Rousseau

26
Jean Jacque s Rousse au

description

presentation

Transcript of Rousseau

Page 1: Rousseau

Jean Jacques

Rousseau

Page 2: Rousseau

Latar belakangJean Jacques Rousseau lahir di Geneva. Ibunya meninggal dunia selepas beberapa hari

melahirkannya. Beliau dibesarkan oleh ayahnya, seorang tukang jam. Melalui ayahnya, beliau mempelajari sastera purba

Greek dan Rom. Ketika usianya menjangkau sepuluh tahun, ayahnya

telah diusir dan terpaksa meninggalkan Geneva. Maka, hiduplah Rousseau bersama bapa saudara

yang menghantarnya belajar di sebuah tempat bernama Bosey.

Page 3: Rousseau

• Pada tahun 1725, beliau belajar menjadi seorang pengukir.

• Rousseau meninggalkan Geneva pada tahun 1728 ketika umurnya enam belas tahun.

• Sejak itu, beliau membuat pelbagai pekerjaan seperti menjadi setiausaha, mengajar dan bekerja dalam bidang muzik bagi mencari rezeki.

• Pada tahun 1742,beliau ke Paris dan menjadi seorang ahli muzik dan komposer.

• Pada tahun 1745, beliau kembali ke Geneva dan berkawan dengan ahli falsafah, Condillac dan Diderot.

• Selepas itu, bermulalah hasil karya sumbangannya yang menjadikan beliau seorang tokoh terkenal.

Page 4: Rousseau

Hasil Karya dan

Sumbangan

Page 5: Rousseau

Karya 1

Page 6: Rousseau

Discourse on the

Arts and Sciences

Page 7: Rousseau

Apakah pendapat Rousseau yang berbeza

dengan pendapat orang sezaman

dengannya?

Page 8: Rousseau

Rousseau berpendapat bahawa kemajuan dalam

seni dan sains tidak menyumbang kepada

pemurniaan moral individu, sosial dan tahap politik.

Page 9: Rousseau

Apakah yang dibincangkan oleh

Rousseau dalam Karya Discourse on the Arts

and Sciences?

Page 10: Rousseau

Melalui kajian sejarah Rousseau menunjukkan masyarakat yang maju berkembang dari segi seni dan sains mengalami kemerosotan dari segi moral dan nilai-nilai murni.

Beliau mendakwa bahawa Mesir Purba mula runtuh setelah falsafah dan seni berkembang maju.

Perkara ini turut berlaku kepada Greek Purba yang mengalami nasib yang sama walaupun asalnya Greek Purba sangat mementingkan nilai keberanian

Namun, apabila sains dan seni mula berkembang, masyarakat Greek menjadi masyarakat yang berasaskan kemewahan dan keseronokan.

Page 11: Rousseau

Apakah pendapat anda tentang pandangan

Rousseau? Bersetuju atau tidak bersetuju?

Page 12: Rousseau

Rousseau menyatakan seni dan sains lahir daripada kemaksiatan manusia.

Sebagai contoh, geometri lahir daripada kerakusan, fizik daripada rasa ingin tahu yang sia-sia dan falsafah moral daripada rasa bangga.

Rousseau terus menyerang sains dengan mengutarakan sains tidak menyumbang kepada nilai moral.

Menurut beliau, sains menjadikan hidup lebih mudah dan menyeronokkan tetapi bukan bertambah baik dari segi moral.

Page 13: Rousseau

Pada pendapat anda, benarkah sains sains tidak menyumbang kepada nilai moral?

Page 14: Rousseau

Karya 2

Page 15: Rousseau

Discourse on the Origin of Inequality

Page 16: Rousseau

Rousseau cuba menjelaskan sifat manusia secara semula jadi tanpa kualiti-kualiti yang telah terbina akibat sosialisasi, iaitu memahami manusia dalam keadaan alam semula jadi tulen.

Hal ini bertentangan dengan pendapat pada zaman itu terutama pendapat Aristotle yang menyatakan bahawa keadaan masyarakat sivil itu adalah keadaan semula jadi manusia.

Gambaran Rousseau tentang manusia dalam keadaan alam semula jadi adalah berbeza dengan pendapat pada zamannya.

Page 17: Rousseau

Perkembangan tamadun merosakkan kebahagiaan semula jadi dan kebebasan manusia dengan mencipta ketidaksamaan tiruan dalam kekayaan, kuasa, dan keistimewaan sosial.

Manusia primitif adalah sama dengan manusia lain kerana setiap individu adalah bebas, tetapi apabila masyarakat menjadi lebih moden, ahli-ahli yang kuat dan paling pintar dalam masyarakat memperoleh kelebihan yang tidak semula jadi ke atas saudara-saudara mereka yang lemah.

Perlembagaan yang digubal untuk membetulkan ketidakseimbangan ini melalui keamanan dan keadilan sebenarnya tidak melakukan apa-apa tetapi mengekalkan perkara ini.

Page 18: Rousseau

Karya 3

Page 19: Rousseau

The Social Contract

Page 20: Rousseau

Walaupun manusia dilahirkan bebas tetapi sentiasa terikat di mana-mana.

Hal ini kerana manusia dicemarkan atau dirosakkan oleh masyarakat.

Beliau menekankan bahawa wujudnya satu kehendak bersama yang membawa kepada kebaikan umum yang dikehendaki oleh setiap individu.

Beliau berpendapat bahawa ini adalah sejenis kontrak sosial semula jadi yang mana jika kepentingan peribadi bertembung dengan kepentingan umum, kepentingan umum mesti diutamakan.

Page 21: Rousseau

Beliau menekankan idea ini dari pendapat yang menyatakan bahawa kontrak sosial adalah satu perkara yang semula jadi dan seseorang individu itu lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk dirinya.

Rousseau juga berpendapat bahawa pendidikan mencukupi untuk membataskan tingkah laku manusia supaya sentiasa berada pada landasan yang betul.

Berdasarkan pendapat itu, beliau menyatakan bahawa kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri adalah kehendak setiap negara.

Idea Rousseau ini adalah bertentangan dengan sistem politik di Perancis pada masa itu.

Page 22: Rousseau

Karya 4

Page 23: Rousseau

Emile

Page 24: Rousseau

Pengaruh masyarakat harus dihindarkan daripada seseorang kanak-kanak supaya mereka boleh hidup secara semula jadi dan membesar dengan bebas daripada pengaruh negatif yang dimiliki oleh masyarakat.

Kanak-kanak dilahirkan tanpa mewarisi sebarang sikap yang buruk.

Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak harus menekankan perkara yang baik dan memupuk minat dan aktiviti yang spontan.

Page 25: Rousseau

Menekankan pentingnya persekitaran sekolah yang kondusif yang boleh memenuhi kehendak kanak-kanak. Ini bermakna perkembangan kanak-kanak harus disuburkan tanpa gangguan dan halangan daripada persekitaran. Ini membolehkan kanak-kanak meneroka alam sekitarnya secara semula jadi.

Pengalaman pendidikan seperti ini akan menjadikan kanak-kanak gembira dan meningkatkan kualiti diri mereka kerana Rousseau percaya bahawa keseimbangan sosial dan emosi sangat penting.

Oleh itu, guru harus memainkan peranan dalam hal ini. Beliau juga menjelaskan kepentingan pendedahan bahan yang konkrit dahulu kemudian yang abstrak dan bersimbol.

Page 26: Rousseau

Pendidikan kanak-kanak perlu bermula semenjak kelahirannya.

Ibu bapa dan guru perlu peka dengan perkembangan kanak-kanak dan menyediakan pengalaman berdasarkan masa yang sesuai.

Pendidikan pada pandangan Rousseau berlaku melalui tiga punca, iaitu keadaan semula jadi , manusia, dan benda.

Rousseau berpendapat lebih penting untuk kanak-kanak belajar melalui pengalaman dahulu sebelum buku diperkenalkan kepada mereka.