Royal Scallop

download Royal Scallop

of 23

Transcript of Royal Scallop

ROYAL SCALLOP

BAHAGIAN SCALLOP

Pelan ini bagus jika dibuat diatas kertas keras (manila kad yang besar), di

tandakan, jarak atas dan bawah sekali ialah 2 cm, dan ditengah2 diselangkan 5 cm dan 2 1/2 cm. Di tanda-tanda jarak itu, sebaiknya digunting seperti di gambar A1 berwarna merah, supaya tanda tersebut tidak lari/ hilang.

Gambar A2 gambar A1

Cara Memotong - Pelan ini diletakkan di atas kain yang dili at menyerong. (Apabila kain

dilipat menyerong, Ombaknya lebi cantik!), - Bahagian yang ditanda ialah bahagian tepi kain, lebihkan sebanyak 1 cm dibahagian tepi atas dan bawah (bahagian lipatan di kain serong tidak perl lebih). - Tandakan dengan kapor dan Guntingkan kain, kemudian gunting sedikit kain di tanda-tanda merah tu..., camne nak cakap ye...?Tunjuk gambarkan senang!

Contoh Ukuran : (" = inci) Lebar Tingkap = 75 inci Tinggi Tingkap = 48 inci Bidang kain = 48 inci Lebar Scallop = 25" untuk tingkap Untuk Mencari Jumlah Scallop

LEB R TINGKAP BAHAGI(/) LEBAR SCALLOP = JUMLAH SCALLOP contoh : 75" / 25" = 3 scallop Untuk Mencari Jumlah meter kain 1 scallop memerlukan 1.25 meter kain

Jika 3 scallop = 1.25m x 3 = 3.74 meter

BAHAGIAN TAILTail ialah Bahagian Kiri dan Kanan Langsir

Cara Potong Kain dilipat dua, (36" - ditepi kain) Untuk Mencari Jumlah Meter Kain tail = 36" Kiri dan kanan = 2 x 36" = 72" bahagi 39 = 1.85 meter (betul ke ni..., dalam buku tulis cam ni...) KESELURUHAN JUMLAH KAIN = Jumlah Scallop + Jumlah Tail = 3.75m + 1.85 m = 5.6 Meter (atau 5.5 meter)

Fringles (rambu) Kira setiap hujung @ lebihkan 2 meter dari jumlah kain. 5.5m + 2 m = 7.5m

CARA Nak Jahit Scallop - Buka kain yang telah dipotong - Jahit tepi bahagian bawah dan atas sahaja - Kemudian, jahitkan FRINGLES (RAMBU) dibahagian bawah!

- Pastikan anda dah potong tepi2 mengikut tanda (atau tanda kapur) - Lipat dua bahagian atas dan jahitkan dalam 2 cm disini

- Cantumkan pada belah belakang kain.... - Gunakan jarum peniti yang ada manik bulat ..., senang nanti - Cantumkan yang lima cm kepada 2 cm.., sematkan dengan peniti - buat semua, kiri dan kanan....

mesti dapat cam ni... lurus sahaja di bahagian atas

kemudian, jahit jelujur halus2 (atau tindih je dengan mesin) kat atas tu..., lepas/sambil tu, bolehlah cabut jarum peniti Buat scallop yang lain pulak.

CARA Nak Jahit Tail Lipat atau tindihkan..., sehingga dapat dalam 12 inci.

CARA MENYAMBUNG SCALLOP DENGAN TAIL

1) Ukur lebar setiap scallop dan tail 12" + 25" + 25" + 25" + 12" = 99" \ 2) Ukuran Lebar tingkap dicampur 3" 75" + 3" (lebihan jahitan) = 78" 3) Untuk mengetahui jumlah pertindihan = 99" - 78" = 21" bahagi 4 (bahagian tindihan - (kalau 2 scallop, 3 tindihan)) = 5.25 " BEN

di

j

g scall

yang dah di sambungkan, jahit ben (terbalik)

dah jahit ben, jahitkan pula penyangkut langsir. jahitkan sebelum lubang. lepastu, naikkan, selitkan lebihan ben dan jelujur/ kemudian tekan dengan mesin. DAH JADI DAH

KAIN BAJU KURUNG(ikut cara saya.., pakai sendiri) Katakan Ukuran ialah: 1. Pinggang = 34 inci 2. Ponggong = 42 inci + 4, kemudian dibahagi 2 = 42+4 = 46 bahagi 2 = 23 inci 3. Labuh = 40 inci

UKURAN 1. Pinggang 2. Ponggong + 4 inci 3. Labuh

Dari kain yang buat baju , 2 m utk baju, 2 m lagi untuk kain

Kain dilipat 2 Biasanya , ukuran dalam 30 - 33 inci

1. Mula-mula kain dilipat 2 2. Ukuran lebarnya dalam 30-33 inci 3. Ukur labuh dari bawah labuh kain + 1/2 inci (untuk lipat bawah) 4. Tandakan dengan kapur bahagian labuh di atas (seperti gambar) 5. ukur Zip (Zip 8 inci, atau terpulang kepada anda), 1 inci dibawah dari tanda kapur (no. 4) tadi., kemudian tanda kapur dibawah tempat zip. 6. Jahitkan dengan mesin (garisan hijau) , dari tempat ukur zip ke bawah) 7. Kemudian, lipatkan 1/2 inci dibahagian kaki, dan jahit dengan mesin ( garisan

oren), jahit 2 kali, mulakan bahagian atas dan kemudian, baru bawah kaki

8. Gosokkan bahagian jahitan kain tadi. 9. Jahitkan Zip dari bahagian kain yang betul

10. A - Ukuran lebar (30 - 33 inci) B- Ukuran Ponggong (23 inci) C - Baki dari lebar kain dengan ponggong

C - Katakan lebih ialah 12 inci. kalikan dengan 2. 12 x 2 = 24 inci. (lebih senang jika tengok dalam cm, 24 inci = 61 cm) okey, dari 24 inci, anda agak berapa lipatan anda boleh buat. (kadang2 lebih bahagian ini kecil sahaja, mungkin hanya dapat 1 atau 2 lipatan sahaja.) Kita katakan buat 3 lipatan. So, 24 bahagi 3 = 8 inci

11. Tandakan dengan kapor setiap 8 inci, dan 3 bahagian (untuk 3 lipatan.) 12. GOSOKkan dengan seterika tanda lipatan tadi.

13. 3 lipatan tersebut disatukan, dan dijahit 3-4 mm dari tepi. Jahit dalam panjang sama atau lebih sedikit dari zip 14. Kemudian, baru dicantumkan dengan zip. Jahit dalam jarak 1 - 1 1/2 cm dari tepi/ dari zip

Gambarajah Y 15. Buat satu jahitan serong seperti gambarajah Y. 16. Dari tanda kapor di atas, ukur dalam 1 1/2 inci atau 2 inci. 17. Tandakan dan potong. 18. Jahit tepi bahagian atas yang dipotong itu, atau biarkan.

gambarajah X 19. Kemudian, bahagian 1 1/2 inci (atau 2 inci) di LIPAT ke dalam. Sekiranya telah dijahit tepi, anda hanya perlu lipat. Jika tidak, lipat sorokkan bahagian tepi ke dalam agar tidak berbulu. (camno nak cakap ye...) 20. Dah lipat ke dalam, jahitkan dalam anggaran 1 1/4 inci daripada atas, 1 inci ni bergantung kepada lebar getah pinggang elastik yang akan dimasukkan. (ada jugak getah yang berukuran 3/4 inci .. sesuai untuk kain budak) MASUKKAN GETAH. (saya guna getah semua, senang sikit!) Ukuran pinggang = 34 inci UKURAN GETAH kurangkan dalam 2 1/2 hingga 3 inci = 31 inci. 21. Kemudian buatkan satu lebihan kain dalam ukuran seperti rajah berikut. kain ini diambil dari kain perca, dan buat 2 - 3 lapis biar tebal sikit.

Gambarajah Z

22. Kemudian, masukkan getah dalam kain (gambarajah X) tadi. Masukkan dari bahagian getah yang dilekatkan PIN. dan dimulakan pada kain, yang ada kain lipatan tadi. 23. Tarik sikit-sikit sehingga sampai penghujung. Kemudian Sematkan dengan jarum peniti kedua2 hujung supaya tak Terlepas masuk semula getah tersebut. 24. Ingat tak bahagian yang dijahit serong dalam gambarajah Y?. Pastikan jahitan

tersebut di tengah2, tarik getah bagi balance. 25. Lebihan kain (Gambarajah Z) biarkan keluar.. ( nak bubuh cangkuk) 26. Bila dah balance, JAHITKAN di tengah2 kain yang dah masuk getah tadi. CARANYA - Tarikh Kain bagi tak berkedut dengan getah dan jahitkan. Buat sehingga Penghujung.

27. Kemudian, jahitkan cangkuk (Hook).

JADI TAK????BAJU KURUNG

Inilah asas baju kurung, A, B, C, D dan E Senang bukan? Apa-apanya... A B C D Badan. - Kain dilipat 2, potong, jadi satu keping depan dan belakang Tangan - 2 keping, kiri dan kanan Kekek- 2 keping, kiri dan kanan Pesak - kiri 2 keping, kanan 2 keping = 4 keping lah

E

Leher - satu je

CARA MENGUKUR - UKUR DALAM INCI ( " )Cara saya senang aje. Ambil baju yang siap. dan Ukur semuanya,

UKURAN Ukur bahu (ai) dan bawah (aii) - biar sama ukuran Ukur Labuh Baju, kadang - kadang depan labuh sikit dari belakang Ukur Panjang Tangan Ukur Lebar Tangan Atas (ukur depan aje(separuh)) Ukur lebar tangan bawah (separuh) Ukur kekek, ini 4 segi sama Ukur lebar pesak atas Ukur lebar pesak bawah

ai, aii aii bi biii bi c di dii

BILA POTONG, LEBIHKAN UNTUK JAHITAN Lebihkan 3/4" kiri, 3/4" kanan Lebihkan 1 1/2 " - 2 " bawah Lebihkan 1" bawah dan 3/4" atas Lebihkan 3/4 " Lebihkan 3/4" Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan Lebihkan 3/4" kiri dan 3/4" kanan

ei

biasanya 4 3/4", tak Bulatkan elok-elok leher baju tu, ukur macam payah lebih, ngam2 ni , luasanya sama aja. atau kecikkan sikit dlm 2 mm

eii

Ukur labuh leher baju tu

biasanya 4 - 41/2"

CARA MEMOTONG KAIN

AI ialah labuh Baju (+ lebih utk jahitan), Kemudian kain dilipat dua, mengikut ukuran labuh baju tadi

A1 - ialah labuh baju, A2 ialah bahu (Jangan lupa lebihan untuk jahitan) Ha, Dah tandakan dengan kapor, potonglah., bila dibuka jadi satu bahagian badan, panjaaaaang sebab depan dan belakang sekali., Kemudian, badan tu dilipat 4, dan di gosok, untuk menandakan bahagian bahu kiri dan kanan, dan juga tengah, untuk potong leher nanti.

potong bahagian tangan

Kita ambil Bahagian B untuk Tangan Ini lebih kain yang telah dipotong badan. B untuk tangan. Ambil ukuran biii (tangan atas), katakan 8". campurkan 3/4" untuk lebihan jahitan. kalikan 2 (untuk depan belakang) - 8 3/4 + 8 3/4 = 17 1/2 . so, B = 17 1/2 " Lipatkan B, dan ukur panjang tangan pula (bI)

Potong Bahagian tangan, lipat dua, buat garisan sambungkan tangan atas dan bawah, potong ikut garisan tersebut. POTONG PESAK (4 keping)

kita akan ambil Bahagian D untuk Pesak Cara saya mengukur pesak .

OK, katakan pesak atas (di) ialah 2" dan pesak bawah (dii) ialah 4 ". saya perlu lebihkan 3/4" setiap kiri kanan pesak, so, kiraan saya ialah 3/4" + 3/4" + 2" untuk pesak atas, dan 3/4" + 3/4" + 4" untuk pesak bawah Di gambar P1, kita akan lipat bahagian dx untuk dijadikan pesak Ukuran dx ialah 3/4" + 3/4" + 2" + 3/4" + 3/4" + 4" = 9 " Lipat dx sebanyak 9 inci . Potong Pesak (4 segi ) kemudian, ukurkan di dan dii . Buat satu garisan lurus menyambungkandi dan dii. potong garisan tersebut, dan potong kiri dan kanan pesak.

Jangan lupa tandakan dengan kapur di bahagian yang lurus, supaya senang apabila hendak cantumkan semasa menjahit. tandakan depan dan belakang. Lebih mudah sepasang tandakan bahagian pesak bawah dan sepasang lagi ditandakan dipesak atas. apabila sambung untuk menjahit, satukan yang bertanda kapur.

POTONG KEKEK

Cari kain lebihan, potongkan kekek 4 segi. jangan lupa lebihkan untuk jahitan 3/4" kiri dan 3/4" kanan. Contoh 3" , so, 3"+3/4"+3/4" = 4 1/2"

ADUHHHH, SELESAI DUA BAB, MENGUKUR DAN MEMOTONG

nak tunjuk cara mencantum semasa menjahit pulak.... tapi, kena buat / tebuk leher dulu!

PERSEDIAN NAK BUAT LEHER

Ambil bahagian badan tadi, kan dah suruh gosok, so, adalah bahagian tengahkan? potongkan sikit untuk tandakan bahagian leher.

tadi ukur leher? katakankan 5" Ambil kertas suratkhabar, lipat separuh, buatkan macam ni, tersebut gunting pelan

Lepas tu, ambil kain badan tadi, buka panjang dan lipat dua. Letakkan pelan leher di tanda guntingan. lekatkan dengan jarum peniti, atau jahit jelujur, potong betul2 ikut pelan tu.

ambil satu kain lebih (perca), guna pelan leher tu, potong kat badan tu.

potong satu lagi sama macam

Cantumkan leher pada badan dengan leher pada kain perca tadi. jahit jelujur halus halus sekeliling leher tu. kemudian diterbalikkan, kain perca jadi bahagian dalam badan. jelujur kasar pulak untuk jahit bunga/ mata lalat.. apa-apalah.

okeylah tu bahagian leher. Jahit mata lalat nantilah, kalau tak tindih aje dengan mesin.

CANTUM BADAN 1. Ambil sepasang pesak, tadi kita dah tanda dengan kapur, bahagian atas pesak dan bahagian bawah pesak., ambil yang kita tandakan tu (yang sama ye..., atas dan atas. 2. Ambil satu kekek

Cantumkan, merah dengan merah, biru dengan biru dan kemudian hijau dengan hijau

Cantumkan pesak yang telah sambung dengan kekek tadi pada tangan mengikut biru dengan biru, depan dan belakang. kemudian cantumkan tangan, hijau dengan hijau. Buat kan kedua-dua belah, kiri dan kanan.

Badan sudah, pesak, kekek dan tangan sudah. Sekarang ini kita cantumkan keduadua bahagian pulak

cantumkan bahagian tengah badan dengan bahagian tengah tangan. Jahit depan kiri dahulu, kemudian belakang kiri..., atau kanan, belakang dulu..., mana-manalah, asalkan sesual.

DAPAT TAK BAJU KURUNG?????, kemudian, gosoklah bahagian bawah tangan dan badan, kemudian jahitkan dengan jahit zigzag...., leher belum siap, tapi, dah boleh pakai dah.... TERIMA KASIHLAH.....

Blouse

UKURANYang perlu Diukur (Ukur ngam-ngam, janganlah ketat sangat, Janganlah longgar sangat. (Ukuran Dalam INCI) BAHU LABUH KETIAK PINGGANG PONGGONG TANGAN PANJANG @ TANGAN PENDEK DADA PANJANG BELAKANG LUAS TANGAN LEHER Formula selepas mengukur Formula seterusnya Hasil

Bahagi 2 +2 +1 +2 Bahagi 2 Bahagi 4 tambah 1 Bahagi 4 tambah 1

BAHU

+2

Tambah 3 bahagi 4

LUAS DADA

+2 +1

Bahagi 2 Bahagi 2

LAMA TAK GUNA FRONTPAGE NI... KENA PULAK DENGAN PC BARU, MACAM TAK MENJADI AJE COPY AND PASTE.! ***************** LABUH BAJU, BOLEH DIBUAT MENGIKUT KESESUAIAN. SAMADA HINGGA PONGGONG, ATAU BAJU BENGGALI! ***************** KALAU NAK BUAT KEBAYA, GARIS PINGGANG DI BAHAGI 2, KEMUDIAN BUATKAN PLET DALAM 1/2 INCI + 1/2 INCI, PANJANG 10CM ATAS DAN 10 CM BAWAH. JAHITKAN PLET TERSEBUT DARI SEBELAH DALAM! ***************** LEHER, IKUT SESUAI, BOLEH BENTUK U, V, CEKAK MUSANG DAN SEBAGAINYA. *****************

SELAMAT MENCUBA!....guna kain cotton yang murah dulu... pastinya, ukuran ini sangat mudah sekali!

JADI TAK????