Rph Pj-menghadang Netball

9
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 26 November 2014 Hari : Rabu Masa : 8.00 pagi – 8.40 pagi (40 minit) Tingkatan : 1 Berjaya Bilangan Pelajar : 30 orang Tunjang pembelajaran : Kemahiran Tajuk : Permainan Bola Jaring Sub Tajuk : Menghadang Objektif : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat i. Psikomotor : 1.Melakukan kemahiran hadangan dengan teknik yang betul dan tepat sebanyak 3 daripada 5 percubaan. 2.Melakukan hadangan dengan koordinasi dan jarak kaki dan tangan yang betul sekurangnya 3 kali percubaan. ii.Kognitif : 1.Menyatakan sebanyak 2 situasi bila perlunya kemahiran menghadang mengikut fahaman sendiri. 2.Mengenal pasti sekurangnya 2 teknik yang boleh digunakan untuk menghadang pihak lawan. iii. Afektif : 1.Menunjukkan minat yang tinggi semasa menjalani aktiviti hadangan. 2.Mengamalkan sikap kerjasama dalam membantu rakan-rakan mempelajari kemahiran hadangan.

description

n

Transcript of Rph Pj-menghadang Netball

Page 1: Rph Pj-menghadang Netball

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran : Pendidikan JasmaniTarikh : 26 November 2014Hari : RabuMasa : 8.00 pagi – 8.40 pagi (40 minit)Tingkatan : 1 BerjayaBilangan Pelajar : 30 orang

Tunjang pembelajaran: Kemahiran Tajuk : Permainan Bola JaringSub Tajuk : Menghadang

Objektif : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat

i. Psikomotor : 1.Melakukan kemahiran hadangan dengan teknik yang betul dan tepat sebanyak 3 daripada 5 percubaan. 2.Melakukan hadangan dengan koordinasi dan jarak kaki dan tangan yang betul sekurangnya 3 kali

percubaan.ii. Kognitif : 1.Menyatakan sebanyak 2 situasi bila perlunya kemahiran menghadang mengikut fahaman sendiri. 2.Mengenal pasti sekurangnya 2 teknik yang boleh digunakan untuk menghadang pihak lawan.

iii. Afektif : 1.Menunjukkan minat yang tinggi semasa menjalani aktiviti hadangan. 2.Mengamalkan sikap kerjasama dalam membantu rakan-rakan mempelajari kemahiran hadangan.

Kemahiran KBKK : Mengaitkan teknik kemahiran ini dalam situasi sebenar.

Persediaan pelajar : Fizikal pelajar dalam keadaan yang sihat dan mental pelajar bersedia untuk menjalani proses pengajaran

dan pembelajaran serta pelajar berpakaian sukan.

Persediaan guru : bola jaring, kon besar dan bips.

Page 2: Rph Pj-menghadang Netball

Masa/ Bahagian Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Catatan/ Alatan

PERMULAANSet Induksi(5 minit)

Guru memberi keterangan menggunakan gambar tunggal.

Sesi soal jawab

Pemanasan badan(Permainan galah panjang)

1. Gambar tunggal menunjukkan pemain sedang menghadang pemain.

1. Soalan yang akan ditanya.A) Bilakah teknik menghadang bola dilakukan?-untuk menghalang pihak lawan menghantar bola.

1. Pelajar dibahagikan 2 kumpulan .2. Satu kumpulan menjadi penghadang manakala satu lagi menjadi penyerang.3. Kumpulan penghadang akan menghalang kumpulan penyerang daripada cuba melepasi garisan yang telah disediakan.4. Setelah kumpulan penyerang selesai menyerang,kedua-dua kumpulan akan bertukar-tukar peranan.5. Kumpulan yang paling banyak berjaya melepasi halangan sehingga akhir dikira pemenang.

Penyerang

Penghadang

Gambar tunggal

Page 3: Rph Pj-menghadang Netball

PerkembanganLangkah 1(5 minit)

Menghadang tanpa penyerang-Guru mengarahkan pelajar berdiri di garisan lurus di kawasan tengah gelanggang bola jaring.

-Guru menunjukkan murid bagaimana melakukan hadangan.

-Pelajar perlu melakukan hadangan apabila wisel dibunyikan dan berhenti apabila wisel dibunyikan semula.-Di samping itu, guru membetulkan jarak kaki pelajar.

-Guru menyatakan otot yang terlibat dalam kemahiran ini.

1.Jarak antara pemain dengan garisan ialah 1.3 meter atau bersamaan panjang 3 tapak kaki.2.untuk mengawal , pemain boleh menggunakan sebelah atau dua belah tangannya.

3.Pelajar melakukan hadangan sebanyak 20 kali seorang.

1.Otot yang terlibat Gastrocnemius Quadriceps Triceps

Wisel

Page 4: Rph Pj-menghadang Netball

Langkah 2

(10 minit)

Guru menerangkan pula kemahiran asas menghadang dengan kehadiran pihak penyerang dengan bantuan tiga orang pelajar menunjukkan demontrasi.

Pelajar mendengar dan memerhatikan dengan baik

1. Kedudukan sedia boleh dilakukan dengan berdiri

dibelakang penyerang, berdiri membelakangkan pihak lawan dan berdiri di sisi pihak lawan.

2. Pergerakan awal sebelum melakukan hadangan terhadap

penyerang.

3. Kedudukan selepas melakukan hadangan.

Stail semak berganding

Pelajar menunjuk demontrasi

Page 5: Rph Pj-menghadang Netball

Langkah 3

(10 minit)

Menghadang bertiga

Pelajar dikehendaki mempraktikkan kemahiran asas yang diajar sebelum ini di dalam aktiviti kemahiran.

Guru membetulkan pelajar jika masih ada kesalahan dalam teknik menghadang.

Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan.

1. Prosedur X1 memegang bola X2 berdiri dihadapan

dalam jarak tiga kaki X1 cuba menghantar

bola kepada X3 X2 menghadang dan

cuba mendapatkan bola Lakuan diteruskan

sehingga X2 membuat 5 kali percubaan dan diganti oleh X3 sebagai penghadang.

Aktiviti selesai apabila X1 menjadi penghadang.

1. Dua kumpulan akan mempunyai 7 ahli dan dua kumpulan lagi dengan 8 ahli.

Bola 10 biji

Stail latihan

Bola 1 bijiKon 2 bijiWisel Bip

Stail perintah

Page 6: Rph Pj-menghadang Netball

Pelajar akan bermain permainan kecil.

1.Prosedur dan syarat permainan.

Dua kumpulan akan bermain.

1 kumpulan akan memakai bip manakala 1 lagi tidak perlu.

Setiap kumpulan perlu bersaing untuk menjatuhkan kon pihak lawan dengan membaling bola kearahnya untuk mendapatkan mata.

Permainan mestilah menggunakan teknik hadangan yang betul.

Kumpulan mana yang didapati ada membuat kesalahan semasa menghadang akan ditolak satu mata.

Kumpulan yang banyak mengumpul mata sehingga akhir permainan akan dikira sebagai pemenang.