RPH - Nombor Bulat dan Operasi

13
Hari : Isnin Tarikh : 13 Ogos 2012 Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (60 minit) Mata pelajaran : Matematik Kelas : 4 Cemerlang Bilangan pelajar : 30 orang Bidang : Nombor dan Operasi Tajuk : Tambah dalam lingkungan 100 000 Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk: Menambah nombor Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk: i) Menambah sebarang nombor hingga 100 000 ii) Menyelesaikan masalah dalam bentuk lazim

Transcript of RPH - Nombor Bulat dan Operasi

Page 1: RPH - Nombor Bulat dan Operasi

Hari : Isnin

Tarikh : 13 Ogos 2012

Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi (60 minit)

Mata pelajaran : Matematik

Kelas : 4 Cemerlang

Bilangan pelajar : 30 orang

Bidang : Nombor dan Operasi

Tajuk : Tambah dalam lingkungan 100 000

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:

Menambah nombor

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk:

i) Menambah sebarang nombor hingga 100 000

ii) Menyelesaikan masalah dalam bentuk lazim

Page 2: RPH - Nombor Bulat dan Operasi

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi /

catatan

Page 3: RPH - Nombor Bulat dan Operasi

1. Persediaan a. Paparkan kepada murid sebilangan blok asas sepuluh seperti di

bawah

Contoh:

Ribu Ratus Puluh Sa

b. Minta murid bincangankan jumlah nilai berdasarkan cerita ini.

Contoh:

Keluarga Adam mempunyai hobi mengumpul setem. Ayah Adam

mempunyai seribu keping setem. Ibunya juga mempunyai seribu

keping setem. Adam mempunyai seratus keping setem. Kakak dan

abangnya pula mempunyai sepuluh keping setem manakala adiknya

mempunyai empat keping setem. berapakah jumlah setem yang

keluarga Adam ada?

c. Dengan menggunakan blok asas sepuluh, tunjukkan kepada murid

proses penambahan yang berlaku.

Bahan Bantu Belajar (BBB) :

Blok asas sepuluh

Kemahiran Berfikir:

i) Menjana idea

ii) Menyelesaikan

masalah

Komunikasi:

i. perbincangan

ii. penambahan nombor

iii. berapakah jumlah

nilai blok asas yang

ditunjukkan?

iv. Tuliskan nilai blok

asas sepuluh dalam

bentuk ayat

matematik

v. Tunjukkan pengiraan

Page 4: RPH - Nombor Bulat dan Operasi

1000 + 1000 +100 + 10 +10 + 1 + 1 + 1 + 1

d. Tuliskan nilai blok asas sepuluh dalam bentuk ayat matematik

Contoh:

2000 + 100 + 20 + 4 = 2124

e. Tunjukkan pengiraan dalam bentuk lazim dengan menggunakan

carta nilai tempat

Contoh:

Ribu Ratus Puluh Sa

2 0 0 0

1 0 0

2 0

+ 4

2 1 2 4

dalam bentuk lazim

Strategi/ Kaedah P&P:

Demonstrasi

Nilai:

Cermat

Adakah jawapan kamu sama

Page 5: RPH - Nombor Bulat dan Operasi

f. Bincangkan secara kelas hasil perbincangan murid.

g. Murid dibimbing untuk menambah sebarang dua hingga empat

nombor menggunakan bentuk lazim.

Contoh:

Puluh ribu Ribu Ratus Puluh Sa

3 3 4 8 3

5 3 7 9

+ 8 3 5 1

3

Puluh ribu Ribu Ratus Puluh Sa

3 3 4 8 3

5 3 7 9

+ 8 3 5 1

3

seperti jawapan yang

ditunjukkan?

Apakah hasil tambah di

rumah sa?

Berapakah nilai yang akan

dimasukkan ke rumah

puluh?

tunjukkan jumlah yang melebihi sepuluh akan dimasukkan ke dalam rumah puluh.

Terangkan kepada murid proses mengumpul semula dari rumah sa ke rumah puluh.

Page 6: RPH - Nombor Bulat dan Operasi

Puluh ribu Ribu Ratus Puluh Sa

3 3 4 8 3

5 3 7 9

+ 8 3 5 1

1 3

Puluh ribu Ribu Ratus Puluh Sa

3 3 4 8 3

5 3 7 9

+ 8 3 5 1

2 1 3

Puluh ribu Ribu Ratus Puluh Sa

3 3 4 8 3

5 3 7 9

+ 8 3 5 1

7 2 1 3

Apakah hasil tambah di

rumah puluh?

Berapakah nilai yang akan

dimasukkan ke rumah ratus?

Apakah hasil tambah di

rumah ratus?

Berapakah nilai yang akan

dimasukkan ke rumah ribu?

Apakah hasil tambah di

rumah ribu?

Berapakah nilai yang akan

dimasukkan ke rumah puluh

ribu?

tunjukkan jumlah yang melebihi puluh akan masuk ke rumah ratus.

tunjukkan jumlah yang melebihi ratus akan masuk ke rumah ribu.

tunjukkan jumlah yang melebihi ribu akan masuk ke rumah puluh ribu.

Page 7: RPH - Nombor Bulat dan Operasi

Puluh ribu Ribu Ratus Puluh Sa

3 3 4 8 3

5 3 7 9

+ 8 3 5 1

4 7 2 1 3

Apakah jawapan bagi hasil

tambah nombor-nombor

tersebut?

2. Perkembangan I a. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan

kurang daripada lima orang.

b. Setiap kumpulan akan diberi satu kotak yang mengandungi 10

keping kad nombor yang berlainan

Contoh:

Bahan Bantu Belajar (BBB) :

Kotak yang mengandungi

sepuluh keping kad nombor

Kemahiran Berfikir:

i) Menyelesaikan

masalah

ii) Membanding

beza

jawapan diperoleh melalui penambahan tersebut.

Page 8: RPH - Nombor Bulat dan Operasi

c. Setiap seorang murid akan mengambil salah satu kad nombor di

dalam kotak tersebut.

Contoh:

Ali mengambil nombor 2610,

Raju mengambil nombor 6744,

Mei Mei mengambil nombor 9853 dan

Siti mengambil nombor 799

d. setiap seorang daripada mereka akan memberitahu nombor yang

terdapat pada kad masing-masing dan setiap seorang akan

melakukan operasi tambah bagi nombor-nombor tersebut

Contoh:

2610

6744

9853

+ 799

Komunikasi:

i. Ambil salah satu

kad nombor di

dalam kotak

ii. Beritahu rakan-

rakan nombor

yang telah diambil

iii. lakukan operasi

tambah bagi

nambor-nombor

tersebut

iv. Bandingkan

jawapan dengan

rakan-rakan

Strategi/ Kaedah P&P:

Koperatif

Nilai:

Bekerjasama, cermat

Page 9: RPH - Nombor Bulat dan Operasi

e. minta murid membandingkan jawapan mereka dengan jawapan

rakan-rakan dalam kumpulannya

f. Aktiviti diulang beberapa kali untuk memberi peneguhan

3. Perkembangan II a. Minta murid membuat pemerhatian terhadap nombor-nombor

kenderaan guru di sekolah

b. minta murid sebutkan nombor-nombor kenderaan yang ada

c. pilih tiga atau empat orang murid menyebut nombor kenderaan yang

mereka ada

d. catatkan nombor-nombor tersebut di papan hitam/putih

Contoh:

e. Murid diminta mencatatkan nombor-nombor kenderaan tersebut di

atas kertas

Kemahiran Berfikir:

i) Menyelesaikan

masalah

ii) Pemerhatian

iii) Membanding

beza

Komunikasi:

i. Sebutkan nombor-

nombor kenderaan

yang kamu lihat di

dalam kawasan

sekolah?

ii. catatkan nombor-

nombor tersebut di

atas kertas

iii. Tambah nombor-

Page 10: RPH - Nombor Bulat dan Operasi

f. menggunakan kumpulan yang sebelumnya, murid diminta untuk

menambah nombor-nombor berkenaan mengikut susunan yang

berlainan.

Contoh:

i) ii) iii) iv)

7418 8196 4352 3194 8196 4352 3194 7418 4352 3194 7418 8196+ 3194 + 7418 + 8196 + 4352

g. minta murid membandingkan jawapan bagi (i) hingga (iv)

h. Aktiviti diulang beberapa kali untuk membuat penilaian.

i. Membincangkan jawapan murid.

nombor mengikut

susunan yang

berlainan.

iv. Bandingkan jawapan

bagi setiap susunan.

Adakah jawapan bagi setiap

susunan adalah sama

ataupun tidak?

Strategi/ Kaedah P&P:

Koperatif

Nilai:

Cermat, Bekerjasama, jujur

4. Pengukuhan a. Edarkan Lembaran Kerja kepada setiap murid.

b. Bincangkan hasil kerja murid.

c. Lakukan aktiviti pemulihan bagi murid yang masih sukar menentukan

pola soalan.

d. Lakukan aktiviti pengayaan bagi murid cerdas dengan gabungan

i. Selesaikan tugasan

yang diberikan

Page 11: RPH - Nombor Bulat dan Operasi

pola yang lebih.

5. Penilaian Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja,

Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke

kemahiran berikutnya.

6. Penutup Mengemukakan soalan-soalan

Contoh:

9085 + 3025 =

4687 + 7566 + 508 =

1172 + 8095 + 5321 + 2008 =

7. Nilai dan Sikap Bekerjasama, cermat, jujur