RPH KESELAMATAN BENGKEL

8
Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Tahun 4 Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup Tahun : 4 Cempaka (10 Tahun) Tarikh : 1 Oktober 2012 (Isnin) Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi (60 minit) Bilangan Murid : 30 orang (18 lelaki 12 perempuan) Bidang : 1. Reka Bentuk dan Teknologi Unit Pembelajaran : 1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel Tajuk Pembelajaran : a. Peraturan keselamatan Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat; · Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan peraturan keselamatan diri di bengkel dengan tepat. · Menyatakan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat di dalam bengkel. BBM / Bahan Aktiviti : Slaid power point, model peti pertolongan cemas, model panel alatan tangan, lembaran kerja(Lampiran 1 &2), kotak ajaib dan pemain muzik. PSA : i) Murid pernah memasuki bengkel dan menggunakan alatan dan bahan di dalam bengkel. ii) Murid pernah mengamalkan beberapa peraturan yang ditetapkan oleh ibubapa di rumah. Nilai : Kerajinan, kerjasama, berusaha dan berdaya saing. Kemahiran Berfikir : Menaakul, menjana idea dan berfikir secara logik. Pendekatan Pengajaran : Pembelajaran secara konstruktivisme.

description

RPH RBT TAHUN 4

Transcript of RPH KESELAMATAN BENGKEL

Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Tahun 4

Mata Pelajaran : Kemahiran HidupTahun : 4 Cempaka(10 Tahun)Tarikh : 1 Oktober 2012 (Isnin)Masa : 9.00 pagi 10.00 pagi (60 minit)Bilangan Murid : 30 orang (18 lelaki 12 perempuan)Bidang : 1. Reka Bentuk dan TeknologiUnit Pembelajaran : 1.1 Keselamatan dan Organisasi BengkelTajuk Pembelajaran : a. Peraturan keselamatanHasil Pembelajaran :Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan peraturan keselamatan diri di bengkel dengan tepat. Menyatakan cara menyimpan alatan dan bahan dengan selamat di dalam bengkel.BBM / Bahan Aktiviti : Slaid power point, model peti pertolongan cemas,model panel alatan tangan, lembaran kerja(Lampiran1 &2), kotak ajaib dan pemain muzik.PSA : i) Murid pernah memasuki bengkel dan menggunakan alatan dan bahan di dalam bengkel.ii) Murid pernah mengamalkan beberapa peraturan yang ditetapkan oleh ibubapa di rumah.Nilai : Kerajinan, kerjasama, berusaha dan berdaya saing.Kemahiran Berfikir : Menaakul, menjana idea dan berfikir secara logik.

Pendekatan Pengajaran : Pembelajaran secara konstruktivisme.

LangkahIsi kandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan / Nilai / Kaedah

Set Induksi(7 minit)

i. Murid didedahkan dengan peraturan am dan peraturan keselematan diri semasa berada di dalam bengkel.

ii. Guru menerangkan kepentingan mematuhi keselamatan bengkel.

1.Guru menayangkan video mengenai:-Perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa berada di dalam bengkel.-Peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid semasa berada di dalam bengkel.-Kecelakaan yang akan berlaku sekiranya tidak mematuhi peraturan di dalam bengkel.

1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kepentingan keselamatan di bengkel.

2.Guru memperkenalkan tajuk pembelajaran.

ABM/Bahan : Tayangan video.

Nilai :Kerajinan

Kaedah : Penerangan.

Langkah 1(18 minit)Peraturan keselamatani)Peraturan Keselamatan Amii)Peraturan Keselamatan Diri-Pakaian yang sesuai di dalam bengkel.-Kotak pertolongan cemas.

1.Guru menarik perhatian murid dengan bertanyakan apakah peraturan yang telah ditetapkan oleh ibubapa mereka di rumah.

2.Murid memberi pelbagai jawapan berkenaan peraturan yang mereka amalkan di rumah.

3.Guru menerangkan peraturan keselamatan am dan peraturan keselamatan diri menggunakan slaid power point dan model kotak pertolongan cemas.

4.Guru memberikan lembaran kerja (Lampiran 1) kepada murid-murid untuk menguji tahap kefahaman mereka.

5.Secara berpasangan, murid dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peraturan keselamatan am dan tiga peraturan keselamatan diri.

6.Guru meminta beberapa pasangan murid membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

7.Guru memberikan pujian kepada pasangan murid yang dapat melaksanakan tugasan dengan baik dan kata-kata semangat kepada pasangan murid yang kurang berjaya.

ABM/Bahan:Slide power point, model kotak pertolongan cemas dan lembaran kerja(Lampiran 1).

Nilai : Kerjasama.

Kaedah : Penerangan dan perbincangan.

KB : Menaakul, menjana idea.

Langkah 2(15 minit)Cara menyimpan alatan dan bahan di dalam bengkel.-Panel alatan tangan.-Kotak alatan.-Bahan-bahan di dalam almari.

1.Guru menerangkan cara yang betul menyimpan alatan dan bahan untuk mengelakkan kemalangan.

2.Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk melaksanakan aktiviti melengkapkan panel alatan tangan.

3.Guru akan memainkan muzik dan murid dikehendaki bergerak dalam bentuk bulatan secara berkumpulan sambil memegang kotak ajaib secara bergilir-gilir.

4.Apabila muzik diberhentikan, murid terakhir yang memegang kotak ajaib di dalam setiap kumpulan dikehendaki melengkapkan panel alatan dengan alatan yang betul.

5.Setiap wakil kumpulan yang berjaya meletakkan alatan pada panel dengan betul akan diberikan 10 markah dan kumpulan yang berjaya memperoleh markah tertinggi akan menerima hadiah.

ABM/Bahan :Slaid power point, model panel alatan tangan,muzik, kotak ajaib.

Nilai :Kerjasama, kerajinan dan berdaya saing.

Kaedah :Perbincangan dan permainan.

KB : Berfikir secara logik.

Langkah 3(15 minit)Membuat penilaian berkenaan :i)Peraturan Keselamatan Amii)Peraturan Keselamatan Diriiii)Cara menyimpan alatan dan bahan1.Guru memberikan kuiz kepada murid yang merangkumi ketiga-tiga perkara iaitu peraturan keselamatan bengkel, peraturan keselamatan diri dan cara menyimpan alatan dan bahan.

2.Secara berpasangan, murid dikehendaki menyempurnakan silang kata yang diedarkan oleh guru dalam bentuk lembaran kerja (Lampiran 2).

3.Guru membincangkan jawapan silang kata bersama murid-murid dan membantu murid-murid yang masih kurang faham.

ABM/Bahan : Lembaran kerja(Lampiran 2).

KB : Menjana idea.

Nilai : Kerjasama, berusaha dan berdaya saing.

Kaedah : Perbincangan.

Penutup(5 minit)Membuat rumusan kepentingan mematuhi peraturan di bengkel dan cara menyimpan alat dan bahan dengan betul dan sistematik.1.Guru membantu murid membuat rumusan berkenaanperaturan keselamatan bengkel, peraturan keselamatan diri dan cara menyimpan alatan dan bahan.

2.Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid-murid:

i)Apakah perkara yang dipelajari pada hari ini?ii)Apakah peraturan am dan peraturan keselamatan diri?iii)Bagaimana cara yang betul untuk menyimpan alatan dan bahan?iv)Apakah perasaan murid pada hari ini?

KB : Menjana idea.

Nilai : Berusaha.

EQ : Ekspresi perasaan.

Kaedah : Perbincangan

Catatan:Guru memberikan pujian dan kata-kata semangat kepada murid-murid..

LAMPIRAN 1LATIHAN 1

NAMA :__________________________________________________________ __________________________________________________________KELAS :__________________________________________________________

ARAHAN :Senaraikan 5 peraturan keselamatan am dan 5 peraturan keselamatan diri semasa berada di dalam bengkel.

Peraturan Keselamatan Am

1)________________________________________________________________

2)________________________________________________________________

3)________________________________________________________________

4)________________________________________________________________

5)________________________________________________________________

Peraturan Keselamatan Diri

1)________________________________________________________________

2)________________________________________________________________

3)________________________________________________________________

4)________________________________________________________________

5)________________________________________________________________

LAMPIRAN 2LATIHAN 1

NAMA :__________________________________________________________ __________________________________________________________KELAS :__________________________________________________________

ARAHAN :Lengkapkan silang kata di bawah dengan jawapan yang sesuai.

1.Dapatkan ____________ guru sebelum masuk ke dalam bengkel.

2.___________ kemalangan yang berlaku kepada guru dengan segera.

3.Kotak Pertolongan Cemas perlu ada di dalam bengkel untuk tujuan ____________kecemasan jika berlaku kemalangan.

4.Dilarang memakai barang _____________ semasa berada di dalam bengkel.

5.Bahan-bahan beracun dan berbahaya hendaklah disimpan di dalam ____________ .