Rph Monyet Yg Pintar. monyet yang terlepas dari zoo taiping telah sesat di dalam hutan batas lintang...
-
Upload
perdull-der-chopper -
Category
Documents
-
view
105 -
download
3
description
Transcript of Rph Monyet Yg Pintar. monyet yang terlepas dari zoo taiping telah sesat di dalam hutan batas lintang...
ir RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYUTAHUN 4
Masa : 60 minitTahun : 4Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTajuk : Monyet Yang Pintar
Objektif : Pada akhir pengajaran, murid akan dapat
Menyebut melalui pengucapan yang betul melalui dialog yang dibaca.
Membaca ayat atau dialog yang pendek dan panjang dengan sebutan dan intonasi serta nada yang sesuai.
Membina dan menulis ayat dengan menggunakan ayat adjektif
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama
7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks.
7.1 Membaca dan menerangkan maksud dan kandungan teks
Fokus Sampingan
8.4 Membina dan menulis ayat berdasarkan sesuatu perkara.
Kemahiran bahasa
1. Membaca2. Menulis
Sistem Bahasa Kata adjektif
Pengisian Kurikulum
Kemahiran berfikir (menjana idea)
BCB – Kemahiran berdialog dengan kuat dan mendengar dengan berkesan, menyebut dengan baik, membaca dengan intonasi yang betul
Kecerdasan pelbagai – Verbal linguistic, Interpersonal Pembelajaran koperatif
Penyerapan nilai
Bekerjasama Berusaha Gigih Yakin pada diri
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Langkah/masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit)
- Menunjukkan
beberapa keping
gambar binatang
kepada murid.
- Menyoal murid tentang nama
binatang tersebut.
- Membincangkan tentang sifat-
sifat binatang tersebut.
- Meminta murid beraksi dengan
membunyikan perihal binatang
tersebut.
ABM – Gambar
binatang
(monyet, singa
arnab, kambing,
kijang
Langkah 1
(10 minit)
Bacaan dan
pemahaman teks
Guru menerangkan
jalan cerita.
Aktiviti 1
1) Guru membahagikan teks
bertajuk “Monyet Yang Pintar”
kepada setiap murid.
2) Murid membaca cerita itu sambil
memahami cerita tersebut.
3) Beberapa orang murid
membaca dialog dengan kuat
mengikut watak dalam cerita
tersebut. Contoh dialog
“Jangan beri muka kepada singa
yang kejam itu. Ada hati dia mahu
makan kita. Kita mesti
membunuhnya sebelum kita
menjadi mangsa seterusnya.”
ABM – Petikan
teks
Belajar cara
belajar
- kemahiran
mendengar
- belajar
menyebut ayat,
dialog dengan
kuat
- Menyebut
dengan intonasi
yang betul
Langkah 2
(20 minit)
Perbincangan tentang
kandungan teks.
Aktiviti 1
- Guru menerangkan maksud
simpulan bahasa dan memberikan
contoh-contoh simpulan bahasa
supaya murid faham dengan
Kecerdasan
pelbagai
- Verbal
Linguistik
tugasan yang akan dibuat.
Contoh:
1. Ada hati
2. Panas hati
3. Beri muka
4. Naik darah
- Murid dibahagikan kepada 3
kumpulan
- Guru memberikan tugasan
kepada setiap kumpulan.
Kump 1
1) Meminta murid memberi
maksud setiap simpulan bahasa
itu
Kump 2
1) Murid dikehendaki membina
ayat dengan menggunakan
simpulan bahasa tersebut.
Kump 3
1) Meminta murid
menyuaipadankan simpulan
bahasa itu dengan watak dalam
teks tersebut.
Contoh:
Ada hati adalah sifat Singa
- Setiap kumpulan akan
membentangkan tugasan dan guru
akan menerangkan kembali
tugasan murid supaya murid
dapat menulis dalam buku catatan
Nilai
- Yakin pada diri
- Bekerjasama
- Berusaha
Pembelajaran
koperatif
Kemahiran
berfikir
- Menjana idea
Langkah 3
(10 minit)
Membina ayat
menggunakan kata
adjektif.
Contoh:
1. Ganas
2. Tua
3. Marah
4. Bengis
Aktiviti 1
1) Guru menerangkan tentang
maksud kata adjektif.
2) Murid-murid mencatat dan
membina ayat menggunakan kata
adjektif dalam buku latihan.
Kecerdasan
pelbagai
- Verbal
Linguistik
- Interpersonal
- Kemahiran
berfikir
Nilai
- Bekerjasama
- Berusaha
menjawab
- Gigih
Langkah 4
(10 minit)
Lembaran kerja 1) Guru mengedarkan lembaran
kerja kepada murid.
2) Murid diminta menjawad soalan
kefahaman berdasarkan teks
cerita tersebut.
3) Guru memantau kerja murid dan
mengarahkan murid menampal
lembaran kerja itu dalam buku
latihan.
ABM- Lembaran
kerja
Penutup
(5 minit)
Rumusan 1) Guru membuat rumusan
tentang topik yang dibincangkan.
2) Guru meminta murid agar
menjadikan teladan dari peristiwa
yang berlaku dalam cerita “Monyet
yang pintar.”
Lembaran Kerja
Jawab soala-soalan di bawah berdasarkan teks cerita “Monyet Yang Pintar.”
1) Di manakah binatang-binatang itu tinggal?
2) Kenapa monyet dikatakan pintar?
3) Bagaimanakah perwatakan singa?
4) Apakah perwatakan yang dibawa oleh monyet?
5) Kenapa semua binatang takut kepada singa?
Monyet Yang Pintar
Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa
di tempat mereka. Singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan
raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering
menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut, mencari jalan
untuk menghapuskan singa itu.
“Biar saya pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya
agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi.” Kata kambing kepada rakan-
rakannya.
Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh.
“Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu
hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari.” Terdiam semua
binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka.
Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu
berkata dengan marah.
“Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan
kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya.”
“Tapi bagaimana, kijang?” sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi.
“Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama,”
kata monyet dengan berapi-api.
Esokya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu.
“Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar?” herdik singa.
“Ma…..ma….maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik
telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja,” sembah monyet pura-
pura ketakutan.
“Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si
bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!” kata singa dengan bengis.
Panas hati singa mendengar penjelasan monyet.
Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi
tersebut, monyet pun berkata, “Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku,”
monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang
masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang
dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya.
Semenjak hari itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman
dan bahagia.