذ 4Mم D� ه Df ذ ه�و Fه ل"5 Dه Hه� م�� � ا5‌ ل" Dه ه< Mم Dه ه�ا ه� ا م�� م. او ه�9 م"ٱ* jه ة Dه ��ا ه ه#ا ه sه �ن �� ه ٱ* Hه� م�� � ا5‌ م9 �ن ه: oه ل ه" ه#� اا ه� ه�

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Yusuf: 53)

Al-Junaid menuturkan, “Suatu malam aku tidak dapat tidur, lalu aku bangun untuk melaksanakan wiridku. Tetapi aku tidak menemukan kemanisan atau kenikmatan yang biasanya kurasakan dalam percakapan akrabku dengan Tuhan. Maka aku menjadi bingung dan berharap dapat tidur sahaja, tapi tidak dapat. Lalu aku duduk, tetapi aku tidak dapat duduk nyaman. Maka kubuka jendela dan aku pergi ke luar. Kulihat seorang laki-laki berselimutkan baju bulu sedang berbaring di jalan. Ketika dia menyedari kehadiranku, dia mengangkat kepalanya dan berkata, “Wahai Abul Qasim, lihatlah waktu! [Engkau telah terlambat]” Aku menjawab, “Tapi tidak ada ketentuan waktu.” Dia berkata, “Bahkan aku sudah memohon kepada Sang Pembangkit Hati agar menggerakkan hatimu kepadaku.” Aku berkata, “Dia telah

Page 39: Risalah Sufi Imam Qusyairi

melakukannya. Jadi apa keinginanmu?” Dia menjawab, “Bilakah penyakit diri menjadi ubat bagi dirinya sendiri?” Aku menjawab, “Jika dirinya sendiri menentang hawa nafsunya, maka penyakitnya akan menjadi ubatnya bagi dirinya sendiri.” Kemudian laki-laki itu berpaling pada dirinya sendiri dan berkata kepadanya, “Dengar, aku telah menjawab pertanyaanmu 7 kali dengan jawapan seperti itu, tapi engkau menolak menerimanya sampai engkau mendengarnya dari Junaid, dan sekarang engkau telah mendengarnya.” Kemudian dia meninggalkan aku. Aku tidak tahu siapa dia dan tidak pernah bertemu lagi dengannya sejak itu.

Abu Bakr At-Tamastani mengatakan, "Rahmat terbesar adalah jika engkau muncul melampaui dirimu sendiri, sebab ia adalah tabir paling besar antaramu dengan Allah SWT. "

"Tidak ada ibadah bagi Allah selain yang lebih utama dari menetang hawa nafsu", kata Sahl bin Abdullah.

Ketika ditanya tentang hal yang paling dibenci oleh Allah SWT, Ibn Atha menjawab, “Memberikan perhatian kepada diri sendiri dan keadaan-keadaannya. Lebih buruk dari itu adalah mengharapkan imbalan bagi perbuatan-perbuatannya.”

Ibrahim Al-Khawwas menuturkan, “Aku sedang berada di atas gunung Al-Lakam, ketika aku melihat sekumpulan pohon delima, dan aku ingin memakan buahnya sebiji. Maka aku lalu naik ke atas dan memetik sebiji darinya dan membelahnya akan tetapi rasanya masam. Lalu aku meihat seorang laki-laki terbaring di tanah, dikerumuni lebah. Aku berkata kepadanya, “Assalamualaikum”. Dia menjawab, “Wa’alaikumussalam, wahai Ibrahim.” Aku bertanya, “Bagaimana engkau mengetahui namaku?” Dia menjawab, “Tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dari manusia yang mengenal Allah SWT.” Aku berkata, ku-lihat engkau berada dalam keadaan bersama Allah. Mengapa engkau tidak meminta kepada-Nya agar melindungimu dari gangguan lebah-lebah ini?” Dia berkata, “Dan engkau, kulihat engkau pun berada dalam keadaan bersama Allah SWT. Mengapa pula engkau tidak meminta kepada-Nya agar melindungimu dari keinginan untuk makan delima?” Manusia akan mengalami rasa sakit dari sengatan terhadap delima di akhirat, sementara dia merasa sakit akibat sengatan lebah di dunia! Aku pun pergi meninggalkan orang itu dan meneruskan perjalananku.

Abu ‘Abdurrahman As-Sulami menuturkan bahawa datuknya pernah berkata, “Malapetaka seorang hamba adalah rasa puasnya dengan keadaan dirinya.”

Isham bin Yusuf Al-Balkhi mengirimkan sesuatu kepada Hatim Al-Ashamm. Seseorang bertanya, “Mengapa anda menerimanya?” Dia menjawab, “Dengan menerimanya aku merasakan rasa maluku sekaligus merasakan kebanggaannya. Sebaliknya, apabila aku menolaknya aku merasakan kebanggaanku dan kehinaanku daripada kehinaannya.”

Seseorang berkata kepada salah seorang sufi, “Aku ingin melaksanakan ibadah haji dalam keadaan tidak memiliki apa-apa.” Sang sufi menjawab, “Lebih dahulu buanglah sifat lalai dari dalam hatimu, dan percakapan yang sia-sia dari lidahmu; setelah itu pergilah ke mana sahaja engkau mahu.”

Abu Sulaiman Ad-Darani, mengatakan “Orang yang melewat malam harinya dengan cara yang baik akan memperoleh balasan di siang harinya, dan orang yang melewati siang dengan cara yang baik akan memperoleh balasan di malam harinya.”

Page 40: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Barangsiapa yang tulus dalam menjauhi hawa nafsu akan terbebas dari beban memberi nafsu makanan. Allah bersifat Maha Pemurah hingga tidak mahu menghukum hati yang menjauhi hawa nafsu demi Dia.

Allah mewahyukan kepada Dawud, “Wahai Dawud, peringatkanlah para sahabatmu terhadap sikap menuruti hawa nafsu, sebab pemahaman hati yang terikat kepada hawa nafsu dunia terdinding dari Ku”.

Dikatakan bahawa seseorang sedang duduk di udara, dan seseorang bertanya kepadanya, “Bagaimana engkau dapat melakukan hal ini?” Dia menjelaskan, “Aku meninggalkan hawa nafsu (hawaa), maka Allah menjadikan udara (hawaa’) tunduk kepadaku.”

Dikatakan, “Jika seribu hawa nafsu ditawarkan kepada seorang mukmin, nescaya dia akan menolaknya dengan rasa takut kepada Allah. Tetapi jika pemenuhan satu kehendak hawa nafsu ditawarkan kepada seorang pendosa, pemenuhan itu akan mengusir darinya rasa takut kepada Allah.”

“Jangan kamu tempatkan kendalimu di tangan nafsu, sebab ia pasti akan membawamu kepada kegelapan.”

Yusuf bin Asbat mengatakan, "Hanya takut yang sangat atau kerinduan yang gelisah sajalah yang dapat memadamkan nafsu dalam hati."

Ja’far bin Nashir mengabarkan, “Junaid memberikanku wang satu dirham dan menyuruhku membeli buah kenari. Kubeli beberapa biji, dan ketika saat berbuka puasa tiba, dia memecahkan salah satunya dan memakan isinya. Tapi kemudian dia memuntahkannya dan menangis. “Singkirkan buah-buah ini. Sebuah suara berseru dalam hatiku, “Tidakkah kau punya rasa malu? Engkau menjauhi satu nafsu demi Ku, tapi kemudian mengambilnya lagi!”

Kaum sufi menuturkan, “Huruf nun dari kata hawan (kehinaan) telah dicuri dari kata hawaa (nafsu). Menyerah kepada setiap hawa nafsu beerti menjadi korban kehinaan.” Ketahuilah bahawa diri manusia memiliki sifat-sifat yang tercela, di antaranya adalah dengki.

Page 41: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 14: DENGKI (HASAD)

lم ه( �ه ن* ٱ xل ه م" Lه ه6و ه#� نل ه-  lه ه( ه= ه�ا ل cه م��

Uه ه- ه� �Lه م�� la م[ هFا ل cه م�� ه�م� Nه ه2 ن* ٱ م�5 م& ـ� Yه ـ� �� ه �� ه ٱ* ل cه م�� ه�ه� ه9 Mه �Lه م�� �a م[ هMا ل cه م�� ه�

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. (Al-Falaq: 5)

Diriwayatkan dari Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw telah menyatakan, “Ada 3 hal menjadi akar semua dosa. Jagalah dirimu dan waspadalah terhadap ketiganya. Waspadalah terhadap kesombongan, sebab kesombongan telah menjadikan Iblis menolak untuk sujud kepada Adam. Waspadalah terhadap kerakusan, sebab kerakusan telah menyebabkan Adam memakan buah dari pohon terlarang. Dan jagalah dirimu dari dengki, sebab dengki telah menyebabkan salah seorang anak Adam membunuh saudaranya.”

Dikatkan dalam firman Allah SWT:

Hه ه)و ه( ن2 ه; ه ا ه�ا Iم )� ه ٱ* ه(5 ه6 و� ه*و هNو ه; H�#ه ه� ع�ا ذ ـ� Aه ن( ه[ مIۦ م" Bن Pل ه� هي ن< ه* ه�ا Iم )� ه م"ٱ* و� هVو م kن ه; H�#ه ه� lل �ه ن* ٱ م ن4 ه% م" ه5 ن% ه� ن* ه�ٱ ه< Xن م�ا ن ه�ٱ ه� Aه ه" ه�ا ه� ه3ا ن� م� ه ه� ه� ه�ا ه� Mم هوٲ �ه ن* ٱ ه5 ل" Dه ه_ � ه Mه ه)ا :� ه م�� نل ه-

Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-A'raf: 33)

Dikatakan bahawa ‘perbuatan keji yang tersembunyi itu adalah dengki.” Tertulis di suatu tempat bahawa, “Orang yang dengki adalah musuh rahmat-Ku.”

Dikatakan pula, “Tanda-tanda dengki nampak padamu sebelum ia nampak kepada musuhmu.”

Al-Asma’i menuturkan, “Aku melihat seorang Badwi yang berumur 120 tahun, dan aku berkata, “Alangkah panjangnya umur anda!’ Dia menjawab, “Aku telah meninggalkan dengki sehingga umurku panjang.”

Dalam satu hadith dikatakan, “Ada satu malaikat di langit ke lima yang amal perbuatan manusia melaluinya, dan dia bersinar kemilau seperti matahari. Malaikat itu memerintah, ‘Berhentilah, kerana aku adalah malaikat dengki. Pukullah pelaku dengki pada mukanya, sebab ia adalah seorang pendengki.”

Muawiyah mengatakan, “Aku mampu menyenangkan semua orang kecuali pendengki. Dia tidak pernah merasa puas dengan apa pun selain berhentinya kenikmatan bagi semua orang kecuali dirinya.”

Page 42: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Umar bin Abdul Aziz menegaskan, “Seorang pendengki lebih menyerupai seorang yang tertindas daripada penindas mana pun yang pernah aku jumpai, sebab dia sentiasa berada dalam keadaan sengsara dan sesak nafas.”

Dikatakan, “Di antara tanda-tanda seorang pendengki adalah dia menjilat orang lain manakala orang itu berada dekat dengannya, dan merasa senang apabila ada bencana yang menimpanya.”

Muawiyah menyatakan, “Di antara sifat-sifat kejahatan, tidak satu pun yang lebih adil daripada dengki. Orang yang dengki binasa sebelum orang yang didengkinya.”

Dikatakan bahawa Allah SWT mewahyukan kepada Sulaiman anak Dawud as, “Kuperintahkan engkau agar melakukan 7 perkara, ‘Janganlah engkau memfitnah salah seorang hamba-Ku yang saleh. Janganlah mendengki salah seorang hamba-Ku…’ Sulaiman menjawab, ‘Tuhanku, cukuplah perintah itu bagiku.”

Dikatakan bahawa Musa as melihat seorang manusia di dekat ‘Arasy. Kerana Musa ingin menempati kedudukan itu, dia bertanya: ‘Bagaimana dia dapat mencapai kedudukan seperti ini?” Pertanyaan itu dijawab, “Dia tidak pernah dengki terhadap manusia kerana itu Allah menganugerahkan rahmat-Nya kepadanya.”

Dikatakan, “Seorang pendengki menjadi bingung jika dia melihat adanya rahmat pada orang lain dan merasa senang jika melihat adanya kekurangan pada orang lain.”

Kaum sufi menyairkan, “Matinya semua permusuhan dapatlah diharapkan, kecuali matinya permusuhan dari orang yang permusuhan dari orang yang permusuhannya didorong oleh rasa dengki.”

Page 43: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 15:MENGUMPAT

xf ذ ه�و� ه; Iه )� ه ٱ* Hه� م�� � ‌Iه )� ه ٱ* و� هNو ;� ه ه�ٱ � ‌dه ه)و ه� �ن م ه8 ه� ع�ا ذ ن4 ه� Iم م=4 ه#� ه< �ن ه* هل bه #ا ن هي H�#ه ن< bه ه� Mه ه#� Uه� �م هي ه#� � ع$ا‌ ن2 ه" ه8< ه$ ن2 "� ه Uه� ن% هي ه ا ه� و� ه9و ه�9 ه] ه; ه ا ه� � ‌>f ذ Xن م�� ل� ه�� ٱ* Oه ن2 ه" H� ه م�� ل� ه�� ٱ* ه� ل� �ع ذ 4Yم Vه و� ه�و م� ه� ن� ٱ و� ه�و ه� ه.� ه� م?ي *� ه ٱ ه3ا ه�ي ه#ا ـ� ا هي >f ذ 4Mم D� ه

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujraat: 12)

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa ada seorang laki-laki yang ikut duduk bersama Rasulullah saw, kemudian ia bangkit berdiri dan pergi. Salah seorang yang hadir berkata, “Alangkah lemahnya orang itu.” Rasulullah saw berkata, “Engkau telah memakan daging saudaramu ketika engkau mengumpatnya.”

Allah SWT mewahyukan kepada Musa as, “Barangsiapa yang mati dengan bertaubat dari mengumpat, akan menjadi orang terakhir yang masuk syurga, dan barangsiapa yang mati dengan berkeras kepada melakukan perbuatan itu, akan menjadi orang yang pertama masuk neraka.”

Auf menuturkan, “Aku datang kepada Ibn Sirin, aku mengumpat al-Hajjaj. Ibn Sirin berkata, “Sesungguhnya Allah SWT adalah hakim yang paling adil, sebab sebanyak yang diambilnya dari Al-Hajjaj, sebanyak itu pula diberikan-Nya kepadanya. Ketika engkau berjumpa dengan Allah SWT di akhirat nanti, dosa sekecil apa pun yan telah engkau lakukan akan menjadi lebih besar bagimu daripada dosa terbesar yang telah dilakukan Al-Hajjaj.”

Diriwayatkan bahawa Ibrahim bin Adham diundang ke sebuah pesta, dan dia pun sepakat untuk datang. Ketika orang-orang membicarakan seseorang yang tidak hadir, mereka mengatakan, “Dia seorang yang kurus-kering dan tidak menarik.” Ibrahim berkata, “Inilah yang dilakukan nafsuku terhadap diriku, kutemukan diriku dalam perkumpulan di mana umpatan dilakukan.” Dia pun pergi begitu saja meskipun sudah 3 hari tidak makan.

Dikatakan, “Seorang hamba akan diberi catatan amalnya pada hari kiamat, tetapi dia tidak akan melihat satu pun amal baik di dalamnya. Dia akan bertanya, “Di mana solatku, puasaku, dan amal-amal ibadahku yang lain?” Dikatakan kepadanya, “Semua amalmu telah hilang kerana engkau terlibat dalam umpatan,”

Dikatakan, “Allah mengampuni separuh dosa orang yang diumpat.” Sufyan bin Al-Husain mengabarkan, “Aku sedang duduk-duduk dengan ‘Iyas bin Muawiyah, dan mengumpat seseorang. ‘Iyas bertanya kepadaku, “Apakah engkau telah menyerang orang-orang Romawi atau Turki tahun ini?” Aku menjawab, “Tidak”. ‘Iyas berkata, “Orang-orang Turki dan Romawi telah selamat dari seranganmu, sementara saudaramu sendiri yang Muslim tidak!” Dikatakan, “Seorang manusia akan diberi catatan amalnya di hari kiamat, dan dia menemukan di dalamnya amal-amal baik yang tidak pernah diperbuatnya. Dikatakan kepadanya, “Ini adalah imbalan bagi umpatan terhadapmu, yang tidak kamu ketahui.”

Page 44: Risalah Sufi Imam Qusyairi

“Jika aku boleh mengumpat seseorang, nescaya aku akan mengumpat kedua orang tuaku, sebab merekalah yang paling berhak atas amal-amal baikku,”kata Abdullah bin al-Mubarak.

Yahya bin Muadz mengatakan, "Jadikanlah keuntungan seorang Muslim terhadap dirimu berupa 3 hal ini: Jika engkau tidak dapat membantunya, maka janganlah engkau mengganggunya; jika engkau tidak dapat memberinya kegembiraan, maka janganlah engkau membuatnya sedih; jika engkau tidak dapat memujinya, maka janganlah engkau mencari-cari kesalahannya.”

Dikatakan kepada Hasan Al-Basri, “Si fulan dan si fulan telah mengumpat anda.” Maka Hassan lalu mengirimkan ole-ole kepada orang yang mengumpatnya, dengan pesan, “Aku mendengar bahawa engkau telah melimpahkan amal baikmu kepadaku. Aku ingin membalas kebaikanmu.”

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah saw telah berkata, “Jika orang mencampakkan tabir rasa malu dari wajahnya, nescaya tidak akan ada masalah umpatan.”

Page 45: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 16: QANAAH

ه�ا م� ه9 Mن ه#ا م" >�ه ه ن� ه#� ن< ه� �� ه هي Pم ن] ه� ه* ه� � ‌Cع ذ ه� ل4 uه jع ذ ـو ه4 Mه ۥ Iه �� ه ه4 م4 �ن ه� ه( ه� �f ذ م� ن' ه� هو �ه ه� ـ5 Yه ه#�: ن� ه#� a bه Lه ل�� ع�ا ذ م( ـ� pه هل م) ه6 ن� هH  ه� ه(و ه) ن2 هي و� ه:و هbا

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan. (An- Nahl: 97)

Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah saw telah mengatakan, “Qanaah itu adalah harta kekayaan yang tidak boleh habis.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw telah berkata, “Jadilah orang yang menghindari (yang haram), maka engkau akan menjadi orang yang paling bersyukur. Inginkanlah bagi orang lain apa yang kau inginkan bagimu sendiri, nescaya engkau akan menjadi orang beriman. Jadilah tetangga yang baik nescaya engkau akan menjadi seorang Muslim. Dan janganlah banyak tertawa, sebab banyak tertawa itu mematikan hati.”

Dikatakan, “Orang-orang miskin itu mati, kecuali mereka yang dihidupkan Allah dengan kebesaran qanaah.”

Abu Sulaiman Ad-Darani berpendapat, “Hubungan qanaah dengan redha adalah seperti hubungan antara maqam warak dengan zuhud.”Qanaah adalah awal redha, dan warak adalah awal zuhud.

Abu Bakr Al-Maraghi menangani urusan dunianya dengan qanaah, dan tidak bergegas-gegas, tapi menangani urusan akhiratnya dengan penuh kerakusan dan ketergesaan, urusan agamanya dengan ilmu dan mujahadah.

Abu Abdullah bin Khafif menyatakan, “Qanaah adalah meninggalkan keinginan terhadap apa yang telah hilang atau yang tidak dimiliki dan menghindari bergantungan kepada apa yang dimiliki.”

Dikatakan mengenai firman Allah SWT bermaksud, “Allah akan menganugerahi mereka dengan rezeki  yang berlimpah,” bahawa yang dimaksud di sini adalah qanaah.

Dikatakan juga, “Orang yang selalu berpaling pada Tuhan dalam setiap keadaan, akan dianugerahi-Nya qanaah.”

Salah seorang sufi ditanya, “Siapakah yang paling qanaah di antara ummat manusia?” Dia menjawab, “Iaitu orang yang paling berguna bagi ummat manusia dan paling sedikit tuntutannya kepada mereka dalam soal rezeki.”

Dikatakan dalam kitab Zabur, “Orang yang qanaah adalah orang yang kaya sekalipun dia dalam keadaan lapar.” Dikatakan, “Allah SWT menempatkan lima perkara dalam lima tempat. Keagungan dalam ibadah, kehinaan dalam dosa, berbakti dalam bangun malam, kebijaksanaan dalam perut yang kosong, dan kekayaan dalam qanaah”

“Lakukanlah pembalasan terhadap kerakusanmu dengan qanaah sebagaimana engkau membalas dendam kepada musuhmu dengan qisas,” nyata Ibrahim al-Maristani.

Page 46: Risalah Sufi Imam Qusyairi

“Orang yang qanaah akan menemukan kelapangan dari kecemasan dan berjaya atas segala sesuatu.”

Kaum sufi sering membacakan syair berikut, “Bagi seorang pemuda, lapar yang ditahan dengan terhormat, lebih baik dari kekayaan yang disertai kehinaan.”

Dalam suatu cerita disebutkan, “Seorang laki-laki melihat seorang yang bijaksana sedang memakan potongan-potongan sayur yang dibuang di tempat cucian, dan berkata kepadnaya, “Jika anda mahu bekerja dengan sultan, nescaya anda tidak perlu makan makanan sebegini.” Orang bijak itu menjawab, :Dan anda, seandainya anda mahu berqanaah dengan makanan begini, nescaya anda tidak perlu mengabdi kepada sultan.”

Dikatakan, apabila burung helang terbang, ia begitu gagah perkasa dan jarak dari jangkauan penglihatan dan intaian si pemburu, tetapi apabila dia menginginkan bangkai yang tergantung pada tali jerat, maka dia turun dari terbangnya dan tertangkap di dalam jerat.”

Dikatakan bahawa Musa as berbicara tentang kerakusan, katanya,

�ع ذ ن� ه#� Iم ن4 ه( ه6 Gه ن? ه7 �� ه ه* ه& ن� cم نو ه* Bه ه-ا � ۥ‌ Iه ه� ه-ا ه#ا ه� Oه� Nه هي� H�#ه ه� مي هي �Dع ذ ه�� م� ه3ا م�4 ه�� ه� هو ه� ه)ا �ه ه�و ل4 ه$ هي H�#ه و� نو ه" ه#ا ه� ه�ا ه( �ن ه#� اا ه) ه2 Aن ه� ن[ ٱ Ca هي ن ه- هل �ن ه#� اا ه4 ه; ه#� ا� Lه م�� ـ5 ا �� ه Mه هNا ه( Aه ه�ٱ:  

Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia membinanya. Nabi Musa berkata: Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya! (Al-Kahfi: 77)

Nabi Khidir lalu berkata kepadanya,

�ع هpن� Iم ن4 ه( ه�6 \Aم ه� ن9 ه; ن< ه* ه�ا مل م�ي #ا ن ه� م" Tه ه� ل� ه: ه#ا ه[ � ‌Tه م� ن4 ه" ه� م�5 ن4 ه" ه� �ه م� ه?� ـ� �ه Bه ه-ا

Dia menjawab: Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (Al-Kahfi: 78)

Dikatakan ketika Musa as mengucapkan kata-kata itu, seekor rusa berhenti di hadapan keduanya. Mereka berdua lapar; sisi tubuh rusa yang menghadap Musa as dagingnya masih mentah, manakala sisi yang menghadap Nabi Khidir as dagingnya sudah cukup masak.

Mengenai firman Allah SWT:

>a ذ م42 ه: 5�م ه* Dه �ه ن" ه#ا ن ٱ Hه� م��  

(Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. (Al-Infithar: 13), dikatakan bahawa na’im disini maksudnya adalah qanaah di dunia.

Page 47: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Cه ه� Nه ه2 ن* ٱ ه�ا Tه ـ0 Dه qن ه#� اا ه� ه� Ca ه� ه- Dه Tه� ه�

“Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (Iaitu) melepaskan budak dari perbudakan.” (Al-Balad, 90:12-13) ayat ini beerti, “membebaskan orang dari kerendahan sifat kikir”

Bه ه� ه�� ه8 م; ه4و ه" م�5 Hه ن ه- هI  �ه� )� ه ٱ* ه� ن2 uم ه#� ه� jه ـو bه P� ه ٱ* ه� م;4 ه.� ه� jه ـو ه( ه�! ٱ* ه� ن) م- ه#� ه� ـ5 ‌ ه* ه#ا� ن ٱ Cم 4� ه م( م� ـ� ه] ن* ٱ tه ه� ه� ه; ه� ن� � ه ه� ع�  ه; ذ م�4 Aن ه; ن< Vه ه ل� Aه هي ه� م& ن4 ه� ن* ٱ هل �ن ه#� sه ن� ل ٱ* ه< mه ه�6 Uه �م ن? ه4 م* Iه )� ه ٱ* ه� مي هي ه)ا :� ه م�� ۥ Iه ‌ ه* ه[و Dه ه�

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). (Al-Ahzab:33) “beerti menghilangkan sifat kikir dan iri - melalui sifat murah hati dan tidak lokek dalam memberi”

xه ه:ا ه#� >� ه Xه ع�� ذ ه9 ه� مIۦ ل4 م[ ن Vه ـ5 ه( ه6 ه�ا ن4 Nه ن* ه#� ه� ه� ـ� ه) ن4 ه( ه[ ��ا ه ه� ه� ن� Nه ه* ه� xه ه��ا هو ن* ٱ ه& ه#�: Tه :� ه م�� � اى‌ م� ن2 ه" ة� ل� �a ذ Mه ه#ا م م5% ه� ة� هي ه� ا ع8ا ذ ن( ه� م*5 Uن �ه ه� م*5 ن �م Fن ٱ xل Dه Bه ٥ه-ا

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian dia kembali (merayu kepada Kami): (34) Katanya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku;sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya. (Shaad: 35) beerti, “anugerahkanlah kepadaku darjat qanaah yang tidak tersaing oleh siapa pun, yang dengannya aku akan merasa puas dengan ketentuan-Mu”

Abdul Wahab, bapa saudara Muhammad bin Farhan menuturkan, "Aku sedang duduk-duduk bersama Al-Junaid ketika musim haji, dan di sekelilingnya ada sekelompok besar orang bukan Arab, dan termasuk beberapa orang yang telah dibesarkan di lingkungan orang Arab. Seseorang datang kepadanya dengan membawa wang lima ratus dinar, yang diletakkannya di hadapan Junaid, sambil berkata, "Bahagikanlah wang ini kepada orang-orang miskin di sini."

Junaid bertanya, "Apakah kamu masih punya wang selain ini?" Dia menjawab, "Ya, aku masih punya banyak." Junaid bertanya lagi kepadanya, "Apakah kamu ingin memperoleh lebih banyak dari yang kamu miliki sekarang?" Dia menjawab, 'Ya." Maka Junaid lalu berkata kepadanya, "Ambillah kembali wangmu ini, sebab engkau lebih memerlukannya daripada kami."

Page 48: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 17: TAWAKKAL

ع�ا ذ ه ن7 ه� ۥ Iه *� ه ه2ل ن] هي Iه )� ه ٱ* lم �� ه هي ه�� ه� � ۦ‌ dم م ن� ه#� ه� م( ـ� ه" Iه )� ه ٱ* Hه� م�� � ۥ‌ Iه ه� ن9 Mه هو ه� ه� Iم )� ه ٱ* ه(5 ه6 نل Vه� هو ه� هي ه�� ه� � ‌Uه م9 ه� �ن هي ه ا Wه ن4 Mه ن� م� Iه ن- ه� ن هي ه�

�Dع ذ ن� ه- .a ذ ن5 cه لل ه8 م* Iه )� ه ٱ* هل ه2 ه� ن� ه-  

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Talaq: 3)

Hه ه�و م� ن' ه) ن* ٱ مل Vه� هو ه� ه4 ن( ه� Iم )� ه ٱ* ه(5 ه6 ه� � ۦ‌ dم م� ن2 ه" ة� ل� >Vه ه ه! هي� م?ى *� ه ٱ �Lه ه)� ه� ن< ه8 ن* ه? ن7 هي Hم�� ه� � ن<‌ ه8 ه* Uه م* هFا هhا ه� Iه )� ه ٱ* ه< Vه ن ه! هي� Hم��  

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. (Ali-Imran: 160)

ه� م�4 م� ن' ه�� ه�< �Vه Hم�� و� او ه( Vه� هو ه� ه� Iم )� ه ٱ* ه(5 ه6 ه� � ‌Hه ه�و م( ـ� Fه ن< ه8 :� ه م�ا ه� dه ه)و ه� ن( ه= qه �Lه م�ا ه� xه ه�ا ن* ٱ ه< م3 ن4 ه( ه6 و� ه(و ه= qن ٱ ه)ا م3 ن4 ه( ه6 Iه )� ه ٱ* ه< ه2 ن: ه#� Hه ه�و ه7ا هي ه� م?ي *� ه ٱ ه� م� Hم هhا ه� Dه Bه ه-ا  

Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah Tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman. (Al-Maidah: 23)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud ra, bahawa Rasulullah saw telah mengatakan, “Telah diperlihatkan kepadaku semua ummat di tempat berkumpul haji. Kulihat bahawa ummatku memenuhi lembah dan gunung-gunung. Jumlah dan penampilan mereka menyenangkan hatiku. Aku ditanya, “Apakah engkau puas?” Aku menjawab, “Ya”. Bersama dengan mereka ada 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab. Mereka adalah orang-orang yang tidak pernah berubat dengan besi panas, tidak pernah mencari ramalan dengan burung, dan tidak pernah pula menyumpah-nyumpah; bahkan mereka bertawakkal kepada Allah.” Mendengar perkataan Nabi itu, ‘Ukasyah bin Muhsin Al-Asadi bangkit berdiri dan meminta, “Wahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar memasukkan aku ke dalam salah seorang di antara mereka.”Rasulullah lalu berdoa, “Ya Allah, jadikanlah dia salah seorang dari mereka.” Kemudian bangkit pula seorang lain yang juga berkata, “Doakan juga saya, wahai Rasulullah.” Beliau menjawab, “Engkau telah didahului oleh ‘Ukasyah.”

Abu Ali Ar-Rudzbari menuturkan, “Aku berkata kepada ‘Amr bin Sinan, “Ceritakanlah kepadaku tentang Sahl bin Abdullah.” Maka dia pun berkata kepadaku, “Dia berkata bahawa ada 3 tanda orang yang bertawakkal kepada Allah: Dia tidak meminta-minta, tidak menolak sesuatu (pemberian), dan tidak pula menahan sesuatu [yang akan diberikan].

Abu Musa Ad-Dabli mengabarkan, “Abu Yazid ditanya, “Apakah tawakkal itu?” Maka dia lalu bertanya kepadaku, “Bagaimana pendapatmu?” Aku menjawab, “Sahabat-sahabat kami mengatakan, “Bahkan

Page 49: Risalah Sufi Imam Qusyairi

jika seekor binatang buas dan ular berada di kiri dan kananmu, jiwamu tidak akan bergoyang kerananya.” Abu Yazid menyatakan, “Ya itu mendekati. Tetapi jika penghuni syurga hidup dengan penuh kenyamanan dan penghuni neraka hidup dengan penuh seksaan, kemudian terlintas di fikiranmu untuk lebih menyukai kehidupan yang satu daripada kehidupan yang lain, beerti engkau telah meninggalkan tawakkal.”

Sahl bin Abdullah menjelaskan, “Maqam pertama dalam tawakkal adalah bahawa si hamba berada di tangan Allah SWT dalam keadaan seakan-akan dia sebujur mayat ditangan orang yang memandikannya, yang membolak-balikkannya sesuka hati tanpa mampu menguasai dirinya sendiri ataupun bergerak sendiri.”

Ahmad bin Khidruyah menuturkan, “Seorang laki-laki bertanya kepada Hatim Al-A’shamm, “Siapakah yang memberimu makan?” dia menjawab,

Hه ه�و Nه �ن هي ه ا ه� 4Nم �م ـ� ه� ه) ن* ٱ ه�� م8 ـ� ه* ه� م~ Dن ه#ا ن ه�ٱ Gم هوٲ ـ� ه) ه�9 ٱ* ه� م�0 ا� Pه ه= Iم )� ه م* ه�

Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya). (Al-Munafiqun: 7)

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw dengan mengenderai unta, dan dia bertanya, “Wahai Rasulullah, haruskah saya biarkan saja unta saya lepas tanpa ditambatkan dan kemudian bertawakkal saja kepada Allah?” Beliau menjawab, “Tambatkanlah untamu dan sesudah itu bertawakkallah.”

Ibrahim Al-Khawwas berpendapat, “Barangsiapa yang benar-benar bertawakkal kepada Allah di dalam urusan dirinya sendiri, pasti juga akan bertawakkal kepada Allah dengan urusan orang lain.”

Yahya bin Mua’adz ditanya, “Bilakah seseorang dikatakan bertawakkal?” Dia menjawab, “Jika dia rela menerima Allah sebagai pelindungnya.”

Ibrahim Al-Khawwas menuturkan, “Ketika aku sedang melakukan perjalanan di padang pasir, sebuah suara memanggilku dan seorang Badwi menghampiriku. Dia berkata, “Wahai Ibrahim, di antara kami ada yang bertawakkal kepada Allah. Tinggallah bersama kami sampai keyakinanmu menjadi benar (sahih). Tidakkah engkau tahu bahawa harapanmu untuk sampai ke sebuah kota adalah demi memperoleh citarasa makanan yang berbeza? Berhentilah mengharapkan kota-kota dan bertawakkallah kepada Allah.”

Abu Turab An-Nakhsyabi mengatakan keadaan tawakkal adalah - “Mengabdikan jasad untuk beribadah, memautkan hati kepada Allah, dan bersikap tenang dalam mencari keperluan. Jika memperoleh sesuatu dia bersyukur jika tidak dia sabar.”

Page 50: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Seperti dikatakan oleh Dzun Nun Al-Mishri, “Tawakkal kepada Allah beerti meninggalkan muslihat diri sendiri dan melucuti kekuatan dan kemampuannya, sebab si hamba hanya mampu bertawakkal kepada Allah sekiranya dia mengetahui bahawa Allah SWT Maha Tahu dan Maha Melihat akan keadaannya.

Abu Jafar bin Abul Faraj menuturkan, “Aku melihat seorang penjahat yang dikenal dengan sebutan Unta Aisyah yang sedang menerima hukuman cambuk. Aku bertanya kepadanya, “Bilakah rasa sakitmu akibat cambukan menjadi reda?” Dia menjawab, “Manakala orang yang menyebabkan kami dicambuk melihat kami.”

Al-Hussain bin MAnshur bertanya kepada Ibrahim Al-Khawwas, “Apa yang telah kau capai dalam perjalananmu menyeberangi padangpasir?” Dia menjawab, “Aku tetap berada dalam keadaan tawakkal kepada Allah, dan menyembuhkan diriku dengannya.” Al-Hussain lalu bertanya, “Engkau telah menghabiskan usiamu demi menyembuh suburkan jiwamu. Tapi bagaimana pendapatmu tentang pemusnahan jiwa demi keesaan Allah?”

Abu Ya’qub An-Nahrajuri menyatakan, “Tawakkal kepada Allah, pada hakekatnya adalah keadaan yang dicerminkan oleh Ibrahim as ketika dia menanggapi tawaran Jibril as untuk menolongnya, ‘Darimu, aku perlu bantuan.’ Sebab dirinya telah lebur dalam Allah SWT dan bersama-Nya, dan kerananya dia tidak melihat siapa pun selain Allah SWT.

Seorang laki-laki bertanya kepada Dzun Nun, “Apakah tawakkal itu?”, dan dia menjawab, “Tawakkal adalah menyingkirkan semua yang dipertuan dan meninggalkan hukum sebab-akibat”

Ketika Hamdun Al-Qassar ditanya tentang tawakkal, dia menjelaskan: “Tawakkal adalah, jika engkau mempunyai sepuluh ribu dirham dan engkau berhutang se-per-enam dirham, ngkau tetap merasa cemas kalau-kalau engkau mati sementara hutangmu itu belum berbayar. Dan jika engkau punya hutang sepuluh ribu dirham dan tidak mampu mewariskan harta yang cukup untuk membayar hutangmu, engkau tidak berputus asa bahawa Allah nescaya akan menyelesaikan hutangmu.”

Abu Abdullah Al-Qarsyi berpendapat, “Tinggalkanlah pergantungan kepada setiap sebab yang membawa kepada sebab yang lain sehingga Allah sendiri yang menguasai sebab itu.”

Sahl bin Abdullah telah berkata, “Tawakkal adalah keadaan (haal) Nabi saw, dan ikhtiar adalah sunnahnya. Maka barangsiapa yang memelihara keadaannya, beerti tidak meninggalkann sunnahnya.”

Ibnu Masruq menyatakan, “Tawakkal adalah menyerahkan diri kepada alur takdir dan ketentuan Allah.”

Abu Utsman Al-Hiri menegaskan, “Tawakkal adalah sikap rela terhadap Allah SWT bersama dengan mengharap pada-Nya.”

Al-Hussain bin Mansur menyatakan, “Orang yang benar-benar bertawakkal kepada Allah tidak akan memakan sesuatu kerana ia tahu bahawa ada orang yang lebih berhak akan makanan itu daripada dirinya.”

‘Umar bin Sinan menuturkan, “Ibrahim Al-Khawwas berjalan melewati kami, dan kami berkata kepadanya, ‘Katakan kepada kami hal paling aneh yang engkau lihat dalam perjalanan-perjalananmu.’ Dia menjawab, “Al-Khidir as menemuiku dan minta diperbolehkan menyertaiku, tapi aku takut kalau-

Page 51: Risalah Sufi Imam Qusyairi

kalau tawakkalku kepada Allah menjadi rosak dengan keberadaan dirinya bersamaku. Kerana itu aku lalu memisahkan diri darinya.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, “Ada 3 tingkatan bagi orang yang bertawakkal, [pertama] percaya, kemudian pasrah, dan setelah itu menyerahkan (segala urusan) kepada Allah.” Orang yang percaya akan merasa tenteram dengan janji-Nya, orang yang pasrah akan merasa cukup dengan pengetahuan-Nya, dan orang yang menyerahkan urusannya kepada Allah akan merasa puas dengan kebijaksanaan-Nya. Aku mendengar beliau mengatakan, “Percaya kepada Allah adalah awal, pasrah adalah tengah-tengahnya, dan menyerahkan segenap urusan kepada Allah adalah hujungnya. Ad-Daqqaq ditanya tentang percaya, dan dia berpendapat, “Percaya adalah makan tanpa rakus.”

Seorang laki-laki datang kepada Asy-Syibli dan mengeluhkan tanggungan keluarganya yang banyak. Asy-Syibli mengatakan, ‘Pulanglah ke rumahmu dan usirlah siapa-siapa yang rezekinya bukan berkat Allah SWT.” Sahl bin Abdullah menyatakan, “Barangsiapa yang mengkritik kegiatan [dalam mencari rezki] beerti mengkritik sunnah, dan barangsiapa yang mengkritik tawakkal beerti mengkritik iman.”

Al-Farghani menuturkan, “Ibrahim Al-Khawwas adalah seorang yang tidak ada taranya dalam hal tawakkal kepada Allah. Dia berlaku sangat cermat dalam hal itu. Dia selalu membawa jarum dan benang, sebuah timba kecil untuk berwudhu, dan sebuah gunting. Seseorang bertanya kepadanya, ‘Wahai Abu Ishaq, mengapa anda membawa barang-barang ini sementara anda tidak membawa barang-barang yang lain? Dia menjawab, ‘ Barang-barang ini tidak merosak tawakkal kepada Allah, sebab Allah SWT telah menjadikan kewajiban –kewajiban agama mengikat kita semua. Seorang ahli sufi hanya mempunyai satu jubah, dan jubahnya boleh koyak. Jika dia tidak membawa jarum dan benang, nescaya auratnya akan terbuka dan solatnya batal. Jika dia tidak punya timba untuk berwudhu, maka kesuciannya akan ternoda. Jika engkau melihat seorang sufi yang tidak membawa timba untuk berwudhu, jarum dan benang, maka patut kau ragukan kesempurnaan solatnya.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengatakan, “Percaya kepada Allah adalah sifat orang beriman, pasrah adalah sifat para wali, dan menyerahkan segala urusan kepada Allah adalah sifat manusia-manusia yang meneguhkan tauhid-Nya. Jadi, percaya kepada Allah adalah sifat kaum awam, pasrah adalah sifat kelompok terpilih (khawwash), dan menyerahkan segenap urusan kepada Allah adalah sifat kelompok paling elit (khawwash al-khawwash). “

Abu Hamzah menyatakan, “Setelah berketetapan hati untuk bertawakkal kepada Allah, aku merasa malu memasuki padang pasir dalam keadaan perut kenyang, kerana khuatir jangan-jangan perjalananku dengan mengharapkan perut kenyang itu sendiri merupakan bekal yang kusiapkan bagi diriku.”

Dikatakan, “Orang yang bertawakkal kepada Allah adalah seperti seorang bayi. Dia tidak tahu tempat lain di mana dia harus berlindung kecuali dada inbunya. Seperti itulah keadaan orang yang bertawakkal kepada Allah. Dia dibimbing hanya kepada Allah SWT.”

Abu Sulaiman Ad-Darani melihat seorang laki-laki di Makkah yang tidak makan apa pun selain air zam zam. Setelah beberapa hari, Sulaiman bertanya kepadanya, ‘Bagaimana pendapatmu: jika air zamzam itu kering, apa yang akan kau minum?” Orang itu berdiri, mencium kening Sulaiman dan berkata, “Semoga Allah membalas kebaikanmu sebanyak engkau telah memberi petunjuk kepadaku, sebab sunguh aku telah menyembah zamzam selama beberapa hari ini.” Kemudian, dia terus berjalan.

Page 52: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ibrahim Al-Khawwas menceritakan, “Aku melihat seorang lelaki muda di jalan yang menuju Syam. Perilaku lahiriahnya sangat menawan hati. Dia bertanya kepadaku, “Apakah anda ingin ditemani? (dalam perjalanan)” Aku menjawab, “Tapi saya tidak punya makanan.” Dia berkata, “Jika anda lapar, saya juga akan berlapar bersama anda.” Maka kami pun berjalan bersama-sama selama empat hari. Kemudian sesuatu dihadiahkan orang kepada kami, dan saya mengajaknya makan, “Mari kita makan.” Dia berkata, “Saya telah bertekad untuk tidak menerima apa pun melalui seorang pengantara.” Maka saya lalu berkata, “Wahai anak muda, betapa ketatnya anda berlaku kepada diri anda sendiri.” Dia mencela, “Wahai Ibrahim, janganlah engkau memujiku, sebab Dia yang membuat perhitungan melihat kita. Apa yang kau ketahui tentang tawakkal?” Lalu dia menyatakan, “Permulaan tawakkal adalah bahawa jika engkau merasakan suatu keperluan, engkau tidak menginginkan sesuatu pun selain Dia yan memiliki kecukupan.”

Al-Junaid mengajarkan, “Jika kamu mengira bahawa Dia melupakan kamu, maka ingatkanlah Dia.”

Dikatakan, “Tawakkal adalah mengharapkan apa yang ada di tangan Allah SWT dan berputus asa dari apa yang ada di tangan manusia.”

Dikatakan bahawa An-nuri sedang berada di padang pasir dalam keadaan lapar ketika sebuah suara ghaib mengatakan kepadanya, “Manakah yang lebih kau cintai, penyebab kecukupan atau-kah Kecukupan itu sendiri?” Dia menjawab, “Tidak ada sesuatu pun [yang kucintai] selain Kecukupan.” Maka dia pun terus tidak makan selama 17 hari.

Dikatakan bahawa Abu Turab An-Nakhsyabi sekali waktu melihat seorang sufi meraih kulit semangka untuk dimakan setelah 3 hari menahan lapar. Maka An-Nakhsyabi lalu berkata kepadanya, “Hidup sufi tidak layak untukmu. Pergilah ke pasar.”

Abu Ya’qub Al-Bashri menuturkan, “Suatu ketika aku kelaparan selama 10 hari di Masjidil Haram, dan aku merasa lemah. Nafsuku menggodaku. Maka aku lalu pergi ke lembah sungai untuk mencari sesuatu untuk menguatkan tubuhku. Aku melihat sebuah miju-miju yang dibuang orang terletak di atas tanah dan aku lalu memungutnya. Aku merasakan suatu kegelisahan yang menakutkan dalam hatiku kerana perbuatanku itu seolah-olah ada suara yang mengatakan kepadaku, “Engkau telah berlapar selama 10 hari, dan bahagianmu hanyalah miju-miju yang busuk!” Maka miju-miju itu lalu kucampakkan kembali, dan aku kembali masuk ke kawasan masjid dan duduk-duduk kembali. Kemudian muncullah seorang Persia. Dia duduk di hadapanku seraya meletakkan bungkusan dan berkata, “Ini untuk anda.” Aku bertanya kepadanya, “Apakah anda telah memilih saya untuk diberikan bungkusan ini?” Dia berkata kepadaku, “Ketahuilah bahawa kami telah berada di laut selama 10 hari, dan suatu ketika kapal yang kami tumpangi hamper-hampir tenggelam. Masing-masing dari kami bernazar bahawa jika Allah menyelamatkan kami, kami akan memberikan suatu sedekah. Saya sendiri telah bernazar bahawa jika Allah SWT menyelamatkan saya, saya akan memberikan bungkusan ini kepada orang pertama yang saya ditemui di antara mereka yang tinggal di dekat masjid ini, dan andalah orang pertama yang saya temui.” Aku lalu meminta orang itu agar membuka bungkusan itu. Dia pun membukanya dan kudapati di dalamnya ada kuih bijan Mesir, buah kenari berbalut tepung, dan daging manis yang dipotong kotak-kotak kecil. Aku mengambil sedikit dari setiap jenis makanan itu dan berkata, “Bawalah sisa makanan ini kepada para pelayan anda. Ini adalah hadiah saya untuk anda, kerana saya telah menerima hadiah anda.” Kemudian, aku berkata kepada diriku sendiri, “Selama sepuluh hari, rezekimu sedang di perjalanan menuju ke tempatmu, tapi engkau mencarinya ke lembah sungai!”

Page 53: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Diceritakan tentang Bunan Al-Hammal bahawa dia menuturkan, “Aku sedang berada di jalan menuju ke Makkah, pulang dari Mesir, dengan membawa bekal. Seorang wanita mendatangiku dan berkata, “Wahai Bunan, engkau seorang kuli; engkau memikul perbekalan atas punggungmu, dengan membayangkan bahawa Dia tidak akan memberikan rezeki kepadamu!” Mendengarkan itu, aku lalu meletakkan bawaanku. Tetapi kemudian 3 kali terlintas dalam fikiranku bahawa aku belum makan. Aku menemukan sebuah gelang kaki di tengah jalan dan aku berkata dalam hatiku, “Barang ini akan terus kupegang sampai pemiliknya datang. Mungkin dia akan memberiku sesuatu manakala aku mengembalikannya kepadanya.” Kemudian muncullah wanita tadi, yang kemudian berkata kepadaku, “Nah, sekarang engkau adalah pedagang! Engkau mengatakan, “Mungkin pemiliknya datang dan aku akan memperoleh sesuatu darinya!” lalu dilemparkan wang beberapa dirham kepadaku, sambil berkata, “Belanjakanlah wang ini.” Ternyata wang itu mencukupi keperluanku hingga aku sampai ke Makkah.

Bisyr Al-Hafi menjelaskan, “Wahai HAsan, ada 3 macam sufi. Ada sufi yang tidak meminta dan jika diberi sesuatu tidak mahu menerimanya. Ada lagi sufi yang tidak meminta-minta, tapi jika diberi sesuatu dia mahu menerimanya. Bagi orang seperti ini disediakan pesta-pesta di balairung yang suci. Lalu, ada sufi yang meminta-mita dan jika diberi sesuatu dia mahu menerimanya sekadar keperluannya. Tebusannya adalah dengan memberikan sedekah.”

Diceritakan bahawa pada masa dahulu adalah seorang laki-laki yang sedang melakukan perjalanan. Dia membawa sepotong roti. Dia menyatakan, “Jika aku memakan roti ini, aku akan mati.” Maka Allah lalu menyerahkan dia kepada seorang malaikat, dengan perintah, “Jika ia memakan roti itu berilah dia rezeki. Jika dia tidak memakannya, jangalah kau beri apa-apa.” Sepotong roti itu tetap dipegangnya sampai dia mati (kerana lapar), tanpa memakannya. Dan ketika dia mati, roti itu masih ada bersamanya.

Dikatakan, “Orang yang berjalan ke sana kemari dengan sepenuhnya menyerahkan segenap urusannya kepada Allah, maka tujuannya akan datang kepadanya sebagaimana pengantin perempuan diiringkan kepada keluarga pengantin laki-laki. “Perbezaan antara tadhyi’ (sengaja menyia-nyiakan apa yang dianugerahkan Allah) dengan tafwidh (menyerahkan urusan kepada Allah) adalah bahawa tadhyi’ berkaitan dengan hak-hak Allah dan merupakan amal yang tercela; sedangkan tafwidh adalah berhubungan dengan hak-hak manusia sendiri, dan merupakan amal yang terpuji.

Abdullah bin Al-mubarak menyatakan, “Barangsiapa yang menerima satu sen dari sumber yang tidak halal, beerti dia tidak bertawakkal kepada Allah.”

Abu Sa’id Al-Kharraz menuturkan, “Suatu ketika aku pergi ke padang pasir tanpa membawa bekal dan aku memerlukan keperluan yang sangat-sangat. Jaunh di sana, kulihat sebuah tempat perhentian, maka aku merasa gembira kerana telah sanpai ke tujuan. Tapi tiba-tiba aku berfikir, “Aku telah menjadi lemah, dan bertawakkal kepada sesuatu selain Dia.” Maka aku bersumpah bahawa aku hanya akan masuk ke sebuah kota jika aku dibawa kedalamnya. Aku menggali lubang dan mengubur badanku hingga sampai ke dada. Tengah malam, terdengar suara gemuruh, dan terdengar suara yang mengatakan, “Wahai penduduk kota, salah seorang sahabat Allah telah menguburkan dirinya di pasir. Cari dan temukanlah dia!” Lalu segerombolan orang datang kepadaku, mengeluarkan tubuhku dan membawaku ke kota.”

Abu Hamzah Al-Khursani mengabarkan, “Suatu ketika, aku pergi menunaikan ibadah haji. Di tengah perjalanan aku terjatuh ke dalam sebuah telaga. Jiwaku mendesak agar aku berteriak meminta tolong, tapi aku berkata, “Tidak, demi Allah, aku tidak akan berteriak minta tolong.” Begitu aku berfikir demikian, lewatlah 2 orang laki-laki. Salah seorang di antaranya berkata, “Mari kita tutup lubang ini

Page 54: Risalah Sufi Imam Qusyairi

supaya tidak ada orang yang terjtuh ke dalamnya.” Mereka mendatangkan jerami dan anyaman, dan menutupi mulut telaga itu dengan tanah. Aku ingin berteriak, tapi aku berkata kepada diriku sendiri, “Aku hanya akan berteriak kepada Dia yang lebih dekat daripada kedua orang ini.” Maka aku pun tetap diam. Setelah satu jam, tiba-tiba datanlah sesuatu yang membuka tutup lubang itu dan menjulurkan kakinya. Saat itulah kudengar suara raungan perlahan yang seolah-olah memerintahkan aku “Berpeganglah kepadaku”. Aku tahu apa yang dimaksudkan. Maka aku pun berpegang kepada kaki itu dan makhluk itu lalu menarikku keluar dari lubang. Ternyata ia adalah seekor singa! Dan binatang itu lalu meneruskan perjalanannya. Sebuah suara ghaib berseru kepadaku, “Wahai Abu Hamzah, tidakkah ini lebih baik?”

Ibrahim bin Adham menulis, “Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Engkau adalah Dia yang diinginkan dalam setiap keadaan dan Dia yang ditunjukkan dalam setiap tanda.

Aku memuji, aku bersyukur, aku menyeru [nama-Mu]Aku lapar, aku haus, aku telanjang

Inilah enam sifat, dan aku akan menjamin yang setengahnyaMaka jadilah Engkau penjamin yang setengahnya lagi, wahai Pencipta

Juga bagiku, meminta adalah bagaikan api, maka kumohon –Janganlah Kau paksa aku memasuki neraka.

Page 55: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 18: SYUKUR

Diriwayatkan oleh Abu Khabab, berkata Atha’, “Aku bersama ‘Ubaid bin Umair mengunjungi Aisyah ra dan berkata kepadanya, “Ceritakanlah kepada kami sesuatu yang paling mengagumkan yang Ibunda lihat pada Rasulullah saw.” Beliau menangis dan bertanya, “Apakah yang beliau lakukan, yang tidak mengagumkan? Suatu malam, beliau datang kepadaku, dan kami tidur di tempat tidurku [atau mungkin Aisyah berkata ‘di bawah selimutku’] hingga tubuh beliau bersentuhan dengan tubuhku. Setelah beberapa waktu, beliau berkata, “Wahai puteri Abu Bakar, izinkanlah aku bangun untuk beribadat kepada Tuhanku.” Aku menjawab, “Saya begitu senang berdekatan dengan tuan, tapi aku mengizinkanmu.” Kemudian beliau bangun, pergi ke tempat bekas air dan berwudhu’ dengan mencucurkan banyak air, lalu solat. Beliau mulai menangis hingga air matanya menitis ke dadanya, kemudian beliau ruku’ dan terus menangis, lalu sujud dan terus menangis. Terus-menerus beliau dalam keadaan demikian sampai Bilal datang dan memanggil beliau untuk solat Subuh. Aku bertanya kepada beliau, “Apakah yang menyebabkan tuan menangis, sedangkan Allah telah mengampuni dosa-dosa tuan, baik yang dahulu mahupun kemudian?” Beliau menjawab, “Tidakkah aku mesti menjadi seorang hamba yang bersyukur? Bagaimana aku tidak akan menangis sedangkan Allah telah menurunkan ayat ini kepadaku,

مU م�� ـ� ه� ن* ه#ا ن ٱ م*5 و� ه#ا ل &a ذ ـ� هي ه#ا ه Dم ه3ا �� ه ه�ٱ* مل ن4 *� ه ٱ wم ـ� ه( م� ن= ه�ٱ م~ Dن ه#ا ن ه�ٱ Gم هوٲ ـ� ه) ه�9 ٱ* lم ن( ه= م�5 Hه�  

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (190)

Allah SWT bersifat menysukuri (Asy-Syakur) dalam erti menyebar luaskan anugerah-Nya, bukan dalam erti harfiah, Ini bererti bahawa Dia memberi ganjaran bagi sifat bersyukur. Kerananya, Dia telah menetapkan bahawa balasan bagi sikap bersyukur adalah sikap bersyukur pula (di pihak-Nya) sebagaimana telah dinyatakan-Nya

ه� م)4 م( ـ� �� ه ٱ* Uه� �م هي ه ا ۥ Iه :� ه م�� � ‌Iم )� ه ٱ* ه(5 ه6 ۥ dه ه ن� ه#ا ه� ه| ه( pن ه#� ه� ه�ا ه6 ن� ه) ه� � ه�ا‌ ه( Yن ل� Cf ذ ه� ل4 ه[ Ca ذ ه� ل4 ه[ و� �ه اٲ Pه ه� ه�  

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. (Asy-Syura: 40)

Dikatakan bahawa bersyukurnya Allah adalah melalui pemberian balasan yang melimpah bagi amal yang sedikit.

Bersyukurnya seorang hamba kepada Allah SWT adalah penghargaan kepada-Nya dengan mengingat-ingat anugerah yang telah diberikan oleh-Nya. Sebaliknya, bersyukurnya Allah SWT kepada hamba-Nya adalah dengan mengingat kebaikan si hamba itu kepada-Nya. Kebaikan si hamba adalah kepatuhan

Page 56: Risalah Sufi Imam Qusyairi

kepada Allah SWT, sedangkan kebaikan Allah adalah dengan memberikan rahmat-Nya kepada si hamba dengan menjadikan dia mampu menyatakan syukur kepada-Nya.

Syukur dibahagi kepada menjadi: syukur dengan lidah, yang berupa pengakuan atas anugerah dalam darjat kepasrahan; syukurnya tubuh dan anggota-anggota badan, yang beerti mengambil sikap setia dan mengabdi; syukurnya hati , dengan mengundurkan diri ke titik syahadah dengan terus-menerus melaksanakan penghormatan. Dikatakan bahawa kaum terpelajar bersyukur dengan lidah mereka, kaum pecinta bersyukur dengan perbuatan mereka, dan kaum arifin (ahli makrifat) bersyukur dengan ketabahan mereka terhadap-Nya di dalam setiap keadaan mereka.

Al-Junaid berpendapat, “Ada kekurangan dalam bersyukur, kerana manusia yang bersyukur melihat peningkatan bagi dirinya sendiri; jadi dia sedar akan bahagian untuk dirinya di saat ia juga sedar akan Tuhan.”

Abu Utsman menyatakan, “Bersyukur adalah mengakui ketidakmampuan diri untuk menjadi orang yang bersyukur.”

Dikatakan, “Bersyukur atas kemampuan untuk bersyukur adalah lebih lengkap daripada bersyukur sahaja. Ini disebabkan engkau menganggap bahawa beryukurmu datang kerana Dia telah memberikan kemampuan kepadamu untuk itu, dan bahawa tindakan-Nya itu termasuk anugerah yang paling besar terhadapmu. Jadi engkau bersyukur atas kebersyukuranmu, dan kemudian engkau bersyukur terhadap bersyukurmu atas kebersyukuranmu, dan seterusnya berlan-ulang secara tidak terhingga.”

Dikatakan, “Bersyukur adalah menisbatkan augerah kepada pemiliknya yang sejati dengan sikap kepasrahan.” Al-Junaid mengatakan, “Bersyukur adalah bahawa engkau tidak memandang dirimu layak menerima anugerah.”

Dikatakan, “Orang yang bersyukur (syakir) adalah orang yang bersyukur atas apa yang ada, dan orang yang sangat bersyukur (syakur) adalah dia yang bersyukur atas apa yang tidak ada.” Dikatakan, “Orang yang bersyukur (syakir) berterima kasih atas pemberian, manakala orang yang sangat bersyukur (syakur) berterima kasih kerana tidak diberi.”

Asy-Syibli menjelaskan, “Syukur adalah kesedaran akan Sang Pemberi Anugerah, bukan kesedaran akan anugerahnya.”

Abu Utsman menyatakan, “Kaum awam bersyukur kerana diberi makan dan pakaian, sedangkan kaum terpilih bersyukur atas makna-makna yang memasuki hati mereka.”

Dikatakan bahawa Daud as bertanya, “Wahai Tuhanku, bagaimana aku dapat bersyukur kepada-Mu sedangkan tindakan-Mu bersyukur itu sendiri adalah anugerah dari-Mu?” Allah mewahyukan kepadanya, “Engkau baru sahaja bersyukur.” Dikatakan bahawa Musa as mengatakan dalam dia munajatnya, “Ya Allah, Engkau telah menciptakan Adam dengan tangan-Mu, dan Engkau telah begin dan begitu [baginya]. Bagaimana dia bersyukur kepada-Mu?” Allah menjawab, “Ia mengetahui bahawa semua itu berasal dari-Ku, dan dengan begitu pengetahuannya tentang semua itu adalah tanda syukurnya kepada-Ku.”

Page 57: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Seseorang mendatangi Sahl bin Abdullah dan mengatakan kepadanya, “Seseorang pencuri telah memasuki rumahku dan mencuri barang-barangku!” Sahl berkata, “Bersyukurlah kepada Allah SWT. Seandainya seorang pencuri [yakni syaitan] memasuki hatimu dan merosak imanmu kepada tauhid, apa yang akan kau perbuat?”

Diaktakan, “Syukurnya mata adalah bahawa engkau menyembunyikan cacat yang engkau lihat pada sahabatmu, dan syukurnya telinga adalah engkau menyembunyi cacat yang kau dengar tentang dia.”

Dikatakan juga, “Syukur adalah menyibukkan diri dalam memuji-Nya kerana Dia telah memberimu apa yang kau tidak layak menerimanya.”

Al-Junaid menuturkan, “Manakala As-Sari berkehendak untuk mengajarku, dia biasanya mengajukan sebuah persoalan kepadaku. Suatu hari, As-Sari bertanya kepadaku, “Wahai Al-Junaid, apakah syukur itu?” Aku menjawab, “Syukur adalah jika tidak satu bahagian pun dari anugerah Allah SWT digunakan untuk bermaksiat kepada-Nya.” Dia bertanya lagi, “Bagaimana engkau sampai kepada [pengetahuan] ini? Aku menjawab, “Dengan duduk-duduk bersamamu.”

Diceritakan bahawa Al-Hassan bin Ali pernah bergayut pada sebuah tiang dan bermunajat, “Tuhanku, Engkau telah memberkati aku, namun tidak Kau dapati aku bersyukur. Engkau telah mengujiku, namun tidak Kau dapati aku bersabar. Namun Engkau tidak menahan anugerah-Mu kerana aku tidak bersyukur, dan Engkau tidak memanjangkan kersengsaraan kerana aku tidak bersabar. Tuhanku, hanya ada kemurahan dari Yang Maha Pemurah.”

Dikatakan, “Jika tanganmu tidak dapat kau gunakan untuk meraih pahala, maka engkau mesti lebih banyak mengucap syukur dengan lidahmu.”

Juga dikatakan bahawa ketika Idris as memperoleh khabar pengampunan, dia memohon diberi panjang umur. Ketika dia ditanya tentang permohonan itu, dia menjawab, “Agar aku dapat bersyukur kepada-Nya, kerana sebelum ini aku telah berjuang hanya untuk memperoleh ampunan.” Kemudian seorang malaikat menebarkan sayapnya dan membawanya ke langit.

Diceritakan bahawa salah seorang nabi Allah berjalan melewati sebuah batu kecil yang memancarkan air. Hal ini menghairankan nabi tersebut. Kemudian Allah menjadikan batu itu berbicara kepadanya, katanya, “Ketika aku mendengar Allah SWT berfirman

Bه� qf ذ ه�� cم �f ذ هhا Fم Cf ه8 eم� ـ� ا ه( ه� ه3ا ن4 ه( ه6 jه Dه ه]ا �م ن* ه�ٱ ه ��ا ه ٱ* ه�ا qه ه-و ه� �Dع ذ ه:ا ن< ه8 م(4 �ن ه#� ه� ن< ه8 ه9 �ه ه#�: و� او ه- و� ه�و ه� ه.� ه� م?ي *� ه ٱ ه3ا ه�ي ه#ا ـ� ا هH  �هي �ه ه� ن' هي ه�ا Hه ه(و ه2 �ن هي ه� ن< �ه ه ه� ه#� اا ه� Iه )� ه ٱ* Hه ه!و ن2 هي  

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)

Aku menangis kerana takut”. Nabi itu kemudiannya mendoakan agar Allah melindungi batu itu dari api neraka, dan Allah mewahyukan kepadanya, “Aku telah menyelamatkanya dari neraka.” Maka nabi itu lalu meneruskan perjalannya. Ketika dia kembali melewati batu itu, dia melihat air menyembur darinya

Page 58: Risalah Sufi Imam Qusyairi

seperti sebelumnya, yang membuatkannya hairan. Sekali lagi Allah menjadikan batu itu dapat berbicara, dan nabi itu lalu bertanya, “Mengapa engkau masih menangis sedangkan Allah telah mengampunimu?” Batu itu menjawab, “Sebelum ini, aku menangis kerana takut dan sedih, sekarang aku menangis kerana kerana syukur dan gembira.”

�f ذ م�ي kه ه* م"5 ه?� ه6 Hه� م�� ن< ه; ن �ه bه �eم� ه* ه� � ن<‌ ه8 :� ه ه� م�ي ه#ا ه ن< ه; هmن cه �eم� ه* ن< ه8 ه�" Dه Hه L� ه ه#ا ه; Lن م�� ه�  

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Ibrahim: 7)

Diceritakan bahawa Allah SWT menyampaikan wahyu kepada Musa as, “Aku melimpahkan rahmat kepada hamba-hambaKu; mereka yang dicuba dengan penderitaan mahupun mereka yang dihindarkan darinya.” Musa bertanya, “Mengapa pula terhadap mereka yang dihindarkan dari penderitaan?” Allah SWT menjawab, “Dikeranakan kecilnya syukur mereka atas dihindarkannya mereka dari penderitaan itu.”

Dikatakan, “Pujian kepada Allah (Al-Hamd) adalah untuk nafas, dan syukur untuk anugerah pancaindera.”

Dalam sebuah hadis sahih dikatakan bahawa, “Orang pertama dipanggil masuk syurga adalah orang yang bersyukur kepada Allah dalam setiap keadaan.”

Dikatakan pula, “Pujian adalah untuk apa yang tidak diberikan, dan syukur untuk apa yang telah dilakukan.”

Page 59: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 19: YAKIN

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah saw dikhabarkan telah berkata, “Janganlah engkau berusaha menyenangkan hati siapa pun dengan cara membuat murka Allah, janganlah berterima kasih kepada siapa pun di atas anugerah Allah SW, dan janganlah mencari kesalahan siapa pun atas anugerah yang tidak diberikan Allah SWT kepadamu, sebab rezeki Allah tidaklah dibawa kepadamu dengan kerakusan orang yang rakus, tidak pula boleh ditolak darimu oleh kebencian orang yang membenci. Dengan keadilan-Nya, Allah SWT telah menempatkan ketenangan dan kesenangan hati itu dalam rasa puas dan yakin, dan menempatkan penderitaan serta kesedihan itu dalam buruk sangka dan marah.”

Abu Abdullah Al-Antaki menyatakan, “ [Keuntungan] terkecil dari yaqin itu adalah bahawa manakala ia memasuki hati, maka ia memenuhinya dengan cahaya dan mengusir setiap keraguan dari dalamnya; dan dengan yaqin hati menjadi penuh dengan rasa syukur dan taqwa kepada Allah.”

Ja’far Al-Hadad menuturkan “Abu Turab An-Nakhsyabi melihatku ketika aku sedang berada di padang pasir, duduk di dekat mata air sebuah mata air. Aku sudah 16 hari lamanya tidak makan atau minum. Dia bertanya kepadaku, “Mengapa kau duduk di sini?” Aku menjawab, “Aku terumbang-ambing di antara pengetahuan (ilmu) dan yaqin, menunggu mana yang akan menang agar aku boleh bertindak sesuai dengannya. Jika pengetahuan menguasai diriku, aku akan minum; jika keyakinan yang menang, aku anak terus berjalan.” Dia berkata kepadaku, “Darjat yang tinggi sedang menunggumu.”

Sahl bin Abdullah menjelaskan, “Keyakinan adalah cabang iman dan hanya berada di bawah tashdiq (penegasan kebenaran iman). Salah seorang sufi mengatakan, “Keyakinan adalah pengetahuan yang dipercayakan kepada hati untuk dijaga.” Orang yang mengucapkan perkataan ini menunjukkan bahawa keyakinan bukanlah sesuatu yang diperoleh dengan usaha, [melainkan suatu anugerah].

Abu Bakr bin Thahir menyatakan, “Pengetahuan datang melalui penentangan terhadap keraguan, tetapi dalam kayikinan tidak ada keraguan sama sekali.” Pengetahuan seorang sufi pada awalnya bersifat pemerolehan dengan usaha, dan pada akhirnya bersifat ilham.

Salah seorang sufi mengatakan, “Darjat (maqam) pertama adalah pengetahuan, kemudian keyakinan, lalu penyaksian adanya Tuhan, lalu keikhlasan iman, lalu penyaksian (syahadah), kemudian kepatuhan. Dan iman adalah istilah yang mencakup semua ini.” Imam Abu Bakr bin Furak menyentuh pengertian ini ketika saya mendengar beliau mengatakan, “Dzikir dengan lidah adalah sesuatu yang sangat baik yang dengannya hati menjadi penuh.”

Sahl bin Abdullah berpendapat, “Adalah haram bagi hati untuk mencium bau keyakinan yang di dalamnya masih ada kepuasan terhadap yang selain Tuhan.”

Dzun Nun juga mengatakan, “Ada 3 tanda keyakinan, “mengurangi pergaulan dengan manusia, mengurangi pujian kepada mereka demi memperoleh hadiah, dan menghindari perbuatan mencari-cari kesalahan mereka jika mereka tidak memberi [hadiah]. Selanjutnya ada 3 tanda keyakinan atas keyakinan: melihat kepada Allah SWT dalam segala sesuatu, kembali kepada-Nya dalam setiap persoalan, dan menoleh kepada-Nya untuk memohon bantuan dalam setiap keadaan.”

Ibn Atha’ menyatakan, “Setaraf-darjat di mana mereka mencapai taqwa kepada Allah, setaraf itu pula mereka memperoleh keyakinan.” Landasan taqwa kepada Allah adalah penentangan terhadap hal-hal

Page 60: Risalah Sufi Imam Qusyairi

yang haram, dan menentang hal-hal yang haram beerti menentang diri sendiri. Jadi, sejauh darjat pemisahan mereka dari diri sendiri, sejauh itulah batas yang mereka capai dalam hal keyakinan.”

Salah seorang sufi mengatakan, “Keyainan adalah terungkapnya tabir, dan terungkapnya tabir terjadi dengan 3 cara: melalui pengetahuan, melalui pengungkapan kekuasaan [Allah], dan melalui kebenaran-kebenaran iman.” Ketahuilah bahawa dalam bahasa sufi, penyingkapa tabir terdiri dari pengungkapan sesuatu ke dalam hati manakala hati dikuasai oleh dzikir kepada-Nya tanpa adanya keraguan sedikir pun. Terkadang istilah penyingkapan (kasyaf) yang mereka maksud adalah sesuatu yang mirip dengan apa yang dilihat di antara tidur dan bangn. Seringkali mereka menyebut keadaan ini sebagai ketabahan.

An-Nuri mengatakan, “Keyakinan adalah menyaksikan.” Maksudnya bahawa di dalam menyaksikan terdapat keyakinan tanpa keraguan, sebab tidak seorang pun yang menyaksikan Dia SWT jika dia tidak percaya pada yang datang dari-Nya.

Abu Bakr Al-Warraq berpendapat, “Keyakinan adalah landasan hati, dan disempurnakan dengannya iman. Allah SWT diketahui dengan keyakinan, dan akal memahami apa yang datang dari Allah.”

Al-Junaid menyatakan, “Berkat keyakinan, beberapa orang manusia boleh berjalan di atas air, namun ada dikalangan mereka mati kehausan, boleh jadi mereka melampaui dalam hal keyakinan. “

Ibrahim Al-Khawwas menuturkan, “Di padang pasir, aku bertemu dengan seorang pemuda yang tampan bagaikan sepotong perak, dan aku bertanya kepadanya, “Mahu kemana kau, wahai anak muda?” Dia menjawab, “Ke Mekah”. Aku bertanya lagi, “Tanpa bekal, unta dan wang?”Dia menjawab, “Wahai orang yang lemah keyakinan, apalah Dia yang mampu memelihara langit dan dan bumi tidak mampu menyampaikan aku ke Mekah tanpa bekal material?” Ibrahim selanjutnya menuturkan, “Ketika aku tiba di Mekah, kulihat pemuda itu sedang melakukan tawaf sambil berkata,

Wahai mataku yang sentiasa menangis,Wahai jiwaku yang begitu berduka,

Janganlah engkau mengharapkan siapa pun,Selain Dia Yang Maha Agung dan Abadi.

Dan ketika dia melihatku, dia bertanya, “Wahai orang tua, apakah setelah ini engkau masih berada dalam kelemahan keyakinanmu.”

An-Nahrajuri menyatakan, “Jika seorang hamba menyempurnakan pengertian batiniahnya tentang yakin, maka cubaan akan menjadi rahmat baginya, dan kenyamanan menjadi malapetaka.”

Abu Bakr Al-Warraq menyatakan, “Ada 3 aspek keyakinan, keyakinan akan pengetahuan, keyakinan akan bukti dan keyakinan penyaksian.”

Abu Sa’id Al-Kharraz menjelaskan, “Pengetahuan adalah apa yang membuatmu dapat bertindak, dan keyakinan adalah apa yang mendorongmu bertindak.”

Ibrahim Al-Khawwas berpendapat, “Pernah aku berupaya mencari nafkah yang memungkinkan aku memperoleh makanan yang halal. Aku menjadi nelayan. Pada suatu hari seekor ikan berenang memasuki jaringku, dan aku mengambilnya lalu melemparkan kembali jalaku ke air. Kemudian masuklah

Page 61: Risalah Sufi Imam Qusyairi

ikan lain ke dalamnya, dan sekali lagi aku melemparkan jalaku ke air, lalu menunggu. Kemudian terdengar sebuah suara ghaib berseru, “Apakah engkau tidak dapat mencari penghidupan selain dengan cara menangkap mereka dengan berdzikir kepada Kami, kemudian membunuhnya?” Mendengar itu, aku lalu mengoyak-ngoyak jalaku dan berhenti mencari ikan.”

Page 62: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 20: SABAR

Hه �ه mه ن) هي ه�)ا ل� la ذ ه{ن4 م�5 Tه ه; ه ا ه� ن< م� ن4 ه( ه6 Hن Pه �ن ه; ه ا ه� � ‌Iم )� ه م"ٱ* ه� ا م�� ه ه هpن� ه�ا ه� ن م� pن ه�ٱ Hه ه�و م9 �ن ه�� >�ه ه� م?ي *� ه ��ٱ ه و� هNو ;� ه ٱ ه� م?ي *� ه ٱ ه\ ه� Iه )� ه ٱ* Hه� م��  

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (127) Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (An-Nahl: 128)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Aisyah menuturkan hadis berikut ini dari Rasullullah saw, “Sabar [yang sebenarnya] itu adalah pada saat menghadapi cubaan yang pertama.”

Kerana itu sabar dibagi kepada beberapa tahap: sabar terhadap apa yang diperolehi si hamba [melalui amal-amalnya] dan sabar terhadap apa yang diperolehnya tanpa upaya. Mengenai sabar terhadap apa yang diperolehi dengan upaya, sabar tahap ini terbagi menjadi dua: sabar dalam menjalankan perintah Allah dan sabar dalam menjauhi larangan-Nya. Mengenai sabar terhadap hal-hal yang tidak diperoleh melalui upaya dari si hamba, maka kesabarannya adalah dalam menjalani ketentuan Allah yang menimbulkan kesukaran baginya.

Al-Junaid menegaskan, “Perjalanan dari dunia ke akhirat adalah mudah bagi orang yang beriman, tetapi menghindari makhluk demi Allah SWT adalah sulit. Dan perjalanan dari diri sendiri menuju Allah SWT adalah sangat sulit, tetapi yang lebih sulit lagi adalah bersabar terhadap Allah.”

Rasulullah saw mengatakan, “Dengan-Mu aku hidup dan dengan-Mu aku mati.”

Ahmad menuturkan, “Aku bertanya kepada Abu Sulaiman tentang sabar, dan dia mengatakan, “Demi Allah, kita tiak dapat bersabar dengan apa yang kita sukai, jadi bagaigama pula halnya dengan apa yang tidak kita sukai?”

Dikatakan, “Sabar adalah menjalani cubaan dengan sikap yang sama seperti menghadapi kenikmatan.”

Hه ه(و ه) ن2 هي و� ه:و هbا ه�ا م� ه9 Mن ه#ا م" >�ه ه ن� ه#� و� ا� ه ه� pه ه� م?ي *� ه ٱ ه�� هي Pم ن] ه� ه* ه� � ‌�a ذ ه"ا Iم )� ه ٱ* ه� م�6 ه�ا ه� � ه�‌ �ه هي� ن< Vه ه� م�6 ه�ا  

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (An-Nahl:96)

‘Amr bin Utsman mengatakan, “Sabar adalah berlaku teguh terhadap Allah SWT dan menerima cubaan-cubaan-Nya dengan sikap lapang dada dan tenang. Al-Khawwas menjelaskan, “Sabar adalah menetapi ketentuan-ketentuan Kitabullah dan Sunnah Rasul.”

Ibn Atha’ membacakan syair berikut,

Aku akan bersabar untuk menyenang-Mu,Sementara rindu menghancurkan diriku.

Page 63: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Cukuplah bagiku bahawa Engkau redha,Meskipun kesabaranku menghancurkan diriku.

Abu Abdullah bin Khafif menyatakan, “Sabar ada 3 macam: sabarnya oran yang berjuang untuk bersabar, sabarnya orang yang sabar, dan sabarnya orang yang sangat sabar.” Ali bin Abdullah Al-Bashri menuturkan, “Seorang laki-laki datang kepada Asy-Syibli dan bertanya, “Sabar macam mana yang paling sulit bagi oran yang sabar?” Dia menjawab, “Iaitu sabar terhadap Allah SWT.” Tetapi orang itu menyanggah, “Bukan.” Asy-Syibli menyarankan, “Sabar untuk Allah.” Orang itu menyanggah lagi, “Bukan.” Asy-Syibli menjawab, “Sabar bersama Allah,” Sekali lagi orang itu menyanggah. “Bukan.” Asy-Syibli bertanya, “Lantas sabar yang mana?” Orang itu menjawab, “Sabar berjauhan dengan Allah.” Mendengar jawapan itu Asy-Syibli berteriak sedemikian rupa sehingga hampir binasa.”

Salah seorang sufi bersenandung,

Aku bersabar ketika aku tidak tahu kehendak-Mu atas kesabaranku,Dan kerana sabar, ku sembunyikan petaka yang Kau kenakan ke atas diriku.

Kerana takut bahawa hatiku akan mengeluh tentang kerinduanku,Dengan diam-diam terhadap air mataku, hingga mereka dapat mengalir tanpa kutahu.

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berpendapat, “Orang yang sabar akan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan di akhirat, sebab mereka telah menjadi manusia yang disertai oleh Allah. Allah SWT berfirman:

ه� مي م� ـ� ه�! ٱ* ه\ ه� Iه )� ه ٱ* Hه� م�� � ‌jم ـو ه( ه�! ه�ٱ* م ه�!ن� م"ٱ* و� ه�و م42 ه� ن[ ٱ و� ه�و ه� ه.� ه� م?ي *� ه ٱ ه�ا ه�ي ه#ا ـ� ا هي  

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)

ه� مي م� ـ� ه�! ٱ* ه\ ه� Iه )� ه ٱ* Hه� م�� � و�‌ ا� ه م� pن ه�ٱ � ن<‌ ه8 �ه مDي Uه �ه ن? ه; ه� و� ه(و kه �ن ه� ه� و� ه6و Pه ـ� ه� ه; ه ا ه� ۥ Iه ه* ه[و Dه ه� Iه )� ه ٱ* و� ه2و 4uم ه#� ه�  

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (An-Anfal: 46)

Dikatakan mengenai erti firman Allah SWT, bahawa sabar (shabr) adalah kurang dari tekad hati dalam kesabaran (mushaabarah), dan juga kurang dari mengaitkan diri kepada Allah (muraabathah). Dikatakan juga, “Bersabarlah” dengan dirimu dalam kepatuhan kepada Allah SWT; “bertekadlah dalam kesabaran” dengan hatimu dalam menghadapi cubaan-cubaan yang berkaitan dengan Allah, dan “kaitkanlah” jiwamu kepada kerinduan kepada Allah. Juga dikatakan, “Bersabarlah” kepada Allah, “bertekadlah dalam kesabaran” dengan Allah, dan “kaitkanlah” jiwamu dengan Allah.

Dikatakan bahawa Allah SWT mewahyukan kepada Dawud as, “Tirulah sifat-sifat-Ku”. Di antaranya bahawa Aku adalah Yang Maha Penyabar.” Dikatakan, “Seraplah kesabaran. Jika ia membunuhmu, engkau akan mati sebagai syahid. Jika ia mempercepat [langkahmu] maka engkau akan hidup sebagai seorang mulia”. Dikatakan juga, “Kesabaran untuk Allah adalah kesukaran, sabar dengan Allah adalah

Page 64: Risalah Sufi Imam Qusyairi

tetap [ bersama-Nya], sabar terhadap Allah adalah cubaan, dan sabar jauh dari Allah adalah sangat tercela.”

Para sufi membacakan syair berikut,

Tercelalah hasil kesabaran berjauhan dengan-Mu.Namun terpujilah segala kesabaran yang lain.

Mereka juga membacakan,Bagaimana aku dapat bersabar dalam perpisahan dengan Dia

Yang sama dekat denganku seperti tangan kanan dan kiri?

Ketika semua manusia bermain siasat dengan semua halAku melihat bahawa cinta memainkan siasat terhadap mereka.

Dikatakan, “Sabar dalam mencari pemenuhan hasrat adalah tanda kemenangan, dan sabar dalam kesukaran adalah tanda keselamatan.”

Dikatakan, “Bersikap tekad dalam kesabaran adalah ‘bersabar dalam bersabar’ sampai kesabaran terserap dalam kesabaran, dan kesabaran berputus asa dalam kesabaran, sebagaimana dikatakan dia bertekad dalam kesabaran, hingga kesabaran meminta pertolongan kepadanya.Maka si pecinta berseru kepada kesabaran: “Sabar!”

Dalam satu riwayat disebutkan, “Apa yang dipikul oleh mereka yang memikul beban demi untuk-Ku, adalah dalam penglihatan-Ku.” Allah SWT berfirman:

ه_ هNو ه; ه� 4Mم Tه ل" Dه م� ن) �ه م" ن| ل� ه[ ه� � ه�ا‌ م� ه4 ن6 ه#ا م" Tه :� ه م�ا ه� Tه ل" Dه م< ن8 �ه م* ن م� pن ه�ٱ  

Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka) kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun. (At-Tur:48)

Ketika Rasulullah saw ditanya tentang iman, baginda menjelaskan: “[Iman] adalah keteguhan hati dalam bersabar dan bersikap murah hati.”

As-Sari ditanya tentang sabar, dan dia mulai berbicara. Lalu seekor kala jengking merayap ke kakinya dan menyengatnya beberapa kali, namun ia sama sekali tidak berganjang. Seseorang bertanya kepadana, “Mengapa engkau tidak mencampakkanya?” Dia menjawab, “Aku malu kepada Allah untuk berbicara tentang sabar sedang aku sendiri tidak bersabar.”

Dalam sebuah hadis dikatakan, “Orang-orang miskin yang sabar akan menjadi teman Allah SWT di hari kebangkitan.”

Allah SWT mewahyukan kepada salah seorang nabi-Nya, “Aku menurunkan cubaan kepada hamba-Ku, lalu dia berdoa kepada-Ku. Tetapi Aku menangguhkan doanya dan dia mengeluh kepada-Ku. Maka Aku lalu bertanya, “Wahai hamba-Ku, bagaimana Aku dapat dalam kasih-sayang-Ku menyembunyikan sesuatu darimu yang dengannya Aku menunjukkan kasih-sayang-Ku?”

Page 65: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ibn Unaiyah berpendapat mengenai erti firman Allah,

Hه ه�و م- هيو ه�ا م� ـ� هي ه#�ا م" و� ه:و هbا ه� و�‌� �ه ه� pه ه�)ا ه* ه:ا م ن� ه#ا م" Hه ه�� ن3 هي Cع ذ ه�) م�0 ه#� ن< ه3 ن� م� ه�ا ن( ه2 ه� ه�

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (As-Sajda:24)

bahawa ertinya adalah, “kerana mereka memahami perhatian yang hakiki, maka Kami angkat mereka sebagai pemimpin.”

Allah berfirman dalam kisah Nabi Ayyub as,

xf ذ ��� ه ه#� ۥ Iه :� ه م�� � ه�‌ ن� ه2 ن* ٱ ه< ن2 ل: � ‌�ع ذ م" هpا Iه ـ� ه: ن� ه� ه� �:ا ه م�� � ‌Wن ه� �ن ه; ه ا ه� مIۦ ل" xم ن{ ه�ٱ عYا ذ ن% م{ ه م� ه4 م" ن? ه= ه�

Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): Ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukullah (isterimu) dengannya dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu. Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; dia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya dia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya). (Sad: 44)

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menegaskan, “Kebenaran hakiki tentang sabar adalah jika si hamba keluar dari cubaan dalam keadaan seperti ketika dia memasukinya, sebagaimana yang dikatakan oleh Ayyub as pada akhir cubaan yang menimpanya,

ه� م)4 Mم ٲ� ه ٱ* ه< Mه Dن ه#� ه& ه#�: ه� ه� ه�$ ٱ* ه5 م� ه�9 ه� ل:5 ه#� ۥ Iه "� ه Dه ـى qه ه:ا Lن م�� xه ه�يو ه#� ه�  

Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (Al-Anbiya: 83)

Page 66: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 21: KOREKSI DIRI (MURAQABAH)

ع�ا ذ م-4 D� ه .a ذ ن5 cه لل Vه ـ5 ه( ه6 Iه )� ه ٱ* Hه هVا ه� Tه ‌ ه� م)4 هي ن& ه8 ه( ه� ه�ا ه� ا م�� �� ه ه3 ه� ن9 Mه Tه ه� ه] ن6 ه#� نو ه* ه� ta ذ ه�ٲ ن� ه#� ن� م� ه�� م3 م" Bه ه�� ه� ه; H�#ه اا ه ه� ه� ن2 ه" ة� م� ه. اا ه9 ل� ٱ* Tه ه* ه�ل �م هي ه� ا  

Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu. (Al-Ahzab:52)

Diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah Al-Bajalli bahawa malaikat Jibril datang kepada Rasulullah saw dalam rupa sebagai seorang manusia. Dia bertanya, “Wahai Muhammad, apakah iman itu? Beliau menjawab, “Iman adalah bahawa engkau percaya kepada Allah, para malakat-Nya, kitab-kitab-Nya, utusan-utusan-Nya, dan kepada takdir yang baik mahupun yang buruk, yang manis mahupun yang pahit.” Jibril berkata, “Engkau benar.” Jarir berkata, “Kami semua hairan atas penegasannya ke atas kebenaran jawapan nabi, sedangkan dia sendiri yang bertanya. Kemudian, Jibril bertanya lagi, “Katakanlah kepadaku, apakah Islam itu?” Rasulullah menjawab, “Islam itu hendaknya engkau menegakkan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan, dan melaksanakan ibadah haji ke Baitullah.” Jibril berkata, “Engkau benar.” Kemudian dia bertanya lagi, “Katakanlah kepadaku, apakah ihsan itu?” Nabi menjawab, “Ihsan itu hendaknya engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya sebab meskipun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.” Jibril berkata, “Engkau benar.”

Ucapan Nabi, “Meskipun engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu,” merupakan petunjuk mengenai keadaan muraqabah diri, sebab muraqabah diri adalah kesedaran si hamba bahawa Allah sentiasa melihat dirinya.

Si hamba hanya akan sampai kepada muraqabah ini setelah dia sepenuhnya melakukan perhitungan dengan dirinya sendiri mengenai apa yang telah terjadi di masa lampau, memperbaiki keadaannya di masa kini, tetap bertekad di jalan yang benar, memperbaiki hubungannya dengan Allah dengan sepenuh hati, menjaga diri agar setiap saat tidak pernah lupa kepada Allah SWT, patuh kepada Allah SWT dalam semua keadaannya.

Al-Jurairi menyatakan, “Orang yang belum mengukuhkan rasa takutnya kepada Allah dan membetulkan dirinya terhadap-Nya tidak akanmencapai kasyaf dan syahadah.

Seorang sufi mengabarkan:

Ada seorang raja yang mempunyai seorang pelayan yang mendapat perhatian lebih dari pelayan lainnya. Tidak seorang pun diantara mereka yang lebih beharga atau lebih tampan dari pelayan yang satu itu. Sang raja ditanya tentang hal ini, maka dia lalu ingin menjelaskan kepada mereka kelebihan pelayannaya itu dari pelayan yang lain dalam pengabdiannya. Suatu hari beliau telah mengenderai kuda bersama para pengiringnya. Di kejauhan nampak sebuah gunung berpuncakkan salji. Sang raja melihat kepada salji itu dan membungkukkan kepadalanya. Si pelayan lalu memacu kudanya. Tidak lama kemudian dia kembali dengan membawa sedikit salji. Sang raja bertanya kepadanya, "Bagaimana engkau tahu bahawa aku menginginkan salji? Si pelayan menjawab, “ Kerana paduka melihatnya, dan seorang raja hanya melihat sesuatu jika dia mempunyai niat yang kuat”. Maka sang raja lalu berkata, “Aku memberinya

Page 67: Risalah Sufi Imam Qusyairi

anugerah dan kehormatan khusus, kerana bagi setiap orang ada pekerjaannya sendiri, dan pekerjaannya adalah mengamati pandangan mataku dan memperhatikan keadaanku dengan penuh perhatian.”

Ketika Umar ra sedang berada dalam perjalanan dia melihat seorang anak laki-laki sedang mengembalakan kambing. Dia bertanya kepadanya, “Mahukah engkau menjual seekor kambingmu kepadaku?” Si anak menjawab, "Kambing-kambing ini bukan milikku.” Ibn Umar mengatakan, “Katakan saja kepada pemiliknya bahawa seekor serigala telah melarikannya.” Si anak lantas berkata, “Lantas di mana Allah?”

Salah seorang syeikh mempunyai beberapa orang murid, dan dia lebih menyukai salah seorang muridnya, dan memberinya perhatian lebih daripada murid-muridnya yang lain. Ketika dia ditanya tentang hal itu, dia menjawab, “Aku akan menunjukkan kepadamu mengapa aku bersikap demikian terhadapnya.” Lalu diberikannya kepada setiap orang muridnya sekor burung dan memerintahkan kepada mereka, Sembelihlah burung-burung itu di suatu tempat di mana tidak seorang pun melihatnya. Mereka semua lalu berangkat, kemudian masing-masing kembali dengan burung sembelihannya. Tetapi murid yag disayangi syeikh itu kembali dengan membawa burungnya yang masih hidup. Ketika syeikhnya bertanya, “Mengapa engkau tidak menyembelih burungmu?” Si murid menjawab, “Tuan memerintahkan saya supaya menyembelih burung ini di tempat yang tidak dilihat oleh sesiapa pun, dan saya tidak dapat menemukan tempat seperti itu.”

Dzun Nun Al-Mishri menyatakan, Tanda muraqabah kepada Allah adalah memilih apa yang dipilih oleh Allah SWT, menganggap besar apa yang dipandang besar oleh-Nya dan menganggap remeh apa yang dipandang-Nya remeh.”

An-Nasrabandi menegaskan, “Harapan mendorongmu untuk patuh, takut menghindarmu dari maksiat, dan muraqabah membawamukepada jalan kebenaran hakiki.”

Abul Abas Al-Bahgdadi menuturkan, “Ketika aku bertanya kepada Jafar bin Nasir mengenai muraqabah, dia berkata kepadaku, “Muraqabah adalah kewaspadaan terhadap batin sendiri dikeranakan adanya kesedaran akan pengawasan Allah SWT terhadap setiap pemikiran.”

Ibrahim Al-Khawwas mengatakan, “Pengawasan menghasilkan muraqabah; muraqabah menghasilkan pengabdian lahir dan batin kepada Allah SWT.”

Abu Utsman menuturkan, “Abu Hafs mengatakan kepadaku, ‘Manakala engkau duduk mengajar orang banyak, jadilah seorang pengkhutbah kepada hati dan jiwamu sendiri dan jangan biarkan dirimu tertipu oleh berkumpulnya mereka di sekelilingmu, sebab mereka hanya memperhatikan wujud lahiriahmu, sedangkan Allah memperhatikan wujud batinmu.”

Abu Said Al-Kharraz mengabarkan, “Salah seorang syeikh mengatakan kepadaku, ‘Engkau harus mengawasi batinmu dan muraqabah terhadap Allah. Suatu ketika aku sedang bepergian melalui padang pasir, dan tiba-tiba aku mendengar suara keras yang menakutkan di belakangku. Aku ingin menoleh, tapi hal itu tidak kulakukan. Lalu aku melihat sesuatu jatuh ke atas pundakku dan aku pun lari. Aku memandang ke dalam batinku, dan kulihat seekor singa yang besar.”

Page 68: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Al-Wasiti menyatakan, “Amal ibadah yang paling baik adalah mengawasi saat. Ertinya, si hamba tidak melihat keluar batas dirinya, tidak memikirkan sesuatu pun selain Tuhannya, dan tidak menyekutui dengan sesuatu pun selain saat kininya.

Page 69: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 22: REDHA

ۥ Iه "� ه Dه ه5 kم ه= ن� ه) م* Tه م* هLٲ � ‌Iه ن� ه6 و� ه{و Dه ه� ن< ه3 ن� ه6 Iه )� ه ٱ* ه5 م{ D� ه � ع��‌ ذ ه" ه#� اا ه3 م�4 ه� م�ي م( ـ� ه= ه ـ� ه3 ن: ه#ا ن ٱ ه3ا م� �ن ه; م�� مى ن] ه; Ha ذ ن� ه6 ه& ـ� �� ه ه� ن< م3 ل" Dه ه� م�6 ن< �ه �ه ا� Pه ه�  

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. (Al-Bayyina: 8)

Jabir mengabarkan bahawa Rasulullah saw menyatakan, “Para penghuni syurga akan berada di dalam sebuah kumpulan ketika suatu cahaya dari pintu gerbang syurga menyinari mereka. Mereka akan mengangkat kepala dan Allah SWT memandang mereka dan berfirman, “Wahai penghuni syurga, mintalah kepada-Ku apa yang kamu inginkan.” Mereka akan menjawab, “Kami memohon agar Engkau redha kepada kami.” Allah SWT menjawab, “Keredhaan-Ku telah membawa kamu ke rumah-Ku, dan Aku telah menghormati kamu. Ini adalah saat yang tepat, maka bermohonlah kepada-Ku.” Mereka akan menjawab, “Kami memohon tambahan selain ini.” Selanjutnya baginda berkata, “Kepada mereka akan dibawakan kuda-kuda kuat yang terbuat dari mutu manikam, kendalinya dari zamrud dan manikam. Mereka akan menaikinya, dan kuda-kuda itu akan melangkah lebih cepat dari penglihatan mata. Lalu Allah SWT akan memerintahkan buah-buahan yang lazat serta bidadari supaya dibawa kepada mereka, dan para bidadari itu akan berkata, ‘Kami adalah orang-orang yang muda dan lemah lembut, dan kami tidak akan menjadi layu. Kami abadi dan tidak akan mati – jodoh bagi kaum beriman yang mulia.’ Selanjutnya Allah akan memerintahkan agar didatangkan minyak misik putih yang harum, dan mereka akan berputar berkeliling dibawa angin yang disebut ‘Al-Mutsirah’ (Pembangkit) sampai akhirnya mereka dibawa ke Syurga Adn, yang adalah pusat syurga.

Para malaikat akan menyerukan, “ Wahai Tuhan kami, mereka telah datang.” Allah akan mengatakan, “Selamat datang orang-orang yang benar, selamat datang orang-orang yang patuh.” Lalu Rasulullah saw mengatakan, “Maka tabir pun akan disingkapkan bagi mereka. Mereka akan memandang kepada Allah, dan mereka menikmati Cahaya Yang Maha Pengasih hingga mereka tidak akan melihat satu sama lain. Kemudian Allah memerintahkan, “Kembalikanlah mereka ke tempat tinggal mereka dan mereka akan dapat lagi saling pandang.” Lalu Rasulullah saw menjelaskan, “Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah;

>a ذ 4Mم D� ه Da ذ ه�و Fه ن� ل� عا ذ Pه ه:  

(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! (As-Fussilat:32)

Abdul Wahid bin Zaid menjelaskan, “Kerelaan adalah gerbang Allah yang terbesar dan syurganya dunia ini.” Ketahuilah bahawa si hamba tidak akan mendekati darjat kerelaan terhadap Allah sampai Allah redha terhadapnya, sebab Allah telah berfirman,

Iه ن� ه6 و� ه{و Dه ه� ن< ه3 ن� ه6 Iه )� ه ٱ* ه5 م{ D� �ه ‌

Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya (Al-Bayyina: 8)

Page 70: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, “Seorang murid bertanya kepada syeikhnya, “Apakah si hamba mengetahui apakah Allah redha kepadanya? Sang syeikh menjawab, “Tidak. Bagaimana dia dapat tahu hal itu sedangkan keredhaan-Nya adalah sesuatu yang tersembunyi?” Si murid membantah, “Tidak, dia dapat mengetahuinya!” Syeikhnya bertanya, “Bagaimana si hamba dapat tahu?” Si murid menjawab, “Jika saya mendapati hati saya rela kepada Allah SWT, maka saya tahu bahawa Dia redha kepada saya.” Maka sang syeikh lalu berkata, “Sungguh baik sekali ucapanmu itu, anak muda.”

Ketika bahawa Musa as berdoa, “Ya Allah, bimbinglah aku kepada amal yang akan mendatangkan keredhaan-Mu”. Allah SWT menjawab, “Engkau tidak akan mampu melakukannya.” Musa bersujud dan terus memohon. Maka Allah SWT lalu mewahyukan kepadanya, “Wahai putera Imran, keredhaan-Ku ada pada kerelaanmu menerima ketetapan-Ku.”

Abu Sulaiman Ad-Darani menyatakan, “Jika si hamba membebaskan dirinya dari ingatan terhadap hawa nafsu, maka dia akan mencapai kerelaan.” An-Nasrabandi menyatakan, “Barangsiapa yang ingin mencapai darjat kerelaan, maka hendaklah dia berpegang teguh pada apa-apa yang padanya Allah telah menempatkan keredhaan-Nya.”

Muhammad bin Khafif menjelaskan, “Ada dua macam kerelaan: kerelaan terhadap Allah SWT dan kerelaan terhadap apa yang datang dari-Nya. Kerelaan terhadap Allah SWT beerti bahawa si hamba rela terhadap-Nya sebagai Pengatur (urusan-urusannya) dan kerelaan terhadap apa yang datang dari-Nya berkaitan dengan apa yang telah ditetapkan-Nya.

Saya mendengar Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menyatakan, “Jalan sang pengembara itu lebih panjang, dan itulah jalan latihan spiritual. Jalan kaum terpilih lebih singkat, tapi lebih sulit dan menuntut agar engkau bertindak-sesuai dengan kerelaan dan agar engkau rela dengan takdir.” Ruwaym menyatakan, “Kerelaan adalah jika Allah meletakkan neraka di tangan kananmu, maka engkau tidak akan meminta agar Dia memindahkannya ke tangan kirimu.” Abu Bakr bin Thahir berpendapat, “Kerelaan adalah menghilangkan keengganan dari hati hingga tidak sesuatu pun yang tinggal selain kebahagian dan kegembiraan.” Al-Wasiti mengajarkan, “Manfaatkanlah kerelaan sebesar-besarnya dan jangan biarkan ia memanfaatkan dirimu agar supaya kemanisan dan wawasannya tidak menabirimu dari kebenaran batin yang menyangkut perhatianmu.” Ketahuilah bahawa kata-kata ini sangatlah penting. Di dalamnya terdapat peringatan yang tersirat bagi ummat sebab kerelaan terhadap keadaan mereka itu sendiri merupakan tabir yang menabiri Si Pemberi keadaan. Jika seseorang menemukan kesenangan dalam kerelaannya dan mengalami nikmat kerelaan dalam hatinya, maka dia telah ditabiri oleh kerelaannya sendiri dari menyaksikan kebenaran batin.

Al-Wasiti mengingatkan, “Waspadalah terhadap perasaan nikmat kerana amal ibadah, sebab itu adalah racun yang membawa maut.” Ibnu Khafif menyatakan, “Kerelaan adalah tenangnya hati dengan ketetapan Allah dan keserasian hati dengan apa yang menjadikan Allah redha dan dengan apa yang dipilih-Nya untukmu.”

Ketika Rabiah Al-adawiyah ditanya, “Bilakah seorang hamba dipandang rela?” Dia menjawab, “Apabila baginya penderitaan sama menggembirakan dengan anugerah.” Diceritakan bahawa Asy-Syibli menegaskan di hadapan Junaid, “Tidak ada daya dan kekuatan selain dengan Allah,” dan Al-Junaid mengatakan kepadanya, “Ucapanmu itu mencul dari kenestapaan, dan kenestapaan datang kerana orang meninggalkan kerelaan terhadap takdir.” Asy-Syibli terdiam.

Page 71: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan, “Kerelaan adalah jika engkau tidak meminta syurga dari Allah SWT dan berlindung kepada-Nya dari neraka.” Dzun Nun menjelaskan, “Ada 3 tanda kerelaan, tidak punya pilihan sebelum diputuskannya ketetapan (Allah), tidak merasakan kepahitan setelah diputuskannya ketetapan, dan merasakan ghairah cinta di tengah-tengah cubaan.”

Dikatakan kepada Al-Husaain putera Ali bin Abi thalib ra, “Abu Dzar menyatakan, “Kemiskinan lebih kucintai daripada kekayaan, dan sakit lebih kucintai daripada kesihatan.” Al-Hussain menjawab, “Semoga Allah mengasihani Abu Dzar. Aku sendiri, kukatakan, ‘Orang yang menaruh kepercayaan kepada pilihan baik Allah baginya tidak akan berkeinginan selain apa yang telah dipilihkan Allah SWT baginya.”

Al-Fudhail bin Iyadh mengatakan kepada Bisyr Al-Hafi, “Kerelaan adalah lebih baik daripada hidup bertapa (asceticism) di dunia ini, sebab orang yang rela tidak pernah berkeinginan akan sesuatu di luar keadaannya.” Ketika Abu Utsman ditanya tentang ucapan Nabi saw, “Aku memohon kepada-Mu rasa rela, setelah diputuskannya ketetapan (Mu),” dia menjelaskan, “Ini kerana kerelaan sebelum diputuskannya ketetapan Allah beerti adanya niat kuat untuk merasa rela, tetapi kerelaan setelah diputuskannya ketetapan adalah [sebenar-benar] kerelaan.”

Al-Junaid berpendapat, “Kerelaan adalah meniadakan pilihan.” Ruwaym mengatakan, “Kerelaan adalah tenangnya hati dalam menjalani ketetapan (Allah).”

Diriwayatkan oleh Al-Abbas bin Abdul Mutallib bahawa Rasulullah saw menjelaskan, “Barangsiapa yang rela akan Allah sebagai Tuhannya, ia akan merasakan nikmatnya iman.”

Diceritakan bahawa Umar bin Al-Khattab menulis surat kepada Abu Musa Al-Asyari, “Segala kebaikan terletak di dalam kerelaan. Maka jika engkau mampu, jadilah orang yang rela; jika tidak mampu, jadilah orang yang sabar.” Dalam sebuah cerita disebutkan bahawa Utbah Al-Ghulam biasa menghabiskan malam-malamnya dengan berucap, “Jika engkau menghukumku, aku akan menyintai-Mu, dan jika engkau mengasihani aku, aku pun tetap menyintai-Mu.”

Page 72: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 23: PENGHAMBAAN (UBUDDIYAH)

ه� 4Nم ه4 ن* ٱ Tه ه4 م; #ا ن هي ـ5 �� ه Mه Tه "� ه Dه ن� ه� ن6 ه�ٱ  

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. (Al-Hijr: 99)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda, “Ada 7 golongan manusia yang akan dinaungi Allah dalam naungan-Nya pada hari ketika tidak ada naugan selain naungan-Nya: imam yang adil, pemuda yang hidup dalam pengabdian kepada Allah SWT, seorang laki-laki yang hatinya terpaut kepada masjid sejak dia meninggalkannya hingga kembali kepadanya, dua orang laki-laki yang saling mencintai kerana Allah, yang bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang menghindari godaan seorang wanita cantik dengan ucapan, “Aku takut kepada Allah, Tuhan semesta alam,’ dan seorang laki-laki yang bersedekah dengan diam-diam hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menyatakan, “Penghambaan adalah lebih sempurna daripada ibadah. Kerana itu, pertama-tama adalah ibadah, lalu penghambaan, dan akhirnya pemujaan (ubudah).” Ibadah adalah amalan kaum awam, penghambaan adalah amalan kaum terpilih, dan pemujaan adalah amalan kaum terpilih lagi terpilih.

Beliau juga mengatakan, “Ibadah adalah untuk orang yang memiliki kepastian pengetahuan (ilmul yaqin), penghambaan untuk orang yang memiliki kepastian penglihatan (ainul yaqin), dan pemujan adalah untuk orang yang memiliki kepastian (haqqul yaqin).”

Beliau juga berpendapat, “Ibadah adalah untuk orang yang sedang berjuang keras, penghambaan adalah untuk orang yang sangat tahan menanggung kesukaran, dan pemujaan untuk mereka yang telah mencapai taraf musyahadah (meyaksikan Allah).” Jadi orang yang tidak mengeluh kepada Allah, jiwanya berada dalam keadaan ibadah, hatinya dalam keadaan penghambaan, dan ruhnya dalam keadaan pemujaan.

Dikatakan, “Penghambaan adalah menegakkan tindak-tanduk kepatuhan yang sejati, melaksanakannya tanpa batas, menisbatkan nilai yang kecil sahaja kepada apa yang engkau persembahkan, dan menyedari bahawa amal-amal kebajikanmu hanya dapat terlaksana berkat ketentuan sebelumnya dari Allah.”

Muhammad bin Khafif ditanya, “Bilakah penghambaan menjadi baik?” Dia menjawab, “Apabila seseorang telah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuannya dan memiliki kesabaran terhadap-Nya dalam menjalani cubaan yang dikenakan-Nya.”

Sahl bin Abdullah mengatakan, “Bagi siapa pun, pengabdian tidaklah sahih sampai dia tidak mempedulikan empat hal: kelaparan, pakaian, kemiskinan dan kehinaan.”

Dzun Nun Al-Mishri menjelaskan, “Penghambaan adalah bahawa engkau menjadi budak-Nya setiap saat, seperti halnya Dia adalah Tuhanmu setiap saat.” Al-Jurairi menyatakan, “Banyak orang yang menjadi budak anugerah, tapi sedikit sekali yang menjadi budak Sang Pemberi anugerah.” Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menyatakan, “Engkau akan menjadi budak dari siapa pun yang mengikatmu. Jika engkau terikat dirimu sendiri, maka engkau akan menjadi budak bagi dirimu sendiri. Jika engkau terikat kepada kehidupan duniawi, maka engkau akan menjadi budak bagi kehidupan duniawimu.”

Page 73: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Abu Zain melihat seorang laki-laki dan bertanya kepadanya, “Apakah pekerjaanmu?” Dia menjawab, “Aku melayani keledai-keledai.” Abu Zain mencela, “Semoga Allah mematikan keledai-keledaimu, agar engkau dapat melayani Dia, bukan melayani keledai.”

Abu ‘Amr bin Nujaid menegaskan, “Tidak ada satu pun langkah dapat murni di jalan penghambaan sampai seseorang melihat amal-amal baiknya adalah kemunafikan dan keadaan-keadaan (haal)-nya adalah kepura-puraan.”

Abdullah bin Munazii menyatakan, “Manusia adalah budak Allah selama dia tidak mengusahakan apa pun untuk tunduk kepada dirinya. Jika dia mengusahakan agar sesuatu tunduk kepada dirinya, beerti dia telah meninggalkan lingkup penghambaan [kepada Allah] dan meninggalkan amalannya.

Sahl bin Abdullah berpendapat, “Pengabdian hanya dapat dipandang benar pada seseorang hamba manakala tidak ada kesengsaraan pada dirinya ketika dia miskian dan tidak ada tanda kekayaan ketika dia kaya.”

An-Nibaji mengatakan, “Ibadah itu didasarkan kepada 3 hal: hendaknya engkau tidak menolak aturan-aturan-Nya yang mana pun, tidak menahan sesuatu pun yang diminta-Nya, dan hendaknya Dia tidak mendengar engkau meminta kepada orang lain untuk memenuhi keperluanmu.”

Ibnu Atha’ menjelaskan, “Perhambaan ada pada 4 sifat: kesetiaan pada sumpah yang diucapkan, menjaga batas-batas yang telah ditetapkan (Allah), rasa puas terhadap apa pun yang dimiliki, dan kesabaran terhadap apa pun yang tidak diperolehi.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menyatakan, “Tidak ada sesuatu pun yang lebih mulia dari penghambaan, juga tidak ada gelar yang lebih sempurna bagi seorang beriman selain daripada ‘hamba’. Kerana alasan ini Allah SWT ketika menggambarkan Rasulullah saw pada malam Mikraj – saat yang paling mulia di dunia ini berfirman,

ۥ Iه ه* نو Mه ه�ا Vن ه ـ� ه" م?ى *� ه ٱ ه!ا ن- ه#ا ن ٱ م� م] ن9 ه) ن* ٱ ه*5 م�� م_ �ه �ه ن* ٱ م� م] ن9 ه) ن* ٱ ه� ل� عا ذ h4ن ه* مdۦ م� ن� ه2 م" ـى ه ن[ ه#� اى م? *� ه ٱ ه� ـ� �ه ن� ه  ه[ م!4 ه� ن* ٱ ه\ م)4 ه�9 ٱ* هو �ه ۥ Iه :� ه م�� اا‌� ه� م� ـ� هي ه.� ن� م� ۥ Iه هي م ه� م*

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Isra:1)

Kemudian Allah berfirman,

ـ5 Mه ن� ه#� اا ه� مdۦ م� ن� ه6 ـ5 ه* م�� ـ5 ا Mه ن� ه#ا ه�

Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya. (An-Najm:10)

Page 74: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Maka seandainya ada gelaran yang lebih agung daripada ‘hamba’, tentulah Dia menggunakannya untuk baginda.

Salah seorang sufi berpendapat, “Jika engkau mencampakkan dua hal dari dirimu, nescaya engkau akan menjadi hamba Allah yang sejati: ketenangan dalam kesenangan dan bergantung pada amal perbuatan lahir.” Al-Wasiti mengingatkan, “Waspadalah terhadap kesenangan yang ditimbulkan oleh pemberian, kerana bagi manusia-manusia yang suci, itu merupakan tabir.

Abu Ali Al-Juzjani berkata, “Merasa puas dengan ketetapan Allah adalah tempat tinggal penghambaan, sabar adalah pintu keredhaan, dan menyerahkan semua kekuasaan kepada Allah adalah rumah keredhaan.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengatakan, “Sebagaimana sifat rububiyyah (sifat Allah sebagai Rabb, atau penguasa) sifat abadi Allah SWT, begitu juga ubudiyyah (penghambaan) adalah sifat manusia yang tetap padanya selama mana dia hidup.”

An-Nasrabadhi menegaskan, “Amal-amal ibadah lebih dekat kepada pencarian maaf dan ampunan atas kekurangan-kekurangan darpada kepada permohonan imbalan dan pahala.” Dia juga mengatakan, “Penghambaan beerti kehilangan kesedaran akan pengabdian ketika menyaksikan Yang Maha Esa dilayani.

Page 75: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 24:KEHENDAK (IRADAH)

ه� م)4 م( ـ� �� ه ٱ* ه� م� Hه ه8و ه� ه� ن< �ه qه ه Aن ه� ه� .a ذ ن5 cه ل�� م�< ن4 ه( ه6 Tه م" ه9ا Mم ن� م� ه�ا ه� .a ذ ن5 cه ل�� م�< م" ه9ا Mم ن� م� Tه ن4 ه( ه6 ه�ا � ۥ‌ Iه ه� ن� ه� Hه ه�� مي هي ل5 kم ه2 ن* ه�ٱ jم ـ� ه� ه% ن* م"ٱ ه�< "� ه Dه Hه ه6و ن� هي ه� م?ي *� ه ٱ qم ه Aن ه; ه ا ه�  

Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredaanNya semata-mata. Tiadalah engkau bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. Maka (sekiranya) engkau usir mereka, nescaya menjadilah engkau dari orang-orang yang zalim. (An-Anaam: 52)

Diriwayatkan oleh Anas, Rasulullah saw telah mengatakan, “Jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi seorang hamba, maka Dia akan memanfaatkannya.” Seseorang bertanya, “Bagaimana Dia memanfaatkannya, wahai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Dia akan menganugerahkannya keberhasilan dalam melaksanakan amal kebajikan sebelum dia mati.”

Kehendak adalah permulaan jalan penempuh dan tahap nama (maqam) yang pertama dari mereka yang menempuh jalan menuju Allah SWT. Sifat ini disebut “kehendak” (iradah) hanya kerana kehendak mendahului setiap masalah sedemikian rupa sehingga jika seorang hamba tidak mengkehendaki sesuatu, dia tidak akan melakukannya. Manakala hal ini terjadi di awal jalan, ia dinamai “kehendak” dengan dikiaskan kepada niat yang mendahului semua persoalan.

Mamsyad Al-Dinawari menuturkan, “Sejak aku mengetahui bahawa semua keadaan sufi adalah sangat serius, maka aku tidak pernah lagi bergurau dengan mereka. Suatu ketika seorang sufi datang kepadaku dan berkata, “Wahai syeikh, saya berkehendakkan agar anda mencarikan saya sedikit bubur manis.”Lalu dengan main-main aku mengulang-ngulang kata-kata iradah (kehendak) dan ‘asidah (bubur). Sufi itu mengundurkan diri, tapi aku belum menyedarinya. Aku memesan bubur dan mencari-cari si sufi, tapi tidak dapat menemukannya. Ketika aku tertanya-tanya tentang dia, orang-orang mengatakan kepadaku, “Dia pergi dengan segera sambil berkata-kata, “Iradah, ‘asidah, iradah, ‘asidah.” Dia mengembara tanpa tujuan sampai masuk ke padang pasir sambil terus mengatakan kata-kata itu sampai dia meninggal.”

Saya mendengar Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menyatakan, “Kehendak adalah keterpesonaan hati yang menyakitkan, sengatan dalam hati, hasrat yang membara dalam indera intuisi, keinginan yang menyala-nyala dalam batin, dan api yang membakar di dalam hati.”

Yusuf bin Al-Husain menuturkan, “Abu Sulaiman dan Ahmad bin Abi Al-Hawari mengadakan kesepakatan bahawa Ahmad akan mematuhi perintah Abu Sulaiman dalam semua hal. Pada suatu hari, dia menemui Abu Sulaiman ketika beliau sedang memberikan kuliah kepada siswa-siswanya. Ahmad melaporkan, “Tempat pembakaran roti telah menyala, apa perintahmu?” Abu Sulaiman tidak menjawab pertanyaannya. Ahmad mengulangi pertanyaannya sebanyak 3 kali, hingga akhirnya Abu Sulaiman berkata, seolah-olah jengkel kepadanya, “Masuk sahajalah engkau ke dalamnya!” Lalu sejenak dia lupa akan Ahmad. Ketika dia ingat, segera dia memerintahkan, “Lekas jemput Ahmad. Dia ada di dalam tempat pembakaran roti sebab dia telah bersumpah akan mematuhi setiap perintahku.”Maka orang-orang pun pergi mencari Ahmad, dan mereka menemukannya di dalam tempat pembakaran roti , tanpa sehelai rambut pun.”

Di antara tanda-anda seorang murid adalah bahawa dia senang melaksanakan solat sunat, tulus dalam mendoakan kebaikan bagi ummat, terpaut kepada situasi yang penuh ketenangan, sabar dan

Page 76: Risalah Sufi Imam Qusyairi

tabah dalam memenuhi ketentuan agama, memberikan sedekah dengan penuh kemurahan hati sesuai dengan perintah-Nya, memiliki rasa malu di hadapan-Nya, rajin mengerjakan apa yang disenangi-Nya, mengerjakan apa saja yang dapat membawa kepada-Nya, puas dengan tidak disebut-sebut namanya sendiri, dan dia selalu mengalami kegelisahan dalam hatinya sampai dia mencapai Tuhannya.

Abu Bakr Al-Warraq menyatakan, “Ada 3 hal yang menyeksa hati seorang murid: perkahwinan, menulis hadis, dan perjalanan.” Seseorang bertanya kepadanya, “Mengapa engkau berhenti menulis hadis?” Dia menjawab, “Kehendak [akan Allah] mencegahku untuk melanjutkan pekerjaan itu.”

Hatim Al-Ashamm mengajarkan, “Jika engkau datang kepada seorang murid yang menginginkan sesuatu selain murad [yang dikehendaki], yakinlah engkau bahawa dia telah menunjukkan kerendahan dirinya.” Al-Kattani mengatakan, “Aturan hidup yang layak bagi seorangmurid mencakup hal-hal sebagai berikut: tidur hanya jika sangat mengantuk, makan hanya ketika sangat perlu, dan berbicara hanya jika terpaksa.” Al-Junaid mengatakan, “Jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi seorang murid, Dia akan membawanya ke lingkungan para sufi, dan menjauhkannya dari kaum ulama kebanyakan.”

Ar-Raqqi menuturkan, aku mendengar Ad-Daqqaq mengatakan, “Pada tahap akhir kehendak, engkau melakukan gerakan menuju Allah SWT dan engkau menemukan Dia dengan gerakan itu.” Aku lalu bertanya, “Apakah yang mencakup seluruh persoalan tentang kehendak?” Dia menjawab, “Iaitu bahawa engkau menemukan Tuhan tanpa suatu gerakan.”

Abu Bakr Ad-Daqqaq menjelaskan, “Seorang murid tidak dapat disebut murid sampai malaikat di pundak kirinya menganggur selama dua puluh tahun.” Al-Wasiti berpendapat, “Tahap (maqam) pertama seorang murid adalah kehendak akan Allah SWT, yang dicapai dengan mencampakkan hawa nafsunya sendiri.

Seseorang bertanya kepada Al-Junaid, “Apakah baik bagi seorang murid untuk mendengarkan cerita-cerita saleh?” Dia menjawab, “Cerita-cerita saleh adalah salah satu tentera Allah, dan hati manusia dikuatkan olehnya.” Dia ditanya lagi, “Adakah dalil yang menyokong ucapanmu itu?” Dia menegaskan, “Ya, dalilnya adalah firman Allah SWT;

Hه �ه م! ن� هي و� ه:و هbا ه�ا ه� ه\ ن) ه�9 ٱ* Hه ه2و 4Aم ه� ن9 هي و� ه:و هVا ه�ا � ‌xه ه?� ه2 ن* ٱ ه< ه� ه* wه ه2 ـ� ه$ هي � ه.‌ اا ه4 م* ن� ه#� ن� م� Iم )� ه ٱ* Hم �qه ل�� ه�< ه* Hه هVا ه�ا ه� م~ Dن ه#ا ن ٱ م�5 ه� مPي م] ن2 ه� و� ه:و ه8و هي ن< ه* Tه eم� ـ� ا ه* و�  

Mereka itu tidak akan dapat melemahkan kekuasaan Allah daripada menimpakan mereka dengan azab di dunia dan tidak ada pula bagi mereka, yang lain dari Allah, sesiapapun yang dapat menolong melepaskan mereka dari seksaNya. Azab untuk mereka akan digandakan (kerana mereka sangat bencikan jalan agama Allah), sehingga mereka tidak tahan mendengarnya dan tidak pula suka melihat tanda-tanda kebenarannya. (Hud: 20)

Al-Junaid mengatakan, “Seorang murid yang tulus tidak memerlukan ilmu pengetahuan para ulama.”

Mengenai perbezaan antara murid (yang berkehendak) dengan murad (yang dikehendaki), dapat dikatakan bahawa setiap muridsesungguhnya adalah juga murad. Jika dia bukan murad [yang dikehendaki] Allah SWT, nescaya dia tidak akan menjadi murid, sebab tidak ada sesuatu pun yang dapat terjadi kecuali dengan kehendak Allah. Selanjutnya, setiap murad adalah juga murid, sebab jika Allah

Page 77: Risalah Sufi Imam Qusyairi

mengkehendakinya secara khusus, Dia akan menganugerahinya kerberhasilan dalam memilik kehendak [terhadap-Nya].

Menurut kaum sufi, murid adalah seorang pemula, sedangkan murad berada pada tingkatan yang paling tinggi. Murid dibimbing melakukan pekerjaan-pekerjaan yang menghabiskan tenaga dan diterjunkan ke dalam kancah kesulitan; bagi seorang murad, satu perintah dari Allah saja sudah mencukupi, tanpa menyebab kesulitan bagi dirinya. Murid dipaksa untuk bekerja keras, sedangkan murad dianugeahi kenyamanan dan kemudahan.

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menjelaskan, “Murid dijadikan menanggung, manakala murad ditanggung.” Beliau juga berpendapat, “Musa adalah seorang murid sebab dia berkata,

مDى ن� pه م*5 ن� ه cن ٱ xل Dه Bه ه-ا  

Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (Ta-Ha:25)

Baginda Rasulullah saw adalah seorang murad sebab Allah SWT berfirman mengenai beliau,

ه Dه ن� pه Tه ه* ن� ه kن ه: ن< ه* ه#�  ه Dه ن� م� Tه ه�6 ه�ا ن2 ه{ ه� ه�  ه ه ن� ه� Oه Nه ه#�: اى م? *� ه ٱه ه Vن Lم Tه ه* ه�ا ن2 ه� Dه ه�

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (Ash-Sharh:4)

Ketika Al-Junaid ditanya tentang murid dan murad, dia menjawab, “Murid dikendalikan oleh aturan-aturan ketetapan-ketetapan ilmu para ulama, sedangkan murad dikendalikan oleh pemeliharaan dan perlindungan Allah SWT. Murid berjalan; murad  terbang. Bilakah manusia yang terikat dengan bumi dapat menyusul yang terbang?”

Page 78: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 25: TEKAD HATI (ISTIQAMAH)

Hه ه�� ه6 ه;و ن< ه� �Vه م�5 *� ه ٱ Cم �� ه ه] ن* م"ٱ و� �ه kم ن" ه#� ه� و� ه:و Pه �ن ه; ه ا ه� و� ه�و ه7ا ه; ه� ا ه#� Cه mه eم� ـ� ا ه( ه) ن* ٱ ه< م� ن4 ه( ه6 Bه P� ه ه� ه� ه; و� ه)و ـ� Nه ه� ن[ ٱ ه�< Xه Iه )� ه ٱ* ه�ا ه�" Dه و� ه*و ه-ا ه� م?ي *� ه ٱ Hه� م��  

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Fussilat: 30)

Tsauban, bekas budak Rasulullah saw, menuturkan bahawa Rasulullah saw mengajarkan, " Bertekad hatilah meskipun engkau tidak akan mampu melakukannya sepenuhnya. Ketahuilah bahawa sebahagian terbaik dari agamamu adalah solat, dan hanya seorang yang beriman yang akan memelihara kesucian [jasadnya].”

Istiqamah adalah darjat yang menjadikan urusan-urusan seseorang menjadi baik dan sempurna, dan memungkinnya untuk mencapai manfaat-manfaat secara tetap dan teratur. Usaha dan perjuangan orang yang tiada tekad hati akan sia-sia. Allah SWT berfirman,

Iم م�4 ن< ه� �Vه ه�ا Cم ه) ـ� ه4 Nم ن* ٱ ه_ نو هي ن< ه8 ه* ه�� ه� ل4 ه� ه4 ه* ه� � ۦ‌ Iم م" Iه )� ه ٱ* ه< bه ه(و ن� هي ه)ا :� ه م�� � ‌Ca �� ه ه#� ن� م� ـ5 ه" Dن ه#� ه5 �م Cf �� ه ه#� Hه ه8و ه; H�#ه ن< ه8 ه� ن4 ه" ها ة h=ه qه ن< ه8 ه� ـ� ه) ني ه#� Hه ه?� م7 �� ه ه; عYا ذ ـ� mه ه#�: ja ه�و ه- م� ن2 ه" ة� م� ه�ا ه* Pن Fه ن& ه$ Nه ه: م�5 *� ه هVٱ و� ه:و ه8و ه; ه ا ه� Hه ه�و م( ه� ن7 ه;  

Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah dia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu dan Dia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya. (An-Nahl: 92)

Satu tanda istiqamah dari mereka yang mulai menempuh jalan adalah bahawa amal-amal lahiriah mereka tidak tercemar oleh kelelahan. Bagi mereka yang berada pada tahap pertengahan, tanda keteguhan hati mereka adalah bahawa tidak ada kata “berhenti” dalam perjalanan mereka. Tanda keteguhan hati mereka yang berada pada tahap akhir adalah bahawa tidak ada tabir yang mendindingi mereka dari melanjutkan perjalanan menempuh jalan.

Aku mendengar Syeikh Abu ali Ad-Daqqaq menjelaskan, “Ada 3 darjat istiqamah: menegakkan segala sesuatu (taqwim), menyehatkan dan meluruskan segala sesuatu (iqamah), berlaku lurus (istiqamah). Taqwim menyangkut disiplin jiwa, iqamah berkatian dengan penyempurnaan hati, dan istiqamah berhubungan dengan tindakan mendekatkan batin kepada Allah.”

Abu Bakr ra berpendapat, “Makna firma-Nya,

ه)و� ـ� Nه ه� ن[ ٱ ه�< Xوه

Page 79: Risalah Sufi Imam Qusyairi

'kemudian mereka beristiqamah' (Fussilat:30), adalah bahawa mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun.

Umar mengajarkan, “Ertinya, mereka tidak menipu orang lain seperti merubah.” Pendapat Abu Bakr merujuk kepada perlaksanaan prinsip-prinsip tauhid, sedangkan pendapat Umar merujuk kepada sikap mencegah diri dari penafsiran-penafsiran yang dipaksakan dan perlaksanaan syarat-syarat perjanjian atau kontrak. Ibnu Atha’ mengatakan bahawa ayat di atas beerti, “Mereka teguh dalam membatasi hati mereka pada Tuhan.”

Abu Ali Al-Juzjani menyatakan, “Bersifat relalah kamu dengan keadaan istiqamah, jangan mengusahakan amal-amal yang menakjubkan, sebab dirimu yang rendah terdorong untuk mengusahakan mukjizat-mukjizat, sedangkan Tuhanmu SWT menuntut darimu istiqamah.”

Abu Ali Ash-Syabbuwi menuturkan, “Aku bermimpi bertemu dengan Nabi saw, dan aku berkata kepadanya, “Dikhabarkan bahawa paduka bersabda, “Surah Hud telah membuat rambutku menjadi putih.” Apakah [rambut paduka menjadi putih kerana] kisah-kisah para nabi dan dimusnahkannya ummat-ummat [zaman dahulu]?” Baginda menjawab, “Tidak [bukan kerana itu], melainkan kerana firman Allah SWT

f ذ م!4 ه" Hه ه(و ه) ن2 ه; ه)ا م" ۥ Iه :� ه م�� � و�‌ نو ه% Aن ه; ه ا ه� Tه ه2 ه� xه ه;ا ه�� ه� Gه ن م� ه#� اا ه) Vه ن< Nم ه� ن[ ه�ٱ

Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (Hud:112)

Asy-Syibli mengatakan, "Istiqamah beerti engkau menghadapi setiap saat seolah-olah ia adalah saat Kebangkitan.” Dikatakan, “Tekad hati dalam berbicara beerti meninggalkan perbuatan memfitnah orang, dalam tindakan beerti menjauhi bidaah, dalam amal saleh beerti meninggalkan kemalasan dan sambil lewa, dan dalam keadaan (haal) batin ia beerti terbebas dari tabir.

Saya mendengar Syeikh Abu Bakr Muhammad bin Al-Hassan bin Furak menjelaskan, “Bentuk fi’il (kata kerja) dari kata istiqamah beerti “meminta sesuatu.” Ertinya, para sufi memohon tekad hati dalam tauhid, kemudian dalam menepati janji dan sumpah dan dalam menjaga batas-batas perilaku yang telah ditetapkan oleh Allah.

Ketahuilah, bahawa keteguhan tekad melahirkan tanda-tanda keajaiban yang terus-menerus. Allah SWt berfiman,

ع-ا ذ ه� Fه ع. اا �� ه ه�< ـ� ه� ن4 Nه ن[ ه#ا ه Cم Nه مي Aه� ٱ* ه(5 ه6 و� ه)و ـ� Nه ه� ن[ ٱ مو *� ه ه#� ه�  

(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka. (Al-Jinn: 16)

Page 80: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 26:IKHLAS

Df ذ �ا� ه bه xf ذ م? ـ� Vه هو �ه ن� ه� م�ى ن� هي ه ا Iه )� ه ٱ* Hه� م�� � ‌Hه ه�و م( ه� ن7 هي Iم م�4 ن< �ه ه�ا م�5 ن< ه� ه� ن4 ه" ه< ه8 �ن هي Iه )� ه ٱ* Hه� م�� ـ5 ا �ه ه�ن* Iم )� ه ٱ* ه*5 م�� اا ه: ه"و ل Nه ه4 م* ه� ا م�� ن< �ه ه� ه� ن2 ه: ه�ا ه. اا ه4 م* ن� ه#� ۦ Iم م: �qه م�� و� ه?� ه7 ;� ه ٱ ه� م?ي *� ه ه�ٱ � ‌zه م* ه7ا ن* ٱ ه� ل�ي ٱ* Iم )� ه م* ه ا ه#�  

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (Az-Zumar: 3)

Anas bin Malik ra menuturkan bahawa Rasulullah saw telah menyatakan, “Kedengkian tidak akan masuk ke dalam hati seseorang Muslim jika dia menetapi tiga perkara: ikhlas kepada Allah dalam semua perbuatannya, memberikan nasihat yang tulus kepada penguasa, dan tetap berkumpul dengan masyarakat Muslim.”

Sebuah hadith sahih menyatakan bahawa Nabi saw menuturkan, berdasarkan riwayat Jibril as, yang menuturkan tentang Allah SWT, bahawa Dia telah berfirman, “Keikhlasan adalah rahsia yang diambil dari rahsia-rahsia-Ku. Aku telah menempatkannya sebagai amanat di hati hamba-hamba yang Ku-cintai.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menyatakan, “Keikhlasan adalah menjaga diri dari [perhatian terhadap] pandangan manusia, dan sifat amanah beerti membersihkan diri dari kesedaran akan diri sendiri. Orang yang ikhlas tidaklah bersikap munafik dan orang yang amanah tidaklah sombong.”

Abu Ya’qub As-Susi menyatakan, “Apabila mereka melihat keikhlasan di dalam keikhlasan mereka, maka keikhlasan mereka itu memerlukan keikhlasan.” Dzun Nun menjelaskan, “Ada tiga tanda keikhlasan: manakala orang yang bersangkutan memandang pujian dan celaan manusia sama saja; apabila mengerjakan amal kebaikan dia tidak menyedari, bahawa dia sedang mengerjakan amal kebaikan; dan jika dia lupa akan haknya untuk memperoleh pahala di akhirat kerana amal baiknya.”

Abu Utsman Al-Maghribi menyatakan, “Keikhlasan adalah keadaan di mana nafsu tidak memperoleh kesenangan. Ini adalah ikhlasnya orang awam. Mengenai ikhlasnya manusia pilihan, keihlasan datang kepada mereka bukan dengan perbuatan mereka sendiri. Amal kebaikan lahir dari mereka, tetapi mereka terpisah dengannya. Mereka tidak menyedari perbuatan baik mereka, tidak pula mereka punya perhatian terhadapnya. Itulah keikhlasan kaum pilihan.”

Abu Bakr Ad-Daqqaq menegaskan, “Cacat keikhlasan dari masing-masing orang yang dikatakan ikhlas adalah dari kesedarannya sendiri akan keikhlasan itu. Jika Allah mengkehendaki untuk memurnikan keikhlasannya, Dia akan menjadikannya tidak menyedari keikhlasannya sendiri, dan jadilah dia ikhlas [oleh Tuhan, mukhlash], bukan ikhlas [kerana dirinya sendiri, mukhlish].” Sahl berkata, “Hanya orang yang ikhlas (mukhlish) sajalah yang mengenal akrab kemunafikan.”

Abu Sa’id Al-Kharraz menyatakan, ‘Kemunafikan kaum arifin adalah lebih baik dari ikhlasnya para murid.”

Page 81: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Hudzaifah Al-Mar’asyi berpendapat, “Keikhlasan beerti bahawa perbuatan-perbuatan si hamba adalah sama, baik lahir mahupun batinnya.” Al-Fudhail menyatakan, “Menghentikan amal-amal baik kerana manusia adalah munafik, dan melaksanakannya kerana manusia adalah musyrik. Ikhlas beerti Allah menyembuhkanmu dari dua penyakit ini.”

Al-Junaid mengatakan, “Keikhlasan adalah rahsia antara Allah dengan si hamba. Bahkan malaikat pencatat tidak mengetahui sedikit pun mengenainya untuk dapat dituliskannya [dalam catatan amal seseorang]. Syaitan tidak mengetahuinya hingga dia tidak dapat merosakkannya, nafsu pun tidak menyedarinya sehingga ia tidak dapat mempengaruhinya.”

Ruwaym menjelaskan, “Ikhlas dalam berbuat kebaikan beerti bahawa orang yang melakukannya tidak menginginkan pahala baik di dunia mahupun di akhirat, tidak pula dia mencari perlakuan baik dari dua malaikat yang menanyai orang mati [ di dalam kubur].”

Ditanyakan kepada Sahl bin Abdullah, “Apakah hal yang paling berat pada diri manusia?” Dia menjawab, “Keikhlasan, sebab diri manusia tidak punya bahagian di dalamnya.”

Ketika ditanya tentang keikhlasan, salah seorang sufi menjawab, “Ikhlas beerti engkau tidak memanggil siapa pun selain Allah untuk menjadi saksi atas perbuatanmu.”

Salah seorang sufi menuturkan, “Aku menemui Sahl bin Abudllah pada suatu hari Jumaat di rumahnya sebelum solat. Ada seekor ular di rumahnya, hingga aku ragu-ragu di pintu. Dia berseru, “Masuklah! Tidak seorang pun yang mencapai hakikat iman jika dia masih takut pada sesuatu pun di atas bumi.” Kemudian dia bertanya, “Apakah engkau hendak mengikuti solat Jumaat?” Aku menjawab, “Jarak dari sini ke masjid di depan kita adalah sejauh perjalanan sehari semalam.” Maka dia lalu menjabat tanganku, dan sesaat kemudian kamu telah berada di masjid itu. Kami masuk ke dalam dan solat, kemudian keluar. Sahl berdiri di situ, melihat orang banyak, dan berkata, “Banyak orang yang mengucapkan LA ILAHA ILLA LLAH, tapi sedikit sekali yang ikhlas.”

Makhul menyatakan, “Seorang hamba yang ikhlas selama 40 hari akan mengalami kebijaksanaan yang memancar dari hati dan lidahnya.” Yusuf bin Al-Husain berpendapat, “Milikku, yang paling beharga di atas dunia ini adalah keikhlasan. Betapa kerapnya aku telah berjuang untuk membebaskan hatiku dari kemunafikan, namun setiap kali aku berhasil, ia muncul lagi dalam selubung yang lain!”

Abu Sulaiman berkata, “Jika seorang hamba berikhlas, maka gelombang godaan dan kemunafikan akan berhenti.”

Page 82: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 27: KEJUJURAN (SHIDQ)

ه� م-4 م� ـ� ه�! ٱ* ه\ ه� و� ه:و هVو ه� Iه )� ه ٱ* و� هNو ;� ه ٱ و� ه�و ه� ه.� ه� م?ي *� ه ٱ ه3ا ه�ي ه#ا ـ� ا هي  

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. (At-Taubah: 119)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah saw menyatakan, “Jika seorang hamba tetap bertindak jujur dan berbulat hati untuk bertindak jujur, maka ia akan ditulis di sisi Allah sebagai orang yang jujur; dan jika ia tetap berbuat dusta dan berbulat hati untuk berbuat dusta, maka ia akan ditulis di sisi Allah sebagai pendusta.”

Kejujuran adalah tiang bagi penempuh jalan (tarekat) ini. Dengannya, kesempurnaan dalam menempuh jalan ini tercapai, dan melaluinya pula muncul ketertiban. Kejujuran menempati kedudukan setingkat di bawah kenabian, sebagaimana difirmankan Allah,

عNا ذ م�4 Dه Tه eم� ـ� ا ه* و� ه#� ه� ه9 Mه ه� � ه�‌ 4�م م( ـ� ه�! ه�ٱ* م. ا� ه� ه3 kه� ه�ٱ* ه� 4Nم ل�ي ل! ه�ٱ* ه� ـ� ل4 م� �� ه ٱ* ه� ل� م3< ن4 ه( ه6 Iه )� ه ٱ* ه< ه2 ن: ه#� ه� م?ي *� ه ٱ ه\ ه� Tه eم� ـ� ا ه* و� ه#ا ه� Bه ه[و � ه ه�ٱ* Iه )� ه ٱ* م\ Aم هي ه�� ه�  

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat). (An-Nisa: 69)

Darjat paling rendah kejujuran adalah jika batin seseorang serasi dengan perbuatan lahirnya. Shadiq adalah orang yang benar dalam kata-katanya. Shiddiq adalah orang yang benar dalam semua kata-kata, perbuatan dan keadaan batinnya.

Ahmad bin Khadhruyah mengajarkan, “Barangsiapa yang ingin agar Allah bersamanya, hendaklah dia berpegang teguh pada kebenaran, sebab Allah SWT telah berfirman,

ه� مي م� ـ� ه�! ٱ* ه\ ه� Iه )� ه ٱ* Hه� م�� � ‌jم ـو ه( ه�! ه�ٱ* م ه�!ن� م"ٱ* و� ه�و م42 ه� ن[ ٱ و� ه�و ه� ه.� ه� م?ي *� ه ٱ ه�ا ه�ي ه#ا ـ� ا هي  

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: 153)

Al-Junaid menyatakan, “Orang yang benar berubah 40 kali dalam sehari, sedangkan orang munafik tetap berada dalam satu keadaan selama 40 tahun.”

Abu Sulaiman Ad-Darani menyatakan, “Jika orang yang benar ingin menggambarkan apa yang ada dalam hatinya, maka lidahnya tidak akan mengatakannya.” Al-Qannad menyatakan, “Sikap benar [sadiq] beerti mencegah kedua rahang [syidq] dari mengucapkan apa yang terlarang.”

Abu Sa’id Al-Qarsyi menyatakan, “Orang yang benar adalah orang yang bersikap mati dan tidak akan malu jika rahsianya diungkapkan . Allah SWT berfirman,

Page 83: Risalah Sufi Imam Qusyairi

ه� م-4 م� ـ� pه ن< ه� �bه Hم�� Gه نو ه) ن* ٱ و� هو �� ه ه) ه� ه� م ��ا ه ٱ* Hم �qه ل�� Cع ذ ه! م* ه=ا Iم )� ه ٱ* ه� م�6 jه ه م= ه#ا ن ٱ Dه ه��� ٱ* ه< mه ه* ن& ه: هVا Hم�� نل ه-

Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): Kalau Syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (Al-Baqarah: 94)

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, “Suatu hari Abu Ali Ats-Tsaqafi sedang memberikan kuliah ketika Abdullah bin Munazil berkata kepadanya, “Wahai Abu Ali, siapkanlah dirimu untuk mati, sebab tidak ada jalan lari darinya.” Abu Ali menjawab, “Dan engkau, wahai Abdullah, siapkanlah dirimu untuk mati, sebab tidak ada jalan lari darinya.” Maka di saat itulah Abdullah merebahkan dirinya, membentangkan kedua tangannya, menundukkan kepalanya dan mengatakan, “Aku mati sekarang.” Abu Ali terpaku bisu kerananya sebab dia tidak dapat menandingi apa yang dilakukan Abdullah, kerana Abu Ali masih terpaut pada dunia, sedangkan Abdullah telah bebas dari ikatan dunia.”

Dikatakan, “Abdul Wahid bin Zaid memandang kepada seorang pemuda di antara para sahabatnya, yang tubuhnya kurus kering, dan bertanya ekpadanya, “Nak, apakah engkau terlalu lama memanjangkan puasamu?” Pemuda itu menjawab, “Aku bukan telah memanjangkan waktu tidak berpuasaku, bukan pula berbuka.” Kemudian Abdul Wahid bertanya, “Apakah engkau telah memanjangkan waktu bangun malammu untuk solat?” Dia menjawab, “Bukan, bukan pula aku telah memanjangkan tidur.” Maka Abdul Wahid lalu bertanya, “Apa yang telah membuatmu begitu kurus?” Pemuda itu menjawab, “Hasrat yang selalu berkobar.” Abdul Wahid berseru, “Dengarlah betapa beraninya pemuda ini!” Pemuda itu lalu berdiri, maju dua langkah dan berteriak, “Ya Tuhanku, jika aku memang tulus, ambillah nyawaku sekarang juga." Lalu dia pun jatuh dan mati.”

Konon Abu Amr Az-Zajjali menuturkan, “Ibuku meninggal dan aku mewarisi sebuah rumah darinya. Aku menjualnya dengan harga 50 dinar dan berangkat menunaikan ibadah haji. Ketika aku sampai di Babylon, seorang penggali saluran air bertanya kepadaku. “Apa yang kau bawa?” Aku berkata dalam hati, “Kejujuran adalah yang terbaik”, dan aku menjawab, “Wang 50 dinar.” Dia berkata, “Serahkan kepadaku.” Maka aku pun lalu memberikan bekas wangku kepadanya. Dihitungnya wang yang ada di dalamnya, dan ternyata memang ada 50 dinar. Maka berkatalah dia, “Ambillah kembali wangmu; kejujuranmu menyentuh hatiku.” Lalu dia turun dari kudanya dan berkata, “Ambillah kudaku.” “Aku tidak menginginkan kudamu”, aku tegas menolak. Dia berkata, “Kau tidak punya pilihan,” dan memaksaku manaiki kudanya. Ketika akhirnya aku telah naik di atasnya, dia berkata: “Aku akan menyusulmu.” Setelah satu tahun, dia berhasil menyusulku - dan tinggal bersamaku hingga matinya.”

Al-Junaid berpendapat, “Inti ketulusan adalah bahawa engkau berkata benar dalam situasi di mana hanya dusta dapat menyelamatkanmu.”

Dikatakan, “Tiga hal tidak pernah lepas dari seseorang yang tulus: kehalusan perangai, kehadiran yang menggentarkan hati, dan kebaikan budi.”

Dikatakan pula, “Allah SWT berwahyu kepada Dawud as, “Wahai Dawud, barangsiapa yang menerima apa yang Ku-katakan sebagai benar, di dalam batinnya, nescaya Aku akan mengukuhkan sifat amanahnya di kalangan manusia di dunia.”

Page 84: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ibrahim bin Dawhah mengabarkan, “Aku memasuki padang pasir bersama Ibrahim bin Sitanbah, yang mengatakan kepadaku, “Campakkanlah pergantungan [kepada dunia]!” Aku melemparkan segala sesuatu yang ada padaku, kecuali wang satu dinar: Lalu dia berkata, “Wahai Ibrahim, janganlah engkau membebani fikiranku! Campakkanlah pergantunganmu!” Maka dinar itu pun lalu aku lemparkan. Tapi lagi-lagi dia mengatakan, “Wahai Ibrahim, campakkanlah pergantunganmu!” Lalu aku ingat bahawa aku masih memiliki beberapa utas tali sandal gentian, yang lalu kulemparkan juga. Selanjutnya, dalam perjalananku, setiap kali aku memerlukan tali sandal, maka muncullah seutas tali sandal di hadapanku. Ibrahim bin Sitanbah menyatakan, “Inilah jalan yang ditempuh manusia yang berurusan dengan Allah secara tulus.”

Sahl bin Abdullah mengatakan, “Awal penipuan di pihak orang-orang yang tulus muncul ketika mereka berbicara dengan jiwa mereka.” Ketika ditanya tentang ketulusan, Fath Al-Maushili memasukkan tangannya ke dalam api seorang tukang besi, mengambil [dengan tangannya] sebatang besi merah membara, meletakkannya di telapak tangannya dan berkata: “Inilah ketulusan.”

Yusuf bin Asbat berkata, “Aku lebih suka menghabiskan waktu semalam bersama Allah SWT dalam ketulusan daripada berperang dengan pedangku di jalan-Nya.”

Ketika Al-Hariths Al Muhasibi ditanya tentang tanda-tanda ketulusan, dia menjawab, “Orang yang tulus adalah dia yang manakala kesejahteraan batinnya menuntut, dia tidak peduli apakah kedudukannya di kalangan manusia akan lenyap. Dia bahkan tidak menginginkan satu bahagian kecil pun dari perbuatan baiknya diketahui oleh manusia, tidak pula dia peduli jika perbuatan-perbuatan buruknya diketahui oleh mereka. Keinginan apa pun untuk dipandang baik oleh manusia bukanlah ciri ketulusan.”

Dikatakan, “Jika engkau mencari Tuhan dalam ketulusan, nescaya Dia akan memberimu cermin yang di dalamnya engkau akan melihat semua keajabain dunia dan akhirat.” Dikatakan, “Engkau harus berlaku tulus ketika engkau takut bahawa hal itu akan mencelakakanmu, sebab itu akan bermanfaat bagimu. Janganlah menipu ketika engkau mengira hal itu akan menguntungkanmu, sebab pasti ia akan merugikanmu.”

Dikatakan juga, Tiap-tiap sesuatu itu mempunyai erti, tapi persahabatan seorang pendusta tidak beerti apa-apa.”

Dikatakan, “Tanda seoran pendusta adalah keghairahannya untuk bersumpah sebelum hal itu dituntut darinya.” Ibn Sirin menyatakan, “Lingkup pembicaraan itu demikian luas hingga [sebetulnya] orang tidak perlu berdusta.”

Page 85: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 28: MALU (HAYA’)

ـى ه هي Iه )� ه ٱ* Hه� ه#ا م" ه(< ن2 هي ن< ه* ه#�  

“Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?” (Al-Alaq: 14)

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah saw telah menyatakan, “Malu adalah sebahagian daripada iman.”. Diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud bahawa pada suatu hari Rasulullah saw menyatakan kepada para sahabatnya, “Malulah kamu sekalian di hadapan Allah dengan sebenar-benar malu.” Mereka berkata, “Tapi kami sudah merasa malu wahai Rasulullah, dan segala puji bagi-Nya!” Beliau berkata, “Itubukanlah malu yang sebenarnya. Orang yang ingin malu dengan sebenar-benarnya di hadapan Allah hendaklah menjaga fikiran dan bisikan hatinya, hendaklah dia menjaga perutnya dan apa yang dimakannya, hendaklah dia mengingat mati dan fitnah kubur. Orang yang mengkehendaki akhirat hendaklah meninggalkan perhiasan-perhiasan kehidupan duniawi. Orang yang melakukan semua ini, beerti dia memiliki rasa malu di hadapan Allah”

Mukhlas menuturkan bahawa ayahnya telah mengatakan kepadanya, “Salah seorang bijaksana telah mengatakan kepadanya, ‘Jagalah agar malu tetap hidup dalam hatimu dengan cara berteman dengan orang yang terhadapnya orang-orang lain merasa malu.”

Ibn Atha' menegaskan, “Bahagian terbesar dari ilmu adalah rasa gentar dan malu. Jika yang dua ini lenyap, tidak ada lagi kebaikan yang tersisa dalam hati.

Dzun Nun Al-Mishri berkata, “Malu beerti bahawa engkau merasakan kegentaran dalam hatimu, sangat takut akan dan menyedari keburukan-keburukan yang telah engkau lakukan di hadapan Allah di waktu yang lalu.” Dia juga mengatakan, “Cinta membuat orang berbicara, malu membuat orang terdiam, dan takut membuat orang gelisah.”

Abu Utsman mengatakan, “Orang yang berbicara tentang malu namun tidak merasa malu akan apa yang dikatakannya di hadapan Allah beerti telah tertipu beberapa darjat.”

As-Sari mengatakan, “Malu dan keakraban masuk ke dalam hati seseorang. Jika keduanya menemukan warak dan zuhud, maka mereka akan menetap. Jika tidak, mereka akan meneruskan perjalanan.”

Al-Jurairi mengabarkan, “Pada generasi pertama [kaum Muslimin], orang menaruh perhatian pada agama, sampai agama menjadi lemah. Pada generasi kedua, mereka menekankan kesetiaan, sampai kesetiaan lenyap. Pada generasi ketiga, mereka menekankan kesatrian (futuwwah) sampai ia lenyap. Pada generasi keempat, mereka menekankan rasa malu sampai ia lenyap. Sekarang orang beramal kerana hasrat [ akan pahala] dan takut [akan seksa].

Dikatakan tentang firman Allah SWT,

ه� م!4 ه( ن7 ه) ن* ٱ ه:ا qم ه�ا م6 ن� م� ۥ Iه :� ه م�� � ه.‌ اا kه �ن �ه ن* ه�ٱ ه. او ه�9 ٱ* Iه ن� ه6 vه م ن! ه� م* Tه م* ه?ٲ bه ۦ‌� Iم ل" Dه ه� ـ� �ه ن ه" ه.� D� ه H�#ه اا ه نو ه* ه3ا م" >� ه �ه ه� � ۦ‌ Iم م" ن& ه�) �ه ن� Nه ه* ه�  

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya

Page 86: Risalah Sufi Imam Qusyairi

perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji kerana sesungguhnya dia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. (Yusuf: 24)

bahawa “tanda” di sini adalah bahawa ketika wanita itu menutupkan selembar kain kepada sebuah patung yang ada di sudut ruangan. Ketika Yusuf bertanya kepadanya yang dilakukannya, dia menjawab, “ Aku malu [melakukan ini] di hadapannya.” Yusuf berkata, “Aku lebih punya alasan lagi untuk malu di hadapan Allah SWT.”

Dikatakan mengenai firman Allah SWT,

f ذ 4Nم ه� a ذ ن4 ه= ن� م� ه�5 ه* م�� ه& هPن* ه#�: اا ه) م* ل:5 م�� xل Dه Bه هNا ه� لل ل� ٱ* ه*5 م�� ـ5 ا *� ه هو ه; >� ه Xه ه)ا ه� ه* ـ5 Nه ه9 ه�

ه� م)4 م( ـ� �� ه ٱ* م_ نو Nه ن* ٱ ه� م� Gه نو ه] ه: � ‌wن ه7 ه; ه ا Bه ه-ا zه ه! Nه ن* ٱ Iم ن4 ه( ه6 zه� ه- ه� ۥ dه ه. اا ه� ه�)ا ه( ه� � ه�ا‌ ه* ه& ن4 Nه ه[ ه�ا ه ن� ه#� Tه هي Pم ن] ه4 م* ه ه6و ن� هي م"5 ه#� H� ه م�� ن& ه* ه-ا .a ذ اا ه4 �ن م� ن[ ٱ ه(5 ه6 5kم ن) ه; ه)ا ه� ـ0 ه� Mن م�� Iه ن; ه. اا ه] ه�  

Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian dia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan. (24) Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami. Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu. (Al-Qasas: 25)

bahawa, dia malu kepada Musa kerana menawarkan jamuan, dan malu kalau-kalau Musa menolak. Jadi malu adalah sifat tuan rumah. Itu adalah jenis malu yang muncul dari kemurahan hati.

Abu Sulaiman Ad-Darani menyatakan, “Allah SWT berfirman: “Wahai hamba-Ku, selama engkau malu di hadapan-Ku, Aku akan membuat manusia lupa akan kekuranganmu, Aku akan membuat kawasan-kawasan di dunia lupa akan dosa-dosamu. Aku akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dari buku catatan takdir, dan Aku tidak akan membuat perhitungan amalmu pada Hari Kebangkitan.”

Seseorang bertanya kepada seseorang laki-laki yang terlihat solat di luar masjid, “Mengapa engkau tidak masuk dan solat di dalam?” Dia menjawab, “Saya malu memasuki rumah Allah kerana saya telah bermaksiat kepada-Nya.” Salah satu tanda bahawa seseorang memiliki rasa malu adalah bahawa dia tidak pernah terlihat dalam situasi yang membuatnya malu.

Salah seorang sufi menuturkan, “Suatu malam kami keluar dan melewati semak belukar. Kami lihat ada orang tidur di situ, sedang kudanya makan rumput dekat kepalanya. Kami membangunkan orang itu dan bertanya kepadanya, “Tidakkah engkau takut tidur di tempat yang mengerikan dan penuh binatang buas ini?” Dia mengangkat kepalanya dan menjawab, “Di hadapan-Nya, saya malu menakuti apa pun selain Dia.” Kemudian diletakkannya kepalanya kembali dan diteruskannya tidurnya.”

Allah SWT mewahyukan kepada Isa as, “Peringatkanlah dirimu. Jika ia menghiraukan peringatan itu, maka peringatkanlah manusia. Jika tidak, maka malulah kepada-Ku untuk memperingatkan manusia.”

Page 87: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dikatakan bahawa ada beberapa macam malu. Yang pertama: adalah malu yang dikeranakan melakukan perlanggaran, seperti malunya Adam as, ketika dia ditanya, “Apakah engkau berniat lari daripada Kami?” Dia menjawab, “Tidak, aku malu di hadapan-Mu.”

Yang kedua: adalah malu kerana tidak mampu, seperti malunya para malaikat yang mengatakan, “Maha Suci Engkau! Kami telah menyembah-Mu tidak sebagaimana selayaknya Engkau disembah.”

Yang ketiga: adalah malu kerana menyaksikan kebesaran Tuhan, seperti malunya Israfil as, yang menutup sayapnya ke tubuhnya kerana malu pada Allah. Yang keempat: adalah malu kerana ketinggian budi, seperti malunya Rasulullah saw ketika beliau malu untuk menyuruh pergi tamu-tamu beliau dan Allah SWT lalu berfirman [kepada kaum Muslimin Madinah],

Hه هbا ن< ه8 م* هLٲ Hه� م�� Wa ‌ م�ي �ه م* ه� م49 م� �# ن ه� ن9 ه� ه ا ه� و� �ه kم ه� ه�ٱ: ن< ه� ن) م2 uه �Lه م�ا ه� و� ه(و ه= qن ه�ٱ ن< ه� م46 qه �Lه م�� ن� م8 ـ� ه* ه� Iه eـ ه: م�� ه� مي م� ـ� ه: ه ن4 Fه _a ه2ا uه ـ5 ه* م�� ن< ه8 ه* Hه Lه ن' هي H�#ه اا ه� م�� ل5 م� �� ه ٱ* Gه ه4و ه" و� ه(و ه= ن� ه; ه ا و� ه�و ه� ه.� ه� م?ي *� ه ٱ ه3ا ه�ي ه#ا ـ� ا هي Iم )� ه ٱ* Bه ه[و Dه و� �Lه ن' ه; H�#ه ن< mه ه* Hه هVا ه�ا ه� ه�� ‌ م� م" ه(و ه- ه� ن< ه8 م" ه(و Nه م* ه ه� uن ه#� ن< mه م* هLٲ ‌xa ذ ه]ا Mم م. ا� Dه ه� م�� ه�� �ه ه(و ه#� ن9 ه� ع2ا ذ ـ� ه� ه� ه�� �ه ه)و ه� ن* ه#ا ه[ �Lه م�� ه� lل ‌ �ه ن* ٱ ه� م� م5ۦ �ن ه� ن9 هي ه ا Iه )� ه ه�ٱ* ‌ن< mه م�� م5ۦ �ن ه� ن9 ه4 ه� ه�5 م� �� ه ٱ* مLى ن' هي

ع)ا م�4 ه6 Iم )� ه ٱ* ه� م�6 Hه هbا ن< ه8 م* هLٲ Hه� م�� �‌ ع� ه" ه#� ۦ dم م� ن2 ه" ة� م� ۥ Iه ه� ه�ٲ ن� ه#� و� او �ه م8 ه;� H�#ه اا ه ه�

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga dia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah. (Al-Ahzab: 53)

Yang kelima: adalah malu kerana segan, seperti malunya Ali bin Abi Thalib ra ketika dia menyuruh Miqdad bin Al-Aswad untuk menanyakan kepada Nabi saw tentang darah haid Fatimah ra. Yang keenam: adalah malu kerana menganggap sesuatu sebagai terlalu remeh untuk diungkapkan, seperti malunya Musa as ketika dia menyatakan, “Aku memerlukan sesuatu daru dunia ini, dan aku malu meminta kepada-Mu, wahai Tuhanku,” dan Allah lalu mengatakan kepadanya, “Mintalah kepada-Ku, bahkan untuk adunan roti dan jerami untuk domba-dombamu.”

Akhirnya: ada malu kerana sifat belas kasih, yang merupakan malunya Allah SWT. Dia memberikan buku yang dimeteri kepada seorang hamba setelah dia ini melewati jambatan di akhirat. Di dalam buku itu tertulis, “Engkau telah melakukan dosa ini dan itu.” Allah SWT berfirman, “Aku malu menunjukkannya kepadamu, kerana itu pergilah; aku telah mengampunimu.”

Pendapat tentang riwayat ini, Yahya bin Muadzz berkata, “Subhanallah! Maha Suci Dia yang kepada-Nya seorang hamba telah berbuat dosa, tapi justru Dia malu kepadanya!”

Al-Fudhail bin Iyadh menjelaskan, “Ada lima tanda celaka se0rang manusia: kerasnya hati, bengisnya pandangan, tiadanya rasa malu, hasrat terhadap dunia, dan harapan yang tidak terbatas terhadap keuntungan duniawi.”

Page 88: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dalam salah satu kitab wahyu, Allah berfirman, “Hamba-Ku telah tidak memperlakukan Aku dengan adil. Dia berdoa kepada-Ku dan Aku merasa malu jika tidak mengabulkan doanya, tapi dia bermaksiat kepada-Ku tanpa merasa malu terhadap-Ku.”

Yahya bin Muadz menyatakan, “Bagi manusia yang malu di hadapan Allah ketika dia taat, maka Allah akan malu [menghukumnya] ketika dia melakukan dosa.

Manakala seseorang duduk di hadapan sekumpulan manusia, memperingatkan dan menasihati mereka, maka kedua malaikatnya berseru kepadanya, “Peringatkanlah dirimu sebagaimana engkau memperingatkan saudaramu. Jika tidak, malulah engkau di hadapan Tuhanmu, sebab Dia melihatmu.”

Ketika Al-Junaid ditanya tentang malu dia menjawab, “Keadaan yang disebut “malu” lahir dari pengetahuan bahawa rahmat Allah terus tercurah sekalipun orang yang bersangkutan lalai.”

Al-Wasiti berpendapat, “Orang yang melanggar batas-batas [yang ditetapkan Allah] atau melanggar sumpah beerti belum pernah disengat malu.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengatakan, “Malu beerti meninggalkan semua kepura-puraan di hadapan Allah.” Abu Bakr Al-Warraq menuturkan, “Kadang-kala saya solat dua rakaat kepada Allah SWT dan membatalkannya kerasa merasa malu seperti seorang pencuri mengundurkan diri dari rumah yang dimasukinya.”

AR-RISALAH BAB 29: KEBEBASAN (HURRIYAH)

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah saw telah mengatakan, “Apa pun yang mencukupi keperluan seseorang, beerti cukup untuk siapa pun dari kamu. Semua perjalanan hanya akan berakhir pada empat hasta tanah [kuburan], dan segala sesuatu akan kembali kepada tempat kembalinya.”

Kebebasan beerti bahawa si hamba bebas dari bergantung dengan sesama makhluk; kekuasaan makhluk tidak berlaku atas dirinya. Tanda adanya kebebasan adalah bahawa seseorang tidak lebih menyukai satu hal daripada hal lainnya dalam hatinya, hingga semua kemungkinan kejadian duniawi ini sama saja baginya.

Harithsah ra mengatakan kepada Rasulullah saw, “Saya telah menjauhi dunia. Batu dan emas yang ada di bumi tidak ada bezanya bagi saya.” Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menyatakan, “Orang yang datang ke dunia ini dalam keadaan bebas darinya, akan berangkat ke akhirat dalam keadaan bebas pula darinya.”

Ketahuilah bahawa kebebasan diperoleh dari penghambaan sepenuhnya, sebab jika penghambaan seseorang adalah ikhlas demi Allah, maka kebebasannya akan sempurna, bersih dari bergantung dengan selain Allah. Mengenai mereka yang mengkhayalkan bahawa ada waktu di mana seseorang boleh melepaskan ikatan perhambaan dan berpaling dari pembatasan yang tersirat dalam perintah dan larangan Allah, sementara dia dalam keadaan sihat akal, maka itu adalah kemurtadan.

ه� 4Nم ه4 ن* ٱ Tه ه4 م; #ا ن هي ـ5 �� ه Mه Tه "� ه Dه ن� ه� ن6 ه�ٱ  

Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. (Al-Hijr: 99)

Page 89: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Manakala para sufi berbicara tentang kebebasan, yang mereka maksud adalah bahawa si hamba tidak berada di bawah perbudakan oleh sesama makhluk ataupun diperbudak oleh perubahan keadaan kehidupan duniawi mahupun ukhrawi; dia akan sama sepenuhnya mengabdi kepada Allah Yang Ahad. Tidak sesuatu pun yang memperbudaknya, baik hal-hal duniawi yang bersifat sementara, pencarian kepuasan hawa nafsu, keinginan, permintaan, niat, keperluan ataupun kekayaan.

Asy-Syibli pernah ditanya, “Apakah anda tidak tahu bahawa Allah Maha Penyayang?” Beliau menjawab, “Tentu. Tapi kerana aku telah tahu bahawa Dia Maha Penyayang, maka aku tidak pernah meminta kepada-Nya agar menyayangiku.”

Para syeikh telah berbicara banyak tentang kebebasan. Al-Husain bin Mansur menyatakan, “Barangsiapa yang mengkehendaki kebebasan, hendaklah dia rela dalam perhambaan.” Ketika Junaid diberitahu mengenai seseorang yang kekayaan duniawinya hanya sebesar embun yang menempel di butir kurma, dia berkata, “Hamba yang masih terikat akan tetap menjadi hamba selama dia masih memiliki satu dirham pun.”

Dia juga mengatakan, “Engkau tidak akan mencapai kebebasan sejati selama masih ada setitik hakekat penghambaan kepada-Nya yang masih belum kau capai.”

Ketahuilah bahawa jenis kebebasan yang paling besar dihasilkan dari melayani orang-orang miskin. Abu Ali Ad-Daqqaq mengatakan bahawa Allah telah mengajarkan kepada Dawud as, “Jika engkau menjumpai seorang manusia yang mencari-Ku, maka layanilah dia.”

Nabi saw mengatakan, “Pemimpin suatu kaum adalah pelayan mereka.”

Ibrahim bin adham berkata, “Orang yang mulia memindahkan dirinya dari dunia ini sebelum dia diambil darinya.”

Page 90: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 30: ZIKIR (DZIKR)

�ع ذ 4Yم Vه �ع ذ Vن Lم Iه )� ه ٱ* و� �ه Vه Lن ٱ و� ه�و ه� ه.� ه� م?ي *� ه ٱ ه3ا ه�ي ه#ا ـ� ا هي  

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. (Al-Ahzab: 41)

Diriwayatkan oleh Abu Darda’ ra bahawa Rasulullah saw telah bertanya, “Mahukah kuceritakan kepadamu tentang amalmu yang paling baik, amalmu yang paling murni dalam pandangan Allah, orang yang paling tinggi darjatnya di antaramu, yang lebih baik dari menyedekahkan emas dan perak serta memerangi musuh-musuhmu dan memotong leher mereka?” Para sahabat bertanya, “Apakah itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Dzikir kepada Allah.”

Diriwayatkan oleh Anas bahawa Rasulullah saw mengatakan, “Hari Pengadilan tidak akan datang kepada seseorang yang masih mengatakan ‘Allah, Allah”. Anas juga menuturkan, bahawa Rasulullah saw mengatakan, “Qiamat tidak akan datang sampai lafaz ‘Allah, Allah’ tidak lagi disebut-sebut di muka bumi.”

Ada dua macam dzikir: dzikir lisan dan dzikir hati. Si hamba mencapai taraf dzikir hati berterusan dengan melakukan dzikir lisan. Tetapi dzikir hatilah yang membuahkan pengaruh yang sejati. Manakala seseorang melakukan dzikir dengan lidah dan hatinya sekaligus, maka dia mencapai kesempurnaan dalam perjalanannya.

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berpendapat, “Dzikir adalah piagam kewalian. Seseorang yang dianugerahi keberhasilan dalam dzikir beerti telah dianugerahi piagam itu, dan orang yang tidak dianugerahinya beerti telah dipecat.”

Dikatakan bahawa pada awal perjalanannya, Asy-Syibli biasa berjalan ke jalan raya setiap hari dengan membawa seikat cambuk di punggungnya. Setiap kali kelalaian memasuki hatinya, dia akan memukul badannya sendiri dengan cambuk sampai cambuk itu patah. Kadang-kadang, bekal cambuk itu habis sebelum malam tiba. Jika demikian dia akan memukulkan tangan dan kakinya ke tembok [manakala kelalaian mendatanginya.]

Dzun Nun menegaskan, “Seorang yang benar-benar dzikir kepada Allah akan lupa segala sesuatu selain dzikirnya. Allah akan melindunginya dari segala sesuatu, dan dia akan diberi ganti bagi segala sesuatu yang ditinggalkannya.”

Sekelompok musafir mengadu kepada Abu Utsman, “Kami melakukan dzikir lisan kepada Allah SWT, tapi kami tidak merasakan kemanisan dalam hati kami.” Abu Utsman menasihatkan, “Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana telah [setidaknya] menghiasi anggota badanmu dengan kepatuhan.”

Sebuah hadith yang masyhur menuturkan bahawa Rasulullah saw mengajarkan: “Berhentilah dan makan rumputlah kamu semua di padang rumput syurga jika kamu semua melewatinya.” Seseorang bertanya, “Apakah padang rumput syurga itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Iaitu kumpulan orang-orang yang sedang melakukan dzikir kepada Allah.”

Page 91: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Jabir bin Abdullah menceritakan, “Rasulullah saw mendatangi kami dan beliau memerintahkan, “Wahai kamu sekalian merumputlah dipadang rumput syurga.” Kami bertanya, “Apakah padang rumput syurga itu?” Beliau menjawab, “Kumpulan orang yang melakukan dzikir kepada Allah. Hendaklah orang yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah melihat pada darjat mana dia meletakkan Allah. Darjat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya sepadan dengan darjat yang diberikan si hamba kepada-Nya.”

Asy-Syibli bertanya, “Tidakkah Allah telah berfirman, “Aku adalah teman dari orang yang duduk dan berdzikir kepada-Ku?” Manfaat apa yang telah engkau peroleh dalam duduk bersama Allah SWT?” Dalam pengajiannya, dia membacakan baris-baris syair berikut: Dalam pengajiannya, dia membacakan baris-baris berikut:

Aku mengingat-Mu bukan kerana aku lupa pada-Mu sesaat;Bahagian yang paling tidak beerti dari dzikir adalah yang dibuat oleh lidahku.

Tanpa kerohanian nescaya aku telah mati kerana cinta,Hatiku bangkit dalam diriku, bergetar, manakala-

Kerohanian memperlihatan Engkau hadir bersamaku,Maka aku saksikan bahawa Engkau hadir di mana-mana.

Lalu aku bicara kepada orang yang hadir, tanpa suara, dan –Aku memandang seseorang yang terkenal, tanpa melihat.

Dzikir dalam hati bersifat terus-menerus, dalam keadaan apa pun.

Dم ��ا ه ٱ* xه ه?� ه6 ه�ا Nم ه� Tه ه� ـ� �ه ن� ه[ عا ذ hAم ـ� ه" ه?� ـ� �ه ه& Nن ه( ه= ه�ا ه�ا "� ه Dه م~ Dن ه#ا ن ه�ٱ Gم هوٲ ـ� ه) ه�9 ٱ* lم ن( ه= م�5 Hه �ه mه� �ه ه� هي ه� ن< م� م" ه�و ه� ـ5 ه( ه6 ه� �qع ذ ه2و ه- ه� ع)ا ذ ـ� ه4 م- Iه )� ه ٱ* Hه �ه Vه ن? هي ه� م?ي *� ه  ٱ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ali-Imran: 191)

Imam Abu Bakr bin Furak menyatakan, “Berdiri beerti menegakkan dzikir yang sejati, dan duduk beerti menahan diri dari sikap berpura-pura dalam dzikir.”

Syeikh Abu Abdurrahman bertanya kepada Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq, “Manakah yang lebih baik: dzikir ataukah tafakkur?” Beliau mencela, “Apa katamu itu?” Abu Abdurrahman menjawab, “Dalam pandanganku, dzikir adalah lebih baik dari tafakkur sebab Allah SWT menggambarkan Diri-Nya sebagai berdzikir dan bukannya bertafakkur. Apa pun yang menjadi sifat Allah adalah lebih baik dari sesuatu yang khusus bagi manusia.” Syeikh Abu Ali menyetujui pendapat ini.

Al-Kattani menyatakan, “Seandainya bukan kewajipanku, nescaya aku tidak akan berdzikir kepada-Nya, betapa hinanya orang yang sepertiku berdzikir kepada Allah tanpa membersihkan mulutnya dengan seribu taubat kerana berdzikir kepada-Nya!”

Saya mendengar Syeikh Abu ali menuturkan kepada salah seorang sufi: Tidak pernah aku berdzikir kepada-Mu melainkan hatiku, batinku, serta ruhku mencela diriku. Seolah-olah seorang pengamat dari-Mu berseru kepadaku: “Waspadalah,” katanya, “Celakalah engkau! Waspadalah terhadap dzikir!”

Page 92: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dia memerintahkan, “Dzikirlah kepada-Ku, nescaya Aku akan dzikir kepadamu.”

Sebuah hadith mengatakan bahawa Jibril as mengatakan kepada Rasulullah saw bahawa Allah SWT telah berfirman, “Aku telah memberikan kepada ummatmu sesuatu yang belum pernah Ku-berikan kepada ummat lain.” Nabi saw bertanya kepada Jibril, “Apakah permberiannya itu?” Jibril menjawab, “Pemberian itu adalah firman-Nya, “Berdzikirlah kepada-Ku, nescaya Aku akan berdzikir kepadamu.” Dia belum pernah memfirmankan itu kepada ummat lain yang manapun juga.” Dikatakan, “Malaikat maut berbincang dengan orang yang berdzikir sebelum mencabut nyawanya.”

Tertulis dalam sebuah kitab bahawa Musa as bertanya, “Wahai Tuhanku, di mana Engkau tinggal?” Allah SWT berfirman, “Dalam hati manusia yang beriman.”

Ketika Dzun Nun ditanya tentang dzikir, dia menjelaskan, “Dzikir beerti tiadanya ingatan pelaku dzikir terhadap dzikirnya.” Lalu dia membacakan syair:

Aku berdzikir banyak kepada-Mu bukan kerana aku telah melupakan-Mu; itu hanyalah apa yang mengalir dari lidahku.

Sahl bin Abdullah menyatakan, “Tidak ada satu hari pun berlalu kecuali Allah SWT berseru, “Wahai hamba-Ku, engkau telah berlaku zalim kepada-Ku. Aku mengingatmu, tetapi engkau melupakan-Ku. Aku menghilangkan penderitaanmu, tapi engkau terus melakukan dosa. Wahai anak Adam, apa yang akan engkau katakan besok jika engkau bertemu dengan-Ku?”

Abu Sulaiman Ad-Darani menyatakan: “Di syurga ada lembah-lembah di mana para malaikat menanam pohon-pohon ketika seseorang mulai berdzikir kepada Allah. Terkadang salah seorang malaikat itu berhenti bekerja dan teman-temannya bertanya kepadanya, “Mengapa engkau berhenti?” Dia menjawab, “Sahabatku telah kurang dzikirnya.”

Hasan Al-Bashri mengajarkan, “Carilah kemanisan dalam tiga hal: solat, dzikir kepada Allah, dan membaca Al-Quran. Kemanisan hanya dapat ditemukan di situ, atau tidak sama sekali. Jika engkau tidak menemukan kemanisan di dalam ketiga hal itu, maka ketahuilah bahawa pintu telah tertutup [bagimu].”

Hamid Al-Aswad menuturkan, “Ketika aku sedang melakukan perjalanan bersama dengan Ibrahim Al-Khawwas, kami tiba di suatu tempat yang penuh dengan ular. Dia meletakkan kualinya dan duduk, dan aku pun duduk. Ketika malam tiba dan udara menjadi dingin, ular-ular itu keluar. Aku berteriak kepada syeikh, yang lalu berkata, “Dzikirlah kepada Allah.” Aku pun berdzikir, dan ular-ular itu pun mundur. Kemudian mereka datang lagi. Aku berteriak lagi kepada syeikh, dan beliau menyuruhku berdzikir lagi. Hal itu berlansung terus sampai pagi. Ketika kami bangun, syeikh berdiri dan meneruskan perjalanan, dan aku pun berjalan bersamanya. Tiba-tiba seekor ular besar jatuh dari sarung gulungnya. Rupanya semalam ular itu telah tidur bergulung dengan beliau. Aku bertanya kepada syeikh, “Apakah anda tidak merasakan adanya ular itu?” Beliau menjawab, “Tidak. Sudah lama aku tidak merasakan tidur nyenyak seperti tidurku semalam.”

Abu Utsman menyatakan, “Orang tidak akan dapat merasakan keakraban dzikir tanpa terlebih dahulu mengalami derita kelalaian.”

Page 93: Risalah Sufi Imam Qusyairi

As-Sari menegaskan, “Tertulis dalam salah satu kitab suci, ‘Jika dzikir kepadaku menguasai hamba-Ku, maka beerti ia mencintai-Ku dan Aku pun mencintainya.’

Dia juga mengatakan,

“Allah mewahyukan kepada Dawud as, ‘Bergembiralah dengan-Ku dan bersenang-senanglah dengan dzikir kepada-Ku.”

Ats-Tsauri mengatakan, “Ada hukuman untuk tiap-tiap sesuatu, dan hukuman bagi seorang ahli makrifat adalah terputus dari dzikir kepada-Nya.”

Tertulis dalam Injil, “Ingatlah kepada-Ku ketika engkau dipengaruhi oleh kemarahan, dan Aku akan ingat kepadamu ketika Aku dikenai kemarahan. Bersikap relalah dengan pertolongan-Ku kepadamu, sebab itu lebih baik dari pertolonganmu kepada dirimu sendiri.”

Seorang pendeta ditanya, “Apakah engkau sedang berpuasa?” Dia menjawab, “Aku berpuasa dengan dzikir kepada-Nya. Jika aku mengingat yang selain Tuhan, maka puasaku batal.”

Dikatakan, “Apabila dzikir kepada-Nya menguasai hati manusia dan syaitan datang mendekat, maka ia akan menggeliat-geliat di tanah seperti halnya manusia menggeliat-geliat manakala syaitan-syaitan mendekatinya. Apabila ini terjadi, maka semua syaitan akan berkumpul di sekeliling syaitan itu dan bertanya, “Apa yang telah terjadi kepadanya?” Salah seorang dari mereka akan menjawab, “Seorang manusia telah mengenainya.”

Sahl menyatakan, “Aku tidak mengenal dosa yang lebih buruk dari lupa kepada Allah SWT.”

Dikatakan bahawa malaikat tidak membawa dzikir batin seorang manusia ke langi, sebab dia tidak mengetahuinya. Dzikir batin adalah rahsia antara si hamba dengan Allah SWT.

Salah seorang sufi menuturkan, “Aku mendengar cerita tentang seorang laki-laki yang berdzikir di sebuah hutan. Lalu aku pergi menemuinya. Ketika dia sedang duduk, seekor singa menggigitnya dan mengoyak dagingnya. Kami berdua pengsan. Ketika dia sedar, aku bertanya kepadanya tentang hal itu, dan dia berkata kepadaku, “Singa itu diutus oleh Allah. Apabila aku kurang dalam berdzikir kepada-Nya, ia datang kepadaku dan menggigitku seperti engkau lihat.”

Al-Jurairi mengabarkan, “Di antara sahabat-sahabat kami ada seorang laki-laki yang selalu berdzikir dengan mengatakan , “Allah, Allah.” Pada suatu hari sebatang cabang phon jatuh menimpa kepalanya. Kepalanya pecah dan darah mengalir ke tanah membentuk kata-kata “Allah, Allah.”

Page 94: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 31: KESATRIAAN (FUTUWWAH)

ع�ى ذ �ه ن< ه� ـ� ه: qن م� ه� ن< م� ل" ه م" و� ه�و ه� ه.� Cf ه4 ن� م� ن< ه3 :� ه م�� � ‌lل �ه ن* م"ٱ >�ه ه#ا ه� ه: Tه ن4 ه( ه6 zه� Nه ه: ه� �ن :� ه

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk. (Al-Kahf: 13)

Rasulullah saw menyatakan, “Allah SWT memberikan perhatian kepada keperluan seorang hamba selama hamba itu memperhatikan keperluan saudaranya.” [Hadith yang sama juga diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit].

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengatakan, “Kesempurnaan sifat futuwwah hanya ada pada Rasulullah saw saja, sebab pada Hari Kebangkitan semua orang akan mengatakan, “Diriku, diriku,” sedangkan Rasulullah saw mengatakan, “Ummatku, ummatku.”

Al-Fadhl mengatakan, “Futuwwah beerti memafkan kesalahan sesama manusia.” An-Nasrabadhi menyatakan, “Ashabul Kahfi disebutfityah kerana mereka beriman kepada Allah tanpa perantara.” Dikatakan, “Manusia yang futuwwah adalah orang yang berani menghancurkan berhala, sebab Allah SWT berfirman,

Hه ه2و م� ن هي Iم ن4 ه* م�� ن< ه� )� ه ه2 ه* ن< ه� *� ه �ع ذ م�4 bه ه� ا م�� �Lع ه?ٲ ه� ن< ه� ه( ه2 ه] ه� ه� م)4 م( ـ� �� ه ٱ* ه� م) ه* ۥ Iه :� ه م�� اا ه� م� ه� م* ه#�ا م" ه?� ـ� �ه هل ه2 ه� ه�� و� ه*و ه-اه< 4�م هٲ ن" م�� ۥ Iه ه* Bه هNا هي ن< �ه ه Vه ن? هي ع�5 ذ ه� ه�ا ن2 م) ه[ و� ه*و ه-ا  

Lalu dia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya. (58) (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: Siapakah yang melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami? Sesungguhnya adalah dia dari orang-orang yang zalim. (59) (Setengah dari) mereka berkata: Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya. (Al-Anbiya': 60)

Berhala setiap manusia adalah hawa nafsunya sendiri. Jadi orang yang melawan hawa nafsunya sendiri adalah orang yang benar-benar futuwwah.”

Al-Hariths Al-Muhasibi menyatakan, “Futuwwah menuntut agar engkau berlaku adil kepada orang lain tapi tidak menuntut keadilan dari mereka.”

Ketika Junaid ditanya tentang futuwwah, dia menjawab, “Futuwwah ertinya engkau tidak membenci orang miskin tapi juga tidak menghindari orang kaya.” An-Nasrabadhi berpendapat, “Kemuliaan (muruwwah) adalah bahagian dari futuwwah. Ia beerti berpaling dari dunia ini dan juga akhirat, dengan bangga menjauhi keduanya.” Putera Ahmad bin Hanbal menuturkan, “Ayahku ditanya, ‘Apakah futuwwah itu?’ dan dia menjawab, ‘Futuwwah ertinya meninggalkan apa yang engkau inginkan demi apa yang engkau takuti.”

Ditanyakan kepada salah seorang sufi, “Apakah futuwwah itu?” Dia menjawab, “Futuwwah ertinya engkau tidak peduli apakah tamu yang engkau hadapi adalah seorang wali ataukah seorang kafir.”

Page 95: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Junaid mengatakan, “Futuwwah ertinya menahan diri dari menyakiti orang dan menawarkan kemurahan hati.” Sahl bin Abdullah menjelaskan, “Futuwwah ertinya mengikuti sunnah.” Dikatakan, “Futuwwah ertinya setia dan tidak melanggar batas yang telah ditetapkan oleh Allah.”

Dikatakan juga, “ Futuwwah adalah perbuatan bijak yang engkau lakukan tanpa melihat dirimu dalam perbuatan itu.” Dikatakan, “Futuwwah ertinya engkau tidak berpaling jika seseorang yang memerlukan datang mendekatimu.” ; “Futuwwah ertinya engkau tidak bersembunyi dari orang yang mencarimu.” ; “Futuwwah ertinya engkau tidak menumpuk-numpuk harta kekayaanmu dan tidak mencari-cari alasan” [jika diminta bersedekah]; “Futuwwah ertinya bersikap murah hati dengan apa saja yang dianugerahkan kepadamu, dan menyembunyikan kesulitan-kesulitanmu.”;

“Futuwwah ertinya bahawa jika engkau mengundang sepuluh orang tamu, maka engkau tidak akan terpengaruh jika yang datang sembilan ataupun sebelas orang;” “Futuwwah ertinya tidak memberikan perbezaan [untuk satu hal atas hal lainnya].”

Dikatakan bahawa seorang laki-laki kahwin dengan seorang perempuan yang terkena penyakit cacar persis sebelum malam perkahwinan tiba. Laki-laki itu berseru kepada orang banyak, “Mataku terkena penyakit. Aku telah menjadi buta!” Pengantin perempuan itu pun lalu dibawa ke rumah lelaki tersebut. Setelah dua puluh tahun kemudian, wanita itu meninggal. Laki-laki itu mendadak membuka matanya. Ketika seseorang bertanya kepadanya apa yang telah terjadi, dia menjelaskan, “Aku sesungguhnya tidak pernah buta. Aku berpura-pura buta agar isteriku tidak merasa malu [tentang kulitnya yang terkena cacar]. Seseorang telah berkata kepadanya, “Engkau telah mengatasi semua orang dalam hal futuwwah!”

Salah seorang sahabat kami menyatakan, “Tidak ada tempat dalam futuwwah bagi tindakan mengambil keuntungan dari sahabat sendiri.” Dia salah seorang pemuda bernama Ahmad bin Sahl si pedagang, dan saya membeli sehelai jubah linen darinya. Dia hanya memintaku membayar harga modal yang dikeluarkannya untuk membeli jubah itu. Aku bertanya kepadanya, “Apakah engkau tidak mahu mengambil sedikit keuntungan?” Dia menjawab, “Tentang harga jubah itu, aku mahu menerima pembayaranmu tapi aku tidak mahu membebankan kewajipan apa pun terhadapmu. Aku tidak akan mengambil keuntungan sebab tidak ada tempat dalam futuwwah bagi tindakan mengambil keuntungan dari sahabat sendiri.”

Seorang laki-laki yang mengaku berfutuwwah datang dari Nisyapur ke Nasa, di mana seseorang mengundangnya makan bersama sekelompok orang yang memiliki sifat futuwwah. Ketika mereka selesai makan, seorang budak perempuan datang untuk mencurahkan air untuk membasuh tangan mereka. Laki-laki dari isyapur itu menarik tangannya dan berkata, “Berdasarkan aturan futuwwah, tidaklah diperbolehkan seorang gadis mencurah air untuk laki-laki.” Tetapi seorang lainnya yang hadir di situ berkata, “Aku telah datang ke sini selama bertahun-tahun tanpa mengetahu apakah laki-laki atau wanita yang mencurahkan air untuk membasuh tangan kita.”

Mansur Al-Maghribi menuturkan, “Seseorang ingin menguji Nuh Al-Ayyar An-Nisaburi. Dia menjual kepada Nuh seorang budak perempuan yang diberi berpakaian laki-laki, dengan pernyataan tersirat bahawa budak itu adalah budak laki-laki. Budak itu mempunyai wajah cantik dan bersinar cemerlang. Nuh membelinya dengan fikiran bahawa budak itu laki-laki. Budak itu tinggal bersamanya selama berbulan-bulan. Seseorang bertanya kepadanya, “Apakah Nuh tahu bahawa engkau adalah seorang gadis?” Dia menjawab, “Tidak, dia belum pernah menyentuhku, kerana mengira bahawa aku laki-laki.”

Page 96: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dikatakan, seorang laki-lakiyang berfutuwwah diperintahkan menyerahkan seorang budak laki-laki miliknya kepada sultan, tapi dia menolak. Dia lalu dihukum dera seribu kali, tapi masih tetap menolak menyerahkan budaknya. Malam itu udara sangat dingin dan dia terkena junub. Setelah bangun, dia pun segera mandi dengan air yang sangat dingin. Seseorang mengatakan kepadanya, “Engkau mempertaruhkan nyawamu dengan mandi air sedingin ini.” Dia menjawab, “Aku malu kepada Allah SWT kerana aku rela menderita seribu pukulan cambuk demi seorang makhluk, tapi tidak bersedia menahan dinginnya mandi demi kerana-Nya.”

Sekelompok pemuda futuwwah pergi mengunjungi seorang laki-laki yang terkenal kerana futuwwahnya. Laki-laki itu menyuruh pelayannya membawa tilam makanan. Pelayan itu tidak mengerjakan perintahnya, maka orang itu lalu memanggilnya sekali lagi dan sekali lagi. Para tamu saling berpandangan dan berkata, “Ini tidak benar. Dalam aturan futuwwah, seseorang tidak boleh mengerjakan pelayan yang berulang kali menolak membentangkan tilam makan.” Laki-laki itu bertanya kepada pelayannya itu, “Mengapa begitu lama baru engkau mendatangkan tilam itu?” Si pelayan menjawab, “Ada seekor semut pada tilam itu. Tidaklah patut, menurut futuwwah, membentangkan tilam untuk para tamu yang satria manakala ada semut di atasnya; sebaliknya tidaklah benar pula mencampakkan semut dari kain tilam itu. Jadi, saya menunggu sampai semut itu merayap pergi sendiri.” Para tamu berkata kepada pelayan itu, “Engkau telah menunjukkan pemahaman yang tinggi. Engkau adalah pelayan yang patut melayani para satria.”

Suatu ketika ada seorang jemaah haji yang bermalam di Madinah. Dia mengira pundi-pundinya dicuri orang. Dia melihat Jaafar Ash-Shadiq dan memegang tangannya serta bertanya, “Apakah engkau yang mencuri pundi-pundiku?” Jaafar bertanya, “Apakah isi pundi-pundimu itu?” Laki-laki itu menjawab, “Wang sebanyak seribu dinar!” Jaafar lalu membawa laki-laki itu ke rumahnya dan memberinya wang seribu dinar. Laki-laki itu kembali ke tempatnya menginap, masuk ke kamarnya dan menemukan pundit-pundinya yang dikiranya hilang tadi. Maka dia pun lalu pergi menemui Jaafar Ash-Shadiq dan meminta maaf kepadanya serta mengembalikan wangnya. Tapi Jaafar menolak mengambil wangnya kembali dan berkata, “Saya tidak pernah menuntut kembali barang yang telah saya berikan.” Orang itu bertanya kepada seseorang yang ada di tempat itu, “Siapa laki-laki itu?” Yang ditanya menjawab, “Jaafar Ash-Shadiq.”

Diriwayatkan bahawa Syaqiq Al-Balkhi bertanya kepada Jaafar bin Muhammad (Ash-Shadiq) tentang futuwwah. Kata Jaafar, “Apa pendapatmu?” Syaqiq menjawab, “[Futuwwah adalah] jika diberi sesuatu, kita bersyukur dan jika tidak diberi, kita bersabar.” Jaafar berkata, “Anjing-anjing kita di Madinah juga begitu.”

Syaqiq bertanya, “Wahai cucu puteri Rasulullah, kalau begitu apakah futuwwah itu dalam pandangan anda?” Jaafar menjawab, “[Futuwwah adalah] jika kita diberi sesuatu, kita berikan kepada orang lain, dan jika tidak diberi kita bersyukur.”

Ketahuilah bahawa di antara tuntutan-tuntutan futuwwah itu adalah menyembunyikan cacat sahabatnya , khususnya cacat yang membuat musuhnya bersenang hati. Saya mendengar Abu Abdulrahman As-Sulami berulangkali mengatakan kepada An-Nasrabadhi, “ Ali si penyanyi minum-minum di malam hari dan siang harinya dia menghadiri pengajian anda.” An-Nasrabadhi tidak mempedulikan pengaduan ini sampai suatu hari beliau berjalan bersama orang yang mengadukan cacat Ali itu. Mereka mendapati Ali rebah di tanah dalam keadaan jelas mabuk. An-Nasrabadhi mulai membasuh mulut Ali. Orang yang menyertai beliau berkata, “Berapa kali saya telah menyatakan kepada

Page 97: Risalah Sufi Imam Qusyairi

syeikh tentang hal ini tanpa syeikh mahu mendengarkannya? Inilah Ali dalam keadaan yang telah saya ceritakan itu!” An-Nasrabadhi memandang kepadanya dan berkata, “Angkatlah dia di atas bahumu dan bawalah dia ke rumahnya.”

Al-Murta’isy mengabarkan, “Kami sekelompok bersama Abu hafs pergi menjenguk seorang yang sakit yang biasa kami jenguk. Abu Hafs bertanya kepada si sakit, “Apakah engkau ingin sembuh?” Dia menjawab, “Ya.” Maka Abu Hafs menyuruh para sahabatnya, “Tanggunglah bebannya.” Maka si sakit lalu bangkit dan berjalan bersama kami, dan kami semua lalu jatuh sakit dan dikunjungi orang-orang lain.”

Page 98: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 32: FIRASAT (FIRASAH)

ه� م)4 ل[ هو ه� ه) ن( ل* &a ذ ـ� هي ه#ا ه Tه م* هLٲ م�5 Hه� م��  

Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. (Al-Hijr: 75)

Dikatakan bahawa yang dimaksudkan dengan “orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda” adalah “orang-orang yang mempunyai firasat.”

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah saw memperingatkan, “Waspadalah terhadap firasat seorang beriman, sebab dia melihat dengan cahaya Allah SWT.”

Firasat sesuai dengan kekuatan iman: barangsiapa yang mempunyai iman yang kuat, maka firasatnya juga kuat.

Abu Sai’id Al-Kharraz berpendapat, “Seseorang yang melihat dengan cahaya firasat beerti melihat dengan cahaya Allah; inti pengetahuannya datang dari Allah, tidak bercampur dengan kealpaan ataupun kelalaian. Sungguh, ketentuan Allah mengalir melalui lidah si hamba.” Dengan perkataan, “dia melihat dengan cahaya Allah”, maksudnya adalah “dengan cahaya yang dianugerahkan Allah kepadanya.” Al-Wasiti menyatakan, “Firasat terdiri dari cahaya yang cemerlang dalam hati, yang membuat si ahli makrifat mampu membawa rahsia-rahsia dari satu alam ghaib ke alam ghaib lainnya, sedemikian rupa hingga dia dapat melihat hal-hal dengan cara di mana Allah memperlihatkannya kepadanya, hingga dia dapat berbicara tentang bahagian penciptaan yang paling dalam.”

Diriwayatkan bahawa Abul Hassan Ad-Dailami menuturkan, “Aku pergi ke Antakia kerana mendengar tentang seorang kulit hitam yang berbicara tentang hal-hal ghaib. Aku tinggal di sana sampai dia turun dari gunung Lukam. Dia membawa barang-barang halal yang dijualnya. Aku lapar kerana sudah dua hari tidak makan. Maka aku lalu bertanya kepadanya, “Berapa harganya ini?” Ku buat dia percaya bahawa aku akan membeli dagangannya. Dia berkata kepadaku, “Duduklah di situ, jika barang-barang ini sudah terjual aku akan memberimu wang yang dengannya engkau dapat membeli makanan.’ Maka aku lalu meninggalkan dia dan pergi ke pedagang lain untuk membuatnya mengira bahawa aku sedang menawar dagangannya. Kemudian aku kembali kepadanya dan berkata, “Jika engkau bermaksud untuk menjual barang ini, maka katakanlah kepadaku berapa harganya.” Dia menjawab, “Engkau sudah dua hari kelaparan. Duduklah. Jika barang ini telah terjual, aku akan memberimu wang untuk membeli sesuatu.” Maka aku pun duduk, dan ketika barangnya telah terjual, dia memberiku wang dan pergi. Aku mengikutinya dan dia berpaling kepadaku serta berkata,

“Jika engkau memerlukan sesuatu, mintalah kepada Allah. Tapi jika hawa nafsumu memperoleh sesuatu yang bukan keperluanmu, maka engkau tidak akan diberi [oleh-Nya].”

Al-Kattani menyatakan, “Firasat ertinya menyatakan kepastian dan melihat yang ghaib. Ia adalah salah satu tahap iman.” Dikatakan bahawa Asy-Syafi’i dan Muhammad bin Hassan sedang berada di Masjidil Haram ketika seseorang masuk ke masjid. Muhammad bin Al-Hassan berkata, “Aku punya firasat bahawa dia adalah seorang tukang kayu,” dan Asy-Syafi’i berkata, “Aku punya firasat bahawa dia adalah

Page 99: Risalah Sufi Imam Qusyairi

seorang tukang besi.” Ketika mereka bertanya kepada orang itu, dia menjawab, “Dahulu, aku pernah menjadi tukang besi, sekarang aku adalah tukang kayu.”

Yang memiliki anugerah yang lebih besar lagi dari ini (iaitu firasat) adalah para ahli makrifat. Allah SWT berfirman,

Hه ه[و Dه ن� ه; ن< ه� �Vه ه)ا م" ه� Uه ـ� ه� م8 ن* ٱ Hه ه)و ل( ه2 ه; ن< ه� �Vه ه)ا م" ه� ـ� ل4 م� ـ� "� ه Dه و� ه:و هVو م�8 ـ� ه* ه� Iم )� ه ٱ* Hم �qه م�� ل*5 �qع ذ ه�ا م6 و� ه:و هVو م ��ا ه م*( Bه هNو هي >� ه Xه jه ه�و ه� ه�� ه�ٱ* ه< ن8 �ه ن* ه�ٱ Uه ـ� ه� م8 ن* ٱ Iه )� ه ٱ* Iه ه4 م; ن' هي H�#ه a kه ه� م* Hه هVا ه�ا  

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (Ali-Imran: 79)

Yakni para ulama dan orang-orang bijak yang akhlaknya dibentuk menurut sifat-sifat Allah dalam ketaatan dan pengamalan.

Dalam satu riwayat disebutkan, “Abul Qasim sedang menderita sakit. Dia adalah seorang besar di kalangan syeikh di Nisyapur. Maka Abul Hasan Al-Busyanji dan Al-Hasan Al-Hadad pun pergi menjenguknya. Di tengah jalan mereka membeli sebutir epal dengan berhutang.Ketika mereka telah sampai ke rumah Abul Qasim, yang disebut kemudian ini bertanya, “Kegelapan apa gerangan yang meliputi engkau berdua ini?” Mereka lalu pergi keluar dan saling bertanya, kesalahan apa yang telah mereka lakukan. Mereka berifkir dan kemudian menyimpulkan, barangkali kesalahan itu adalah bahawa mereka belum membayar harga epal itu. Mereka pun lalu pergi kepada si penjual buah, membayar epal itu dan kembali ke rumah Abul Qasim. Ketika Abul Qasim melihat mereka, dia berkata, “Aneh sekali. Orang dapat keluar dari kegelapan begitu cepat. Ceritakanlah kepadaku apa yang telah engkau lakukan.” Ketika mereka telah menceritakan apa yang telah terjadi, Abul Qasim membenarkan, “Ya, masing-masing dari kamu berdua mengharapkan yang lain membayar epal itu, tapi malu memintanya. Jadi pembelian epal itu tidak tunai. Alasan pembelian epal itu adalah diriku, dan hanya aku saja yang melihat kegelapan itu padamu berdua.” Abul Qasim ini juga yang biasa pergi ke pasar setiap hari untuk berjualan. Apabila dia telah memperoleh keuntungan yang cukup baginya – antara seperenam hingga setengah dirham – maka dia akan pulang dan kembali ke kesibukannya yang utama, iaitu solat dan mengawasi hatinya.”

Al-Husain bin Manshur berpendapat, “Apabila Allah berkehendak untuk menaklukkan sebuah hati, maka Dia akan mengamanatkan rahsia-rahsia kepadanya yang kemudian difahaminya dan dimaklumkannya.”

Diceritakan bahawa Zakariya Asy-Syakhtani ada hubungan dengan seorang wanita sebelum dia bertaubat ke jalan sufi. Suatu ketika, setelah dia menjadi salah seorang murid terkemuka Abu Utsman Al-Hiri, dia berdiri di depan gurunya itu sambil berfikir tentang si wanita itu. Abu Utsman mengangkat dan memandangnya sambil bertanya: “Apakah engkau tidak merasa malu?”

Syeikh Abu Abdurrahman As-Sulami mengabarkan bahawa dia mendengar dauknya Abu Amr bin Nujaid berkata, “Syah Al-Kirmani memiliki firasat yang sangat tajam dan tidak pernah keliru. Beliau mengatakan, “Firasat akan selalu benar bagi orang yang merendahkan padangannya dari penglihatan yang haram, menahan dirinya dari keinginan hawa nafsu, membiasakan wujud batinnya dengan

Page 100: Risalah Sufi Imam Qusyairi

muraqabah diri yang terus-menerus, dan menyesuaikan wujud lahirnya dengan sunnah, dan membiasakan diri makan makanan yang halal sahaja.”

Abu Hasan An-Nuri ditanya, “Dari mana datangnya firasat manusia yang memilikinya?” Dia menjawab, “Dari firman Allah ini,

ه� م�ي م] ـ� ه[ ۥ Iه ه* و� ه2و Nه ه� 5Mم �Dه� م�� Iم م�4 ه& ن7 �ه ه: ه� ۥ Iه ه� ني ه�و ه[ �Lه م�ا ه�  

Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Al-Hijr: 29)

Ahmad bin ‘Ashim Al-Antaki mengajarkan, “Jika engkau berkawan dengan orang-orang yang tulus, maka berlaku tuluslah terhadap mereka, sebab mereka adalah mata-mata hati. Mereka masuk ke dalam hatimu dan meninggalkannya tanpa engkau sedari.” Abu Jaafar Al-Haddad berpendapat, “Firasat adalah kilasan pertama intuisi yang datang kepadamu, tidak disertai fikiran yang berlawanan. Jika suatu fikiran yang berlawanan datang menentangnya, maka ketahuilah bahawa [fikiran yang pertama] hanyalah fikiran sesat dan igauan fikiran semata-mata.”

Diceritakan bahawa Abu Abdullah Ar-Razi An-Nisaburi mengabarkan, “Ibn Al-Anbari menjahitkan sepotong jubah kapas untukku. Kulihat Asy-Syibli memakai sebuah serban yang sangat serasi dengan jubahku. Diam-diam aku menginginkan agar aku dapat memiliki jubah dan serban itu bersama-sama. Ketika Asy-Syibli meninggalkan kumpulan pengajiannya, dia berpaling kepadaku. Aku pun mengikutinya, sebab sudah menjadi kebiasaannya untuk berpaling kepadaku jika dia ingin agar aku mengikutnya. Ketika dia masuk ke rumahnya, aku mengikutnya. Disuruhnya aku melucutkan jubahku, yang kemudian dilipatnya. Setelah itu dilemparkan serbannya ke atasnya. Disuruhnya orang menyalakan api, lalu dibakarnya jubah dan serban itu.”

Abul Abbas bin Masruq menuturkan, “Ketika aku pergi menjenguk salah seorang sahabat kami yang sudah tua, kulihat dia tinggal di kawasan yang dhaif. Aku bertanya kepada driku sendiri, “Bagaimana orang tua ini mencari penghidupan?” Si orang tua itu lali berkata kepadaku, “Wahai Abul Abbas, campakkanlah gagasan keduaniaan itu. Allah memiliki kebaikan-kebaikan yang tersembunyi.”

Az-Zabidi mengabarkan, “Aku sedang berada di dalam sebuah masjid di Baghdad bersama sekelompok sufi; sudah berhari-hari kami tidak menerima sesuatu apa pun. Aku datang kepada Al-Khawwas untuk meminta sesuatu. Ketika pandangannya jatuh kepadaku, dia bertanya, “Keperluan yang membawamu ke sini ini diketahui oleh Allah atau tidak?” Aku menjawab, “Tentu saja Dia mengetahuinya.” Maka Al-khawwas pun memerintahkan, “Kalau begitu, jagalah ketenanganmu dan jangan perlihatkan keperluanmu kepada sesama makhluk.” Aku pun pergi, dan tidak lama kemudian kami diberi makanan yang melebihi keperluan kami.”

Dikatakan, “Abu Abdullah At-Turughandi, yang terkanal pada zamannya, pergi ke Thus. Ketika dia sampai di Kharw, dia menyuruh temannya, “Belilah sedikit roti.” Temannya itu pun membeli roti secukupnya untuk mereka berdua, tetapi Abu Abdullah berkata kepadanya, “Belilah lebih banyak lagi.” Temannya dengan sengaja membeli roti lagi cukup untuk sepuluh orang, seolah-olah dengan sengaja dia menganggap ucapan Abu Abdullah itu hanya kata-kata kosong. Ketika mereka sampai ke atas gunung, mereka bertemu dengan sekelompok orang yang telah diikat oleh penyamun. Kerana sudah agak lama

Page 101: Risalah Sufi Imam Qusyairi

mereka tidak menjamah makanan, mereka pun meminta makanan kepada mereka berdua. Abu Abdullah berkata, “Bentangkanlah safrah untuk mereka.”

Saya berada bersama Syeikh Imam Abu Ali ketika orang-orang yang hadir mulai berbicara tentang bagaimana Syeikh Abu Abdurrahman As-Sulami bangkit dari duduknya ketika acara sama’ (berdoa dengan muzik) seperti ahli sufi biasa yang hadir. Syeikh abu Ali berkata, “Seorang dengan kedudukan seperti dia takkan begitu! Tentu lebih elok baginya jka dia duduk tenang saja.” Kemudian beliau memerintahkan kepadaku: “Pergilah kepada As-Sulami. Engkau akan menemukannya sedang duduk di perpustakaannya. Di atas buku-buku [yang ada di situ] ada sebuah buku empat persegi kecil yang bewarna merah berisi puisi-puisi karya Al-Husain bin Mansur. Ambillah buku itu tanpa berkata apa pun kepadanya dan bawalah kepadaku. “

Waktu itu siang hari. Ketika saya pergi kepada As-Sulami, dia sedang berada di perpustakaannya, dan buku yang disebutkan Abu Ali ada di tempat yang beliau sebutkan. Ketika saya duduk, Syeikh Abu Abdurrahman As-Sulami mulai berbicara, “Suatu ketika ada seseorang yang mencela salah seorang ulama kerana perilakunya di dalam sama’. Orang yang sama ini pada suatu hari terlihat sendirian di rumahnya, menari berputar-putar seperti halnya orang yang sedang mengalami kebingungan.

Ketika seseorang bertanya kepadanya mengapa dia berlaku begitu, dia menjawab, “Aku menemui sebuah masalah yang membingungkan. Tiba-tiba penyelesaiannya diungkapkan kepadaku. Aku begitu gembira sehingga aku tidak dapat menguasai diriku dan mulai menari berputar-putar.” Mereka berkata tentang orang ini, “Seperti dengan kedudukan seperti dia bertindak seperti sufi biasa!” Ketika saya melihat apa yang diperintahkan oleh Syeikh Abu Ali kepada saya dan semuanya dalam keadaan seperti yang beliau gambarkan, maka saya menyedari apa yang dikatakan oleh Syeikh Abu Abdulrahman. Saya bingung dan bertanya dalam hati, “Apa yang harus kulakukan, dalam keadaan tersepit di antara mereka begini?” Saya berfikir-fikir dan memutuskan bahawa tidak ada cara lain selain kejujuran. Saya berkata: “Syeikh Abu Ali menggambarkan sebuah buku tertentu kepada saya dan menyuruh saya mengambilnya tanpa meminta izin kepada anda. Saya takut kepada anda [ dan tidak ingin menipu anda], tapi juga tidak mahu menentang beliau. Menurut anda, apa yang harus saya lakukan?” As-Sulami mengambil jilid keenam dari buku karangan Al-Husain di mana juga ada sebuah bab karangan dia sendiri yang diberi judul As-Sayhurfi Naqd Ad-Duhur dan berkata, “Bawalah ini kepadanya dan katakana, “Saya melihat buku ini, dan saya menyalin beberapa baris darinya ke dalam buku saya.” Maka saya pun pergi.

Al-Hasan Al-Haddad menuturkan, “Aku sedang berada bersama Abul Qasim Al-Munadi dan sekelompok sufi yang sedang menjadi tetamunya ketika dia menyuruhku pergi keluar dan mencarikan makanan untuk mereka. Aku merasa senang menerima tugas darinya untuk mencarikan makanan untuk para sufi itu, meskipun dia tahu aku adalah seorang yang sangat miskin. Aku membawa sebuah bakul besar dan pergi keluar. Di pertengahan jalan menuju ke Sayyar, aku berjumpa dengan seorang syeikh yang berpakaian sangat bagus. Aku mengucapkan salam kepadanya dan berkata, “Ada sekelompok sufi yang sedang berkumpul dekat sini. Mungkin anda punya sesuatu untuk diberikan kepada mereka?” Syeikh itu lalu menyuruh pelayannya membawa keluar persedian makanannya dan memberikan kepadaku sejumlah roti, daging dan anggur. Ketika aku kembali ke rumah Abul Qasim Al-Munadi, dia berseru kepadaku dari dalam rumahnya, “Kembalikan makanan itu ke tempat dari mana engkau memperolehnya.” Aku kembali dan meminta maaf kepada syeikh yang memberi makanan itu dan berkata, “Saya tidak dapat menemukan sufi-sufi itu. Mungkin mereka sudah pergi.”

Page 102: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ku kembalikan makanan itu kepadanya dan aku terus pergi ke pasar. Aku berhasil memperoleh sedikit makanan, yang segera ku bawa ke rumah Abul Qasim. Dia menyuruhku masuk ke dalam. Ketika aku menceritakan kepadanya semua yang telah terjadi, dia berkata, “Ya, itulah Ibnu Sayyar, seorang pecinta dunia yang dekat dengan penguasa. Kalau engkau mencari makanan untuk para sufi, carilah seperti ini, bukan seperti itu tadi.”

Abul Husain Al-Qarafi melaporkan, “Aku mengunjungi Abul Khair At-Tinati, dan ketika aku hendak berpisah dengannya, dia menghantarku sampai ke pintu masjid dan berkata, “Wahai Abul Husain, aku tahu engkau tidak membawa bekal, maka bawalah dua butir epal ini.” Kuterima epal itu, kumasukkan ke dalam sakuku, lalu aku berangkat. Tiga hari lamanya aku tidak memperoleh makanan, kerana itu ku ambil satu epal dan kumakan. Kemudian aku berfikir-fikir mahu memakan epal yang kedua, dan kudapati kedua epal itu masih berada di dalam saku bajuku. Aku terus memakan epal-epal itu, dan kedua epal it uterus muncul dalam sakuku sampai aku tiba di pintu gerbang kotaMosul. Aku berkata dalam hati, “Kedua epal ini telah merosakkan tawakkalku kepada Allah, kerana keduanya menjadi semacam bekal bagiku.” Maka untuk terakhir kalinya ku ambil kedua epal itu dan melihat sekitarku (untuk melihat apa yang harus ke lakukan dengan keduanya]. Kulihat seorang fakir memakai jubah sedang meratap, “Aduhai, seandainya aku punya epal.” Maka kuberikan kedua epal itu kepadanya. Ketika aku memikir-mikirkan masalah epal itu, terlintas dalam fikiranku bahawa Syeikh Abul Khair mungkin telah mengirim epal itu kepada orang ini, dan aku hanya menjadi perantara kebaikannya itu. Kucari orang fakir itu, tapi dia sudah lenyap.”

Abu Umar bin Alwan menuturkan, “Ada seorang pemuda di kalangan sahabat Al-Junaid yang mampu membaca fikiran orang. Al-Junaid lalu bertanya kepada pemuda itu, “Benarkah apa yang dikatakan orang tentang dirimu?” Pemuda itu lalu menyuruh Al-Junaid, “Berfikirlah tentang sesuatu.” Al-Junaid menjawab, “Aku telah melakukannya.” Pemuda itu berkata, “Anda memikirkan ‘anu’.” Al-Junaid berkata, “Bukan.” Pemuda itu meminta Al-Junaid mengulangi fikirannya dua kali lagi, dan setiap kali Al-Junaid mengatakan bahawa tekaan si pemuda salah. Si pemuda lalu berkata, “Aneh sekali, anda seorang yang jujur, dan saya juga yakin akan hati saya.” Al-Junaid mengakui, “Kamu memang benar ketika tiga kali kamu mengatakan apa yang sedang kufikirkan, tetapi aku ingin menguji apakah hatimu akan berubah atau tidak.”

Diriwayatkan tentang Anas bin Malik ra bahawa dia mengabarkan, “Aku datang kepada Utsman bin Affan ra setelah melihat seorang wanita di jalan. Aku telah menatap lama-lama pada wajahnya yang sangat cantk. Utsman berkata, “Salah seorang di antara kamu telah datang kepadaku hari ini dengan bekas-bekas zina di matanya.” Aku bertanya kepadanya, “Apakah mungkin ada wahyu setelah Rasulullah saw wafat?” Dia berkata, “Tidak, tapi ada kemampuan menilai , kearifan dan firasat yang benar.”

Abu Sa’id Al-Kharraz mengatakan, “Aku masuk ke Masjidil Haram di mana aku melihat seorang sufi yang memakai dua jubah, sedang mengemis kepada orang banyak. Aku berkata dalam hati, “Orang seperti ini merupakan beban bagi orang banyak.” Sufi itu melihat kepadaku dan berkata,

� ‌dه �Dه ه? Mن ه�ٱ ن< ه8 م9 �ه ه#�: ا5 م� ه�ا ه< ه( ن2 هي Iه )� ه ٱ* Hه� ه#� و� او ه) ه( ن6 ه�ٱ

ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya (Al-Baqarah:235)

Page 103: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Setelah aku minta maaf kepadanya di dalam hati, dia berkata,

Hه ه(و ه2 �ن ه; ه�ا ه< ه( ن2 هي ه� Gم ه#�ا ل4 ه�9 ٱ* م� ه6 و� ه�و ن2 هي ه� مdۦ qم ه�ا م6 ن� ه6 Cه ه" نو �� ه ٱ* هل ه� Nن هي م?ى *� ه ٱ هو �ه ه�  

Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan. (Ash-Shura: 25)

Muhammad bin Daud menuturkan,“Suatu ketika kami sedang berada bersama Al-Jurairi, dia bertanya, “Adakah di antaramu orang yang Allah SWT akan memberitahu kepadanya apabila Dia bermaksud memunculkan kejadian besar di sebuah negeri, sebelum kejadian itu terjadi?” Kami menjawab, “Tidak.” Dia berkata, “Menangislah kerana hati yang belum pernah mengalami sesuatu dari Allah SWT.”

Ibrahim Al-Khawwas mengabarkan, “Aku pergi ke padang pasir, di mana aku mengalami banyak cubaan. Ketika aku berhasil menyeberanginya dan sampai di Makkah, aku agak merasa bangga [bahawa aku dapat sampai dengan selamat]. Seorang wanita tua berseru kepadaku, “Wahai Ibrahim, aku ada bersamamu ketika engkau di padang pasir, tetapi aku tidak berbicara kepadamu kerana takut kalau-kalau aku mengganggu keadaan batinmu. Sekarang, campakkanlah fikiran-fikiranmu yang buruk itu.”

Dikhabarkan bahawa meskipun al-Farghani biasa pergi setiap tahun untuk menunaikan ibadah haji, dia melewati Nisyapur tanpa menjenguk Abu Utsman Al-Hiri. Dia menjelaskan, “Suatu ketika aku pergi menjenguknya dan memberi salam kepadanya, tetapi dia tidak membalas salamku. Aku bertanya kepadanya, “Seorang Muslim datang menemui seorang Muslim lainnya dan mengucapkan salam tanpa memperoleh balasan?” Abu Utsman menjawab, “[Bagaimana pendapatmu tentang] orang yang melakukan ibadah haji, meninggalkan ibunya dan tidak memperlakukannya dengan penuh hormat?” Mendengarkan ucapan itu, aku kembali ke Farghana dan tinggal di sanamenemani ibuku sampai dia meninggal. Kemudian aku pergi kepada Abu Utsman, dan ketika aku masuk ke rumahnya, dia menerimaku dan menyuruhku duduk.” Setelah itu, Al-Farghani tinggal bersamanya terus-menerus. Dia meminta agar ditugaskan merawat kuda Abu Utsman, yang menjadi pekerjaannya sampai Abu Utsman wafat.

Muhammad bin Al-husain Al-Bistami mengabarkan, “Ketika aku pergi menjenguk Abu Utsman Al-Maghribi, aku berkata dalam hati, “Barangkali dia ingin kalau aku membawa ole-ole untuknya.” [Ketika aku sampai dirumahnya], Abu Utsman berkata, “Orang-orang tidak cukup merasa puas bahawa aku menerima pemberian mereka. Mereka ingin agar aku minta diberi.”

Salah seorang sufi menuturkan, “Aku sedang berada di Baghdad. Terfikir olehku bahawa Al-Murta’isy akan datang kepadaku dengan membawa wang 15 dirham hingga aku dapat membeli bekas makanan, tali dan sandal untuk kugunakan pergi ke padang pasir. Kemdian, kudengar pintu diketuk orang. Aku membukanya, dan kulihat Al-Murta’isy ada di situ, membawa sebuah pundit-pundi kain. Dia memerintahkan, “Ambillah ini.” Aku berkata, “Wahai Syeikh, saya tidak menginginkannya.” Dia bertanya, “Jadi, mengapa engkau mengganggu aku? Berapa wang yang kau inginkan?” Aku menjawab, “15 dirham”. Dia berkata, “Inilah wang itu, 15 dirham.”

Page 104: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Salah seorang sufi mengatakan bahawa firman Allah,

Hه ه(و ه) ن2 هي و� ه:و هVا ه�ا ه� مي �م ـ� ه8 ن( م* ه� لي ه� Tه م* ه?ٲ Vه ه3ا‌� ن� ل� ta ذ Dم ه7ا م" sه ن4 ه* م& ـ� ه) ه( ه�� ٱ* م�5 ۥ Iه ه( Yه �� ه ه)� Vه م ��ا ه ٱ* م�5 مIۦ م" 5kم ن) هي �Dع ذ ه:و ۥ Iه ه* ه�ا ن( ه2 ه� ه� Iه ـ� ه� ن4 ه4 Mن ه#ا ه� ع�ا ذ ن4 ه� Hه هVا ه�� ه� ه#�  

Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat). (Al-Anaam: 122)

bermakna, “Orang yang akalnya telah mati dan kemudian Allah memberinya hidup baru dengan cahaya firasat dan yang kepadanya Allah memberi cahaya pengungkapan dan kesaksian, tidaklah sama dengan orang yang berjalan dalam keadaan lalai di tengah-tengah manusia yang lalai pula.”

Dikatakan, “Jika firasat seseorang bagus, beerti dia telah naik ke tahap syahadah (‘menyaksikan’).

Abul Abbas bin Masruq mengabarkan, “Seorang tua yang biasa berbicara tentang tasawwuf secara menawan datang kepada kami. Dia berbicara dengan menyenangkan dan pendapat-pendapatnya juga istimewa. Dalam salah satu pembicaraannya, dia menyuruh kami, “Katakanlah kepadaku apa yang ada dalam fikiran kamu.” Fikiranku mengatakan bahawa dia adalah yahudi. Fikiran itu seakan-akan merupakan peringatan yang mendesak, maka aku pun mengungkapkannya kepada Al-Jurairi. Ungkapanku itu membuat perasaannya tertekan, tetapi aku menegaskan, “Aku tidak punya pilihan lain keuali mengatakan kepada orang ini.”. Maka aku pun berkata kepadanya, “Engkau menyuruh kamu mengatakan kepadamu apa pun yang ada dalam fikiran kamu. Fikiranku mengatakan bahwa engkau adalah seorang yahudi.” Sesaat dia menundukkan kepalanya, lalu mengangkatnya, dan mengaku, “Engkau benar, tapi aku sekarang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu adalah utusan-Nya.” Kemudian dia menjelaskan, “Aku telah menempuh jalan semua gama, dan aku berkata dalam hati, “Jika orang-orang ini [yakni kaum Muslimin] mempunyai kebenaran, maka kebenaran itu pasti ada pada sufi-sufi ini.” Maka aku lalu bergaul dengan kamu untuk menguji kamu.” Dia kemudian menjada Muslim yang sangat baik.”

Diriwayatkan bahawa dahulu As-Sari suka mendorong Al-Junaid agar berceramah kepada orang banyak. Al-Junaid mengakui, “Aku merasa takut berbicara di depan orang banyak, kerana ragu apakah aku patut melakukannya. Pada suatu malam Jumaat aku bermimpi bertemu dengan Nabi saw. Beliau memerintahkan kepadaku: “Berkhutbahlah kepada orang banyak.” Aku terbangun lalu pergi ke rumah As-Sari sebelum dia bangun, dan mengetuk pintu. Dia bertanya, “Engkau tidak percaya kepadaku, hingga Nabi sendiri yang mengatakan kepadamu?” Pagi itu Al-Junaid duduk di depan orang ramai di masjid, dan tersebarlah khabar bahawa Al-Junaid sedang berceramah. Salah seorang pemuda Kristian yang menyamar datang kepada Junaid dan bertanya, “Katakanlah kepadaku wahai syeikh, apa makna perkataan Rasulullah: ‘Waspadalah terhadap firasat orang mukmin kerana dia melihatd engan cahaya Allah?” Al-Junaid menundukkan kepalanya, kemudian mengangkatnya dan berkata, “Masuklah ke dalam Islam. Saat keislamanmu telah tiba.” Si pemuda Kristian itu pun masuk Islam.

Page 105: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 33: AKHLAK (KHULUQ)

>a ذ م�4 ه6 la ه( ه= ـ5 ه( ه2 ه* Tه :� ه م�� ه�  

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam: 4)

Diriwayatkan oleh Anas bahawa seseorang bertanya kepada Nabi saw, “Wahai Rasulullah, siapakah di antara orang-orang beriman yang paling sempurna imannya?” Beliau menjawab, “Iaitu mereka yang paling baik akhlaknya.”

Al-Wasiti menyatakan, “Allah menggambarkan beliau sebagai berakhlak mulia sebab beliau mengorbankan dunia dan akhiratnya, dan merasa puas dengan Allah SWT.” Dia juga mengatakan, “Akhlak yang mulia beerti orang tidak bertengkar dengan orang lain, tidak pula dia diperselisihkan oleh mereka kerana dia memiliki pengetahuan batin yang sempurna mengenai Allah SWT.”

Al-Hussain bin Mansur menjelaskan, “Akhlak yang mulia adalah bahawa kekasaran orang lain tidak mempengaruhi dirimu apabila engkau telah mencurahkan perhatianmu pada Tuhan.” Abu Sa’id Al-Kharraz mengatakan, “Akhlak yang mulia beerti engkau tidak punya cita-cita selain Allah SWT.” Al-Kattani menegaskan, “Tasawwuf adalah akhlak. Barangsiapa yang melebihimu dalam akhlak, beerti telah melebihimu dalam tasawwuf.

Dikatakan, apabila Ibnu Umar melihat salah seorang budaknya melaksanakan solat dengan baik, dia akan memerdekakannya. Budak-budaknya semua tahu akan hal itu, dan mereka mengerjakan solat dengan baik hanya supaya dilihat olehnya. Sekalipun begitu, dia masih tetap memerdekakan mereka. Ketika seseorang mengkritik tindakannya itu, dia berkata, “Manakala seseorang mahu menipu kami demi kerana Allah, maka kami akan membiarkan diri kami ditipu demi kerana-Nya.”

Dalam pendapatnya, Al-Harits Al-Muhasibi mengatakan, “Kita akan merasa rugi jika kita kehilangan tiga hal: penampilan yang bagus digabung dengan kesantunan, kata-kata yang diucapkan dengan baik digabung dengan pendapat yang dipercayai, dan persaudaraan yang kuat digabung dengan kesetiaan.”

Abdullah bin Muhammad Ar-Razi menyatakan, “Akhlak beerti memandang remeh apa pun yang darimu kepada Allah dan memandang besar apa pun yang datang kepadamu daripada-Nya.”

Al-Ahnaf ditanya, “Siapa yang mengajarkan akhlak kepadamu?” Dia menjawab, “Qais bin Ashim Al-Munaqqari.” Orang itu bertanya lagi, “Bagaimana akhlaknya?” Al-Ahnaf menuturkan, “Suatu keika dia sedang duduk-duduk dirumahnya ketika seorang budak perempuan masuk dengan membawa tusuk daging yang sedang membara. Benda itu jatuh menimpa salah seorang anaknya, dan kemudian meninggal dunia. Budak itu sangat berduka. Qais mengatakan kepadanya, “Jangan khuatir. Engkau kumerdekakan, kerana Allah.”

Syah Al-Kirmani menuturkan, “Satu tanda akhlak yang baik adalah bahawa engkau tidak merugikan orang lain, dan menanggung dengan rela kerugian yang mereka timpakan kepadamu.”

Page 106: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Rasulullah saw berkata, “Engkau tidak akan dapat memberikan kebahagian dengan hartamu, kerananya berilah kebahagian dengan wajah yang manis dan akhlak yang baik.”

Dzun Nun ditanya, “Siapakah orang yang banyak cemas?” Dia menjawab, “Orang yang pling buruk akhlaknya.” Wahb menegaskan, “Jika seorang hamba mengamalkan akhlak mulia selama 40 hari, Allah akan menjadikan akhlak yang mulia itu sebagai sifat bawaan baginya.”

Ketika menafsirkan firman Allah,

ن ل� Aه ه� Tه ه" ه4ا Xم ه�  

Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (Al-Mudathsir: 4)

Al-Hasan Al-Bashri menjelaskan bahawa ayat ini beerti, “Dan akhlakmu, hendaklah engkau perindahkan.”

Seorang sufi memiliki seekor domba betina. Ketika dia menemukan domba itu, salah satu kakinya terpotong, dia bertanya, “Siapa yang melakukan ini?” Salah seorang budaknya menjawab, “Saya.” Ketika ditanya mengapa dia melakukan hal itu, si budak menjawab, “Untuk membuat tuan bersedih kerananya.” Sufi itu menjawab, “Itu tidak terjadi, tapi aku merasa sakit dengan tindakanmu itu. Pergilah, engkau kumerdekakan.”

Dikatakan bahawa Uwais Al-Qarni biasa dilemparkan batu oleh sekumpulan kanak-kanak apabila mereka melihatnya. Kerana itu dia mengatakan kepada mereka, “Jika kalian memang hasrus membalingku, gunakanlah batu yang kecil agar kakiku tidak terluka, yang akan mencegahku melakukan solat.” Suatu ketika seorang laki-laki mengikut Al-Ahnaf bin Qais dan menghinanya. Ketika Al-Ahnaf sampai dekat lingkungan kediamannya sendiri, dia berhentu dan menasihati orang itu, “Wahai anak muda, jika engkau masih punya kata-kata untuk diucapkan, katakanlah sekarang sebelum salah seorang dekat sini mendengarmu dan menjawab kata-katamu.”

Diceritakan suatu ketika Ali bin Abi Thalib berulang-kali memanggil salah seorang budaknya, tetapi si budak tidak menjawab. Ketika beliau datang melihat budak itu dan menemukannya sedang duduk-duduk bersandar di tembok, beliau bertanya, “Apakah engkau tidak mendengar panggilanku?” Dia menjawab, “Ya. Saya mendengar.” Beliau bertanya, “Jadi mengapa engkau tidak datang?” Si budak menjawab, “Saya merasa aman dari hukuman tuan, jadi saya malas.” Ali berkata kepadanya, “Pergilah, engkau kubebaskan kerana Allah.”

Pencuri-pencuri memasuki rumah Syeikh Abu Abdurrahman As-Sulami dan mencuri segala sesuatu miliknya. Salah seorang sahabat kami mendengar syeikh tersebut menuturkan, “Suatu hari, aku melewati pasar dan kulihat jubahku sedang dilelong, tapi aku berpaling jauh tanpa menaruh perhatian sedikit pun padanya.”

Ketika Abu Hafs ditanya tentang akhlak, dia mengatakan, “Akhlak adalah pilihan Allah SWT untuk Nabi saw ketika Dia memerintahkan,

ه� م(4 م� ـ� ه] ن* ٱ م� ه6 ن~ م ن6 ه#� ه� vم ن ه2 ن* م"ٱ ن ه� �# ن ه� هو �ن ه2 ن* ٱ م? ه=

Page 107: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya). (Al-A'raf: 199)

Dikatakan bahawa Abu Dzar membiarkan untanya minum di sebuah besen air ketika tiba-tiba seorang laki-laki melanggarnya. Besen air itu pecah. Abu Dzar duduk, kemudian dia berbaring. Ketika seseorang bertanya kepadanya mengapa dia berbuat begitu, dia menjawab, “Rasulullah saw mengatakan kepada kami bahawa jika seseorang merasa marah, hendaklah dia duduk sampai marahnya reda. Jika tidak reda juga, hendaklah dia berbaring.

Tertulis di dalam kitab Injil, “Hamba-Ku, ingatlah kepada-Ku ketika engkau sedang marah. Maka Aku akan mengingatmu ketika Aku marah.”

Luqman berkata kepada anaknya, “Ada 3 macam orang yang hanya dapat dikenal pada 3 kesempatan: seorang penyabar ketika dia marah, seorang pemberani ketika di saat perang, dan seorang saudara saat diperlukan.”

Musa as berkata, “Ya tuhanku, aku memohon kepada-Mu agar menghindarkan perkataan-perkataan palsu tentang diriku.” Allah mewahyukan kepadanya, “Aku tidak pernah melakukan hal itu untuk diri-Ku.Bagaimana Aku dapat melakukannya untukmu?”

Yahya bin Ziyad Al-Haritsi mempunyai seorang budak yang sangat lembab. Seseorang bertanya kepadanya, “Mengapa engkau masih tetap memeliharanya?” Dia menjawab, “Agar aku dapat belajar bersabar.”

a ذ م�4 ه�� Ua ذ ـ� ه� Vم ه ا ه� ع�ى ذ �ه ه ا ه� >a ذ ن( م6 م ن4 ه% م" Iم )� ه ٱ* م�5 Bه م� ـ� ه] هي ه�� م ��ا ه ٱ* ه� م� ه� � ‌Cع ذ ه� uم ه"ا ه� jع ذ ه م� ـ� ه� ۥ Iه ه) ه2 م: ن< ه8 ن4 ه( ه6 ه� ه� ن[ ه#� ه� م~ Dن ه#ا ن ٱ م�5 ه�ا ه� Gم هوٲ ـ� ه) ه�9 ٱ* م�5 ��ا ه ه8< ه* ه ه�7 ه[ Iه )� ه ٱ* Hه� ه#� و� ن� ه ه; ن< ه* ه#�  

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. (Luqman: 20)

mempunyai makna bahawa “lahir” beerti pembentukan bentuk fizikal manusia, dan “batin” ertinya mensucikan akhlak manusia. Al-Fudhail berpendapat, “Aku lebih suka mempunyai teman seorang penjahat yang penuh dosa tapi akhlaknya baik daripada seorang saleh yang akhlaknya buruk.” Dikatakan, “Akhlak yang baik beerti menanggung penderitaan dengan penuh kegembiraan.”

Diceritakan bahawa Ibrahim bin Adham pergi ke salah satu padang pasir yang luas. Seorang tentera yang dijumpainya disitu bertanya, “Di mana kampong yang paling dekat dari sini?” Ibrahim menunjuk ke kuburan. Tentera itu lalu memukul kepalanya hingga berdarah. Ketika akhirnya dia melepaskan Ibrahim, seseorang mengatakan kepadanya, “Itu adalah Ibrahim bin Adham, sufi dari Khurasan.” Tentera itu lalu meminta maaf kepada Ibrahim. Ibrahim berkata , “Ketika engkau memukulku, aku berdoa kepada Allah SWT agar memasukkanmu ke dalam syurga.” Tentera itu bertanya, “Mengapa?” Ibrahim menjawab, “Sebab aku tahu bahawa aku akan memperoleh pahala kerana pukulan-pukulanmu. Aku tidak ingin nasib baikku menjadi baik dengan kerugianmu, dan perhitungan amalmu menjadi buruk kerana aku.”

Page 108: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dikatakan bahawa Abu Utsman sedang menyeberangi jalan di tengah hari ketika seseorang di atas atap menumpahkan setimba abu ke atas kepalanya. Kawan-kawannya menjadi marah dan mulai berteriak kepada orang yang menumpahkan abu itu. Abu Utsman berkata,

“Jangan mengatakan apa-apa. Orang yang layak memperoleh neraka, tapi hanya terkena abu saja tidak punya hak untuk marah.”

Diceritakan bahawa Abdullah si tukang jahit mempunyai pelanggan seorang Majusi. Orang itu biasa membayarnya dengan wang dirham palsu dan Abdullah menerima saja wang palsu itu. Suatu hari orang Majusi itu datang untuk mengambil pakaian pesanannya dan mencuba membayarnya dengan dirham-driham palsu, tetapi pembantu Abdullah menolak menerimanya. Akhirnya si Majusi itu membayar dengan wang dirham asli. Ketika Abdullah kembali, dia bertnya, “Di mana pakaian pesanan orang Majusi itu?” Si pembantu menceritakan apa yang telah terjadi. Abdullah memarahinya. Katanya, “Engkau telah melakukan kesalahan besar. Selama beberapa waktu, kami telah melakukan perniagaan dengan caranya itu, dan aku berabar sahaja. Dirham-dirham palsu itu biasanya kulemparkan ke dalam telaga agar dia tidak menipu orang lain dengannya.”

Dikatakan, “Akhlak yang buruk menyempitkan hati kerana ia tidak memberikan ruang bagi apa pun selain hawa nafsunya sendiri, dan hati menjadi sebuah ruangan sempit yang hanya muat bagi pemiliknya.” Dikatakan pula, “Akhlak yang baik beerti bahawa engkau tidak peduli siapa pun yang berdiri di sebelahmu dalam shaf ketika solat.” Dikatakan juga, “Satu tanda keburukan akhlak seseorang adalah bahawa dia memusatkan perhatiannya pada keburukan akhlak orang lain.”

Rasulullah saw ditanya, “Apakah yang disebut celaka itu?” Beliau menjawab, “Akhlak yang buruk.” Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa seseorang mengatakan kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar membinasakan orang-orang musyrik itu!” Beliau menjawab, “Aku diutus sebagai rahmat; aku tidak diutus sebagai penghukum.”

Page 109: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 34: KEMURAHAN HATI (JUD WA SAKHA’)

Diriwayatkan oleh Aisyah ra bahawa Rasulullah saw menyatakan, “Orang-orang yang pemurah dekat dengan Allah SWT, dekat dengan manusia, dekat dengan syurga, dan jauh dari neraka. Orang yang pemurah sekalipun jahil lebih disukai oleh Allah daripada orang yang gemar beribadat tetapi kikir.”

Inti kemurahan hati adalah bahawa dalam mengorbankan sesuatu, orang tidak merasakan perasaan tertekan.

Dikalangan sufi, sakha’ adalah langkah pertama, disusul oleh jud. Selajutnya memberikan tanpa mementingkan diri sendiri. Orang yang memberikan setengah dari hartanya dan menahan setengahnya lagi untuk dirinya meperlihatkan sifat sakha’. Orang yang memberikan sebahagian besar hartanya dan hanya menyisakan sedikit untuk dirinya sendiri memperlihatkan sifat jud. Orang yang masih berada dalam keadaan yang sangat memerlukan tetapi masih mengutamakan keperluan orang lain dengan memberikan miliknya yang hanya sedikit memperlihatkan sifat itsar (mementingkan orang lain daripada dirinya sendiri.)

Asma’ binti Kharijah mengatakan, “Aku tidak mahu menolak seseorang yang datang meminta kepadaku. Jika dia seorang yang terhormat, aku memberinya untuk menjaga kehormatannya. Jika dia seorang bawahan, dia membuatku mampu menjaga kehormatanku sendiri.”

Dikatakan bahawa Muwarriq Al-Ijli dahulu pintar sekali dalam cara-cara menunjukkan kebaikan budi kepada sahabat-sahabat rapatnya. Dia biasa meninggalkan wang seribu dirham pada mereka dan berkata, “Tolong jaga wang ini sampai aku kembali.” Kemudian, dia menulissurat kepada mereka: “Wanga itu boleh kamu ambil.”

Ketika seseorang dari Manbij bertemu dengan orang dari Madinah, berkata dia kepada orang Madinah tersebut, "Seorang laki-laki dari kotaanda, bernama Hakam bin Abdul Muthalib datang kepada kami dan membuat kami kaya raya.” Orang Madinah itu bertanya, “Bagaimana mungkin? Dia datang kepada anda tanpa membawa apa-apa selain sehelai jubah bulu domba pada tubuhnya!” Orang Manbij itu menjawab, "Dia tidak menjadikan kami kaya wang. Dia mengajarkan kepada kami kemurahan hati. Dengan begitu kami lalu saling memberi satu sama lain hingga kami tidak lagi merasa miskin.”

Semua barang-barang Ali bin Al-Fudhail dibelinya dari penjaja-penjaja dekat rumahnya. Seseorang berkata, “Engkau dapat menjimatkan wang jika engkau mahu pergi ke pasar.” Dia menjawab, “Penjaja-penjaja ini telah datang ke rumah kita dengan harapan dapat menyediakan jasa kepada kita.”

Seorang laki-laki mengirimkan seorang budak perempuan kepada Jabalah yang sedang bersama sahabat-sahabatnya. Dia lalu berkata, “Akan sangat buruk sekali jika aku menerima budak ini sementara anda semua ada di sini. Saya juga tidak ingin mengistimewakan salah seorang dari anda dengan memberikannya kepadanya, sedangkan anda semuanya mempunyai hak atas budak itu dan juga atas pernghormatan saya. Budak ini tidak dapat dibahagi-bahagikan di antara anda sekalian.” (Jumlah sahabatnya itu ada lapan puluh orang). Akhirnya dia memerintahkan agar didatangkan seorang budak perempuan atau laki-laki untuk setiap sahabatnya itu.

Kerana merasa haus, ‘Ubaidullah bin Abi Bakrah meminta air di rumah seorang wanita. Wanita itu mengisi sebuah cawan untuknya dan berdiri di belakang pintu, dan berkata, “Mundurlah dari pintu dan

Page 110: Risalah Sufi Imam Qusyairi

suruhlah salah seorang budakmu untuk mengambil cawan ini dariku, kerana aku adalah seorang wanita arab [ dan ingin menjaga sopan santun], dan budakku telah meninggal dua hari yang lalu.” ‘Ubaidullah meminum air itu lalu mengatakan kepada budaknya, “Ambilkan wang sepuluh ribu dirham untuknya.” Wanita itu berseru, “Na’udzubillah, engkau menghina aku?” Mendengar ucapan wanita itu, ‘Ubaidullah berkata kepadanya, “Ambil dua puluh ribu untuknya.” Wanita itu berkata, “Berdoalah kepada Allah untuk kesihatanmu.” ‘Ubaidullah berkata lagi, “Ambilkan tiga puluh ribu untuknya.” Saat itu si wanita menutup pintu rumahnya dan berteriak: “Engkau benar-benar memalukan.” Tapi ‘Ubaidullah berhasil memberikan kepadanya wang tiga puluh ribu dirham itu, yang juga diterimanya. Menjelang malam, jumlah pelamarnya telah menjadi berlipat kali ganda.

Dikatakan, “Kemurahan hati beerti bertindak pada saat munculnya kecenderungan yang pertama. Saya mendengar salah seorang sahabat Abul Hasan al-Bunsyanji menuturkan, “Abul Hasan Al-Bunsyanji sedang berada di dalam tandas. Dia memanggil salah seorang muridnya dan memerintahkan , “Ambillah baju ini dariku dan berikannya kepada si fulan.” Seseorang bertanya kepadanya, “Tidak dapatkah anda menunggu sampai anda keluar dari tandas?” Dia menjawab, “Aku tidak yakin apakah aku tidak berubah fikiran dan tidak jadi memberikan baju itu.”

Qais bin Saad bin Ubadah ditanya, “Pernahkah engkau melihat orang yang lebih pemurah dari dirimu sendiri?” Dia menjawab tegas, “Ya. Pernah kami berhenti di padang pasir di rumah seorang wanita. Suaminya pulang, dan dia berkata kepadanya, “Engkau punya tetamu.” Maka, suaminya itu lalu mengambil seekor unta, menyembelihkannya, dan memberitahu: “Ini untuk saudara semua.” Keesokan harinya dia mengambil seekor unta lagi dan mengatakan, “Ini untuk saudara.” Kami keberatan, “Tapi unta yang saudara sembelih semalam itu baru kami makan sedikit saja.” Dia menjawab, “Saya tidak pernah menyajikan daging basi kepada tetamu saya.” Kami tinggal di rumah orang itu selama dua atau tiga hari lagi sementara hujan terus turun, dan dia terus melakukan hal yang sama. Ketika mahu berangkat, kami tinggalkan wang seratus dinar untuknya dan berkata kepada isterinya, “Mintalah maaf untuk kami kepada suamimu.” Lalu kami berangkat meneruskan perjalanan. Pada tengah hari orang itu datang menyusul kami dan berteriak-teriak. “Berhenti wahai gerombolan jahat! Kamu semua mahu membayar keramah-tamahanku?” Lalu dia memaksa kami[mengambil kembali wang kami] dan mengatakan, “Anda mengambilnya kembali, atau saya tusuk anda dengan tombak saya ini!” Wang itu kami ambil kembali dan kami pun terus melanjutkan perjalanan.” Kemudian orang itu bersyair:

Jika kau ambil kembali pahala atas apa yang telah kuberikan,Maka biarlah kehinaan menjadi balasan yang adil bagi si pemenang.

Saya mendengar Syeikh Abu Abdurrahman As-Sulami menuturkan, “Abu Abdullah Ar-Rudzbari berkunjung ke rumah salah seorang sahabatnya. Tiada seorang pun yang ada di rumah itu dan pintu masuk rumah itu dikunci. Dia berkata, “Orang ini seorang sufi, tapi dia mengunci rumahnya? Pecahkan saja kuncinya.” Maka mereka pun memecahkan kunci rumah itu. Diperintahkannya mereka membawa barang-barang yang ditemukan di tanah dan di rumah itu ke pasar, menjualnya dan mengambil upah pekerjaan mereka itu dari wang harga barang-barang itu. Kemudian dia dan para sahabanya itu menunggu di rumah itu. Ketika si empunya rumah datang, dia tidak dapat berbicara apa-apa. Setelah itu isterinya pun masuk, dengan memakai mantel (baju luar). Dilemparkannya matel itu dengan berucap, “Wahai para sahabat, ini juga sebahagian milik duniawi kami, maka juallah juga ia.” Suaminya bertanya kepadanya, “Mengapa engkau lebih suka menderita seperti ini?” Dia menjawab, “Diamlah! Bagaimana kita dapat bersungut terhadap seorang syeikh seperti ini, yang menghormati kita dengan memperlakukan kita dengan keakraban dan yang melaksanakan urusan-urusan kita?”

Page 111: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dikatakan, ketika Qais bin Saas bin ‘Ubadah jatuh sakit, teman-temannya tidak datang menjenguknya, kerana itu dia bertanya tentang mereka. Seseorang mengabarkan, “Mereka malu kerana hutang-hutang mereka kepadamu.” Dia berteriak, “Semoga Allah melaknat wang yang mencegah seorang saudara mengunjungi saudaranya!” Dia lalu mengirim seorang utusan untuk memaklumkan bahawa barangsiapa mempunyai hutang kepadanya, hutang itu dihapuskan. Malam itu ambang pintu rumahnya rosak kerana ramainya orang-orang yang datang mengunjunginya.

Dikatakan kepada Abdullah bin Jaafar, “Engkau memberi dengan murah hati jika diminta, tetapi engkau bersungut, meskipun sedikit, jika ditentang.” Dia menjawab, “Aku memberikan hartaku dengan murah hati, tetapi aku bersungut dengan fikiranku.”

Diceritakan bahawa Abdullah bin Jaafar pergi menengok salah satu kebunnya di kampung. Di tengah perjalanan, dia berhenti di sebuah kebun kurma di mana seorang budak hitam sedang bekerja. Ketika si budak itu mengeluarkan bekal makanannya, seekor anjing masuk ke kebun itu dan mendatanginya. Budak itu lalu melemparkan sepotong roti dan sepotong lagi roti kepada anjing itu, yang terus memakannya. Abdullah bin Jaafar, yang melihat hal itu, bertanya kepada si budak, “Wahai budak, berapa banyak makanan yang kau terima setiap hari?” Dia menjawab, “Seperti yang anda lihat tadi.” Abdullah bertanya, “Jadi mengapa kau berikan makananmu kepada anjing itu, bukannya kau makan sendiri?” Si budak menjelaskan, “Di tempat ini tidak ada anjing. Anjing itu telah datang dari jauh dalam keadaan lapar, dan saya tidak mahu mengusirnya.” Abdullah bertanya lagi, “Bagaimana kau makan hari ini?” Si budak menjawab, “Saya telah berlapar sahaja hari ini.” Abdullah berkata, “Aku telah dicela orang kerana dianggap terlalu pemurah! Ternyata budak ini lebih pemurah dariku.” Maka dia lalu membeli kebun kurma itu, budak itu, alat-alat kerjanya, kemudian memerdekakan budak itu, dan memberikan kebun itu kepadanya.

Diceritakan bahawa seorang laki-laki mengunjungi seorang sahabatnnya dan mengetuk pintu rumah sahabatnya. Si sahabat bertanya kepadanya, “Ada apa?” Orang itu menjawab, “Aku punya hutang sebanyak empat ratus dirham yang memberatkan hatiku.” Maka si sahabat lalu mengambil wang empat ratus dirham dan memberikannya kepada orang itu. Setelah itu dia masuk ke dalam dan menangis. Isterinya bertanya kepadanya, “Mengapa engkau tidak mengajukan alasan kepadanya jika kau tahu bahawa perginya wang itu akan menimbulkan kesulitan bagimu?” Suaminya menjawab, “[Bukan itu sebabnya aku menangis]. Aku menangis kerana aku tidak melihat musibah yang menimpanya sehingga ia terpaksa memberitahu kepadaku.”

Mutharrif bin Asy-Syikhkhir mengajarkan, “Apabila salah seorang diantaramu memerlukan sesuatu dariku, hendaklah dia menyampaikannya melalui pesanan bertulis, sebab aku tidak suka melihat hinanya keperluan di wajah seseorang.”

Diceritakan bahawa seseorang ingin membuat jenaka terhadap Abdullah bin Abbas. Dia menjemput orang-orang terkemuka di kota dan mengatakan kepada mereka bahawa Abdullah telah mengundang mereka ke rumahnya untk makan tengah hari. Mereka pun pergi ke rumah Abdullah, dan perkarangan rumahnya penuh dengan mereka. Abdullah bertanya, “Ada apa ini? Seseorang memberitahukan kepadanya apa yang telah terjadi.

Dengan segera Abdullah menyuruh orang untuk membeli buah-buahan dan roti serta memasak makanan. Semuanya itu dikerjakan tepat pada watunya. Ketika semua makanan telah habis dimakan, dia bertanya kepada para penasihtanya, “Apakah mungkin bagiku untuk menyediakan makanan begini

Page 112: Risalah Sufi Imam Qusyairi

banyaknya setiap hari?” Mereka menjawab, “Ya.” Maka Abdullah pun mengatakan, “Kalau begtu, biarlah semua orang ini menjadi tetamuku setiap hari.”

Saya mendengar Syeikh abu Abdurrahman As-Sulami menuturkan, “Ketika Syeikh Abu Sahl As-Su’luki sedang berwudhu di perkarangannya, seorang laki-laki datang meminta sedekah. Abu Sahl tidak membawa apa-apa, maka dia lalu berkata, “Tunggu sampai aku selesai.” Orang itu pun menunggu. Setelah Abu Sahl selesai, dia berkata kepada orang it, “ambillah botol minyak wangi ini, dan pergilah.” Orang itu mengambil botol itu lalu pergi. Abu Sahl menunggu sampai dia yakin orang itu sudah pergi jauh; kemudian dia berteriak, “Adaorang mencuri sebotol minyak wangi!” Orang-orang itu pun mengejar “si pencuri” tetapi tidak dapat menangkapnya. Abu Sahl berbuat demikian kerana isterina sering mencelanya kerana sifat permurahnya yang keterlaluan.

Saya juga mendengar Syeikh Abu Abdurrahman As-Sulami mengabarkan, “Syeikh Abu Syeikh Abu Sahl memberikan jubahnya kepada seorang laki-laki pada suatu musim dingin. Kerana beliau tidak mempunyai jubah yang lain lagi, maka beliau memakai jubah perempuan jika beliau pergi mengajar. Suatu delegasi ulama-ulama terkenal yang terdiri dari wakil-wakil dari setiap bidang ilmu datang dari Fars. Delegasi tersebut tergolong dari para fukaha terkemuka, ahli teologi, dan ahli tatabahasa. Panglima tentera, yakni Abul Hasan , memerintahkan Abu Sahl untuk menyambut kedatangan mereka. Beliau mengenakan pakaian luar dengan jubah perempuan yang dipakainya, lalu menaiki kenderaannya. Sang panlima berkata, “Dia menghinaku dihadapan seluruh penduduk kota, dengan berkenderaan memakai jubah perempuan [di depan umum]!” Tetapi Abu Sahl kemudian berdebat dengan seluruh anggota delegasi tersebut, dan penguasaan ilmu beliau terbuktu mengungguli penguasaan ilmu mereka di semua bidang.”

Saya juga mendengar Syeikh Abu Abdurrahman As-Sulami mengabarkan, “Syeikh Abu Sahl tidak pernah memberikan sedekah kepada siapa pun dengan tangannya sendiri. Sedekah tu dilemparkan ke tanah agar diambil orang yang memerlukannya, dan berkata, “Dunia ini begitu kecil nilainya hingga, disebabkan olehnya, aku tidak mahu melihat tanganku berada di atas tangan orang lain.”

Tetapi Nabi saw telah mengatakan, “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.”

Seorang laki-laki meminta sedikit sedekah kepada Al-Hasan bin Ali bin Abi thalib ra. Maka beliau lalu memberi orang itu wang sebanyak 50 ribu dirham dan 500 dinar. Beliau menyuruh orang itu mencari kuli [untuk mengangkut wang itu]. Maka orang itu pun lalu mencari kuli. Al-Hasan lalu memberikan kepadanya selendang sambil berkata, “Upah kuli itu, ku tanggung juga.”

Ketika seorang wanita meminta semangkuk madu kepada Al-Laits bin Sa’id, dia menyuruh orang membawa sebekas penuh madu kepada wanita itu. Seseorang mengkritiknya atas tindakannya itu, dan dia menjawab,

“Dia meminta sesuai dengan keperluannya, dan aku memberi sesuai dengan kemampuanku.”

Salah seorang sufi menuturkan, “Saya solat subuh di masjid Al-Asy’ats di Kufah, kerana saya sedang mencari salah seorang yang berhutang kepada saya. Ketika saya selesai solat, seseorang meletakkan satu sut pakaian dan sepasang sandal di hadapan setiap orang yang ada di masjid itu, termasuk saya. Saya bertanya, “Apa ini?” Orang-orang menjawab, “Al-Asy’ats telah kembali dari Makkah, dan beliau menyuruh hal ini dilakukan kepada seluruh jemaah masjid ini.” Saya berkata, “Tapi saya orang luar. Saya

Page 113: Risalah Sufi Imam Qusyairi

hanya datang ke kota ini untuk mencari salah seorang yang berhutang kepada saya.” Mereka berkata, “Hadiah ini untuk semua yang hadir.”

Diceritakan bahawa menjelang saat kematiannya, Asy-Syafi’i memerintahkan, “Katakanlah kepada si fulan agar memandikan jasadku [setelah aku mati].” Tapi orang yang dimaksud tidak ada di situ. Ketika dia datang [setelah pemakaman], kepadanya dikatakan tentang pesan Asy-Syafi’i tersebut. Maka dia lalu meminta lihat catatan As-Syafi’i, dan dia menemukan bahawa Asy-Syafi’i punya hutang sebanyak 70 ribu dirham. Orang itu kemudiannya menyelesaikan hutang itu dan berkata, “Inilah tugasku memandikan beliau.”

Diceritakan bahawa keika Asy-Syafi’i kembali ke Makkah dari San’a, beliau membawa wang sepuluh ribu dinar. Seseorang mengatakan kepada beliau, “Anda harus membeli sedikit harta dengan wang itu.” Mendegarkan itu, beliau lalu memasang sebuah khemah di luar kotaMakkah dan mencurahkan dinar-dinar tersebut. Setiap orang yang datang ke khemah beliau diberi segengam wang. Ketika hari telah siang, beliau berdiri dan mengibas-ngibaskan jubahnya, dan ternyata tidak sekeping wang pun lagi yang tertinggal.

Diceritakan bahawa As-Sari pergi keluar pada suatu hari raya, dan bertemu dengan seorang penting. Tapi As-Sari hanya melihat sekilas saja kepadanya. Seseorang berkata, “Itu orang penting!” Dia menjawab, “Aku tahu siapa dia. Tetapi telah dituturkan bahawa apabila dua orang muslim berjumpa, maka 100 bahagian rahmat Allah dibahagikan kepada mereka berdua: 99 bahagian kepada orang yang lebih bergembira di antara mereka berdua. Aku ingin agar dia memperoleh bahagian yang lebih besar.”

Diceritakan bahawa suatu hari amirul mukminin Ali bin Abi Thalib ra sedang menangis. Seseorang bertanya kepada beliau, “Apa yang membuat anda menangis?” Beliau menjawab, “Tak seorang pun tamu yang datang kepadaku selama 7 hari ini. Aku takut kalau-kalau Allah telah memarahiku.”

Dikatakan bahawa Anas bin Malik ra mengatakan, “Zakatnya rumah adalah bahawa hendaknya sebuah bilik disediakan di dalamnya untuk tetamu.”

Ibrahim bin Al-Junaid menuturkan, “Ada 4 perbuatan yang tidak boleh dihindari oleh seseorang, hatta sekalipun dia seorang bangsawan: beridiri dari tempat duduknya untuk ayahnya, melayani tamunya, melayani seorang ulama yang darinya dia telah belajar, dan bertanya tentang apa yang tidak diketahuinya.”

Abdullah bin Mubarak berkata, “Manahan jiwa dengan penuh kemurahan hati dari hawa nafsu terhadap milik orang lain lebih baik dari kemurahan hati jiwa dalam memberikan milik sendiri.”

Salah seorang sufi mengabarkan, “Pada suatu hari yang sangat dingin aku pergi kepada Bisyr Al-Hariths. Dia elah menanggalkan sebahagian dari pakaiannya, dan menggigil kesejukan. Aku bertanya kepadanya, “Wahai Abu Nashr, orang lain mengenakan pakaian tambahan pada hari seperti ini. Mengapa anda berpakaian begitu tipis?” Dia menjawab, “Aku ingat kepada orang-orang miskin dan keadaan mereka, dan aku tidak punya apa-apa untuk diberikan kepada mereka. Maka aku ingin menderita kesejukan seperti mana mereka.

Ad-Daqqaq menyatakan, “Kemurahan hati bukanlah jika orang kaya memberi kepada orang miskin. Kemurahan sejati adalah jika orang miskin memberi kepada orang kaya.”

Page 114: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 35: CEMBURU (GHIRAH)

Hه ه)و ه( ن2 ه; ه ا ه�ا Iم )� ه ٱ* ه(5 ه6 و� ه*و هNو ه; H�#ه ه� ع�ا ذ ـ� Aه ن( ه[ مIۦ م" Bن Pل ه� هي ن< ه* ه�ا Iم )� ه م"ٱ* و� هVو م kن ه; H�#ه ه� lل �ه ن* ٱ م ن4 ه% م" ه5 ن% ه� ن* ه�ٱ ه< Xن م�ا ن ه�ٱ ه� Aه ه" ه�ا ه� ه3ا ن� م� ه ه� ه� ه�ا ه� Mم هوٲ �ه ن* ٱ ه5 ل" Dه ه_ � ه Mه ه)ا :� ه م�� نل ه-  

Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, samada yang nyata atau yang tersembunyi dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Al-A'raf: 33)

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah saw telah menyatakan, “Tidak ada yang lebih pencemburu daripada Allah SWT. Salah satu tanda cemburu-Nya adalah bahawa Dia melarang perbuatan yang keji, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi.” Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw telah berkata, “Allah itu pencemburu. Cemburunya Allah adalah sifat yang muncul bilamana seorang hamba yang beriman melakukan apa yang telah dilarang-Nya.”

Diceritakan bahawa ketika ayat;

�Dع ذ ه�و ن9 �� ه ع"ا ذ ه]ا Mم jم ه م= ه#ا ن م"ٱ Hه ه�و م� ن' هي ه ا ه� م?ي *� ه ٱ ه� ن4 ه" ه� Tه ه� ن4 ه" ه�ا ن( ه2 ه� Hه ه.� ن Nه ن* ٱ Gه �# ن ه ه- �Lه م�� ه�  

Dan apabila engkau membaca Al-Quran (wahai Muhammad), Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu. (Al-Isra: 45)

dibacakan di hadapan As-Sari, dia bertanya, “Tahukah kamu dinding apa itu? Itu adalah dinding cemburu. Tidak ada yang lebih pencemburu daripada Allah SWT.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengatakan, “Allah telah mengikatkan beban pada kaki orang-orang lalai dan malas dalam beribadah kepada-Nya. Dia menempatkan mereka secara khusus pada jarak yang jauh dari-Nya dan menjadikan mereka merosot lagi dari kedudukan yang dekat [dengan-Nya]. Kerana itu, ibadah mereka kepada-Nya tidak sempurna.”

Al-Abbas Az-Zawzani mengatakan, “Aku dianugerahkan kebaikan dalam permulaan perjalanan kerohanianku. Aku mengetahui apa yang masih tersisa antaraku dan tujuanku. Pada suatu malam aku bermimpi jatuh dari puncak gunung yang ingin kucapai. Aku sangat sedih. Kemudian aku tertidur lagi, dan mendengar sebuah suara mengatakan, “Wahai Abbas, Allah tidak mengkehendaki engkau mencapai tujuan yang kau usahakan. Tetapi Dia telah membawakan hikmah kepada lidahmu.” Aku terbangun, dan sungguh, aku telah dianugerahkan ilham ucapan-ucapan yang penuh hikmah.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, “Suatu ketika ada seorang syeikh yang mengalami keadaan-keadaan dan saat-saat bersama Allah. Setelah itu dia tidak kelihatan untuk beberapa lama dan tidak terlihat di antara ahli sufi. Ketika dia muncul kembali dalam keadaan yang lebih rendah dari sebelumnya, mereka bertanya kepadanya apa yang telah terjadi. Dia menjawab, “Ah, sebuah tabir telah turun.”

Apabila sesuatu terjadi selama acara merasuki hati mereka yang hadir, Syeikh Abu Ali biasa berkata, “Ini adalah kecemburuan Allah. Dia tidak mengkehendaki mereka mengalami kekhidmatan yang menteteramkan dari saat ini.” Dalam hal ini, ahli sufi suka membacakan syair berikut:

Page 115: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dia bertekad datang kepada kami, tapi dia lalu menatap cermin,Dan, ah, dia pun tertawan oleh keindahan wajahnya sendiri.

Salah seorang sufi ditanya, “Apakah engkau ingin melihat-nya?” Dia menjawab, "Tidak." Orang-orang bertanya, “Mengapa?” Dia menjawab, “Keindahan yang begitu agung berada di atas jangkauan tatapan manusia seperti aku.” Tentang hal ini, para sufi bersyair:

Aku iri kepada mataku yang memandangmu,Hingga kutundukkan ia ketika aku melihatmu,

Melihat engkau mempamerkan keindahan-keindahan dirimu –Yang membuat aku begitu gelisah,

Membuat aku cemburu terhadapmu, keranamu.

Asy-Syibli pernah ditanya, “Bilakah engkau berhenti [dari cemburu]?” Dia menjawab, “Jika kudapati bahawa tidak ada lagi orang yang berdzikir kepada-Nya.”

Sebahagian orang berpendapat, “Cemburu adalah sifat orang-orang yang masih berada pada tahap awal perjalanan kerohanian. Orang yang sudah mencapai hakikat tauhid tidaklah mengalami cemburu. Dia tidak dapat dikatakan mempunyai pilihan dana berbagai masalah, tidak pula dia memiliki ikatan atas apa yang terjadi di atas muka bumi. Allah SWT –lah yang menentukan segala sesuatu.”

Abu Utsman Al-Maghribi menyatakan, “Cemburu ada pada para pencari, bukan para mereka yang telah mencapai hakikat kebenaran.” Asy-Syibli menjelaskan, “Ada dua macam jenis cemburu: cemburunya manusia satu sama lain, dan cemburunya Allah terhadap hati manusia.” Dia juga menegaskan, “Cemburunya Allah menyangkut nafas manusia, kalau-kalau nafas itu dihabiskan untuk selain Allah.”

Sesungguhnya ada dua macam cemburu. Cemburunya Allah kepada manusia, ertinya Dia mengingkari dan cemburu jika dia menghamba kepada sesama manusia, dan cemburunya hamba terhadap Tuhan beerti penolakkannya untuk mengabdikan keadaan-keadaan atau nafasnya kepada selain Allah. Kita tidak boleh mengatakan, “Aku cemburu kepada Allah,” tapi hendaklah mengatakan, “Aku cemburu demi Allah.” Cemburu kepada Allah SWT adalah kebodohan dan mingkin dapat membawa kepada kesesatan dari agama. Tetapi cemburu demi Allah melahirkan pengabdian yang lebih murni dalam amal-amal kebaikan dan dalam menjaga hak-hak-Nya atas manusia.

Ketahuilah, cara Allah berurusan dengan wali-wali-nya adalah jika mereka menemukan kepuasan pada selain Allah, mendengarkan kepada selain Allah, atau memperbolehkan yang selain Allah untuk bersemayam di hati mereka, maka hal itu akan menimbulkan kegelisahan dalam hati mereka. Dia begitu cemburu akan hati mereka hingga Dia mengembalikan mereka kepada Diri-Nya sendiri, dalam keadaan kosong dari semua hal lain yang memberikan kepuasan kepada mereka, kosong dari semua yang mereka perbolehkan bersemayam di hati mereka. Inilah yang berlaku kepada Adam as. Ketika dia menerima dalam hatinya gagasan hidup abadi di syurga, dia pun diusir dari syurga. Ini juga berlaku kepada Ibrahim as. Ketika dia sangat menaruh cinta kepada puteranya, Ismail, Allah memerintahkan kepadanya untuk mengorbankan Ismail agar dia hilang dari hatinya. Tetapi,

>a ذ م�4 ه6 |a ن" م? م" Iه ـ� ه� ني ه� ه� ه�  ه� مي م= ه#ا ن ٱ م�5 Iم ن4 ه( ه6 ه�ا Vن ه ه; ه�

Page 116: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (107) Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. (As-Saaffat: 108)

dan Ibrahim telah menscuikan batinnya dari terpaut kepada anaknya, maka Allah lalu memerintahkan kepadanya untuk mengganti pengorbanan Ismail dengan seekor domba.

Muhammad bin Hasan menuturkan, “Suatu waktu, ketika aku sedang mengembara di pergunungan Lebanon, seorang pemuda datang kepadaku. Tubuhnya telah terbakar oleh badai pasir dan angin. Ketika dia melihatku, dia berpaling dan lari. Aku mengikutinya dan berkata, “Berilah aku sepatah kata nasihat.” Dia menjawab, “Waspadalah, kerana Dia pencemburu. Dia tidak mahu menemukan sesuatu selain Diri-nya dalam hati hamba-hamba-Nya.”

An-Nasrabadhi menyatakan, "Allah SWT adalah pencemburu. Salah satu tanda cemburunya adalah bahawa Dia tidak menjadikan jalan menuju Diri-Nya selain dari Diri-Nya sendiri."

Diriwayatkan bahawa Allah SWT menyampaikan wahyu kepada salah seorang nabi-Nya, “Si fulan memerlukan Aku dan Aku pun memerlukannya. Jika dia memenuhi keperluan-Ku, Aku pun akan memenuhi keperluannya.” Nabi tersebut bertanya, “Wahai Tuhanku, bagaimana Engkau memerlukan sesuatu?” Allah menjawab, “Dia telah menemukan kepuasan dalam selain Aku. Jika dia mengosongkan hatinya darinya, maka Aku akan memenuhi keperluannya.”

Diceritakan bahawa Abu Yazid Al-Bustami bermimpi melihat sekelompok bidadari. Dia memandang mereka dengan penuh kecintaan. Setelah malam itu, keadaan [hubungan]nya dengan Allah mengalami kesuraman. Kemudian dia bermimpi melihat mereka lagi. Tapi kali ini dia tidak memandang kepada mereka, dan berkata, “Kamu semua menyimpangkan perhatianku!”

Dikatakan bahawa Rabiah al-Adawiyah jatuh sakit pada suatu hari, dan seseorang bertanya tentang sebab sakitnya. Dia menjawab, “Kerana aku memalingkan hatiku ke syurga, maka Allah menghukumku. Sekarang Dia telah redha denganku. Aku tidak akan melakukannya lagi.”

Diceritakan bahawa salah seorang anak Abu Bakr Asy-Syibli yang bernama Abul Hasan meninggal dunia. Sebagai tanda berkabung, ibunya memotong seluruh rambutnya. Asy-Syibli pergi ke bilik mandi dan mencukur janggutnya hingga licin. Setiap orang yang datang untuk mengucapkan dukacita bertanya, “Apa yang telah engkau lakukan wahai Abu Bakr?” Dia menjawab, “Aku mengikuti contoh yang diberikan isteriku.” Salah seorang dari mereka bertanya, “Katakanlah kepadaku, wahai Abu Bakr, mengapa engkau melakukan hal ini.” Dia menjawab, “Aku tahu bahawa orang-orang akan datang untuk menyatakan takziah dengan menyebut nama Allah secara sembarangan dengan mengatakan, ‘semoga Allah memberikan ganti kepadamu’. Aku mengorbankan janggutku untuk menebus kesembarangan mereka dalam menyebut-nyebut nama Allah SWT.”

Ketika An-Nuri mendengar seseorang menyerukan azan, dia berteriak, “Bohong dan racun!” Sebaliknya ketika dia mendengar seekor anjing menggonggong, dia berkata, “Aku sedia melayanimu!” Seseorang berpendapat, “Ini adalah bidaah! Dia mengatakan mengatakan kepada seorang beriman yang bersaksi atas tauhid ‘bohong dan racun’, sementara dia mengatakan, ‘aku sedia melayanimu’ kepada anjing yang menggonggong!” Ketika ditanya alasan ucapannya itu, An-Nuri menjelaskan, “Tindakan orang yang

Page 117: Risalah Sufi Imam Qusyairi

menyebut-nyebut nama Allah adalah secara sembarangan, sedangkan anjing itu, Allah SWT telah berfirman,

�Dع ذ ه�و Fه ع)ا م(4 Mه Hه هVا ۥ Iه :� ه م�� � ن<‌ ه� �ه م�4 ن9 ه; Hه ه�و Nه �ن ه; ه� ا م�8 ـ� ه* ه� مdۦ م� ن) �ه م" ه| ل� ه9 هي ه� ا م�� .a ن5 cه ل�� Hم�� ه� � ‌�� ه م3 م�4 ه�� ه� ه~ Dن ه#ا ن ه�ٱ ه\ ه�9ن� ٱ* Gه هوٲ ـ� ه) ه�9 ٱ* Iه ه* ه| ل� ه9 ه;  Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Isra: 44)

Suatu ketika Asy-Syibli menyerukan azan. Ketika selesai mengucapkan dia kalimah syahadah, [Asyhadu an-laa ilaaha illa Allah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah] dia mengatakan, “Seandainya Engkau tidak memerintahkan aku mengatakan begitu, nescaya aku tidak akan menyebutkan yang lain bersama dengan-Mu.”

Suatu ketika seorang mendengar seorang yang lainnya berseru, “Maha Suci Allah!” Dia menjawab, “Ah seandainya saja engkau menganggap Dia terlalu suci untuk digunakan nama-Nya dengan sembarangan.”

Abul Hasan Al-Khazafani berkata, “[Aku mengatakan] Tidak ada Tuhan selain Allah dari hatiku, sedangkan [aku mengatakan] Muhammad adalah utusan Allah dari telingaku [kerana aku telah disuruh mengatakan begitu].” Orang yang hanya melihat perkataan ini pada permukaannya saja akan menyangka bahawa dia telah menghina syariat. Tapi sesungguhnya tidaklah demikian. Sebab, menjunjung tinggi selain Allah sementara menyedari akan kuasa-Nya, itu sendiri adalah penghinaan.

Page 118: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 36: KEWALIAN

Diriwayatkan oleh Aisyah ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "Allah SWT berfirman, 'Barangsiapa yang menyakiti seorang wali, bererti telah memaklumkan perang terhadap-Ku melawan dia. Seorang hamba dapat mendekatkan diri kepada-Ku dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang telah Ku-perintahkan kepadanya. Dia sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah sampai Aku men'cintainya. Tidak pernah Aku merasa ragu-ragu melakukan sesuatu seperti keraguanku mencabut nyawa seorang hamba-Ku yang beriman, kerana dia tidak menyukai kematian dan Aku tidak suka menyakiti hatinya; tetapi maut itu adalah sesuatu yang tidak dapat dihindari."

Kata wali (orang suci) mempunyai dua erti. Yang pertama berasal dari pola fa'il (pelaku) dalam pengertian pasif. Ertinya, Allah SWT mengambil alih urusan-urusan (yatawalla) si wali sebagaimana telah difirmankan oleh-Nya,

ه� 4�م م( ـ� ه�! ٱ* 5*� ه هو ه� هي هو �ه ه� � ‌Uه ـ� ه� م8 ن* ٱ Bه P� ه ه: م?ى *� ه ٱ Iه )� ه ٱ* ه5 ل� ـ م* ه� H� ه م��

Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dialah jua Yang Menolong dan Memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan (Al-A'raf: 196)

Dia tidak menugaskannya mengurusi dirinya sendiri hatta untuk sesaat pun. Allah-lah yang mengurusi dirinya. Erti yang kedua berasal dari pola fa'il dalam pengertian intensif aktif. Ini berlaku pada ordng yang secara aktif melaksanakan ibadah kepada Allah dan mematuhi-Nya sedemikian rupa hingga amal ibadahnya terus menerus bersusulan tanpa diselangi kemaksiatan.

Kedua erti ini mesti ada pada seorang wali untuk dapat dianggap sebagai wali sejati. Pelaksanaan hak-hak Tuhan atas dirinya mesti dilaksanakan sepenuhnya sementara perlindungan dan pemeliharaan Tuhan, di waktu senang mahupun susah, juga mesti ada.

Salah satu syarat seorang wali adalah bahawa Allah melindunginya [dari mengulangi dosa-dosa besar], seperti halnya salah satu syarat seorang nabi adalah bahawa dia terjaga [dari segala dosa]. Siapa pun yang berbuat dengan cara yang menyimpang hukum-hukum Allah bererti menipu diri sendiri.

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, "Abu Yazid Al-Bisthami berangkat untuk mencari seseorang yang oleh orang.-orang lain digambarkan sebagai seorang wali. Ketika Abu Yazid sampai ke masjid orang tersebut, dia lalu duduk dan menunggu orang tersebut keluar, Orang itu pun keluar setelah meludah di dalam masjid. Melihat itu Abu Yazid pun pergi begitu saja tanpa memberi salam kepadanya, dan berkata, 'Inilah orang yang tidak dapat dipercaya untuk melaksanakan perilaku yang benar seperti dinyatakan dalam hukum Allah. Bagaimana mungkin dia dapat diandaikan untuk menjaga rahsia-rahsia Allah?"'

Terdapat ketidak sepakatan di kalangan kaum sufi mengenai apakah diperbolehkan bagi seseorang untuk menyedari bahawa dirinya adalah seorang wali atau bukan. Sebahagian mereka mengatakan, "Hal itu tidak dibolehkan. Sang wali [mesti] memandang dirinya dengan penuh hina. Jika suatu karamah terjadi terhadap dirinya, dia [harus] merasa takut kalau-kah hal itu merupakan istidraj (yakni pemanjaan kerana kebencian), dan dia [mesti] sentiasa merasa takut kalau-kalau keadaan akhirnya berlawanan dengn keadaannya sekarang.")

Page 119: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Para Sufi yang berpendapat seperti ini mengatakan bahawa sikap setia kepada kewalian sampai saat terakhir hidup sang wali adalah bahagian dari kewalian. Banyak cerita yang menuturkan tentang para syeikh sufi mengenai hal ini. Di antara mereka yang setuju dengan pendapat ini, dan pernah saya temui, adalah Imam Abu Bakr bin Furak; akan tetapi, sebahagian sufi mengatakan, “Boleh saja seorang wali mengetahui bahawa dirinya adalah wali, dan kesetiaan pada kewalian sampai akhir hayat sang wali bukanlah syarat untuk mencapai darjat kewalian di saat ini.

Ibrahim bin Adham pernah bertanya ke seseorang, "Apakah engkau ingin menjadi wali Allah?” Dia menjawab, 'Ya.' Ibrahim lalu berkata, “Kalau begitu, janganlah engkau menginginkan harta kekayaan duniawi ataupun ukhrawi. Kosongkanlah dirimu untuk Allah SWT. Palingkanlah mukamu kepada-Nya, agar Dia berpaling kepadamu dan menjadikanmu wali-Nya.”

Yahya bin Muadz menggambarkan para wali sebagai berikut, "Mereka itu adalah hamba-hamba berpakaian keakraban dengan Allah SWT setelah mengalami penderitaan, dan yang memperoleh istirehat setelah berjuang ketika mencapai tahap kewalian."

Abu Yazid mengatakan, wali-wali Allah adalah pengantin-pengantin-Nya, dan tidak seorang pun boleh melihat para pengantin selain mereka termasuk dalam keluarganya. Mereka ditabiri dalam ruang khusus di hadirat-Nya oleh keakraban. Tidak seorang pun yang melihat mereka, baik di dunia ini mahupun di akhirat."

Saya mendengar Abu Bakr As-Saidalani, yang adalah seorang saleh, menuturkan,

"Suatu ketika aku berulangkali memperbaiki batu nisan makam Abu Bakr At-Tamastani di pekuburan Al-Hira dan mengukir namanya pada nisan itu. Setiap kali aku selesai memperbaikinya, batu nisan itu digali dan dicuri orang, meskipun makam-makam yang lain tidak diganggu. Kerana bingung menghadapi hal ini, aku bertanya kepada Abu Ali Ad-Daqqaq, yang lalu menjelaskan kepadaku, "Syeikh itu lebih suka tidak dikenal orang di dunia ini, tapi engkau ingin memberinya batu nisan yang akan menghebahkan kenangan kepadanya. Allah SWT menentukan bahawa kuburannya tetap tersembunyi sebagaimana keadaan dirinya yang lebih disukainya waktu hidupnya."

Abu Utsman mengatakan, "Seorang wali mungkin termasyhur ke mana-mana, namun dia tidak akan tergoda oleh kemasyhurannya itu." An-Nasrabadhi berpendapat, "Para wali tidak mengajukan tuntutan; mereka [secara lahiriah] lemah dan tidak terkenal." Dia juga mengatakan, "Langkah terjauh para wali adalah langkah pertama para nabi."

Sahl bin Abdullah mengatakan, "Perbuatan para wali selamanya sesuai dengan hukum syariat." Yahya bin Muadz menyatakan, "Seorang wali berbuat sesuatu demi memperoleh persetujuan manusia, tidak pula dia munafik." Betapa sedikitnya sahabat-sahabat seseorang yang berwatak seperti itu! Abu Ali Al-Juzjani mengatakan, "Seorang wali berpindah-pindah dalam keadaannya namun tetap dalam penyaksian akan Allah SWT. Allah mengambil alih urusan-urusannya hingga, dengan pengarahan itu, cahaya datang kepadanya tanpa gangguan. Dia tidak tahu apa-apa tentang dirinya sendiri, dia mencari kenyamanan hanya pada Allah."

Abu Yazid mengabarkan, "Jumlah para wali yang sudah ditentukan berasal dari empat nama Allah. Masing-masing kelompok wali berbuat sesuai dengan salah satu nama tersebut: Al-Awwal (Yang Terdahulu), Al-Akhir (Yang Akhir), Azh-Zhahir (Yang Lahir) dan Al-Bathin (Yang Bathin). Manakala seorang

Page 120: Risalah Sufi Imam Qusyairi

wali berlalu dari nama-nama tersebut setelah diliputi dengannya, dia disempurnakan. Wali yang keadaannya berasal dari nama Allah Azh-Zhahir akan menyaksikan cahaya Ilahi [yang bersinar] di dalam batin tiap-tiap sesuatu. Wali yang keadaannya berasal dari Al-Awwal disibukkan dengan masa lampau. Wali yang namanya berasal dari Al-Akhir berhubungan dengan masa yang akan datang. Masing-masing diberi penzahiran nama-nama tersebut menurut kemampuannya, kecuali [wali] yang telah dipilih oleh Allah dan dipelihara untuk Diri-Nya"

Kata-kata Abu Yazid ini menunjukkan kelompok terpilih di antara hamba-hamba Allah darjatnya lebih tinggi dari bahagian-bahagian ini, tidak hanya sibuk dengan masa depan, ataupun dipengaruhi oleh apa pun yang menimpa diri mereka. Demikian keadaan mereka yang telah mencapai hakekat; mereka terhapus dari sifat-sifat makhluk.

Yahya bin Muadz mengatakan, "Seorang wali adalah tanaman harum yang ditanam Allah di bumi. Kaum Shadiqin (orang-orang yang menetapi kebenaran) menghirup baunya hingga dia merasa rindu kepada Tuhannya. Kemudian mereka meningkatkan ibadah mereka sesuai dengan sifat-sifat mereka yang berbeza.

Al-Wasiti ditanya, "Bagaimana seorang wali dibesarkan dalam kewaliannya?" Dia menjawab', “Pada awalnya dia dibesarkan dengan ibadahnya. Untuk mencapai kematangannya, dia dibesarkan dengan tindakan Allah yang menabirinya dalam luthf (kasih-sayang-Nya). Kemudian Dia mengembalikannya ke dalam sifat-sifatnya yang terdahulu; dan akhirnya Dia menjadikannya menikmati hasilnya dengan diberi rezeki oleh-Nya setiap waktu."

Dikatakan, "Ada tiga –tanda wali: dia sibuk dengan Allah, dia lari kepada Allah dan dia memberi perhatian hanya dengan Allah”.

Al-Kharraz berkata' "Jika Allah berkehendak mengangkat salah seorang hamba-Nya menjadi wali, maka Dia akan membuka baginya pintu gerbang dzikir kepada-Nya. Jika dia telah merasakan manisnya dzikir, maka Dia akan membukakan baginya pintu kedekatan. Kemudian diangkat-Nya dia ke kelompok yang akrab dengan-Nya. Kemudian ditempatkan-Nya dia di atas tahta tauhid. Kemudian diangkat-Nya tabir yang menghalanginya dan dibimbing-Nya dia ke Rumah Kesatuan dan mengungkapkan baginya kecemerlangan dan keagungan llahi, maka tidak ada satu pun dari dirinya yang akan tertinggal. Pada saat itulah si hamba untuk sesaat sama sekali lenyap. Setelah itu dia akan berada di dalam perlindungan Allah, bebas dari keinginan nafsu apa pun mengenaidirinya sendiri.”

AbuTurrabAn.Nakhsyabi menyatakan, “Manakala hati seseorang menjadi terbiasa berpaling dari Tuhan, maka kejadian itu diketahui oleh para wali Allah SWT'"

Dikatakan, "Salah satu pengenalan seorang wali adalah bahawa dia tidak punya rasa takut, sebab takut adalah mengambarkan suatu kejadian yang tidak menyenangkan yang mungkin terjadi atau menduga-duga bahawa sesuatu yang dicintai akan lenyap di masa akan datang. Sang wali hanya memberi perhatian pada saat kini. Dia tidak punya masa mendatang yang harus ditakutinya."

Sebagaimana halnya dia tidak punya rasa takut, maka sang wali juga tidak punya harapan, sebab harapan adalah menantikan terjadinya sesuatu yang baik atau hilangnya sesuatu yang buruk. Hal itu juga berada di luar lingkup masa kini. Sang wali juga tidak pernah merasa sedih, sebab sedih adalah

Page 121: Risalah Sufi Imam Qusyairi

penderitaan dalam hati. Bagaimana mungkin orang yang telah merasakan agungnya ketenangan hati dan nikmatnya berada di dalam harmoni dengan hukum Ilahi, merasa sedih? Allah SWT berfirman,

Hه ه:و Pه �ن هي ن< �ه ه ا ه� ن< م� ن4 ه( ه6 vf نو ه= ه ا Iم )� ه ٱ* ه. اا ه4 م* ن� ه#� H� ه م�� اا ه ه#�  

Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Yunus: 62)

Page 122: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 37: DOA

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah saw telah bersabda, “ Doa itu sendiri adalah ibadah."

Doa adalah jawapan bagi setiap keperluan. Doa adalah tempat beristirehat bagi mereka yang miskin, tempat berteduh bagi yang gundah, kelegaan bagi yang terbakar api hasrat. Allah SWT menghina orang yang meninggalkan doa, dengan firman-Nya,

Hه هNو م9 ـ� �ه ن* ٱ ه< �ه ه� 4Nم �م ـ� ه� ه) ن* ٱ Hه� م�� � ن<‌ ه3 ه4 م9 ه� ه� Iه )� ه ٱ* و� ه9و ه: � ن<‌ ه3 هي م� ني ه#� Hه ه$و م� Nن هي ه� vم �ه ن2 ه) ن* ٱ م� ه6 Hه نو ه3 ن� هي ه� م mه ه)� ن* م"ٱ Hه �ه ه� #ا ن هي � ‌Oa ذ ن2 ه" ة� ل� ه�< ه$ ن2 ه" ه& ـ� Nه �م ـ� ه� ه) ن* ه�ٱ Hه هNو �م ـ� ه� ه) ن*  ٱ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang dari perbuatan yang baik dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. (At-Tawbah: 67)

Dikatakan bahawa ayat ini bermakna, "Mereka tidak mengangkat tangan mereka dengan terbuka untuk berdoa kepada Kami."

Sahl bin Abdullah menuturkan, "Allah SWT menciptakan makhluk dan berfirman,'Percayakanlah rahsia-rahsiamu kepada-Ku. Kalau tidak, maka melihatlah kepada-Ku. Kalau tidak, maka dengarkanlah Aku. Kalau tidak, maka tunggulah di depan pintu-Ku. Jika tidak satu pun dari ini semua yang engkau lakukan, setidaknya katakanlah kepada-Ku apa keperluan-Mu."'

Sahl juga berkata, Doa yang sungguh-sungguh akan dikabulkan dan doa yang penuh tekanan, yang maksudnya adalah doa yang terpaksa dipanjatkan oleh seseorang kerana keperluannya yang mendesak terhadap apa yang didoakan-nya.

Abu Abdullah Al-Makanisi berkata, "Aku sedang bersama Al-Junaid ketika seorang wanita datang dan meminta kepadanya, 'Berdoalah untukku agar Allah mengembalikan anakku kepadaku, kerana dia telah hilang.'

Al-Junairl mengatakan kepadanya, “Pergilah, dan bersabarlah.” Maka wanita itu pun pergi. Kemudian dia kembali lagi dan meminta Al-Junaid agar berdoa lagi. Al-Junaid menjawab, 'Pergilah dan bersabarlah.'Hal ini berlangsung berkali-kali, dan setiap kali Al-Junaitl mengatakan agar wanita itu bersabar. Akhirnya wanitu itu berkata, "Kesabaranku telah habis. Aku tidak menahannya lagi. Berdoalah untukku!”

Al-Junaid menjawab, 'Jika demikian halnya, pulanglah sekarang, sebab anakmu telah kembali.'Wanita itu pun pulang, dan menemukan anaknya. Dia kembali kepada Al-Junaid untuk mengucapkan terima kasih. Seseorang bertanya kepada Al-Junaid, 'Bagaimana engkau dapat tahu [bahawa anaknya telah kembali]?'

Dia menjawab, 'Allah SWT telah berfirman,

Hه �ه bه� ه? ه; ��ا ه عا ذ h4)م ه- � ‌Iم )� ه ٱ* ه\ �� ه If ذ ـ� ه* م. ه#� � م~‌ Dن ه#ا ن ٱ ه. اا �ه ه( ه= ن< mه ه( ه2 ن] هي ه� ه. او ه�9 ٱ* wه kم ن8 هي ه� dه ه6ا qه �Lه م�� � ه Aه ن$ ه) ن* ٱ Uه م]4 هي ه��� ه#�  

Page 123: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (An- Naml: 62)

Orang berbeza pendapat mengenai mana yang lebih baik berdoa ataukah berdiam diri dan bersikap rela. Di antara mereka ada sebahagian yang berkata, "Doa itu sendiri adalah ibadah”, sebab Nabi saw telah menyatakan, 'Doa adalah inti ibadah.' Adalah lebih baik melaksanakan apa pun yang merupakan amal ibadah daripada melewatkannya. Di samping itu, berdoa adalah hak Tuhan atas manusia. Kalaupun Dia tidak mengabulkan doa si hamba dan si hamba tidak memperoleh manfaat dengan doanya, namun lsetidaknya] dia telah melaksanakan hak Tuhannya, sebab doa adalah ungkapan lahiriah keperluan penghambaan.

Abu Hazim Al-A’raj berkata, 'Tidak dapat berdoa adalah lebih menyedihkan hatiku daripada berdoa tapi tidak dikabulkan.

Ada orang-orang lain yang menegaskan, "Diam dan tidak berbuat apa-apa dalam mengalami ketetapan Tuhan adalah lebih baik daripada berdoa. Bersikap rela atas apa pun yang dipilih Allah untuk kita adalah lebih layak daripada berdoa agar Dia mengubah pilihan Nya". Sehubungan dengan alasan ini, Al-Wasiti mengatakan, "Memilih apa yang telah ditetapkan bagimu dalam zaman asal (azali) adalah lebih baik bagimu daripada menentang keadaan yang ada sekarang."

Nabi saw menyatakan, "Allah SWT berfirrnan 'Aku memberi kepada orang yang terlalu sibuk mengingatKu hingga tidak sempat berdoa, lebih banyak daripada yang Kuberikan kepada mereka yang berdoa.'

Ada kelompok ketiga yang berkata, "Si hamba harus berdoa dengan lidahnya, sementara pada masa yang sama dia juga bersikap rela, dan dengan demikian menggabungkan kedua kemungkinan tu.

Pendapat yang lebih sesuai untuk diambil dalam hal ini adalah mengatakan bahawa hal itu bergantung pada waktu dan situasi serta keadaan. Dalam keadaan tertentu, doa adalah lebih baik dan merupakan tindakan yang paling benar; dalam keadaan lain berdiam diri adalah lebih baik. Ini hanya dapal diketahui pada masa yang tertentu sahaja, kerana pengetahuan mengenai suatu masa hanya dapal diperoleh pada masa itu sahaja. Jika seseorang mendapati hatinya condong untuk berdoa, maka berdoa adalah paling baik. Jika dia mendapati hatinya condong kepada berdiam diri, maka berdiam diri lebih baik.

Benar juga bila dikatakan bahawa tidaklah patut bagi si hamba untuk mengabaikan penyaksian terhadap Tuhannya ketika dia berada dalam keadaan berdoa. Dia juga harus memberikan perhatian cermat kepada keadaan dirinya. Jika dia mengalami kelapangan yang meningkat dalam keadaan berdoanya, maka berdoa adalah paling baik baginya. Jika dia mengalami semacam gangguan dan hatinya merasa sempit ketika berdoa, maka yang paling baik baginya adalah meninggalkan berdoa pada saat itu. Jika dia tidak mengalami yang mana pun dari kedua hal ini, maka terus berdoa ataupun meninggalkannya adalah sama sahaja baiknya. Jika perhatiannya yang utama adalahpada keadaan makrifat dan berdiam diri, maka menghindari berdoa adalah lebih baik baginya.

Page 124: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dalam soal-soal yang berkaitan dengan nasib kaum Muslimin atau yang berkaitan dengan kewajipan seseorang terhadap Allah, maka berdoa adalah lebih baik daripada tidak, tetapi dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan keperluan diri sendiri, maka berdiam diri adalah lebih baik.

Sebuah hadith mengatakan, "Apabila seorang hamba yang dicintai Allah berdoa, maka Allah mengatakan, "Wahai Jibril, tundalah memenuhi keperluan hamba-Ku itu, kerana Aku senang mendengarkan suaranya." [Sebaliknya], apabila seseorang yang tidak disukai Allah berdoa, Dia berkata, "Wahai Jibril, penuhilah keperluan hamba-Ku itu, kerana Aku tidak suka mendengar suaranya."

Diceritakan bahawa Yahya bin Sa'id Al-Qathan bermimpi melihat Allah dan ia berkata, 'Wahai Tuhanku, betapa banyak aku telah berdoa kepadamu, tapi Engkau tidak mengabulkan doaku!" Dia menjawab, “Wahai Yahya, itu kerana Aku senang mendengarkan suaramu.”

Nabi saw menjelaskan, “Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, apabila seseorang yang dimurkai Allah berdoa, Dia akan menolaknya. Lalu orang itu berdoa lagi, dan Dia akan menolaknya lagi. Kemudian orang itu berdoa lagi dan Dia kembali menolaknya. Akhirnya Atlah SWT berfirman kepada para malaikat-Nya, 'Hamba-Ku menolak untuk berdoa kepada selain Aku, maka Aku-pun mengabulkan doanya."'

Anas bin Malik ra menuturkan, "Pada masa Nabi saw, ada seorang laki-laki yang berdagang antara Syam dan Madinah. Dia biasa pergi sendiri, tanpa bergabung dengan kafilah-kafilah, kerana tawakkal kepada Allah SWT. Sekali waktu, ketika dia bepergian dari Syam ke Madinah, seorang penyamun menahannya dan berkata kepadanya, 'Berhenti!'Pedagang itu pun berhenti dan berkata kepada si penyamun, 'Ambillah barang-barangku tapi janganlah kau rintangi jalanku!'

Si penyamun menjawab,'Urusan mengambil barang-barangmu itu mudah; yang kukehendaki adalah dirimu.' Si pedagang bertanya, Apa yang kau kehendaki dariku? Ambillah barang-barang itu dan nyahlah!' Si penyamun mengulangr apa yang telah dikatakannya. Si pedagang berkata,'Tunggulah sampai aku berwudhuk dan berdoa kepada Tuhanku.'

Si penyamun berkata, 'Lakukanlah apa yang mesti kau lakukan.' Maka si pedagang pun bangkit, berwudhuk, lalu solat empat rakaat. Setelah itu dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa,

“Wahai Yang Maha Penyayang, wahai Yang Maha Penyayang, wahai Pemilik Arasy yang Agung, wahai Dia yang dari-Nya segala sesuatu berasal dan kepada-Nya segala sesuatu kembali, wahai Dia yang Maha melakukan apa yang dikehendaki-Nya, aku memohon kepada-Mu dengan cahaya Wajah-Mu yang memenuhi segenap penjuru Arasy-Mu, aku memohon kepada-Mu dengan kekuasaan yang dengannya Engkau memerintah makhluk-Mu, dan dengan kasih-sayang-Mu, tidak ada Tuhan selain Engkau, wahai Maha Penolong, tolonglah diriku!”

Diucapkannya doa itu tiga kali. Ketika dia selesai terdoa, tiba-tiba muncullah seorang penunggang kuda yang bewarna kelabu dan berpakaian hijau dengan memegang tombak yang terbuat dari cahaya. Ketika si penyamun melihat penunggang kuda itu, ditinggalkannya si pedagang dan diekorinya si penunggang kuda itu. Ketika sudah dekat, si penunggang kuda itu menyerang si penyamun sehingga si penyamun terlempar dari atas kudanya. Kemudian dia mendatangi si pedagang dan memerintahkan, 'Bangkit dan bunuhlah dia!' Si pedagang menjawab, 'Siapa engkau? Aku belum pernah membunuh orang dan tidak akan bersenang hati jika membunuhnya.'

Page 125: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Si penunggang kuda itu pun kembali kepada si penyamun dan membunuhnya, ia kembali lagi kepada si pedagang dan berkata, 'Aku adalah seorang malaikat dari langit ketiga. Ketika engkau berdoa untuk pertama kalinya, kami mendengar bunyi gaduh di pintu gerbang langit. Kami berkata “Sebuah kejahatan telah terjadi." Ketika engkau berdoa untuk kedua kalinya, pintu langit terbuka dan terlihat seberkas nyala api. Ketika engkau berdoa untuk ketiga kalinya, Jibril as turun ke langit kami dan berteriak 'Siapakah yang mahu menolong orang yang tertekan ini?" Aku memohon kepada Allah agar diizinkan membunuh penyamun itu.

Ketahuilah, wahai hamba Allah, bahawa Allah akan memberikan kelapangan dan pertolongan kepada siapa saja yang berdoa dengan doamu tadi pada saat-saat yang penuh tekanan malapetaka dan berputus-asa.' Setelah itu si pedagang melanjutkan perjalanannya dengan aman sampai ke Madinah dan pergi menemui Nabi saw serta nenceritakan kisahnya kepada beliau, juga tentang doa yang diucapkannya. Nabi saw berkata kepadanya, “Allah telah mengilhamkanmu dengan nama-nama-Nya yang paling indah, yang jika disebutkan dalam doa, nescaya Dia akan mengabulkannya. Jika Dia dimohon dengan nama-nama itu, Dia akan menganugerahkannya."

Salah satu syarat perilaku yang benar dalam berdoa adalah adanya kekhusyukan hati. Berdoa tidak boleh dilakukan dengan hati yang lalai. Diriwayatkan bahawa Nabi saw telah bersabda, "Allah SWT tidak akan menjawab doa seorang hamba yang hatinya lalai.” Syarat lain bagi perilaku yang benar dalam berdoa adalah bahawa makanan si hamba haruslah diperoleh secara halal.

Nabi saw menegaskan, "Jika penghidupanmu kau diperolehi melalui jalan yang halal, maka doamu akan dikabulkan."

Telah dikatakan, "Doa adalah kunci bagi keperluan seseorang, dan anak kunci tersebut adalah makanan yang halal." Yahya bin Muadz dahulu mengatakan, "Wahai Tuhanku, aku seorang berdosa besar; bagaimana aku dapat berdoa kepada-Mu? Engkau begitu pemurah bagaimana aku tidak akan berdoa kepada-Mu?"

Diceritakan bahawa Musa as berjalan melewat seorang laki-laki yang sedang berdoa dengan rendah hati kepada Allah. Musa berkata, “Ya Allah, seandainya keperluannya ada dalam tanganku, nescaya akan kupenuhi doanya." Allah SWT mewahyukan kepada Musa, "Aku lebih pengasih kepadanya daripadamu. Dia memang berdoa kepada-Ku, tapi hatinya terpaut pada domba-dombanya. Aku tidak akan mengabulkan doa seorang hamba-Ku yang hatinya terpaut pada selain Aku." Ketika Musa mengatakan kepada orang itu apa yang diwahyukan Allah kepadanya itu, dia segera memalingkan hatinya dengan penuh perhatian kepada Allah SWT, dan urusannya pun segera selesai.

Seseorang bertanya kepada Jaafar Ash-Shadiq, "Apa sebabnya, kita berdoa tetapi tidak pernah dikabulkan?” Beliau menjawab, "Itu kerana engkau berdoa kepada Tuhan yang engkau tiada pengetahuan tentang-Nya. "

Saya mendengar Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, 'Ya'qub bin Laits ditimpa penyakit yang membuat para doktor tidak berdaya. Mereka lalu berkata kepadanya, 'Di negeri Tuan ada seorang laki-laki saleh bernama Sahl bin Abdullah. Jika dia berdoa untuk Tuan, nescaya Allah SWT akan mengabulkan doanya.'

Page 126: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ya'qub pun lalu mengundang Sahl dan memerintahkan,'Berdoalah kepada Allah untukku.' Sah berkata, 'Bagaimana doaku untukmu akan dikabulkan sedangkan engkau berlaku zalim kepada ramai orang di dalam penjaramu?' Maka Ya'qub lalu melepaskan semua orang yang ada dalam penjaranya. Sahl lalu berdoa: 'Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperlihatkan kepadanya hinanya ketidakpatuhan kepada-Mu, maka perlihatkanlah kepadanya mulianya kepatuhan kepadamu dengan menyembuhkan penyakitnya.'

Ya'qub bin Laits lalu sembuh. Dia cuba memberi Sahl harta kekayaan, tetapi Sahl menolak. Seseorang berkata kepada Sahl, “Jika engkau mahu menerimanya engkau dapat memberikannya kepada orang-orang miskin.” Beberapa waktu kemudian, Sahl sedang memandang kerikil-kerikil di padang pasir, maka kerikil-kerikil itu tiba-tiba berubah menjadi batu-batu permata. Dia bertanya kepada para sahabatnya, “Apal perlunya bagi orang yang telah dianugerahi anugerah seperti ini, menerima harta kekayaan dari Ya'qub bin Al-Laits?"

Diceritakan bahawa Salih Al-Murri sering menegaskan, "Barangsiapa yang gigih mengetuk pintu beerti sudah dekat saat terbukanya pintu itu baginya.” Rabiah bertanya kepadanya, "Sampai bila engkau akan mengatakan begitu? Bilakah pintu itu tertutup hingga orang terpaksa memintanya agar dibuka?” Salih menjawab , “Seorang laki-laki yang sudah tua tidak tahu akan kebenaran, dan seorang wanita mengetahuinya!"

As-Sari menuturkan, "Suatu ketika aku menghadiri pengajian Ma'ruf Al-Karkhi. Seorang laki-laki datang kepadanya dan meminta, 'Wahai Abu Mahfuzh, berdoalah kepada Allah untukku, agar Dia mengembalikan dompetku. Dompet itu dicuri orang; isinya wang seribu dinar.” Ma'ruf diam sahaja. Orang itu mengulangi permintaannya, dan Ma'ruf tetap diam. Untuk ketiga kalinya orang itu mengulangi permintaannya. Kemudian Ma'ruf menjawab, "Apa yang harus kukatakan? [Haruskah aku memohon], “Kembalikanlah kepadanya apa yang tidak Kau berikan kepada nabi-nabi dan wali-wali-Mu yang suci?” Tapi orang itu tetap mendesak, “Berdoalah kepada Allah untukku.” Ma'ruf pun berdoa, “Ya Allah, pilihkanlah apa yang paling baik baginya."

Diriwayatkan bahawa Al-Laits berkata, "Suatu ketika aku melihat 'Uqbah bin Nafi' dan dia dalam keadaan buta. Kemudian aku bertemu dengan dia lagi, sedang matanya dapat melihat. Aku bertanya kepadanya, “'Bagaimana penglihatanmu dapat pulih kembali? Dia menjawab, “[Sebuah suara] berseru kepadaku dalam mimpiku, "Katakanlah, ‘Wahai Yang Maha Dekat, wahai Yang Maha Mengabulkan, wahai Yang mendengarkan doaku, Wahai Yang Maha Baik dalam kehendak-Nya. Kembalikanlah penglihatanku.’ Kuulangi doa ini dan Allah SWT lalu mengembalikan penglihatanku."

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengabarkan, "Aku menderita sakit yang parah di mataku ketika aku untuk pertama kalinya kembali dari Merv ke Nisyapur. Sudah agak lama aku tidak dapat tidur. Suatu pagi aku tertidur lelap dan kudengar seseorang bertanya kepadaku,

qa ذ ه�ا ن� م� ۥ Iه ه* ه)ا ه� Iه )� ه ٱ* مل م( ن$ هي ه�� ه� � ۦ‌ Iم م: �qه م�� ه� م?ي *� ه م"ٱ Tه ه: ه�و لو ه7 هي ه� � ۥ‌ dه ه� ن� ه6 va ه8ا م" Iه )� ه ٱ* sه ن4 ه* ه#�  

Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertakwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya. (Az-Zumar: 36)

Page 127: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Aku terbangun dan kudapati penyakitku telah hilang dari mataku dan rasa sakitnya pun telah hilang Sesudah itu aku tidak pernah lagi menderita sakit mata."

Diceritakan bahawa Muhammad bin Khuzaimat berkata, "Aku sedang berada di Iskandariyah ketika Ahmad bin Hanbal meninggal dunia. Aku betul-betul merasa sedih. Setelah itu aku bermimpi bertemu dengar Ahmad bin Hanbal. Kulihat dia sedang berlenggang-lenggang. Aku bertanya, “Wahai Abu Abduilah, gerakan apa ini?” Dia menjawab, “Ini adalah cara bergerak hamba-hamba di Rumah Kedamaian.” Aku bertanya, “ Apa yang telah diperbuat Allah kepadamu?” Dia menjawab, “Dia telah mengampuniku, menempatkan sebuah mahkota di atas kepalaku, dan memberiku sepasang sandal emas untuk kupakai. Allah berkata kepadaku, “Wahai Ahmad, semua ini kerana engkau telah menjaga Al-Qur'an sebagai firman-Ku."

Kemudian Dia berkata, "Wahai Ahmad, berdoalah kepada-Ku dengan kata-kata yang engkau terima dari Sufyan Ats-Tsauri, yang dulu engkau ucapkan waktu engkau masih hidup." Maka aku pun berdoa, '"W'ahai Tuhan semesta, dengan kekuasaan-Mu atas segala sesuatu ampunilah segala-dosaku dan janganlah Engkau tanyai aku tentang sesuatu pun." Kemudian Allah memaklumkan, "Wahai Ahmad, inilah syurga. Masuklah!” Dan aku pun masuk.”

Suatu hari, ada seorang pemuda yang memegang kain penutup Kaabah dan berkata, “Wahai Tuhan, tidak ada seorang pun yang mesti didekati selain Engkau, tidak pula ada seorang perantara yang dapat disuap [untuk mendekati-Mu]. Jika aku mematuhi-Mu, itu adalah kerana limpahan rahmat-Mu, dan segala puji adalah bagi-Mu. Jika aku menentang-Mu, itu adalah kerana kejahilan dan kesombonganku. Engkau memiliki kekuasaan yang tidak terbantah oleh diriku melalui bukti-Mu terhadap diriku dan melalui ketiadaan daya upayaku terhadap-Mu, kecuali jika Engkau mengampuniku." Kemudian dia mendengar sebuah suara yang berseru, "Anak muda ini telah dibebaskan dari neraka."

Dikatakan, "Manfaat doa adalah menjadikan keperluan diketahui oleh Allah. Jika doa tidak dilakukan, Allah akan melakukan apa yang dikehendaki-Nya."

Dikatakan juga, "Doa orang awam dilakukan dengan kata-kata mereka, doa kaum zahid dilakukan dengan tindakan mereka, dan doa kaum Arifin dilakukan dengan haal-haal (keadaan-keadaan) mereka." Juga dikatakan, "Doa yang paling baik adalah doa yang penuh dengan kesedihan."

Salah seorang Sufi menyatakan, "Jika engkau berdoa kepada Allah SWT agar dianugerahkan sesuatu dan doamu dikabulkan, maka lanjutkanlah dengan meminta syurga kepada-Nya. Mungkin hari di mana engkau berdoa itu adalah hari yang dikabulkannya doamu."

Dikatakan, "Lidah kaum pemula lancar dalam berdoa, namun lidah mereka yang telah mencapai hakekat terbelenggu dalam kebisuan."

Ketika Al-Wasiti diminta berdoa, dia menjawab, "Aku takut bahawa jika aku berdoa, Allah akan berkata kepadaku, 'Jika engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang telah ditetapkan untukmu, bererti engkau meragukan Aku. Jika engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang tidak ditetapkan bagimu. bererti engkau tidak memuji-Ku sebagaimana seharusnya. Namun jika engkau bersikap rela, maka pada waktunya Aku akan membawakan kepadamu segala yang telah Ku-tetapkan bagimu.”

Page 128: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Munazil mengabarkan, "Sudah lima puluh tahun aku tidak berdoa, dan tidak menginginkan orang lain berdoa untukku." Dikatakan, "Doa adalah tangga bagi orang-orang yang berdosa." Dikatakan juga, "Doa adalah pertukaran pesan. Selama kedua pihak tetap menjaga hubungan, maka semuanya akan baik." Dikatakan, ''Orang-orang yang berdosa mengucapkan doa mereke dengan air mata."

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menyatakan, "Jika seorang berdosa menangis, bererti dia telah membuka pintu komunikasi dengan Allah SWT." Tentang hal ini, para Sufi membacakan syair berikut:

Air mata si pemuda mengungkapkan apa yang disembunyikannya;Nafasnya menjelaskan rahsia yang tersembunyi dalam hatinya.

Salah seorang Sufi menyatakan, "Berdoa bererti meninggalkan dosa-dosa." Dikatakan, "Doa adalah cara reorang pencinta mengungkapkan kerinduannya."

Dikatakan, "Diberitahukannya kemampuan berdoa kepada seorang hamba adalah lebih baik baginya laripada dikabulkannya doanya." Al-Kattani menyatakan, "Allah SWT telah menganugerahi kaum beriman kemampuan untuk memohon ampun hanya agar supaya Dia dapat membuka pintu ampunan."

Dikatakan juga, “Berdoa menyebabkan engkau hadir di hadirat Allah,sedang dikabulkannya doamu menjadikan engkau berpaling menjauh. [Kerana itu], berdiri saja di pintu adalah lebih baik daripada pergi dengan membawa pemberian.”

Dikatakan, "Doa bererti menghadap Allah secara langsung [dan berbicara] dengan lidah rasa malu." Dikatakan, "Satu prasyarat doa adalah bahawa orang harus menerima apa pun hasil doanya dengan penuh kerelaan." Dikatakan pula, "Bagaimana engkau akan menunggu jawapan bagi doamu jika engkau menghalangi jalannya dengan melakukan dosa-dosa?"

Seseorang meminta kepada salah seorang Sufi agar didoakan: "Jarak mana lagi yang lebih besar yang dapat kau ciptakan antaramu dengan Tuhanmu daripada yang kau ciptakan dengan cara menempatkan seorang perantara antaramu dengan Dia?"

Abdurrahman bin Ahmad berkata, "Aku mendengar ayahku menceritakan bahawa seorang wanita datang kepada Taqi bin Mukhlad dan mengatakan kepadanya, ' Orang-orang Byzantium telah menawan anakku. Aku tidak punya apa-apa lagi di rumahku selain anakku itu. Aku juga tidak dapat menjual rumahku. Jika dapat Tuan bawalah saya kepada seseorang yang dapat menebusnya, sebab saya sudah tidak tahu lagi mana siang mana malam. Saya tidak dapat tidur ataupun beristirehat.' Taqi berkata kepadanya, “'Baiklah, pergilah sampai aku siasat perkara ini, Insya Allah."

Kemudian syeikh itu menundukkan kepalanya dan menggerak-gerakkan bibirnya. Kami menunggu beberapa hari lamanya. Kemudian wanita itu datang lagi bersama anaknya dan berseru kepada syeikh tersebut, “Anakku telah kembali dengan selamat, dan dia mempunyai cerita untuk Tuan.” Anaknya itu lalu mengisahkan, “Saya sedang berada dalam pengawasan seorang bangsawan Byzantium bersama dengan sekelompok tawanan. Bangsawan itu menugaskan seseorang untuk menyuruh kami bekerja setiap hari. Orang itu membawa kami ke padang pasir untuk bekerja dan kemudian membawa kami kembali dalam keadaan dirantai. Suatu ketika kami sedang kembali dari bekerja setelah matahari terbenam dengan dikawal oleh orang itu. Tiba-tiba rantai yang mengikat saya terputus dan jatuh dari

Page 129: Risalah Sufi Imam Qusyairi

kaki saya.” Anak muda itu menyebutkan hari dan saat di mana peristiwa itu terjadi, dan saat itu bertepatan dengan masa ketika wanita itu berjumpa Syeikh Taqi dan beliau berdoa itu.

Si pemuda melanjutkan ceritanya: “Pengawal memukul saya dan berteriak, "Engkau telah memutuskan rantai ini!" Saya berkata, "Tidak, ia jatuh sendiri dari kaki saya!" Orang itu kebingungan dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Dia memanggil teman-temannya, yang lalu memanggil seorang pandai besi. Mereka lalu merantai saya lagi. Tapi sebaik saya berjalan beberapa langkah, rantai itu terlepas lagi dari kaki saya. Mereka tercengang dan kemudian memanggil para pendeta mereka. Para pendeta itu bertanya kepada saya, “Apakah engkau punya ibu?" Saya katakan, “Ya." Maka mereka lalu berkata, "Doa ibumu telah dikabulkan. Tuhan telah membebaskanmu. Kami tidak dapat lagi merantaimu." Kemudian mereka memberi saya makanan dan bekal lalu menyuruh seorang pengawal menghantarkan saya sampai ke daerah kaum Muslimin."

Page 130: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 38: KEFAKIRAN (FAQR)

Iه )� ه ٱ* Hه� م�ا ه� a ذ ن4 ه= ن� م� و� هNو �م ه;� ه�ا ه� � ع�ا‌ ذ ه�ا ن* م�� ه ��ا ه ٱ* Hه ه(و ه#� ن9 هي ه ا ن< ه� ـ� ه) م49 م" ه�< ه� م ن2 ه; wم �ه� ه2 �� ه ٱ* ه� م� ه. اا ه4 م� Fن ه#� هل �م ه]ا ن* ٱ ه< ه� ه� ه9 �ن هي م~ Dن ه#ا ن ٱ م�5 ع"ا ذ ن ه{ Hه ه2و 4Aم ه� ن9 هي ه ا Iم )� ه ٱ* مل م�4 ه[ م�5 و� �ه م! Mن ه#� ه� م?ي *� ه ٱ م. ا� ه Nه �ه ن( م* >f م(4 ه6 مIۦ م"

Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. (Al-Baqarah: 273)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw telah bersabda, "Orang-orang miskin akan memasuki syurga lima ratus tahun sebelum orang-orang kaya. Dalam perhitungan syurga, lima ratus tahun itu sama dengan setengah hari." Diriwayatkan oleh Abdullah bahawa Rasulullah saw telah mengatakan, "Orang miskin itu bukanlah mereka yang berkeliling ke sana kemari dengan harapan diberi orang segenggam dua genggam, sebutir atau dua butir kurma." Seseorang bertanya, "Kalau begitu, siapakah orang miskin itu?” Nabi saw menjawab, “Dia adalah orang yang tidak mampu memenuhi keperluan asasnya tapi malu meminta kepada orang, tidak pula orang lain mengetahui hal ehwal mereka hingga mereka dapat diberi sedekah." Ucapan Nabi "tapi malu meminta" ertinya adalah bahawa mereka malu kepada Allah untuk neminta-minta dari orang ramai, bukan malu kepada manusia.

Kefakiran adalah ciri yang membezakan para wali lari manusia lain, perhiasan orang-orang suci, dan sifat pilihan Tuhan bagi manusia-manusia pilihan-Nya, orang-orang saleh dan para nabi. Orang-orang fakir adalah manusia-manusia pilihan Allah SWT di antara hamba-hamba-Nya. Mereka adalah penyimpan rahsia-rahsia-Nya di antara para hamba-Nya, yang dengan mereka Dia menjaga para makhluk dan yang dengan keberkatan mereka rezeki disebarkan di kalangan manusia. Orang-orang miskin yang sabar akan menjadi sahabat-sahabat Allah SWT pada Hari Kebangkitan seperti dikatakan dalam hadith riwayat Umar bin Al-Khathab ra, yang mengatakan bahawa:

Rasulullah saw telah bersabda, "Bagi tiap-tiap sesuatu ada kuncinya, dan kunci syurga adalah mencintai orang-orang miskin. Kaum miskin yang sabar akan menjadi sahabat-sahabat Allah SWT pada Hari Kebangkitan."

Diceritakan bahawa seorang laki-laki membawakan wang sebanyak sepuluh ribu dirham kepada Ibrahim bin Adham, tetapi Ibrahim tidak menerimanya dan berkata "Engkau mahu menghapus namaku dari daftar orang-orang miskin dengan wang sepuluh ribu dirham! Aku tidak akan menerimanya!"

Muadz An-Nasafi menegaskan, "Allah tidak pernah membinasakan suatu kaum, apa pun [kejahatan] yang mereka lakukan, kecuali jika mereka merendahkan dan menghina kaum miskin."

Dikatakan bahawa seandainya kaum miskin tidak memiliki kebajikan lain dalam pandangan Allah selain keinginan mereka agar rezeki dilimpahkan dan dimurahkan di kalangan kaum Muslimin, nescaya itu sudah cukup bagi mereka, sebab mereka perlu membeli barang-barang dan orang-orang kaya perlu menjualnya. Begitulah halnya dengan kaum miskin yang awam, maka bagaimana pula halnya dengan kaum yang terpilih di kalangan mereka?

Page 131: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ketika Yahya bin Muadz ditanya tentang kefakiran dia menjawab, "Hakikat kefakiran adalah bahawa si hamba tidak bergantung kepada siapa pun selain Allah, dan tanda kefakiran adalah tidak adanya harta benda.” Ibrahim Al-Qashar mengatakan, "Kefakiran adalah pakaian yang apabila telah dipakai akan mendatangkan keredhaan."

Seorang fakir datang kepada Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq pada tahun 394 atau 395 Hijriyah dari Zuzan. Dia memakai pakaian yang diperbuat dari kain yang sangat kasar dan serban dari kain yang sama. Salah seorang sahabat syeikh itu bertanya dengan nada bergurau, "Berapa harga pakaianmu ini?" Dia menjawab, "Aku membayarnya dengan dunia ini, dan akhirat ditawarkan kepadaku untuk ditukar dengannya. Tapi aku tidak akan menjualnya dengan harga tersebut."

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, "Suatu ketika seorang miskin mendatangi sebuah pertemuan untuk meminta sedekah, dengan berkata, “Saya sudah tiga hari tidak makan.” Salah seorang syeikh yang hadir di situ berkata, "Engkau dusta! Kemiskinan adalah rahsia Tuhan. Dia tidak mempercayakan rahsia-Nya kepada orang yang menunjukkannya kepada siapa pun yang dikehendakinya!"' Hamdun Al-Qassar menyatakan, "Apabila Iblis dan tenteranya berkumpul, mereka tidak bergembira sebagaimana kegembiraan mereka menyaksikan seorang Muslim membunuh sesama Muslim, seseorang yang mati dalam keadaan fakir (hina), dan sebuah hati yang menyimpan ketakutan pada kemiskinan."

Al-Junaid berkata, "Wahai orang-orang miskin, kamu semua dijadikan terkenal oleh Allah dan dihormati kerana-Nya. Tetapi perhatikanlah bagaimana keadaanmu tatkala kamu berada bersendirian bersama-Nya."

Al-Junaid ditanya, “Keadaan manakah yang lebih baik miskin dan bergantung pada Tuhan, ataukah dijadikan kaya oleh-Nya?" Dia menjawab, "Jika kemiskinan seseorang adalah sahih, maka kekayaannya adalah sahih di sisi-Nya. Jika kekayaannya di sisi-Nya adalah sahih, maka kemiskinan dan bergantung kepada-Nya juga disempurnakan. Janganlah bertanya, 'Manakah yang lebih baik,' sebab keduanya adalah keadaan yang salah satunya tidak akan lengkap tanpa yang lain."

Ruwaim menyatakan, ketika ditanya tentang tanda seorang miskin, "Miskin bererti menyerahkan jiwa kepada ketentuan Tuhan.” Dikatakan bahawa ada tiga tanda seorang miskin: dia melindungi batinnya, dia melaksanakan kewajipan-kewajipan agamanya, dia menyembunyikan kemiskinannya.” Seseorang bertanya kepada Abu Sa'id Al-Kharraz, "Mengapa kemurahan hati orang kaya tidak sampai kepada orang miskin?” Dia menjawab, "Kerana tiga alasan: kekayaan mereka diperolehi dengan jalan yang tidak halal, mereka tidak dimampukan untuk memberi sedekah, dan penderitaan orang miskin itu memang dikehendaki."

Dikatakan bahawa Allah SWT mewahyukan kepada Musa as, "Jika engkau berjumpa dengan orang-orang miskin, tanyakanlah tentang mereka seperti yang engkau tanyakan kepada orang-orang kaya. Jika hal itu tidak engkau lakukan, maka campakkanlah ke tanah semua yang telah Ku-ajarkan kepadamu.”

Diriwayatkan bahawa Abu Darda' menegaskan, "Aku lebih suka jatuh dari tembok istana dan remuk daripada duduk bersama orang kaya, kerana aku mendengar Rasulullah saw berkata, “Waspadalah dari duduk-duduk bersama orang mati” Seseorang bertanya, “Siapa orang mati itu?” Beliau menjawab, “Orang kaya."

Page 132: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Seseorang berkata kepada Ar-Rabi' bin Khutsaim, "Harga-harga naik setinggi langit!" Dia menjawab, "Kita tidak berharga untuk dibuat lapar oleh Allah. Dia hanya melakukan hal itu pada wali-wali-Nya." Ibrahim bin Adham menyatakan, "Kami meminta kemiskinan tetapi diberi kekayaan; orang lain meminta kekayaan tapi kemiskinan datang kepada mereka."

Seorang laki-laki bertanya kepada Yahya bin Muadz, "Apakah kemiskinan itu?" Dia berkata, "Takut pada kemiskinan." Orang itu bertanya lagi, "Lantas, apakah kekayaan itu?" Dia menjawab, "Keamanan di sisi Allah SWT." Ibn Al-Karanbi berkata, "Orang miskin yang sejati menjauhi kekayaan agar kekayaan tidak mendatanginya dan merosakkan kemiskinannya, sebagaimana halnya orang kaya menjauhi kemiskinan, agar kemiskinan tidak mendatangrnya dan merosakkar kekayaannya."

Abu Hafs ditanya, "Dengan cara apa orang miskin mendekati Tuhannya SWT?" Dia menjawab, "Orang miskin tidak memiliki apa-apa selain kemiskinannya yang dengan kemiskinan itu dia mendekati Tuhannya."

Allah SWT mewahyukan kepada Musa as, "Mahu kah engkau memperolehi pahala amal kebajikan yang setara dengan pahala seluruh ummat manusia di Hari Kiamat nanti?" Musa menjawab, 'Ya." Allah berfirman "Kunjungilah orang sakit dan pastikanlah bahawa orang-orang miskin punya pakaian." Musa lalu menyisihkan tujuh hari setiap bulan untuk mengunjung orang-orang miskin dan memeriksa pakaian mereka serta mengunjungi orang sakit.

Sahl bin Abdullah menyatakan, "Ada lima contoh kemuliaan jiwa: seorang miskin yang berpura-pura bebas dari keperluan, seorang lapar yang berpura-pura kenyang, seorang yang bersedih yang pura-pura bahagia, seseorang yang punya musuh tapi memperlihatkan kecintaan terhadapnya, seseorang yang berpuasa di siang hari dan bangun di malam hari [untuk solat] tanpa memperlihatkan kelemahan."

Bisyr bin Al-Harits berkata, "Maqam (kedudukan) yang paling baik adalah maqam keyakinan yang mantap dalam kesabaran melalui kemiskinan sampai masuk liang lahad." Dzun Nun mengatakan, "Satu tanda kemurkaan Allah kepada seorang hamba adalah bahawa si hamba merasa takut kepada kemiskinan."

Asy-Syibli berpendapat, "Tanda kemiskinan yang paling kecil adalah jika seluruh kekayaan dunia ini diberikan kepada seseorang dan kemudian disedekahkannya sampai habis dalam waktu satu hari, tetapi kemudian terlintas dalam fikirannya bahawa dia mestilah menyimpan sedikit yang cukup untuk sehari makan. [Jika fikiran seperti itu masih terlintas dalam benaknya, maka dia tidak dapat dianggap benar dalam kemiskinannya.] "

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, "Orang bertanya mana yang lebih baik: kemiskinan ataukah kekayaan. Menurut pendapatku, yang paling baik adalah bahawa seseorang diberi rezeki yang cukup untuk penghidupannya dan dia lalu.menjaga dirinya dalam batas tersebut."

Abu Muhammad Yasin menuturkan, "Aku bertanya kepada Ibn Al-Jalla'tentang kemiskinan. Dia diam saja; kemudian mengundurkan diri dan pergi. Sesaat kemudian dia kembali dan berkata, 'Aku punya empat keping mata wang dan aku merasa malu kepada Allah SWT untuk berbicara tentang kemiskinan sebelum aku menyingkirkan kepingan-kepingan wang itu.” Kemudian dia mulai berbicara tentang kemiskinan."

Page 133: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ibrahim bin Al-Muwallad berkata, "Aku bertanya kepada Ibn Al-Jalla', 'Bilakah orang-orang miskin patut disebut miskin?” Dia menjawab, “Jika tidak ada lagi sesuatu pun darinya yang tersisa padanya.” Aku bertanya, “Bagaimana dapat begitu?” Dia menjawab, “Jika dia memiliki sebutan itu, bererti dia tidak memiliki kemiskinan. Tapi jika dia tidak lagi memiliki sebutan itu, bererti dia memiliki kemiskinan itu." Dikatakan bahawa keadaan miskin yang sahih adalah jika si miskin tidak merasa puas dengan bahagian mana pun dari kemiskinannya, selain dengan Dia yang diperlukannya.

Abdullah bin Al-Mubarak menyatakan, "Membuat diri sendiri tampak kaya sedangkan keadaan sebenarnya miskin, adalah lebih baik daripada kemiskinan."

Banan Al-Mishri menuturkan, "Suatu ketika aku sedang duduk-duduk di Makkah, dan seorang pemuda berada di depanku. Seorang laki-laki datang kepadanya dengan membawa sebuah bekas berisi wang dan meletakkannya di hadapan pemuda itu. Pemuda itu rerkata, “Aku tidak memerlukannya.” Orang itu berkata, “Kalau begitu, bahagi-bahagikanlah kepada orang-orang miskin.” Petang harinya kulihat pemuda itu ada di lembah, sedang mengemis. Aku berkata, “Alangkah baiknya jika engkau menyimpan sedikit dari wang tadi untuk dirimu sendiri.” Dia menjawab, “Siapa yang tahu kalau aku masih akan terus hidup sampai petang ini?"

Abu Hafs berkata, "Cara yang paling baik bagi reorang hamba untuk menemui Tuhannya adalah dengan terus-menerus memerlukan-Nya dalam setiap keadaan, mematuhi Sunnah dalam semua amal perbuatan, dan mencari rezeki dengan jalan yang halal.'' Al-Murta'isy berpendapat, “Yang paling baik adalah bahawa cita-cita orang miskin itu tidak melampaui langkah-langkahnya."

Abu Ali Ar-Rudzbari menuturkan, "Ada empat orang yang merupakan teladan [cara yang saleh dalam nenjalani kemiskinan] pada masa mereka. Yang pertama, iaitu Yusuf bin Asbat, tidak mahu menerima pemberian apa pun dari saudara-saudaranya (sesama Muslim) ataupun dari penguasa. Dia mewarisi wang sebanyak tujuh puluh ribu dirham dari saudara laki-lakinya tapi dia tidak mahu menerima satu sen pun darinya. Dia biasa menenun tikar daun kurma dengan tangannya sendiri. Yang kedua, Abu Ishaq Al-Fazari, mahu menerima pemberian dari saudara-saudaranya ataupun dari penguasa. Pemberian itu dihabiskannya untuk keperluan orang-orang miskin yang kemiskinannya tersembunyi dan yang tidak meminta-minta sedekah. Adapun pemberian dari penguasa, maka itu diberikannya kepada orang-orang yang patut menerimanya di kalangan warga Tarsus. Yang ketiga, Abdullah bin Mubarak, mahu menerima pemberian dari saudara-saudaranya, tetapi tidak dari penguasa. Pemberian dari saudara-saudaranya itu diterimanya lalu dibahagi-bahagikannya kepada orang-orang lain secara adil. Yang keempat, Mukhlad bin Al-Husain, mahu menerima pemberian dari penguasa, tapi tidak dari saudara-saudaranya. Dia mengatakan, "Penguasa tidak menganggap ada orang yang wajib untuk diberi, sedangkan saudara-saudaraku menganggap ada."

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, "Ada sebuah hadith yang mengatakan, “Orang yang merendahkan diri di hadapan orang kaya dikeranakan kekayaannya, bererti dia telah kehilangan dua pertiga agamanya." Ini disebabkan kerana seorang manusia terdiri dari hati, lidah dan perilaku lahiriah. Jika dia merendahkan dirj dengan perilaku lahiriah dan lidahnya, maka diakehilangan dua pertiga agamanya. Tetapi jika dia merendahkan diri di hadapan orang kaya itu dengan hatinya juga, maka dia kehilangan seluruh agamanya.

Dikatakan, "Seorang miskin dalam menjalani kemiskinannya dituntut paling tidak agar dia memiliki empat hal: pengetahuan yang akan menjadi pembimbingnya, sikap zuhud yang akan mengendalikan

Page 134: Risalah Sufi Imam Qusyairi

dirinya, keyakinan yang akan menguatkan imannya dan dzikir yang akan membawakan keakraban [dengan Tuhan kepadanya]."

Dikatakan juga, "Orang yang menginginkan kemiskinan disebabkan kerana kemiskinan bererti dia tidak akan disibukkan dengan selain Allah, akan mati dalam keadaan kaya." Al-Muzayyin menyatakan, "Di masa dahulu terdapat lebih banyak jalan menuju kepada Allah daripada bintang di langit. Tetapi sekarang tidak satu pun di antaranya yang tersisa selain kemiskinan, dan kemiskinan adalah jalan yang terbaik di antara jalan-jalan itu."

An-Nuri menyatakan, "Tanda seorang miskin adalah sikap rela ketika dia tidak punya apa-apa dan sikap pemurah ketika dia punya banyak harta.” Ketika ditanya tentang hakekat kemiskinan, Asy Syibli menjawab, "Hakekat kemiskinan adalah bahawa si hamba tidak merasa puas dengan apa pun yang kurang dari Allah SWT."

Manshur bin Khalaf Al-Maghribi menuturkan, "Abu Sahl Al-Khasysyab Al-Kabir mengatakan kepadaku, 'Kemiskinan adalah kemiskinan dan kehinaan.' Aku menjawab,'Bukan, justru katakan, 'Kemiskinan adalah kemiskinan dan kemuliaan." Dia berkata,'Kemiskinan dan lumpur.' Aku membalas, “Bukan, justru katakan "Kemiskinan dan tahta Ilahi."

Syeikh Abu AIi Ad-Daqqaq berpendapat tentang hadith Nabi saw, "Hampir-hampir kefakiran itu menjadi kekufuran" dengan mengatakan,"Bahaya yang dapat timbul dari sesuatu adalah berbanding dengan manfaat lan kebajikan yang terkandung di dalamnya. Apa pun yang sangat bermanfaat dalam dirinya sendiri, mengandung bahaya yang paling besar pada sisi lainnya. Begitulah halnya dengan iman. Kerana ia adalah sifat yang paling baik, maka sebaliknya adalah kekafiran. Kerana bahaya yang terkandung dalam kemiskinan adalah bahawa ia dapat menjadi kufur kepada Allah, maka kita punya pendapat bahawa kemiskinan adalah sifat yang paling mulia."

Al-Murta'isy berkata, "Aku mendengar Al-Junaid mengajarkan, 'Jika engkau bertemu dengan seorang miskin, hadapilah dia dengan kebaikan budimu, bukan dengan ilmumu. Kebaikan budi akan mendekatkannya, sedang ilmu akan menjauhkannya.” Aku bertanya, “Wahai Abul Qasim, apakah ilmu benar-benar menjauhkan orang miskin?” Dia menjawab, “Ya. Jika si orang miskin bersikap benar dalam kemiskinannya, dan engkau mencurahkan ilmumu kepadanya, maka ilmumu itu akan meleleh seperti melelehnya timah kena api.”

Muzaffar Al-Qarmasini berkata, "Orang miskin adalah orang yang tidak memerlukan Tuhan." Ucapan ini mempunyai makna yang samar-samar jika difahami oleh orang yang tidak memahami tujuan sang Sufi. Ucapan ini semata-mata menunjukkan dihentikannya mengajukan tuntutan, berakhirnya pilihan (oleh si miskin), dan kerelaan terhadap apa pun yang dilakukan Allah SWT.

Ibn Khafif menyatakan, "Kemiskinan bererti tidak memiliki harta benda dan meninggalkan tuntutan akan sifat-sifat manusia." Abu Hafs berkata, "Kemiskinan tidaklah sempurna bagi siapa pun sampai dia lebih mengutamakan memberi daripada menerima. Kemurahan hati bukanlah orang yang punya memberi kepada yang tidak punya, melainkan orang yang tidak punya memberi kepada orang yang berpunya."

Ibn Al-Jalla' menyatakan, "Seandainya tidak kerana adanya tujuan lebih agung merendahkan diri di depan Allah, nescaya akan menjadi cara orang miskin untuk berjalan dengan sikap penuh kebanggaan."Yusuf bin Asbat berkata, "Selama empat puluh tahun aku hanya memiliki sehelai baju."

Page 135: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Salah seorang Sufi menuturkan, "Aku bermimpi seolah-olah Hari Kiamat sudah tiba. Sebuah suara mengatakan, “Bawalah Malik bin Dinar dan Muhammad bin Wasi' ke dalam syurga.Maka aku lalu memerhatikan siapa di antara keduanya yang lebih dahulu masuk, dan ternyata orang itu adalah Muhammad bin Wasi'. Ketika aku bertanya mengapa dia didahulukan, dijelaskan kepadaku, 'Dia hanya memiliki sehelai baju, sedangkan Malik dua.'

Muhammad Al-Musuhi berkata, "Orang miskin adalah orang yang tidak memerlukan sesuatu pun dari harta benda duniawi." Sahl bin Abdullah ditanya, "Bilakah orang miskin dapat beristirehat?" Dia menjawab, "Jika dia tidak mengharapkan apa pun bagi dirinya sendiri selain dari saat kini."

Ketika muncul pembicaraan tentang kemiskinan dan kekayaan di hadapan Yahya bin Muadz, dia berkata, "Bukanlah kemiskinan atau kekayaan yang memiliki beratnya timbangan di Hari Perhitungan. Hanya kesabaran dan syukurlah yang akan ditimbang. Jadi kelak akan dikatakan, 'Orang ini bersyukur atau orang ini bersabar."

Diriwayatkan bahawa Allah SWT mewahyukan kepada salah seorang Nabi as, "Jika engkau ingin mengetahui apakah Aku redha denganmu, lihatlah apakah orang miskin rela denganmu." .

Abu Bakr Az-Zaqqaq berkata, "Orang yang tidak mempunyai rasa takut kepada Allah bersama dengan kemiskinannya bererti seluruh makanan yang dimakannya adalah makanan haram.” Dikatakan bahawa orang-orang miskin di pengajian-pengajian Sufyan Ats-Tsauri adalah laksana para bangsawan. Abu Bakr bin Thahir menyatakan, "Di antara ciri-ciri orang miskin adalah bahawa dia tidak punya keinginan terhadap benda-benda duniawi. Kalaupun dia berkeinginan juga, tidak syak lagi bahawa dia pasti akan berkeinginan, maka keinginannya itu tidak melampaui apa yang cukup baginya."

Salah seorang Sufi membacakan syair berikut:

Mereka berkata, "Besok hari raya. Apa yang akan kau pakai?"Kukatakan, "Jubah hehormatan yang diberi-Nya yang mencurahkan cinta dengan penuh kemurahan

hati."

Kemiskinan dan kesabaran, keduanya adalah pakaianku -yang di dalamnya ada satu hati yang untuknya,

Sahabat adalah selalu Hari Jumaat dan Hari Raya sekaligus.

Pakaian yang paling layak untuh menernui Kehasihpada hari berkunjung adalah pakaian yang dicintai-Nya.

Setiap waktu adalah saat berkabung bagiku jikaKau tidak ada, wahai Harapanku,

Hari Raya adalah hari hetika aku melihat dan mendengarsuara-Mu.

Dikatakan bahawa puisi ini dikarang oleh Abu Ali Ar-Rudzbari. Ketika ditanya tentang orang miskin sejati, Abu Bakr Al-Mishri menjawab, “Dia adalah orang yang tidak memiliki sesuatu dan tidak pula

Page 136: Risalah Sufi Imam Qusyairi

berkeinginan memiliki sesuatu." Dzun Nun Al-Mishri berkata, “ Aku lebih menyukai rasa memerlukan yang terus menerus terhadap Tuhan disertai dengan kekhuatiran daripada kesejahteraan yang mantap namun disertai kebanggaan.”

Abu AbduHah Al-Husri menuturkan, “Abu Jaafar Al-Haddad bekerja selama dua puluh tahun, dengan pendapatan satu dinar setiap hari. Wang itu dibelanjakannya untuk orang-orang miskin sementara dia sendiri berpuasa; setelah itu dia akan berkeliling mencari sedekah setelah solat Maghrib untuk berbuka puasa.”

An-Nuri menyatakan, “ Tanda seorang miskin adalah kerelaan manakala dia tidak punya apa-apa dan memberi dengan murah hati apabila dia mempunyai banyak rezeki.”

Muhammad bin AIi Al-Kattani berkata, "Ada seorang pemuda bersama kami di Makkah, yang memakai pakaian lusuh dan bertampal-tampal. Dia tidak pernah ikut serta dalam percakapan kami ataupun duduk bersama kami. Dalam hati aku sangat merasa sayang kepadanya. Suatu ketika aku diberi wang dua ratus dirham dari sumber yang halal. Wang itu kubawa kepadanya, kuletakkan di tepi tikar solatnya dan kukatakan kepadanya, “Wang ini telah datang kepadaku dari sumber yang halal. Belanjakanlah untuk keperluanmu.”

Seraya memandang kepadaku dengan sikap merendahkan, dia mengungkapkan apa yang selama itu tidak kuketahui, "Saya membeli kesempatan untuk dapat duduk bersama Allah SWT dalam pengabdian yang lapang ini dengan harga tujuh puluh ribu dinar dari harta benda dan kebun-kebun saya. Sekarang anda hendak menggelincirkan saya dari keadaan saya sekarang ini dengan wang yang anda tawarkan ini!” Kemudian dia berdiri dan menumpahkan wang itu ke tanah. Aku duduk dan mengumpulkan wang itu dari tanah. Belum pernah aku menyaksikan kegagahan seperti kegagahan pemuda itu ketika dia berjalan pergi ataupun kehinaan seperti kehinaanku ketika aku mengumpulkan wang itu."

Abu Abdullah bin Khafif menyatakan, "Aku belum pernah diwajibkan membayar zakat fitrah pada akhir bulan Ramadhan selama empat puluh tahun, sementara aku diterima dengan penuh penghormatan di kalangan kaum terpilih mahupun kaum awam." Abu Ahmad Ash-Shaghir berkata, "Aku bertanya kepada Abu Abdullah bin Khafif, 'Sebutan apa yang layak untuk seorang sufi, yang lapar selama tiga hari kemudian keluar untuk meminta sedekah sekadar cukup untuk memenuhi keperluannya?” Dia menjawab, “Seorang sufi. Pergi- makan- dan berdiam diri .Jika seorang sufi menggunakan cara ini, kamu semua akan terhina."

Ketika Ad-Duqqi ditanya tentang perilaku buruk di kalangan para sufi di hadapan Allah dalam urusan-urusan mereka, dia berkata, "Perilaku buruk itu adalah kemerosotan mereka dari kemampuan mencari hakekat menjadi upaya mencari ilmu keulamaan." Khair An-Nassaj menuturkan, "Aku memasuki sebuah masjid dan kulihat ada seorang sufi di situ. Ketika dia melihatku, dipegangnya bajuku sambil memohon, "Wahai Syeikh, kasihanilah aku, kerana penderitaanku sangat besar!" Aku bertanya, “Apa yang kau derita?” Dia menjawab, “Aku tidak lagi diberi cubaan, dan selalu dalam keadaan sihat walafiat!” Aku memandangnya, sedang dia diberi orang sedekah.

Abu Bakr Al-Warraq berkata, "Berbahagialah orang yang miskin di dunia dan di akhirat." Ketika ditanya apa maksud perkataannya itu, dia menjawab, "Penguasa di dunia ini tidak menuntut pajak darinya, dan Yang Maha Kuasa di akhirat tidak membuat perhitungan dengannya."

Page 137: Risalah Sufi Imam Qusyairi
Page 138: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 39: TASAWWUF

Kemurnian (atau kesucian, shafa’) adalah sifat yang dikagumi dalam setiap bahasa, dan lawannya, yakni kekotoran, adalah sifat yang sangat tercela.

Abu Huzaifah menuturkan, "Pada suatu hari Rasulullah saw keluar menemui kami dengan wajah pucat, lalu beliau berkata, “Kesucian dunia telah lenyap, hanya tinggal kekotoran belaka. Hari ini, kematian adalah rahmat bagi setiap Muslim.”

Sebutan "sufi" telah menjadi sebutan umum ini bagi kelompok ini. Jadi, seseorang dikatakan seorang sufi dan kelompoknya disebut "Sufiyah." Orang yang berusaha menjadi seperti salah seorang mereka disebut mutashawwif, dan kelompoknya disebut mutashawifah.

Tidak ada etimologi ataupun analogi dengan kata lain dalam bahasa Arab yang dapat diturunkan dari sebutan sufi. Penafsiran yang paling masuk akal adalah bahawa sufi banyak serupa dengan nama diri. Ada orang-orang yang mengatakan bahawa kata sufi diambil dari kata suf (bulu). Jadi, tashawwuf digunakan dengan erti "memakai kain bulu," sebagaimana kata taqammus digunakan dengan erti "memakai baju" (qamis). Itu hanya kemungkinan saja. Tapi sesungguhnya kaum Sufi tidaklah dibezakan kerana memakai pakaian dari bulu. Orang-orang lain mengatakan bahawa kaum sufi berhubungan dengan [orang-orang yang duduk] di serambi (shuffah) di luar masjid Rasulullah saw. Tetapi kata shuffah tidaklah diturunkan dari shufi. Kelompok lain mengatakan bahawa kata shufi, berasal dari kata shafa', yang bererti "kemurnian." Penurunan kata shufi dari shafa' tidaklah mungkin ditinjau dari sudut bahasa.

Sebahagian orang mengatakan bahawa kata shufi berasal dafi shaff yang bererti "jajaran" atau "darjat" kerana kaum Sufi berada di darjat yang paling tinggi disebabkan kebaikan hati mereka. Ini memang benar dari segi erti. Namun kata shufi. tidak dapat menjadi bentuk fa'il (pelaku) dari kata shaff. Kesimpulannya, kelompok ini [kaum Sufi] begitu terkenal sehingga tidaklah perlu mencari analogi atau istilah untuk sebutan bagi mereka.

Setiap orang yang berbicara tentang erti tasawwuf dan siapa yang disebut sufi, adalah berbicara menurut pengalamannya sendiri.

Ketika Muhammad Al-Jurairi ditanya tentang tasawwuf, dia menjelaskan, "Tasawwuf bererti menyandang setiap akhlak yang mulia dan meninggalkan setiap akhlak yang tercela." Al-Junaid rnengatakan, "Tasawwuf ertinya Allah menjadikan engkau mati terhadap dirimu sendiri dan memberimu hidup dalam Diri-Nya." Al-Husain bin Manshur, ketika ditanya tentang sufi, menjawab, "Dia adalah manusia yang berwatak menyendiri. Tidak seorang pun yang menerimanya, dan dia pun juga tidak menerima siapa pun."

Abu Hamzah Al-Baghdadi berkata, "Tanda seorang sufi sejati adalah dia menjadi miskin setelah kaya, mengalami kehinaan setelah dihormati, dan dia menjadi tidak terkenal setelah mengalami kemasyhuran. Tanda seorang Sufi palsu adalah dia menjadi kaya setelah miskin, diberi penghormatan tinggi setelah mengalami kehinaan, dan dia menjadi masyhur setelah tidak terkenal."

Amr bin Utsman Al-Makki ditanya tentang tasawwuf, dan dia menegaskan, "Tasawwuf adalah si hamba berbuat sesuai dengan apa yang paling sesuai pada saat itu." Muhammad bin AIi Al-Qassab menyatakan, 'Tasawwuf terdiri dari akhlak mulia yang diperlihatkan oleh seorang yang mulia di tengah-tengah

Page 139: Risalah Sufi Imam Qusyairi

kumpulan orang mulia." Ketika ditanya tentang tasawwuf, Samnun berkata, "Tasawwuf bererti bahawa engkau tidak memiliki apa pun, tidak pula dimiliki oleh apa pun." Ruwaim berkata tentang tasawwuf, "Tasawwuf ertinya menyerahkan diri kepada Allah dalam setiap keadaan apa pun yang dikehendaki-Nya." Al-Junaid ditanya tentang tasawwuf, dan dia menjelaskan, ''Tasawwuf adalah bahawa engkau berada semata-mata bersama Tuhan tanpa sebarang ikatan [kepada yang lain]."

Ruwaim bin Ahmad Al-Baghdadi berkata, ''Tasawwuf didasarkan pada tiga sifat: memeluk kemiskinan dan bergantung hanya pada Tuhan, mencapai sifat murah hati dan memberi dengan mendahulukan kepentingan orang lain atas kepentingan diri sendiri, dan meninggalkan sikap menentang dan memilih."

Ma'ruf Al-Karkhi menjelaskan, "Tasawwuf ertinya berpegang pada hakekat-hakekat yang tersembunyi dan memutuskan harapan dari semua yang ada di tangan manusia."

Hamdun Al-Qassar berkata, "Bertemanlah dengan para Sufi, kerana mereka melihat alasan-alasan untuk memaafkan perbuatan-perbuatan yang tidak baik, dan mereka tidak terjejas oleh perbuatan-perbuatan baik, sedemikian rupa sehingga mereka akan menganggapmu besar kerana mengerjakannya." Ketika ditanya tentang para penganut tasawwuf, Al-Kharraz menjawab, ''Mereka adalah kelompok manusia yang mengalami kelapangan, yang mencampakkan segala milik mereka sampai mereka kehilangan segala-galanya. Kemudian, mereka diseru oleh rahsia-rahsia yang mengeliling mereka, “Bangkitlah, menangislah kerana kami."

Al- Junaid berkata, "Tasawwuf adalah perang tanpa damai.” Dia juga mengatakan, "Para sufi adalah anggota dari satu keluarga yang tidak dapat dimasuki oleh orang-orang selain mereka." Dia juga menjelaskan lagi "Tasawwuf adalah menyeru Tuhan bersama dengan penumpuan batin, kerohanian yang disertai pendengaran yang penuh, dan tindakan yang digabung dengan mengikuti Sunnah."'

Al-Junaid menyatakan, "Kaum sufi adalah seperti bumi: selalu bersikap baik terhadap keburukan yang dicampakkan kepadanya, namun tidak menumbuhkan apa pun selain kebaikan." Dia juga mengatakan "Seorang sufi adalah bagaikan bumi: baik orang saleh mahupun durhaka berjalan di atasnya. Dia juga seperti awan: memberikan keredupan kepada semua makhluk. Dia seperti air hujan: mengairi segala sesuatu."

Dia juga mengatakan, "Jika engkau melihat seorang sufi menaruh perhatian kepada penampilan lahiriahnya, maka ketahuilah bahawa wujud batinnya rosak." Sahl bin Abdullah berpendapat, "Sufi adalah orang yang tidak akan keberatan jika darahnya ditumpahkan dan harta bendanya diambil."

An-Nuri berkata, "Tanda seorang sufi adalah dia merasa rela apabila tidak punya apa-apa, dan memberi dengan berlimpah tatkala punya banyak." Al-Kattani menegaskan, "Tasawwuf adalah akhlak yang baik. Barangsiapa yang melebihimu dalam akhlak yang baik, bererti ia melebihimu dalam tasawwuf."

Abu Ali Ar-Rudzbari mengatakan, "Tasawwuf adalah tinggal di pintu sang kekasih sekalipun engkau diusir." Dia juga mengatakan, "Tasawwuf adalah sucinya berdekatan [dengan Allah] setelah kotornya berjauhan [dari-Nya].” Dikatakan, "Tasawwuf adalah tangan yang kosong dan hati yang suci." Asy-Syibli mengatakan, "Tasawwuf adalah duduk bersama Tuhan, tanpa peduli [pada yang lain]." Abu Manshur berkata, "Sufi adalah orang yang petunjuknya datang dari Allah SWT kerana sesungguhnya manusia menampakkan sesuatu dari Allah." Asy-Syibli mengatakan, "Sufi terpisah dari manusia dan bersatu dengan Tuhan sebagaimana difirmankan Allah kepada Musa,

Page 140: Risalah Sufi Imam Qusyairi

م59 �ن ه� م* Tه ه� ن2 ه� Aه pن ه�ٱ

Dan Aku telah memilihmu untuk Dri-Ku. (Ta-Ha: 41)

Dan memisahkannya dari yang lain. Kemudian Dia berfirman kepadanya,

ع�bا ذ qه ۥ Iه ه( ه2 ه� مل ه� ه] ن( م* ۥ Iه ه�" Dه ـ5 )� ه ه] ه; ه�)ا ه( ه� � م�5‌ ـ0 ه ه; vه نو ه9 ه� ۥ Iه ه: هmا ه� � ه Nه ه� ن[ ٱ Hم م�ا ه� مل ه� ه] ن* ٱ ه*5 م�� ن ه� ٱ: م� م8 ـ� ه* ه� م�5 ـ0 ه ه; ه*� Bه ه-ا � ‌Tه ن4 ه* م�� ن ه� ه#�: ا5 م: Dم ه#� xل Dه Bه ه-ا ۥ Iه ه�" Dه ۥ Iه ه) )� ه Vه ه� ه�ا م� ـ� Nه م)4 م* ـ5 ه[ ه�و ه. اا ه� ه�)ا ه* ه� ه� م�4 م� ن' ه) ن* ٱ Bه �� ه ه#� اا ه: ه#� ه� Tه ن4 ه* م�� ه& ن� ه; Tه ه� ـ� �ه ن� ه[ Bه ه-ا ه� ه�ا ه#� اا ه�) ه( ه� � عNا‌ ذ م2 pه ـ5 ه[ ه�و � ه ه= ه�  

Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku) (Al-A'raf: 143)

Asy-Syibli juga mengatakan, "Para Sufi adalah anak-anak di pangkuan Tuhan," -"Tasawwuf adalah kilasan kilat yang menyala," dan "Tasawwuf terlindung dari menaruh perhatian kepada makhluk." Ruwaim menyatakan, “ Para Sufi akan tetap penuh dengan kebaikan selama mereka bertengkar satu dengan yang lain. Tapi segera setelah mereka berdamai, maka tidak ada lagi kebaikan pada mereka."

Al-Jurairi mengatakan, "Tasawwuf bererti menyucikan kesedaran yang hidup atas keadaan-keadaan diri sendiri dan berpegang pada perilaku yang benar,'' Al-Muzayyim menegaskan, "Tasawwuf adalah penyerahan kepada Tuhan." Abu Turrab An-Nakhsyabi menyatakan, "Seorang sufi tidaklah dikotori oleh sesuatu pun, [tapi sebaliknya] segala sesuatu dijadikan suci olehnya."

Dikatakan, "Pencarian tidaklah meletihkan sang sufi, dan hal-hal duniawi tidaklah mengganggunya." Ketika Dzun Nun Al-Mishri ditanya tentang kaum Sufi, dia menjawab, "Mereka adalah kelompok manusia yang mengutamakan Allah SWT di atas segala-galanya dan yang diutamakan oleh Allah di atas segala makhluk." Al-Wasiti mengatakan, "Mula- mula para Sufi diberi petunjuk-petunjuk yang jelas kemudian petunjuk-petunjuk itu menjadi hanya sekadar gerakan-gerakan saja, dan sekarang tidak ada sesuatu pun yang tinggal selain kesedihan.”

An-Nuri ditanya tentang sufi, dan dia menjawab "Sufi adalah manusia yang mendengar pendengaran dan yang mengutamakan sebab-sebab [keselamatan] [yang direstui]." Abu Nasr As-Sarraj menuturkan, "Aku bertanya kepada Al-Husri, "Siapakah, menurutmu, yang disebut sufi?" Dia menjawab, "Bumi tidak membawanya, dan langit pun tidak menaunginya." Dengan ucapannya ini Al-Husri merujuk kepada terhapusnya sang sufi. Dikatakan, "Sufi adalah orang yang manakala disogok dua keadaan atau dua akhlak yang baik, dia akan memilih yang lebih baik di antaranya."

Asy-Syibli ditanya, "Mengapa para sufi itu disebut sufi?" Dia menjawab, "Hal itu kerana adanya bekas-bekas diri yang tertinggal pada mereka. Jika bukan demikian halnya, nescaya tidak akan ada nama yang

Page 141: Risalah Sufi Imam Qusyairi

dilekatkan pada mereka." Ibn Al-Jalla' ditanya, "Siapakah yang disebut sufi?" Dia menjawab, "Kita tidak mengenal mereka dengan keadaan yang ada dalam ilmu pengetahuan. Tapi kita tahu bahawa mereka adalah orangorang yang miskin, sama sekali tidak memiliki kebanggaan duniawi. Mereka bersama Tuhan tanpa terikat pada suatu tempat, tetapi Allah SWT tidak menghalangnya dari mengenal semua tempat. Itulah yang disebut Sufi."

Salah seorang Sufi menyatakan, "Tasawwuf bererti kehilangan kemuliaan dan darjat serta menghitamnya muka di dunia dan di akhirat." Abu Ya'qub Al Mazabili menjelaskan, "Tasawwuf adalah keadaan di mana semua penghargaan manusia pudar" Abul Hasan As-Sirwani mengatakan, "Sufi adalah dia yang perhatiannya hanya pada keadaan-keadaan yang diilhamkan, bukan dengan lafaz-lafaz dzikir dan bacaan-bacaan."

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, "Perkara paling baik yang pernah dikatakan tentang masalah ini adalah, “Jalan [Sufi] ini hanya sesuai untuk orang-orang yang jiwanya telah digunakan Tuhan untuk menyapu kotoran binatang.” Kerana alasan ini Abu Ali pada suatu hari menyatakan, "Seandainya sang sufi tidak punya apa-apa lagi yang tersisa selain jiwanya, dan jiwanya itu ditawarkannya kepada anjing-anjing di pintu ini, nescaya tidak seekor pun yang akan menaruh perhatian kepadanya." Syeikh Abu Sahl As-Su'luki berkata, "Tasawwuf adalah berpaling dari keberatan-keberatan batin [terhadap apa yang ditetapkan Tuhan]."

Al-Husri berpendapat, "Sang sufi tidaklah ada setelah ketiadaannya, tidak pula dia tidak ada setelah keberadaannya." Ucapan ini tidak mudah difahami. Kata-kata "Dia tidaklah ada setelah ketiadaannya" bererti bahawa setelah cacat-cacatnya hilang, cacat-cacat itu tidaklah kembali lagi. Perkataan "Tidak pula dia tidak ada setelah keberadaannya" bererti bahawa dia sama sekali berhubung kepada Tuhan, dia tidak merosot kepada darjat ummat manusia pada umumnya, hingga kejadian-kejadian dunia tidaklah mempengaruhinya.

Dikatakan, "Sang sufi terhapus dalam kilasan yang diterimanya dari Allah." Dikatakan pula, "Sang sufi dibanjiri oleh limpahan Ilahi dan ditabiri oleh prilaku kehambaan." Juga dikatakan. “Sufi itu tidak berubah. Tapi seandainya dia berubah juga, dia tidak akan bersedih." Al-Kharraz menuturkan, "Aku sedang berada di masjid Qairuwan pada suatu hari Jumaat. Kulihat seorang laki-laki berjalan di antara saf-safjamaah sambil berkata, “Berilah saya sedekah, kerana saya adalah seorang sufi, dan saya telah menjadi lemah.” Maka aku pun menawarkan sedikit sedekah kepadanya tapi dia lalu berkata kepadaku, “Tinggalkan saja aku; celaka engkau! Ini bukanlah yang kucari.” Dan dia tidak mahu menerima sedekah itu."

Page 142: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 40: PERILAKU YANG BENAR (ADAB)

ـ5 ه% uه ه�ا ه� ه ه! ه� ن* ٱ ه� ه�� ه�ا  

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya) dan tidak pula melampaui batas. (An-Najm: 17)

Dikatakan bahawa ayat ini bererti , “Nabi melaksanakan adab di hadrat Allah.”

Hه �ه ه� ن' هي ه�ا Hه ه(و ه2 �ن هي ه� ن< �ه ه ه� ه#� اا ه� Iه )� ه ٱ* Hه ه!و ن2 هي ه� ا qf ذ ه�� cم �f ذ هhا Fم Cf ه8 eم� ـ� ا ه( ه� ه3ا ن4 ه( ه6 jه Dه ه]ا �م ن* ه�ٱ ه ��ا ه ٱ* ه�ا qه ه-و ه� �Dع ذ ه:ا ن< ه8 م(4 �ن ه#� ه� ن< ه8 ه9 �ه ه#�: و� او ه- و� ه�و ه� ه.� ه� م?ي *� ه ٱ ه3ا ه�ي ه#ا ـ� ا هي  

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)

Pendapat tentang ini, Ibn Abbas mengatakan, "Didiklah dan ajarlah mereka adab.”

Diriwayatkan oleh Aisyah ra bahawa Nabi saw telah berkata, "Hak seorang anak atas bapaknya adalah si bapak hendaknya memberikan nama yang baik, memberinya susu yang suci dan banyak, serti mendidiknya dalam adab dan akhlak.”

Sa'id bin Al-Musayyib berkata, “ Barangsiapa yang tidak mengetahui hak-hak Allah SWT atas dirinya dan tidak pula mengetahui dengan baik perintah-perintah dan larangan-larangan-Nya, bererti tidak mempunyai cara menuju adab.

Nabi saw berkata, “ Allah telah mendidikku dalam adab dan menjadikan pendidikanku istimewa.”

Hakikat adab adalah gabungan dari semua akhlak yang baik. Jadi oang yang beradab adalah orang yang pada dirinya didapati gabungan semua akhlak yang baik, dari sini muncul istilah ma’dubah yang bererti "jamuan makan," yakni berkumpul untuk makan-makan.

Syeikh Abu AIi Ad-Daqqaq berkata, "Seorang hamba akan mencapai syurga dengan mematuhi Allah. Dia akan mencapai Allah dengan mempraktekkan adab dalam mematuhi-Nya." Beliau juga mengatakan, "Aku melihat seseorang yang mahu menggerakkan tangannya untuk menggaruk hidungnya dalam solat, namun tangannya terhenti." Jelas bahawa yang beliau maksudkan adalah diri beliau sendiri, sebab adalah mustahil melihat [dalam solat] bahawa tangan orang lain terhenti ketika hendak digerakkan.

Syeikh Abu Ali Ad'Daqqaq tidak pernah bersandar pada apa pun jika sedang duduk. Pada suatu hari beliau sedang berada dalam suatu kumpulan, dan saya ingin menempatkan sebuah bantal di belakang beliau sebab saya lihat beliau tidak punya tempat sandaran. Setelah saya meletakkan bantal itu di belakang beliau, beliau lalu bergerak sedikit untuk menjauhi bantal itu. Saya mengira beliau tidak suka akan bantal itu kerana ia tidak bersarung - tetapi beliau lalu menjelaskan, "Aku tidak menginginkan sandaran." Setelah itu saya merenungkan keadaan beliau dan [menyedari] bahawa beliau memang tidak pernah mahu bersandar pada apa pun [selain kepadan-Nya].

Page 143: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Al-Jalajili Al-Bashri berpendapat, "Menegaskar tauhid menuntut keimanan. Jadi orang yang tidak punya iman tidak akan dapat menegaskan tauhid. Iman menuntut [kepatuhan kepada] syariat. Jadi orang yang tidak mematuhi syariat bererti tidak mempunyai iman, tidak pula dia menegaskan tauhid. Mematuhi syariat menuntut adab. Jadi orang yang tidak mempraktekkan adab tidak akan dapat mematuhi syariat, memilik iman, ataupun menegaskan tauhid."

Ibn'Atha' berkata, "Adab bererti engkau sibuk dengan hal-hal yang terpuji." Seseorang bertanya, “Apa yang anda maksudkan?" Dia menjawab, "Maksudku, engkau harus beradab kepada Allah baik secara lahir mahupun batin. Jika engkau berprilaku demikan, engkau akan memiliki adab, sekalipun bicaramu tidak seperti bicaranya orang Arab.”

Kemudian, dia membacakan syair:

Manakala dia berbicara, dia memperlihatkan kefasihan penuh.Jika dia diam, pun tetap fasih.

Abdullah Al-Jurayri menuturkan, "Selama dua puluh tahun dalam ‘uzlah-ku belum pernah aku melunjurkan kaki satu kali pun. Melaksanakan adab terhadap Tuhan adalah jalan yang terbaik.

Syeikh Abu AIi Ad-Daqqaq menyatakan, “Orang yang bersekutu dengan raja-raja dan memperlihatkan perilaku yang tidak patut akan dijerumuskan kepada kematian oleh kebodohannya sendiri.”

Diriwayatkan ketika Ibn Sirin ditanya, "Adab yang bagaimana yang akan menjadikan orang lebih dekat dengan Allah?” Dia menjawab,"Memiliki pengetahuan langsung mengenai Ketuhanan-Nya, berbuat- kerana patuh kepada-Nya, dan bersyukur kepada-Nya atas kesejahteraan [yang dianugerahkanNya] dan bersabar dalam menjalani penderitaan.” Yahya bin Muadz berkata, "Jika seorang Arif meninggalkan adab di hadapa sumber makrifatnya, nescaya dia akan binasa bersama mereka yang celaka''

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqa'q menyatakan. "Meninggalkan adab mengakibatkan pengusiran. Orang yang berperilaku buruk di balairung akan dikirim kembali ke pintu gerbang. Orang yang berperilaku buruk di pintu gerbang akan dikirim untuk menjaga binatang.”

Seseorang berkata kepada Hassan Al-Basri' "Begitu banyak yang telah dikatakan tentang berbagai ilmu berhubung dengan adab. Yang mana di antaranya yang paling bermanfaat di dunia dan paling berkesan untuk [memperoleh pahala yang baik] di akhirat?" Dia menjawab, "Mempelajari agama, berlaku sederhana dalam kehidupan dunia, dan mengetahui apa kewajipan-kewajipanmu terhadap Allah SWT."

Yahya bin Muadz berkata, "Orang yang mengetahui dengan baik adab terhadap Allah SWT akan menjadi salah seorang yang dicintai Allah." Sahl mengatakan, "Para Sufi adalah mereka yang meminta pertolongan Allah dalam [melaksanakan] perintah-perintah-Nya dan yangsentiasa memelihara adab terhadap-Nya."

Ibn Al-Mubarak berkata. "Kita lebih memerlukan sedikit adab daripada sejumlah besar pengetahuan.” Dia juga mengatakan, "Kita mencari ilmu tentang adab setelah mereka yang mengajarkannya meninggal dunia." Dituturkan, "Ada tiga perkara yang akan membuat orang merasa asing di suatu tempat]:

Page 144: Risalah Sufi Imam Qusyairi

menghindari orang yang berakhlak buruk, memperlihatkan adab, dan menahan diri dari menyakiti hati orang.”

Syeikh Abu Abdullah Al-Maghribi membacakan baris-baris syair berikut ini tentang masalah adab:

Tiga hal menghiasi seorang asing manakala dia jauh dari kampung halamannya:Pertama, menjalankan adab,

kedua berakhlak baik dan-ketiga menjauhi orang-orang yang berakhlak buruk.

Ketika Abu Hafs tiba di Baghdad, Al-Junaid mengatakan kepadanya, "Engkau telah mengajar sahabat-sahabatmu untuk berperilaku seperti raja-raja!” Abu Hafs menjawab, "Memperlihatkan perilaku yang sempurna pada segi lahiriah adalah tanda adanya perilaku yang sempurna dalam batinnya." Abdullah bin Al-Mubarak berkata, "Melaksanakan adab bagi seorang arif adalah seperti halnya taubat bagi para murid.

Manshur bin Khalat menuturkan, "Seseorang mengatakan kepada seorang sufi, “Alangkah jeleknya perilakumu!” Si sufi menjawab, “Aku tidak mempunyai perilaku buruk.” Orang itu bertanya, “Siapa yang mengajarmu adab?” Si sufi menjawab, “Para sufi."

Abu An-Nasr As-Sarraj mengatakan, "Manusia dapat dibahagi dalam tiga kategori berkenaan dengan adab: Manusia duniawi mengambil berat dengan penyempurnaan bahasa dan adab dalam menggunakannya, dengan gaya dan menghafalkan ilmu-ilmu pengetahuan, dengan nama-nama kerajaan, dan dengan syair. Manusia yang beragama memberi perhatian kepada melatih jiwa, mendidik bidang-bidang lahiriah manusia, menjaga batas-batas yang ditetapkan Allah, dan meninggalkan hawa nafsu. Kaum terpilih memberi perhatian kepada pembersihan hati, menjaga rahsia, setia kepada sumpah, berpegang pada saat kini, menghentikan perhatian kepada fikiran-fikiran yang sesat, dan menjalankan adab pada saat-saat meminta ke hadrat Allah, dan dalam tahap-tahap berdekatan [dengan-Nya].

Driwayatkan bahawa Sahl bin Abdullah mengatakan, “Orang yang menundukkan jiwanya dengan adab bererti telah menyembah Allah dengan tulus." Di katakan, "Kesempurnaan adab hanya dicapai oleh para nabi dan penegak kebenaran (shiddiqin)." Abdullah bin Al-Mubarak menegaskan, "Orang berbeza pendapat mengenai apa yang disebut.adab. Kami katakan, “Adab adalah ilmu tentang jiwa."

Asy-Syibli berkata, "Ketidakmampuan menahan diri dalam berbicara dengan Allah SWT bererti meninggalkan adab." Dzun Nun Al-Mishri berpendapat, "Perilaku seorang arif adalah lebih baik daripada perilaku siapa pun yang lain, sebab dia telah dididik dalam berperilaku oleh sumber makrifatnya."

Salah seorang sufi mengatakan, "Allah SWT berfirman, “Aku telah menjadikan adab mengikat orang yang kujadikan menyandang nama-nama dan sifat-sifat-Ku. Aku telah menjadikan kebinasaan mengikat bagi orang yang terhalang dari hakekat Dzat-Ku.” Maka pilihlah mana engkau sukai: adab atau kebinasaan.

Suatu hari Ibn'Atha' menjulurkan kakinya ketika dia sedang berada bersama sahabat-sahabatnya dan berkata, “Meninggalkan adab di tengah-tengah kaum yang beradab adalah tindakan yang beradab” Pernyataan ini didukung oleh hadith yang menceritakan Nabi saw sedang berada bersama Abu Bakar

Page 145: Risalah Sufi Imam Qusyairi

dan Umar pada suatu hari ketika Utsman datang menjenguk betiau. Nabi menutupi paha beliau dan berkata' "Tidakkah aku harus merasa malu di hadapan orang yang di hadapannya para malaikat merasa malu?" Dengan ucapannya itu Nabi menunjukkan bahawa betapapun beliau menghargai keadaan Utsman, namun keakraban antara beliau dengan Abu Bakr dan Umar Iebih beliau hargai.

Mendekati makna riwayat ini adalah syair berikut:

Aku berbuat penuh kesantunan,namun jika aku duduk bersama mereka yang memiliki kesetiaan dan kehormatan,

Maka kubebaskan diriku ke dalam cara wujudnya yang spontan.Dan aku berbicara secara terbuka, tanpa malu-malu.

Al-Junaid menyatakan, "Manakala cinta seseorang telah bersemi, ketentuan-ketentuan mengenai adab disingkirkan. Tetapi Abu Utsman mengatakan, "Manakala cinta seseorang telah bersemi, berpegang pada adab merupakan tuntutan bagi si pencinta"

An-Nuri menegaskan, "Barangsiapa yang tidak menjalankan adab di saat kini akan menemui keadaan yang menjijikkan." Dzun Nun Al-Mishri berkata, "Jika seorang murid dalam jalan Sufi berpaling dari adab maka dia akan dikirim ke tempat dari mana dia datang." Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq memberikan penjelasan mengenai ayat,

ه� م)4 Mم ٲ� ه ٱ* ه< Mه Dن ه#� ه& ه#�: ه� ه� ه�$ ٱ* ه5 م� ه�9 ه� ل:5 ه#� ۥ Iه "� ه Dه ـى qه ه:ا Lن م�� xه ه�يو ه#� ه�

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (Al-Anbiya': 83)

"Ayub tidak mengatakan “Kasihanilah aku!” sebab die menjaga adab dalam berbicara kepada Tuhan." Dengan cara yang sama, 'Isa as mengatakan,

ه< م48 �ه ن* ٱ Pه مPي ه2 ن* ٱ ه& ه#�: Tه :� ه م�ا ه� ن< ه� ه* ن �م ن% ه; Hم�� ه� � ‌ ه qه ه�ا م6 ن< ه3 :� ه م�ا ه� ن< ه3 ن" ل? ه2 ه; Hم��  

Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Maidah: 118)

ه�ا ه< ه( ن2 ه; � ۥ‌ Iه ه� ن) م( ه6 ن� Nه ه� ۥ Iه ه� ن( ه- ه& �Vه Hم�� � ‌lق �ه م" م*5 sه ن4 ه* ه�ا Bه ه-و ه#� Hن ه#� ا5 م* Hه ه8و هي ه�ا Tه ه� ـ� �ه ن� ه[ Bه ه-ا � ‌Iم )� ه ٱ* Hم �qه م�� م� ن4 ه� ـ� ه* م�� ه5 ل� ه#� ه� م:5 ه?� م7 ;� ه ٱ م ��ا ه م*( ه& ن( ه- ه& ه#�: ه. ه< هي ن ه� ه� ن" ٱ ه59 م42 ـ� هي Iه )� ه ٱ* Bه ه-ا Lن م�� ه� xم ه4و ه% ن* ٱ ه< ـ� )� ه ه6 ه& ه#�: Tه :� ه م�� � ‌Tه م9 �ن ه: م�5 ه�ا ه< ه( ن6 ه#� اا ه ه� م59 �ن ه: م�5  

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? Nabi Isa menjawab: Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib. (Al-Maidah: 116)

Page 146: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Isa tidak mengatakan, "Aku tidak pernah mengatakan seperti itu!" kerana kecermatannya dalam menjaga adat di hadapan Tuhannya.

Al-Junaid menuturkan, “Pada suatu hari Jumaat, seorang laki-laki yang saleh datang kepadaku dan meminta, “Kirimlah salah seorang sufi kepadaku untuk memberikan kebahagiaan kepadaku dengan cara makan bersamaku.” Aku pun lalu melihat ke sekitarku, dan kulihat seorang sufi yang aku harapkan. Kupanggil dia dan kukatakan kepadanya, “Pergilah bersama syeikh ini dan berilah kebahagiaan kepadanya.”

Tidak lama kemudian orang itu kembali kepadaku dan berkata, “Wahai Abul Qasim, sufi itu hanya makan sesuap saja dan kenmudian pergi meninggalkan aku!” Aku menjawab, “Barangkali kamu mengatakan sesuatu yang menyakit hatinya.”

Dia menjawab, “Aku tidak mengatakan apa-apa.” Aku berpaling dan menemui si sufi yang sedang duduk dekat kami dan aku bertanya kepadanya, “ Mengapa engkau tidak membiarkannya bahagia [dengan menjamin dirimu] ?' Dia menjawab, “Wahai Syeikh, saya meninggalkan Kufah dan pergi ke Baghdad tanpa makan sesuatu pun. Saya tidak ingin kelihatan tidak sopan di hadapan anda kerana kemiskinan saya dan terpaksa meminta makan kepada anda, tetapi ketika anda memanggil saya [untuk pergi bersama syeikh ini], saya gembira kerana anda mengetahui keperluan saya sebelum saya mengatakan apa-apa. Saya pun pergi bersamanya, sambil mendoakan kebahagiaan syurga baginya. Ketika saya duduk di meja makannya, dia menyajikan makanan dan berkata, "Makanlah ini, kerana aku menyukainya lebih dari wang sepuluh ribu dirham." Ketika saya mendengar ucapannya itu, tahulah saya bahawa aspirasinya rendah sekali. Kerana itu, saya tidak suka makan makanannya.” Aku menjawab, “Tidakkah aku telah mengatakan kepadamu bahawa engkau bertindak tidak beradab dengan tidak membiarkannya bahagia?”

Dia berkata, “Wahai Abul Qasim, saya bertaubat!” Maka aku pun lalu menyuruhnya kembali kepada orang saleh itu dan menggembirakan hatinya.”

Page 147: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 41: MENGENAL ALLAH (MAKRIFAH)

Diriwayatkan oleh Aisyah ra bahawa Nabi saw telah mengatakan, "Landasan sebuah rumah adalah asasnya. Landasan agama adalah pengenalan langsung terhadap Allah, keyakinan, dan akal yang menjaga dari kekeliruan." Aisyah lalu bertanya, "Semoga ayah dan ibuku menjadi tebusanmu, apakah akal yang menjaga dari kekeliruan itu?" Beliau menjawab, "Menahan diri dari ketidak-patuhan terhadap Allah dan bersemangat dalam mentaati-Nya."

Ditinjau dari segi bahasa, para ulama mengertikan makrifat (ma'rifah) sebagai ilmu ('ilm). Jadi dalam pandangan mereka semua ilmu adalah makrifat, dan semua makrifat adalah ilmu, dan setiap orang yang mempunyai ilmu (alim) tentang Tuhan adalah seorang arif (ahli makrifat), dan sebaliknya.

Tetapi di kalangan Sufi, makrifat adalah sifat dari orang yang mengenal Allah SWT dengan nama-nama serta sifat-sifat-Nya dan berlaku tulus kepada Allah dengan perbuatan-perbuatannya, yang lalu mensucikan dirinya dari sifat-sifat yang rendah serta cacat-cela, yang berdiri lama di pintu, dan yang sentiasa mengundurkan hatinya (dari hal-hal duniawi). Kemudian dia menikmati berdekatan dengan Tuhan, yang mengukuhkan ketulusannya dalam semua keadaannya.

Godaan jiwanya berhenti, dan dia tidak mencondongkan hatinya kepada fikiran apa pun yang akan memancing perhatiannya kepada selain Allah, sebab, ketika dia menjadi orang asing bagi manusia dan bebas dari petaka-petaka jiwanya, ketika dirinya telah suci dari rasa gembira, dan perhatian terhadap selain Allah, ketika munajat-munajatnya dengan Allah SWT secara rahsia bersifat berterusan, ketika dia yakin akan setiap kilasan dari Allah dan akan kembalinya dia kepada-Nya, dan ketika Allah SWT mengilhamkannya dengan membuatnya menyedari akan rahsia-rahsia-Nya mengenai takdirnya, maka dia pada saat itu, disebut seorang arif dan keadaannya disebut makrifat' Singkatnya, darjat makrifat yang akan dicapainya ditentukan oieh darjat di mana dia terasing dari dirinya sendiri.

Manakala para syeikh berbicara tentang makrifat, maka masing-masing dari mereka mengemukakan pengalamannya sendiri dan menunjukkan apa yang datang kepadanya pada saat tertentu.

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, "Salah satu tanda makrifat adalah dicapainya rasa gentar. Bagi orang yang makrifatnya meningkat, maka rasa gentarnya kepada Allah juga meningkat."

Beliau juga menyatakan, "Makrifat membawa ketenteraman dalam hati, sebagaimana pengetahuan membawakan kedamaian. Jadi, orang yang makrifatnya bertambah, maka bertambah pula ketenteramannya."

Asy-Syibli berpendapat, "Bagi sang arif, tidak ada ikatan, bagi sang pencinta tidak ada kesedihan, bagi sang hamba tidak ada tuntutan, bagi orang yang takut kepada Allah tidak ada kelegaan, dan bagi setiap orang tidak ada jalan lari dari Allah." Ketika Asy-Sibli ditanya tentang makrifat, dia menjawab: “Yang pertama daripadanya adalah Allah SWT dan yang terakhir tidak mempunyai hujung.”

Abu Hafs berkata, "Sejak aku mencapai makrifat, tidak ada lagi kebenaran atau pun kebatilan yang memasuki hatiku."

Ucapan Abu Hafs ini tidak mudah difahami. Mungkin sekali Abu Hafs menunjukkan bahawa dalam pandangan sufi, makrifat menjadikan si hamba kosong dari dirinya sendiri kerana dia dilimpahkan oleh

Page 148: Risalah Sufi Imam Qusyairi

dzikir kepada-Nya dan dengan demikian tidak melihat apa pun selain Allah SWT, tidak pula dia berpaling kepada selain Dia. Sebagaimana seorang yang berakal berpaling kepada hati dan bahagian-bahagian bayangan dan ingatannya berkenaan dengan fikiran-fikiran yang datang ke dalam benaknya atau keadaan-keeadaan yang ditemuinya, maka sandaran sang arif adalah Tuhannya. Jika seseorang disibukkan dengan Tuhannya semata, maka dia tidak akan berpaling kepada hatinya sendiri. Lebih jauh, bagaimana mungkin masalah tersebut memasuki hati seseorang yang tidak punya hati? Ada perbezaan antara orang yang hidup dengan hatinya dan orang yang hidup dengan Tuhannya.

Ketika ditanya tentang makrifat, Abu Yazid menjawab,

Hه ه(و ه2 �ن هي Tه م* ه?ٲ Vه ه� � ‌Cع ذ *� ه Lم ه#� اا ه� م( �ن ه#� jه P� ه م6 ه#� و� او ه( ه2 ه� ه� ه�ا ه�� ه9 ن� ه#� Cع هي ن ه- و� ه(و ه= qه �Lه م�� ه ه(و ه) ن* ٱ Hه� م�� ن& ه* ه-ا  

Raja perempuan itu berkata: Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan. (An-Naml: 34)

Inilah erti yang dimaksud oleh Abu Hafs. Abu Yazid menyatakan, "Manusia mempunyai keadaan-keadaan, tapi sang arif tidak. Sifat-sifat manusiawinya terhapus dan dzatnya telah berubah menjadi dzat lain. Sifat-sifatnya telah hilang kerana sifat-sifat dari selain dirinya telah menggantikannya.”

Al-Wasiti berkata, "Makrifat tidaklah sahih jika dalam diri si hamba masih ada rasa kepuasan dengan Tuhan dan keperluan terhadapNya." Dengan ucapan ini Al-Wasiti memaksudkan keperluan dan kepuasan adalah tanda-tanda ketenangan dan kewarasan jiwa pada diri si hamba dan tanda-tanda tetapnya sifat sifatnya, kerana keperluan dan kepuasan adalah di antara sifat-sifatnya; tetapi sang arif lebur dalam sumber makrifatnya. Bagaimana dapat makrifatnya menjadi sahih, sementara dia lebur dalam wujud-Nya atau terserap dalam menyaksikan-Nya, tetapi belum sepenuhnya mencapai wujud dan masih dipisahkan oleh kesedaran akan sifat apa pun yang mungkin dimilikinya?

Kerana alasan ini, Al-Wasiti juga mengatakan, “Barangsiapa memiliki pengetahuan langsung tentang Allah, bererti terputus; dia menjadi bisu dan tidak berkemampuan.”

Nabi saw menyatakan, “Aku tidak dapat memuji-Mu secukupnya.”

Ucapan ini merujuk kepada mereka yang tujuannya jauh. Mengenai mereka yang puas dengan sesuatu yang lebih mudah dicapai, mereka telah berbicara tentang makrifat dengan cukup panjang lebar.

Ahmad bin 'Asim Al-Antaki berkata, “ Semakin orang mengenal Tuhan, semakin dia takut pada-Nya.” Salah seorang sufi menyatakan, "Barangsiapa mengenal Allah SWT nescaya merasa sakit akan wujudnya sendiri, dan bumi dengan keluasannya terasa sempit baginya.” Dikatakan, “Barangsiapa mengenal Allah, maka penghidupan akan menggembirakan baginya dan hidup menyenangkan; segala sesuatu gentar kepadanya, dia sendiri tidak takut pada seuatu pun di antara makhluk-makhluk Allah, dan dia menjadi akrab dengan Allah SWT.”

Dikatakan, “Barangsiapa mengenal Allah, maka keinginan kepada harta benda akan meninggalkannya, dan dia tidak terikat ataupun terpisah dari mereka.” Dikatakan juga, “Makrifat mendatangkan rasa malu dan sikap memahasucikan Tuhan, sebagaimana mengeaskan tauhid mendatangkan kerelaan dan kepasrahan kepada Tuhan.”

Page 149: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ruwaim berpendapat, "Makrifat adalah cermin sang arif. Jika dia menatapnya, nampaklah junjungannya." Dzun Nun Al-Mishri menuturkan, "Roh para nabi berlumba di padang makrifat, dan roh Nabi kita saw memimpin mereka semua (semoga Allah melimpahkan kesejahteraan kepada mereka) ke lembah kesatuan." Dia juga mengatakan, "Perilaku sang arif (terhadap orang lain) adalah seperti perilaku Allah SWT - dia bersabar terhadapmu kerana dia meniru sifat-sifat Allah." Ibn Yazdanyar ditanya, "Bilakah seorang arif menyaksikan Allah SWT?" Dia menjawab, "Ketika Saksi terungkapkan, saranan penyaksian lenyap, pancaindera musnah dan ketulusan melebur."

Al-Husain bin Manshur berkata, “Apabila si hamba mencapai tahap makrifat, Allah bahkan menjadikan fikiran-fikirannya yang menyimpang sebagai sarana ilham, dan Dia menjaga batinnya agar fikiran-fikiran tentang selain Dia tidak muncul di situ." Dia juga mengatakan, “Tanda seorang arif adalah bahawa dia kosong dari dunia ini mahupun dari akhirat." Sahl bin Abdullah mengatakan, "Darjat paling tinggi dalam makrifat adalah kekecewaan dan kebingungan."

DzunNun Al-Mishri menegaskan, "Orang-orang yang paling mengenal Allah adalah yang paling besar kebingungannya tentang diri-Nya."Seorang laki-laki berkata kepada Al-Junaid, "Di antara para'arifin, ada sebahagian yang mengatakan, “Meninggalkan setiap macam kegiatan adalah bahagian dari kesalehan dan kebajikan." Al-Junaid menjawab, "Mereka itu adalah orang-orang yang mengusulkan agar meninggalkan semua amalan, yang menurut pendapatku merupakan kekeliruan serius. Pencuri dan penzina berkeadaan lebih baik dari mereka, sebab sang arif memperoleh amal-amal dari AIIah SWT dan mereka kembali kepada Allah melalui amal-amal tersebut. Seandainya aku hidup seribu tahun, aku tidak akan mengurangi pelaksanaan amal kesalehanku sedikit pun."

Ditanya kepada Abu Yazid, "Dengan apa engkau mencapai makrifat?" Dia menjawab, "Melalui perut yang lapar dan tubuh yang telanjang." Abu Ya'qub An-Nahrajuri menuturkan, "Aku bertanya kepada Abu Ya'qub As-Susi, “Apakah sang arif bersedih kerana sesuatu selain Allah SWT?” Dia menjawab, "Dan apakah dia melihat sesuatu selain Dia yang kerananya dia mungkin bersedih?” Aku lalu hertanya,"Lantas, dengan mata yang mana dia melihat benda-benda?" Dia menjawab, "Dengan mata peleburan dan kelenyapan."

Abu Yazid berkata, "Sang arif terbang dan sang Zahid berjalan kaki." Dikatakan, "Mata sang arif menangis, tetapi hatinya tertawa." Al-Junaid menyatakan, "Seseorang tidak akan menjadi arif sampai dia menjadi seperti bumi: diinjak oleh orang yang saleh mahupun yang jahat, dan sampai dia menjadi seperti awan: menaungi semua makhluk, dan sampai dia menjadi seperti hujan: menyirami segala sesuatu, baik yang menyintainya mahupun yang membencinya."

Yahya bin Muadz menyatakan, "Sang arif meninggalkan dunia ini tanpa mencapai tujuannya dalam dua hal: menangisi dirinya sendiri dan memuji Tuhannya SWT."

Abu Zaid berkata, "Mereka mencapai makrifat hanya dengan mengorbankan apa yang mereka miliki dan tinggal dengan apa yang Dia miliki." Yusuf bin Ali menegaskan, "Seseorang tidak akan menjadi arif sejati sampai seandainya kerajaan Sulaiman as diberikan kepadanya, kerajaan itu tidak memalingkan perhatiannya sesaat pun dari Allah."

Ibn Atha' men' jelaskan, "Makrifat dibangun dengan tiga tiang: rasa gentar, malu dan keakraban."

Page 150: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dzun Nun Al-Mishri ditanya, "Dengan apa engkau mengenal Tuhanmu'!" Dia nenjawab, "Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku. Kalaulah tidak kerana Tuhanku, nescaya aku tidak akan mengenal Tuhanku." Dikatakan, "Ulama adalah sumber tauladan, dan seorang arif adalah sumber petunjuk." Asy-Syibli mengatakan, "Sang arif tidaklah rampak sesuatu pun selain Dia. tidak pula dia berbicara lengan pembicaraan tentang sesuatu selain-Nya, dan tidak melihat satu pelindung pun bagi dirinya selain Allah SWT."

Dikatakan, "Sang arif memperoleh keakraban dengan dzikir kepada-Nya, dan lari dengan penuh rasa takut dari ciptaan-Nya. Dia memerlukan Tuhan, dan Tuhan membuatnya tidak bergantung pada makhluk-Nya. Dia bersikap rendah diri terhadap Tuhan, dan Dia memuliakannya di antara makhluk-Nya." Abu Thayyib As-Samarri menyatakan, "Makrifat adalah terbitnya Kebenaran [seperti matahari] atas batin melalui pancaran cahaya yang terus menerus."

Dikatakan, "Sang arif itu lebih besar dari apa yang dlikatakannya, dan sang ulama lebih kecil dari apa yang dikatakannya." Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan, “Allah SWT mengungkapkan kepada sang arif di tempat bidurnya apa yang Dia ungkapkan kepada orang lain ketika mereka solat." Al-Junaid menyatakan, "Allah cerbicara dari batin seorang arif ketika dia diam." Dzun Nun menyatakan, "Bagi setiap orang ada [bentuk] hukuman [tertentu], dan hukuman bagi seorang arif adalah terputus dari dzikir kepada-Nya." Ruwaim berkata, "Kemunafikan seorang arif lebih baik daripada ketulusan seorang Salik ("pencari").

Abu Bakr Al-Warraq berpendapat, "Diamnya seorang arif adalah paling bermanfaat, dan bicaranya adalah paling baik dan paling menyenangkan." Dzun Nun menegaskan, "Meskipun para zahid adalah raja-raja di akhirat, namun dibanding dengan para 'arifin, mereka bagaikan para pengemis."

Ketika Al-Junaid ditanya tentang sang arif, dia menjawab, "'Warna air adalah warna wadahnya."

Ertinya, sifat seorang arif selalu ditentukan oleh sifat keadaannya pada saat tertentu. Abu Yazid' ditanya tentang sang arif. Dia mengatakan, “Dia tidak melihat sesuatu pun selain Tuhan dalam tidurnya dan tidak melihat satu pun selain Tuhan dalam di saat bangunnya. Dia tidak serasi dengan selain Tuhan, dan dia tidak memandang kepada selain Tuhan."

Salah seorang syeikh ditanya, "Dengan apa anda mengenal AIIah SWT?" Dia menjawab, "Dengan ledakan cahaya yang memancar melalui lidah manusia yang dijauhkan dari cara-cara pembezaan cermat yang biasa dan dengan satu kata yang meluncur melalui lidah seseorang yang ditakdirkan untuk binasa dan tersesat.” Si pembicara menunjuk kepada suatu pengalaman kerohanian yang jelas dan menuturkan sebuah rahsia yang samar-samar; dia adalah dirinya sendiri berdasarkan apa yang diungkapkannya, tapi bukan dirinya sendiri berdasarkan apa yang dibiarkannya samara-samar."

Kemudian sang syeikh membacakan syair:

Engkau berbicara tanpa pembicaraan. Ini adalah bicara yang sebenarnya,Bicara menjadi milik-Mu, baik ia bersifat parcakapan ataupun berbeza dari pembicaraan.

Engkau muncul ketika sebelum Engkau tersembunyi,Engkau membuat kilasan cahaya narnpak padaku, yang membuatmu berbicara.

Page 151: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ketika ditanya tentang tanda seorang arif, Abu Turab menjelaskan, "Dia tidak dibuat kotor oleh sesuatu pun, dan segala sesuatu dibuat menjadi suci olehnya.” Abu Utsman Al-Maghribi berkata, “Cahaya pengetahuan bersinar bagi sang arif, hingga dia melihat dengan ilmu hal-hal ghaib yang menakjubkan." Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menyatakan, "Sang Arif tenggelam dalam lautan hakekat. Sebagaimana dikatakan oleh salah seorang sufi, "Makrifat adalah seperti ombak yang muncul ke atas - ia naik dan turun."

Yahya bin Muadz ditanya tentang sang arif, dan menjawab, "Dia adalah manusia yang berada bersama makhluk dan sekaligus berpisah darinya." Di waktu yang lain dia berkata, “Mula-mula dia ada; kemudian dia terpisah." Dzun Nun Al-Mishri mengatakan, "Ada tiga tanda seorang arif; cahaya makrifatnya tidak menghalangi cahaya tarekat (hidup serba minima) nya; dia tidak percaya pada pengetahuan batin apa pun yang bertentangan dengan ketentuan lahir, dan melimpahnya rahmat Allah SWT kepadanya tidak mendorongnya untuk merobek tirai yang menutupi kesucian ghaib Ilahi."

Dikatakan, "Orang yang berbicara tentang makrifat di hadapan orang-orang yang [hatinya] terikat pada akhirat bukanlah arif, dan lebih-lebih lagi bukan arif iika dia berbicara tentang hal itu di hadapan orang-orang yang terikat pada dunia." Abu Sa'id Al-Kharraz menyatakan, "Makrifat datang dari sebuah mata yang menangis berlimpahan dan curahan usaha yang besar."

Ketika ditanya tentang perkataan Dzun Nun N-Mishri mengenai tanda seorang arif, bahawa "Dia tadi ada di sini, tetapi sekarang telah pergi," Al-Junaid menjawab, "Satu keadaan tidak menahan seorang arif dari keadaan lainnya, dan satu tahap tidak menabirinya dari perubahan tahapan. Jadi dia berada bersama orang banyak dari setiap tempat seperti halnya mereka, dia nengalami apapun yang mereka alami, dan dia berbicara dengan bahasa mereka agar mereka dapat nemberikan manfaat dengan pembicaraannya. "

Muhammad bin Al-Fadhl menyatakan, “Makrifat adalah kehidupan hati bersama Tuhan.” Abu Sa'id Al-Kharraz ditanya, "Apakah sang arif berakhir pada keadaan di mana dia tidak pernah menangis?” Dia menjawab, “Ya. Menangis termasuk dalam masa ketika mereka melakukan perjalanan menuju Tuhan. Ketika mereka turun dari kenderaan dan berhenti di hakekat-hakekat taqarrub (kedekatan) dan mengalami rasa mencapai anugerah ini, mereka tidak lagi menangis.”

Page 152: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 42: CINTA (MAHABBAH)

Tه م* هLٲ � ‌>a ذ م�0 اا ه Cه ه� نو ه* Hه ه�و ه7ا هي ه ا ه� Iم )� ه ٱ* مل م�4 ه[ م�5 Hه ه�� م� ـ� ه] هي ه� مي �م ـ� ه8 ن* ٱ ه(5 ه6 ja P� ه م6 ه#� ه� م�4 م� ن' ه) ن* ٱ ه(5 ه6 Ca *� ه Lم ه#� ۥ Iه ه: ه��و �م هي ه� ن< ه3 ه�� �م هي _a ذ نو Nه م" Iه )� ه ٱ* م;5 #ا ن هي vه نو ه9 ه� مIۦ م� مqي ه�6 ن< ه8 م�� �� ه ه; ن هي ه�� و� ه�و ه� ه.� ه� م?ي *� ه ٱ ه3ا ه�ي ه#ا ـ� ا هي >f م(4 ه6 \f م[ ه�ٲ Iه )� ه ه�ٱ* � ه.‌ اا kه هي ه�� Iم م;4 ن' هي Iم )� ه ٱ* هل ن$ ه�

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (Al-Maidah: 54)

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Barangsiapa yang senang bertemu dengan Allah, maka Allah akan senang bertemu dengannya. Dan barangsiapa yang tidak senang bertemu dengan Allah, maka AIIah pun tidak akan senang bertemu dengannya."

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah saw menuturkan bahawa Jibril as memberitahu bahawa Tuhannya SWT telah berfirman, "Barangsiapa yang menyakiti salah seorang wali-Ku, bererti telah memaklumkan perang kepada-Ku. Dan tidaklah Aku merasa ragu-ragu dalam melakukan sesuatu pun sebagaimana keraguan-Ku untuk mencabut nyawa hamba-Ku yang beriman, kerana dia membenci kematian dan Aku tidak suka menyakitinya, namun tidak ada jalan lari darinya. Cara yang paling baik bagi seorang hamba untuk mendekati-Ku adalah dengan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang telah Ku-perintahkan kepadanya. Dan sentiasa dia mendekat kepada-Ku dengan melakukan ibadah-ibadah sunnah sampai Aku menyintainya. Dan bagi barangsiapa yang Ku-cintai, maka Aku menjadi telinganya, matanya, tangannya dan aku mewakilinya."

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw telah mengatakan, “ Apabila Allah menyintai salah seorang hamba-Nya, maka Dia berfirman kepada Jibril, “Wahai Jibril, Aku menyintai orang ini, maka cintailah dia juga.” Jibril pun lalu menyintai orang itu, dan dia berseru kepada para malaikat lainnya, “Allah SWT menyintai orang ini, maka hendaklah kamu juga menyintainya.” Para malaikat pun lalu menyintai orang itu, dan dia pun diterima oleh manusia di muka bumi.”

Malik menyatakan, "Aku percaya bahawa beliau mengatakan sesuatu yang sama mengenai kebencian Allah kepada seorang hamba."

Cinta adalah keadaan yang mulia yang telal dikukuhkan Allah sebagai sifat yang menjadi milik si hamba, dan Dia telah memaklumkan cinta-Nya kepada si hamba. Jadi Allah SWT disifatkan sebagai mencinta si hamba, dan si hamba disifatkan sebagai mencinta Allah.

Para ulama berpendapat bahawa cinta bererti kehendak atau hasrat. Tetapi kaum sufi memaksudkannya sebagai sesuatu yang lain dari kehendak yang sederhana manakala mereka berbicara tentang cinta. Hasrat tidak dapat dinisbahkan kepada Yang Abadi kecuali jika dengan menggunakan perkataan itu si hamba memaksudkan hasrat untuk membawa manusia mendekati Tuhan dan untuk memuliakan-Nya. Kamj akan membahas masalah ini secara singkat untuk mendukung pendapat para Sufi ini, Insya Allah.

Page 153: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Cinta Allah kepada si hamba adalah kehendak-Nya untuk melimpahkan rahmat secara khusus kepada seorang hamba tertentu, sebagaimana kasih sayang-Nya kepadanya adalah kehendak-Nya yang lebih umum untuk melimpahkan rahmat. Jadi rahmat mengandungi makna yang lebih khusus daripada kehendak, dan cinta mengandungi makna yang lebih khusus daripada rahmat. Kehendak Allah untuk memperluaskan pahala dan anugerah kepada si hamba disebut "rahmat," dan kehendak-Nya untuk menganugerahkan berdekatan dan keadaan yang luhur kepadanya disebut "cinta." Kehendak Allah adalah suatu sifat yang mengambil nama-nama yang berbeza menurut berbagai tindakan yang kepadanya sifat itu dikaitkan. Jika ia dikaitkan dengan hukuman, maka ia disebut “kemurkaan”. Jika ia dikaitkan secara khusus dengan anugerah-anugerah yang dilimpahkan secara universal, ia disebut "kasih rayang." Jika ia dikaitkan dengan anugerah-anugerah yang dilimpahkan secara khusus, ia disebut "cinta."

Sebahagian orang mengatakan, "Cinta Allah kepada seorang hamba terdiri dari pujian Allah kepadanya, dan ia menuju Allah terus-menerus.” Maksud cinta Allah kepada hamba menurut pandangan ini, iaitu kembali kepada ucapan-ucapan-Nya, dan ucapan-ucapan-Nya adalah abadi.

Sebahagian orang mengatakan, "Cinta Allah kepada si hamba terdiri dari sifat-sifat tindakan-Nya, sebagai manifestasi khusus kebaikan yang dengannya si hamba berjumpa dengan Tuhan dan keadaan khusus yang kepadanya Dia menaikkan si hamba."

Sebagaimana telah dijelaskan oleh salah seorang Sufi, "Rahmat Allah kepada si hamba berupa tindakan-Nya melimpahkan anugerah kepadanya."

Sekelompok kaum salaf menyatakan, "Kasih sayang Tuhan merupakan sifat yang disebut-sebut di dalam hadith." Mereka menggunakan kata tersebut tetapi tidak bersedia menafsirkannya. Di samping kemungkinan-kemungkinan tersebut di atas mengenai makna cinta Tuhan kepada si hamba adalah jenis-jenis cinta yang dialami dikalangan manusia, seperti menyintai sesuatu, merasakan kesenangan yang akrab dengan sesuatu, atau merasakan apa yang dirasakan oleh seorang manusia pencinta kepada kekasihnya; tetapi Allah Yang Baqa SWT melampaui semua jenis cinta ini. Mengenai cinta si hamba kepada Tuhan, itu adalah keadaan yang dialami dalam hatinya, yang terlalu pelik untuk dikatakan. Keadaan ini mendorong si hamba memahasucikan Tuhan dan berusaha memperoleh keredhaan-Nya.

Si hamba hanya memiliki sedikit saja kesabaran dalam berpisah dengan-Nya, merasakan kerinduan yang mendesak kepada-Nya, tidak menemukan kenyamanan dalam sesuatu pun selain-Nya, dan mengalami keakraban dalam hatinya dengan melakukan dzikir yang terus menerus kepada-Nya. Cinta si hamba kepada Tuhannya tidak menyiratkan kasih sayang atau kenikmatan dalam pengertian manusiawi. Bagaimana hal ini dapat terjadi jika esensi kemandirian Tuhan yang abadi melampaui semua hujung, pandangan dan pemahaman?

Menggambarkan si pencinta sebagai musnah dalam Sang Kekasih adalah lebih sesuai daripada menggambarkannya sebagai memperoleh kenikmatan pada-Nya. Tidak ada gambaran yang lebih jelas atau lebih mudah difahami tentang cinta daripada cinta itu sendiri. Orang terlibat dalam pembicaraan yang panjang lebar tentang masalah tersebut hanya jika timbul kesulitan-kesulitan, tetapi sekali kesamaran dan kekeliruan menghilang, maka tidak ada lagi keperluan untuk melibatkan diri dalam penafsiran kata-kata.

Orang telah berbicara banyak tentang cinta dan berspekulasi tentang etimologinya.

Page 154: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dikatakan, "Cinta (hubb) adalah nama bagi jenis cinta yang paling murni, dan rasa sayang sebab orang Arab mengatakan tentang gigi yang paling putih 'habab al-asnan’. Dikatakan "Hubab adalah gelembung-gelembung yang terbentuk di atas permukaan air ketika hujan besar, jadi 'cinta (mahabbah) adalah menggelembungnya hati ketika ia haus dan berputus-asa untuk bertemu dengan kekasihnya."

Dikatakan juga, "Habab alma' adalah permukaan air yang paling tinggi. Cinta dinamakan mahabbah kerana ia adalah perhatian yang paling tinggi dari hati."Dikatakan, "Cinta disebut 'cinta kerana orang mengatakan ahabba untuk menggambarkan seekor unta yang berlutut dan menolak untuk bangkit lagi. Maka demikian pula, sang pencinta (mukibb) tidak akan menggerakkan hatinya menjauh dari mengingat kekasihnya (mahbub). "

Dikatakan, "Cinta (hubb) berasal dari kata 'hibb' yang bererti 'anting-anting.' Mengenai ini seorang penyair mengatakan,

Rambutnya yang seperti ular menjulur-julurkan lidahnya.Menghabiskan malam di samping anting-anting,

mendengarkan rahsia - rahsia.

Dalam syair di atas, digunakan kata 'hibb' untuk anting-anting dikeranakan posisinya yang tetap ditelinga, atau kerana caranya bergoyang-goyang. Kedua maksud ini berlaku juga pada 'cinta’.

Dinyatakan, "'Cinta' diambil dari kata 'habb' (biji-bijian, mufradnya habbah), dan habbat al-qalb adalah apa yang seumpamanya. Dengan demikian'cinta [hubb] dinamakan hubb dikeranakan ia tersimpan dalam habbat al-qalb." Dikatakan, "Kata-kata untuk 'biji-bijian' dan 'cinta' [habb dan hubb] hanyalah pelbagai pembacaan dari satu [erti yang sama], seperti halnya kata-kata untuk 'masa hidup' (‘amr dan'umr)."

Dikatakan juga, "Kata 'cinta' berasal dari kata ‘hibbah’ yang bererti biji-bijian dari padang belantara. Cinta dinamakan 'habb' kerana ia adalah benih kehidupan, sebagaiman ‘habb' adalah benih tanaman." Dikatakan, 'Hubb' adalah keempat sisi di mana wadah air ditempatkan. Cinta dinamakan 'hubb' kerana ia memikul beban kejayaan mahupun kehinaan yang muncul dalam kesanggupan mencari sang kekasih.'Dikatakan juga, "Cinta berasal dari kata 'hibb' (kendi air) kerana ia berisi air, dan manakala ia penuh, tidak ada lagi tempat untuk sesuatu yang lain. Demikian pula, bilamana hati telah penuh dengan cinta, tidak ada lagi tempat di dalamnya untuk apa pun selain dari kekasih."

Ucapan-ucapan para syeikh tentang cinta banyak sekali. Salah seorang Sufi mengatakan, "Cinta adalah sentiasa berpaling kepada sang Kekasih dengan hati yang merasa kerana cinta."

Dikatakan, "Cinta bererti mengutamakan sang Kekasih di atas semua yang dikasihi." Dikatakan, "Cinta bererti bahawa si pencinta menyesuaikan diri dengan keinginan sang Kekasih, baik dia hadir di sisi-Nya ataupun berada jauh dari-Nya.”

Dikatakan, "Cinta adalah penghapusan oleh si pencinta atas sifat-sifatnya dan peneguhan Sang Kekasih dalam dzat-Nya."

Dikatakan, "Cinta adalah kesesuaian hati dengan keinginan Rabb.” Dikatakan juga, "Cinta bererti seseorang merasa takut kalau-kalau dia kurang hormat manakala melaksanakan sebuah pengabdian."

Page 155: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Abu Yazid Al-Bistami berpendapat, "Cinta adalah mengabaikan hal-hal yang sebesar apa pun yang datang dari dirimu, dan memandang besar hal-hal sekecil mana pun yang datang dari Kekasihmu." Sahl menyatakan "Cinta bererti memeluk kepatuhan [kepada sang Kekasih] dan berpisah dari ketidak patuhan [terhadap-Nya]." Ketika A]-Junaid ditanya tentang cinta dia mengatakan, "Cinta bererti sang kekasih mengambil sifat-sifat Kekasihnya dan membuang sifat-sifatnya sendiri." Di sini Al-Junaid menunjukkan betapa hati si pencinta disentap oleh ingatan kepada sang Kekasih hingga tidak satu pun yang tertinggal selain ingatan akan sifat-sifat sang Kekasih, hingga si pencinta lalai dan tidak sedar akan sifat-sifatnya sendiri.

Abu Ali Ar-Rudzbari menyatakan, "Cinta adalah kesesuaian dengan [keinginan sang Kekasih].” Abu Abdullah Al-Qurasyi menyatakan, "Hakekat cinta bererti bahawa engkau memberikan segenap dirimu kepada Dia yang kau cintai hingga tidak sesuatu pun yang tinggal dari dirimu untuk dirimu sendiri." Asy-Syibli menjelaskan, "Cinta disebut 'rnahabbah' kerana ia melenyapkan segala sesuatu dari hati, selain sang Kekasih." Ibn 'Atha' mengatakan, "Cinta bererti mengundang celaan yang tidak henti-hentinya."

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menegaskan, "Cinta adalah kemanisan, tetapi hakekatnya adalah kebingungan."

Beliau juga mengatakan, "Cinta yang berkobar-kobar ('isyq) melampaui semua batas dalam mahabbah. Allah SWT tidak dapat digambarkan sebagai melampaui batas, jadi Dia tidak dapat disifatkan sebagai memiliki 'isyq terhadap sesuatu. Jika cinta seluruh ummat manusia digabung menjadi satu dalam diri seorang manusia, maka cinta itu akan masih sangat jauh dari ukuran cinta yang seharusnya di persembahkan kepada-Nya. Janganlah hendaknya dikatakan, “Orang ini telah melampaui semua batas dalam mencintai Allah.” Allah tidak dapat dikatakan memiliki sifat cinta yang berkobar-kobar, tidak pula si hamba dapat digambarkan sebagai memilikinya dalam hubungannya dengan Tuhan. Cinta yang berkobar-kobar tidak dapat digunakan dalam menggambarkan hubungan antara manusia dengan Tuhan, sebab tidak ada dasar untuk mengaitkan hal itu dengan Tuhan, baik dari Dia kepada si hamba ataupun dari hamba kepada Tuhan."

Asy-Syibli menyatakan, "Cinta bererti engkau cemburu demi Sang Kekasih jangan-jangan seorang manusia sepertimu juga mencintai-Nya.” Ketika ditanya tentang cinta, Ibn'Atha' menjawab, "Cinta adalah bibit kecil yang ditanamkan dalam hati, yang berbuah sesuai dengan kemampuan akal." An-Nasrabadhi berpendapat, "Satu macam cinta mencegah pertumpahan darah sedang macam yang lain menyebabkan pertumpahan darah."

Samnun menyatakan, "Para pecinta Tuhan telah membawa kemuliaan di dunia dan di akhirat, sebab Nabi saw telah berkata, “Seseorang akan bersama dengan yang dicintainya, dan mereka bersama Allah SWT."

Yahya bin Muadz menyatakan, "Hakekat cinta adalah bahawa ia tidak akan berkurang manakala seseorang mengalami kesulitan, tidak pula bertambah jika dia disuguhi kebaikan." Dia juga mengatakan, "Orang yang mendakwakan diri mencintai Tuhan adalah pendusta jika dia mengabaikan batas-batas yang ditetapkan-Nya." Al-Junaid menegaskan, "Jika cinta seseorang itu sahih, maka-ketentuan mengenai adab menjadi tidak berlaku." Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengarang syair berikut tentang ucapan Al-Junaid,

Page 156: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Jika kasih sayang di kalangan manusia itu murni,Dan cinta di kalangan mereka suci, nescaya saling puji di antara mereka tidak disukai.

Al-Junaid juga mengatakan, "Engkau tidak akar menjumpai seorang ayah yang baik memanggil anaknya dengan panggilan yang penuh penghormatan, sementara orang lain menggunakan sebutan yang penuh kesopanan untuk memanggil anaknya itu. Si ayah biasanya akan memanggil, “Hai fulan!"

Al-Kattani berkata, "Cinta adalah mengutamakan sang Kekasih [atas diri sendiri]." Bundar binAl-Husain menuturkan, "Seseorang bermimpi melihat Majnun dari Banu Amir dan bertanya kepadanya, “Apa yang telah dilakukan Tuhan terhadapmu?' Majnun menjawab, “Dia telah mengampuniku dan menjadikanku sebagai ada keupayaan terhadap para pecinta."

Abu Yaaqub As-Susi menyatakan, "Hakekat cinta adalah bahawa si hamba melupakan bahagian yang telah ditakdirkan baginya dari Tuhan dan juga keperluannya akan Dia di dunia ini." Al-Husain bin Mansur menyatakan, "Hakekat cinta adalah bahawa engkau selalu tinggal bersama Kekasihmu dan membuang sifat-sifatmu sendiri."

Seseorang mengatakan kepada An-Nasrabadhi, "[Mereka mengatakan] bahawa engkau belum pernah mengalami cinta." Dia menjawab,“Mereka benar. Tetapi aku memiliki kesedihan mereka, dan dalam hal itu aku terbakar.”

Dia juga mengatakan, "Cinta adalah menghindari kelalaian dalam semua keadaan." Kemudian dia bersyair:

Orang yang hasratnya memanjang merasakan semacam kelupaan,Tapi aku tidak merasakan kelupaan kepada Laila.

Semakin dekat aku bersatu dengannya.Terbentuk dari keinginan yang tidak terwujud,

berlalu bagaikan kilat.

Muhammad bin Al-Fadhl mengatakan, "Cinta bererti semua cinta, selain cinta sang Pencinta, lenyap dari hati." Al-Junaid menyatakan, “Cinta adalah perjuangan berterusan [demi Kekasih] tanpa hujung.” Dikatakan, “Cinta adalah gangguan yang ditempatkan oleh sang Kekasih dalam hati.” Dikatakan juga, "Cinta adalah goncangan besar yang ditempatkan dalam hati oleh Dia yang mereka hasratkan."

Ibn 'Atha' membacakan syair,

Kutanam satu cabang nafsu bagi orang-orang yang bercinta.Dan tidak seorang pun tahu, sebelum aku, apa nafsu itu.

Ia menumbuhkan cabang-cabang, dan kerinduan sensual mematang.Dan meninggalkan aku dengan rasa pahit dari buah-buahan yang manis.

Hasrat dari semua pencinta yang berkobar;Jika mereka menelusurinya, datang dari sumber itu.

Page 157: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dikatakan, “Awal mula cinta adalah penipuan, dan akhirnya pembunuhan.” Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq memberikan pandangan tentang hadith Nabi saw "Ia membutakan seseorang terhadap orang lain kerana cemburu, dan terhadap sang Kekasih kerana gentar." Kemudian beliau membacakan syair:

Jika kebesaran-Nya yang melimpah tidak nampak olehmu,Nescaya aku akan diusir kembali dalam keadaan yang sama dengan orang yang belum pernah sampai -

Al-Harits Al-Muhasibi menjelaskan, "Cinta cenderung kepada sesuatu dengan segenap wujudmu, kemudian mengutamakannya atas dirimu sendiri, jiwamu sendiri, atau harta bendamu, kemudian berada dalam keserasian dengannya, baik secara lahir mahupun batin, kemudian mengetahui bahawa engkau masih berkekurangan dalam cintamu kepadanya"

As-Sari menyatakan, "Cinta antara dua pihak tidaklah sempurna sampai salah satunya dapat mengatakan kepada yang lain, “Wahai Diriku.” Asy-Syibli mengatakan, "Sang pecinta akan binasa jika berdiam diri, tetapi sang arif akan binasa jika tidak berdiam diri." Dikatakan, "Cinta adalah api dalam hati yang membakar segala sesuatu selain kehendak sang Kekasih'" Dikatakan juga, "Cinta adalah upaya besar sementara sang Pencinta melaksanakan kehendak sang Kekasih." An-Nuri mengatakan, "Cintabererti merobek tabir dan menyingkap rahsia-rahsia."

Abu Yaaqub As-Susi berkata, "Cinta hanya dapat dianggap benar jika orang telah meninggalkan kesedaran akan sang Kekasih dengan melupakan ilmu tentang cinta." Al-Junaid menuturkan, "As-Sari memberikan sepotong kertas kepadaku dan berkata,'Ini lebih baik bagimu daripada tujuh ratus kisah saleh atau hadith yang mengangkat [semangat].'

Pada kertas itu tertulis syair:

Ketika aku mengaku cinta kepadanya, dia berkata, 'Engkau berdusta kepadaku,'Sebab apa yang harus kulakukan jika aku melihat anggota badanmu yang bulat penuh dan indah?

Tidak akan ada cinta sampai hati melekat pada organ-organ dalam.Dan engkau mengering layu sampai tidak ada yang tinggal untuk menjawab sang penyeru,

Dan engkau tersia-sia sampai tidak ada lagi hasrat yang tinggal,Selain mata yang menangis dan membisikkan hepadaku rahsiamu."

Ibn Masruq berpendapat, "Aku hadir ketika Samnun sedang berbicara tentang cinta, dan semua lampu di masjid lalu berguguran." Ibrahim bin Fatik menuturkan, "Suatu ketika aku sedang mendengarkan Samnun berbicara tentang cinta ketika seekor burung kecil datang dan bergerak ke arahnya. Ia terus mendekat hingga akhirnya duduk di tangannya. Kemudian ia mematuk-matukkan paruhnya ke lantai sampai darah mengalir dari mulutnya dan ia mati."

Al-Junaid menjelaskan, "Semua cinta adalah untuk satu tujuan. Jika tujuan itu tidak ada lagi, maka cinta pun akan berhenti." Diceritakan bahawa sekelompok orang datang mengunjungi Asy-Syibli ketika dia sedang dikurung di rumah sakit jiwa. Dia bertanya, "Siapa kamu ini?" Mereka menjawab, “Kami adalah orang-orang yang mencintaimu, wahai Abu Bakr!” Kemudian dia mulai melempari mereka dengan batu, dan mereka pun lari. Dia lalu berkata, “Jika kamu benar-benar mencintaiku, tentu kamu akan bersabar menghadap ujianku."

Page 158: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Lalu dia bersyair,

Wahai Tuan yang mulia, cinta kepadamu tersimpan dalam hatiku.Wahai engkau yang menghilangkan tidur dari kelopak mataku,

engkau tahu semua yang menimpaku.

Yahya bin Muadz menulis kepada Abu Yazid, "Aku mabuk kerana minuman yang kuteguk dari cangkir cinta-Nya." Abu Yazid membalas, "Orang lain telah meminum lautan langit dan bumi namun rasa hausnya belum terpuaskan. Lidahnya menjulur dan dia me mohon, 'Apakah masih ada lagi?"

Para Sufi membacakan syair berikut,

Aku takjub terhadap orang yang berkata, "Aku mengingat-ingat kekasihku. "Bagaimana aku dapat melupakan dan masih punya sesuatu untuk diingat?

Aku mati, tapi bila aku mengingat-Mu, aku hidup kembali.Kalaulah bukan kerana harapanku akan Engkau, nescaya ahu tidak akan hidup.

Aku hidup dengan hasratku, dan aku mati kerana rindu.Berapa kali aku telah hidup melalui harapan akan Engkau, dan berapa kali pula aku telah mati!

Aku meminum, cinta cangkir demi cangkir,Namun si cangkir tetap saja penuh dan penuh lagi dan hausku pun tidak pernah reda.

Dikatakan bahawa Allah SWT mewahyukan kepada'Isa as, "Jika Aku melihat kepada hati seseorang dan Aku tidak menemukan cinta di dalamnya terhadap dunia ini ataupun akhirat, maka Aku akan memenuhinya dengan cinta-Ku.”

Saya melihat kisah berikut ini ditulis oleh Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq, "Salah satu kitab wahyu mengatakan, “ Wahai hamba-Ku, engkau mempunyai hak atas cinta-Ku, maka adalah hak-Ku bahawa engkau menyintai-Ku!”

Abdullah bin Mubarak menyatakan, "Barangsiapa dianugerahi satu bahagian cinta tapi tidak dianugerahi sejumlah rasa takut yang sama, bererti telah tertipu." Dikatakan, "Cinta menghapus semua bekas dirimu dari dirimu."

Dikatakan pula, "Cinta adalah keadaan mabuk; kesedaran hanya datang dengan melihat sang Kekasih. Tetapi kemabukan yang muncul kerana melihat Kekasih justru tidak dapat dilukiskan." Para Sufi membacakan syair berikut:

Cangkir diedarkan, dan mereka pun mabuk,Tapi mabukku datang dari si pembawa cangkir itu sendiri

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq sering membacakan syair berikut:

Aku menikmati dua keadaan mabuk sedangkan teman-teman minumku hanya satu.Hanya akulah di antara mereka yang mendapat anugerah itu.

Page 159: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Ibn 'Atha' mengatakan, " Cinta bererti mengundang celaan yang terus- menerus". Syeikh Abu Ali mempunyai seorang budak perempuan bernama Fairuz yang beliau cintai. Beliau mengatakan kepadaku, "Pada suatu hari Fairuz menghinaku, dengan mengucapkan kata-kata yang kasar dan kesat. Abul Hasan Al-Qari' bertanya kepadanya, “Mengapa engkau membuat Syeikh marah?” Dia menjawab, "Kerana saya mencintainya."

Yahya bin Muadz menyatakan- "Aku lebih suka memiliki cinta sebesar debu daripada ibadah selama tujuh puluh tahun tanpa cinta."

Diceritakan bahawa seorang pemuda memandang kepada orang-orang yang berkumpul pada hari raya dan bersyair,

Hendaklah orang yang ingin mati seperti pecinta mati seperti ini -Cinta tanpa kematian tidaklah ada gunanya.

Kemudian dia melemparkan dirinya dari atas loteng rumah dan mati. Diceritakan bahawa seorang laki-laki dari India menaruh cinta yang berkobar-kobar kepada seorang budak perempuannya. Pada suatu hari si budak meninggalkannya, dia ke luar untuk mengucapkar selamat berpisah kepadanya. Air mata mengalir dari salah satu matanya, tapi matanya yang satu lagi tidak mengeluarkan air mata. Selama lapan puluh empat tahun dia menutup mata yang tidak menangis itu sebagai hukuman kerana tidak menangis ketika kekasihnya pergi.

Mengenai hal ini para sufi bersyair;

Mataku menangis di pagi hari kita berpisah,Namun mata yang kikir menolak menangis.

Maha kuhukum mata yang kikir itu -Dengan menutupnya di hari ketika kami saling mengucapkan selamat berpisah.

Salah seorang Sufi berkata, "Pada suatu hari ketika kami sedang berbincang-bincang dengan Dzun Nun Al-Mishri tentang cinta, dia meminta, ‘Tinggalkanlah pembicaraan ini, agar orang lain tidak mendengarmu dan mendakwakan dirimu [tahu] tentang cinta."' Kemudian dia bersyair:

Takut sesuai buat pelaku kejahatan ketika dia meratap, dan sedih,Sementara cinta sesuai buat mereka yang saleh dan benar-benar suci.

Yahya bin Muadz menyatakan, "Siapa pun yang menyebarkan cinta di kalangan orang-orang yang asing terhadapnya, adalah pendusta dalam pernyataannya” Dikatakan bahawa seorang laki-laki menyatakan bahawa dia mencintai seorang pemuda. Suatu ketika si pemuda berkata kepadanya, "Bagaimana engkau dapat mencintaiku sementara saudaraku lebih tampan dan gagah dariku?" Laki-laki itu mengangkat kepalanya mencari-cari saudara si pemuda itu. Mereka berdua sedang berada di atas atap rumah, dan si pemuda lalu melemparkan laki-laki itu ke bawah, sambil berkata, “ Inilah balasan bagi orang yang menyatakan cinta kepadaku tapi lalu mencari-cari yang lain!"

Page 160: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Samnun lebih mengutamakan cinta daripada makrifat, tetapi kebanyakan sufi mengutamakan makrifat atas cinta. Menurut mereka yang telah mencapai hakekat, cinta bererti lebur ke dalam keadaar kemanisan, dan makrifat bererti menyaksikan dalam keadaan bingung dan terhapus dalam kegentaran.

Abu Bakr Al-Kattani menuturkan, “Persoalan cinta sedang dibicarakan di antara para syeikh di Makkah selama musim haji. Al-Junaid adalah orang termuda yang hadir. Mereka memanggilnya suatu kali, dan bertanya kepadanya, “Hai, orang Iraq, katakanlah kepada kami apa pendapatmu.” Al-Junaid menundukkan kepalanya dan menangis, kemudian menjawab, 'Cinta adalah seorang pelayan yang meninggalkan jiwanya dan melekatkan dirinya pada dzikir kepada Tuhannya, mengukuhkan diri dalam melaksanakan perintah-perintah Tuhan dengan kesedaran yang terus-menerus akan Dia dalam hatinya. Cahaya Dzat-Nya membakar hatinya dan dia ikut meminum minuman suci dari cangkir cinta-Nya. Yang Maha Kuasa terungkapkan kepadanya dari balik tabir alam ghaib-Nya, hingga manakala dia berbicara, dia berbicara dengan perintah Allah, dan apa yang dikatakannya adalah dari Allah. Manakala dia bergerak, dia bergerak dengan perintah Allah, dan manakala dia diam, maka diamnya itu adalah bersama Allah. Dia berbuat melalui Allah, dia milik Allah, dia bersama Allah.” Mendengar kata-kata Al-Junaid itu, semua syeikh itupun menangis, dan berkata, 'Tak ada lagi yang perlu dikatakan. Semoga Allah menguatkanmu, wahai mahkota para arifin!"

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berwahyu kepada Dawud as, "Aku telah melarang cinta untuk-Ku memasuki hati manusia jika cinta kepada selain Aku juga punya tempat di dalamnya."

Abul Abbas, pelayan Al-Fudhail bin Iyadh, menuturkan, "Suatu ketika Al-Fudhail menderita sakit kencing manis. Dia mengangkat kedua tangannya ke atas dan berdoa, “Ya Allah, demi cintaku kepada-Mu, lepaskanlah penyakit ini dariku.” Begitu kami berpisah untuk pergi, dia pun sembuh."

Saya mendengar Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq mengatakan bahawa cinta bererti lebih mengutamakan orang lain daripada diri sendiri, seperti halnya isteri curang ketika dia menyesali apa yang telah dilakukannya, dengan menjelaskan,

ه� م-4 م� ـ� ه�! ٱ* ه� م) ه* ۥ Iه :� ه م�� ه� مIۦ م9 �ن :� ه ه�6 ۥ Iه ه�; qه� هDٲ اا ه: ه#� lه� �ه ن* ٱ zه �ه ن! Mه ه� ـ� ه#� ن* ٱ Pم مPي ه2 ن* ٱ Gه ه#� ه ن� ٱ م& ه* ه-ا  

Isteri Al-Aziz pun berkata: "Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi dia telah menolak); dan sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang benar. (Yusuf: 51)

Sebelumnya dia telah mengatakan [di hadapan suaminya setelah dia mencuba menggoda Yusuf],

>f ذ م*4 ه#� xf ه?� ه6 ن� ه#� ه� ه] ن9 هي H�#ه اا ه� م�� ع.� او ه[ Tه م( �ن ه#ا م" qه �Dه ه#� ن� ه� ه. ا� Pه ه� ه�ا ن& ه* ه-ا � ‌xم ه�ا ن* ٱ ه�� ه* ه�ا ه� ل4 ه[ ه4ا �ه ن* ه#� ه� a ذ ه" qه م�� ۥ Iه ه! م)4 ه- Gن ه�� ه- ه� xه ه�ا ن* ٱ هNا ه� ه� ن[ ه�ٱ

Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidaklah ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya". (Yusuf: 25)

Jadi, mula-mula dia menuduhYusuf telah berbuat jahat, tetapi akhirnya dia menyalahkan dirinya sendiri atas pengkhianatannya itu.

Page 161: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Abu Sa'id Al-Kharraz mengatakan, "Aku bermimpi bertemu dengan Nabi saw dan berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah, maafkanlah saya. Cinta saya kepada Allah telah memenuhi kalbu saya dan tidak menyisakan tempat bagi cinta kepada Tuan.” Beliau menjawab, “Rahmat Allah atasmu. Barangsiapa menyintai Allah, bererti mencintaiku.”

Diceritakan bahawa Rabiah meminta dalam munajahnya, “Ya Allah, akankah Engkau membakar di neraka sebuah hati yang menyimpan cinta kepada-Mu?” Atas doanya itu, sebuah suara ghaib menjawab, "Kami tidak akan melakukan hal seperti itu. Janganlah engkau menyangka begitu jelek terhadap Kami."

Dikatakan, “Kata 'cinta' (hubb) terdiri dari dua huruf, ha' dan ba', yang menunjukkan bahawa si pencinta meninggalkan jiwanya sendiri (roh) dan juga jasadnya (badan).” Sebagaimana dinyatakan oleh pendapat umum di kalangan para sufi, cinta adalah penyesuaian yang harmoni [dengan sang Kekasih] dan cara yang paling berat dalam hal ini adalah melalui hati. Cinta itu sendiri mengakhiri perpisahan hingga si pecinta bersama dengan Kekasihnya.

Mengenai masalah ini ada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy'ari yang mengatakan bahawa seseorang bertanya kepada Nabi saw: "Dapatkah seseorang mencintai suatu kaum tapi tidak berkumpul dengan mereka?" Nabi menjawab, "Seseorang bersama dengan yang dicintainya."

Abu Hafs menegaskan, "Keadaan-keadaan yang rosak kebanyakan timbul dari hal-hal berikut: dosa para 'arifin, pengkhianatan para pencinta [Tuhan], dan dustanya para salik."

'Abu Utsman menyatakan, "Dosa para 'arifin adalah menggunakan ucapan, penglihatan, dan pendengaran mereka untuk melayani perjuangan-perjuangan duniawi dan memperoleh keuntungan darinya. Pengkhianatan para pencinta [Tuhan] adalah mengutamakan hawa nafsu mereka sendiri atas keredhaan Allah SWT dalam urusan-urusan mereka. Dusta para salik adalah bahawa mereka lebih peduli terhadap kesedaran akan manusia dan perhatian mereka daripada dzikir kepada Allah." .

Abu Ali Mamsyad bin Sa'id Al-'Ukbari menuturkan, “Seekor burung pipit jantan cuba mencumbui seekor burung pipit betina di bawah kubah Sulaiman as, tetapi si betina menolak. Si jantan bertanya kepadanya, “ Bagaimana kamu dapat menolakku sedangkan jika aku mahu, aku dapat membuat kubah ini runtuh menimpa Sulaiman?' [Mendengar ucapan burung itu] Sulaiman lalu memanggilnya dan menanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu berkata begitu?” Si burung menjawab, “Wahai Nabi Allah, ucapan-ucapan yang keluar dari mulut seorang pecinta tidak dapat dituntut terhadap mereka.” Sulaiman menjawab, “Perkataanmu memang benar.”

Page 162: Risalah Sufi Imam Qusyairi

AR-RISALAH BAB 43: RINDU (SYAUQ)

ه< م(4 ه2 ن* ٱ ه\ م)4 ه�9 ٱ* هو �ه ه� � ‌Ga ذ ه#ا ه Iم )� ه ٱ* هل ه� ه#� H� ه م�ا ه� Iم )� ه ٱ* ه. اا Nه م* و� ه�و ن هي Hه هVا ه��

Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Ankabut: 5)

'Atha'bin As-Sa'ib menuturkan bahawa ayahnya menceritakan kepadanya, "Suatu ketika Ammar bin Yasir mengimami kami solat dan dia mempercepatnya. "Aku berkata, “Anda tergesa-gesa dalam mengimami solat, wahai Abul Yaqzan.” Dia menjawab, “Hal itu tidak ada salahnya kerana aku memanjatkan kepadaAllah sebuah doa yang pernah kudengar dari Rasulullah saw.”

Ketika kami hendak pergi, salah seorang jamaah mengikutinya dan bertanya kepadanya tentang doa yang dibacanya itu. Dia pun mengulanginya,

Ya Allah, dengan ilmu-Mu tentang yang ghaib dan dengan kekuasaan-Mu atas semua makhluk, hidupkanlah aku jika Engkau tahu bahawa hidup itu membawa kebaikan untukku, dan matikanlah aku jika Engkau tahu bahawa mati itu membawa kebaikan untukku. Ya Allah, aku meminta kepada-Mu agar aku menjadi orang yang takut kepada-Mu dalam semua perkara, baik yang diketahui mahupun yang tidak diketahui. Aku meminta kepada-Mu [kemampuan untuk mengucapkan] perkataan yang adil ketika aku senang mahupun ketika aku marah. Aku meminta kepada-Mu kesederhanaan dalam kekayaan mahupun kemiskinan. Aku meminta kepada-Mu ketenangan dan kebahagiaan. Aku meminta kepada-Mu kerelaan dengan apa yang telah ditentukan untukku [di dunia ini], dan aku meminta kepada-Mu kehidupan yang diberkahi sesudah mati. Aku meminta agar dapat melihat wajah-Mu yang Agung. Aku meminta rindu kepada-Mu tanpa terkena bahaya atau [menjadi korban] godaan yang menipu. Ya Allah, hiasilah kami dengan keindahan iman. Ya Allah, hiasilah kami dengan keindahan iman. Ya Allah, jadikanlah kami sebagai pemberi petunjuk mahupun penerima petunjuk.”

Rindu adalah keadaan kekacauan hati yang berharap untuk berjumpa dengan sang Kekasih. [Dalamnya] rindu sebanding dengan cinta si hamba kepada Tuhan. Syeikh Abu AIi Ad-Daqqaq membezakan antara rindu (syauq) dan hasrat yang berkobar (isytiyaq): rindu terlerai oleh perjumpaan dengan Tuhan dan memandang kepada-Nya, tetapi hasrat yang berkobar tetap berlanjut bahkan setelah perjumpaan terjadi.

Mengenai hal ini para sufi bersyair,

Mata tidak pernah berpaling ketika melihat-Nya -Tanpa segera kembali kepada-Nya, dengan penuh hasrat.

An-Nasrabadhi menyatakan, "Semua orang mempunyai hasrat yang berkobar. Barangsiapa yang memasuki hasrat yang berkobar akan demikian tenggelam di dalamnya hingga tidak ada lagi bekas atau kesan yang tertinggal tentang dirinya."

Diceritakan bahawa Ahmad bin Hamid Al-Aswad datang kepada Abdullah bin Munazil dan berkata kepadanya- “Aku bermimpi engkau akan meninggal setahun lagi. Barangkali engkau harus bersiap-siap

Page 163: Risalah Sufi Imam Qusyairi

untuk mati” Abdullah bin Munazil menjawab, “Engkau memberiku waktu lama sekali, satu tahun penuh! Aku selalu menyukai syair yang kudengar dari Abu Ali Ats-Tsaqafi ini:

Wahai engkau yang menderita rindu kerana lama berpisah,Bersabarlah. Esok engkau pasti akan bertemu dengan Kekasihmu.

Abu Utsman menuturkan, “Tanda rindu adalah cinta yang tenteram kepada kematian”. Yahya bin Muadz menyatakan, “Tanda rindu adalah membebaskan jasad dari hawa nafsu.”

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, “Pada suatu hari Dawud as pergi ke luar menuju padang pasir di mana Allah berwahyu kepadanya, “Wahai Dawud, bagaimana boleh Aku menemukanmu sendirian di sini?” Dawud menjawab, “Ya Allah, rinduku untuk bertemu dengan-Mu telah menghanguskan hatiku, aku tidak boleh lagi bersama-sama dengan manusia!”

Maka Allah lalu berfirman, “Kembalilah kepada mereka. Jika engkau hanya menunjuki satu orang hamba yang telah tersesat hingga dia kembali kepada-Ku, Aku akan menuliskan namamu di Lauh Mahfuzh sebagai seorang bijaksana yang besar.”

Diceritakan bahawa seorang pemuda yang termasuk dalam keluarga seorang wanita tua, kembali ke rumah setelah melakukan perjalanan. Semua anggota keluarganya bergembira kecuali si wanita tua, yang menangis. Orang-orang bertanya kepadanya, “Mengapa engkau menangis?” Dia menjawab, “Pulangnya pemuda ini mengingatkan aku pada hari kita akan kembali kepada Allah SWT.”

Ketika Ibn 'Atha' ditanya tentang rindu, dia menjawab, “Organ-organ dalaman terbakar, hati berkobar, dan jantung terpotong berkeping-keping.” Di kali yang lain dia ditanya, "Manakah yang lebih utama, rindu ataukah cinta?" Dia menjawab, “Cinta, kerana rindu lahir dari cinta." Salah seorang Sufi menyatakan, "Rindu adalah kobaran yang dinyalakan di dalam organ dalaman tubuh manusia; ia muncul kerana perpisahan [dengan Tuhan]. Manakala persatuan terjadi, maka kobaran itu padam, dan jika penyaksian atas sang Kekasih menguasai batin seseorang, maka rindu tidak akan menyatakan dirinya."

Salah seorang Sufi ditanya, “ Apakah engkau rindu kepada Allah?” Dia menjawab, "Tidak. Rindu hanyalah untuk orang yang tidak hadir sedang Dia selalu hadir."

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq berpendapat mengenai firman Allah,

ـ5 ه{ ن ه� م* xل Dه Tه ن4 ه* م�� ه& ن( م] ه6 ه� مى Xه ه#� ـ5 ا ه( ه6 م. اا ه و� ه#� ن< �ه Bه ه-ا  

Nabi Musa menjawab: Mereka itu ada mengiringi daku tidak jauh dari sini dan aku segera datang kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Engkau reda akan daku. (Ta-Ha: 84)

Beliau mengatakan, "Maksud Musa adalah , "Aku bersegera kepada-Mu kerana rindu kepada-Mu," dan dia menyatakan hal itu dengan mengatakan, "Agar supaya Engkau redha kepadaku."

Beliau juga menyatakan, "Salah satu tanda rindu adalah keinginan untuk mati ketika dalam keadaan sihat dan gembira. Begitulah halnya Yusuf as. Ketika beliau dilemparkan ke dalam telaga, beliau tidak berkata kepada Allah, “Biarkanlah aku mati saja!” Ketika beliau dimasukkan ke dalam penjara, beliau

Page 164: Risalah Sufi Imam Qusyairi

tidak mengatakan, “,Biarkanlah aku mati saja!” Tetapi ketika orang tuanya datang kepadanya dan semua saudaranya bersujud kepadanya, beliau berkata,

ه� 4�م م( ـ� ه�! م"ٱ* م�5 Nن �م ن* ه#� ه� ع)ا ذ م( ن9 ه� م�5 �� ه هو ه; � ‌jم ه م= ه#ا ن ه�ٱ ه4ا ن: ه�� ٱ* م�5 ل5ۦ م* ه� ه& ه#�: م~ Dن ه#ا ن ه�ٱ Gم هوٲ ـ� ه) ه�9 ٱ* ه uم ه�ا � ‌Wم مqي هMا ه#ا ن ٱ مل م�ي #ا ن ه; م�� م�5 ه� ن) )� ه ه6 ه� Tم ن( ه) ن* ٱ ه� م� م�5 ه� ن4 ه; ه.� ن� ه- xل Dه

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh". (Yusuf: 101)

Mengenai hal ini para Sufi membacakan syair berikut,

Kami hidup penuh kegembiraan,Tapi hanya melalui Engkau kegembiraan dapat sempurna.

Cacat yang ada, wahai orang-orang yang kucintai,Adalah bahawa kamu semua, tidak hadir sedangkan kami hadir.

Mereka juga membacakan,

Siapakah yang dapat digembirakan dengan pesta ini -Sebab aku tidak merasakan hebahagiaan hari ini.

Kegembiraanku hanya akan sempurna,Jika orang-orang yang kucintai dekat denganku.

Ibn Khafif mengatakan, "Rindu adalah kenikmatan hati yang muncul dari perasaan kerohanian dan kecintaan untuk berjumpa dengan Allah dengan cara dekat [dengan-Nya]."

Abu Yazid berkata, “Allah mempunyai hamba-hamba tertentu, jika Dia tidak berkenan menganugerahkan penyaksian kepada mereka, maka mereka akan berdoa minta dikeluarkan saja dari syurga sebagaimana para penghuni neraka minta dikeluarkan dari neraka.”

Al-Husain Al-Ansari menuturkan, "Aku bermimpi hari Kiamat telah tiba. Kulihat ada seseorang yang berdiri di bawah Arasy. Allah SWT bertanya, "Wahai para malaikat-Ku, siapakah ini?" Mereka menjawab, "Engkaulah yang Maha Mengetahui." Dia berfirman, "Ini adalah Ma'ruf Al-Karkhi. Dia mabuk cinta dengan-Ku; dia hanya akan tersedar setelah berjumpa dengan-Ku." Riwayat lain tentang mimpi ini mengatakan, "Ini adalah Makruf Al-Karkhi. Dia meninggalkan dunia dalam keadaan rindu kepada Allah. Maka Allah lalu mengizinkannya menatap wajah-Nya."

Faris menegaskan, "Hati orang-orang yang dipenuhi dengan rindu disinari dengan cahaya Allah SWT. Manakala kerinduan mereka berdesir dalarn hati mereka, maka cahaya itu menerangi langit dan bumi, dan Allah lalu menunjukkan mereka kepada para malaikat, seraya berkata: "Inilah orang-orang yang rindu kepada-Ku. Aku memanggilmu semua untuk menyaksikan bahawa Aku juga rindu kepada mereka, bahkan lebih besar dari kerinduan mereka ini.”

Page 165: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menjelaskan mengenai ucapan Nabi saw, "Aku memohon kepada-Mu agar diberi rindu untuk berjumpa dengan-Mu" dengan mengatakan, " [Pada mulanya] rindu terdiri dari seratus bahagian. Nabi memiliki sembilan puluh sembilan bahagian darinya, dan yang satu bahagian dibagi-bagi di kalangan ummat manusia. Beliau juga menginginkan yang satu bahagian itu, kerana beliau cemburu jika satu bahagian rindu diberikan kepada orang lain."

Dikatakan, "Orang-orang yang menikmati berdekatan dengan Tuhan mempunyai kerinduan yang lebih penuh kepada-Nya daripada mereka yang terhijab dari-Nya." Demikianlah dikatakan:

Yang paling buruk dari semuanya adalah hasrat di satu hari,Ketika tenda-tenda saling rnendekat.

Dikatakan juga, "Orang-orang yang dipenuhi dengan rindu tidak merasakan apa pun selain kemanisan pada saat datangnya maut, kerana kegembiraan mencapai [Kekasih mereka] telah diungkapkan kepada mereka sebagai lebih manis daripada madu."

As-Sari menyatakan, "Rindu adalah keadaan yang paling besar bagi seorang arif. Manakala dia mencapai kerinduan, dia menjadi lupa akan segala sesuatu yang mungkin akan memalingkannya dari sumber kerinduannya."

Mengenai firman Allah SWT,

ه< م(4 ه2 ن* ٱ ه\ م)4 ه�9 ٱ* هو �ه ه� � ‌Ga ذ ه#ا ه Iم )� ه ٱ* هل ه� ه#� H� ه م�ا ه� Iم )� ه ٱ* ه. اا Nه م* و� ه�و ن هي Hه هVا ه��  

Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Ankabut: 5)

Abu Utsman Al-Hirri menyatakan: "Ayat ini dimaksudkan untuk menenangkan hati mereka yang penuh dengan kerinduan. Ia bererti: "Aku tahu bahawa rindu kamu kepada-Ku begitu menenggelamkan. Aku telah menetapkan satu waktu bagi kamu untuk berjumpa dengan-Ku. Kamu semua akan segera datang kepada Dia yang kamu rindukan."

Dikatakan bahawa Allah SWT berwahyu kepada Dawud as, "Katakanlah kepada para pemuda Bani Israel, "Mengapa kamu menaruh perhatian kepada selain Aku di saat Aku rindu kepada kamu? Ini adalah kezaliman yang besar."

Dikatakan bahawa Dia juga berwahyu kepada Dawud, "Jika hanya mereka yang telah berpaling dari-Ku mengetahui betapa Aku telah menunggu mereka, melimpahkan kebaikan kepada mereka, dan merindukan agar mereka meninggalkan kemaksiatan terhadap-Ku, dan sendi-sendi mereka seakan meleleh kerana cinta kepada-Ku. Wahai Dawud, inilah cara-Ku bertindak terhadap mereka yang telah berpaling dari-Ku bayangkanlah bagaimana perlakuan-Ku terhadap mereka yang berpaling kepada-Ku."

Page 166: Risalah Sufi Imam Qusyairi

Dikatakan bahawa dalam kitab Taurat tertulis, "Kami bangkitkan rindu dalam dirimu, namun engkau tidak rindu kepada Kami. Kami tanamkan rasa takut clalam dirimu, tapi engkau tidak takut kepada Kami, Kami menangisimu, tapi engkau sendiri tidak menangis.'

Syeikh Abu Ali Ad-Daqqaq menuturkan, "Suatu ketika Syuib menangis hingga matanya buta. Allah SWT mengembaliknn penglihatannya. Dia menangis lagi sampai buta, Allah mengembalikan lagi penglihatannya. Sekali lagi dia menangis sampai buta, dan Allah mengembalikan lagi penglihatannya. Kemudian, Allah berfirman kepadanya, “Jika engkau menangis kerana syurga, maka yakinilah bahawa Aku telah mengizinkanmu memasukinya. Jika engkau menangis kerana neraka, maka yakinilah bahawa Aku telah menjadikanmu selamat darinya.'

Syuib menjawab, “Aku menangis bukan kerana hal-hal itu. Aku menangis kerana rindu kepada-Mu. Allah berwahyu kepadanya, “Kerana itu Aku menunjuk rasul dan kalim (yang diajak bicara)-Ku [Musa as] untuk melayanimu selama sepuluh tahun.” Dikatakan, “Barangsiapa rindu kepada Tuhan, maka segala sesuatu merindukannya.”

Ada hadith yang mengatakan, “Syurga merindukan Ali, Ammar dan Salman.” Salah seorang syeikh menyatakan, "Aku pergi ke bazaar, dan barang-barang di situ merindukan aku. Tetapi aku bebas dari mereka semua."

Malik bin Dinar menyatakan, “Aku membaca dalam Taurat, “ Kami bangkitkan rindu dalam dirimu tetapi engkau tidak rindu kepada Kami. Kami mainkan seruling untukmu, tetapi engkau tidak menari.”

Al-Junaid ditanya, "Apa yang membuat seorang pencinta menangis manakala dia bertemu dengan Kekasihnya?" Dia menjawab, “Itu hanya kerana kegembiraannya yang besar atas-Nya dan kerana kerohanian yang lahir dari rindunya yang besar kepada-Nya. Aku telah mendengar sebuah cerita tentang dua orang bersaudara yang saling berpelukan [setelah lama berpisah]. Yang satu berkata, Wahai kerinduan! dan yang lain menjawab, Wahai kerohanian!"