RPH 4A Sifat Bahan

6
Rancangan Pengajaran Harian Subjek Sains Tarikh 31 Julai 2015 Masa 11.00 – 12.00 tengah hari Kelas 4 Airbus Bilangan Murid 40 orang Tema Sains Bahan Tajuk 7.0 Sifat Bahan Pengetahuan Sedia Ada Murid mengetahui sumber asas bagi bahan untuk menghasilkan sesuatu objek Standard Kandungan 7.2 Sifat Bahan Standard Pembelajaran 7.2.1 Mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan menyerap air sama ada menyerap atau kalis air dengan menjalankan aktiviti Hasil Pembelajaran Di akhir PdP, murid dapat : Mengelaskan objek yang boleh menyerap air dengan objek kalis air melalui aktiviti pembelajaran Kemahiran Saintifik : Kemahiran Proses Sains 1. Memerhati Murid memerhati kebolehan objek menyerap air. 2. Berkomunikasi Murid berkomunikasi dengan guru semasa sesi soal jawab. 3. Mengelaskan Murid mengelaskan objek dengan kebolehan objek menyerap air. Kemahiran Berfikir 1. Menghubungkaitkan Murid membuat perkaitan antara objek dengan kebolehan objek menyerap air. Tabiat Berfikir Kecerdasan Pelbagai EMK 1. Kreativiti dan inovasi Murid dapat mengaitkan sifat bahan dari segi

description

vv

Transcript of RPH 4A Sifat Bahan

Page 1: RPH 4A Sifat Bahan

Rancangan Pengajaran Harian

Subjek Sains

Tarikh 31 Julai 2015

Masa 11.00 – 12.00 tengah hari

Kelas 4 Airbus

Bilangan Murid 40 orang

Tema Sains Bahan

Tajuk 7.0 Sifat Bahan

Pengetahuan Sedia Ada Murid mengetahui sumber asas bagi bahan untuk menghasilkan sesuatu objek

Standard Kandungan 7.2 Sifat Bahan

Standard Pembelajaran 7.2.1 Mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan menyerap air sama ada menyerap atau kalis air dengan menjalankan aktiviti

Hasil Pembelajaran Di akhir PdP, murid dapat : Mengelaskan objek yang boleh menyerap air dengan objek kalis

air melalui aktiviti pembelajaranKemahiran Saintifik :

Kemahiran Proses Sains 1. MemerhatiMurid memerhati kebolehan objek menyerap air.

2. BerkomunikasiMurid berkomunikasi dengan guru semasa sesi soal jawab.

3. Mengelaskan Murid mengelaskan objek dengan kebolehan objek menyerap air.

Kemahiran Berfikir 1. MenghubungkaitkanMurid membuat perkaitan antara objek dengan kebolehan objek menyerap air.

Tabiat Berfikir Kecerdasan Pelbagai

EMK 1. Kreativiti dan inovasiMurid dapat mengaitkan sifat bahan dari segi kebolehan menyerap air dengan situasi dalam kehidupan seharian.

Bahan Bantu Mengajar LCD dan projektor, persembahan interaktif Prezi, kertas tisu, kertas surat khabar, kain tuala, klip kertas, plastik, duit syiling, lembaran kerjas, piring petri berisi air, wisel

Penerapan Nilai Bekerjasama dan berbincang semasa aktiviti dijalankan

Page 2: RPH 4A Sifat Bahan

Langkah- langkah Pengajaran

Fasa/ Masa Kandungan Aktiviti PdP Catatan

Set Induksi

(±5 minit)

Pengenalan tajuk,‘Kebolehan objek menyerap air’.

Objek yang dapat menyerap air ialah span.

1. Guru menunjukkan demostrasi kepada murid dengan memasukkan span ke dalam bekas yang mengandungi air dan mengeluarkan semula span tersebut.

2. Guru bertanya soalan kepada murid :a) Apakah yang akan terjadi pada aair di dalam bekas

setelah span dikeluarkan?b) Mengapa air dalam bekas telah hilang?

3. Guru menjuruskan kepada topik hari ini iaitu ‘Kebolehan objek menyerap air’

KPS : memerhati, berkomunikasi

BBM : LCD, persembahan interaktif Prezi

Langkah 1

(±5 minit)

Kalis air

Maksud kalis air ialah objek yang tidak dapat menyerap air.

Contoh objek kalis air ialah penyedut minuman.

1. Guru menunjukkan demostrasi kepada murid satu objek yang tidak boleh menyerap air.

2. Guru memasukkan penyededut minuman ke dalam bekas yang mengandungi air dan mengeluarkan semula penyedut minuman tersebut.

3. Guru bertanya soalan kepada murid :a) Apakah yang akan terjadi pada aras air dalam bekas

setelah penyedut minuman dikeluarkan?b) Apakah istilah bagi objek yang tidak dapat

menyerap air?c) Apakah maksud kalis air?

KPS : memerhati, berkomunikasi

KB : menghubungkaitkan

BBM : LCD, persembahan interaktif Prezi

Page 3: RPH 4A Sifat Bahan

Langkah 2

(±25 minit)

Pengelasan objek berdasarkan kebolehan menyerap air

Objek dapat menyerap air

Objek kalis air

Kertas tisu Klip kertasKertas surat khabar

Plastik

Kain tuala Duit syiling

1. Guru mengedarkan satu objek kepada setiap kumpulan.

2. Guru meminta setiap kumpulan membuat menjalankan aktiviti.

3. Setiap kumpulan dikehendaki memasukkan objek di atas meja mereka ke dalam piring petri yang berisi sedikit air.

4. Kemudian, murid dikehendaki membuat pemerhatian terhadap kebolehan objek itu menyerap air.

5. Guru memberikan lembaran kerja kepada setiap murid.

6. Murid dikehendaki mengelaskan objek sama ada dapat menyerap air atau kalis air.

7. Setelah itu, guru akan meniupkan wisel dan dalam kumpulan, murid dikehendaki bergerak ke stesen berikutnya dan membuat pemerhatian ke atas kebolehan menyerap air bagi objek lain.

8. Daripada pemerhatian itu, murid perlu mengelaskan objek itu berdasarkan sifat kebolehan menyerap air.

9. Langkah 7 dan 8 diulang bagi stesen yang berikutnya.

10. Setelah aktiviti selesai, setiap kumpulan dikehendaki memulangkan alatan ke meja guru.

11. Guru kemudian berbincang jawapan bersama murid.

KPS : memerhati, berkomunikasi, mengelaskan

KB : menghubungkaitkan

Nilai : bekerjasama

BBM : kertas tisu, kertas surat khabar, kain tuala, klip kertas, plastik, duit syiling, lembaran kerjas, piring petri berisi air, wisel

Langkah 3

(±20 minit)

1. Guru mengemukakan soalan kuiz kepada murid dengan menggunakan persembahan interaktif Prezi.

KPS : memerhati, berkomunikasi

KB : menghubungkaitkan

Page 4: RPH 4A Sifat Bahan

2. Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan.

3. Guru memanggil nama murid untuk menjawab soalan.

4. Dorongan diberikan kepada murid yang tidak dapat menjawab soalan atau memberi jawapan yang salah.

5. Peneguhan positif diberikan kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul.

EMK : kreatif dan inovatif

BBM : LCD, persembahan interaktif Prezi

Penutup

(±5 minit)

Pengelasan objek berdasarkan kebolehan menyerap air

Objek dapat menyerap air

Objek kalis air

Kertas tisu Klip kertasKertas surat khabar

Plastik

Kain tuala Duit syiling

1. Murid diminta membuat refleksi terhadap pembelajaran pada hari ini.

2. Guru membuat rumusan PdP pada hari ini.

KPS : berkomunikasi