Rph Kejadian Siang Dan Malam

3
Tema : Cuaca dan Iklim serta Pengaruhnya Tajuk : Pergerakan Bumi di dalam Sistem Suria a) Pengaruh pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim HASIL PEMBELAJARAN : Standard kandungan : Murid hendaklan diajar : a) Kesan-kesan peredaran bumi mengelilingi matahari. - Kejadian empat musim Standard Pencapaian : Murid boleh : a) Menjelaskan peredaran bumi mengelilingi matahari b) Menerangkan kejadian empat musim Bahan Bantu Mengajar : Lampu bulat, glob berlabel garisan lintang, lembaran kerja dan foto. Langkah Pengajaran : 1. Set Induksi: Guru bersoal jawab dengan murid jenis-jenis musim yang terdapat di dunia.Guru menunjukkan gambar perbezaan musim. (Lampiran1) 2. Guru menunjukkan demonstrasi peredaran bumi mengelilingi matahari. 2.1 Murid bergerak mengelilingi lampu untuk menggambarkan peredaran bumi mengelilingi

description

.

Transcript of Rph Kejadian Siang Dan Malam

Page 1: Rph Kejadian Siang Dan Malam

Tema               :  Cuaca dan Iklim serta Pengaruhnya

Tajuk               :  Pergerakan Bumi di dalam Sistem Suria

a)    Pengaruh pergerakan bumi terhadap cuaca dan iklim

HASIL PEMBELAJARAN :

Standard kandungan :Murid hendaklan  diajar :

a)    Kesan-kesan peredaran bumi mengelilingi matahari.

-       Kejadian empat musim

Standard Pencapaian :

Murid boleh :

a)    Menjelaskan peredaran bumi mengelilingi matahari

b)    Menerangkan kejadian empat musim

Bahan Bantu Mengajar :

Lampu bulat, glob berlabel garisan lintang, lembaran kerja dan foto.

Langkah Pengajaran :

1.    Set Induksi:

Guru bersoal jawab dengan murid jenis-jenis musim yang terdapat di dunia.Guru menunjukkan gambar perbezaan musim.(Lampiran1)

2.    Guru menunjukkan demonstrasi peredaran bumi mengelilingi matahari.

2.1    Murid bergerak mengelilingi lampu untuk menggambarkan peredaran bumi mengelilingi

  matahari-sambil berputar.

2.2   Guru meerangkan kepada murid tentang putaran bumi(24 jam sehari) dan pada masa

 yang sama bumi beredar mengelilingi matahari dalam tempoh mas 365 ¼ hari.

2.3  Murid dibahagikan kepada 4 stesen.

2.4  Guru mengedarkan lembaran kerja yang menunjukkan kedudukan bumi mengikut musim.

Page 2: Rph Kejadian Siang Dan Malam

(Lihat lampiran 2).

3.    Murid menjalankan aktiviti untuk menunjukkan peredaran bumi mengelilingi matahari.

3.1  Murid meletakkan glob pada stesen 1 seperti dalam rajah 1 dan glob sentiasa berputar.

3.2  Murid memerhatikan permukaan glob yang menerima cahaya lampu.

3.3  Murid melorek kawasan yang tidak menerima cahaya yang banyak pada seuatu masa pada rajah 1 (lampiran 2).

3.4  Kawasan yang menerima cahaya lampu ialah kawasan siang/kawasan terlindung kawasan malam.

3.5  Glob dipindahkan ke stesen 2, 3 dan 4.Murid mengulangi aktiviti yang sama seperti di atas.

4.    Guru menyemak hasil kerja murid.(Lampiran 2 dan Lampiran 3)

5.    Murid melengkapkan Lampiran 4

6.    Guru merumus tentang kejadian 4 musim dengan merujuk kedudukan glob di empat stesen tersebut.(Lampiran 4)

Refleksi :