RPH anyaman ikan.docx

7
Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Kelas : 5 Berdikari Tarikh : 30 Julai 2013 Masa : 12.30 tengah hari – 1.30 petang (60 minit) Bil Murid : Bidang : Mengenal Kraf Tradisional Tema : Alam semulajadi - Fauna Tajuk : Anyaman Ikan Teknik : Guntingan, anyaman, tampalan Hasil Pembelajaran : Aras 1: Mengetahui langkah-langkah untuk menghasilkan anyaman dengan menggunakan kertas warna Aras 2: Memilih alat dan bahan yang sesuai bagi menghasilkan anyaman ikan Aras 3: Menghasilkan anyaman ikan dengan mengaplikasikan asas seni reka dalam penghasilan kraf tradisional Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat : i. Mengenal jenis-jenis dan cara untuk menghasilkan anyaman ii. Mengenal dan menghargai kraf tradisional tempatan

description

rph

Transcript of RPH anyaman ikan.docx

Page 1: RPH anyaman ikan.docx

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas : 5 Berdikari

Tarikh : 30 Julai 2013

Masa : 12.30 tengah hari – 1.30 petang (60 minit)

Bil Murid :

Bidang : Mengenal Kraf Tradisional

Tema : Alam semulajadi - Fauna

Tajuk : Anyaman Ikan

Teknik : Guntingan, anyaman, tampalan

Hasil Pembelajaran :

Aras 1: Mengetahui langkah-langkah untuk menghasilkan anyaman dengan

menggunakan kertas warna

Aras 2: Memilih alat dan bahan yang sesuai bagi menghasilkan anyaman ikan

Aras 3: Menghasilkan anyaman ikan dengan mengaplikasikan asas seni reka

dalam penghasilan kraf tradisional

Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat :

i. Mengenal jenis-jenis dan cara untuk menghasilkan anyaman

ii. Mengenal dan menghargai kraf tradisional tempatan

Pengetahuan sedia ada murid :

i. Murid pernah melihat anyaman pada tikar mengkuangii. Murid mahir menggunakan gunting

Page 2: RPH anyaman ikan.docx

Nilai murni : Kreatif, keseronokan, kasih sayang terhadap guru,

kepatuhan, ketelitian, kekemasan.

Strategi : Kecerdasan pelbagai visual-ruang, intrapersonal,

pemerhatian, kontestual.

Alat dan bahan : kertas lukisan, kertas warna, gunting, gam, pensil warna

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :

i. Contoh siap anyaman ikanii. Contoh-contoh anyamaniii. Kertas warnaiv. Kertas lukisanv. Guntingvi. Pensil warnavii. Gam viii. Penselix. Pembaris

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi( 5 minit )

Pengenalan

Definisi Anyaman : Satu proses menjalinkan daun / kertas/ plastik, secara berselang-seli atas ke bawah

Set Induksi ( 5 minit )

i) Guru menunjukkan contoh jenis-jenis anyaman

ii) Guru menunjukkan contoh anyaman ikan yang telah siap.

iii) Guru menanyakan murid-murid tentang pemahaman mereka terhadap kraf anyaman

Strategi:Kecerdasan pelbagai.

Nilai: keseronokan, kasih sayang terhadap guru.

BBM: contoh anyaman dan contoh siap anyaman ikan

Page 3: RPH anyaman ikan.docx

Langkah 1 (10 minit)

Pengenalan tajuk pelajaran hari ini, iaitu anyaman ikan

Alatan dan bahan untuk menghasilkan mozek.

i) Guru memberitahu murid bahawa mereka akan menghasilkan anyaman ikan

ii) Guru memberikan sedikit maklumat kepada murid-murid tentang teknik menghasilkan anyaman

iii) Guru memperkenalkan bahan dan alatan untuk menghasilkan mozek

Strategi: pemerhatian, kecerdasan pelbagai.

BBM: - Kertas lukisan- Kertas warna - Gam - Gunting - Pensel warna- Pensel- Pembaris

Langkah 2(15 Minit)

Tunjukcara / langkah penghasilan

Proses penghasilan :

1. Guru menunjukkan cara melakar lukisan ikan pada kertas lukisan

2. Lakar garisan selari pada lukisan ikan tersebut

3. Lakarkan garisan selari pada kertas warna dengan ukuran yang sama sepanjang 1 cm

4. Potong garisan selari yang dibuat pada kertas

Nilai: Kerjasama

Page 4: RPH anyaman ikan.docx

warna dan kertas lukisan

5. Guru menunjukkan proses mengayam pada lukisan ikan tersebut.

6. Membuat kemasan

Langkah 3( 20 minit )

Penghasilan anyaman

i. Guru mengarahkan murid-murid membuat anyaman ikan

ii. Guru membimbing murid-murid dalam menyiapkan anyaman

iii. Membuat kemasan pada hasil kerja secara kreatif.

- Kreativiti - Kecerdasan pelbagai

Langkah 4(5 minit)

Sesi apresiasi dan refleksi.

i) Murid mempamerkan hasil kerja mereka.

ii) Guru memuji setiap hasil yang telah dibuat oleh murid.

iii) Murid menceritakan perasaan terhadap aktiviti yang telah dilakukan.

iv) Guru mengkategorikan hasil kerja murid kepada tahap

- Baik- Sederhana- Lemah

Nilai: Keberanian

Page 5: RPH anyaman ikan.docx

Penutup(5 minit)

Rumusan i) Guru meminta murid-murid melekatkan hasil karya mereka di dalam buku latihan

ii) Guru meminta murid membersihkan bilik darjah.

Page 6: RPH anyaman ikan.docx