Rph Lari Berganti Ganti

24
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN OLAHRAGA KOKURIKULUM CSP 2071 ( LARI BATTON ) PENSYARAH : MUHAMMAD AFFENDY BIN MUSA INSTRUKTOR : AHMAD NURZHARIFF BIN AZIZ KUMPULAN : F HARI : SABTU MASA : 8.00 – 10.00 PAGI

description

lari berganti

Transcript of Rph Lari Berganti Ganti

Page 1: Rph Lari Berganti Ganti

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN OLAHRAGA KOKURIKULUM

CSP 2071

( LARI BATTON )

PENSYARAH : MUHAMMAD AFFENDY BIN MUSA

INSTRUKTOR : AHMAD NURZHARIFF BIN AZIZ

KUMPULAN : F

HARI : SABTU

MASA : 8.00 – 10.00 PAGI

Page 2: Rph Lari Berganti Ganti

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Bilangan Pelajaran : 4 Jantina : L/P

Tarikh : 16 May 2015 Hari : Sabtu

Masa : 8.00 – 10 pagi (40minit) Minggu : 13

Bilangan Pelajar : 35 orang Tunjang Pembelajaran : Kemahiran (olahraga)

Tajuk Pembelajaran : LARIAN BERGANTI-GANTI

Pengetahuan Sedia Ada Pelajar : Pelajar pernah menonton acara larian di dalam televisyen.

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:

Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran ini pelajar dapat:-

Psikomotor : Pelajar dapat membuat larian dengan mengikuti fasa yang betul.

BIL NAMA NO MATRIK

1 MOHD NASHRIN BIN NOR HALIM D20141067394

2 MUHAMMAD FARUQ ARIFFIN BIN SAPILLAH D20141067418

3 AMIRUL REDZUAN BIN SEPINI D20141067432

4 NAZREE BIN MUNIR D20141067419

5 MEGAT ARIFAMIRUDIN BIN MEGAT ADNAN D20141067401

Page 3: Rph Lari Berganti Ganti

Kognitif : Pelajar dapat menyatakan kemahiran yang terdapat pada fasa larian dengan tepat.

Afektif :Pelajar menunjukkan daya saing/ penyertaan dan disiplin yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

KBKK : Pelajar dapat berfikir secara kreatis untuk melakukan kemahiran.

Strategi Mengajar : stail A (ARAHAN)

Persediaan pelajar : Pelajar berpakaian sukan yang lengkap dan sihat tubuh badan.

Persediaan guru : Alat bantu mengajar (ABM) dan blok permulaan, skittle, bip, baton, jam randik, kon, tepung, wisel, bendera, bola, pita pengukur, pistol pelepasa

Page 4: Rph Lari Berganti Ganti

BAHAGIAN / MASA

TAJUK / AKTIVITI

FOKUS PEMBELAJARANBUTIR MENGAJAR

ORGANISASI / PENGELOLAAN

STRATEGI CATATAN

PERMULAAN( 5 MINIT )

Memanaskan badan

- Regangan

Pengenalan mengenai lari pecut dan lari berganti-ganti, pemilihan pemain dan sebagainya.

Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti pemanasan badan

Guru mengetuai pelajar untuk melakukan regangan otot dengan cara yang betul

Berlari setempat dengan kadar sederhana dalam kawasan yang ditetapkan.

Guru memberikan penerangan tentang sejarah dan latar belakang sukan padang olahraga(lari pecut) serta faktor larian berpandukan ABM.

PETUNJUK:G - GURU

X - PELAJAR

X X X X

XXXXXXXXXXXX

X X X X

X X X X X XX X X X X XX X X X X X

G

PERKEMBAN-GAN P&P(20 minit)

Kemahiran fasa permulaan, sedia, berlepas.

(Langkah 1)

Kemahiran fasa pecutan, pertukaran baton, penamat

(- Murid dibahagi dalam 6 kumpulan kecil- Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid- Murid akan dibahagikan kepada dua kumpulan besar.- Murid akan didedahkan kepada fasa yang terdapat dalam lari pecut melalui dua stesen iaitu stesen permulaan dan stesen pertukaran baton .- Aktiviti akan dilakukan serentak untuk kedua-dua kumpulan)

1. Murid belajar gaya-gaya permulaan.

2. Murid diajar mengenai kedudukan tangan, kepala dan leher.

3. Murid belajar mengenai kemahiran semasa fasa sedia.

4. Murid diajar mengenai fasa berlepas.

1. Murid belajar cara membuat pecutan semasa larian.

2. Murid diajar cara- cara pertukaran baton.

3. Murid belajar bagaimana cara untuk menamatkan

X X X X X X

G

X X X X X X

Blok permulaan, skitel kecil dan besar.

Nilai daya

Page 5: Rph Lari Berganti Ganti

KEMUNCAK (10 MINIT)

Pertandingan(lari pecut 4x50 meter)

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

2. Setiap ahli kumpulan harus berjaya menghabiskan larian.

3. Ahli kumpulan yang berjaya menamatkan larian dalam masa yang singkat adalah pemenang.

X X X X X X

G

Blok permulaan, wisel, pistol

pelepasan, bendera, baton, jam randik, pita

pengukur.

PENUTUP(5 MINIT)

Sesi “cooling down”

Refleksi

Guru mengetuai pelajar untuk aktiviti “cooling down”.

1. Guru menyuruh pelajar supaya duduk selepas melakukan aktiviti “cooling down”.

1. Dua wakil pelajar diminta untuk memberikan refleksi pembelajaran hari ini.

X X X X X X X X X X X X X X X X X X

G

PETUNJUK:G - GURU

X - PELAJAR

Page 6: Rph Lari Berganti Ganti

PERMULAAN

PEMANASAN BADAN ATAU WARM UP

SEJARAH LARI BERGANTI-GANTI

-Berasal dari Amerika Syarikat

-Punca-punca lahirnya acara ini :

·Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain

·Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di

Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat).

·Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat

kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.

-Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

PENGENALAN

1. Apakah itu lari berganti-ganti atau larian batton???2. Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang  peserta secepat mungkin.3. Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat :·                     4 x 100 meter·                     4 x 200 meter·                     4 x 400 meter·                     4 x 1600 meter

Page 7: Rph Lari Berganti Ganti

      4. Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton ialah 4x400 meter. 5. Faktor utama penentu kejayaan ialah persefahaman di antara pelari  dalam pasukan

PEMILIHAN PEMAIN

A. Pelari pertama:- pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik:- 3 aspek penting

I. Harus mempunyai permulaan yang baik sambal tangan memegang batonII. Berkeupayaan berlari di selekoh

III. Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan

B. Pelari kedua :- mesti bijak daripada segi menerima dan menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri). :- Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus.

C. Pelari ketiga :- Berkebolehan & berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya. :- Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan.

D. Pelari akhir :- pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya. :- Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting

Page 8: Rph Lari Berganti Ganti

CARA MEMEGANG BATON-Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.

-Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-

Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama

TEKNIK HANTARAN BATON

Gaya popular menghantar baton ialah gaya selang-seli iaitu ditukar di antara tangan kanan dan tangan kiri oleh keempat-empat pelari dalam satu pasukan.

Page 9: Rph Lari Berganti Ganti

GAYA DAN TEKNIK HANTARAN BATON

1)Teknik hantaran bawah-atas

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke atas tangan penerima yang terbuka dalam bentuk‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima.

2. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelaripenghantar.

3. Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk

Page 10: Rph Lari Berganti Ganti

2) Teknik hantaran atas-bawah.

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke bawah untuk memukul tapak tangan penerimayang terbuka.

2. Penerima memegang hujung baton semasa menerimanya.

Page 11: Rph Lari Berganti Ganti

TEKNIK MENERIMA HANTARAN BATON

Menerima dari atas

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran .2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan “keluar” apabila hampir dengan penerima baton.

3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke atas dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan

tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya.4. Penghantar baton akan menghayun baton ke atas tangan penerima.

5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelaripenghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta.

6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, danmengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

Page 12: Rph Lari Berganti Ganti

Menerima dari bawah

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran .2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan “keluar” apabila hampir dengan penerima baton.

3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke bawah dalam bentuk ‘V’ yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan

tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya.4. Penghantar baton akan menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima.

5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta.

6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

Page 13: Rph Lari Berganti Ganti

Gaya Selang-seli Tanpa Pandang- Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m

- Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan.- Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton

- Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.

- Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang.- Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan

menggoyangkannya.- Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan.

- Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.

- Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

Page 14: Rph Lari Berganti Ganti

Gaya Selang-seli Cara Pandang- Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton

kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.- Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah

- Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m- Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus

dan tidak bergerak.- Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.

- Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi.- Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta

merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.- Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya.

- Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (dengan memandang)

Page 15: Rph Lari Berganti Ganti

Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter

ZON PERTUKARAN BATON

1) Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter.2) Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton.

3) Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

Page 16: Rph Lari Berganti Ganti

Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

Perkara-perkara penting1. Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.

2. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan.3. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.

Pertukaran baton yang betul dan yang salah

Page 17: Rph Lari Berganti Ganti

PERATURAN LARIAN

Aturan Umum- Lari ikut lorong yang ditetapkan- Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan- Buat pertukaran baton yang bersih- Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian

Gaya Dekam & Permulaan

Pelari Pertama- Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan- Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton.- Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.- Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki.- Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan.- Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas- Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)

Pelari Kedua- Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri

Page 18: Rph Lari Berganti Ganti

- Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri.- Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiriPelari Ketiga- Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri- Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh).- Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan).- Lari di sebelah dalam lorong sendiri.

Pelari Keempat- Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.- Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.- Tamatkan larian di garisan penamat.- Pelari yang penuh keazaman & tenang.