Rose Surat Rayuan Th (1)

3
Rose @ Che’Rose binti Hasan No.35, Lorong Lapan Jalan BBU(Seksyen) 1/5 Taman Bukit Beruang Utama Bukit Puteri 75450 MELAKA 8 Julai 2010 Pengerusi Lembaga Tabung Haji Bahagian Operasi Domestik Lantai 30, Bangunan Lembaga Pengurusan Tabung Haji 201 Jalan Tun Razak 50732 KUALA LUMPUR Assalamualaikum wbrt; Tuan RAYUAN MEMOHON MENGERJAKAN HAJI PADA TAHUN 1431H/2010M Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Saya Rose @ Che’Rose binti Hasan, No Kad.Pengenalan 640504-04-5356 dengan penuh harapan ingin membuat rayuan kepada tuan agar saya diberi peluang mengerjakan ibadah haji pada tahun 1431H/2010M ini. Ini adalah kerana saya perlu menjadi/mencukupkan mahram kepada kakak dan adik saya yang telah ditawarkan sebagai bakal haji menunggu/standby pada tahun ini. 3. Berikut adalah maklumat berkaitan kakak, adik dan saya sendiri.

Transcript of Rose Surat Rayuan Th (1)

Page 1: Rose Surat Rayuan Th (1)

Rose @ Che’Rose binti HasanNo.35, Lorong LapanJalan BBU(Seksyen) 1/5 Taman Bukit Beruang UtamaBukit Puteri75450 MELAKA

8 Julai 2010

PengerusiLembaga Tabung Haji Bahagian Operasi DomestikLantai 30, Bangunan Lembaga Pengurusan Tabung Haji201 Jalan Tun Razak50732 KUALA LUMPUR

Assalamualaikum wbrt;

Tuan

RAYUAN MEMOHON MENGERJAKAN HAJI PADA TAHUN 1431H/2010M

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Saya Rose @ Che’Rose binti Hasan, No Kad.Pengenalan 640504-04-5356dengan penuh harapan ingin membuat rayuan kepada tuan agar saya diberi peluang mengerjakan ibadah haji pada tahun 1431H/2010M ini. Ini adalah kerana saya perlu menjadi/mencukupkan mahram kepada kakak dan adik saya yang telah ditawarkan sebagai bakal haji menunggu/standby pada tahun ini.

3. Berikut adalah maklumat berkaitan kakak, adik dan saya sendiri.

Nama : Normah binti Hasan (kakak)No K/P : 480320-04-5220No a/k T.Haji : 630501004522635 (status standby)

Nama : Iana binti Hasan (adik)No K/P : 670414-04-5034No a/k T.Haji : 630501006230564 (status stanby)

Nama : Rose @ Che’Ros binti HasanNo K/P : 640504-04-5356 No a/k T.Haji : 630501017850711 (membuat rayuan)

Page 2: Rose Surat Rayuan Th (1)

3. Untuk makluman tuan, jika kakak dan adik saya dipilih kelak tiada mahram lelaki yang akan mengiringi mereka, kerana suami kepada kakak telahpun meninggal dunia manakala suami adik pula menetap di luar negara. Tambahan pula kakak saya telahpun berusia 62 tahun maka beliau benar-benar berharap kepada saya dan menaruh harapan tinggi agar saya dapat pergi bersama bagi mencukupkan mahram disamping dapat saya bersama-sama adik saya menjaga keselamatan dan kesihatan beliau ditengah jutaan jemaah yang mengerjakan ibadah haji di sana.

4. Saya juga telah lama berharap agar dapat menunaikan fardhu haji bersama-sama dengan mereka. Oleh itu sangat besarlah harapan saya kepada tuan agar rayuan saya ini dapat diberi perhatian dan pertimbangan sewajarnya supaya dapat saya mencukupkan mahram kepada kakak dan adik saya yang mana mereka sangat-sangat berharap agar rayuan saya ini diterima oleh tuan. Segala perhatian dan juga pertimbangan oleh tuan amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semuga Allah jualah yang akan membalas jasa baik tuan hendaknya. InsyaAllah.

Sekian, terimakasih.

Yang benar;

(ROSE @ CHE’ROSE BINTI HASAN)No.Telefon: 017-6051028 - mobile 06-2310399 - rumah