RPH Hoki - Copy
Click here to load reader
-
Upload
cikgu-aniq -
Category
Documents
-
view
280 -
download
27
Transcript of RPH Hoki - Copy
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4
Tarikh : 1 Februari 2013 (Jumaat)
Masa : 07.30 - 08.30 (30 minit)
Tahun : 4 Matahari
Bilangan Murid : 22 orang (12 orang lelaki & 10 orang perempuan)
Tunjang Pembelajaran : 2. Kemahiran
Tajuk : a) Hoki
Sub-tajuk : i) Menolak dan menahan
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat :-
i) Psikomotor : melakukan kemahiran menolak dengan teknik yang betul dan tepat ke arah sasaran sebanyak lima kali daripada sepuluh percubaan.
ii) Kognitif : menyatakan kepentingan kemahiran menolak dan menahan dalam permainan hoki.iii) Afektif : menunjukkan sikap bertanggungjawab dan berupaya memimpin rakan sebaya.
Kemahiran Berfikir : Menghubung kait
Pengalaman sedia ada : Murid-murid dalam kehidupan seharian pernah mendengar tentang permainan hoki,
menonton perlawanan hoki melalui televisyen atau daripada sumber media lain dan pernah
melihat serta memegang bola dan kayu hoki.
Penerapan nilai : Mematuhi arahan, bekerjasama dan bertanggungjawab.
Penggabungjalinan : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral.
Alatan : Bola hoki (23), kayu hoki (23), kon/marker (20).
BAHAGIAN/MASA
AKTIVITI BUTIRAN MENGAJAR ORGANISASI ALATAN/CATATAN
Permulaan(5 minit)
Set Induksi.
Memanaskan badan
Menceritakan satu situasi murid sedang menebas lalang di dalam hutan.
Semasa sedang menebas lalang, murid telah berjumpa dengan seekor katak yang sedang melompat.
Murid meniru gaya seekor katak melompat.
Datang seekor ular hendak memakan katak.
Murid meniru gaya seekor ular.
Kemudian, datang pula seekor burung helang menyambar seekor ular untuk dijadikan makanannya.
Murid meniru gaya seekor burung helang terbang dalam keadaan tinggi dan rendah.
Dalam keadaan berselerak
M M M M
M M M M
M M
M G
M M M
M M M
Petunjuk:G = Guru
M = Murid
Langkah 1(6 minit)
Demonstrasi Menerangkan keperluan
kemahiran menolak dan menahan dalam permainan hoki.
Beberapa orang murid diarahkan mengambil kayu hoki yang telah disediakan dan diagihkan kepada semua rakan sekelas.
Murid melihat demonstrasi teknik perlakuan kemahiran menolak dan menahan yang betul.
Murid meniru teknik perlakuan kemahiran menolak dan menahan sambil memerhati dan mendengar penerangan guru.
Kayu hoki(23) & Bola hoki (23)
Langkah 2(10 minit)
Latih tubi, pengukuhan, peneguhan
Berpasangan dengan jarak 1 meter antara satu sama lain.
Tolak bola ke arah rakan secara perlahan.
Tahan bola menggunakan muka atau hadapan kayu hoki.
Lakukan pelakuan yang sama seperti demonstrasi guru.
Tolak bola ke arah rakan secara perlahan.
Tahan bola menggunakan muka atau hadapan kayu hoki.
Pastikan kedudukan kaki dan tangan semasa menolak bola betul dan selesa semasa memegang kayu hoki.
Bengkokan lutut dan rendahkan badan ke bawah semasa menahan bola dan lihat bola sebelum menahan.
Petunjuk:G = GuruM = Murid
= Jarak 1 meter
Bola hoki (23), kayu hoki (23)
Kawal bola dan tolak semula ke arah rakan.
Tambah jarak antara rakan dan tingkatkan kelajuan bola selepas menguasai kemahiran menahan.
Lakukan pelakuan sebanyak 10 percubaan.
Murid – murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang setiap kumpulan.
Murid A dikehendaki menolak ke arah murid B, manakala murid C kemudian menolak ke arah murid D menolak semula kepada murid A secara statik mengikut putaran arah jam dan sebaliknya selepas arahan diberikan.
Murid akan bergerak sambil menolak dan menahan mengikut arahan yang diberikan.
Dalam kumpulan berempat
G A
B C
D
Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang dalam setiap kumpulan.
Lakukan seperti yang dilakukan dalam demonstrasi.
Bergerak bersama bola mengikut arahan yang diberikan.
Setiap murid harus menolak dan menahan mengikut arahan yang diberikan
Petunjuk:G = GuruM = Murid
Kemuncak(5 minit)
Murid – murid dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 3 orang setiap kumpulan.
Pasukan A dan pasukan B dikehendaki main permainan hoki seperti biasa dengan peraturan – peraturan istimewa.
Antara peraturan istimewa permainan ini adalah murid hanya dibenarkan menolak dan menahan sahaja, murid tidak dibenarkan memukul dalam permainan ini.
Kedudukan gol adalah di setiap penjuru dan kedua-
Bola (4) & Kayu hoki (20)
dua kumpulan tersebut boleh menjaringkan gol di mana-mana sahaja yang berhampiran dengan mereka.
Kumpulan yang memasuki gol yang banyak dikira sebagai pemenang.
Penutup(4 minit)
Berlari anak di sekitar kawasan yang ditetapkan bersama kayu hoki.
Membuat gelonggaran bersama dengan kayu hoki..- Buka kaki selebar setengah meter dan tegakkan badan.- Bongkokkan badan serendah yang mungkin sambil kayu yang dipegang menyentuh lantai dengan kiraan 4.- Berdiri tegak dengan kaki dibuka seluas bahu dan rapatkan kedua belah tangan lurus di atas kepala dengan kiraan 4.- Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama kira-kira 3 saat kemudian hembus melalui hidung dan
Soal jawab guru bersama murid.
M M M M M M M M M MM M
G
Kayu hoki (23)
mulut.
Murid memberi refleksi kepada P&P kemahiran menolak dan menahan yang telah dilaksanakan.