RPH NOR SEt

17
Rancangan Pengajaran Harian KPD 3026: Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2 TAJUK: DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK NO. TEL SITI NORAKMA SYUHADA BT ZAINULABIDDIN D20111048902 013-7566708 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TINGKATAN 4 PEMARKAHAN

description

vv

Transcript of RPH NOR SEt

  • Rancangan Pengajaran Harian

    KPD 3026: Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2

    TAJUK:

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA NO. MATRIK NO. TEL

    SITI NORAKMA SYUHADA BT ZAINULABIDDIN D20111048902 013-7566708

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    MATEMATIK TINGKATAN 4

    PEMARKAHAN

  • Rancangan Pengajaran Harian

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (1)

    Tingkatan : Empat (4)

    Tarikh : 8 April 2014

    Masa : 9.00 pagi 9.40 pagi (40 minit)

    Matapelajaran : Matematik

    Topik : Set

    Sub Topik : 3.1 Set

    Objektif : Memahami konsep set

    Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:

    i) Mengisih benda-benda yang diberi kepada kumpulan-kumpulan tertentu.

    ii) Mentakrif set dengan pemerihalan dan menggunakan tatatanda set.

    iii) Mengenalpasti sama ada suatu benda yang diberi adalah unsur bagi suatu set dan menggunakan

    simbol atau untuk melambangkan hubungan tersebut.

    Pengetahuan sedia ada: Pelajar mengetahui konsep set melalui pengalaman sedia ada.

    Alat Bantu Mengajar : Gambar, kad manila, marker, papan putih

  • Rancangan Pengajaran Harian

    Pendekatan/Strategi : Perbincangan, pembelajaran koperatif ,berpusatkan pelajar (Konstruktivisme).

    Nilai : Kerjasama, keyakinan diri, menghargai kepentingan matematik dalam kehidupan.

    Kemahiran Berfikir : Menjana idea, membuat hubungan, membuat refleksi, membuat analisis dan kesimpulan.

    Langkah/

    masa

    Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penerangan

    /Nilai/KBKK/Strategi/BBM

    Catatan Guru Murid

    Langkah 1

    Set Induksi

    (5 minit)

    Guru mencungkil idea

    pelajar tentang konsep set

    dalam persekitaran pelajar,

    dengan meminta pelajar

    yang memakai cermin mata

    berdiri dan pelajar yang

    tidak memakai cermin

    mata duduk.

    Kemudian guru

    mencungkil idea pelajar

    dengan memanggil pelajar

    untuk menamakan

    kumpulan pelajar yang

    berdiri.

    Pelajar akan memberi

    kerjasama mengikt

    arahan guru. Pelajar

    yang bercermin mat

    berdiri dan pelajar

    tidak bercermin mata

    duduk.

    Pelajar memberi idea

    dengan menamakan

    kumpulan pelajar

    yang berdiri dan

    kumpulan pelajar

    yang duduk.

    BBM :

    LCD

    Kaedah :

    Penerangan dan Imbas

    Kembali

    Inkuri penemuan

    Strategi :

    Berpusatkan guru

  • Rancangan Pengajaran Harian

    Guru memberi peneguhan

    konsep set dalam

    kehidupan pelajar dengan

    menggunakan LCD

    menunjukkan gambar

    pelangi, kereta, dan

    sekumpulan orang yang

    ramai.

    Guru memberi penekanan

    tentang kepentingan set

    dalam kehidupan seharian.

    Pelajar memberi

    respon terhadap

    gambar yang

    dipaparkan diLCD

    dengan memberi idea

    menamakan

    kumpulan gambar

    tersebut.

    Pelajar akan memberi

    respon tentang

    peneguhan konsep set

    di dalam kehidupan

    seharian.

    KBKK :

    Menjana idea, bersemangat

    dan fokus.

  • Rancangan Pengajaran Harian

    Langkah 2:

    Perkembangan

    Pengajaran

    (25 minit)

    Satu himpunan benda-benda

    dengan ciri-ciri tertentu

    dipanggil Set.

    Benda-benda dalam

    kumpulan ialah unsur bagi

    set.

    Tanda kurung, { }

    digunakan untuk mentakrif

    set.

    Unsur yang sama dalam

    sesuatu set tidak perlu

    diulangi.

    Set selalunya dilabelkan

    dengan huruf besar.

    Dengan menggunakan

    powerpoint seperti di

    lampiran 3, guru memberi

    penerangan tentang

    maksud set dan unsur set

    Guru memberi contoh set

    dengan menggunakan

    permainan online, iaitu

    mengisihkan nombor

    genap dan ganjil.

    http://www.fuelthebrain.co

    m/Game/play.php?ID=233

    Guru memanggil pelajar

    secara rawak untuk

    mengisihkan nombor

    genap dan nombor ganjil.

    Pelajar mendengar

    penerangan guru.

    Pelajar yang

    dipanggil

    mengisihkan nombor

    ganjil dan nombor

    genap.

    Pelajar menganalisis

    kumpulan set.

    BBM:

    LCD

    Kertas mahjong

    Kepingan kertas keras.

    Marker

    Papan putih.

    Kaedah:

    Penerangan, sesi soal jawab

    dan perbincangan.

    Konstruktivisme

    Strategi:

    Berpusatkan Pelajar

    KBKK:

    Bekerjasama,

    Menjana idea, membuat

    hubungan.

  • Rancangan Pengajaran Harian

    Takrif set mesti jelas dan

    tepat supaya unsurnya dapat

    dikenal pasti.

    Menyatakan Set :

    2 cara iaitu:

    Dengan kaedah

    1) pemerihalan

    2) Tatatanda set

    Guru memberi penekanan

    kepada kaedah mentakrif

    set berdasarkan hasil dari

    permainan online yang

    dijalankan.

    Guru menerangkan

    kembali berkenaan konsep

    asas set.

    Guru mengarahkan pelajar

    untuk duduk secara

    berpasangan.

    Guru memberi satu tugasan

    yang mempunyai beberapa

    soalan untuk mengenal

    pasti kumpulan set bagi

    nombor yang diberikan.

    Tugasan tersebut di

    Lampiran1.

    Pelajar mendengar

    penerangan guru.

    Pelajar duduk dengan

    pasangan masing-

    masing.

    Pelajar menerima

    tugasan tersebut.

  • Rancangan Pengajaran Harian

    Guru mengarahkan pelajar

    berbincang menyelesaikan

    soalan tersebut secara

    berpasangan.

    Guru membincangkan

    soalan tersebut bersama-

    sama pelajar dan guru juga

    meminta respon pelajar

    berkenaan bagaimana

    untuk menjawab soalan

    tersebut dengan tepat.

    Guru menekankan semula

    bagaimana untuk

    mengelaskan sesuatu unsur

    kepada bentuk set.

    Pelajar

    menyelesaikan

    masalah secara

    berpasangan untuk

    mendapatkan

    jawapan yang tepat.

    Pelajar memberi

    respon kepada guru

    dan menilai

    bagaimana untuk

    menjawab soalan

    berkenaan tajuk set

    dengan tepat.

    Pelajar memberi

    perhatian dan

    memberi respon

    terhadap penerangan

    guru.

  • Rancangan Pengajaran Harian

    Simbol (epsilon)

    melambangkan unsur bagi

    atau ahli bagi.

    melambangkan bukan

    unsur bagi atau bukan ahli

    bagi.

    Guru menerangkan tentang

    simbol yangmelambangkan

    unsur bagi set dan bukan

    unsur bagi set.

    Guru menguji pelajar

    dengan memanggil pelajar

    kehadapan untuk menulis

    simbol yang betul pada

    kertas mahjong

    berdasarkan soalan set

    yang diberi, seperti di

    Lampiran 4

    Pelajar mendengar

    dan fokus kepada

    penerangan guru.

    Pelajar yang

    dipanggil menulis

    simbol dengan betul

    berdasarkan soalan

    dikertas mahjong.

  • Rancangan Pengajaran Harian

    Langkah 3:

    Penilaian

    (5 minit)

    Soalan pentaksiran. Guru mengedarkan soalan

    pentaksiran kepada setiap

    pelajar seperti

    Lampiran 2.

    Guru mengumpulkan

    kembali kertas soalan yang

    diberikan untuk menilai

    kefahaman setiap pelajar.

    Pelajar menjawab

    setiap soalan yang

    diberikan.

    Pelajar

    memulangkan

    kembali kertas

    soalan

    pentaksiran.

    Nilai-nilai murni: Jujur dan

    amanah

    BBM :

    Lembaran soalan pentaksiran,

    Strategi :

    Berpusatkan pelajar.

    Kaedah:

    Pembelajaran

    konstruktivisme, penerangan,

    ujian

    KBKK :

    Menyelesaikan masalah

  • Rancangan Pengajaran Harian

    Langkah 4:

    Penutup

    (5 minit)

    Satu himpunan benda-benda

    dengan ciri-ciri tertentu

    dipanggil Set.

    Benda-benda dalam

    kumpulan ialah unsur bagi

    set.

    Tanda kurung, { }

    digunakan untuk mentakrif

    set.

    Unsur yang sama dalam

    sesuatu set tidak perlu

    diulangi.

    Set selalunya dilabelkan

    dengan huruf besar.

    Takrif set mesti jelas dan

    tepat supaya unsurnya dapat

    dikenal pasti.

    Guru bertanyakan kepada

    pelajar tentang apa yang

    telah diajar hari ni

    Guru memberi penegasan

    terhadap apa yang

    diajarkan hari ini

    Guru memanggil beberapa

    orang pelajar untuk

    menunjukan contoh lain

    dalam set.

    pelajar menjawab apa

    yang ditanyakan oleh

    guru

    pelajar mendengar

    apa yang

    disampaikan oleh

    guru

    pelajar memberi

    contoh lain dalam

    set.

    Nilai :

    Memberi perhatian,memberi

    respon,kerjasama

    Strategi: Berpusatkan pelajar

    dan guru

    BBM :

    LCD

    Kaedah:

    Pembelajaran

    konstruktivisme, penerangan,

    penjelasan, pertanyaan

    KBKK:

    Membuat refleksi dan

    kesimpulan, merumus

  • Rancangan Pengajaran Harian

    Menyatakan Set :

    2 cara iaitu:

    Dengan kaedah

    1) pemerihalan

    2) Tatatanda set

  • Rancangan Pengajaran Harian

    Refleksi :

    Sebelum

    Semasa

    Selepas

    1. Sebelum melaksanakan pengajaran bagi

    tajuk set, guru menghadapi

    kemungkinan bahawa pelajar tidak

    mempunyai pengetahuan sedia ada

    tentang konsep set, sebagai langkah

    mengatasi guru menyediakan alat bantu

    mengajar LCD untuk memaparkan

    gambar yang berbentuk set untuk

    mencungkil idea pelajar tentang konsep

    set.

    2. Guru juga beranggapan bahawa pelajar

    tidak mengetahui tentang kepentingan

    set dalam kehidupan mereka. Oleh itu,

    guru bersedia untuk menekankan kepada

    pelajar tentang kesan set jika tidak

    dititikberatkan dalam kehidupan.

    3. Guru juga berhadapan dengan

    kemungkinan masalah untuk mengawal

    keadaan kelas dengan baik, jadi guru

    1. Pada awal pengajaran, pelajar memberi

    kerjasama yang baik terhadap permintaan

    guru iaitu membersihkan bilik darjah

    daripada sampah, memastikan hanya buku

    matematik yang berada diatas meja, dan

    melaksanakan aktiviti yang diminta oleh

    guru berkenaan set.

    2. Pada sesi perbincangan, masih ada pelajar

    yang tidak dapat menjawab soalan set

    dengan tepat, sebagai langkah mengatasi

    guru sentiasa memberi penekanan semula

    tentang langkah-langkah menjawab soalan

    set dengan tepat.

    3. Sewaktu pengajaran dijalankan, pelajar peka

    terhadap penerangan guru.

    Walaubagaimanapun masih wujud pelajar

    yang tidak fokus dengan berbual diantara

    mereka dan terdapat juga pelajar yang

    mengelamun. Guru mengambil pendekatan

    1. Guru mengenalpasti kelemahan yang

    dihadapi sewaktu pengajaran

    dilakukan. Sebagai langkah

    penambahbaikan, guru perlu

    memastikan keterlibatan pelajar secara

    menyeluruh terhadap aktiviti yang

    dilaksanakan.

    2. Tajuk yang disampaikan oleh guru

    mudah difahami, namun guru merasa

    pada pengajaran yang seterusnya guru

    perlu memberi pengajaran yang lebih

    mencabar minda pelajar.

  • Rancangan Pengajaran Harian

    mengambil inisiatif dengan

    menyediakan aktiviti yang merangsang

    kecergasan minda pelajar diawal sesi

    pengajaran.

    dengan memanggil pelajar tersebut untuk

    mengulang kembali apa yang baru sahaja

    diterangkan oleh guru. Ini membuatkan

    pelajar tersebut mula fokus kembali terhadap

    pengajaran guru.

    4. Sewaktu permainan online dengan

    mengisihkan nombor genap dan ganjil

    dijalankan, guru tidak memfokuskan

    penglibatan pelajar secara menyeluruh, ini

    menyebabkan beberapa pelajar tidak fokus

    terhadap aktiviti yang dijalankan.

    5. Pada sesi penilaian, guru meronda pelajar

    bagi memastikan pelajar menjawab soaln

    penilaian tersebut, serta memudahkan pelajar

    untuk memanggil guru bagi menanyakan

    sebarang persoalan.

    6. Pelajar memberi respon dengan baik apabila

    diminta oleh guru untuk memberi idea dan

    jawapan yang diminta berkenaan tajuk set.

    7. Pelajar juga bekerjasama antara satu sama

    lain sewaktu aktiviti menjawab soalan secara

    berkumpulan dijalankan.

  • Rancangan Pengajaran Harian

    LAMPIRAN 1

    Tugasan 1

    1.Perihalkan set-set yang berikut dengan perkataan.

    (a) A={2,4,6,8}

    (b) B= { pembaris, jangka lukis, sesiku}

    (c) C={durian, rambutan, manggis, betik}

    2.Senaraikan semua unsur bagi setiap set yang berikut.

    a) P={lima nombor ganjil yang pertama}

    b) Q={semua faktor bagi 24}

  • Rancangan Pengajaran Harian

    LAMPIRAN 2

    SOALAN PENTAKSIRAN

    1) Tentukan objek berikut mengikut kumpulan berikut:

    (a) Bentuk (b) warna (c)simbol

    2) Diberi warna yang berbeza dibawah :

    Takrifkan warna berikut dengan menggunakan kaedah :

    a) Pemerihalan

    b) Tatatanda Set.

    3) Diberikan E = { faktor bagi 36 } dan F = { x: 10 x 20, hasil darab digit tersebut }

    Gunakan simbol atau bagi menjadikan pernyataan berikut adalah benar.

    a) 10 F

    b) 2 E

    c) 18 F

    d) 1 E

    e) 5 E

    Segitiga, merah jambu, +, =, bujur, > , pentagon ,

    decagon, kelabu.

    Oren,biru,indigo, ungu, merah,hijau, kuning

  • Rancangan Pengajaran Harian

    JAWAPAN :

    1) a) Bentuk : Segitiga, bujur, pentagon, decagon

    b) warna : merah jambu, kelabu

    c) symbol : + , = , >

    2. a) sekumpulan warna pelangi

    b) {sekumpulan warni bagi pelangi} atau { Oren,biru,indigo, ungu, merah,hijau, kuning }

    3. a) b) c) d) e)

  • Rancangan Pengajaran Harian

    LAMPIRAN 3

    Berikut adalah pautan link powerpoint yang digunakan sewaktu pengajaran didalam kelas.

    https://drive.google.com/file/d/0BxFXP5u1ByA2RDNMSTJrNExiUnc/edit?usp=sharing

    LAMPIRAN 4