Rph haiwan 2013

10
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN Mata Pelajaran : SAINS Tarikh : 29/11/2013 Tingkatan/ Kelas : 3A Bil. Pelajar : 35 Tempat : BILIK DARJAH Masa : 8.00 A.M. -9.00 A.M. TAJUK : HAIWAN OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat: 1. menyatakan ciri-ciri yang ada pada haiwan. 2. mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan dengan tepat. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid mengenal pelbagai jenis haiwan. ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM)

Transcript of Rph haiwan 2013

Page 1: Rph  haiwan 2013

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran : SAINS Tarikh : 29/11/2013

Tingkatan/Kelas : 3A Bil. Pelajar : 35

Tempat : BILIK DARJAH Masa : 8.00 A.M. -9.00 A.M.

TAJUK : HAIWAN

OBJEKTIF :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:

1. menyatakan ciri-ciri yang ada pada haiwan.

2. mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan dengan tepat.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid mengenal pelbagai jenis haiwan.

ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM) Gambar haiwan( arnab, burung, ikan, kura-kura, kucing dan lipas), kad perkataan, , power point, lembaran kerja

PENGURUSAN KELAS/LANGKAH KESELAMATAN1. Memastikan bahan-bahan yang dibekalkan kepada murid adalah mencukupi.

2. Memastikan keadaan kelas berada dalam keadaan konduksif dan selasa.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI Bekerjasama, bersopan santun, kasih sayang

Page 2: Rph  haiwan 2013

SESI PENGAJARAN

Masa Isi Pelajaran Hasil Pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

8:00-8:02 Pengenalan/Pra Pengajaran :

Guru: Selamat pagi murid-murid. Apa khabar semua?Murid : Khabar baik, cikgu.

-Murid dapat menjawab salam. -Guru bertanyakan khabar kepada murid-murid.

-Murid menjawab salam.

Bersopan santun

8:02-8:07 Set Induksi:

Menyanyikan lagu “gajah menari”

Guru: Murid-murid, mari kita menyanyi lagu sebelum kelas hari ini bermula.

(Selepas menyanyi)

Guru: Adakah murid-murid pernah lihat gajah dan adakah gajah haiwan pelihara?

Murid: Pernah, gajah ialah haiwan liar bukan pelihara, cikgu.

Guru: Bagus! Jawapannya betul.

-Murid dapat menyatakan bahawa gajah haiwan liar.

-Guru menayangkan lirik lagu melalui komputer.

-Murid-murid menyanyikan lagu.

-Guru mengemukakan soalan.

-Murid menjawab soalan.

-guru menunjukkan gambar haiwan .

-Murid membuat pemerhatian berdasarkan gambar haiwan yang ditunjukkan.-Guru mendedahkan tajuk hari ini.

Lirik lagu

Gambar gajah

Page 3: Rph  haiwan 2013

(Guru menunjukkan gambar haiwan arnab)

Guru: Murid-murid, apakah nama haiwan ini?

Murid : Arnab, cikgu.

Guru : Murid-murid, cuba kira kaki yang ada pada arnab dan berikan jawapan.

Murid : 4 kaki, cikgu.

Guru : Tepat sekali. Hari ini, cikgu akan mendedahkan murid-murid tentang sifat-sifat fizikal yang ada pada haiwan.

Lampiran 1-Nyanyian

8:07-8:17 Penyampaian isi :Objektif 1:

Guru: Murid-murid, terdapat lapan sifat fizikal utama yang ada pada haiwan yang perlu dipelajari pada hari ini. Sekarang, cikgu akan menayangkan power-point yang berkaitan dengan sifat-sifat fizikal haiwan kepada kamu. Murid –murid sila memberikan perhatian.

Murid : Baiklah cikgu.

-Murid-murid dapat menyatakan sifat-sifat fizikal haiwan.

-Murid-murid dapat membacakan sifat-sifat fizikal haiwan.

-Guru menunjukkan sifat-sifat fizikal haiwan.

-Guru melekatkan gambar haiwan di papan tulis.

-Guru mempamerkan kad perkataan tentang sifat-sifat fizikal haiwan.

-Murid memadankan dan

Gambar haiwan

Kad perkataan

Page 4: Rph  haiwan 2013

8.17-8.35

(Guru menayangkan power-point kepada murid-murid.)

Guru : Sekarang cikgu akan mempamerkan nama sifat-sifat fizikal haiwan dengan kad perkataan. Murid-murid, sila baca nama sifat-sifat fizikal haiwan.

Murid : Haiwan bercengkerang, Haiwan berbulu, Haiwan berbulu pelepah , Haiwan bersisik, Haiwan berkaki, Haiwan berekor,Haiwan bertanduk, Haiwan berkepak.

Guru : Bagus.

menampalkan kad perkataan yang berkaitan dengan sifatnya.

-Murid-murid diminta membaca sifat-sifat fizikal haiwan.

Objektif 2:

Guru : Murid-murid sila duduk mengikut kumpulan masing-masing. Cikgu akan mengagihkan gambar rajah haiwan. Cuba kamu memerhatikan setiap sifai-sifat fizikal yang ada pada haiwan. Murid-murid dikehendaki melabelkan sifat-sifat fizikal haiwan pada gambarajah.

- Murid dapat mengenali sifat-sifat fizikal haiwan.

-Murid dapat melabelkan sifat-sifat fizikal haiwan dengan tepat.

-Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

-Murid-murid menyatakan nilai yang perlu diamalkan semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

-Murid memerhati setiap sifat fizikal yang ada pada haiwan.

-Murid diberi kad nama sifat

Kad gambarajah

Nilai: bekerjasama

Page 5: Rph  haiwan 2013

Guru : Apakah sikap yang perlu diambil berat semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

Murid: Semua perlu kerjasama.

Guru: Betul! Setelah melabelkan sifat fizikal haiwan. Diminta wakil kumpulan mempamerkan hasil kumpulan masing-masing.

fizikal haiwan.

-Murid melabelkan pada gambarajah secara berkumpulan di dalam kelas.

-Guru meminta wakil kumpulan mempamerkan hasil kumpulan masing-masing.

-Wakil kumpulan mempamerkan hasil kumpulan masing-masing.

8:35-8:55 Objektif 3

Guru: Apakah gambarajah haiwan yang kamu dapat?

Murid: ikan, burung, kura-kura, kucing.

Guru: Apakah keputusan yang kamu perolehi.

(Setiap Wakil kumpulan membentangkan hasil keputusan)

Guru: Adakah penyiasatan ini

-Murid membuat pemerhatian untuk mengenalpasti sifat fizikal haiwan.

-Guru menyediakan empat stesyen.

-Secara berkumpulan , murid melawat ke setiap stesen mengikut giliran.

-Murid diminta menuliskan nama haiwan yang ada mengikut setiap stesen.Stesen A : Haiwan berkaki empatStesen B : Haiwan berbulu Stesen C : Haiwan bertandukStesen D : Haiwan berekor

Page 6: Rph  haiwan 2013

membantu kamu mengenalpasti sifat-sifat fizikal haiwan?

Murid: Ya.

Guru: Adakah semua haiwan mempunyai sifat fizikal yang sama?

Murid: Tidak

Lembaran kerja 1

-Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil keputusan masing-masing.

-Guru membimbing murid-murid membuat rumusan berdasarkan keputusan aktiviti penyiasatan yang telah dijalankan.

8:55-9:00 Penutup:

Guru: Murid-murid, mari kita menyanyikan semula lagu “ gajah menari” sebelum kelas pada hari ini tamat.

Guru: Bagus! Cikgu mengedarkan lembaran kerja kepada kamu. kamu perlu menyiapkan lembaran kerja di rumah dan jangan lupa hantar pada keesokan hari.

Murid dapat mengingat kembali

sifat-sifat fizikal haiwan.

-Guru meminta murid menyanyikan semula lagu “ gajah menari”.

-Murid-murid menyanyikan lagu.

-Guru meminta murid menyiapkan lembaran kerja 2 dan lembaran kerja 3 di rumah dan hantar pada keesokan hari.

Page 7: Rph  haiwan 2013

TUGASAN

Lembaran kerja dan dihantar pada keesokan hari jam 8:00 pagi.____________________________________________________________________________________________________________________

REFLEKSI PELATIH

CATATAN PENYELIA / PEMBIMBING____________________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________

_______________________________________________________________________

Tandatangan Penyelia / Pembimbing : _______________________

Nama :