RPH Minggu 1

8
KPR 3974 LATIHAN MENGAJAR RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU 1 DISEDIAKANOLEH: NAMA NO. ID NO.TELEFON NOORLIES BINTI SUKUR D20102054887 0145697242 KUMPULAN: K00396 (A142 PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN ZURAINI BINTI RAMLI TARIKH SERAH: 28 MAC 2015

description

LATIHAN MENGAJAR

Transcript of RPH Minggu 1

  • KPR 3974

    LATIHAN MENGAJAR

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    MINGGU 1

    DISEDIAKANOLEH:

    NAMA NO. ID NO.TELEFON

    NOORLIES BINTI SUKUR

    D20102054887

    0145697242

    KUMPULAN:

    K00396 (A142 PJJ)

    NAMA TUTOR E-LEARNING:

    PUAN ZURAINI BINTI RAMLI

    PROF. MADYA DR. MARIA BINTI SALIH

    TARIKH SERAH:

    28 MAC 2015

  • RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

    Mata pelajaran : Bahasa Melayu

    Kelas : Tahun 2 Standard

    Tarikh : 26 Mac 2015 (Khamis)

    Masa : 08:00 pagi 9:00 pagi (60 Minit)

    Bilangan murid : 22 /22 orang

    Tema : Semangat Perpaduan

    Tajuk : JiranKu Mesra

    Standard Kandungan:

    5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

    2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan

    sebutan yang betul.

    Standard pembelajaran:

    5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul mengikut konteks.

    2.2.3 Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan

    yang jelas.

    Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid-murid dapat;

    i. menggunakan kata hubung tetapi, kerana dan sambil mengikut konteks ayat yang

    diberikan.

    ii. membaca ayat majmuk yang dibina menggunakan kata hubung dengan sebutan yang

    jelas.

  • Kemahiran bahasa : Membaca, mendengar , dan menulis.

    Sistem bahasa : Kata hubung tetapi, kerana, sambil

    Pengisian kurikulum

    Ilmu : Pendidikan Moral

    Nilai : Hormat menghormati dan tolong-menolong

    KBT : Kemahiran berfikir Menghubungkait

    Belajar cara belajar - Bacaan mekanis

    Bahan bantu belajar :

    Kad Perkataan 3 set tetapi, kerana, sambil, kata hubung,kata adjektif, panas,sedap,manis

    Kad Ayat 3 set berlainan ayat majmuk.

    Buku Teks m/s 43

    Lembaran kerja

    Kertas A4 4 keping

    Pengetahuan sedia ada : Murid mempunyai jiran yang berada di sekeliling mereka di

    kawasan perumahan mereka sendiri.

  • Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

    Langkah/Masa

    Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Catatan

    Set

    Induksi (5 minit)

    Guru meletakkan 2 kad perkataan di setiap kumpulan. Kad perkataan:

    tetapi panas kerana sedap sambil manis

    Soalan : 1. Bolehkah murid-murid bacakan 2 kad perkataan yang saya letakkan di atas meja kamu dengan kuat dan jelas? 2. Bolehkah 2 orang daripada ahli dalam kumpulan kamu meletakkan perkataan di ruangan yang betul pada papan putih? 3. Apakah tatabahasa yang kita pelajari hari ini?

    1. Guru melekatkan 2 kad perkataan mengikut kelas tatabahasa iaitu kata hubung dan kata adjektif kepada 2 ruangan di papan putih. 2. Murid membacakan 2 kad perkataan yang diberikan oleh guru dengan kuat dan jelas. 3. 2 orang murid dari setiap kumpulan keluar ke hadapan kelas dan meletakkan kad perkataan yang berpelekat pada ruangan berdasarkan kelas tatabahasa yang betul. 4. Guru memberikan pujian dan penghargaan kepada kumpulan yang meletakkan kad perkataan dengan betul. 5. Guru memberikan teguran dan bimbingan kepada kumpulan yang melakukan kesilapan. 6. Guru menjelaskan bahawa pembelajaran hari ini adalah berkaitan dengan kata hubung.

    BBM Kad perkataan

    - kata hubung

    - tetapi - kerana - sambil - kata adjektif - panas - sedap - manis

    Kecerdasan Pelbagai : - Verbal-Linguistik - Interpersonal Kemahiran Bernilai Tambah : - Kontekstual Nilai : Kerjasama dan disiplin

    Langkah 1 (15 Minit)

    Guru memberikan setiap kumpulan 2 kad ayat dan 3 kad perkataan(kata hubung hari ini). Kump.1

    - Ibu Adam menjaga adik Rahimi.

    - Ibu Rahimi tidak sihat

    Kump.2 - Adam menolong

    nenek Yee Ling

    1. Guru meminta murid membacakan kad-kad ayat yang diberikan secara mekanis mengikut kumpulan dengan sebutan yang betul. 2. Setiap kumpulan akan mengangkat kad perkataan yang sesuai dengan ayat yang diberikan kepada mereka. 3. Guru meminta murid menggunakan kata hubung yang

    BBM : -6 keping kad ayat -3 set kad pekataan Belajar Cara Belajar : - Membaca secara mekanis Teknik :

  • melintas jalan. - Adam memimpin

    tangan nenek Yee Ling

    Kump.3 - Bapa Rahimi selalu

    sibuk - Bapa Rahimi masih

    sempat berbual dengan bapa Adam.

    sesuai untuk ayat-ayat yang diberikan kepada mereka dan berbincang dalam kumpulan. Guru memberikan bimbingan kepada murid sepanjang perbincangan dalam kumpulan. 4. Seorang wakil bagi setiap kumpulan berdiri untuk membacakan secara lisan ayat majmuk yang telah mereka bina menggunakan kata hubung yang betul. 5. Guru memberikan teguran dan bimbingan kepada kesilapan murid dan tepukan kepada yang berjaya membina ayat yang betul.

    -Tunjuk cara (membaca) Kecerdasan Pelbagai : - Verbal-Linguistik - Intrapersonal Kemahiran Berfikir : -Menghubungkait Nilai : Hormat menghormati dan tolong-menolong

    Langkah 2 (15 minit)

    Kerja kumpulan -Guru memberikan setiap kumpulan sehelai kertas A4 -Murid menulis ayat majmuk dalam kertas A4

    1. Guru meminta murid menuliskan ayat majmuk berdasarkan kad ayat yang diberikan di dalam sehelai kertas A4 seperti yang mereka bincangkan pada aktiviti langkah 1. Guru memberikan masa kepada setiap kumpulan selama 5 minit. 2. Murid menulis ayat majmuk dengan tulisan yang kemas dan ejaan yang betul. 3. Guru juga memberikan penegasan tentang penggunaan huruf besar, huruf kecil dan noktah. 4. Selepas 5 minit, guru meminta setiap kumpulan maju ke hadapan untuk membacakan ayat majmuk yang mereka tulis. 5. Murid melekatkan kertas A4 di papan putih. 6. Guru menilai kerja murid dengan meneliti sekiranya ada kesilapan ejaan dan tanda baca.

    BBM : - kertas A4 Pendekatan : -Berpusatkan murid Strategi : -Kolaborasi BCB: -membaca -menulis Kem.Berfikir : -Menjana idea Kecerdasan Pelbagai : -Interpersonal -Verbal-Linguistik Nilai : Kesungguhan Keberanian

  • Langkah 3 (20 minit)

    Latihan Individu Isi tempat kosong dengan kata hubung -Lembaran kerja buku aktiviti m/s 45

    1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid. 2. Guru membimbing murid mengisi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberikan. 3. Murid melengkapkan petikan dengan kata hubung yang betul dan sesuai. 4. Guru meminta murid yang terawal menghantar lembaran kerja untuk membacakan petikan yang telah dilengkapkan. 5. Guru memberikan peneguhan dan penghargaan dengan memberikan pujian kepada murid yang dapat menyiapkan lembaran kerja dengan cepat dan betul. Murid yang lemah dan lambat diberikan bimbingan.

    BBM : -Lembaran kerja Pendekatan : -Induktif -Berpusatkan murid Strategi : Direktif Nilai : Disiplin

    Penutup (5 minit)

    Rumusan isi pelajaran. Penutup Kognitif

    1. Guru bertanya kepada murid tentang apa isi pelajaran yang dipelajari hari ini. 2. Murid menyatakan kata hubung yang telah mereka pelajari dengan bimbingan guru.

    Kecerdasan Pelbagai : Verbal-Linguistik

  • Tugasan : Murid membuat latihan di dalam buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2

    Jilid 1,muka surat 45. Murid dikehendaki melengkapkan petikan denga kata hubung yang betul

    dan sesuai.

    Pengayaan / pemulihan : 6/22 orang murid diberi bimbingan melengkapkan kata

    hubung dalam petikan.

    Aktiviti susulan ( jika ada ) :

    Integrasi inovasi

    yang diterapkan : Kad perkataan, kad ayat, kertas A4, lembaran kerja.

    Refleksi Guru Praktikum :

    Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, adalah JiranKu Mesra. Hasil pembelajaran

    diharap murid-murid dapat:

    i. menggunakan kata hubung tetapi, kerana dan sambil mengikut konteks ayat yang

    diberikan.

    ii. membaca ayat majmuk yang dibina menggunakan kata hubung dengan sebutan yang

    jelas.

    Secara keseluruhannya, terdapat kelemahan dan kekuatan semasa pengajaran dan pembelajaran

    berjalan. Antara kelemahan yang dapat dilihat adalah dari segi ketepatan masa semasa aktiviti

    pdp. Kebanyakan murid-murid Tahun 2 Standard agak nakal dan agresif dan memerlukan

    kawalan dan perhatian yang lebih kepada sesetengah murid.

    Kekuatan di dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari ini adalah, pelajar

    memberikan respon yang amat memberangsangkan dan mereka dapat mengikuti pdp secara aktif.

    Kerjasama yang memberangsangkan sangat memberikan semangat kepada saya untuk

    memberikan respon kepada setiap persoalan yang mereka ajukan.

    Secara keseluruhannya pengajaran dan pembelajaran pada hari ini, telah mencapai

    objektifnya. Penglibatan murid yang sangat aktif, kawalan kelas yang amat tinggi, dan dapat

    menwujudkan suasana pembelajaran yang amat memberangsangkan. Penggunaan bahan bantu

  • belajar telah digunakan dengan sepenuhnya dan sangat membantu untuk memudahkan objektif

    pdp tercapai. Pelajar yang lemah dibantu dan dibimbing semasa pembelajaran berjalan dan murid

    yang menunjukkan prestasi yang cemerlang diberikan ganjaran berupa tepukan, pujian dan

    hadiah.

    Ulasan guru pembimbing ( Cik Sarimah Binti Ahmad ) :

    Guru dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan baik seperti yang telah

    dirancang. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan, murid tidak mempunyai

    masalah dalam memahami isi pembelajaran kerana cara penyampaian guru sangat jelas dengan

    suara yang kuat serta memudahkan murid faham apa yang diajar. Kelemahan yang terdapat

    dalam rancangan pengajaran hari ini, guru tiada mernggunakan unsur TMK dalam pdp beliau.

    Selain daripada itu, guru boleh mempelbagaikan lagi teknik dan kaedah pengajaran pada sesi

    pengajaran akan datang.