Rph Pj Thn 4 Kembara Hutan

7
Mata pelajaran : Pendidikan jasmani Tarikh : 13 Februari 2014 Masa : 8.45-9.45 pagi Tahun : 4 Zamrud Bilangan pelajar : 42 orang Modul : Modul kemahiran Aspek : Aspek 1: Kemahiran Pergerakan Tajuk : Pergerakan Berirama (Kembara Hutan) Standard kandungan : 1.5 : Berkebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut irama 2.5 : Berkebolehan mengaplikasi konsep pergerakan mengikut irama 5.3 : Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan. Standard pembelajaran : 1.5.2 : Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan pergerakan mengikut muzik yang didengar 2.5.1 : Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif bertema mengikut muzik yang didengar 5.4.2 : Membentuk kumpulan semasa melakukan aktiviti Hasil pembelajaran : Pada akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

description

pj

Transcript of Rph Pj Thn 4 Kembara Hutan

Page 1: Rph Pj Thn 4 Kembara Hutan

Mata pelajaran : Pendidikan jasmani

Tarikh : 13 Februari 2014

Masa : 8.45-9.45 pagi

Tahun : 4 Zamrud

Bilangan pelajar : 42 orang

Modul : Modul kemahiran

Aspek : Aspek 1: Kemahiran Pergerakan

Tajuk : Pergerakan Berirama (Kembara Hutan)

Standard kandungan :

1.5 : Berkebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut irama

2.5 : Berkebolehan mengaplikasi konsep pergerakan mengikut irama

5.3 : Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan.

Standard pembelajaran :

1.5.2 : Mereka cipta pergerakan kreatif bertema berdasarkan pergerakan

mengikut muzik yang didengar

2.5.1 : Mengenal pasti pergerakan yang sesuai dalam pergerakan kreatif

bertema mengikut muzik yang didengar

5.4.2 : Membentuk kumpulan semasa melakukan aktiviti

Hasil pembelajaran : Pada akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

Psikomotor : Melakukan pergerakan kreatif berirama mengikut muzik

yang dimainkan

Kognitif : Meneka pekerjaan berdasarkan pergerakan yang

ditunjukkan

Afektif : Memupuk keyakinan terhadap diri sendiri dan rakan lain

Page 2: Rph Pj Thn 4 Kembara Hutan

semasa menjalankan aktiviti

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah mempelajari beberapa pergerakan

gimnastik asas pada PdP yang lalu.

Penerapan nilai : Bekerjasama dalam kumpulan

Menghormati guru dan rakan lain

Penggabung jalinanan : Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor

Kesepaduan : Dunia Muzik

EMK : Kreativiti dan inovasi

Bahan sumber P&P :

Bil. Bahan sumber PdP / peralatan Jumlah

1 Wisel 1

2 Penanda 10

3 Laptop 1

4 Speaker 1

Page 3: Rph Pj Thn 4 Kembara Hutan

Bahagian /

masa

Fokus pembelajaran Organisasi Alatan/EMK/Catatan

Permulaan - Memanaskan

badan

- Aktiviti regangan

dengan

menyanyikan

lagu ‘Jambatan

goyang-goyang’

dengan aksi

1. Murid bermain permainan musang dan ayam.

2. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan murid lelaki

dan 2 kumpulan murid perempuan.

3. Musang, ibu ayam dan anak-anak ayam bagi

setiap kumpulan dipilih.

4. Musang akan berada di hadapan barisan ibu dan

anak ayam dan cuba menangkap anak ayam. Ibu

ayam perlu melindungi anak-anak ayam daripada

ditangkap.

5. Permainan tamat setelah semua anak ayam

ditangkap oleh musang.

6. Selepas aktiviti permainan, murid menjalankan

aktiviti regangan ringkas.

Alatan:

Wisel

Penanda

EMK :Kreativiti dan

inovasi

Aktiviti 1 P 1. Guru bertanya murid dimanakah musang boleh

ditemui. (di hutan).

2. Guru memperkenalkan tajuk pada hari itu iaitu

‘Kembara hutan’.

3. Murid diminta membayangkan bahawa mereka

sedang berada di dalam hutan.

Alatan :

Wisel, bakul, bola

lembut, penanda

Nilai murni :

Page 4: Rph Pj Thn 4 Kembara Hutan

4. Secara beramai-ramai murid diminta membuat

pergerakan merangkak seperti merangkak di

dalam hutan.

5. Seterusnya murid diminta melonjak seperti

melepasi sungai dan melompat seperti melompat

di atas batu besar.

6. Apabila murid telah mahir dengan pergerakan-

pergerakan ini barulah semua murid bergerak ke

stesen yang disediakan guru.

Menghormati guru dan

rakan lain

Aktiviti 2 Berlatih rangkaian

pergerakan

1. Guru memberi penerangan apa yang perlu

dilakukan murid di setiap stesen.

- Stesen 1 : Murid dikehendaki merangkak di atas

rumput di celah-celah skital seperti merangkak

di dalam hutan.

- Stesen 2 : Murid dikehendaki melonjak melepasi

tali seperti melepasi sungai kecil.

- Stesen 3 : Murid dikehendaki melompat ke

dalam gelung rotan seperti melompat di atas

batu besar.

- Stesen 4 : Murid dikehendaki bergerak perlahan

di celah skital mengikut laluan zig-zag seperti

bergerak di celah-celah pokok.

Alatan:

Wisel

EMK : Kreativiti dan

inovasi

Page 5: Rph Pj Thn 4 Kembara Hutan

2. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

3. Bagi sesi pertama, 3 kumpulan akan melalui setiap

stesen dan 3 kumpulan yang lain akan

mencatatkan pergerakan rakannya. Bagi sesi

kedua, kumpulan yang mencatat pula akan

membuat aktiviti stesen dan dinilai rakannya yang

lain.

4. Sambil murid bergerak melepasi halangan guru

memasang muzik yang bersesuaian dengan

kembara murid.

Aktiviti 3 Melakukan aksi

pergerakan dengan

iringan muzik

1. Setiap kumpulan memilih kad yang mempunyai

gambar haiwan yang berlainan.

2. Setiap kumpulan dikehendaki melakonkan

pergerakan haiwan yang dipilih dan kumpulan lain

akan meneka haiwan apakah yang dilakonkan oleh

kumpulan itu.

Alatan:

Wisel

Strategi:

Memusatkan murid

Nilai murni:

Kerjasama antara ahli

kumpulan

Penutup Aktiviti “cooling down” 1. Guru bersama murid – murid melakukan aktiviti

cooling down dengan senaman ringkas

Strategi:

Memusatkan murid

Page 6: Rph Pj Thn 4 Kembara Hutan

2. Guru bertanya perasaan murid mengenai

pembelajaran pada hari ini.

3. Guru mengingatkan murid supaya sentiasa

bekerjasama dengan rakan semasa melakukan

aktiviti