Rph Model Assure
description
Transcript of Rph Model Assure
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM MODEL ASSURE
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tarikh : 7 September 2015 (Isnin)
Masa : 11.30pagi hingga 12.30 tengahari (60 minit)
Tahun/Kelas : 5 Ibnu Khaldun
Bilangan murid : 25 orang ( 15 Perempuan, 10 lelaki)
Bidang : Ibadah
Tajuk : Tayamum
Pengetahuan sedia ada : i. Sebahagian murid pernah mendengar dan mengetahui
perkataan dan perbuatan tayamum.
ii. Murid telah mempelajari syarat sah solat pada
pembelajaran sebelum ini.
Nilai Murni : i. Sikap bekerjasama dan tolong-menolong
ii. Sikap berkeyakinan diri
Objektif pembelajaran : Di akhir pelajaran ini murid akan dapat;
i. Menjawab 4 daripada 5 soalan berkaitan tayamum
secara bertulis berdasarkan lembaran kerja yang
diberikan.
ii. Menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara bertayamum.
iii. Menerangkan dua daripada sebab-sebab yang
mengharuskan tayamum dengan betul selepas
mendengar penerangan guru di dalam kelas.
Alat bantu mengajar : i. LCD / Komputer
ii. Pakej Pembelajaran Multimedia Interaktif (PPMI)
4
A
S112
LANGKAH/ MASA
ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN
Set induksi
(5 minit)
Pengalaman murid. - Guru bertanyakan kepada murid
adakah mereka mendirikan solat subuh
pagi tadi.
- Murid memberi jawapan: “ya/tidak”
terhadap pertanyaan guru.
- Guru bertanya kepada murid apakah
yang mereka perlu lakukan sebelum
solat.
- Murid memberi jawapan : “wudhuk”
terhadap pertanyaan guru.
- Guru bertanya kepada murid mereka
berwuduk menggunakan apa.
- Murid memberi jawapan : “air “
terhadap pertanyaan guru.
- Guru bertanya lagi kepada murid apa
yang perlu dilakukan jika tiada air.
- Sebahagian murid menjawab : “tayamum”. Guru memberikan pujian terhadap murid yang menjawab dengan betul.
- Guru membuat rumusan dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang bakal dipelajari.
Langkah 1
(8minit)
i. Pengertian
tayamum:
“tayamum ialah
menyapu debu tanah
-Guru memaparkan pengertian
tayamum di skrin, kemudian meminta
murid membaca dengan kuat secara
berkumpulan.
Alat Bantu
Mengajar
(ABM):
5
S2 M2
yang suci kemuka
dan kedua-dua
tangan hingga ke
siku dengan
beberapa syarat
disertai dengan niat.”
- Murid membaca dengan kuat
pengertian tayamum yang dipaparkan
di skrin secara berkumpulan .
- Guru menjelaskan kepada murid
tentang pengertian tayamum.
- Murid memberi perhatian terhadap
penerangan guru.
- Komputer riba
dan LCD
- PPMI
Langkah 2 (16
minit)
ii. Rukun-rukun
tayamum :
- Niat
- Menyapu debu
tanah ke muka.
- Menyapu debu
tanah ke dua-dua
belah tangan hingga
ke siku.
- Tertib.
- Guru menayangkan klip video (cara
bertayamum) yang telah disediakan di
skrin.
- Murid memberi perhatian terhadap
video yang ditayangkan.
- Guru bertanya kepada murid apa
yang sedang dilakukan oleh orang di
dalam video tersebut.
- Murid memberi jawapan terhadap
pertanyaan guru.
- Guru memberi penerangan kepada
murid tentang video yang ditayangkan
adalah mengenai rukun-rukun
tayamum.
- Murid memberi perhatian terhadap
penerangan guru.
-Guru memaparkan rukun-rukun
tayamum di skrin dan murid diminta
membaca dengan perlahan.
- Guru memberi penerangan kepada
murid tentang rukun-rukun tayamum.
Nilai:
- Kerjasama
antara murid
- Berkeyakinan
tampil ke
hadapan kelas
ABM:
- Komputer riba
dan LCD
- PPMI
- klip video
tentang cara
bertayamum
- Beg uncang
puzzle
- Muzik
6
S2 2
iii. Sebab-sebab
diharuskan
bertayamum:
- Ketiadaan air.
- Air yang ada cukup
untuk keperluan
makan dan minum
sahaja.
- Sakit yang tidak
boleh terkena air.
- Murid memberi perhatian terhadap
penerangan guru.
- Guru membimbing secara latih tubi
menyebut lafaz niat tayamum secara
kelas, kumpulan dan individu.
- Guru membahagikan murid kepada 5
kumpulan berlima, kemudian guru
memberikan uncang beg yang telah
dimasukkan kepingan gambar/ puzzle
kepada setiap kumpulan
- Murid perlu menyelesaikan puzzle
yang telah diberikan secara
berkumpulan.
- Masa untuk murid menyelesaikan
puzzle tersebut bermula apabila guru
memainkan lagu dan perlu selesai
sebelum lagu tamat.
- Murid perlu menampalkan puzzle
tersebut di hadapan kelas dan memilih
situasi jawapan yang betul
berdasarkan gambar.
- Guru mengaitkan puzzle dengan isi
pelajaran, iaitu keadaan yang
mengharuskan bertayamum.
- Guru menayangkan slaid tentang
sebab-sebab diharuskan bertayamum
dan murid memberi perhatian.
7
- Guru memberi penerangan kepada
murid tentang sebab-sebab diharuskan
bertayamum.
- Murid memberi perhatian terhadap
penerangan guru.
Langkah 3
(14 minit)
Penilaian tentang
tajuk tayamum.
- Murid-murid menjawab soalan yang
disediakan berdasarkan slaid PPMI
dan lembaran kerja.
- Guru memberi bimbingan dan tunjuk
ajar tentang cara menjawab soalan
kepada murid .
ABM :
- PPMI
-lembaran kerja
Langkah 4
(10 minit)
Pengayaan dan
pemulihan dalam
tajuk tayamum di
bilik darjah
- Murid yang telah menguasai dan
telah selesai menjawab soalan
lampiran 1 akan terus menjawab
soalan lampiran 2.
- Manakala murid yang lemah perlu
kepada bimbingan dan tunjuk ajar guru
untuk menyelesaikan tugasan.
ABM:
- Lembaran
kerja
Penutup
(7minit)
Penilaian dan
rumusan terhadap
apa yang telah
dipelajari (hasil
pembelajaran) pada
hari ini.
- Murid dibimbing kembali menyebut
dan mengingat isi pengajaran.
- Guru akan membuat kesimpulan
bermula dari awal isi pembelajaran
hingga akhir pembelajaran.
- Murid diingatkan bahawa sebagai
individu muslim kita wajib
8
E
melakukan solat dalam apa jua
keadaan sekalipun.
iii. Video ( cara-cara bertayamum)
iv. Puzzle gambar
Strategi pengajaran dan pembelajaran
9