RPH Amran ( Didik Hibur )

9
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH YANG LEBIH MENYERONOKKAN PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya gagal menarik minat murid. Keadaan ini berlaku kerana kaedah dan teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih-lebih lagi dalam kalangan murid sekolah rendah. Kini, guru bahasa sering dikatakan masih menggunakan kaedah-kaedah konvensional dalam menyampaikan pengajaran bahasa. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu telah diperkenalkan oleh ahli-ahli bahasa seperti kaedah nahu tradisional, kaedah ajuk hafaz, kaedah natural, kaedah terus, kaedah oral-aural dan banyak lagi. Begitu juga dengan teknik pengajaran bahasa yang telah banyak diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu kini. Guru-guru haruslah mengubah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik- teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

description

Asaimen RPH didik hibur

Transcript of RPH Amran ( Didik Hibur )

Page 1: RPH Amran ( Didik Hibur )

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH YANG LEBIH MENYERONOKKAN

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan

biasanya gagal menarik minat murid. Keadaan ini berlaku kerana kaedah dan teknik pengajaran

guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu lebih-lebih lagi dalam kalangan murid sekolah rendah. Kini, guru

bahasa sering dikatakan masih menggunakan kaedah-kaedah konvensional dalam menyampaikan

pengajaran bahasa.

Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu telah diperkenalkan oleh ahli-ahli

bahasa seperti kaedah nahu tradisional, kaedah ajuk hafaz, kaedah natural, kaedah terus, kaedah

oral-aural dan banyak lagi. Begitu juga dengan teknik pengajaran bahasa yang telah banyak

diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu kini.

Guru-guru haruslah mengubah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater

bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid

dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid

dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

KONSEP DIDIK HIBUR

Dr . Zailah Zainudin ( 2009 ) , IPGM Kampus Raja Melewar telah memperkenalkan satu

pendekatan baharu yang menerapkan unsur-unsur pembelajaran yang menyeronokkan kepada

murid-murid. Pendekatan tersebut diberi nama “Didik Hibur” atau dalam kata lainnya, “Fun

Learning”. Didik hibur merupakan satu pendekatan terkini dalam menarik minat murid untuk

kekal seronok dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa mengabaikan objektif

pembelajaran dan pengajaran.

Secara ringkasnya, Didik Hibur telah diperkenalkan didik hibur dalam pengajaran bermula

apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan

dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di

Page 2: RPH Amran ( Didik Hibur )

sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan

Tamil menjelang tahun 2012.

Dr. Zailah Zainuddin menyatakan bahawa kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik

hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah. Beliau mengharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru

pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan edisi keempat, (2000)

mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud

menyenangkan atau menggirangkan hati. Oleh itu, dapat dirumuskan, didik hibur merupakan

satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur

dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita,

lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam

mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

Menurut, Dr Zailah Zainuddin, didik hibur hadir dalam ciri-ciri seperti berikut :

1. Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada

unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

2. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang

dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.Justeru murid-murid

sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu - tunggu untuk

melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.

3. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.

Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan

dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas

dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid

terhadap pengajaran dan pembelajaran.

4. Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian

cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta

latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti berbahasa.

Page 3: RPH Amran ( Didik Hibur )

5. Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan

supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

6. Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal

untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

7. Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.

8. Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

DIDIK HIBUR DAN STANDARD PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

( ASPEK SENI BAHASA )

Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) telah diperkenalkan pada tahun 2011 dan telah

menunjukkan banyak transformasi di dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran

terutamanya di dalam subjek bahasa Melayu. Bahasa Melayu di dalam KSSR telah

memperkenalkan aspek seni bahasa yang menekankan pelaksanaan didik hibur di dalam

pengajaran dan penyampaiannya.

Bahagian Pembangunan Kurikulum,(2011) telah menggariskan beberapa perkara dalam

memperkenalkan aspek seni bahasa di dalam standard kandungan dan pembelajaran bahasa

Melayu sekolah rendah. Aspek seni bahasa menekankan kepada keupayaan murid mengungkap

dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran

yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Selain itu, murid juga

dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan.

Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui

teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon

dan berpuisi. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu

murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.

CADANGAN UNTUK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LEBIH

MENYERONOKKAN

Selaku seorang guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran bahasa Melayu, saya

harus lebih kreatif dalam mengelolakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

terutamanya ketika mengendalikan kelas tahap 1 yang secara langsungnya terlibat dengan KSSR.

Page 4: RPH Amran ( Didik Hibur )

Selain menggunakan Didik Hibur di dalam pengajaran bahasa, saya juga harus menggabungkan

beberapa teknik-teknik pengajaran lain bagi menghasilkan satu pengajaran yang benar-benar

berkesan dan menarik perhatian pelajar. Bagi meningkatkan mutu pengajaran, saya

mencadangkan agar beberapa penggabungjalinan kaedah dan teknik perlu dilakukan.

Penggabungjalinan bermaksud pengintegrasian pelbagai kemahiran untuk menghasilkan

pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Kamarudin Hj Hussin, ( 1990 ), menyatakan Strategi

ini bertujuan mengukukuhkan kemahiran antara satu sama lain dan menjadikan aspek

pembelajaran saling melengkapi dalam sesuatu pelajaran, agar pembelajaran tersebut lebih

menarik dan bermakna. Menurut Kamarudin Hj Hussin lagi, strategi penggabungjalinan

dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran, bahan dan aktiviti. Namun

begitu, selain menggabungkan kemahiran yang terdapat di dalam bahasa, saya mengambil

inisiatif untuk sering kali menggabungkan kemahiran mata pelajaran lain di dalam bahasa

Melayu. Sebagai contoh, kemahiran-kemahiran di dalam pelajaran Pendidikan Seni Visual

sepanjang pengajaran bahasa Melayu. Bagaimana mahu merealisasikan perkara seperti ini?.

Pendidikan Seni Visual mengandungi banyak aspek-aspek atau kemahiran di dalamnya seperti

resis, catan, capan, menganyam dan sebagainya. Guru memilih satu kemahiran, anyaman

misalannya, untuk mengajar murid membentuk perkataan. Satu demi satu huruf dicantum

melalui teknik anyaman untuk menghasilkan satu perkataan bermakna.

Selain itu, berdasarkan pandangan saya, Seni Dalam Pendidikan juga mampu mengubah bentuk

pengajaran bahasa Melayu dan menghasilkan pembelajaran yang interaktif. Misalannya, guru

bolehlah mengintegrasikan unsur seni visual (warna) dalam sesi P&P di dalam kelas. Sebagai

contoh, selepas guru mengajar murid tentang jenis-jenis bunga misalnya, guru bolehlah meminta

murid mewarnakan gambar bunga tersebut mengikut kreativiti masing-masing dan sekali gus

boleh menekankan murid tentang kata adjektif warna. Di samping itu, guru boleh menyelitkan

nilai mensyukuri ciptaan Tuhan yang indah lagi menakjubkan itu kepada diri murid-murid. Jadi,

di sini jelas menunjukkan pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu mampu menghasilkan pembelajaran yang menarik di samping mewujudkan nilai dalam

kalangan murid-murid.

Seni Dalam Pendidikan juga berperanan dalam memupuk budaya pengamatan, persepsi dan

ekspresi dalam proses penghasilan. Ketiga-tiga budaya ini dapat diterapkan dalam

Page 5: RPH Amran ( Didik Hibur )

pengintegrasian unsur seni pergerakan dalam sesi P&P di dalam kelas. Jika dikaitkan dengan sesi

P&P mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh menjalankan aktiviti seperti aktiviti lakonan.

Semasa berlakon, mereka akan menghayati lakonan serta membuat ekspresi yang sesuai

menggunakan anggota fizikal mereka. Misalnya, selepas guru menerangkan konsep tatabahasa

mengenai kata adjektif yang menunjukkan sifat seperti marah, sedih, gembira dan sebagainya,

guru boleh meminta murid-murid melakonkan watak-watak yang menggambarkan perasaan-

perasaan tersebut. Mereka akan memikirkan gaya yang sesuai untuk mengekspresikan perasaan-

perasaan tersebut. Perkara ini juga bertepatan dengan ciri-ciri “fun learning” ataupun didik hibur.

Kesimpulannya, pelbagai kaedah dan teknik harus diguna pakai bagi mewujudkan satu

pembelajaran bahasa Melayu yang menyeronokkan dan tidak membosankan. Konsep Didik

Hibur harus diamati dan dialami oleh guru-guru bahasa Melayu sebagai persediaan dalam

menyediakan satu proses PdP yang berkesan dan interaktif.

Page 6: RPH Amran ( Didik Hibur )

BIBLIOGRAFI

Dr Zailah Zainuddin ( 2011 ), IPGM Kampus Raja Melewar, Didik Hibur , disunting pada 15

Oktober 2013, daripada web http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/berita/didik_hibur.

Kamarudin Hj Husin (1990), Pedagogi 2, Longman Malaysia, Shah Alam

Hajah Noresah (2010 ), Kamus Dewan Edisi Keempat , Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka,

Kuala Lumpur