RPH 1 - KPD, Dr Nasir

8
Tingkatan 1 (KSSM)

Transcript of RPH 1 - KPD, Dr Nasir

Page 1: RPH 1 - KPD, Dr Nasir

Tingkatan 1 (KSSM)

Page 2: RPH 1 - KPD, Dr Nasir

4.2 Peningkatan Tamadun dan

Sumbangannya4.2.1 Mengenal pasti empat lokasi peningkatan tamadun

Page 3: RPH 1 - KPD, Dr Nasir

Pengenalan• Tamadun awal manusia terus berkembang kerana masyarakat

sentiasa berusaha untuk mencapai kemajuan. Peningkatan berlaku setelah tamadun berkembang. Umumnya peningkatan tamadun

merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya persekitaran bagi

membentuk kehidupan yang lebih maju, yang dapat dikaitkan dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam meningkatkan cara

hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian manusia dari segi sosial, politik dan ekonomi. Hal ini dapat dilihat dalam

tamadun Yunani, Rom, India dan China

Page 4: RPH 1 - KPD, Dr Nasir

Tamadun Yunani• 1. Lokasinya berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegen dan Laut

Meditteranean.

2. Bermula dengan pembentukan petempatan manusia di negara kota polis.

3. Pembentukan negara kota terbentuk daripada gabungan beberapa buah kampung dan bandar sekitar tahun 1000 – 8 000 SM.

4. Negara kota Yunani ialah sebuah kota yang dikeliligi kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.

5. Negara kota yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth yang terletak berhampiran Laut Meditterranean.

6. Setiap negara kota mempunyai corak pemerintahan dan undang-undang negara tersendiri serta memiliki beberapa tuhan.

7. Mereka sentiasa bersatu padu walau pun kadang-kadang berlaku peperangan antara negara kota

Page 5: RPH 1 - KPD, Dr Nasir

Tamadun Rom1. Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium.

2. Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.

3. Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting.

4. Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.

5. Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.

6. Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.

7. Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana

Page 6: RPH 1 - KPD, Dr Nasir

8. Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah Pompei yang merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan di bandar ini. Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum (binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan bagi pahlawan Rom).

9. Pada tahun 80 M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 000 orang.

10. Selain itu, terdapat juga sistern saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan.

11. Dengan adanya saliran tersebut, bekalan air dapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan, selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.

Page 7: RPH 1 - KPD, Dr Nasir

Tamadun China1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meliputi ke bahagian selatan China.

2. Perluasan kuasa bermula dengan kemunculan Dinasti Chin yang merupakan dinasti pertama.

3. Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Huang Ti yang menjalankan aktiviti perluasan kuasa hingga ke Sungai Merah di Vietnam dan berjaya membentuk sebuah empayar.

4. Zaman pemerintahan Shih Huang Ti adalah zaman yang banyak berlaku peperangan, perluasan kuasa dan penyatuan jajahan takluk di bawah sebuah pemerintahan pusat.

Page 8: RPH 1 - KPD, Dr Nasir

Tamadun India1. Tamadun Indus mencapai era kecemerlangan pada tahun 2500 – 1800 S.M

2. Selepas tempoh tersebut tamadun Indus mengalami keruntuhan kerana- Kedatangan orang Aryan yang membawa satu budaya dan tahap baru dalam masyarakat Indus- Tahap ini dikenali sebagai zaman Vedik.- Zaman Vedik merupakan zaman permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat Indus kerana lahir agama Hindu.- Masyarakat tamadun Indus beralih ke Lembah Ganges setelah beberapa lama bertapak di Lembah Indus.

3. Kerajaan kecil beralih telah disatukan semasa pemerintahan Chandragupta Maurya yang menyebabkan wujud empayar pertama .

4. Dinasti Maurya telah mencapai tahap kegemilangan pada masa pemerintahan Asoka