Rph Origami

download Rph Origami

of 10

description

,,.,,;ML;JOIJOKM

Transcript of Rph Origami

MATAPELAJARAN: Dunia Seni Visual

AKTIVITI 2 : Origami

TAHUN: 1 Amanah

MASA: 11.15 pagi 12.15 tengahari (60 minit)

TARIKH:

MODUL: Membentuk Dan Membuat Binaan

TAJUK : Gaun

TEMA : Alam Benda

BAHAN BANTU MENGAJAR : Klip video, Komputer riba, Projektor (LCD), Contoh-contoh gaun, Magic pen, Kertas A4 berwarna, Pembalut hadiah bersaiz A4, Pensel Warna

MEDIA : Alat : tiada : Bahan: Kertas A4 berwarna, Pembalut hadiah bersaiz A4, Magic Pen, Pensel Warna

ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK): Elemen kreativiti dan inovasi, Teknologi dan Maklumat Komunikasi (TMK), keusahawanan, nilai murni

STANDARD KANDUNGAN: 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, bentuk, warna, dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan origami 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan origami. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan origami. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN:

3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni.3.1.1 Unsur Seni3.1.1.1 Rupa geometri3.1.1.2 Bentuk konkrit3.1.1.3 Warna primer dan sekunder3.1.2 Prinsip rekaan3.1.2.1 Imbangan simetri

3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni.3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1 Alat (tiada)3.2.1.2 Bahan kertas A4 berwarna, gam, dan magic pen3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan binaan.3.2.2.1 Teknik lipatan

3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D.3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif3.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam panghasilan karya3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakanberpandukan bahasa seni visual.3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

PELAKSANAAN LANGKAHAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)CATATAN

Set Induksi (7 Minit) 1. Guru menayangkan video klip cerita Cinderella kepada murid-murid. 2. Murid-murid dengan penuh perhatian menonton video tersebut, 3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video yang ditayangkan. Contohnya: a. Apakah yang berlaku di dalam video tersebut? Murid-murid : Cinderella tiada pakaian untuk ke Majlis Tari-Menari?b. Bagaimana kita boleh tolong Cinderella? Murid-murid : Kita harus menyediakan sehelai gaun untuk Cinderella. 4. Guru menghubungkaitkan video klip yang ditayangkan dengan pengajaran pada hari tersebut iaitu penghasilan origami gaun.

Persepsi Estetik1. Guru menerangkan definisi origami kepada murid-murid.2. Guru menunjukkan gambar contoh-contoh gaun sebenar dan contoh origami gaun menggunakan perisian microsoft power point melalui komputer riba. 3. Murid-murid melihat dengan penuh perhatian dan mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat pada gaun sebenar dengan origami gaun.4. Guru bertanya kepada murid tentang bahasa seni visual yang ada pada origami gaun.Contohnya : a) Apakah unsur seni visual yang terdapat pada origami gaun yang cikgu tunjukkan?Murid-murid : warna, bentuk dan rupa. b) Ramalkan apa yang akan terjadi pada origami gaun jika ia tidak dilipatkan dengan menggunakan teknik yang betul? Murid-murid : Kita tidak akan dapat menghasilkan bentuk origami gaun yang sepatutunya.5. Guru menerangkan unsur seni visual seperti bentuk, warna, dan rupa yang terdapat dalam penghasilan origami gaun.

Apresiasi Seni

1. Guru menjelaskan kepada murid-murid akan aktiviti yang akan dilakukan ialah aktiviti penghasilan origami gaun supaya Cinderella boleh menyertai Majlis Tari-Menari. 2. Guru bersoalan jawab dengan murid-murid akan apakah bahan yang sesuai digunakan untuk menghasilkan origami gaun. Contohnya : a) Apakah bahan-bahan yang kita harus menggunakan untuk menghasilkan origami gaun yang cantik untuk Cinderella? Murid-murid : kita boleh menggunakan kertas berwarna-warni, kertas pembalut hadiah, pensel warna. 3. Guru pada mulanya menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan origami gaun.4. Guru menghulurkan kertas A4 berwarna kepada sebahagian murid-murid manakala sebahagian lagi dihulurkan dengan kertas pembalut hadiah yang bersaiz A4.5. Guru memastikan setiap murid mempunyai bahan seperti pensel warna dan magic pen. 6. Guru menunjukkan origami gaun-gaun yang sedia disiap menggunakan kertas A4 yang berwarna dan kertas pembalut hadiah bersaiz A4 supaya murid-murid dapat membezakan unsur-unsur seni yang terdapat dalam origami gaun. 7. Murid-murid bersoalan jawab dengan guru akan cara-cara untuk menghasilkan origami gaun.8. Guru membuat demonstrasi akan cara yang mudah dalam menghasilkan origami gaun secara berperingkat kepada murid-murid. 9. Murid-murid melihat cara yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti.

Ekspresi Kreatif

1. Murid-murid bersungguh-sungguh untuk menghasilkan origami gaun yang cantik bagi Cinderella. 2. Guru membimbing murid-murid dari awal hingga akhir untuk menghasilkan origami gaun yang cantik. 3. Murid-murid melakukan aktiviti penghasilan origami gaun dengan bimbingan guru.

4. Setiap murid mula menghasilkan origami gaun yang kreatif dengan penuh kesungguhan.

Langkah 1Murid melipat kertas manila kepada 3 bahagian yang sama besar.

Langkah 2Murid melakarkan gambar buah di atas kad manila.

Langkah 3Murid-murid menguntingkan bentuk binatang.

Langkah 4Kemudian guntingkan lubang mata topeng serkup.

Langkah 5Mewarnakan gambar binatang.

Langkah 6Cantumkan kedua-dua hujung topeng.(EK1, EK2, EK3 )

Contohnya:

Apresiasi Seni

1. Setelah murid-murid siap menghasikan origami gaun guru meminta murid-murid mengangkat dan menunjukkan hasilan kreativiti origami gaun masing-masing.2. Murid-murid mengangkat dan menunjukkan hasil kreativiti masing-masing.3. Guru bersoal jawab dengan murid-murid akan penghasilan origami gaun. a) Secara rawak, origami gaun siapakan yang paling sesuai dipakai oleh Cinderella ? Murid pertama : Origami gaun saya kerana gaun saya mempunyai corak yang pelbagai dan warna biru sesuai dengan warna kulit Cinderella. Murid Kedua : Origami gaun saya dihasilkan menggunakan kertas pembalut hadiah dan mempunyai pelbagai warna seperti warna biru, merah dan hijau. Maka, origami gaun yang berwarna-warni ini sesuai untuk Cinderella ke Majlis Tari-menari. 4. Kemudian guru menjelaskan kepada murid-murid bahawa hasil kerja semua murid sesuai untuk Cinderella ke Majlis Tari-menari dan meminta semua murid-murid untuk menepuk tangan sebagai pujian bagi diri sendiri dan rakan-rakan sekelas.

Penutup 1.