RPH Kemahiran Pukulan Lob (Badminton) Tahun 3

14
 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3 (KSSR) Mata Pelajaran : Pendidikan Jasani M!d"l : Kea#iran As$ek : % & Kea#iran Per'erakan Standard Kand"n'an : Kea#iran Asas Perainan % *erke+!le#an elak"kan kea#iran asas $erainan kate'!ri jarin' den'an lak"an ,an' +et"l St andard Pe +e laja ran : % - Me lak"k an $" k" la n ki la s (l !+) en ''"n ak an alata n ./ Men'enal $ast i kea# iran dala kat e'!ri jarin ' /-3 *ekerja saa seas a elak"kan akti0 iti 1i2ikal Tarik# : % 4e+r"ari .5%- Masa : 635 $a'i & 55 $a'i Ta#"n : 3 Cer'as *ilan'an M"rid : 7 8 P 8 6 Penera$an nilai : Me+eri kerjasaa ke$ada rakan dan '"r" Kea#iran +er1ikir : Me+eri se+a+ t er#ada$ keja,aan dala $erainan Strate'i "taa : K!ntekst"al *a#an s"+er $en'ajaran dan $e+elajaran *a#an S"+er P 9 P *ilan'an *a#an S"+er P 9 P *ilan'an Belon 2 Skitel kecil 4 Wisel 1 Gelung 17 Hand Catcher 17 Raket 17 Bulu tangkis 3 Laptop 1 Jaring ad!inton 4 "e!esar suara 1 Skitel esar # Lagu $%en Little &ndians' 1 1

description

Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani tahun 3(Kemahiran pukulan lob) Badminton

Transcript of RPH Kemahiran Pukulan Lob (Badminton) Tahun 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 3 (KSSR)

Mata Pelajaran:Pendidikan JasmaniModul:KemahiranAspek:1 Kemahiran PergerakanStandard Kandungan:Kemahiran Asas Permainan 1.7 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori jaring dengan lakuan yang betul.Standard Pembelajaran:1.7.4Melakukan pukulan kilas (lob) menggunakan alatan.2.7.5Mengenal pasti kemahiran dalam kategori jaring.5.4.3Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.Tarikh:19 Februari 2014Masa:8.30 pagi 9.00 pagiTahun:3 CergasBilangan Murid:L-9P-8Penerapan nilai:Memberi kerjasama kepada rakan dan guru.Kemahiran berfikir:Memberi sebab terhadap kejayaan dalam permainan.Strategi utama:KontekstualBahan sumber pengajaran dan pembelajaranBahan Sumber P & PBilanganBahan Sumber P & PBilangan

Belon2Skitel kecil4

Wisel1Gelung17

Hand Catcher17Raket17

Bulu tangkis3Laptop1

Jaring badminton4Pembesar suara1

Skitel besar5Lagu Ten Little Indians1

Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasCatatan

Permulaan( 5 minit )1. Kehadiran2. Kesihatan3. Pakaian

Follow Me, Opposite Me

Kehadiran murid direkodkan. Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas.

Fokus PembelajaranMemanaskan badan dan regangan untuk mewujudkan kesediaan diri.Organisasi Kelas1. Guru memperkenalkan permainan Follow Me, Opposite Me kepada semua murid.2. Murid-murid dikehendaki berada dalam satu bulatan yang besar.3. Apabila wisel dibunyikan, murid-murid dikehendaki berada dalam keadaan sedia.4. Kemudian, murid-murid perlu bertindak mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

Murid-murid berada di dalam satu bulatan.

Petunjuk: Murid

Ciri StrategiMenghubungkait( Relating)

BSPP1. Wisel

CatatanMenerusi aktiviti ini, murid-murid dapat menghubungkaitkan kepentingan perkara-perkara berikut:a. mewujudkan kesediaan diri.b. mematuhi arahan guru.

Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasCatatan

Perkembangan( 10 minit )Aktiviti 1:

ColourDash

Fokus PembelajaranMelakukan pukulan Lob menerusi permainan kecil.

Organisasi Kelas Murid-murid telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Kumpulan A akan bertentang dengan kumpulan B manakala kumpulan C akan bertentang dengan kumpulan D. Dalam setiap kumpulan, setiap ahli kumpulan akan diberikan kertas warna yang berlainan dan dilekatkan pada baju iaitu, biru, kuning, hijau dan merah. Kawasan pergerakan setiap pemain akan dihadkan mengikut zon iaitu zon A, zon B, Zon C dan Zon D. Sesiapa yang keluar dari kawasan pergerakan yang ditetapkan akan dikira fault. Duit syiling digunakan untuk menentukan pasukan yang akan melakukan servis dan melakukan penghantaran secara lob. Setiap kali penghantaran, bulu tangkis tidak boleh dihantar kepada warna yang sama. Sebagai contoh, murid A1 daripada kumpulan A telah menghantar bulu tangkis kepada murid B1(warna Biru) daripada kumpulan, ahli sekumpulan A tidak boleh menghantar bulu tangkis kepada murid B1(warna Biru) bagi hantaran seterusnya. Jikalau berulangan, maka akan dikira kalah dan point akan diberi kepada kumpulan lain. Mereka yang gagal membuat hantaran lob juga akan dikira kalah. Sekiranya bulu tangkis dijatuhkan di kawasan pihak lawan, maka kumpulan yang satu lagi akan mulakan dengan servis. Permainan akan dimulakan sebaik sahaja wisel ditiupkan.

Ciri StrategiMengalami(Experiencing)

BSPP1. Wisel2. Bulu Tangkis3. Jaring Badminton4. Raket.

CatatanMenerusi aktiviti ini murid-murid dapat mengalami1. Perlakuan pukulan Lob yang betul dan tepat.2. Perlakuan pukulan Lob dengan alat ganti.

Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasCatatan

KUMPULAN BKUMPULAN D

KUMPULAN CKUMPULAN A

Petunjuk:

1. Jaring2. Murid yang memakai baju yang dilekatkan dengan kertas biru.3. Murid yang memakai baju yang dilekatkan dengan kertas merah.4. Murid yang memakai baju yang dilekatkan dengan kertas kuning.5. Murid yang memakai baju yang dilekatkan dengan kertas hijau.

Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasCatatan

Aktiviti 2:

TerbangkanBelonFokus PembelajaranMelakukan hantaran Lob dengan alat ganti racket iaitu hand catcher dan alat ganti bulu tangkis iaitu belon.

Organisasi Kelas Murid telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan A1, A2, B1 dan B2. Kumpulan A1 dan A2 akan dijadikan satu pasukan iaitu pasukan A manakala kumpulan B1 dan B2 dijadikan pasukan yang satu lagi iaitu pasukan B. Setiap murid akan memakai hand catcher sebegai alat ganti racket sepanjang permainan dijalankan. Murid-murid akan mengambil posisi di kawasan masing-masing iaitu kawasan A1, A2, B1 dan B2. Duit syiling digunakan untuk menentukan pasukan yang akan melakukan servis Penghantaran secara lob sahaja boleh digunakan sepanjang permainan dijalakankan untuk menghantar belon kepada ahli pasukan. Murid akan cuba menghantar belon kepada pihak lawan untuk mengalahkan pihak lawan, sekiranya belon jatuh di kawasan pihak lawan maka pihak lawan dikira kalah. Contohnya, murid dari kumpulan A1 akan bekerjasama dengan murid kumpulan A2 untuk mengalahkan pihak lawan iaitu pasukan B dan terbaliknya. Permainan akan dimulakan sebaik sahaja wisel ditiupkan.

BSPP1. Wisel2. Hand Catcher3. Jaring Badminton4. Belon

Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasCatatan

Kawasan B1Kawasan A1

Kawasan A2Kawasan B2

Petunjuk:

1. Jaring Badminton

2. Murid

Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasCatatan

Kemuncak(8 minit)

Menyerang Kubu

Fokus PembelajaranPermainan bersyarat.

Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada dua pasukan (Hijau dan Kuning). Satu pasukan terdiri daripada lapan orang murid dan satu pasukan lagi terdiri daripada sembilan orang murid. Kawasan permainan dibahagikan kepada dua, iaitu Zon A dan Zon B. Pasukan Hijau berada dalam Zon A manakala Pasukan Kuning berada dalam Zon B. Tiga biji bulu tangkis akan diberikan kepada pasukan yang akan melakukan servis. (Duit syiling digunakan untuk menentukan pasukan yang akan melakukan servis) Apabila wisel dibunyikan oleh guru, tiga orang dari pasukan (Hijau) tersebut membuat servis serentak dari zon mereka (Zon A). Pasukan lawan (Kuning) cuba menangkap bola yang diservis oleh pasukan (Hijau) dan terus membuat pukulan lob dari zon mereka (Zon B). Setiap pemain dikehendaki berada dalam kawasan gelung masing-masing semasa permainan dijalankan. Satu skitel besar akan diberi kepada pasukan lawan sekiranya bola gagal ditangkap atau pemain daripada pasukan tersebut berada di luar gelung semasa permainan dijalankan. Pasukan yang berjaya mendapat skitel besar terbanyak dikira sebagai pemenang.

Ciri StrategiMemindahkan (Transfering)BSPP1. Wisel2. Skitel kecil3. Skitel besar4. Gelung5. Bulu tangkis6. Raket7. Jaring badminton

CatatanMenerusi aktiviti ini murid-murid dapat memindahkan:a. kemahiran pukulan lob ke arah pasukan lawan.b. kemahiran yang dikuasai dalam situasi permainan bersyarat berkomunikasi dengan rakan dan mengamalkan nilai kerjasama dalam kumpulan.

Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasCatatan

Petunjuk:1. Pasukan Hijau2. Pasukan Kuning3. Jaring4. Gelung5. Skitel kecil6. Skitel besar sebagai mata pasukan masing-masing

Penutup(7 minit )Ten Little Indians

Fokus PembelajaranKualiti pergerakan semasa menyejukkan badan.

Organisasi Kelas1. Murid-murid membuat satu bulatan yang besar.2. Permainan dimulakan dengan pemain-pemain menyanyi sambil melakonkan pergerakan.

Ciri StrategiMenghubungkait(Relate)

BSPP1. Pembesar suara2. Laptop3. Lagu Ten Little Indians

Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasCatatan

One little, two little, three little IndiansFour little, five little, six little IndiansSeven little, eight little, nine little IndiansTen little Indian boys.

3. Satu demi satu pemain akan menggoyangkan tangan dan juga pergelangan tangan apabila Little dinyanyikan.4. Pemain akan pusing kepala dari kanan ke kiri dan dari kiri ke kanan.apabila Indians dinyanyikan.

PerkataanPergerakan

Little

Indians

Catatan:Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan.

Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasCatatan

Soal-jawab dan rumusan isi pelajaran1. Murid-murid memberi pandangan dan menjawab soalan-soalan bertumpu dan bercapah mengenai kemahiran pukulan lob di dalam aktiviti.2. Antara soalan-soalan yang dilontarkan adalah seperti berikut:i. Apakah otot utama yang digunakan dalam kemahiran pukulan lob? pectoralis majorii. Di manakah poin sentuhan pukulan pada raket?iii. Ke mana bulu tangkis tadi dipukul?3. Isi pelajaran mengenai kemahiran pukulan lob dalam permainan badminton dihuraikan.

Catatan:Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan kemahiran yang dipelajari.

1