Rph I-think Kumpulan 10

download Rph I-think Kumpulan 10

of 4

description

ITHINK

Transcript of Rph I-think Kumpulan 10

Mata pelajaran: Bahasa MalaysiaTahun: Tahun 4Masa: 60 minitTema: Kesihatan/kebersihanTajuk: Cara-Cara Penjagaan GigiBidang pembelajaran: PemahamanHasil pembelajaran: Murid dapat1) Menyatakan sekurang-kurangnya 5 cara penjagaan gigi dengan tepat.2) Mengenalpasti kata adjektif yang terdapat dalam petikan dan aplikasikan ke dalam peta buih.

Pengetahuan sedia ada: 1) Murid mengetahui punca-punca kerosakan gigi. 2) Murid telah didedahkan dengan peta pemikiran (peta buih)

Nilai murni: Menjaga kebersihan, rajin, kepekaan

Sumber pengajaran: 1) Video 3) Bahan edaran

Jenis peta pemikiran: Peta BuihKBAT: Menganalisis, menilai, mencipta

FASA / LANGKAH / MASAAKTIVITI PDPKOMUNIKASI & NOTA

Fasa 1 -Permulaan(5 minit)1. Tayangan video Hypo & Dog Menggosok Gigi2. Soal jawabSoalan :1. Perlukah kita menggosok gigi setiap hari? (menilai)2. Mengapa kita tidak boleh makan makanan yang manis secara berlebihan? (menganalisis)

Fasa 2 Perkembangan(40 minit)1. Guru mengedarkan petikan teks Penjagaan Gigi kepada murid.2. Murid membaca petikan secara senyap.3. Guru menerangkan dengan lebih terperinci tentang petikan teks.4. Guru menyoal murid secara bertumpu dan bercapah.5. Guru dan murid berbincang secara lisan.6. Guru menerangkan tentang sistem bahasa : kata adjektif7. Murid diminta mengeluarkan kata adjektif yang dihitamkan dalam petikan.8. Murid menulis kata adjektif dalam bentuk peta buih secara berkumpulan.

Soalan :1. Mengapakah kita perlu menjaga gigi dengan sempurna? (menganalisis)2. Apakah yang tertinggal di celah gigi selepas makan? (menganalisis)3. Andaikan apa akan terjadi sekiranya gigi kita tidak dijaga dengan baik? (mencipta)4. Senaraikan kata adjektif yang terdapat dalam petikan.

Peta pemikiran : Peta buih

Fasa 3 Refleksi (10 minit)1. Murid mempamerkan hasil peta buih kumpulan masing-masing.2. Guru membuat penilaian.Soalan :1.2.3.

Jangkaan jawapan :1.2.3.

Peta pemikiran : Peta buih

PETA BUIH

PENJAGAAN GIGI

Gigi yang cantik pastinya menyerlahkan senyuman yang menawan. Oleh itu, kita haruslah menjaga gigi dengan sempurna. Gigi yang sentiasa digosok akan kelihatan putih dan kuat.Makanan yang dimakan boleh menyebabkan kerosakan gigi. Apabila makan, cebisan makanan akan tertinggal di celah-celah gigi. Sisa-sisa makanan ini menghasilkan lapisan yang dipanggil plak. Plak merupakan punca kerosakan gigi dan penyakit gusi.Cara untuk menghalang kerosakan gigi adalah dengan memberus gigi ataupun berkumur. Memberus gigi selepas makan dapat menanggalkan plak pada gigi. Hal ini dapat mengelakkan kerosakan pada gigi.Mempunyai gigi yang bersih dan sihat menjadi idaman setiap orang. Oleh itu, kita perlulah menjaga gigi kita denga baik dan sempurna setiap hari.