Rp Ringkas

download Rp Ringkas

of 15

Transcript of Rp Ringkas

RINGKASAN EKSEKUTIF

Zaili Cake & Bakery merupakan salah sebuah syarikat IKS yang diusahakan oleh generasi kedua Felda Jengka 07. Zaili Cake & Bakery telah lebih sepuluh tahun beroperasi secara kecil-kecilan dan hanya menerima tempahan bagi kawasan sekitarnya sahaja. Melihatkan pemintaan produk syarikat yang semakin bertambah, pihak syarikat ingin cuba meningkatkan permintaan produknya ke pasaran yang lebih luas dan terbuka. Oleh yang demikian, pihak syarikat perlu menambah suntikan modal supaya kualiti dan kuantiti produk terjamin untuk pasaran. Dengan ini, Zaili Cake & Bakery akan dikenali sebagai satu nama IKS baru yang akan berkembang dan memberikan saingan kepada IKS lain.

Maklumat Am Syarikat 1. 2. Nama Syarikat/Firma Alamat & No. Tel : : ZAILI CAKE & BAKERY (TUNGGAL) A329 FELDA JENGKA 07, 26410 BANDAR JENGKA PAHANG 09-4671792 /0172408507 21hb November 2006 CA0070846 - K 1hb Disember 2000 RM1,000Modal Sumbagan Nama pemilik Sediada Norzaili Amat Baru RM1000.00 Jumlah

3.4. 5.

Tarikh dan No. Pendaftaran Tarikh Beroperasi Modal Sumbangan

: : :

1

6.

Jenis Perniagaan

:

Bahulu, Bangkit dan Kek Aktiviti : Pembuatan Makanan 100 % Bumiputera

7. 7 8 8.

Milikan Modal PemilikBil 1. Nama/Alamat/K.P Norzaili Amat

: :

Umur 48 Thn

Jawatan dalam firma ini Pengurus

% modal dimiliki 100%

Jumlah

100%

PERIHAL PROJEK 1. Aspek Teknikal Perniagaan ini telah dimulakan pada tahun 2000 yang mana ia telah diusahakan oleh pemilik asal iaitu Puan Basariah bte Ahmad dan seterusnya telah dikembangkan oleh Puan Zaili Bt Amat iaitu anak kepada pemilik sekarang dengan modal pemulaan sebanyak RM 1,000. Setelah beberapa tahun, ini, Puan Norzaili bersama seorang lagi adiknya, Cik Noraaini bt Amat berganding bahu bagi memperluaskan pasaran dan menambahkan keuntungan perniagaan. Semasa awal perniagaan terdapat lebih 100 orang pelanggan tetap manakala lebih 100 lagi adalah pelanggan tahunan. Jualan bulanan pada hitung panjang ialah dalam lingkungan RM2,000. Semasa pemilik asal memulakan perniagaan, tiada sebarang kira-kira dan hitung panjang di lakukan. Kini perniagaan ini diuruskan oleh Pn.Norzaili dan Cik Noraini ( selepas ni akan digantikan dengan perkataan kami) sambil dibantu oleh pemilik asal iaitu Pn. Basariah. Segala urusan pembelian stok akan dikendalikan oleh kami sendiri. Segala barangan terus dibeli dengan harga tunai di sekitar Bandar Jengka dan 2

Maran manakala ada sesetengah bahan mentah akan dibeli secara kredit daripada pembekal tetap di Jengka 07. Had minima tidak ditetapkan oleh pembekal dan pembayaran akan dibuat secara bulanan kepada pembekal. Kami bercadang memperluaskan lagi pasaran produk yang ada serta mampu bersaing dengan produk-produk lain di pasaran.a)

Lokasi Projek

Buat masa ini, perniagaan dijalankan di sebuah bengkel di rumah iaitu di A329 FELDA Jengka 07, Pahang. Walaubagaimanapun, kami masih lagi dalam perbincangan bagi mendapatkan tanah dan bangunan di kawasan Felda Jengka 07 bagi mempertingkatkan hasil dan pasaran produk kami.

b)

Mesin / Peralatan / Kelengkapan Penting Sediada

Selama beberapa tahun beroperasi,terdapat beberapa unit mesin yang yang digunakan dalam operasi perusahaan ini dimana ia adalah sebahagian daripada bantuan FELDA dan sebahagian lagi adalah harta tetap syarikat.

Bil 1. 2. Pengadun

Jenis

Unit 2 unit 4 Unit

Kegunaan Mengadun Adunan Membakar

Oven Pembakar

3.

Sealer

1 Unit

Membungkus Produk

c)

Mesin/Peralatan/Kelengkapan Yang Akan Dibeli

Bagi memastikan produk ke pasaran luas, pihak kami memerlukan beberapa jenis peralatan lagi yang boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti produk. Bahkan pihak kami juga memerlukan Product packaging supaya mampu berdaya saing dengan produk-produk seumpama ini di pasaran

3

semasa. Syarikat telah memutuskan untuk membeli dan menambah beberapa peralatan seperti berikut :Bil 1 2 3 4 5 6 Jenis Mesin Pengisar Gula Packaging (Plastic) Packaging (Box) Automaticly Packaging Machine Pengadun Modal Pusingan 1 10000 10000 1 1 Unit Harga Kos Pembekal (RM) 1,300 LKB Sdn Bhd 3,000 5,000 2,500 2,500 6,000 Unite Print Unite Print LKB Sn Bhd LKB Sdn Bhd

Catatan : i.ii.

Untuk makluman, peralatan-peralatan ini adalah peralatan asas bagi proses pembuatan produk makanan. Pemilihan bagi Automaticly packaging machine, kerana, sebelum ini semua proses packaging hanya mengunakan kaedah manual samada jenis tangan atau jenis kaki dan ianya satu kaedah yang mengurangkan tahap kuantiti dan kualiti produk yang akan dihasilkan.

iii.

Bagi memasarkan produk ke pasaran luas, pihak syarikat perlu berusaha untuk memastikan pembungkusan mengikut pek dan kehendak semasa.Oleh yang demikian, pihak syarikat telah bersetuju untuk menggunakan pembungkus dari material kotak dan plastik sahaja berbanding plastik dan stiker pada keluaran sebelum ini.

iv.

Buat masa ini, saya hanya memasarkan produk-produk di atas permintaan tempahan daripada pelanggan-pelanggan tetap dari semasa ke semasa.

v.

Sebagai perbandingan harga, sebutharga daripada 3 orang pembekal telah diperolehi. Pemilihan pembekal diatas adalah berdasarkan sebutan harga yang terendah. Tempoh sah sebut harga ialah selama 3 bulan.

4

d)

Carta Alir Proses Pengeluaran Bagi Projek-Projek Yang Bercorak Perkilangan

Setiap perkhidmatan makanan mempunyai cara dan resipi yang tersendiri. Segala resipi ini telah dijilidkan dalam buku manual resipi syarikat. Manual ini merupakan harta intektual syarikat yang mana merupakan resipi utama dalam memberikan kualiti dan rasa yang sama kepada pelanggan. Manual ini tidak diedarkan bersama kertas rancangan perniagaan ini. Walaubagaimanapun dokumen ini sedia untuk ditunjukkan kepada manamana pihak yang berkenaan apabila diperlukan. e) Penggunaan Bahan Mentah Utama Dan Pembekalnya

Penggunaan bahan-bahan mentah bagi produk bahulu dan kueh tradisional adalah mengikut tempahan semusim. Segala urusniaga bagi proses pembungkusan dilakukan secara tunai manakala bahan mentah bagi produk bahulu dan kueh tradisional dilakukan secara kredit yang mana dibayar secara bulanan kepada pihak pembekal. Had minima pembelian tidak dikenakan oleh semua pembekal. Harga barang-barang diatas adakala stabil dan adakala turun naik harga akan berlaku. Di sini, pihak saya hanya menyenaraikan bahan-bahan utama bagi produk bangkit dan bahulu sahaja.Diantara bahan-bahan mentah utama adalah seperti berikut:Pembekal Jenis Bahan mentah PRODUK BAHULU Telur Tepung Gula PRODUK BANGKIT Tepung Ubi Gula Halus Jengka 07, Pahang Jengka 07, Pahang

5

Santan Kelapa Tepung Gandum

2.

Aspek Pasaran a) Ciri-ciri Umum Produk/Servis dan Pengguna

Pihak saya menjalankan produk berasaskan makanan seperti tempahan bahulu, kek, kueh tradisional seperi Bangkit, Tiram, Kueh Gunting dan sebagainya. Bahkan pihak saya juga menawarkan tempahan bagi cenderamata majlis perkahwinan (muffin,cup cake,bahulu,bangkit ) serta tempahan hamper kueh mueh tradisional, bagi individu yang berminat.

b)

Pasaran Am

Jika mengikut pasaran semasa dan tinjauan pasaran yang telah dibuat oleh pihak saya, pasaran kini amatlah menggalakkan. Oleh yang demikian, pihak saya ingin meluaskan pasaran produk serta meningkatkan kualiti dan kuantiti produk saya. Jika dilihat dari tahun semasa produk industri kecil merupakan salah satu produk yang boleh berdaya saing khususnya dari produk makanan halal, bahkan ia merupakan salah satu produk yang mendapat permintaan yang tinggi di seluruh tempat. Jika dilihat dari segi pencapaiannya, tidak banyak usahawan bumiputra mahu bergerak ke hadapan bagi menyaingi usahawan-usahawan besar. Dari sudut pelancongan pula, tahun melawat Malaysia merupakan satu bonus kepada produk makanan tempatan khususnya produk makanan tradisional untuk diperluaskan ke pasaran global. Pihak saya jangkakan ia akan memberikan sedikit sebanyak kesan yang positif di dalam industri ini. Oleh yang demikian pihak saya mahu bergerak selangkah bagi mencapai wawasan saya.

6

c)

Sasaran Pasaran Syarikat/firma

Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama syarikat adalah tertumpu kepada pelanggan yang berada di kawasan berhampiran, iaitu sekitar kawasan Felda, Maran, Kuantan, dan Temerloh. Secara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh penduduk bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada syarikat untuk memenangi pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik bagi menjalankan perniagaannya adalah baik dan berpotensi besar untuk berjaya. Anggaran pendapatan syarikat adalah seperti berikut:-

Produk

Anggaran Tempahan Sebulan 5000 biji 30 kg 30 kg 3000 biji 50 biji 50 Kg 1000 biji

Anggaran Pelanggan Sebulan 20 10 10 10 10 10 10 kedai

Bahulu Kueh Tiram Kueh Gunting Bangkit Kek Kerepek Pisang Roti

Anggaran Pendapatan Sebulan (RM) 900 360 360 420 125 700 500 3,365.00

Anggaran Pendapatan Setahun (RM) 10,800.00 4,320.00 4,320.00 1,680.00 960.00 8,400.00 6000.00 40,380.00

Jumlah

Ulasan : Anggaran adalah berdasarkan kepada jumlah minima tempahan dan pengeluaran dalam sebulan. Walaubagaimanapun, apabila tiba musim perkahwinan dan perayaan anggaran pengeluaran serta pendapatan syarikat dijangka akan meningkat 2 kali ganda dari pengeluaran biasa. d) Strategi Pasaran Syarikat

Diantara strategi-strategi adalah seperti berikut : i. Memperkenalkan perasa baru bagi bahulu dan bangkit seperti bahulu perisa coklat cip, pandan, vanila badam, strawberry dan

7

cupocino. Manakala bagi bangkit pula, pihak syarikat memperkenalkan bangkit santan perisa limau purut dan oren. ii. Mengambil bahagian dalam ekspo-ekspo yang dianjurkan oleh Felda, FAMA, pejabat daerah dan sebagainya, Melalui ekspo sebegini pasaran produk dapat diperluaskan lagi disamping dapat mengetahui kehendak pasaran semasa berikutan aktiviti pemasaran lebih terbuka. Menyediakan perkhidmatan penghantaran tempahan secara terus kepada pelanggan tanpa caj tambahan.Sejak perusahan ini beroperasi,pihak kami menyediakan perkhidmatan penghantaran terus kepada pelanggan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan yang mempunyai kesulitan untuk datang mengambil tempahan. Bagi pelanggan yang berada di luar wilayah Jengka, penghantaran akan dibuat berdasarkan kuantiti tempahan yang munasabah dengan kos penghantaran. Menawarkan harga yang berpatutan. Zaili Cake & Bakery bukanlah satu perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan yang berlipat kali ganda semata-mata. Harga yang di tawarkan adalah bersifat mesra pengguna dengan produk yang berkualiti,harga berpatutan dan munasabah untuk dibeli. Harga juga boleh dirunding bagi pelanggan yang membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak.

iii.

iv.

Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti diatas, syarikat dijangka akan dapat berkembang dengan baik, dapat menambah bilangan pelanggan dan tempahan dan dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar keuntungan syarikat.e)

Pesaing-Pesaing

Syarikat dianggap sebagai bertuah kerana tidak banyak persaingan di dalam industri ini di premis syarikat. Walaubagaimanapun, melalui promosi mulut ke mulut dan promosi perkhidamatan yang lepas, pihak syarikat tidak ada masalah dengan pasaran yang sedia ada.

8

3.

Aspek Pengurusan a) Carta Organisasi

ZAILI CAKE & BAKERY

Pengurus (Norzaili bt Amat)

Pn. Pengurus (Noraaini bt Amat)

Kek Kek a)

Bangkit/ Bahulu // Bangkit/ Bahulu Kerepek Kerepek

Kueh tradisional Kueh tradisional

Latarbelakang Pengarah/Pemegang Saham/Ahli Kongsi

Pengurus 9 Pn. Norzaili Bt Amat 10 Berusia 48 tahun. Berpengalaman selama 10 tahun dalam proses pembuatan produk syarikat. Tugas utama adalah membuat kerja-kerja pembuatan produk serta beberapa operasi lain. Cik Noraini Bt Amat Berusia 24 tahun. Berkelulusan Sijil Cake and Bakery . Tugas utama adalah segala urusan pentadbiran, pemasaran, perakaunan, dan pembuatan produk.

9

Rumusan Berdasarkan kepada pasaran semasa dan usaha-usaha yang sedang dan akan dilaksanakan dalam perusahan ini, saya yakin Zaili Cake & Bakery mampu berdayamaju dan berdayasaing dalam pasaran semasa khususnya dalam industri sealiran. Keistimewaan rasanya yang tersendiri, berkualiti dan bermutu tinggi mampu mengekalkan palanggan sedia ada disamping menambah pelaggan baru dan secara tidak langsung dapat memperluaskan pasaran ke tahap yang lebih tinggi. 5.0 Senarai Lampiran. i. ii. iii. Daftar perniagaan Sijil-sijil pemilik Gambar premis, mesin sedia ada

BAHULU IKAN / PANDAN

10

BAHULU IKAN BESAR

BANGKIT SANTAN

MESIN PENGADUN

11

OVEN PEMBAKAR

PRODUK-PRODUK TERKINI ZAILI CAKE&BAKERY

12

13

14

15