RPH P.moraL THN 4- Berterima Kasih
-
Upload
gayathri-jaya -
Category
Documents
-
view
260 -
download
0
Transcript of RPH P.moraL THN 4- Berterima Kasih
-
7/27/2019 RPH P.moraL THN 4- Berterima Kasih
1/2
CONTOH FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR
1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral, Tahun 4 Merah
2. Nilai / Tajuk : Berterima kasih
3. Masa : 10.40 -11.10 pagi (30 minit)
4. Standard Pembelajaran : (4.1.2 ) dan (4.1.3 ).
5. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Penaakulan : i. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara menghargai sumbangan jiran.
Perasaan : Menceritakan sekurang-kurangnya 2 perasaan yang dialami apabila menghargai
sumbangan jiran
6. Pengetahuan sedia ada : Murid telah belajar tentang nilai berterima kasih pada sesi PdP yg
lepas.
7. Teknik : Perbincangan/ Sumbangsaran.
8. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:
Set induksi:
i. Guru menunjukkan gambar-gambar bersiri dan video yang berkaitan kejiranan.
ii. Guru bersoal jawab dengan murid. (guru mengajukan beberapa soalan)
Langkah 1:
i. Guru menjana idea dengan meminta murid bercerita berdasarkan tayangan video.
ii. Murid memberi pendapat tentang nilai-nilai dalam cerita tersebut dengan menggunakan
thinking tool (Bubble Map).
iii. Murid menjelaskan nilai berterima kasih dengan bimbingan guru.
Langkah 2:
i. Guru memberikan beberapa situasi yang berbeza mengikut kumpulan .
ii. Murid diminta berbincang cara menyelesaikan situasi tersebut..
iii. Murid menyatakan sikap berterima kasih yang yang terdapat dalam situasi tersebut
-
7/27/2019 RPH P.moraL THN 4- Berterima Kasih
2/2
Langkah 3:
i. Dalam kumpulan, murid membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas..
ii. Sumbangsaran pendapat murid dan guru.
iii. Murid menjelaskan kepentingan menghargai sumbangan jiran secara lisan.
Penutup:
Murid membuat kesimpulan dari hasil dapatan dan bimbingan guru.
9. EMK:
i. Kreativiti & inovasi menjana idea, sumbangsaran
10. Bahan Bantu Belajar:
Tayangan video, peta buih
11. Penilaian p&p:
i. murid dapat menceritakan perasaan apabila menghargai sumbangan jiran dan cara
cara menghargai sumbangan jiran
12. Refleksi
i. 27/30 orang murid telah mencapai objektif yang ditetapkan.
ii. 3 orang murid akan diberi latihan pemulihan sebelum waktu pelajaran akan datang.